Romantik Rapsodi - Farah Fauzi

Romantik Rapsodi - Farah Fauzi

255 1 9

ROMANTIK RAPSODIISBN No : 978-967-0657-17-2JUMLAH MUKA SURAT : 624SinopsisNur Amani, hidupnya mendambakan bahagia. Kehadiran dua lelaki dalam hidupnya mengundang pelbagai suka dan duka. Dalam kemarau mencari bahagia, dia dipertemukan dengan Iqbal Hakim yang mengungkap cinta hanya di bibir saja.~Aku pernah serahkan hati ini padamu. Namun kau cemari cintaku dengan pengkhianatan. Aku berikan kau peluang demi peluang namun pengakhirannya, aku tetap dilukai.~ Nur AmaniBelum kering luka di hati, datang pula Umar Rayyan menjengah kehidupan. Tidak salah rasanya dia mencari cinta yang baru demi mengubati lara itu.~ Keikhlasan dan kesungguhanmu buat aku lebur. Kasih sayang dan cintamu memberikan aku harapan untuk terus mempercayai adanya bahagia untukku. Berikanlah aku sedikit waktu...~ Nur AmaniMenggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada manusia asing dalam hidupnya bukanlah satu tugas yang mudah. Namun dia percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.~Aku buta dalam mengenal erti cinta, namun aku yakin yang kau tercipta untukku. Akan aku ubati segala lara di hatimu. Jangan pernah kau menjauh kerana sesaat pun aku tak bisa hidup tanpamu... Ambillah masamu untuk kau tanam benih cintaku di hatimu. Seribu tahun pun aku rela menunggu... ~ Umar Rayyan.Mampukah Nur Amani menerima kehadiran Umar Rayyan dalam hidupnya sedangkan hati masih menyimpan rindu dan harapan kepada Iqbal Hakim? Kala Iqbal Hakim mendambakan cintanya, mampukah Nur Amani mengharungi kemelut hati sendiri yang tak pernah henti dilambung gelora.…

Sewangi Cinta Anggerik - Fieyza Fadlina

Sewangi Cinta Anggerik - Fieyza Fadlina

563 1 11

SEWANGI CINTA ANGGERIKISBN No : 978-967-0657-16-5JUMLAH MUKA SURAT : 616SinopsisSuriya Anggerik hidupnya penuh dengan duka, onak dan duri. Dia hanya mempunyai seorang abang, tempat dia menumpang kasih dan bermanja. Iddin Amsyar pula, hanya punyai ayah tapi seperti tidak punyai sesiapa. Hambar, kaku dan tak berperasaan. Masing-masing punyai kisah silam yang menjerut perasaan.Pertemuan pertama antara mereka tersangatlah dingin. Sedingin ais yang membeku! Dan sejak hari pertama bekerja lagi, Suriya sudah disogokkan dengan cerita yang Iddin itu seorang gay!"Err... Are you gay?""Siapa yang cakap?""Err... Saya dengar gosip kat pejabat.""Daripada Kak Ani?""Bukanlah daripada Kak Ani sorang. Hmm... Daripada beberapa orang lain lagi.""Awak rasa?""Err... Tak tahu.""Hmm... Apa kata kita cuba dulu. Then baru awak tahu saya gay atau tak. Amacam?"Erk! Aci jugak cuba dahulu... Huh! Suriya tak tahu nak kata apa. Dia terkesima dengan cadangan Iddin.Banyak perkara yang Iddin sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Dia cuba menjadi orang lain dengan harapan dia dapat menyembunyikan kepahitan yang pernah singgah dalam hidupnya. Mampukah dia?Hakikatnya masing-masing dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada insan tersayang. Mampukah cinta yang tersemai bersatu, membina dan mengutip kembali perhubungan yang pernah tertinggal? Mampukah jiwa yang memberontak kembali tenang dan mengukir senyuman dalam mengecapi sebuah kebahagiaan?…

Oops! Suami Aku Bukan Duda - Uji Norizqi

Oops! Suami Aku Bukan Duda - Uji Norizqi

8,234 102 10

OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDAISBN No : 978-967-0657-12-7JUMLAH MUKA SURAT : 590BLURB :-Qistina Airisa.....Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya.Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way!Luqman Hakimi.....Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan."Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama."Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu?Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi?Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua.Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?…

