Jadi Milik Dia - Wan Nur Najihah

Jadi Milik Dia - Wan Nur Najihah

1,347 26 10

TAJUK: JADI MILIK DIAPENULIS: WAN NUR NAJIHAHISBN NO: 978-967-0907-69-7HARGA: RM 30.00(SM), RM 33.00(SS)BLURB:"Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu! Aku dah serik percayakan perempuan." - AdrianPerkahwinan yang diimpikan ADHA ADRIAN hancur apabila tunangnya membatalkan pernikahan mereka. Dendamnya kepada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan azam memulakan hidup baru. Namun, datuknya merancang mahu menjodohkannya pula."Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak." - DianTidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, NUR SHAZAI DIANA melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dihukum atas kesilapan perempuan lain. Namun, sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Bagi membalas budi datuk Adrian yang baik, dia menerima juga lelaki itu sebagai suami."Boleh tak jangan tuduh saya lagi? Sikit-sikit salah saya. Cuba buka mata awak luas-luas cari apa salah awak. Ni tak, semuanya nak tuduh saya. Semuanya salah saya. Macamlah awak tu tak pernah buat salah."-DianDirinya bagai tidak wujud. Tindakan yang dibuat semua salah di mata Adrian. Hanya kesabaran menjadi benteng dia masih bertahan. Ternyata kesabarannya berbalas. Adrian kembali tewas di tangan insan bergelar wanita. Namun kebahagiaan yang dirasai hanya sekejap apabila bekas tunang suaminya kembali muncul."Kalau betul pun dia terhegeh-hegeh kat abang, apa hak Dian nak hina dia? Ini masalah abang dengan dia." - AdrianGelap dunia Dian. Suaminya masih mencintai Haiza. Cinta yang diberi hanya palsu. Dia tertipu. Ternyata dia hanya dijadikan tempat melepaskan dendam. Mampukah dia bertahan sedangkan rasa cinta yang dulu mekar mula layu?…

Supergirl - Wardina Aisyah

Supergirl - Wardina Aisyah

345 11 10

TAJUK: SUPERGIRLPENULIS: WARDINA AISYAHISBN NO: 978-967-0907-68-0HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)BLURB:AINA MEDINA, dia bukan seperti anak-anak gadis sebayanya. Dalam usia 21 tahun, dia terlalu sibuk bekerja siang malam demi mencari duit menyara kehidupan. Tak kira penat atau sakit, dia tetap kuat demi orang-orang tersayang. Lagaknya tak ubah seperti seorang 'Supergirl'.LUTH ZULKARNAIN, lelaki yang punya segala-galanya. Rupa, harta dan pangkat. Namun ada satu yang lelaki ini tidak miliki. Cinta! Ya, lelaki setampan Luth tidak terisi hatinya dengan cinta setelah kecewa dengan percintaan lalunya. Baginya semua perempuan itu punya sifat yang sama. Mata duitan!Satu insiden, menembungkan dua insan dari dua dunia berbeza.Tawaran itu Aina rasakan sesuatu yang tak masuk dek akal. Mustahil dia menerimanya. Memang dia orang susah. Perlukan wang demi menyara keluarga. Namun dia bukanlah perempuan murahan yang menjual maruah. Dia tidak kemaruk menerima tawaran kerja paling gila pernah didengarnya itu. Merepek! Mengarut! Merapu meraban!Namun, kemelut yang dihadapi semakin bertimpa-timpa. Pak sunya dikejar pemiutang. Manakala ibunya pula terpaksa menjalani pembedahan yang mana tidak mampu dibiayai olehnya. Akibatnya dia tersepit. Dalam terpaksa, kerja gila yang ditawarkan oleh mamat muka ketat itu terpaksa juga diterima. Hanya itu jalan yang dia ada.Maka... bermulalah kehidupan Luth Zulkarnain dan Aina Medina yang berpaksikan kepura-puraan.Dalam melayari kehidupan yang penuh dengan olok-olok, benarkah tiada cinta yang menyapa? Jika benar bagai dikata, mengapa mata Aina sentiasa berbulu setiap kali si langau gedik menggeletis datang menghimpit Luth tanpa segan silu? Luth pula, kenapa hatinya rasa seperti ingin meletup setiap kali sahabatnya Awie datang menggoda Aina?Mampukah Aina si Supergirl ini bertahan demi orang-orang tersayang? Terusan berkorban meskipun hatinya sendiri calar-balar?…

