Tanya Dia Tentang Cinta - Ameera Ameer

Tanya Dia Tentang Cinta - Ameera Ameer

247 0 11

TANYA DIA TENTANG CINTANO ISBN : 978-967-0657-70-7"Kahwin dengan saya" - ZiyadItu kata-kata yang pernah diucapkan empat tahun dulu. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala.Menyesal? Rasa bersalah? Itulah rasa yang sering menghantui hidup Puteri selama empat tahun. Sangkanya, cerita empat tahun dulu akan terus berkubur tetapi rupanya Allah telah mengatur perancangan lain untuknya. Dia dilamar dan yang melamarnya ialah mama dan papa Ziyad sendiri!Puteri + Ziyad = Perkahwinan?Mungkinkah? Jika itu takdir yang Allah tulis, maka siapa mereka untuk menidakkan. Tetapi, mampukah perkahwinan yang dibina kerana ada rasa benci dan curiga menemui keserasian atau lebih tepat lagi bertahan?"Kau tahu apa maksud aku. Kalau dulu kau boleh buat apa saja, aku rasa sekarang pun kau boleh. Cuma aku tertanya-tanya, kau kahwin dengan aku sebab apa ya? Nak aku jadi pak sanggup?" - Mohd Ziyad UzairMungkin tidak bagi Ziyad tetapi bukan kepada Puteri. Tekadnya, hati Ziyad akan ditawan semula. Tetapi mampukah dia apabila Ziyad terus beku dan kaku dengan setiap godaannya?"Awak malu ke Doktor Ziyad... melihat isteri sendiri salin baju? Saya bukannya orang lain, isteri awak juga. Lagipun dah halal cuma awak aje yang jual mahal." - Puteri Chempaka EmelynSetiap kebahagiaan pasti akan datang dugaan. Oleh kerana satu peristiwa yang dirancang dan terungkainya kisah silam, perkahwinan Ziyad dan Puteri tiba-tiba dilanda badai. Benarlah, rasa cinta saja belum cukup andai kurang rasa percaya. Lalu, mampukah perkahwinan seorang gadis yang perasan hot tetapi seksi, nakal dan menggoda dengan seorang lelaki yang sejuk beku juga doktor biasa kekal hingga ke syurga apabila mereka dipaksa supaya menamatkan ikatan itu?…

Gemalai Kasih - Lynn Safiya

Gemalai Kasih - Lynn Safiya

109 0 10

GEMALAI KASIHISBN NO 978-967-0657-67-7JUMLAH MUKA SURAT 560Intan Marliana (Lia) seorang anak yang patuh kepada orang tuanya. Disebabkan kesalahan abang-abangnya yang lalu, Lia sering berkorban demi menjaga hati ibu dan bapanya yang tercalar. Maka pinangan Asrul Effendi (Effendi), seorang duda beranak satu, diterima atas dasar patuh kepada ibu dan bapanya, walaupun pada mulanya dia cuba memujuk lelaki itu untuk tidak meneruskan niat untuk memperisterinya.Namun mengapa Effendi yang tidak lagi percaya kepada cinta, bersungguh-sungguh inginkan Lia sebagai isterinya?Apakah muslihat di sebalik pinangan itu? Sejak kegagalan perkahwinannya yang pertama, hati Effendi sudah tertutup. Maka hati halus Lia terpaksa dikecewakan agar gadis itu tidak menaruh sebarang harapan terhadapnya. Namun mengapa hatinya turut terluka pada saat hati Lia terpaksa dilukai?Kelembutan Lia menambat hati Effendi. Penerimaan Lia terhadap anak kecilnya, Ina, menyentuh jiwanya sehinggakan dia mula mendambakan kasih sayang yang dicurahkan Lia kepada Ina untuk dirinya sendiri. Mampukah Lia mengembalikan kepercayaan Effendi kepada ikatan cinta yang tulus lagi sejati? Mampukah Effendi merawat luka yang telah terpalit di hati Lia setelah Lia mengetahui sebab sebenar mereka disatukan? Mampukah ikatan perkahwinan mereka bertahan dengan kehadiran bekas isteri Effendi, Mona yang mahu merebut Ina? Betulkah Mona mahukan Ina atau apakah yang sebenarnya yang Mona mahukan?Hak keputusan di tangan Lia. Itu janji Effendi. Hak yang diberikan Effendi seakan membunuh dirinya sendiri. Ketika Lia memilih untuk berpisah, Effendi tidak senang duduk. Hatinya parah. Lia harus dijejaki. Sanggupkah dia kehilangan Lia setelah perasaan cinta itu kembali berputik di hati?…

Encik Suami Mat Salih Celup- Yumi Hyra

Encik Suami Mat Salih Celup- Yumi Hyra

1,863 13 10

TAJUK : ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUPISBN NO : 978 967 0657 684BLURB :Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif."So I am your replacement husband?"- Ian Hadif"If you want to say so." - Iman AmaniBukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup."What is selipar Jepun?" - Ian Hadif"Japanese's slippers." - Iman Amani"Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian HadifIman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!"It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif"Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani"Cakap apa?" - Ian Hadif"Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani"Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian HadifTiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri."To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif"Tell him that I love him, so much."- ImanAmani.Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?…