Titik Mula Cinta - Laila Hanni

Titik Mula Cinta - Laila Hanni

617 2 10

TITIK MULA CINTAISBN No : 978-967-0657-15-8JUMLAH MUKA SURAT : 461BLURB:-Fazila... Menerima pertunangan yang diaturkan keluarganya. Mengharapkan tunangannya memulakan perhubungan menyemai rasa cinta hingga ke jinjang pelamin. Namun sikap dingin tunangannya buat dia rasa kecewa." Dia asyik buat Ila sedih aje. Ila pun ada perasaan juga. Dah tak tahan rasanya dibuat tak endah selama ni..." - FazilaFaris... Terlalu misteri. Kenangan lama membelenggu dirinya antara rasa cinta yang tersemai dan tanggungjawab yang sukar dilepaskan. Antara Fazila dan Auni. Siapakah keutamaannya? Membenarkan jiwa merintih demi mereka yang dikasihi." Bila Ila dah dengar semuanya, abang tak akan rasa bersalah lagi. Dan abang akan terima keputusan Ila tanpa banyak soal. Biarlah kali ni, kita yang tentukan masa depan kita sendiri. Bukannya orang tua kita yang tentukan." - FarisRuang kosong di hati benar-benar menguji kesetiaan dan kekuatan naluri Fazila. Sebuah perasaan yang sukar dimengertikan hadir menjentik rasa. Kehadiran Amir Hamzah dalam hidupnya cuba disangkal, namun ianya bagaikan semakin mendekat sehinggakan dia tidak mampu menipu rasa hati sendiri. Makin lama rasa yang wujud membenih tersemai subur."Habis... rasa happy yang aku nampak dalam mata kau tiap kali kita bersama tu apa? Cahaya yang aku dapat tengok masa aku cakap yang aku suka kat engkau tu apa? Kesedihan yang aku nampak pada muka kau masa tunang kau datang hari tu tu...apa?" - Amir HamzahSiapakah sebenarnya yang memiliki jiwa dan hati Fazila. Antara yang disayangi dan dicintai. Pilihan bukan mudah. Namun dia sedar hakikat hubungan suci itu bukan sekadar untuk melestarikan cinta, malah juga untuk menahan segenap dugaan. Di sinilah mereka menemui titik mula cinta. Namun mampukah bertahan hingga ke pengakhirannya?…

Aku Sayang Kamu - Adzra Sue

Aku Sayang Kamu - Adzra Sue

5,252 57 10

AKU SAYANG KAMUISBN No : 978-967-0657-13-4JUMLAH MUKA SURAT : 705BLURB :-Aku.... Insan kerdil yang kepingin untuk bercinta dan dicintai. Sebagaimana gadis lain, aku juga menyulam mimpi indah untuk bersanding bersama Putera Idaman hati di pelamin khayalan.Muncul Putera Idaman tanpa kuduga. Malangnya.. dia bukanlah Prince Charming belahan jiwa. Hadirnya menyakitkan hati... Gurau mesra? Jauh sekali.... Tapi hati ini, tetap menyukai walau ego sang Putera bertali-tali."Saya tak pernah jumpa lelaki yang perasan macam Encik Irfan...." ~Idayu Aireen~"So sekarang...... kau dah jumpa. Baguslah! Aku suka jadi lelaki yang pertama dalam hidup kau" ~Irfan Mukhriz~Rupa-rupanya aku berada di tempat yang salah, masa yang salah dan jatuh cinta pada orang yang salah!Ku tak percaya kata... cinta tak harus memiliki...Tapi mengapa..... hati terasa sakit...Rapuhnya jiwa..... murahnya air mata.... Abang Is rela pinjamkan bahunya lewat kesedihanku. Andai Abang Is bukan siapa-siapa dalam keluargaku, ingin sekali aku melayari bahtera cinta bersamanya.Sayang sekali.... ada gadis lain yang bertakhta di hati Abang Is. Dan ketenanganku berkocak. Akan pudarkan kasih sayang Abang Is padaku selama ini?"You know how much I love you? I have loved you the entire of my life!" ~Ameer Iskandar~Ekori langkahku..... hayatilah ceritaku merialisasi mimpi demi cinta sejati. Sesungguhnya, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.~IDAYU AIREEN…