Firdaus Buat Jannah - Danisyarahmat

Firdaus Buat Jannah - Danisyarahmat

671 2 11

TAJUK: FIRDAUS BUAT JANNAHPENULIS: DANISYARAHMATISBN NO: 978-967-0907-67-3HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)BLURB:Dek kerana malam jahanam itulah, jalan hidup NUR JANNAH berubah. Akibat desakan kewangan, dia terpaksa menamatkan zaman daranya di tangan lelaki yang hampir memusnahkan maruahnya.Bagi RAIS FIRDAUSI pula, gaya hidup bebasnya di luar negara telah menjeratnya dalam satu pernikahan. Semuanya diturutkan demi Alice, adik tersayang.Apabila ijab kabul telah termeterai, Nur Jannah nekad untuk mencintai suaminya itu selagi hayat dikandung badan. Tapi bukan mudah untuk menukar rentak hidup suami separuh mat salih yang terlebih western. Maka bermulalah cabaran Nur Jannah menarik suami westernnya ke jalan yang diredai.Berpeluh juga Rais Firdausi mengawal diri daripada godaan dan cubaan isteri kampungnya itu. 'First impression' terhadap isterinya itu ternyata meleset.Saat cinta mula bersemi, dugaan datang melanda. Rais Firdausi terpaksa pasrah. Jodoh mereka ternyata tidak panjang. Dia punya misi untuk mencari pengganti bagi menjaga Nur Jannah dan zuriat yang bakal lahir. Muncul Raiz Firdaus, teman sekampung isterinya yang mencintai dalam diam. Pada lelaki inilah disandarkan harapan. Moga Firdaus ini diciptakan untuk menemani Nur Jannah sehingga ke akhir hayat."Kalaulah umur aku tak panjang, kesian Jannah tak ada orang jaga dan lindungi dia. Kau kahwinlah dengan dia lepas aku mati." - Rais Firdausi."Kau sedar tak apa yang kau minta ni? Jannah tu bukan barang untuk kau berikan pada aku sesuka hati!" - Raiz Firdaus.Tercapaikah hajat Rais Firdausi? Sanggupkah Jannah membelah hatinya untuk lelaki lain? Mampukah Raiz Firdaus menakluki hati Jannah?…

Awak Dah Curi Hati Saya - Luvis Eija

Awak Dah Curi Hati Saya - Luvis Eija

512 11 10

TAJUK: AWAK DAH CURI HATI SAYAPENULIS: LUVIS EIJAISBN NO: 978-967-0907-66-6HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)BLURB:Pertemuan pertama antara mereka diserikan dengan bunga-bunga pertengkaran. Sikap kekwat yang ditunjukkan oleh WAZIF membuatkan hati HUSNA AQILA meluat gila.Hati Husna terbakar. Sungguhpun begitu, dalam diam dia akui mamat kekwat itu memang kacak orangnya. Tapi sayangnya... mulut busuk macam longkang! Namun, apa yang Husna kisah! Kekasih hatinya Mikail tetap menjadi lelaki terkacak di matanya.Perancangan Allah itu memang tidak pernah terduga. Selepas pertemuan pertama, terjadi pula pertemuan demi pertemuan yang seterusnya. Masih lagi ada bunga-bunga pertengkaran, namun aneh! Hati masing-masing mula berdetak sesuatu.Sungguhpun begitu, bagi Husna cintanya hanya untuk Mikail seorang. Namun, impian indahnya hanya tinggal kenangan. Kedatangan Mikail pada suatu hari menuntut perpisahan, sekali gus mencarik jaring angannya.Wazif pula, dek kecewa dengan cinta silam membuatkan dia dingin dan beku dengan perempuan. Bagi Wazif, cinta itu cuma menyakitkan.Sungguh! Hanya Allah sahaja yang tahu perancangan-Nya. Sekali lagi mereka bertemu secara tidak sengaja dan pada kali ini terus mengikat mereka dengan ikatan pertunangan. Husna bingung! Perlukah dia meneruskan semua ini sedangkan hatinya sudah mati untuk sebuah cinta? Mampukah dia mencantum semula hatinya yang telah lebur dan memberikannya kepada Wazif?Sumpah, Husna bingung! Mengapa tiba-tiba sahaja Wazif begitu nekad untuk bersamanya, sedangkan sebelum ini mereka bagaikan kucing dengan anjing? Mampukah mereka untuk bahagia bersama?…

Ikhlas Memilihmu- Anna Dean

Ikhlas Memilihmu- Anna Dean

442 14 11

TAJUK: IKHLAS MEMILIHMUPENULIS: ANNA DEANISBN NO: 978-967-0907-65-9HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS)BLURB:QISTINA yang kecewa ditipu kekasihnya, Iskandar menjadikan bas sebagai tempat terapi diri. Di situlah dia bertemu dengan Alya. Kecomelan Alya sering kali mencuit hatinya. Namun aktiviti curi-curinya bermain-main dengan Alya tanpa pengetahuan bapa Alya, HARIS; seorang duda, telah menimbulkan ketegangan pada awalnya."Cukup! Kau buat apa ni, hah?" - Haris"Err... saya cuma nak main-main aje dengan dia." - QistinaBagaimanapun selepas itu hubungan mereka semakin akrab sehingga menerbitkan rasa yang sukar diungkap. Haris sedar dia mula mencintai Qistina. Namun, pengalaman lalu membuatkan dia sedar diri."Qis... awak seharusnya dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya. Saya tak sempurna, Qis." - HarisHaris tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rasa yang bersarang dalam jiwa cuba dipendam dan sering kali dia menidakkannya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan Qistina. Baginya Alya adalah segala-galanya. Dia tidak rela membiarkan diri terusan ditohmah dan dihina lagi, asalkan Alya mendapat yang terbaik.Walaupun cintanya ditolak, demi cinta tulusnya, Qistina tetap menyokong Haris dari belakang. Dia selalu ada saat Haris berdepan dengan pelbagai kesukaran. Haris yang memang terdesak terpaksa menerima pertolongan Qistina. Tambahan pula apabila Lina, bekas isteri Haris muncul dan menuntut hak penjagaan terhadap Alya.Kemunculan Syed Luqman, teruna kacak dan kaya telah berjaya menggugat pendirian Haris. Dia cemburu, namun ego kedua-duanya dapat ditebak Syed Luqman.Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah Haris tetap dengan pendiriannya untuk tidak jatuh cinta kepada Qistina? Adakah dia akan melepaskan Alya ke tangan Lina yang jauh lebih menjamin hidup anaknya? Dan Qistina, apakah dia memilih Syed Luqman yang tidak putus-putus mendampingi dirinya?…