Ceritera Cinta Darwiesha - Adzra Sue

Ceritera Cinta Darwiesha - Adzra Sue

72 0 5

CERITERA CINTA DARWIESHANO ISBN : 978 967 0657 691BLURB:Bila hati telah retak,Hidup berteman si air mata,Bila laut tak bergelombang,Segunung pujuk tiada berguna.Terjerat ke kancah perkahwinan tanpa rela, separuh jiwa aku menerima Encik Zafrul Amri merangkap bos di tempat kerjaku sebagai suami. Diakah bakal pelindungku? Diakah bakal membawaku ke jalan syurga?Arief Rachman Haqeem, jejaka kacukan dari seberang terpaksa aku kecewakan. Bunga-bunga sayang yang sedang mekar mewangi dan putik-putik cinta yang baru berkembang, berguguran bersama deraian air mata."Saya tak sangka kesudahan kita jadi begini. Saya sayangkan awak, Wiesha. Saya cintakan awak!" ~Arief Rachman"Selamat tinggal, Arief. Saya tahu awak lelaki yang tabah. Jangan kerana saya, awak tutupkan hati untuk orang lain. Doakan kebahagiaan saya..." ~Dahlyana DarwieshaPasrahku membawa derita. Encik Zafrul menikahiku hanya kerana aku seiras kekasih lamanya. Aku menjadi galang ganti cinta Encik Zafrul bersama Kak Mylia yang tidak kesampaian. Kembalinya Kak Mylia kepada Penciptanya menambahkan kemelut di jiwa. Encik Zafrul terus hidup dalam bayang-bayang kenangan silam bersama bekas kekasihnya yang telah pergi."Lyana bukan Kak Mylia, Lyana tak boleh ubah diri Lyana jadi orang lain!" ~Lyana"Abang mengaku cinta abang pada Mylia tak pernah mati. Arwah Mylia merupakan kekuatan abang. Lyana... pelengkap hidup abang. Abang sayangkan Lyana dan abang tak boleh terima kalau ada lelaki lain yang mahu rampas Lyana dari abang." ~ZafrulAkibat cemburu dan sering salah sangka, bayi yang aku kandung selama enam bulan lamanya tak sempat menjengah dunia. Kecewanya aku. Salahkah aku minta dilepaskan?'Mak pesan, jangan kasar-kasar lagi dengan suami''Pesan along, belajarlah memaafkan!'Encik Zafrul cuba meraih cintaku kembali. Akan tetapi... sekeping hati yang telah retak, bolehkah dicantum semula? Ceritera cinta dan air mata seorang Darwiesha, mungkinkah ada penamatnya?…

Setulus Kasih Indah - Sakura Ria

Setulus Kasih Indah - Sakura Ria

411 22 10

TAJUK : SETULUS KASIH INDAHISBN NO : 978-967-0657-66-0JUMLAH MUKA SURAT : 544BLURB"Kau rapat dengan anak aku kerana kau nak kesenangan hidup, bukan? Kau nak kikis semua kekayaan anak aku, betul tak?"Kerana terhutang budi, Indah Nur Sakinah tercampak di Seoul bersama hati yang lara.Bukan niatnya mahu pergi meninggalkan Hadif Rykal dalam keadaan tertanya-tanya.Namun, kerana mereka terlalu berbeza, dia dilayan bagaikan seorang pengemis jalanan.5 tahun berlalu, dia kembali ke Malaysia.Sayangnya cinta Rykal sudah temui tarikh luputnya."Aku pernah menjadi pencinta yang setia Indah tapi setia aku dipersiakan hinggaaku terkapai-kapai dalam lautan kesakitan. Aku berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada lautan itu Indah dan aku tak rasa yang aku boleh jadi pencinta setia kembali..."Indah cuba sedaya upaya menawan kembali hati lelaki itu. Ikatan yang sah memudahkan lagi dirinya untuk mendekati Rykal namun sayangnya segala usahanya dipandang sepi. Lelaki itu terusan menuduhnya macam-macam.Saat hatinya sudah mula belajar melepaskan Rykal pergi, nyawanya hampir melayang kerana satu kejadian. Kejadian itu telah membongkar semua rahsia yang disimpan rapi selama ini. Rahsia yang membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Rahsia yang menyebabkan dia menjadi seorang pengemis cinta Rykal."Please, jangan mengalah dengan aku. Kau sendiri cakap yang cinta kau tak ada tarikh luputnya. Bantulah aku Indah. Temanlah aku dalam mencari cinta kita dulu...""... I tak rasa ia akan berjaya. Dendam you tu dah terlalu dalam dan I tak yakin yang kita masih boleh jadi seperti dulu ..."Apa yang akan terjadi akhirnya? Mampukah cinta memadamkan dendam di dalam hati mereka?Sesungguhnya maaf itu anugerah terindah yang Allah kurniakan untuk semua insan di muka bumi ini, tapi mampukah kemaafan mengembalikan cinta yang menghilang?…

