Makmum Yang Paling Aku Cinta -  Aii Fariza

Makmum Yang Paling Aku Cinta - Aii Fariza

971 19 11

TAJUK: MAKMUM YANG PALING AKU CINTAPENULIS: AII FARIZABLURB:Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato' Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan.Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato' Syed Qassim!"Voiceless or not, it doesn't matter. My feelings for you won't ever change. Please have faith in me, little one." ~ Kata salah seorang Syed!…

Oh Boy - Dekna Lee

Oh Boy - Dekna Lee

437 3 10

TAJUK: OH, BOY!PENULIS: DEKNA LEEISBN N0: 978-967-0907-44-4BLURB :Hero, seperti namanya tentulah dia seorang 'hero'. Nakalnya tak terampun. Asyik keluar masuk jel. Sedang diangkut trak polis pun dia masih boleh mengurat anak dara orang. Dengan tangan yang masih bergari pula tu!"Isy! Gatal betul mamat ni. Tak sedar ke yang dia kena angkut dengan trak polis?" - FatihaFatiha rasa tak selesa dengan gangguan psikologi oleh banduan di atas trak polis di hadapannya. Ingatkan di situlah tempat terakhir mereka akan bertemu. Sewaktu hendak mengikat jamin abangnya, mereka bertemu lagi. Kali ini Hero berani ambil kesempatan ke atasnya. Di hadapan ayah tiri lelaki itu pula tu! Memang gila!!!"Minta maaf sekarang!" - Inspektor Ismail"Minta maaflah sebab dah tercium kat tempat yang salah. Next time, tepat dekat sini." - HeroFatiha geram. Siapa sangka, rupanya Hero itu rakan abangnya, Izzul yang telah lama terpisah. Apa lagi, semakin keraplah mereka bertemu. Izzul dan Hero membuat keputusan untuk mengubah cara hidup mereka dengan mencari kerja.Walaupun dilayan acuh tak acuh oleh Fatiha, Hero tetap gigih mendekati gadis idamannya dengan pelbagai cara. Tak kisahlah kalau Fatiha mahu menjelingnya sampai bila-bila. Dia suka jelingan gadis itu."Abang sebenarnya dapat nampak masa depan kita sebagai suami isteri. Ti'ah pilih barang, abang tolak troli. How sweet..." - HeroFatiha naik menyampah dengan angan-angan Hero itu.Sebaliknya Hero pula serius dengan kata-katanya. Dia berusaha untuk mengubah hidup demi masa depannya dengan Fatiha. Namun satu demi satu masalah menimpa, menyebabkan semua orang yang dia sayang meragui kemampuannya untuk berubah.Satu kejadian hitam telah berlaku menyebabkan Hero dipulaukan oleh semua orang, termasuk Fatiha sendiri. Hero yang terlalu kecewa bertindak untuk pergi demi kebaikan semua orang. Saat itu, barulah Fatiha tahu menghargai. Hero tidak pulang lagi...…

Jangan Cintai Aku - Eyla Hime

Jangan Cintai Aku - Eyla Hime

299 2 10

TAJUK: JANGAN CINTAI AKUPENULIS: EYLA HIMEISBN N0: 978-967-0907-43-7Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan.Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya."Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah?" - TariqTariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat."Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila." - DurrahMana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah... semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?…

H.I.M - Fazlyn Ridz

H.I.M - Fazlyn Ridz

1,076 4 11

TAJUK: H.I.MPENULIS: FAZLIN RIDZISBN N0: 978-967-0907-42-0NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik kepada Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama.Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya.Hero In A Million!Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!…

Demi Rindumu- Diya Jamal

Demi Rindumu- Diya Jamal

17,087 101 11

TAJUK: DEMI RINDUMUPENULIS: DIYA JAMALISBN N0: 978-967-0907-41-3BLURB:-Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?"Ada apa-apa ke kat muka saya ni?" - Nurhana"Takde apa-apa." - Haznik"Habis tu, kenapa tenung muka saya?" - Nurhana"Kat dalam mata awak, ada saya." - Haznik"Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah." - Nurhana"Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik."Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut."Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?" - NurhanaTetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik."Na jangan mengarut!" - NasrulMahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?…

