Encik Kutub Utara - Yumi Hyra

Encik Kutub Utara - Yumi Hyra

994 20 10

TAJUK : ENCIK KUTUB UTARAPENULIS : Yumi HyraISBN : 978-967-0907-21-5BLURBBagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia 'terkahwin' dengan Benyamin Ziqri a.k.a 'mamat kutub utara' (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina."Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?" - Nuha Dhamia"Hah? Apa jenis soalan macam tu?" - Benyamin Ziqri"Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu." - Nuha Dhamia"Dengan sayalah." - Benyamin Ziqri"Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya." - Nuha DhamiaNuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula."Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?" - Benyamin Ziqri"Eh, saya boleh buatlah. Bukannya susah sangat pun. Dekat rumah sewa, saya dah biasa buat benda-benda macam tu." - Nuha Dhamia"Boleh tak kalau awak jangan buat saya selalu risau?" -Benyamin ZiqriNuha tepuk dahi sendiri. Pening betul! Confuse!Baru sahaja misi mencairkan hati ais encik suami hampir berjaya, datang pula satu demi satu dugaan yang menganggu rumah tangga mereka.Masih adakah peluang untuk Nuha Dhamia mencairkan semua 'ais' milik Benyamin Ziqri yang membeku? Mampukah segala dugaan dilalui tanpa merosakkan kepercayaan yang ada? Mampukah bahagia menjadi milik mereka ataukah Nuha Dhamia terpaksa reda dengan segala-galanya?…

Isteri Dalam Sangkar 2 -  Wardina Aisyah

Isteri Dalam Sangkar 2 - Wardina Aisyah

12,538 69 10

TAJUK: ISTERI DALAM SANGKAR 2PENULIS: WARDINA AISYAHISBN. : 978-967-0907-20-8BLURB'Aku ibarat burung yang terkurung dalam sangkar cintanya.'Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua."Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang." - Tengku IskandarKehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna."Daripada abang buat Aisyah macam ni, lebih baik abang lepaskan Aisyah. Biarlah Aisyah cari jalan hidup Aisyah sendiri." - Aisyah"Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku sampai bila-bila." - Tengku Iskandar.Egonya melambung tinggi. Biarpun tangannya memeluk Fasha, namun dia tak akan melepaskan Aisyah. Aisyah miliknya. Itu janjinya.Dalam kecewa, Aisyah pasrah. Walau apa sekalipun, dia tetap isteri Tengku Iskandar. Sekejam mana pun perlakuan suaminya, syurganya tetap berada di tapak kaki lelaki itu. Tapi, sampai bila dia harus hidup begini? Terus mengharapkan cinta suami yang kian melupakan dirinya. Aisyah buntu dan keliru. Perlukah dia bangkit menawan semula hati beku Tengku Iskandar? Atau... perlukah dia terus menjadi isteri dalam sangkar suaminya itu?…

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira Dorayaki

Maaf, Saya Tak Sengaja - Akira Dorayaki

8,415 51 11

TAJUK : MAAF, SAYA TAK SENGAJAPENULIS : AKIRA DORAYAKINO ISBN : 978-967-0907-18-5BLURB:"Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???" - Aina Cempaka."Adoi, sakitlah bongok!" - Faiz Iqbal."Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu tau!" - Aina Cempaka.Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa."...resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payah nak cover muka kau tu lagi..." - Faiz Iqbal.Faiz Iqbal memang selamba."Encik Iqbal nak pecat saya ke?" - Aina Cempaka."Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?" - Faiz Iqbal.Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa.Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi, Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan?"Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka." - Faiz Iqbal.Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?…