Dia Yang Terpilih - Hijratul Akisya

Dia Yang Terpilih - Hijratul Akisya

68 0 10

TAJUK : DIA YANG TERPILIHISBN NO : 978-967-0657-65-3JUMLAH MUKA SURAT : 724BLURB"Insya-Allah suatu hari nanti bersaksikan bulan dan bintangakan kulamar dirimu menjadi permaisuriku."Nota diberikan dan Anis Humairah Najla ditinggalkan tanpa sebarang kata. Kerana nota itu dia menjadi penanti setia cinta.Malah kerana nota itu, banyak hati-hati yang terluka.Bukan sekejap tetapi lama. 6tahun menanti, akhirnya muncul juga si dia yang dinanti."Pemilik pipi yang merah, sirna matanya yang cantik..." - Kamil Hakim"... Wajah awak tak pernah padam daripada hidup saya Maira. Walaupun sejuta kedut melakari wajah awak... di hati saya awak tetap Maira yang dulu. Masih sama." -Ahmad SuffianSiapakah pemilik nota itu sebenarnya? Mampukah tertunai janji yang dinanti? Adakah hati-hati yang terluka lagi? Andai cinta tidak berpaksikan kejujuran, kecurangan pasti terbongkar juga. Siapakah dia yang terpilih bertakhta di hati Anis Humairah Najla? Antara cinta dan keluarga... antara sahabat dan jiwa... antara tulus dan dendam... antara kejujuran dalam perhubungan... Itulah cinta yang tidak pernah padam.…

Isteri Dambaan Dia - Uji Norizqi

Isteri Dambaan Dia - Uji Norizqi

110 2 10

TAJUK: ISTERI DAMBAAN DIAISBN NO : 978-967-0657-64-6JUMLAH MUKA SURAT : 566Blurp :ARTINA NEDIESHA seorang gadis metropolitan. Dia dilahirkan dalam keluarga berada dan berkedudukan. Dek kerana ketegasan dan kesombongan Engku Masitah, dia prejudis kepada ibu sendiri. RIFQI EKHSAN seorang yang berpendidikan tetapi hidup sederhana. Mengusahakan tanah di kampungnya. Seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarga dan penyayang orangnya. Ke kota mencari pekerjaan, menemukan dia dengan si gadis cantik, lincah dan gemar bersosial. Bekerja di bawah satu bumbung, menyebabkan Nediesha mendekati Rifqi.Namun kegedikan Nediesha cukup membuatkan Rifqi lemas."Cik Nediesha nak makan sini juga ke?""Tak. Nak tengok awak.""Cik nak bawa saya ke mana?""Pejabat kadi."Orang kata cinta itu buta tapi bagi aku cinta ini gila. Bila dalam hati hanya ada nama dia, mana nak nampak masalah di kemudian hari. Yang aku tahu hanya ingin memiliki dia.Sedarkah aku dia kuli, aku anak bos? Sedarkah aku dia suasa, aku emas? Sedarkah aku wujudnya jurang di antara kami? Taraf hidup kami cukup berbeza."Diesha....Qi tak layak untuk memiliki Diesha apatah lagi diangkat menjadi calon menantu pilihan Datuk Rosli dan Engku Masitah. Qi tidak mahu bermimpi di siang hari...""Tapi Diesha yakin yang Diesha milik Qi."Cinta dua darjat bersatu jua tetapi mengapa bahagianya sekejap saja? Rimaskah aku hidup berlumpurkan selut di bendang? Kecewakah aku hidup tanpa kemewahan?"Baik! Lidah kau kena pasung ek? Aku akan pergi dari sini biarpun tanpa izin kau. Kat KL nanti aku failkan penceraian. Kau tunggu surat dari lawyer aku."Lafaz perpisahan terlafaz. Apakah ia satu kerelaan? Aku bebas kerana aku yang lari namun puing rindu tetap ada di kamar hati. Benarkah hanya aku yang dia damba?Bolehkah aku menjadi isteri yang didamba dia lagi setelah masing-masing memijak kaca dan terluka kakinya?…