Mimpi Yang Sempurna - Aiza Qriselda (AQ)

Mimpi Yang Sempurna - Aiza Qriselda (AQ)

3,257 40 11

TAJUK: MIMPI YANG SEMPURNAPENULIS: AIZA QRISELDA (AQ)ISBN N0: 978-967-0907-40-6BLURB:Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi... akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka.Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda... Gadis... Beza umur 14 tahun.Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila.'Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!' - WardahTapi Wardah lupa, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Bila saat itu tiba, kenapa dia perlu rasa sakit? Bertahun-tahun dia cuba melupakan dan pada saat dia percaya diri pulih sepenuhnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu."...you left that day without a word! Now you're standing in front of me with this burden and what do you expect me to do???" - Wardah"I didn't mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here." - HaimanSungguh dia tersepit antara kehendak hati dan akal."Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you." - HaimanLalu di mana pengakhirannya kisah mereka? Fighting with someone attached to your heart for many years, is never been easy...…

Saya Sayang Awak - Fazila Adam

Saya Sayang Awak - Fazila Adam

849 1 10

TAJUK: SAYA SAYANG AWAKPENULIS: FAZILA ADAMISBN N0: 978-967-0907-38-3BlurbArleena Sofea... Gadis tinggi lampai dan ceria, sentiasa menggamit mata lelaki-lelaki yang memandangnya. Muhammad Ryzal... Sejak mengenali Arleena Sofea gadis itu sering diburu. Baginya gadis itu ibarat permata yang cukup tinggi nilainya.Ian Rayyan... Baginya kata-kata suka, sayang dan cinta mahal harganya. Tidak perlu dilafazkan. Cukuplah dengan perbuatan dan layanannya kepada gadis idaman. "Be mine?" - RyzalArleena Sofea buntu. Kenapa setelah kata putus diambil semuanya berubah? Kenapa saat dia menantikan jawapan, lelaki itu hanya mendiamkan diri? Setelah dia berumah tangga, kenapa dia selalu menjadi tempat amukan lelaki itu? Dia reda dengan bebanan yang digalas di bahunya, asalkan lelaki itu bahagia.Sikap bersahaja Arleena membuatkan Ian Rayyan semakin benggang. Hatinya tidak tega hendak menyakiti gadis pujaannya namun rasa benci dan marah dalam dirinya tidak dapat dikawal. Rasa cinta yang ada tidak dapat dipadamkan. Daripada terus menyakiti gadis itu, lebih baik dia mengundur diri. Tanpa pesan dia menghilang."Seorang isteri hanya perlukan pelindung dirinya. Bukan harta yang melimpah ruah. Cukup, jika suami mampu menjadi imam. Memimpin makmun di belakangnya." -Arleena Sofea Setelah ditimpa satu peristiwa, Arleena Sofea nekad. Hidup harus diteruskan. Kasihan kepada sahabat yang sentiasa memberi semangat kepadanya. Pengorbanan Nina harus dibalas. "Dulu saya hanya terlewat mengungkap kata. Kali ini dia tidak akan saya lepaskan." - Ian RayyanBenar, hati perempuan itu rapuh. Sekali terlerai parutnya sukar dicantum. Lumrah manusia, Arleena juga mahu bahagia. Namun, adakah bahagia itu ada untuknya? Sanggupkah dia membawa gelaran baru dirinya buat selama-lamanya? Adakah rasa cinta itu masih ada dalam hati setelah sekian lama si dia menunggu? Adakah bahagia selepas derita?…