Terbias Benci Tersirat Rindu - Luvis Eija

Terbias Benci Tersirat Rindu - Luvis Eija

806 16 10

TERBIAS BENCI TERSIRAT RINDUPENULIS : LUVIS EIJANO ISBN : 978-967-0907-19-2BLURB:NURUL IMAN... Seorang gadis lincah dan periang. Sentiasa tersenyum walaupun dalam hati, bermukim kesedihan. Semenjak kecil dia dijaga oleh Wan Bedah dan Mak Su Normah. Dia sentiasa tertanya-tanya tentang statusnya. Siapakah ibu dan bapa kandungnya? Di manakah mereka sekarang? Namun, setiap kali persoalan diutarakan, hanya kebisuan Wan Bedah dan Mak Su normah yang menjadi jawapan.Kehadirannya di banglo mewah milik Tengku Faridah telah merubah jalan hidupnya. Entah kenapa, berada di samping Tengku Faridah sentiasa mengundang debaran dalam dada. Tambahan lagi apabila terpaksa berdepan dengan Tengku Amjad Kamil, lelaki kacak yang sentiasa sinis dalam percakapan. Namun, lelaki itu sentiasa memburunya."Siapa yang dah masuk dalam bilik aku ni, memang tak akan dapat keluar dengan selamat." - Tengku Amjad KamilBertambahlah sesak lagi dadanya apabila Tengku Amjad Kamil nekad mahu menikahinya."Tak payah nak mengarut! Aku tak naklah kahwin dengan kau... Kita memang tak sepadan..." - Nurul Iman."Aku tak tanya persetujuan kau. Aku tak kira, sama ada kau rasa aku ni sepadan ataupun tak dengan kau. Apa yang aku tahu, walau apa pun yang berlaku. Kau tolak aku sampai tertonggeng pun, aku tetap nak kahwin dengan kau. You are mine! Always be mine, baby..." - Tengku Amjad KamilMampukah Nurul Iman menerima kehadiran lelaki itu, sedangkan cinta dalam hatinya milik lelaki lain? Wujudkah perasaan rindu dalam hati, sedangkan mulut sering mengungkapkan benci?Akan tersingkapkah segala rahsia tentang Nurul Iman? Berjayakah misi Mak Su Normah untuk mengembalikan Nurul Iman kepada yang berhak?…

My Soulmate - Shila Alish

My Soulmate - Shila Alish

459 0 10

TAJUK : MY SOULMATEPENULIS : SHILA ALISHNO ISBN : 978-967-0907-16-1BLURB:Ayuni Zara - Dia terperangkap oleh perasaan mencintai dan dicintai oleh dua orang sahabat. Meletakkan hati dan perasaannya kepada orang yang salah setelah merasakan bosnya itu ialah soulmatenya selepas dua kali diselamatkan daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, biarpun dia sedar cintanya itu cinta terlarang.Taufik Hidayat - Dia assistant kepada sahabat sendiri, telah jatuh cinta separuh mati kepada Ayuni Zara. Ditentang hebat oleh sahabatnya itu hanya kerana sebab yang tidak boleh diterima. Namun kerana cinta, dia tetap dengan pendiriannya kerana gadis itu telah mengembalikan sinar bahagia dalam hidupnya.Hisyam Datuk Bakri - Dia telah ditunangkan dengan Zetty Nur Sarafina. Seolah-olah menjilat ludah sendiri. Tanpa diduga dia telah jatuh cinta kepada cinta hati sahabatnya hingga dia nekad mengkhianati hati sahabtnya itu dan mengecewakan hati si tunang.Konflik demi konflik berlaku. Baik Ayuni mahupun Hisyam, masing-masing terpaksa berpijak di bumi yang nyata dan terpaksa menerima ketentuan takdir bahawa mereka memang tidak dijodohkan bersama. Masing-masing nekad untuk mengakui bahawa mereka ialah soulmate hanya sekadar dalam hati mereka. Itulah janji mereka tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun kecuali DIA.Ternyata cinta Ayuni dan Hisyam tidak bertitik noktah di situ apabila seorang soulmate tetap akan menjadi soulmate dalam hati pasangannya apabila sekali lagi cinta mereka dipertemukan waaupun ia datang dengan cara cerita yang berbeza. Penuh air mata dugaan dan pengorbanan kerana seorang soulmate bukan sekadar pasangan serasi, yang sehati sejiwa tetapi sebaliknya yang saling melengkapi.…