Terima Aku Seadanya - Nina Harith

Terima Aku Seadanya - Nina Harith

2,476 23 11

TERIMA AKU SEADANYAISBN: 978-967-0657-63-9JUMLAH MUKA SURAT : 858BLURP:Tragedi angkara Anita itu menghancurkan cinta Ghaz Khuzairi. Kekecewaan cintanya dengan Marlissa menjadikan hatinya beku untuk bercinta lagi. Tetapi itu hanya kisahlalu. Namun ada sesuatu yang telah Marlissa tinggalkan untuknya. Amanah Marlissa dan Ryan Arshad. Kerana amanah itu jugalah Ghaz Khuzairi mengenali Izzara. Malah dengan mengenali Izzara, hatinya yang sepi selama ini terusik. Dalam diam dia menaruh hati.Bagi Izzara pula, mengenali Ghaz Khuzairi bukanlah alasan untuk dia berlaku curang kepada bakal tunangnya. Cinta dan kasihnya hanya terpahat buat Qaleef. Malah lamaran Qaleef benar-benar membuatkan hati wanitanya bahagia."Err... maksud kau, Zara dah rasmi jadi tunangan oranglah ni ye?" - Ghaz KhuzairiPerasaannya tersentap. Pedih. Lagi sekali gadis yang dipujanya bakal menjadi hak lelaki lain. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati dia.Kemunculan semula Anita mengejutkan Ghaz Khuzairi. Malah, penghijrahan diri Anita benar-benar membuat Ghaz Khuzairi kagum.Walaupun Anita pernah menghancurkan kehidupan Ghaz Khuzairi, namun lelaki itu tidak sedikit pun menyimpan dendam. Sebaliknya, Ghaz Khuzairi menerima kata-kata kemaafan Anita dengan hati yang terbuka.Adakah kemunculan semula Anita dapat mengisi sepi di hati GhazKhuzairi atau ada wanita lain yang lebih bertuah? Saat Ghaz Khuzairi menikmati erti kebahagiaan hidup, kemunculan Ryan Arshad pula seakan merentap tangkai hatinya. Adakah kehadiran Ryan Arshad itu untuk menuntut sesuatu yang terlalu berharga bagi Ghaz Khuzairi selama ini? Tegakah Ryan Arshad?…

Pengarah Cinta Terbaik - Alysa Khairin

Pengarah Cinta Terbaik - Alysa Khairin

764 2 16

PENGARAH CINTA TERBAIKISBN: 978-967-0657-62-2JUMLAH MUKA SURAT : 684BLURP:Dia seorang pelakon terkenal. Dia seorang pengarah terbaik. Dia digilai ramai wanita, pendek kata dia memang seorang yang popular. Bukan sahaja kerana kekacakannya malahan kerana kehebatannya di layar perak.RASFAL HAQEEMI- Seorang pelakon dan pengarah muda yang popular. Semakin dia popular, semakin banyak kontroversi yang menghimpit. Paling tidak disangka-sangka dia dikaitkan dengan hubungan sejenis. OMG!Puas Rasfal Haqeemi menafikan, puas dia cuba menjernihkan suasana tetapi gosip terus melanda. Fikirannya buntu. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan maruah dan kariernya."Saya tak halang pun untuk awak berfikir. Saya tak nak perkahwinan ni jadi disebabkan terpaksa. Saya nak awak rela hati kahwin dengan saya meskipun hanya sementara."CITRA NUR AFILYA- Namanya tidak seindah hidup yang dilalui. Bermacam-macam dugaan harus ditempuhi demi ibu tersayang sehingga mengheretnya ke dalam dilema. Namun, atas dasar pengorbanan demi menyelamatkan ibu yang buta, Citra telah membuat satu keputusan yang paling besar dalam hidupnya. Namun, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tunang tersayang merelakan dia bersama dengan lelaki lain semata-mata demi duit. Tetapi atas dasar pengorbanan, Citra turutkan jua.Tetapi apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan. Lakonan demi lakonan yang diciptakan akhirnya memakan diri. Saat cinta menyapa, rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar. Cinta yang sudah mekar akhirnya layu kembali. Citra pergi untuk menyelamatkan karier Rasfal. Tetapi bagi Rasfal, Citra adalah segala-galanya.Mampukah cinta seorang gadis biasa dan seorang pelakon dan pengarah popular bersatu? Mampukah seorang pengarah terbaik mengarah kisah cintanya sendiri? Atau perpisahan yang akan terus menjadi pilihan mereka.…

Kalau Sungguh Bagai Dikata - Rafina Mimi

Kalau Sungguh Bagai Dikata - Rafina Mimi

90 0 10

KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATAJUMLAH MUKA SURAT 522ISBN 978-967-0657-59-2BLURB:Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu.Secara diam-diam Dinn Dzakir benar-benar tertarik dengan Hanim. Baginya, gadis itu begitu telus dan jujur. Cantik pun cantik, manis pun ya..."Saya tak nak orang lain. Saya cuma nak Hanim saja yang hantarkan minuman saya." - Dinn Dzakir"Setahu saya dalam syarikat ni, tak ada undang-undang pun yang menyatakan Encik Dzakir harus terima layanan daripada saya sorang." - HanimSatu hari, Dinn Dzakir meluahkan rasa hatinya kepada Hanim. Berbagai perkara dilakukan untuk menambat hati si gadis. Kata-kata usikan dan sikapnya yang suka mengambil berat, membuatkan hati si perawan makin tertambat.Jom kahwin - Dinn DzakirEncik Zakir jangan nak mengarut okey? - HanimKahwin perkara serius. Bukannya mengarut - Dinn DzakirHari ni Encik Zakir demam ek - HanimDemam nak kahwin - Dinn DzakirNamun lumrah dunia. Pasti akan ada hati yang tidak senang dengan kemesraan yang terjalin. Hanim sanggup mengundur diri. Walaupun si jejaka kecewa tetapi dia tidak mudah mengalah. Dari jauh, Hanim sering diperhatikan. Susah dan senang gadis itu, selalu diambil berat. Mampukah si jejaka meraih gadis impian walaupun terpaksa bertindak di luar dugaan? Mampukah si gadis menyambut huluran kasih yang tulus itu dengan rela hati?Kalau sudah bagai dikata, hanya untuk Hanim ungkapan cinta...…