Mahkota Kertas - Ayumi Syafiqah

Mahkota Kertas - Ayumi Syafiqah

154 12 9

TAJUK: MAHKOTA KERTASPENULIS: AYUMI SYAFIQAHISBN NO: 978-967-0907-64-2HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)MUKA SURAT : 535BLURB:"I heard stories. Dah ramai pelajar kat sini yang ternampak hantu tu." - Maissa"Hantu apa? Pocong? Toyol? Puntianak?" - Shad"Saya tak payah cari puntianak, sebab makhluk tu dah ada kat depan mata saya sekarang." - MaissaBermula dengan dialog ringkas itu, hati SHAD FAKHIRI mula dicuri oleh gadis penuh misteri bernama NUR MAISSA. Apa saja dia sanggup buat untuk buktikan yang dia ikhlas untuk berkawan. Tapi ternyata Maissa bukan seperti gadis-gadis lain. Kalau biasanya mereka semua lebih memilih untuk keluar berjanji temu di restoran-restoran mahal, harapkan jambangan bunga ros atau teddy bear besar setiap kali merajuk, Maissa lebih suka memilih untuk melawat bilik mayat, mengunjungi rumah-rumah kosong yang dikaitkan dengan kisah-kisah hantu dan lepak di kawasan perkuburan. Nama gelaran gadis itu, Maissa the ghostbuster.Pelik, tapi yang pelik itu jugalah yang buatkan Shad semakin jatuh sayang dari hari ke hari."Trying to prove that you're not a damsel in distress?" - Shad"What if... I'm the damsel who loves her distress?" - MaissaNamun, di sebalik hati Maissa yang keras dan mulut yang sentiasa lantang bersuara, ada satu kisah silam pahit yang tersimpan jauh. Sepasang mata yang selalu merenung tajam itu jugalah yang menitiskan air mata hampir setiap malam. Tatkala jiwa Maissa kian rapuh, Shad muncul dalam hidupnya dan menjadi satu-satunya insan yang sudi meminjamkan bahu."Awak dah terlalu banyak menderita, May. Awak biarkan hidup awak tanpa rasa bahagia. Awak lalui hidup ni dengan cara awak sendiri tanpa peduli pun tentang orang lain. It's time to change it. Face your fear and fight it. And when it's over, I'll be here waiting." - ShadItu janji Shad. Mampukah janji itu terus dipegang hingga tiba masanya untuk Maissa belajar buka hatinya dan mula mengenal cinta?…

Dia Cinta Hatiku ? - Azieana

Dia Cinta Hatiku ? - Azieana

613 33 11

TAJUK : DIA, CINTA HATIKU?PENULIS : AZIEANAISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-63-5BLURB:-"Awak nak saya tolong hantar awak ke hospital atau klinik ke?" - Sufi."Tak perlu. Saya okey je ni." - ZahimItulah detik pertama pertemuan antara NUR AISYAH SUFIYA atau lebih dikenali sebagai Sufi dengan MOHD ZAHIM FITRI. Sufi telah menolong lelaki itu yang cedera akibat dibelasah. Itulah Sufi yang brutal dan bermulut laser tetapi sangat penyayang terhadap anak angkatnya, Risya.Siapa sangka Zahim itu CEO Zamrud Holdings tempat kerja baru Sufi. Sikap dan keperibadian Sufi dalam diam berjaya menarik minat Zahim. Suatu hari, Zahim meminta pertolongan Sufi menyamar sebagai kekasihnya untuk ditunjukkan kepada orang tuanya bagi mengelakkan dirinya dijodohkan dengan Dania. Dia cuba berterus terang akan hasrat hatinya untuk memiliki Sufi, tapi ditolak dengan alasan Sufi sudah pun bertunang dengan Wan Jazlan dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Zahim kecewa!Namun, impian Sufi untuk membina rumah tangga bersama tunangnya tidak kesampaian kerana perkahwinan mereka terganggu dengan kehadiran Zetty yang mengaku dia ialah isteri Wan Jazlan. Majlis perkahwinan tidak jadi itu akhirnya bertukar menjadi majlis pertunangan antara Sufi dengan Zahim.Perkahwinan Sufi dan Zahim berlangsung dengan restu kedua belah pihak. Tapi kebahagiaan mereka tergugat dengan kemunculan tiba-tiba Tengku Zarina yang mendakwa Risya ialah anak kandung Zahim."Bapa kandung Risya ialah lelaki yang ada di sebelah awak, Sufi. Lelaki yang sudah menjadi suami awak." - Tengku Zarina"Abang!!! Abang bapa kandung Risya?" - Sufi"Sayang, abang... er, semua ni salah faham. Abang..." - Zahim"Tak, abang tipu Sufi. Sufi benci abang. Sufi benci!" - SufiSufi yang kecewa dengan kenyataan itu membawa diri ke Cameron Highlands. Siapa sebenarnya bapa kandung Risya dan apa kaitannya Tengku Zarina dalam hubungan mereka bertiga?…