Cinta Yang Tertunda - Nuril

Cinta Yang Tertunda - Nuril

913 0 11

TAJUK: CINTA YANG TERTUNDAPENULIS: NURILISBN N0: 978-967-0907-39-0BlurbIman Nasuha... Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang dengan Tengku Aniq Afnan yang pada mulanya menyakitkan hati dan menjengkelkan mula menimbulkan bibit-bibit suka. Baru saja dia ingin mengecap bahagia, bahagianya telah direngut oleh takdir yang kejam. Banyak harga yang perlu dibayar demi mendapat bahagia itu. Diam-diam ada yang menyemai benci melihat kebahagiaannya. Satu rancangan kejam telah dirangka. Kemalangan yang meragut segalanya. Dia hilang ingatan, dia hilang daya bersuara, dia fobia. Dikelilingi oleh orang yang dia sendiri tidak kenal, namun dia beruntung, mereka sanggup bertanggungjawab menjaganya.Tengku Aniq Afnan... Cintanya tak pandai bercabang banyak. Kalau satu katanya, satulah ia. Cinta pertama dikhianati sehingga hati keras dan penuh dengan kebencian. Sering dia tertanya-tanya, apa salah dan dosanya sehingga cinta yang dijaga penuh, dikhianati tanpa belas. Bertahun-tahun tertanya-tanya dengan kehilangan mengejut Nasuha, tanpa meninggalkan sebarang tanda untuk dijejak.Pertemuan dengan seorang wanita bernama Iman Nasuha telah mengusik ketenangan jiwanya. Nama yang sama, rupa yang berbeza membuatkan dia menafikan yang itu ialah Nasuhanya. Apatah lagi melihat keupayaan dan raut wajah Iman Nasuha yang dia temui kini sangat berbeza dengan Nasuhanya dahulu. Berjumpa setiap hari, kerana bekerja di tempat yang sama, diam-diam hati lelakinya mula menyenangi Iman, namun hati Iman lebih terbuka kepada pembantunya yang bernama Luth.Akankah tersemai kembali cinta yang lama terhenti antara mereka? Akankah dapat diraih kembali bahagia yang telah lama berlalu dalam hidup mereka?…

Indahnya Cinta - Eefa Azwany

Indahnya Cinta - Eefa Azwany

291 1 10

TAJUK: INDAHNYA CINTAPENULIS: EEFA AZWANYISBN N0: 978-967-0907-33-8BLURB :Hidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal meluahkan rasa hati kepada gadis itu. Mulut menafikan tetapi dalam hati sudah mula berbunga-bunga."Saya suka awak" - Haiqal."Saya rasa kepala awak ni dah tak betul." - Farah Zulaikha.Apabila berjauhan baru hati mula mengakui yang dia juga rindukan lelaki itu."Amboi, panggil sayang baru nak pandang." - Haiqal."Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar."- Farah Zulaikha."Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah." - Haiqal.Saat menunggu ijab dan kabul terungkap, satu peristiwa berlaku membuatkan segala angan-angan terindahnya musnah sekelip mata. Hidup tidak selalunya indah, sebab manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segala-galanya. Kehilangan Haiqal dalam hidupnya memberi tamparan yang cukup besar.Pertemuan dengan Izz Aidan semasa di Terengganu membuatkan hati Farah Zulaikha yang beku kembali hangat. Siapakah Izz Aidan yang sebenarnya? Mengapakah kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hati Farah Zulaikha bagai dilanda tsunami?"Saya baru saja dirompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang."- Izz Aidan."Hah! Awak kena rompak? Dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa? Izz, awak dah buat laporan polis ke?" - Farah Zulaikha."Belum. Saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak." - Izz Aidan."Apasal petik nama saya pula ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!"- Farah Zulaikha."Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya. Awak curi hati saya, lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri." - Izz Aidan."Gila!!!" - Farah Zulaikha.Kata Izz Aidan... 'You have to let go of the past so that the future can come in its place.'Tapi mampukah hati Farah Zulaikha yang beku kerana cinta kembali hangat dengan cinta yang baru?…