13 Ros Merah - April Snow

13 Ros Merah - April Snow

252 0 10

13 ROS MERAHISBN NO 978-967-0657-58-5JUMLAH MUKA SURAT 565Blurb:Mereka berdua dipertemukan dalam suasana yang tidak terduga."Err... cik okey? Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sungguh tak sengaja. Saya betul tak nampak lubang berlopak tu tadi. Minta maaf, cik." - Iq a.k.a Iqram Faysal"Bawak kereta tu tolong pasang mata sama la. Jangan simpan biji mata lu dalam poket. Gua tau la kereta lu kebaboom punyer gempak tapi agak-agaklah kalau nak tayang pun. Ingat gua ni pokok krismas warna coklat aper." - D a.k.a Damia Humaira.Itu pertemuan pertama mereka. Tak romantik langsung. Manis? Jauh sekali. Tapi siapa sangka dari insiden di lopak tepi jalan, cik pipi merah dengan encik mata coklat seksi bertemu lagi di bawah langit Setia Height. Daripada kenalan naik setingkat jadi kawan biasa dan bertukar status kawan baik. Dalam hati Iqram dah bercambah rasa suka tapi tak berani nak kata. Macam mana nak mula? Nak tackle si pipi merah ni macam mana?"13 red roses??? Daily? Kidding haa, man? Ni kerja gila, Fir. Tau tak gila?"Misi 13 Ros Merah nama diberi. Hari-hari kena bagi. Tuan Pengarah Urusan seronok jadi pemerhati, lihat cik pipi merah marah diganggu 13 ros merah saban hari. Tapi sampai bila nak jadi stalker dengan 13 Ros merah je. Bila nak mengaku dah suka gila, angkat tangan, surrender je kat dia.Kalau sungguh cinta, mesti sanggup tempuh apa sahaja. Demi cik pipi merah sanggupkan aje. 10 syarat bukan senang. Ujian getir menanti kerana cintanya bukan murah maharnya. Ustaz Harraz yang muncul bersama pakej lengkap imam yang dicari Damia bisakah menggugat keyakinan Iqram? Onar ciptaan Aisyah yang mencalar maruah seorang Iqram mampukah buat cinta Damia lebur sekelip mata? Tersimpulkah kasih dua insan yang saling ikhlas kasih dan cinta kerana-Nya. Jodoh itu rahsia. Janji-Nya adalah pelengkap cerita. Ternoktah di tiang lohmahfuz. Dua nama bercantum menjadi satu.…

Elusan Kasih - A'je Fazlina

Elusan Kasih - A'je Fazlina

252 0 10

ELUSAN KASIHISBN NO : 978-967-0657-56-1JUMLAH MUKA SURAT 565BLURB:SITI FAZZURA - Hidupnya penuh dengan derita dan sengsara. Hanya kerana menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dicintainya, dirinya kian dipinggirkan keluarga. Hanya disebabkan dia sudah tidak menarik lagi pada pandangan seorang suami dia juga diceraikan. Saat itu Riyadh hadir sebagai penyelamat. Menghulurkan kasih sayang yang tulus hanya untuk kedua-dua anaknya.MOHD RIYADH RIZQULLAH - Dia lelaki sempurna. Bila takdir menemukan dia dengan Aqilah dan Fazmizie, pintu hatinya terbuka untuk sebuah ikatan perkahwinan dengan kekasih hati yang dicintai. Malangnya, tatkala masa itu tiba dia kehilangan. Bahkan dia ditinggalkan tanpa sebarang kata. Saat itulah takdir bagai menyatukan dia dengan Fazzura.Bagi Fazzura dia hanya mahu lelaki ini membenci dirinya. Dia hanya janda yang tidak layak untuk berdampingan dengan jejaka sempurna seperti Riyadh."Aku dah agak... keluarga aku sendiri pun tak nak bela orang gila ni. Kau pulak yang teringin nak bela. Tu pun sebab anak-anak aku je. Kalau tak sebab anak-anak aku ni tak mungkin kau nak dengan aku. Aku ni janda! Cacat! Gila!"- Siti FazzuraKehendak orang tua Fazzura yang ingin dia berkahwin dengan lelaki yang merangkap sepupunya sendiri membuatkan Fazzura kian terluka. Menerima Ammar Haikal sepupunya sendiri umpama menyerahkan diri untuk terluka bagi kali yang kedua. Namun, apa pilihan yang dia ada apabila ibunya kian mendesak.Dapatkah mereka bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan? Mampukah Fazzura memberi hatinya peluang untuk menerima Riyadh. Elusan kasih Riyard tidak pernah putus untuknya. Ikhlaskah? Atau itu hanya atas alasan simpati terhadap dirinya semata-mata?…