Diakah Cinta? - Gee Muszisya

Diakah Cinta? - Gee Muszisya

198 10 10

TAJUK : DIAKAH CINTA?PENULIS : GEE MUSZISYAISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-62-8BLURB:-Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali setelah hati AYUNI AISYA digores luka. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan DANIAL HAIKAL telah menggamit kembali kenangan lama. Mengapa begitu payah untuk dia melupakannya? Lagi haru-biru apabila dia terpaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu."Tapi aku sangat tak suka dia! Tak suka! Tak suka! Tak suka!" - Ayuni"Orang kata; kita jangan tak suka sangat kat seseorang tu. Sebab perasaan tak suka tu boleh jadi suka. Hang jangan tak suka sangat kat dia. Kut tak suka, sat gi jadi sayang sangat kat dia kut... Masa tu baru hang nak menjerit. Aku cinta! Cinta! Cinta dia!!!" - ShafiqaKata-kata itu seakan sumpahan. Lelaki itu seperti ada aura yang buat dirinya kalah melawan perasaan sendiri. Danial telah berubah 100%. Bicara lelaki itu seakan ais yang menyirami hatinya. Pelik! Walau dilukai, hati masih mampu menyayangi.Bagi Danial, pertemuan kembali dengan Ayuni membuatkannya kembali 'hidup'. Sejak dulu cintanya untuk Ayuni. Kerana kesilapan diri, gadis itu membencinya. Dia nekad! Cinta gadis itu akan kembali ditakluki."Kita boleh jadikan perkara ni bukan lagi satu pembohongan." - Danial"Macam mana?" - Ayuni"Kita kahwin." - Danial"Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?" -Ayuni"Sedar." - Danial."Awak ni kadang-kadang bercakap ikut hati awak saja. Tak fikir panjang langsung. Awak ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok?" -Ayuni"Awak ingat saya main-main pasal hal nikah kahwin ni?" - DanialPerancangan keluarga hendak menjodohkannya dengan Izara memaksa Danial mengatur rancangan gila. Dan mungkin dengan cara itu juga dia dapat memiliki gadis yang dicintainya. Namun, Datuk Zahari meletakkan syarat sekiranya Danial tetap mahu mengahwini Ayuni. Danial nekad, untuk melepaskan gadis yang dicintai tidak sama sekali! Adakah syarat itu akan mengeruhkan lagi hubungan Datuk Zahari dengan Danial yang sudah sedia dingin sejak dulu?…

Bibik Milenium - Aein Dhiyauddin

Bibik Milenium - Aein Dhiyauddin

2,470 13 10

TAJUK : BIBIK MILENIUMPENULIS : AEIN DHIYAUDDINISBN N0: 978-967-0907-54-3 BLURB:"Aku, bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vogue walaupun setakat cuci tandas. Faham?" - SuhailaHadirnya SUHAILA AILEEN membuatkan hidup TENGKU KHALIS AIMAN huru-hara. Dipaksa bernikah dengan seorang bibik, dia terpaksa akur kerana harta papanya. Bagi Suhaila pula, berkahwin dengan seorang lelaki asing saat hatinya terluka bukan suratan yang dipinta. Apatah lagi menjadi isteri kepada lelaki yang paling dibenci olehnya.Namun, siapalah kita untuk menafikan kuasa Ilahi. Dalam marah ada sayang. Dalam benci muncul pula cinta. Makin ditepis makin terasa. Nakal Suhaila jadi igauan Khalis. Senyuman Khalis buat Suhaila tergoda. Bibir sekata melantun benci, dalam hati melagu kata rindu."Kau dah jatuh cinta kat aku ke belum?" - Khalis"Aku tak nak jatuh hati kat kau. Kau tu kejam!" - SuhailaNamun sejarah hitam memburu Suhaila. Aib yang disimpan mula menjadi racun dalam hubungannya dengan Khalis. Angkara khianat, sekali lagi dia gagal dalam cinta."Kau anak pelacur, kan? Kau perangkap aku sebab konon nak sucikan nama busuk kau tu."- KhalisSekali lagi Suhaila terpaksa berdepan dengan ujian. Kerana asal keturunannya dia putus tunang. Dengan alasan yang sama juga Khalis menghalaunya. Suhaila membawa diri.Saat dia mampu berdiri kembali, muncul Khalis menagih cintanya. Sedangkan sudah ada jejaka lain yang menanti."Aku rindu bibik milenium aku. Tolonglah jangan tinggalkan aku." -Khalis"Suhaila Aileen... will you marry me?"- HarisSiapakah pilihan Suhaila? Menolak Khalis hatinya sakit. Menerima cinta Khalis, hatinya juga sakit. Mampukah kisah cinta mereka kekal hingga ke syurga jannah?…