Sesungguhnya Dia Lelaki Pelindungku - Wan Rohayu

Sesungguhnya Dia Lelaki Pelindungku - Wan Rohayu

471 1 9

SESUNGGUHNYA DIA LELAKI PELINDUNGKUISBN No : 978-967-0657-14-1JUMLAH MUKA SURAT : 599BLURB :-Dia Megat Qaiser Zulkarnain, menjadi kegilaan setiap perempuan. Zara Diandra mengejar lelaki itu seawal remaja lagi namun cintanya tidak pernah berbalas. Zara tidak pernah berputus asa dan terus berusaha memenangi hati lelaki itu biarpun Qaiser terlalu mudah memperkotak-katikkan perasaannya. Bagaimanapun segala-galanya bernoktah setelah Qaiser bertemu dan jatuh cinta dengan gadis lain. Lelah dan mengalah, hati yang galau dibawa pergi.Lantaran manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan, pengumuman pertunangan antara Qaiser bersama pujaan hati menambahkan luka di jiwa Zara. Lantas Daris Hadif, si kenalan baru menjadi galang ganti dan pengubat kekecewaan. Zara sengaja mempergunakan Daris demi melupakan lelaki yang telah melukai cintanya. Namun mampukah hati terawat sebegitu mudah?"Demi untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang, ia tidak adil untuk awak mengingatinya." ~ Zara DiandraDaris bukan lelaki biasa. Walaupun hanya lelaki biasa-biasa saja di mata dunia namun kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidup Zara. Saat hati mula membuka ruang untuk lelaki lain, Qaiser kembali bagaikan Sang Taufan.Jadi kepada siapa kaki Zara perlu berlari? Dan siapakah lelaki yang mampu menjadi pelindung dirinya sehingga ke akhir waktu??…

Si kolot Suamiku - Fazlyn Ridz

Si kolot Suamiku - Fazlyn Ridz

2,083 20 11

SI KOLOT SUAMIKUISBN No : 978-967-0657-11-0JUMLAH MUKA SURAT : 693BLURB :-"Nama kau Kudin ya?""Apasal kau gelak?""Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!"Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin…

Isteri Aku Kalis Cinta - Mawar Karmila

Isteri Aku Kalis Cinta - Mawar Karmila

1,277 12 10

ISTERI AKU KALIS CINTAISBN No : 978-967-0657-10-3JUMLAH MUKA SURAT : 685BLURB :-"Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak.Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak." ~ Diya.Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukuprumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada."Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya." ~ Zahil.Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hakkepada Diya untuk membuat pilihan.Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?'Isteri Aku Kalis Cinta' merungkai penghujung sebuah dendamdan penantian.…

Daripada Sekeping Surat Samanmu - Shila Alish

Daripada Sekeping Surat Samanmu - Shila Alish

571 12 10

DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMUISBN No : 978-967-0657-08-0JUMLAH MUKA SURAT : 694BLURB :-Bermula hanya DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU yang diterima dari seorang pegawai polis trafik, Megat irfan Wafiy, cikgu Puteri Salwani mula berubah setelah hidup dengan dendam selama lebih 5 tahun akibat dikecewakan oleh seorang lelaki yang dicintainya separuh mati. Bagi pihak Tuan Megat, dia mula jatuh hati pada gadis yang telah disamannya itu kerana merasakan dia seperti telah mengenali gadis itu sebelum ini.Hubungan kedua-dua orang tua Tuan Megat dan orang tua Puteri Salwani yang kebetulan berkawan baik cuba mengatur jodoh mereka. Kemunculan semula lelaki durjana itu, Fauzan, telah memporak-perandakan hidupnya yang baru sahaja ingin menyemai benih-benih cinta bersama Tuan Megat"Hei! Kau dengar sini baik-baik. Wani ni sebenarnya cukup sayang dan cintakan aku dulu....dan aku yakin yang dia masih sayang dan tetap cintakan aku sekarang ini. Aku tahu dia tak dapat lupakan aku sebab aku ni kekasih awal dan akhir dia....kehadiran kau tu cuma untuk mengubat hati dia yang terluka disebabkan aku"- Fauzan"Awak.....tolonglah pergi. Saya dah tak mampu untuk berhadapan dengan awak lagi. Saya tak kuat. Tolonglah....jangan tambah lagi derita saya ni. Awak lelaki yang baik....dan memang tak layak untuk perempuan kotor seperti saya ni..."- Puteri Salwani"Saya nak Wani tahu yang saya tetap akan tunggu Wani sampai bila-bila......sampai pintu hati Wani terbuka kembali untuk saya kerana hati saya tak pernah berubah walau sebesar zarah sekali pun kerana sekali saya mencintai seseorang, insya Allah saya akan terus mencintainya selamanya......."-Tuan MegatIzham telah memberikannya jawapan kepada persoalan yang cukup dicari-carinya selama ini.Siapakah sebenarnya Izham? Apakah jawapan itu? Mampukah Puteri Salwani mengundurkan diri dari hidup Tuan Megat? Bagaimanakah pula dengan Tuan Megat? Sanggupkah dia terus menunggu jawapan dari Puteri Salwani?…