Demi Bahagia Ini -Lynn Safiya

Demi Bahagia Ini -Lynn Safiya

568 27 7

DEMI BAHAGIA INIISBN NO : 978-967-06575-5-4JUMLAH MUKA SURAT : 627BLURB:SOFIAH QISTINA, gadis yang dibesarkan dengan segala harta dan kemewahan. Namun dia hanya dahagakan kasih dan sayang papa dan mamanya.Paksaan papa Qistina, Tan Sri Ali Saifuddin, untuk mengahwini lelaki durjana bernama Remy tidak diendahkan demi menjaga maruah serta imannya. Maka dia lebih rela dihalau keluar dari rumah daripada berkahwin dengan Remy. Lantas peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Ian Iskandar tidak mahu dilepaskan. Dia lebih rela menjadi seorang peneman kepada ibu Ian Iskandar walaupun terpaksa meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah ke kota London.IAN ISKANDAR, lelaki berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang serius lagi tegas. Hidup di bawah satu bumbung bersama Qistina membuat hati lelakinya terusik. Buat pertama kali hatinya terbuka ingin memiliki dan dimiliki. Pertama kali jugalah dia merasakan apa itu kasih, sayang, cinta, marah dan cemburu, hanya kerana seorang gadis.Kehidupan Qistina menjadi huru-hara dengan perhatian rapi yang diberikan Ian Iskandar. Sikap lelaki itu yang terlalu ingin memiliki Qistina mengiringi setiap langkahnya. Sifat cemburu Ian Iskandar terhadap hubungannya dengan Dr. Ilyas Khan benar-benar melemaskannya."Will you marry me, Qistina? Apa yang susah sangat nak faham, Qistina? Soalan simple macam tu pun awak tak boleh faham? Straight forward je kan? Takde bahasa kias, takde teka-teki..." - Ian IskandarMampukah Qistina menerima Ian Iskandar setelah apa yang Remy lakukan terhadapnya? Mampukah Ian Iskandar menerima Qistina seadanya? Mampukah mereka pertahankan bahtera cinta mereka apabila mengetahui Remy masih memburu Qistina? Siapa pula Remy?Betapa hebatnya cinta seorang lelaki bernama Ian Iskandar terhadap cinta hatinya. Demi Qistina, Ian Iskandar sanggup melakukan apa sahaja... apa sahaja demi kebahagiaan seorang isteri!…

Bertaut Kasih - Zara Lily

Bertaut Kasih - Zara Lily

343 2 7

BERTAUT KASIHISBN NO 978-967-06575-5-4JUMLAH MUKA SURAT 733BLURB:DHIEYA ARISHA... Gadis yang hampir tercampak ke dalam neraka ciptaan manusia berhati binatang. Namun qada' dan qadar Tuhan, dia diselamatkan oleh seseorang. Namun tidak semudah itu perjalanan sebuah kehidupan. Setiap pertolongan mengharapkan sebuah pembalasan. Tidak mudah lelaki itu untuk melepaskannya. Tetapi itu bukan sebab utama. Ada sesuatu yang istimewa menggugat naluri hati lelaki itu menyebabkan dia nekad. Kerana budi yang ditabur lelaki itu, maruah dirinya masih terpelihara. Tiada pilihan namun dia akur andai itu ketentuan Ilahi."Dhieya tak kisah macam mana abang nak buktikan cinta dan kasih sayang abang pada Dhieya. Sebab... kasih Firdaus dan Dhieya sudah lama bertaut di dalam hati ni... Hati kita... Firdaus... dan Dhieya..." - DhieyaSYED FIRDAUS HAKIMI... Lelaki yang keliru dengan perasaan sendiri. Pada pandang pertama, hatinya tercuit namun ego seorang lelaki mengatasi segala-galanya. Dhieya Arisha diikat hanya demi kepentingan diri dan nama. Namun keperibadian Dhieya Arisha telah mengikat hati Syed Firdaus Hakimi untuk terus mendekati gadis itu. Setiap jalan menuju kebahagiaan pasti akan ada jalan yang berliku."Lelaki ini tetap setia menunggu suri hatinya, meredai isteri kesayangannya dan ingin dia mengetahui yang dia tidak keseorangan, masih ada seorang lelaki ini yang menantinya. Biar berjuta yang menghalang, biar beribu yang menduga tetap takkan merubah hati dan perasaan abang, selamanya jika diizinkan Tuhan." - FirdausBagaimanakah Dhieya Arisha menghadapi sikap Puan Sri Sh. Faridah yang terlalu mementingkan darjat dan harta? Bagaimanakah pula kehadiran Karinna yang menagih janji daripada Syed Firdaus Hakimi? Bagaimana pula dengan Sh. Emilina, sepupu Syed Firdaus Hakimi yang sudah lama mencintai lelaki itu dan juga merupakan calon pilihan ibu Syed Firdaus Hakimi?…

