Episod Cinta Harlys - Fieyza Fadlina

Episod Cinta Harlys - Fieyza Fadlina

473 23 11

EPISOD CINTA HARLYSISBN No : 978-967-11882-5-5JUMLAH MUKA SURAT : 664BLURB :-Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI."Bilik ni ke bilik kita?""Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah 'bilik kita'?!""Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?""Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!"Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?…

Hantu Punya Bos! - Dekna Lee

Hantu Punya Bos! - Dekna Lee

688 2 10

HANTU PUNYA BOS!ISBN No : 978-967-11882-4-8JUMLAH MUKA SURAT : 592BLURB :-BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu."Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!" ~DielaBaru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, 'hantu punya bos!'. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan 'mengheret' gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?…

Perangkap Dua Hati -Farisya Natasya

Perangkap Dua Hati -Farisya Natasya

773 13 11

PERANGKAP DUA HATIISBN No : 978-967-11882-2-4JUMLAH MUKA SURAT : 573BLURB :-Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha. Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup.Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang. Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina.Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha."Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan." - Qisya Zulaikha.Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha."Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita." - Nuh QaysMampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?…

Hanya Milikmu - Siti Auni

Hanya Milikmu - Siti Auni

896 7 10

HANYA MILIKMUISBN No : 978-967-11882-1-7JUMLAH MUKA SURAT : 582BLURB :-Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya.Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari.Namun pertemuan dengan lelaki seego Tengku Harith, hati dan perasaannya kembali teruji dan dicarik berkali-kali. Dia berasa serba salah tatkala Tengku Ismail melamarnya untuk dikahwinkan dengan lelaki berhati kejam itu."Kau ingat dengan tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Mati hidup semula pun, aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!" - Tengku Harith.Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini?"Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi.." - Ustaz AmirulBagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah?Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati.…

Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni

Sesaat Cukup Bagiku - Laila Hanni

2,078 5 9

SESAAT CUKUP BAGIKUISBN No : 978-967-11882-0-0JUMLAH MUKA SURAT : 622BLURB :-Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari 'cina buta'.Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling.Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi.Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga.Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu?Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?…

Mama Mia Shaza - Emy Roberto

Mama Mia Shaza - Emy Roberto

1,864 13 10

MAMA MIA SHAZAISBN No : 978-967-11741-1-1JUMLAH MUKA SURAT : 512BLURB :-Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka. Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal."I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?"- Syazwan"Okay, fine. What if I choose the baby?"- Maya"Then I'll leave, Maya."- SyazwanPerpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri. Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi."Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah." - Syazwan"Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?" - MayaHati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?…

Dekat Padamu - Sarnia Yahya

Dekat Padamu - Sarnia Yahya

441 13 11

DEKAT PADAMUISBN No : 978-967-11741-0-4JUMLAH MUKA SURAT : 517BLURB :-Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.'Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang' - IskandarBagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.'Ika tak dapat terima abang.' - SyafiqaNamun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.'Macamana abang masuk?' - Syafiqa'Abang kan Spiderman.' - Iskandar…