Falling In Love - Sya Ryana

Falling In Love - Sya Ryana

415 3 10

FALLING IN LOVEISBN No : 978-967-0657-07-3JUMLAH MUKA SURAT : 808BLURB:-"You nak call siapa tu??" - Raykal Asyraff"Ermm.. polis?"- Yasmeen Zalikha"Polis?!" - Raykal Asyraff"Eh..bukan eh? Saya call bombalah," - Yasmeen Zalikha"Hello, there's no fire in here!" - Raykal Asyraff"But.. there's a fire in your heart!" - Yasmeen ZalikhaPertemuan Yasmeen Zalikha dan Raykal langsung tidak diduga pada awalnya si gadis menyangka lelaki yang berada di hadapannya itu sombong, bongkak sebab pakai Ferrari, RayBan, kemeja dan kasut yang susah-nak-eja, dan perasan handsome.Entah kenapa sering saja dia bertembung dengan lelaki itu, tambah-tambah lagi dia merupakan sahabat baik kepada majikannya yang turut menyukai Yasmeen Zalikha dalam diam.Muncul semula Tengku Iskandar di hadapan Yasmeen Zalikha membuatkan dia terpaksa 'pergunakan' Raykal Asyraff mengelakkan Tengku Iskandar kembali menagih cinta yang sudah lama terkubur. Lama-kelamaan terdetik di hati Raykal Asyraff yang dia sudah mula sukakan Yasmeen Zalikha tanpa dia sedar.Mampukah Raykal meraih hati Yasmeen Zalikha yang begitu sukar menerima lelaki? Bolehkah Tengku Iskandar memujuk hati Yasmeen Zalikha? Dapatkah Yasmeen Zalikha membuat pilihan?…

Kurelakan Kasihmu - Siti Auni

Kurelakan Kasihmu - Siti Auni

4,823 32 10

KURELAKAN KASIHMUISBN No : 978-967-0657-06-6JUMLAH MUKA SURAT : 497BLURB :-Arissa Maisarah dan Irfan Naufal merupakan pasangan secocok yang kelihatan bahagia pada mata semua orang.Namun di sebalik hubungan mereka berdua yang Nampak bahagia itu, siapalah yang tahu betapa Arissa Maisarah menderita dengan perangai ego Irfan Naufal yang melampau. Lagi ditegur, lagi menjadi-jadi! Bukan sahaja ego, lelaki itu juga cepat baran membuatkan Arissa Maisarah berasa ragu-ragu sama ada Irfan Naufal benar-benar mencintainya atau tidak sedangkan dia terlalu mencintai lelaki itu.Tetapi, apa yang diimpikan Irfan Naufal tidak seindah yang disangka. Hadirnya seorang lelaki lain di dalam hidup Arissa Maisarah membuatkan Irfan Naufal tidak dapat tidur lena. Adakah Arissa Maisarah curang di belakangnya? Mereka kelihatan begitu intim, membuatkan ego Irfan Naufal terasa tercabar!Adnin Najwa, si gadis tomboy yang telah dirogol dengan kejam oleh Irfan Naufal terus melarikan diri dari bandar itu sekaligus menghilangkan diri dari hidup Irfan Naufal dan ArissaMaisarah selepas dirinya diugut.Irfan Naufal yang berasa bersalah dan berdosa, terus memutuskan pertunangannya dengan Arissa Maisarah dan mula mencari Adnin Najwa bagi menebus kesalahan.Semua yang terjadi telah menginsafkan Irfan Naufal.Namun, pertemuan semulanya dengan Adnin Najwa benar-benar membuatkan Irfan Naufal bingung... kerana gadis itu hilang penglihatan disebabkan sebuah kemalangan yang berlaku antara mereka.Dia jugalah yang menyebabkan gadis itu buta.Dan itu menambahkan rasa bersalah yang tidak bertepi di hati Irfan Naufal.Dapatkah Irfan Naufal berterus-terang dan meminta maaf?Bolehkah Adnin Najwa memaafkan segala-galanya yang telah terjadi antara mereka?Dan bagaimana pula dengan nasib Arissa Maisarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja oleh Irfan Naufal?Apakah kesudahannya kisah mereka bertiga?…