Loket Zinnia - Ayumi Syafiqah

Loket Zinnia - Ayumi Syafiqah

401 0 10

LOKET ZINNIAISBN: 978-967-11741-4-2JUMLAH MUKA SURAT 545BLURP:Dua tahun menyulam cinta bersama Hayyan Rizqi, Zenia cukup bahagia. Apatah lagi apabila buah hati sering ada menemani sepanjang bergelar mahasiswa. Segala kekurangan Zenia diterima Hayyan seikhlas hati. Kasih sayang Hayyan terus mengikat hati Zenia untuk terus jatuh cinta. Janji untuk hidup bersama selepas tamat pengajian dilakar indah berdua, semakin utuh dari hari ke hari."I'm gonna be your husband someday, so don't forget to put my name on the list. Okay?" - Hayyan.Namun, cinta yang disangkakan akan berakhir bahagia, terputus di tengah jalan apabila Azfar muncul dalam hidup Zenia. Pesona Azfar membuatkan hati Zenia tersasar jauh. Bicara dan janji manis lelaki itu menjadikan Zenia lupa siapa yang selama ini menghuni hatinya. Lalu, Hayyan dicurangi dengan tegar. Dia leka dengan cinta yang ditabur Azfar sehingga sanggup menduakan Hayyan yang setia."Saya janji saya takkan sia-siakan awak. Saya boleh bagi lebih daripada apa yang Hayyan pernah bagi pada awak. Percayalah, sayang." - AzfarPada ketika seluruh jiwa dan raga diserahkan kepada lelaki itu, Zenia ditinggalkan bagaikan sampah. Zenia merayu, tetapi Azfar tetap melangkah pergi. Zenia hilang punca. Ingin dipohon kemaafan Hayyan, dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu lagi. Ingin pulang ke pangkuan keluarga, terasa maruahnya hancur dengan cemuhan yang tiada henti. Lantas, ke mana lagi harus dibawa diri yang bagai sudah tiada harganya lagi?Bersama Adam, Zenia belajar membina kehidupannya semula, jauh daripada segala-galanya... sehinggalah takdir membawa Hayyan dalam hidupnya buat kali kedua."Selepas apa yang terjadi, kenapa dia juga yang awak pilih?" - Hayyan."Sebab saya tak mampu nak pilih awak, Hayyan..." - Zenia.Janji yang pernah terlakar, masihkah ada ruang untuk memulakannya sekali lagi?…

Janji Pada-Nya - Fazlyn Ridz

Janji Pada-Nya - Fazlyn Ridz

1,228 16 11

JANJI PADA-NYAISBN NO : 978-967-11741-3-5JUMLAH MUKA SURAT : 898BLURB:Aku dan Estaban bertemu.. namun aku tidak pernah jatuh cinta kepadanya. Sayangnya dia terus menagih perhatianku. Namun dia tidak pernah faham betapa mahalnya perhatian yang hendak kuberikan kepada lelaki persis itu.Estaban kaki perempuan. Kacak... kaya dan juga nakal! Tetapi ada yang menjadi duri dalam jiwaku. Dia tidak percaya kepada Tuhan, tidak suka kepada agama. Rohaninya jauh tersasar. Pedomannya entah ke mana. Lelaki seperti dia tidak layak untuk aku jadikan sandaran. Pantaskah aku memilih lelaki seperti dia?Takdir membawa aku ke dalam kehidupan yang tidak pernah aku bayangkan. Mengahwini lelaki seperti itu bukanlah angan-anganku. Tetapi itulah hakikat yang harus aku tempuhi. Estaban a.k.a. Ariff menjadi suamiku kerana keterlanjurannya sendiri. Memegang pegangan sebagai orang Islam bukanlah kehendaknya.Namun terdayakah aku mengislamkan seorang suami yang cukup angkuh? Mampukah aku menahan gelora di hati tatkala ayah kepada anak-anakku itu semakin jauh daripada batasannya? Termampukah aku menahan Ariff daripada murtad semula?Semuanya tidaklah mudah seperti yang dibayang. Usaha, doa dan tawakkal adalah pegangan setiap hamba-Nya. Akhirnya nanti Tuhan pasti akan menunjukkan jalan untuk mereka. Dia datang bersama maaf, sesal dan taubat. Namun mudahkah jiwa perempuan yang teruk tercalar ini untuk menerimanya semula? Sejauh mana kata-kata itu dapat aku pegang?Mampukah manusia seperti dia menerima hidayah dan taufik daripada Allah?Janji Pada-Nya bukan sekadar kisah cinta. Kisah tentang kehidupan antara dua manusia yang berbilang prinsipnya. Namun Janji Allah... semua yang berlaku itu pasti akan ada akhirnya. Di situlah titik tolak kebahagiaan sedang bermula.…

Setelah Cinta Itu Pergi - East Diani

Setelah Cinta Itu Pergi - East Diani

1,656 18 10

SETELAH CINTA ITU PERGIISBN NO 978-967-11741-2-8JUMLAH MUKA SURAT : 672Blurb:-Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh.Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak editoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?…