Italian Boy - Dekna Lee

Italian Boy - Dekna Lee

964 12 10

TAJUK : ITALIAN BOYPENULIS : DEKNA LEENO ISBN : 978-967-0907-17-8BLURB:Benji pulang ke Malaysia Setelah habis belajar dengan membawa gelaran bekas model sabilan di USA. Pulangnya disambut oleh Oddie, anak kawan baik mamanya, orang yang langsung tidak pernah bertegur sapa dengan dia sepanjang hidupnya.Oddie, dia dah jangka sangat niat mama mereka untuk menyatukan dia dengan crushnya semenjak kecil itu. Namun, semakin dia kenal Benji, semakin annoying dia dengan sikap mamat Itali itu.Kemunculan Amzar dan Ikram membuatkan perangai Benji semakin aneh. Benji selalutenung dia, ajak dia keluar dan sebagainya walaupun ketika itu Benji dah ada kekasih yang panggil 'darling'. Semakin lama, Benji semakin berani bermain dengan api."I miss you." ~ Benji"Tell that to your darling!" ~ OddieMungkin sebab jodoh, mereka bersatu juga sebai sepasang tunang. Oddie tahu, dia bertunang dengan jejaka pilihan Malaya memandangkan Benji telah lama menyambung kariernya sebagai model tetap di Malaysia."Benji, tentu hidup dia lebih banyak berhadapan dengan perempuan lain. Yang bodi cantik, muka cantik... bukan seorang dua yang nakkan dia. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai." ' Sofian, abang Oddie.Oddie rela dilambung ombak berkali-kali asalkan buah hatinya di sisi. Siapa sangka, dugaan bertunang dengan orang glamor ini besar sungguh. Patutlah Sofian menitipkan pesanan begitu. Oddie sering makan hati apabila 'darling' Benji mendapat perhatian media semenjak kecoh berita tentang pertunangan mereka.Mereka diuji berkali-kali sehingga Oddie mula rasa teragak-agak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kemunculan bapa kandung Benji memburukkan lagi keadaan."...Oddie nak ajak dia bincang dalam-dalam, Oddie tak mapu nak teruskan dah." ~ OddieApakah kesudahannya? Kuatkah jodoh mereka atau salah seorang daripada mereka terpaksa menyerah kalah? Kukuhkah rumah di tepian pantai dipukul deruan deruan ganas ombak yang menghempas?…

Yang Bermukim Di Hati - Lynn Safiya

Yang Bermukim Di Hati - Lynn Safiya

1,309 20 10

YANG BERMUKIM DI HATIPENULIS : LYNN SAFIYANO ISBN : 978-967-0907-14-7BLURB:Disebabkan semangat yang membara mahu menyambung pelajaran ke luar negara, Aina Yasmin (Min) terpaksa akur pada syarat bapanya untuk bertunang dengan dua pupunya, Ameer Aazad (Aazad), lelaki yang ego, perasan bagus dan jelas membencinya. Lima tahun bertunang, tidak pernah sekali pun mereka berhubung. Pertunangan atas dasar terpaksa dan demi sebuah janji semata-mata tidak mungkin menjanjikan bahagia.Maka Min nekad memutuskan pertunangan mereka sebaik pulang ke tanah air. Sangkanya tentu Aazad tidak akan membantah kerana sedar lelaki itu amat membenci dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Aazad mengenakan syarat sebelum bersetuju. Syarat yang membuat Min tersepit dan keliru.Aazad yang pernah hanyut dalam keasyikan dunia suatu ketika dulu, kini telah berubah 100%. Dia kini mahu memburu cinta Min. Mahu berpegang pada janjinya kepada bapa gadis itu. Namun bukan mudah untuk Min menerimanya setelah kata-kata hinaan yang pernah dilemparkan dulu masih memberikan kesan yang amat mendalam di hati."Badan kurus sekeping macam jantan, kulit pulak berkilat semacam je, macam terbakar. Eee... aku langsung takde selera nak pandang... Kau tengok aku! Takkan pompuan macam tu layak nak berdampingan dengan orang macam aku ni?" - Ameer AazadSukarnya melenturkan hati seorang Min. Sukarnya menagih peluang kedua daripada gadis yang pernah dilukainya dulu. Namun sukar lagi bagi Aazad untuk mengaku kalah. Gadis itu harus dimiliki walau dengan apa cara sekalipun. Itu tekadnya.Dalam misi memburu cinta Min, hubungan mereka dilanda dugaan yang hebat. Min begitu mudah mengaku kalah kerana tidak sanggup lagi dilukai oleh lelaki yang sama berulang kali. Cukuplah peluang yang telah diberikan kepada Aazad. Tiada lagi!Masih adakah peluang bagi Aazad untuk meraih cinta Min? Bisakah dia merawat hati Min yang sudah retak seribu? Benarkah tiada lagi ruang dalam hati Min buat Aazad?…