Suri Di Hatiku- Zubaidah Ibrahim

Suri Di Hatiku- Zubaidah Ibrahim

95 0 10

SURI DI HATIKUISBN No : 978-967-0657-04-2JUMLAH MUKA SURAT : 665BLURB :-INTAN SURIYANA gadis cantik idaman sang jejaka. Kerana kisah cinta silam menyakitkan menjadikannya seorang playgirl yang mematahkan hati lelaki. Hadirkah seseorang yang membuatkan rasa cinta itu berbunga kembali, mekar kukuh dalam taman hati. Adakah cinta suci disambut setulusnya dan mampukah hati gadisnya belajar tentang erti cinta dan rindu?"Dalam hati ini hanya terisi dengan satu nama. Semakin lama untuk aku melupakannya, semakin sukar dan payah jadinya" - Intan SuriyanaKU EMIR AFFAN jejaka nerd yang menyimpan rasa bertahun-tahun lamanya pada si dia cantik jelita. Si dia yang memberi rasa bahagia dalam kehidupannya yang penuh derita dan air mata. Namun sifat nerd itu berubah tiba-tiba menjadi kejam dan sukar difahami. Menjadi kejam kerana dendam dan perasaan takut kehilangan. Menjadi sukar difahami demi bahagia bersama suri di hati. Tegarkah rahsia yang terkunci kemas menjamin bahagia atau menjadi perangkap menggamit lagi derita yang merajai jiwa.Andai laut takut kehilangan ombak, langit takut kehilangan bintang, begitu juga dengan aku yang takut kehilangan kamu...- Ku Emir AffanSukarnya merungkai rahsia sejujurnya sehingga meruntuhkan tembok kepercayaan, mempertaruhkan kejujuran, menggoyahkan cinta yang terpateri lantas menyapa rasa benci yang singgah mengetuk pintu hati. Cinta Memerlukan Kepercayaan, Kepercayaan Memerlukan Kejujuran, Kejujuran Kunci Kesetiaan"Aku memang seorang perempuan bodoh yang terlalu mudah mencintai dan mempercayai. Tapi aku berjanji, aku takkan jadi perempuan bodoh lagi. Aku tidak akan mudah untuk mempercayai apalagi mencintai." - Intan Suriyana"Saya masih cintakan awak, Intan. Masih dan akan selamanya cintakan awak..."- Emriz AsyrafSiapakah Emriz Asyraf yang hadir antara mereka... Kukuhkah sebuah cinta walau apa yang melanda. Mampukah kebencian terpadam dan kemaafan dihulur kerana rasa rindu yang kekal bertakhta...…

Bahagia Dalam Rahsia - Rafina Mimi

Bahagia Dalam Rahsia - Rafina Mimi

196 1 10

ISBN No : 978-967-0657-05-9JUMLAH MUKA SURAT : 385BLURB :-Mengisahkan gadis bernama Adilah Farha, bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah majikannya yang mempunyai salasilah keturunan raja. Kejadian malang menimpanya apabila dia diperkosa oleh Wadi Ridhuan.Lebih menambahkan nasib malang Adilah Farha apabila dia di dapati hamil akibat daripada kejadian itu.Hasrat hati mahu memperisterikan Farha untuk menebus kesalahannya di tentang keras oleh Dato' Wan Chik dan Datin Wasilah sehingga memaksa Wadi Ridhuan membawa Farha ke sempadan Thailand untuk bernikah.Pernikahan secara rahsia itu hanya di ketahui oleh Mak Hendon yang merupakan pengasuh kepada Wadi Ridhuan semasa lelaki itu masih kecil.Bahagia mula tercipta di antara kedua-duanya namun kebahagiaan itu terpaksa pula di sorok-sorok supaya Dato' Wan Chik dan Datin Wasilah tidak mengesyaki apa-apa.Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, perut Farha semakin membesar dan keadaan itu menimbulkan rasa curiga di hati Datin Wasilah sedangkan sepengetahuannya Farha belum berkahwin dengan sesiapa.Rahsia mula terbongkar apabila Datin Wasilah mula hilang sabar kerana kemusykilannya tidak di jawab oleh Farha sehingga memaksa Datin Wasilah bertindak kejam. Apabila rahsia mula terbongkar, Datin Wasilah mencari helah untuk memporak-perandakan rumahtangga anaknya dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.Lebih menyiksakan jiwa Farha apabila Bella yang merupakan gadis pilihan Datin Wasilah untuk disatukan dengan Wadi Ridhuan sering menyakiti hatinya dengan mencari peluang untuk berdamping dengan lelaki itu.Berjayakah Datin Wasilah memisahkan Wadi Ridhuan daripada Adilah Farha? Apakah usaha Bella untuk mendapatkan lelaki yang dicintainya itu? Dan, apakah Wadi Ridhuan terpaksa mengalah dengan keadaan demi membuatkan Farha tidak lagi menanggung sengsara?Category: Novel.…