Sweet & Dangerous - Fazlyn Ridz

Sweet & Dangerous - Fazlyn Ridz

737 17 11

TAJUK : SWEET & DANGEROUSPENULIS : FAZLYN RIDZISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-55-0BLURB:Kisah cinta luar biasa antara Fakhrul dan Humairah.Keluarga Syahirah bermata duitan membuatkan Fakhrul seorang pegawai komando, terdampar dalam kekecewaannya setelah dipinggirkan. Demi wang, dia memilih melakukan satu tugas untuk menyiasat tentang satu kisah tragis yang mengorbankan hampir seluruh keluarga orang kaya Arman di Yangon suatu masa dulu.Namun setelah mengenali Angelina Khon di Yangon, dia telah jatuh cinta. Sayangnya, kisah tragis Arman itu ada kena-mengena dengan Angelina. Demi keselamatan keluarganya dan Angelina sendiri, dia memilih mengorbankan cintanya kepada gadis itu. Sayangnya, Angelina telah terseret dalam dendam yang tidak jelas puncanya.Tiga tahun hidup sebagai tawanan kepada orang asing, Angelina berjaya pulang semula ke Yangon. Sangkanya kisah lama itu telah berakhir. Namun dia dipertemukan dengan kebenaran, Fakhrul ialah orang suruhan Arman. Lebih daripada itu, Arman menghantar orang suruhannya untuk memikat Angelina semula.Nekad demi cinta! Biarpun sedar dia telah menganiaya Angelina, Arman tetap cuba mendapatkan gadis itu melalui Fakhrul. Sayangnya dia dihidangkan dengan rahsia yang amat menyakitkan.Berlarian di atas muka bumi Tuhan ini semata-mata demi mempertahankan cinta mereka. Rentetan daripada dendam Arman yang hampir-hampir merenggut nyawa cahaya mata Fakhrul dan Humairah, Fakhrul nekad menjadi seorang pembunuh demi nyawa orang yang dikasihinya. Namun, akibat perbuatannya itu tidak mudah untuk dipadamkan.Bagaimana untuk Fakhrul pulang ke pangkuan kekasih hatinya? Ini bukan kisah cinta biasa-biasa. Darah dan permata masakan boleh bersatu? Namun bagi mereka, jika sudah Tuhan menentukan hati mereka bersatu, agi idup agi ngelaban! Biar habis nyawa di badan, pejuang seperti Fakhrul... tidak akan pernah membiarkan dirinya kalah!…

Mr.Babe Magnet???Not!!! - Lynn Safiya

Mr.Babe Magnet???Not!!! - Lynn Safiya

784 2 12

TAJUK : MR BABE MAGNET??? NOT!!!PENULIS : LYNN SAFIYAISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-56-7BLURB:ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar.Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya.Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk.Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri.Tiada yang manis dalam bicara Zayn. Semuanya sinis belaka. Azzahra yang serik akibat sering ditolak oleh Farouk dulu, tidak meletakkan sebarang harapan pada perkahwinannya. Maka hatinya dijaga rapi. Tiada usaha untuk merapatkan hubungannya dengan Zayn. Dan ketika bekas kekasih Zayn datang menagih simpati, Azzahra terkedu sendiri.Mengapakah begitu mudah Zayn menerima lamaran Azzahra? Apa motifnya? Dan tatkala Zayn seakan berubah hati, perlukah Azzahra angkat kaki?…

Adel.... I Love You! - Dhiyana

Adel.... I Love You! - Dhiyana

451 1 11

TAJUK : ADEL... I LOVE YOU!PENULIS : DHIYANAISBN N0: 978-967-0907-57-4BLURB:Apabila dua pasang mata saling bertentangan, dua ulas bibir saling bertukar senyuman. Tanpa sedar, Adelia Zahra memuji akan aset utama yang menjadi tarikan Firas Mikhail, si duda beranak dua. Redupan pandangan mata yang dimiliki oleh Firas selalu saja mengusik hati kecilnya.Disangka Firas si duda beranak dua, tetapi rupa-rupanya masih lagi bergelar jejaka. Hubungan baik Firas dengan Tok Embun dan Tok Wan Hassan membuatkan Adel dan Firas kerap kali bersua muka. Bibit perkenalan mesra mula tercipta. Tanpa disedari kedua-duanya, kemesraan itu membuatkan hati mereka berdua terusik oleh sesuatu.Permintaan keluarga tidak dihampakan. Firas mengikat tali pertunangan dengan Qisya, wanita yang dikenalinya selama bertahun-tahun. Hatinya pasrah. Dia menyangka Qisya adalah kebahagiaan yang diimpikan selama ini, tetapi rupa-rupanya hanyalah sementara. Hancur berderai kepercayaan dan juga kesetiaan apabila dia diduga dengan kecurangan Qisya. Saat hatinya terluka, Adel sentiasa ada di sisi sebagai penawar duka."Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya." - Firas"Saya akan sentiasa ada di sisi awak, Firas." - AdelApabila hati semakin membentak untuk berkongsi rasa dan juga merasai nikmatnya bahagia, Firas dan Adel sama-sama mengakui rasa hati. Hati yang semakin gembur dengan perasaan indah, dibajai lagi dengan kenikmatan ertinya bahagia.Namun, kebahagiaan mereka berdua direntap apabila Qisya menuntut Firas menunaikan janji akan sebuah perkahwinan. Saat Firas ingin melepaskan segala-gala yang terbuku dalam hati, permintaan ayahnya membuatkan dia tersepit.Atas desakan Qisya, dan juga dendam kesumat yang lama terpendam, tegakah Firas membiarkan Adel menjadi mangsa? Benarkah bahagia yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa sememangnya milik mereka berdua? Jika ya, dia akan terus bertahan selagi ada asa dan selagi ada helaan nafas.…