Untuk Sekali Lagi - Sara Kyoko

Untuk Sekali Lagi - Sara Kyoko

1,267 1 10

TAJUK : UNTUK SEKALI LAGIPENULIS : SARA KYOKONO ISBN : 978-967-0907-15-4BLURB:Peluang itu... salahkah kalau meminta? Berdosakah kalau memberi?Ini bukan cerita kahwin paksa, kahwin kontrak, atau juga bukan cerita tentang wanita yang menderita kerana menjadi isteri kedua!Ini adalah cerita seorang wanita, Rose Raihanah yang telah berjaya menemui cinta pertamanya, Hud Daniel. Lelaki itu datang ke dalam hidupnya dengan seribu satu rasa berkait dengan cinta. Akan tetapi, cinta pertama itu datang dengan pakej harga yang sangat mahal. Dia terpaksa membayarnya dengan tekad untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang agar kebahagiaannya dapat dipertahankan.Lumrah seorang wanita, sekuat mana penampilannya, seteguh mana pendiriannya, pasti akan kalah juga saat diri terasa tidak diperlukan. Kalau hati sudah terluka, walaupun masa boleh menyembuh sakitnya, tapi parutnya tetap ada. Lalu, bersama rahsia yang dikandung di dalam badan, berbekalkan kecekalan seorang wanita yang terasa dirinya dipinggirkan, dia akhirnya mengatur langkah membawa diri ke perantauan. Di sana, dia bertemu dengan Ilhaan Sufiy, seorang teman yang setia dan berjaya mengisi kekosongan jiwa.Demi sebuah kehidupan baru untuk diri dan buah hatinya, Rose Raihanah terpaksa membuat satu keputusan. Sekalipun ada hati yang bakal merana, ada jiwa yang bakal disakiti, namun dia harus memilih.Untuk sekali lagi, Hud Daniel datang menagih sebuah kemaafan.Untuk sekali lagi, Ilhaan Sufiy juga datang menuntut.Apakah keputusan Rose Raihanah? Antara Hud Daniel dan Ilhaan Sufiy, siapakah yang bakal mendapat peluang itu?Sesungguhnya, walau siapa pun yang bakal menerimanya, peluang itu harus ada!…

Jangan Ganggu Buah Hatiku - Isma Adeliya

Jangan Ganggu Buah Hatiku - Isma Adeliya

241 2 10

TAJUK : JANGAN GANGGU BUAH HATIKUPENULIS : ISMA ADELIYANO ISBN : 978-967-0907-12-3BLURB:Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya?"Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan... saya sanggup gila sepanjang hayat."- Irsyad RifqiKeadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi. Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri?"Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada." - Irsyad RifqiTambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan."... Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!" - Aish MirzaBila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi?"A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!" - Irsyad Rifqi"Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang..." - Aish MirzaBerjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?…

Semusim Kasih - Adzra Sue

Semusim Kasih - Adzra Sue

219 3 11

TAJUK : SEMUSIM KASIHPENULIS : ADZRA SUENO ISBN : 978-967-0907-13-0BLURB:Ailyn Batrisya menyertai rancangan realiti TV Pilihan Hatisetelah dicabar rakan serumahnya, Nadia. Alah.... bukannya tidak pernah mengikuti rancangan realiti mencari jodoh sebegitu? Sudah berlambak!Tika uji bakat berlangsung, seorang pemuda berjambang menegur. Jiwa bertukar rasa, hati mula terpaut."Saya Budin.""Budin?""Awak nak ketawa... ketawa ajelah, Ailyn. Saya tahu, nama saya buruk..."Episod pengenalan merungkai rahsia. Hero Pilihan Hati, Yang Mulia Tengku Budriz Aizuddin dan 'Budin' ialah orang yang sama. Ailyn rasa mahu pengsan!Sepanjang rakaman, hati sudah bertukar tawar. Ailyn lebih rela tersingkir awal."...saya tak pernah bermimpi untuk berdampingan dengan Tengku. Saya cuba uji bakat Pilihan Hati ni pun atas desakan Nadia. Dan Tengku nak tahu nilai Tengku di mata saya? Sama nilainya dengan ganjaran yang housemate saya tawarkan jika saya terpilih. Tiga bulan top-up prepaid handphone saya sebanyak 50 ringgit sebulan!" - AilynMenafikan cinta buat Tengku Budriz, bukannya mudah. Along Fidz pula sudah sekian lama memberi isyarat cinta. Aduh, sesak rasa. Kepala makin berserabut.Di penghujung Pilihan Hati, Tengku Budriz memilih Ailyn berbanding dua finalis akhir. Pentas grand finale gamat!"...kenapa sebut nama saya? Awak sepatutnya pilih Juwita ataupun Ariana. Bukannya saya." - Ailyn"Sebab saya cinta awak. I love you so much! Susah sangat ke awak nak faham?"- Tengku BudrizLautan mana yang tidak bergelora. Begitu juga hati manusia. Semusim menyemai kasih, duka bertandang lagi. Apa makna termaterinya pernikahan, jika hanya untuk ditinggalkan? Misteri kehilangan Tengku Budriz, angkara siapa? Adakah ada bahagia untuk Ailynn Batrisya? Milik siapakah dia sebenarnya?…