Kau Yang Kunanti - Ida Farisya

Kau Yang Kunanti - Ida Farisya

1,042 2 10

Product DescriptionTAJUK: KAU YANG KUNANTIPENULIS: IDA FARISHAISBN N0: 978-967-0907-32-1HARGA : RM 31.00(SM) / RM 34.00(SS)BLURB:"Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana.Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!" - AmirahHati yang terluka sukar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah.Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan."Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!" - HakimTidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya.Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula."Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!!Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!" - SofianaBagi Sofiana, Amirah perampas! Mereka berdua harus dipisahkan selama-lamanya.Lalu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan rancangannya itu.Demi membuktikan kata-katanya, Hakim berusaha keras untuk memenangi hati Amirah.Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Hati Amirah terlalu keras untuk dicairkan.Bagi Amirah pula, apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hak anaknya sendiri.Biar apa orang kata, dia tidak peduli. Kerana mereka tidak akan faham nasib anak yatim piatu seperti dirinya.Lalu, dalam keterpaksaan, Amirah mempertaruhkan lagi kehidupannya dalam satu perjanjian.Perjanjian yang bakal merubah perasaan masing-masing.Apakah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amirah dan Hakim?Mampukah Amirah tetap dengan pendiriannya untuk tidak terbuai dengan godaan suami sendiri?…

Kapcai Girl vs Encik Superbike - Bunga Amani

Kapcai Girl vs Encik Superbike - Bunga Amani

17,232 55 11

TAJUK: KAPCAI GIRL VS EN SUPERBIKEPENULIS: BUNGA AMANIISBN N0: 978-967-0907-31-4BLURB:Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?"Aku benci kau, Tiara!"-Syed Wafi.""Kalau dah benci tu buat apa datang sini?"-Tiara.Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian."Saya suami awak sekarang ni, Tiara."-Syed Wafi."Saya tak pernah anggap awak apa-apa pun. Awak yang buat keputusan nikah dengan saya. Jadi jangan pernah bermimpi saya akan akui status awak tu!"- Tiara.Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?…

Kau Princess Aku Okey! - Imani Hatta

Kau Princess Aku Okey! - Imani Hatta

670 7 11

TAJUK: KAU PRINCESS AKU OKAY !PENULIS: IMANI HATTAISBN N0: 978-967-0907-30-7BLURB:"Aku tak percaya pada cinta." - Hakimy"Me too..." -RayshaCinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan?Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai."Esha Ebrahim?" - Puan Sri Tengku Zanariah"Are you really our Jihan?" - Najmy"Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? - HakimyMereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu"Mulai hari ini saya akan belajar mencintai dan menyayangi Raysha. I'm serious about this. From now onwards, I'm going to take care of her." - IqramTetapi ada kenangan walaupun sepahit mana, harus perlahan-lahan dilupakan. Ada yang harus dilepaskan. Ibarat daun yang jatuh ditiup angin, tidak pernah membenci angin, untuk siapa harus dipersalahkan? Hidup ini satu ujian dan reda dengan apa yang berlaku. Adakah merahsiakan itu mampu melindungi? Adakah melindungi, dapat melindungi? Kerana cinta, manusia buta...…

1st Class Mistress - Sara Kyoko

1st Class Mistress - Sara Kyoko

2,244 15 11

TAJUK: 1ST CLASS MISTRESSPENULIS: SARA KYOKOISBN N0: 978-967-0907-28-4BLURB :Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza?"Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia." - Yusuf Dzulkarnain"Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukankah itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?" - Jasmine HannahApabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi penghalang kepada bahagia mereka yang baru dirasa, apabila ada manusia yang tampil hanya untuk mengingatkan tentang sejarah silam mereka yang penuh noda, benarkah cinta sahaja boleh mengatasinya? Atau mungkinkah hubungan yang baru terjalin itu bakal menemui titik noktahnya?"Apa beza dunia kita dengan dunia Jasmine? Dongak ke atas, langit yang sama. Tunduk ke bawah, bumi yang sama. Manusia di tengah-tengah ini yang membeza-bezakan antara satu sama lain. Insya-Allah, semua itu akan mampu kami tempuhi dengan kematangan." - Yusuf Dzulkarnain"Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." - Jasmine Hannah…