Cinta Asma Dan Ferhad - Shima Awang

Cinta Asma Dan Ferhad - Shima Awang

423 0 10

TAJUK : CINTA ASMA DAN FERHADPENULIS : SHIMA AWANGISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-53-6BLURB:Kenal tak sampai beberapa hari, mereka telah bersatu dalam sebuah perkahwinan paksa rela. Baik Asma mahupun Ferhad membahagiakan Nek Som menjadi keutamaan mereka. Walaupun ada keraguan dalam hati, Asma cuba menerima seikhlasnya Ferhad sebagai suami."Dah termaktub jodoh abang dengan Asma sejak dari alam roh lagi. Jadi siapa abang nak tolak jodoh ini." - Ferhad"Tapi kita tak pernah kenal pun. Tiba-tiba kena kahwin. Tak rasa pelik ke?" - Asma"Asma, orang dulu-dulu kahwin lagi pelik. Macam nenek dengan atuk dulu. Tak pernah tengok muka pun, lepas akad nikah baru tengok dan kenal pasangan. Jadi kes kita ni tak pelik pun, sebab kita dah kenal. Dah jumpa sebelum nikah." - FerhadMereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri dalam tempoh yang agak singkat kerana Ferhad perlu kembali ke UK untuk bekerja. Perkahwinan jarak jauh ini menguatkan cinta dalam hati mereka. Namun, perkahwinan mana yang tidak dilanda badai.Tiffany, baginya Ferhad adalah cinta pandang pertamanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan lelaki itu. Tetapi bagi Ferhad, sayangnya tidak lebih daripada seorang kawan baik.'Aku tidak boleh kehilangannya.' - Tiffany.Selepas kematian Nek Som, Ferhad tiba-tiba hilang. Asma hampir kehilangan semangat untuk hidup. Dia dituduh pembunuh Nek Som. Dia juga dituduh tamakkan harta Nek Som. Apakah sebenarnya yang terjadi? Di manakah Ferhad?"Sekali abang lafazkan akad, abang akan terus memegangnya sehingga hujung nyawa. Abang akan tetap pertahankan ikatan suci kita." - Ferhad"Aku tak sangka kau begitu kejam kak. Tak berperikemanusiaan. Rupanya selama ini orang yang kau kutuk tu Asma." - Fahim…

Bukan Encik Sempurna - Yumi Hyra

Bukan Encik Sempurna - Yumi Hyra

465 0 10

TAJUK : BUKAN ENCIK SEMPURNAPENULIS : YUMI HYRAISBN N0: 978-967-0907-52-9BLURB:Ada apa dengan encik sempurna? Bagi Ulya Hana (Uya), dia percaya dan yakin bahawa encik sempurna a.k.a. jodohnya wujud kerana dia tahu Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuknya. Bak kata mak tok, jodoh akan datang jika dia berusaha untuk mencari dan tidak berputus asa berdoa.Sebaik sahaja 'Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun' bermula, ramai pula calon-calon yang muncul. Kan dah pening kepala nak pilih! Uya boleh pilih sama ada Luth yang sangat pelik, misteri dan merupakan calon pilihan ahli-ahli 'Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun' ataupun Hud yang sentiasa bermulut manis."Perfect guys only exist in books." - Luth Hannan"I takkan senang-senang nak lupakan orang yang buat I tersenyum." - Tengku Hud HarrazSaat Uya pening dengan telatah Luth dan Hud, muncul pula seorang lagi lelaki misteri yang sering mengirimkan kad-kad comel kepadanya, seolah-olah lelaki misteri itu sering berada dekat dengannya. Kad-kad comel itu seolah-olah cuba menggembirakannya.One is loved because one is loved. No reason is needed for loving.~H~Misteri, kan?Bak kata mak tok lagi, untuk memilih jodoh a.k.a. encik sempurnanya, dia hanya perlu menggunakan konsep 'tepuk dada dan tanya hati'. Huh... kalaulah semudah itu, sudah tentu dia dapat jawapannya.Luth, Hud atau H? Pening lagi! Dan apabila hati dengan yakin membuat pilihan, diri mula ragu-ragu pula. Cuma satu yang Uya yakin;"Perfect guys don't exist, but there is always one guy that is perfect for me." - Ulya HanaAntara Luth, Hud dan H, siapakah agaknya encik sempurna Ulya Hana? Adakah benar encik sempurna itu sempurna? Atau sebenarnya bukan encik sempurna?…