Dia... Mr. Perfect Aku! - Azieana

Dia... Mr. Perfect Aku! - Azieana

1,787 26 10

TAJUK : DIA... MR. PERFECT AKU!PENULIS :AZIEANANO ISBN : 978-967-0907-10-9DIYA... Mr. Perfect baginya ialah lelaki yang mampu memberi impak besar kepadanya. Tidak semestinya sempurna, kacak, kaya dan bergaya tapi mampu buat hatinya berdebar-debar walaupun dengan hanya pertemuan pertama."Abang tak nak desak Diya untuk buat keputusan sekarang. Ambillah seberapa lama masa yang Diya perlukan. Abang akan sabar menunggu kerana sayang dan cinta abang pada Diya tulus dan tak ada tarikh luput..." - AniqANIQ... Dia telah lama memendam rasa. Menaruh harapan agar Diya menjadi miliknya. Baginya Diya membuatkan dia kenal rasa rindu, sayang dan cinta. Dia sentiasa ada saat Diya perlukan seseorang di sisi dan dia juga tidak pernah putus asa menawan hati gadis itu walaupun dia tahu hakikat sebenarnya.Jodoh itu ketentuan Tuhan.SHAH... Dia dikatakan berhati beku dan kayu. Sedangkan Hanim, tunangnya pun tidak dia layani. Siapa sangka suatu ketika dulu, saat dia hilang ingatan, dia telah menawarkan diri memperisteri Diya tanpa pengetahuan keluarganya. Diya ditinggalkan tanpa khabar berita kerana saat ingatannya pulih dia tidak ingat apa-apa. Hanya bayangan dua manusia muncul sebagai petanda."Kita berdua sebenarnya dah kahwin dan Encik Shah suami saya, suami yang sah." - Diya"Kalau you boleh bawa bukti yang kukuh, I akan terima you... no matter what. I akui, I sukakan you... tapi tu bukan bermakna yang I dah jatuh cinta dengan you sekarang." - Shah"Saya tahu Encik Shah sukar nak jatuh cinta, tapi saya akan buat Encik Shah jatuh cinta dengan saya." -DiyaMampukah Diya meraih cinta Shah? Mampukah dia mengharungi pelbagai dugaan yang melanda untuk memiliki suaminya semula atau akur dengan ketentuan sama ada Shah bukan Mr. Perfectnya?…

Permaisuri Hati - Izz Jaja

Permaisuri Hati - Izz Jaja

1,667 21 11

TAJUK : PERMAISURI HATIPENULIS : IZZ JAJANO ISBN : 978-967-0907-11-6Bahagia di dalam dada ini hanya Tuhan yang tahu ertinya. Kasih ini untukmu, namun aku terkedu tatkala manisnya cinta yang aku berikan, kau balas dengan segala keperitan."... dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya." - Amalina BashiraNIZAM... Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan."Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai." - NizamRAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta?"... mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you..." - RafaelZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku."Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope." - ZahidAku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja...…