Ivy Raihana - Jaja Ahmad

Ivy Raihana - Jaja Ahmad

466 2 10

TAJUK: IVY RAIHANAPENULIS: JAJA AHMADISBN N0: 978-967-0907-29-1BLURB:"Mana boleh lupa minah sewel macam cik kak ni." - Fayed Nazmi"Saya pun takkan pernah lupa muka asam keping yang suka meroyan tak tentu pasal macam encik ni." - Ivy RaihanaMemilih untuk tinggal di kampung bersama Nek Munah akhirnya menemukan Ivy Raihana dengan lelaki yang digelarkan sebagai Aping. Pertemuan demi pertemuan sentiasa menimbulkan pergaduhan dan kekecohan antara mereka berdua."Otak tu tak payah nak biul sangat. Ingat saya hadap sangat ke nak mengintip awak? Dahlah sewel, biul pula tu. Tambah satu lagi, selfish!" - Fayed Nazmi"Kurang ajar punya asam keping. Sedap mulut je mengata orang eh. Ingat awak tu hebat sangat ke cakap orang macam tu? Dasar asam keping bodoh sombong! Dahlah bodoh, sombong pula tu." - Ivy RaihanaTetapi pertolongan Fayed secara tidak sengaja telah menimbulkan rasa dalam hati Ivy walaupun rasa menjengkelkan terhadap Fayed itu tetap ada. Pelbagai cara Ivy lakukan untuk merapatkan diri dengan Fayed dan dalam masa yang sama pelbagai salah faham juga sering timbul membuatkan pergaduhan sudah sinonim dengan mereka."Bergelak ketawa dengan lelaki dekat tengah khemah tu senonoh ke? Elok sangat ke orang tengok?" - Fayed Nazmi"He's my brother Fayed!" - Ivy RaihanaNamun tanpa Ivy sedari, Fayed menyimpan satu rahsia yang hanya terbongkar apabila Ivy bertemu dengan Lidiya di tempat letak kereta sewaktu Ivy sedang menjalankan misi gilanya. Rahsia itu telah membuatkan Ivy menjauh dan turut menyebabkan Fayed menyedari tentang satu rasa.Gangguan daripada Lidiya sekeluarga juga telah membuatkan Fayed membuat keputusan nekad. Apakah keputusan nekad Fayed itu? Selama manakah Ivy mampu menjauh daripada lelaki yang sudah memenuhi ruang hatinya?…

Aku Dan 1b3k - Isma Adeliya

Aku Dan 1b3k - Isma Adeliya

565 2 10

Tajuk : AKU DAN 1B3KPenulis : ISMA ADELIYAISBN NO : 978-967-0907-25-3Blurb :Dia bengkeng.Tak ada masalah. Kata ibunya jangan takut dengan tengkingannya.Dia kerek.Tak ada masalah. Abaikan saja sikapnya, janji kerja aku siap.Dia kurang ajar.Tak ada masalah. Pekakkan telinga dari cemuhan, kutukan dan bebelannya.Dia tidak suka perempuan berhijab.Lantaklah. Sebulan saja tempohnya. Pejam, celik habislah sebulan. Selepas itu apa yang perlu dirisaukan tentang prejudisnya terhadap perempuan berhijab? Itu masalah dia, bukan aku.Dia kacak.Sayang, wajah kacaknya itu tidak selari dengan akhlaknya. Alangkah bagus kalau wajahnya yang kacak dipakejkan sekali dengan perangai yang molek.Dia cintakan aku.Tidak! Ini tak boleh jadi. Mana boleh aku terima dia. Dia 1B3K dan dia tak solat."Pandang aku Fina. Cakap dengan aku... kau tak cintakan aku... dan aku akan pergi, bukan sekadar dari sini tapi dari hidup kau... selama-lamanya."Kenapa cinta selalu datang pada waktu yang salah, di tempat yang salah dan pada orang yang salah?"Saya tak cintakan bos. Saya minta maaf... malam tu saya keliru."Kenapa mulut dan hati selalu tidak selari?"Love has become more meaningful when you came into my life."Tipulah! Kalau kau ikhlas mencintaiku, kenapa nama dia yang sering kau sebut?…