Jujurlah... Sayang ! - Izz Jaja

Jujurlah... Sayang ! - Izz Jaja

681 1 11

TAJUK : JUJURLAH... SAYANG!PENULIS : IZZ JAJAISBN N0: 978-967-0907-50-5BLURB:Noah dan Aira... dua nama yang punya kehidupan berbeza. Ibarat, seorang di utara, seorang di selatan. Aira menyembah Dia. Sedangkan Noah tidak percaya kepada Yang Maha Esa. Tidak pernah sebulu. Mereka bertemu dalam keadaan tidak diduga, sungguh memalukan. Saling kenal dan saling sayang."You are not a friend of Jammy?""Nope!""Then?""A stranger that want to use a toilet. Just for a while."Bukan Aira yang meminta, tetapi Noah yang tidak sabar, lantas hubungan itu termeterai dengan janji suci. Hidup bersama, terlalu banyak rahsia Noah yang terbongkar setelah itu. Aira bingung dan keliru. Apakah dia tersalah memilih Noah sebagai teman hidup?"You've lied to me. Everything about you was a lie." - Aira Al-ImaniNoah diam mengiakan. Hati juga mengakui, perhubungan mereka dimulai dengan sebuah pembohongan. Dia cuma punya cinta yang lahir dari sekeping hati. Tetapi, apakah Aira mengerti rasa yang tidak pernah padam itu?Telah Aira serahkan seluruh cintanya buat Noah, namun saat kejujuran dipertaruhkan, seluruh hidupnya menjadi gerhana. Badai yang menghimpit memaksa Aira pergi membawa diri.Masih adakah ruang dan peluang untuk Noah meraih kembali kepercayaan Aira? Benarkah sudah layu cinta yang dulunya mekar dalam hati Aira buat Noah?…

Jom... Bercinta!!! - Dayana Darwisy

Jom... Bercinta!!! - Dayana Darwisy

794 3 10

TAJUK : JOM... BERCINTAPENULIS : DAYANA DARWISYISBN N0: 978-967-0907-51-2BLURB:Atilia gadis manis, periang dan manja. Sentiasa hidup ceria dan bahagia walaupun punya musuh ketat dalam kalangan ahli keluarganya sendiri. Siapa lagi kalau bukan anak saudaranya. Dia dan anak saudaranya yang bernama Rafiq Idlan itu pantang bertemu mata, pasti ada saja yang tidak kena. Bahkan tindak-tanduk lelaki itu mampu menaikkan darahnya dan mendidihkan hatinya setiap kali bersua.Hidupnya bertambah pening dengan kehadiran wanita bernama Balqis. Kedatangan wanita itu telah mengubah perjalanan hidupnya. Semata-mata ingin mengelakkan diri daripada terjebak dengan wanita itu, dia perlu menukarkan statusnya dengan kadar segera. Masalahnya siapa yang sanggup membantu?Ya... memang tidak dinafikan dia meminati seseorang. Berpuluh-puluh coretan luahan hatinya terhadap lelaki bernama 'Raid' itu dia karang. Tapi permasalahannya sekarang... 'Raid' itu bukannya cintakan dia pun. Takkan dia nak ajak kawan Rafiq Idlan bernama Ayman Hyeqal itu berkahwin dengannya pula? Itu gantung diri namanya. Dia pun tidak sanggup hendak menduakan 'Raid' walaupun tahu dirinya bukan sesiapa dalam hidup lelaki itu. Lagipun dia dah buat 'Aku Janji' dengan diri sendiri, tidak akan berkahwin selagi 'Raid' idaman kalbunya itu belum berkahwin. Wanita bernama Balqis ini benar-benar menyusahkan hidupnya!Aduh, nak buat macam mana? Siapa yang perlu dicekup dan dipaksa berkahwin dengannya? Adakah mamanya punya idea yang bagus dan sekali gus boleh bantu meleraikan permasalahan yang menimpa dirinya? Dan bagaimana pula dengan 'Raid' cinta agungnya itu? Mampukah dia melepaskan cintanya pergi begitu sahaja? Atau sebaris ayat ini bakal mendekatkan dirinya kepada lelaki bernama Raid itu?Raid... aku ingin mencintai dan dicintai. Aku ingin bila kuterjaga, kau selalu ada di sampingku selamanya.Tapi siapakah sebenarnya 'Raid' yang Atilia dambakan dalam hidupnya selama ini? Jom Bercinta... nyata atau sekadar impian semata-mata…

Siapa Dalam Hati - Uji Norizqi

Siapa Dalam Hati - Uji Norizqi

250 6 10

TAJUK : SIAPA DALAM HATIPENULIS UJI NORIZQIISBN N0: 978-967-0907-48-2BLURB:"Abang nak jaga Aathi." - Zuhair"Masih boleh jaga walaupun tak sebumbung." - Aathifah"Tak sama bila Aathi dah jauh dari mata abang." -ZuhairNUR AATHIFAH AMNI... Rasa yang hadir sakitnya menghentam dada. Lebih perit apabila ia gagal diluahkan.ZUHAIR AIDID... Siapa sebenar bertakhta dalam hati? Dia keliru dengan perasaan sendiri.SYARMILA... Isteri ekspres? Perkahwinan tanpa cinta? Bangkang! Bukan dia orangnya untuk dijadikan calon.ADZIM KHAIREE... Jika hati dah suka, kejar sajalah bunga idaman. Putus asa bukan moto hidupnya."Abang berniat lindungi Aathi, lalu lafazkan ijab dan kabul. Ibaratnya kita mahu belayar tapi sauhnya tak diangkat. Kita berada pada takuk sama sehingga ke akhirnya. Matlamat ada, tapi jalannya tiada." - Zuhair"Kan abang dah cakap kita sama-sama berusaha. Sekalipun sauh itu terlalu berat, kita mampu dengan keizinan Allah. Yang penting sekarang niat kita." - AathifahMenukar suatu perhubungan yang tercipta sejak kecil kepada ikatan halal bukanlah satu percaturan buat mereka. Tiada sebarang perjanjian kerana jiwa saling mengiakan. Mereka berusaha memaknakan erti cinta dalam pelayaran mereka walaupun sedar akan ada ribut taufan yang bakal melanda.Berjayakah kisah daripada sayang ini bertukar cinta? Bagaimana pula dengan insan yang mendampingi mereka, yang mahu meraih cinta? Perlukah wujud saling mempergunakan atau harus ada pengorbanan? Kalau tentang hati memang sukar difahami. Hanya mereka berdua yang bisa mengerti.…