Sesuci Cinta Qaseh - Luvis Eija

Sesuci Cinta Qaseh - Luvis Eija

847 5 10

TAJUK : SESUCI CINTA QASEHPENULIS : LUVIS EIJANO ISBN : 978-967-0907-09-3Cinta??? Benarkah cinta sejati itu wujud? Jika benar, mengapakah ia amat menyakitkan?QASEH SYAFIQAH, gadis kampung yang tidak pernah percaya pada sebuah ungkapan cinta dan perkahwinan. Lantaran sejarah silam orang tuanya, dia takut untuk membuka ruang di hati bagi sebuah cinta sejati. Kerana sejarah silam juga, dia berdendam dengan ayah kandungnya sendiri.Hanya kepada Tok Daud tempat dia menumpang kasih. Dan hanya kepada Aamar tempat dia mencurah rahsia hati. Tapi, takdir memang tidak pernah terduga. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Atas desakan datuknya, dia berkahwin juga walaupun hati tidak pernah rela. Mampukah rumah tangganya bertahan, kerana di hatinya langsung tiada cinta."Aku tak minta lama, cuma setahun aje. Lepas setahun kita boleh berpisah." - HarithHARITH HAIKAL, lelaki kacak yang telah dipilih untuk menjadi pelindung kepada Qaseh. Lelaki yang diamanahkan untuk melenturkan dendam dan mencambahkan cinta di hati wanita itu. Walaupun pada mulanya dia sangat membenci, namun terbit jua rasa cinta di hati."Awak... ermm, awak ada masukkan duit... dalam akaun bank saya ke?" - Qaseh"Hmm, kenapa?" - Harith"Tak adalah... duit baki dalam akaun saya tiba-tiba saja jadi banyak." - Qaseh"Entah! Kekasih gelap kau yang masukkan tak? Tak pun sugar daddy kau!" - HarithMampukah Harith membenih rasa cinta di hati Qaseh, sedangkan hati perempuan itu sudah lama mati, sudah sekian lama ketandusan cinta dan kasih sayang? Mampukah benteng yang dibina dengan ramuan kebencian dan dendam itu bertahan apabila dilanda lautan kasih dan sayang? Akan lembutkah hati Qaseh dek kesabaran dan kesungguhan Harith? Apakah mampu untuk Qaseh memaafkan ayahnya lantaran kisah silam tetap terpahat utuh dalam ingatan?…

Isteri Dalam Sangkar - Wardina Aisyah

Isteri Dalam Sangkar - Wardina Aisyah

8,826 131 10

TAJUK : ISTERI DALAM SANGKARPENULIS : WARDINA AISHAHNO ISBN : 978-967-0907-08-6AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga.Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri."Siapa kata abang nak Aisyah keluar dari kondo ni? Kondo ni tempat Aisyah. Takde sesiapa boleh gantikan tempat Aisyah kat sini." - Tengku Iskandar.Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya.Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali memgecapi bahagia?…

Bunga Di Taman Larangan - Ayumi Syafiqah

Bunga Di Taman Larangan - Ayumi Syafiqah

479 3 11

BUNGA DI TAMAN LARANGANNO ISBN : 978-967-0907-06-2BLURB:Dia pernah berasa peritnya disakiti. Keperitan dan keperihan yang dilalui membuatkan dia meneruskan hidup dengan dendam di hati. Dia cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan menjadikan itu sebagai alasan untuk mengubah hidup sendiri. Dia sudah puas menangis, jadi biar dia pula yang menjadi penonton tangisan orang lain. Andainya dengan menjadi 'orang lain' segala rasa di hatinya akan terhapus, dia rela.Dia... sekuntum bunga yang beracun di taman larangan...Amar Idlan ~ Dia selalu ada di sisi Syarizad. Menemani saat Syarizad sendiri, menyayangi tika Syarizad dibenci.Herdy ~ Dia muncul menjadi penambah 'perasa' dalam kisah hidup Syarizad. Dia menolak permata berharga seperti Liyana demi kaca yang retak seperti Syarizad.Ben Ikhzal ~ Dia hadir memberi ketenangan. Dia nampak sesuatu yang berharga dalam diri Syarizad. Dialah sebab Syarizad mampu tersenyum indah.Namun, mampukah kehadiran mereka bertiga mengubah laluan hidup Syarizad menjadi lebih baik? Sanggupkah Syarizad melupakan dendam yang membara di hati demi kebahagiaan yang menanti?"Kau tahu tak kenapa semua orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau? Sebab perempuan macam kau memang tak layak hidup bahagia." -Liyana.…

Romancinta - Nicki Lee

Romancinta - Nicki Lee

699 0 10

ROMANCINTAISBN: 978-967-0907-07-9BLURB:Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda.Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan...yang akhirnya bertukar menjadi sayang.Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia.Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.…

Isteri Tuan Ihsan- Sara Kyoko

Isteri Tuan Ihsan- Sara Kyoko

20,924 182 10

TAJUK : ISTERI TUAN IHSANPENULIS : SARA KYOKONO ISBN : 978-967-0657-74-5BLURBCinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza..."Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?" - Seroja Irdina"Excuse me? You called that godaan? Don't flatter yourself missy!" - Tuan IhsanApabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?"You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!" - Seroja Irdina"We'll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar-benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?" - Tuan IhsanMampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?"Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You're very special and dear to me, but..." - Tuan Ihsan"Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?" - Seroja IrdinaDan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?…