Rafique's Girl - Lynn Safiya

Rafique's Girl - Lynn Safiya

664 2 10

TAJUK: RAFIQUE'S GIRLPENULIS: LYNN SAFIYAISBN N0: 978-967-0907-26-0BLURB:Rafique Azwar... lelaki yang digelar 'mamat sejuk beku' oleh adik sendiri, memang tidak pandai bercinta. Riaknya yang sentiasa serius serta perwatakan yang kaku membuat semua gadis yang pernah mendampinginya angkat kaki kerana tidak tahan dengan sikapnya yang beku dan tidak pandai mengambil hati. Sehinggalah dia bertemu Dhamira.Pertemuan pertama membuat Rafique gagal mengawal mata serta emosi. Namun, kemahuan hati yang sudah berbisik rasa, tidak mampu dituruti kerana percaya gadis itu sudah berpunya. Bukan pendiriannya merampas milik lelaki lain. Hati membengkak melihat kemesraan Dhamira bersama Danial dan bebas laku pasangan itu, sehinggakan dia mampu bertindak di luar jangkaan.Dhamira... gadis selamba yang memendam seribu rahsia. Rahsia yang menyimpan selautan duka. Bertemu dengan Rafique membuat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mendebarkan hati. Hati yang disangka telah mati. Sedar yang Rafique sering bersangka buruk akan hubungannya dengan Danial, Dhamira tetap mendiamkan diri. Namun, tatkala rahsia akhirnya tersingkap, Rafique terkedu sendiri.Tidak sempat meminta maaf, Dhamira ditimpa kecelakaan. Kecelakaan yang menyerlahkan kesanggupan Rafique untuk berkorban harta dan nyawa demi Dhamira. Maka atas alasan 'hutang nyawa' serta desakan Danial, Dhamira bersetuju menerima lamaran Rafique. Sukarnya meniti kehidupan rumah tangga apabila dua jiwa yang jauh berbeza bersatu. Rafique yang beku, serta Dhamira yang terlalu halus hatinya. Azam untuk menerima Rafique seadanya rupa-rupanya hanya di bibir sedangkan hatinya masih mengharapkan suaminya itu meluahkan rasa hati.Mampukah Dhamira menangani kecewa dalam hati? Mengapa kebahagiaan yang dicari Dhamira sering menjadi iri kakak sendiri? Betulkah Rafique tidak mencintai dia sedangkan setiap perlakuan lelaki itu mencerminkan sebaliknya?…

Akad Kedua - Ana Eimaya

Akad Kedua - Ana Eimaya

770 12 10

TAJUK: AKAD KEDUAPENULIS: ANA EIMAYAISBN N0: 978-967-0907-27-7BLURB :"Ini keputusan muktamad abi dan ingat... Khuz tak boleh kata tidak."- Tan Sri Junaidi.Mampus! Memang sah-sahlah Hasbi Khuzairy tiada pilihan. Baginya, tidak perlu lagi dia pertaruhkan kebahagiaan untuk sebuah perkahwinan. Namun, alasan serik dan takut mendirikan rumah tangga untuk kali kedua, awal-awal lagi dipangkah oleh abi.Nak tak nak, 'ya' jugalah jawabnya."Kerek! Ego! Membosankan!"- DhiaBelum sampai sehari bergelar isteri, Dhia Irdina dengan yakin melabelkan suaminya begitu. Nampaknya, dia perlu bikin sesuatu.Biarpun ego setinggi langit, Hasbi Khuzairy tidak pernah mengabaikan keperluan Dhia Irdina. Cuma cinta... itu yang sukar diberikan. Hari berganti hari, hatinya yang sunyi mula terpikat dengan sikap ceria, penyayang, manja, menggoda dan kuat mengusik isterinya."Dengan awak pun saya tak tercinta lagi, nak kahwin lagi satu? Hati saya ni ada satu ajelah."- Khuz."Jadi, hati tu untuk Dhia la kan? Kan? Kan?"- Dhia"Tolonglah, jangan nak terlajak perasan!"- Khuz.Layanan acuh tidak acuh Hasbi Khuzairy terhadap Dhia Irdina membuatkan Irsyad mula mencuri peluang yang ada. Hasbi Khuzairy gelisah. Dia mula rasa tergugat."Kalau kau rasa tak dapat nak berikan itu semua kepada Dhia, aku cadangkansupaya lepaskan ajelah dia daripada hidup kau."- IrsyadDatanglah seribu langau mahupun pendendam sekalipun, Dhia Irdina dan Hasbi Khuzairy masing-masing lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, tanpa sedar ia membuatkan mereka makan hati berulamkan jantung."Saja. Aku nak Khuz, Tan Sri Junaidi, Rayna, Syad dan semua orang tahu perempuan yang dikatakan sepuluh kali ganda lebih baik tu sebenarnya lebih kurang sama aje dengan aku. Murah. Kau tahu tak erti mu-rah?"- DaliyaMurah? Apa maksud Daliya, bekas isteri Hasbi Khuzairy? Apa yang Dhia Irdina telah lakukan? Dan berhasilkah Hasbi Khuzairy menjadikan perkahwinan kali ini yang terakhir?…