Bila Lagu Cinta Bergema - Wardina Aisyah

Bila Lagu Cinta Bergema - Wardina Aisyah

182 0 20

BILA LAGU CINTA BERGEMAISBN No : 978-967-0657-02-8JUMLAH MUKA SURAT : 956BLURB :-Membesar tanpa kasih sayang ibu dan nenek kandungnya, hidup Balkish sering saja dihiasi dengan airmata. Hanya kepada Batrisya si kakak kandung, seluruh harapannya disandar. Namun tatkala rasa cinta di hati dikongsi dengan lelaki yang sama, Balkish terpaksa mengalah dan melepaskan cintanya demi sebuah pengorbanan.Setelah bertahun masa berlalu, Balkish mula membina hidup yang lebih tenang di kota. Namun perkenalannya dengan Hariz yang digelar Mr. Alligator mula mencipta pelbagai warna dalam setiap harinya. Mr. Alligator memang bijak menggoda, tapi tidak pernah setia kepada satu cinta. Sungguh, Hariz memang layak disamakan dengan buaya!"I rindu nak dengar suara you, wajah you, and everything about you. You buat I macam orang gila!" - Hariz"Tak ada yang mustahil, Balkish. I benar-benar cintakan you. I nak kahwin dengan you. Kalau you tak cintakan I... you boleh belajar untuk menyintai I. Kita kahwin ye?" - HarizDalam keadaan serba salah, tertekan dan terdesak, akhirnya Balkish bersetuju mengahwini Mr. Alligator yang tidak pernah tersenarai sebagai calon lelaki idamannya. Biarpun berkahwin tanpa cinta, namun Balkish tetap mengajar dirinya mencintai si suami seadanya. Namun badai rumahtangga melanda apabila dia menjadi kebencian si ibu mertua dan adik iparnya sendiri. Kehadiran Syarifah Ezora juga semakin menyukarkan langkah kaki Balkish yang ingin mengejar bahagia. Mampukah Balkish terus tabah melalui satu persatu dugaan demi sebuah cinta yang baru terbina? Dan bila lagu cinta bergema, masihkah dia mampu tersenyum bahagia?…

Tirai Dosa Kelmarin - Arsha Wee

Tirai Dosa Kelmarin - Arsha Wee

1,420 2 19

TIRAI DOSA KELMARINISBN No : 978-967-0657-03-5JUMLAH MUKA SURAT : 874BLURB :-Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam.Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna.Iman Faliq - Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya.Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki."Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat?" - Nur Imanina"Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya!" - Iman FaliqNamun takdir Allah mengatasi setiap percaturan manusia, akhirnya Nur Imanina dan Iman Faliq bersatu sebagai suami isteri yang sah. Tanpa jemu Iman Faliq cuba meraih kemaafan si isteri, dan dia berusaha menjadi suami yang baik demi membahagiakan Nur Imanina yang pernah dilukainya.Namun cukupkah beribu-ribu kasih sayang yang dicurah oleh Iman Faliq terhadap Nur Imanina? Dan mampukah terhapus dosa kelmarin tatkala ada hati yang masih terluka?…