Aiseyman, Drive Aje ! -Arasharrina

Aiseyman, Drive Aje ! -Arasharrina

353 1 10

TAJUK : AISEYMAN, DRIVER AJE!PENULIS : ARASHARRINANO ISBN : 978-967-0657-73-8BLURBIni kisah romantik komedi di antara si driver yang clumsy dan si Tuan Besar yang banyak bunyi.Si driver itu bernama Pelangi binti Abdullah. Pelangi anak yatim piatu yang sangat kasihan tapi berdikari. Pelangi clumsy tapi comel. Pelangi nakal tapi sweet.Pelangi bekerja sebagai driver kepada Irham Alfie bin Dato' Affandy. Irham orang kaya tapi ada dua karakter berbeza. Irham baik dan Irham jahat. Irham baik untuk semua orang dan Irham jahat untuk dirinya."Kau sekarang driver kepada Irham Alfie Bin Dato' Affandy, CEO Khazanah Co., kau jangan nak malukan aku dengan pakai handphone murah macam tu..." - IrhamBengang dengan Tuan Besar, Pelangi lepak pula dengan kawan baiknya. Nama dia Farish tapi kadang-kadang Farisha. Farish menjengkelkan tapi dialah teman hidup dan matinya."Heh! Kenapa panggil I macam tu. Panggil I Farisha okey. Fa... Ri... Sha.. Haa... Cuba sebut balik Fa... Ri... Shaaa." - FarishDalam diam, Pelangi juga ada 'secret admirer', nama dia Amer. Amer kacak tapi kurang berani."... Bila awak senyum, saya rasa bahagia. Bila awak marah, awak comel sangat..."- AmerFarish dan Amer? Alah... Pelangi tak kisah sangat. Tapi Irham? Okey, soal lelaki itu Pelangi kisah banyak!Mereka selalu bergaduh. Pelangi si dugong terlepas, Irham si babun merah. Ngam! Mereka sama-sama sengal dan mereka juga si pembuli. Pantang berdua, pasti akan ada yang kena ketuk kepala! Duk asyik sangat bergaduh, tiba-tiba Irham ajak kahwin."Pelangi... Kita kahwin. Saya serius, saya tak merepek. Kita kahwin!" - IrhamTak cukup dengan ajakan Irham, bondanya pula datang menyapa."Kahwin dengan Irham, jadi isterinya..." - Datin YuhanisPelangi pening kepala. Irham naik kepala. Betul ke mereka akan berkahwin? Boleh ke babun merah dan dugong terlepas ni bersatu dalam ikatan perkahwinan?…

Cinta Jangan Sakiti Aku - Sri Sarah

Cinta Jangan Sakiti Aku - Sri Sarah

1,536 19 10

ISBN No : 978-967-0657-72-1BLURP:"Apa masalah Encik Zafril ni. Tak malu ke pekerja lain nampak?" - Alissa."Tak." Alisa, rasa macam nak koyak mulut Zafril yang menjawab tanpa fikir. Kenapa dengan lelaki ini. Ada masalah mental ke?Pantang nampak muka, ada sahaja perkara yang digaduhkan. Nak kata dia tidak mengalah, puas dia mengalah dengan Zafril."You will be okay. I will take care of you. Trust me!" - Zafril.Makin dia cuba menjauh, makin dekat Zafril mengejar. Hati dia bukanlah sekuat mana. Bimbang juga benteng kukuh yang sekian lama dibina rapuh dek sikap Zafril yang semakin mengambil berat."I cintakan you, Lisa. I nak hidup dengan you. Bagi I peluang untuk tebus semua kesalahan I pada you." - ZafrilMampukah Alissa memaafkan kesilapan lalu yang meninggalkan luka yang mendalam di hatinya? Benarkah cinta itu menyakitkan atau mampu membahagiakan sekeping hati yang kesepian?…

Samurai - Dekna Lee

Samurai - Dekna Lee

1,029 7 11

ISBN No : 978-967-0657-71-4BLURP:Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat."Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau." ~ Aizat"Jangan panggil nama sayalah!" ~ Melur"Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?" ~ AizatFitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah."Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!" ~ Aizat"Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?" ~ MelurMereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?…