Saat Kau Jauh - Izz Jaja

Saat Kau Jauh - Izz Jaja

2,354 15 11

TAJUK: SAAT KAU JAUHPENULIS: IZZ JAJAISBN N0: 978-967-0907-24-6Blurp :NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya."Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati."- Ana LiyanaIKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya."Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana." - Ikhwan FazailHebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka.Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi.Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu..."Hanya Ana yang I dambakan."…

Pilihan Takdir - Alsya Khairin

Pilihan Takdir - Alsya Khairin

1,028 8 10

TAJUK : PILIHAN TAKDIRPENULIS : ALSYA KHAIRINISBN : 978-967-0907-23-9"Kau ingat ni perempuan. Sekali kau cari pasal dengan aku, seumur hidup aku takkan lepaskan kau!"Disebabkan keberaniannya menentang si pembuli nombor satu kolej mereka, kehidupan Azeeza terganggu. Pelbagai ancaman dan ugutan dia terima, namun itu tidak mematahkan semangatnya. Bagi Azeeza, lelaki pengecut itu hanya tahu menindas orang lain tanpa hati dan perasaan. Dia sedikit pun tidak takut mahupun gentar.Namun tidak bagi Qaiser Hafiy, egonya dicabar oleh seorang perempuan yang entah dari mana datangnya. Tumbukan pertama yang hinggap di pipinya takkan dia lupakan sampai bila-bila. Keberanian dan ketenangan si gadis mencabar kelakiannya serta menyemarakkan lagi rasa dendam dalam diri Qaiser. Belum pernah dia diperkotak-katikkan sebegini rupa. Qaiser bengang. Pelbagai cara dilakukan untuk menyeksa Azeeza tetapi semuanya gagal."Kau dengar sini baik-baik, pergilah kalau kau nak pergi tapi jangan ingat kau boleh lepas daripada aku. Kau tahu apa masalah aku? Aku ni seorang pendendam. Sekali aku berdendam, seumur hidup kau takkan tenteram!"- Qaiser Hafiy.Disebabkan kesalahan orang lain, kebencian Azeeza kepada Qaiser semakin bertambah, lalu dia mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa memberi ruang kepada lelaki itu untuk menjelaskan letak duduk perkara yang sebenar. Azeeza berharap dengan melarikan diri, tidak akan wujud lagi pertemuan dengan lelaki yang banyak menciptakan luka dalam hatinya.Tetapi takdir berkehendak lain, Qaiser hadir kembali demi memburu sebuah kemaafan. Kini, dia terpaksa menerima apabila takdir meletakkan dia di bawah satu bumbung dengan lelaki yang telah memusnahkan masa depannya. Siapa Qaiser dalam hidup Azeeza yang sebenarnya? Adakah kemaafan akan Qaiser perolehi? Apa kaitan Puan Qarina dan Tuan Abbas dalam kehidupan mereka? Terlalu banyak persoalan, hanya takdir yang mampu menjawab segalanya.…

Jodoh Untukku- Anne Wanie

Jodoh Untukku- Anne Wanie

1,357 21 10

TAJUK : JODOH UNTUKKUPENULIS : ANNE WANIEISBN : 978-967-0907-22-2BLURBNUR AIN... Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon.AHMAD FUADI... Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami."Eh, mana kulit ayam ni?" - Ain"Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung."- Fuadi"Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?"- Ain"Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?" - Fuadi.Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa."Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting."- Ain"Stop Ain! You're too much. He's only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain."- FuadiSatu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia?Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. - AinKita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. - Fuadi…