Tak Mampu Menjaga Cintamu- Ayumi Syafiqah

Tak Mampu Menjaga Cintamu- Ayumi Syafiqah

253 1 11

TAK MAMPU MENJAGA CINTAMUISBN No : 978-967-0657-01-1JUMLAH MUKA SURAT : 582BLURB :-Cinta yang hadir bukan untuk melemahkan jiwa, tetapi untuk menguatkan hati menjalani hari-hari yang mendatang. Kerana itulah, Anatasya memilih untuk menerima Naqiu dalam hidupnya biarpun cintanya pernah dipermainkan lelaki itu lima tahun yang lalu. Dia cuba memujuk hati untuk memaafkan dan memberi peluang kepada diri untuk bahagia sekali lagi."Abang rindukan Tasya yang dulu. Tasya yang sentiasa ceria bila jumpa abang, Tasya yang tak pernah lekang dengan senyuman, Tasya yang suka ketawa, Tasya yang pandai ambik hati abang, Tasya yang tak pernah ragu dengan abang." - Naqiu.Itu yang Naqiu mahu dan itu juga yang cuba ditunaikan demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, hanya kerana satu insiden, kepercayaan yang mula dibina Anatasya musnah dalam sekelip mata. Cinta yang hadir untuk kali kedua nyata tetap tidak mampu dijaga dengan sempurna."Dia tak pernah berubah. Dia masih Naqiu yang dulu, yang tak pernah tahu menghargai, yang hanya tahu melukakan hati aku." - Anatasya.Kata maaf yang dihulur hanya dipandang sepi. Naqiu lelah sendiri. Andai melangkah pergi mampu mengubat luka di hati, untuk apa dia terus setia di sisi?"Kenapa harus memilih jalan derita sedangkan jalan bahagia ada depan mata?"…

Andai Cintamu Aku Miliki - Yusnida Tajudin

Andai Cintamu Aku Miliki - Yusnida Tajudin

490 0 20

ANDAI CINTAMU AKU MILIKIISBN No : 978-967-0657-00-4JUMLAH MUKA SURAT : 510BLURB :-"Kalau cinta katakanlah... tidak aku terus gelisah... kalau diam manaku tahu"Orang kata, dari mata turun ke hati, dari hati lahirlah cinta. Kadang-kadang cinta tu hadir tak perlu pun ada penyebabnya kerana cinta itu hanya perlu ada dua hati dan dua jiwa yang merasainya."Kalau kau tanya, siapa yang bertahta di hati aku, aku sendiri tak punya jawabnya. Kalau kau tanya, kenapa aku pilih dia.. aku sendiri pun tak punya jawapan untuk soalan itu. Aku cuma tahu, setiap kali aku disapanya, hati ini rasa terlalu dekat padanya, setiap kali wajahnya melingkari pandanganku, jiwa ini rasa sudah dimilikinya." ~ Acam."Mungkin di mata mereka kau hanya gadis biasa, tapi di mata aku kau sangat istimewa. Hanya aku yang tahu di mana letaknya keistimewaanmu sehingga mampu membuatkan hatiku berdegup kencang tiap kali mengingatimu" ~ Dzil"Aku mahu rasa kasih itu lahir sendiri tanpa perlu memaksa dirimu. Aku mahu hatimu sepenuhnya dan kerana ini aku tidak mahu terus memaksamu menerimaku. Biarpun aku bukan pilihanmu, aku akan tetap terus mencintaimu kerna kadangkali cinta tak bermakna memiliki ..." Qaid.Sukar untuk menebak siapa yang akan bertahta di hati Acam, gadis kasar dan ala-ala tomboy yang sering lepas laku. Mulutnya berbisa apabila bersuara tapi di hati ada taman bunga yang terentang luas. Kehadiran Dzil, jejaka yang sering mengganggu hidupnya membawa hura hara di hati Acam. Semakin dia menjauh, semakin Dzil mendekat dengan bermacam-macam kerenah.Dalam hati berperang dengan perasaan, hadir pula Qaid, Shah dan Faizal yang cuba merebut hati Acam. Akan terbukakah hati gadis itu untuk mereka atau haruskah dia melangkah pergi meninggalkan kesemuanya.…