Seribu Rindu - Maya Adira

Seribu Rindu - Maya Adira

846 9 11

TAJUK : SERIBU RINDUPENULIS : MAYA ADIRAISBN N0: 978-967-0907-49-9BLURB:ZARRA ZAINAL... Hidupnya tidak mudah. Ya, dia terluka, dia kecewa, namun dia tetap bangkit. Maruah yang dicalar Hisham sewaktu dia masih remaja dulu membuatkannya menjadi insan yang lebih kuat. 10 tahun dia bebas daripada mimpi ngeri itu, Hisham kembali. Bertugas di bawah satu naungan.HISHAM ADLI... Dia terpempan. Tidak menyangka, gadis sunti pada masa silamnya kini ada di depan mata. Dewasa. Paling terkesan, dia masih ingat janjinya terhadap Zarra waktu itu, janji yang dia akan bertanggungjawab. Sekarang? Mana mungkin. Dia sudah ada Kartini. Namun hatinya mula melaung rasa, janji perlu dikota. Dia tekad, Zarra akan dijadikan suri.ZACHARY... Kali pertama dia memandang, dia pasti yang dia sudah jatuh hati. Dia punya segala-galanya, tapi masih kosong cinta. Zarra umpama bidadari yang membuka segala tunas rasa, membuka kotak Pandora cintanya yang selama ini tertutup rapat. Sumpah, hanya Zarra dalam hati.Rindu yang datang dan pergi serta airmata yang jatuh mahupun menghilang, Zarra takkan menoleh lagi. Kalaupun rindu yang dilemparkannya jauh seribu tahun, dia masih mahu menunggu. Dia masih mahu menunggu cinta nan sejati.…

Jiwangnya, Mat Rock - Akira Dorayaki

Jiwangnya, Mat Rock - Akira Dorayaki

198 2 11

TAJUK: JIWANGNYA, MAT ROCK!PENULIS: AKIRA DORAYAKIISBN N0: 978-967-0907-47-5BLURB:Rambut berketaq bagai penyanyi rock zaman 80-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula 'Ummi Si Mulut Celopar', lagilah bertambah haru dibuatnya!"Awak, tolong ikatkan sikit rambut awak tu bagi kemas, boleh tak? Jangan biarkan dia melambai-lambai macam rumpai air. Nanti nak potong rumput susah." - Ummi Nadzirah."Apa kaitan potong rumput dengan rambut saya pulak? Apa Cik Ummi fikir yang rambut saya ni boleh tersangkut dalam mesin rumput ke? Hei, tak terjejaslah mesin rumput Cik Ummi ni!" - Uwais Qarni.Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa."Cis, saya pantang betul bila dapat bunga! Inilah teknik mengurat yang paling klise dan yang paling saya menyampah sekali. Sikit-sikit bagi bunga. Sikit-sikit bagi bunga! Bukannya boleh makan pun." - Ummi Nadzirah."Ummi... Ummi... suatu hari nanti kau akan jadi isteri aku jugak." - Uwais Qarni.Namun, semua itu bukanlah masalah besar bagi mereka. Ternyata, menjadi 'Encik Ketua Keluarga' dan 'Puan Penasihat Keluarga' lebih sukar. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang mencabar diri.Bagi Ummi, ini semua kesilapan Uwais. Si Mat Rock itu yang bersalah! Mampukah Ummi memujuk hati Encik Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?…

Gila! Aku Suka Dia ? - Fatrim Syah

Gila! Aku Suka Dia ? - Fatrim Syah

591 7 10

TAJUK: GILA! AKU SUKA DIA?PENULIS: FATRIM SYAHISBN N0: 978-967-0907-46-8BLURB:3 sahabat.3 persamaan.3 bujang terlajak!Lalan, Bob dan Joe, umur sudah 30-an tapi payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru, payah juga kan? Apabila terjumpa yang berkenan, tapi mulut pula berat macam besi! Masalahnya bukan tak mencari, bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap... 'aku suka kau'. Mulanya mereka tak kisah, tapi apabila diterjah dengan soalan kahwin di kiri, kanan, depan dan belakang, siapa yang tahan telinga?Lalan bertemu semula dengan Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, tapi apabila dah besar ni, jadi cantik rupawan pula.Manakala Joe, menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk mendapatkan tandatangannya.Bob? Dia bukanlah memilih. Dari kecil dia memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboi di kampungnya.Tapi!Semua rancangan kahwin hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasa. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawah jambatan malam Jumaat, jumpa pakar jodoh, tip buku cinta memikat kekasih, waima produk aura jodoh pun berkotak-kotak dibeli!Semua pun tak menjadi!Tiga-tiga pasrah, jodoh masih tak tersangkut lagi. Sebenarnya jodoh yang dicari ada dekat mana? Ke sebenarnya jodoh tu terlepas pandang kiri kanan aje?…