Puzzle Cinta Aisara - Lily Qiara

Puzzle Cinta Aisara - Lily Qiara

252 3 16

PUZZLE CINTA AISARAISBN No : 978-967-11882-9-3JUMLAH MUKA SURAT : 523BLURB :-Puteri Fiona Aisara telah berikrar setia untuk hidup bersama Alif Fazli sehingga ke akhir hayatnya. Namun keteguhan cinta mereka teruji dengan sikap Puan Sri Marina yang tidak ingin bermenantukan lelaki yang tidak setaraf dengan keluarganya. Bagi Aisara, berdepan dengan seorang ibu yang bersikap tegas dan mendesak, hidupnya kian berantakan. Lebih-lebih lagi apabila dia dipaksa menikahi lelaki yang telah dipilih oleh ibunya.Tertekan dengan desakan, Aisara kembali ke Australia dan meninggalkan Alif dengan keyakinan cinta mereka akan kekal bersatu. Dan ketika ikatan dikukuhkan dengan perkahwinan secara sembunyi, dugaan yang datang kian hebat. Kepada Alif, Aisara diisytiharkan telah mati!Bagi Alif Fazli, bukan mudah menggendong kedukaan yang terbeban di bahu kesan dari kehilangan seorang isteri. Kerana terluka dan kecewa, dia membawa diri ke United Kingdom demi mencari ketenangan. Beberapa tahun berlalu, Alif kembali ke Malaysia untuk menyertai pameran fotografi anjuran Tiara Holdings. Dan di situ seluruh perasaannya tersentak tatkala bertemu si isteri yang selama ini difikirkan telah mati."Kenapa isytiharkan kematian sendiri, sedangkan Puteri masih hidup?" - Alif Fazli.Kemunculan wanita berpurdah bernama Aisyah semakin menyelerakkan puzzle dalam kehidupannya. Gerak-geri dan sikap penuh misteri Aisyah semakin mengelirukan, kadangkala mirip seperti sikap isterinya, Aisara. Benar, semuanya penuh dengan teka-teki!"Semuanya salah Puteri. Puteri yang derhaka pada abang, Puteri yang khianati janji-janji kita. Puteri yang cipta derita ini!" - Puteri Fiona Aisara.Dugaan demi dugaan yang mendatang kekal menguji hati kedua-duanya. Mampukah setiap kepingan rasa cinta, rasa sayang, melengkapkan keseluruhan puzzle kehidupan mereka? Dan cinta tanpa restu, akankah ia kekal untuk selama-lamanya?…

Lafaz Cinta Di Jari Manis - April Snow

Lafaz Cinta Di Jari Manis - April Snow

760 22 10

LAFAZ CINTA DI JARI MANISISBN No : 978-967-11882-8-6JUMLAH MUKA SURAT : 495BLURB :-" I tak akan terima perempuan curang jadi isteri I. I takkan terima perempuan yang dah dipeluk lelaki lain! I tahu you suka dia dari dulu, Qis. And due to that, you don't deserve me, Qis."- Khalish AriqHanya kerana salah faham, ego dan cemburu seorang lelaki bernama Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibatnya. Dia dimalukan di hadapan seluruh keluarganya tatkala Khalish tidak muncul pada malam pernikahan mereka. Kerana percayakan cerita Khalish, Qistina dihalau oleh ayah kandungnya sendiri.Di pihak Khalish, biar kesalnya mencecah ke puncak gunung, namun semua itu belum mampu meraih keampunan Qistina. Kini Qistina bukan lagi si Barbie doll yang dahulunya lembut bicara, sang Barbie doll pujaan hatinya itu kini umpama singa yang terluka!"I manusia Khal. I ada hati, ada jiwa. Jangan you mimpi I akan lupakan apa yang terjadi dulu. I yang harung semuanya. Sendiri, terbuang, di mana you selama ini? Di mana, Khal?" - Annur QistinaQistina pula bingung, keliru. Mana satu yang harus dipilih? Kepada Joe, teman akrab yang paling memahami dihambur segalanya. Namun tanpa Qistina sedar, dalam diam temannya itu menyimpan rasa dan hasrat yang serupa. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah.Lalu siapakah yang akan memiliki diri dan hati Annur Qistina? Dan lafaz cinta siapakah yang akan terpilih untuk dipatri ke jari manisnya?"Can we start all over again? You, me, being together again under one roof?" - Annur Qistina…

Si Pencuri Hati - Dayana Darwisy

Si Pencuri Hati - Dayana Darwisy

1,275 4 10

SI PENCURI HATIISBN No : 978-967-11882-7-9JUMLAH MUKA SURAT : 608BLURB :-Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita? Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka? Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?Sayang Damia - Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?…