Saat Kau Lafazkan - Isma Adeliya

Saat Kau Lafazkan - Isma Adeliya

427 4 10

SAAT KAU LAFAZKANISBN No : 978-967-0657-46-2JUMLAH MUKA SURAT : 720BLURB:Izureen melarikan diri kerana kecewa sahabat karib yang dicintai dalam diam akan bertunang dengan bakal adik ipar kakaknya. Dia bertemu pula dengan Naim Zakaria yang pulang ke kampung dan memulakan perniagaan homestay dan chalet untuk merawat hati yang dicalarkan oleh bekas tunangnya. Persahabatan yang bermula dengan baik bertukar keruh kerana tuduhan melulu Naim. Sudahnya Naim digelar MR ANNOYING."Yes! You are irritating, annoying dan saya rimas dan menyampah sangat-sangat dengan awak!" - Izuren"But I found you interesting." - NaimTapi siapa mampu menebak takdir? MR ANNOYING yang tanpa sedar sudah terpaut hatinya pada Izureen ditakdirkan menjadi suami kepada Izureen. Demi cinta yang ada, Naim berusaha meraih cinta si isteri. Tatkala cintanya dibalas muncul Muaz menagih semula cinta Izureen. Mampukah cinta Izureen dan Naim bertahan?Saat kau lafazkan cinta, aku melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allahu Rabbul Izzati. - NaimSaat kau lafazkan tuduhanmu, kau telah meletakkan aku di tempat yang paling hina. Tempat bagi isteri yang curang adalah neraka. Itukah yang kau mahukan? Neraka untuk aku? - Izureen…

Bunga- bunga Bahagia - Wawa Akil

Bunga- bunga Bahagia - Wawa Akil

337 0 9

BUNGA-BUNGA BAHAGIAISBN No : I 978-967-0657-45-5JUMLAH MUKA SURAT : 592BLURB: Nuha Qalisya serik. Sumpah dia serik untuk bercinta lagi. Tiga tahun dia menyulam cinta namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Percintaannya dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya tidak kesampaian apabila Zariff Adam berlaku curang. Saat itu gelap seluruh hidupnya. Dia mahu bangkit. Itu tekadnya.Namun kehadiran jejaka bernama Akif Irham mengubah segala. Lelaki itu tidak pernah serik walaupun ditolak berkali-kali. Alasannya hanya kerana Akif Irham lebih muda daripadanya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali."Beri saya peluang untuk mengenali Cik Nuha Qalisya. Lelaki tidak semuanya sama. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi tolong jangan hukum saya hanya kerana pengalaman Cik Nuha..."- AKIF IRHAMWalaupun dia sering kali menidakkan kehadiran lelaki itu, namun kehadiran lelaki itu mula menjentik hati."Saya tidak pernah menolak awak malah kehadiran awak merubah 360 darjah kehidupan saya. Awak dah jadikan saya seperti roller coaster"- NUHA QALISYAApabila hati mula berbunga rasa, muncul pula Zariff Adam kembali menagih kasihnya."Saya dah tak boleh terima awak dalam hidup saya. Masa untuk awak sudah tamat..."- NUHA QALISYAPelbagai cara dilakukan lelaki itu untuk merebut semula hati Nuha Qalisya. Rawannya hati mengharungi setiap dugaan. Malah hatinya makin parah apabila Akif Irham ditangkap khalwat.Bagaimanakah kisah cinta tiga segi antara Nuha Qalisya, Akif Irham dan Zariff Adam berakhir? Semuanya terjawab dalam Bunga-Bunga Bahagia.Walaupun serik kerana cintanya kecundang,namun hidupnya perlu diteruskan...…

Mawar- mawar Cinta - Wardina Aisyah

Mawar- mawar Cinta - Wardina Aisyah

488 0 10

MAWAR-MAWAR CINTAISBN No : 978-967-0657-44-8JUMLAH MUKA SURAT : 597BLURB:Zara gadis yang cantik. Tapi cinta sentiasa tidak menyebelahinya. Kegagalan cintanya dengan Ajib membuatkan dia bangkit semula dengan keazaman baru. Hari pertama melangkah dengan azam baru..."Macam mana ni awak memandu?" - Hakimie"Minta maaf la encik. Saya pun bukan suka-suka nak main brek-brek ni.Tapi... yang encik ni tiba-tiba je berhenti kenapa?" - ZaraWalaupun dia yang salah tapi dia tak mahu mengakui kesalahannya. Bencinya dia bila lelaki itu turut berlagak poyo. Wajah hensem pun tak guna kalau bahasa kerek semacam. Dasar keturunan Haji Bakhil, dengan perempuan pun mahu berkira.Setelah seminggu melayan lara, Zara masuk bekerja semula..."... saper pulak yang gantikan tempat si naga betina tu?" - ZaraNamun Zara tak menduga, rupanya lelaki yang dibenci adalah ketua barunya. Bermulalah episod buli antara si ketua dan pekerja.Dalam masa yang sama, Zara sering didatangi tiga kuntum mawar merah. 'Kumbang Jingga'pengirimnya. Siapa dia? Zara sendiri nak tahu. Adakah Pakcik Os, pengawal keselamatan yang tidak sedar usianya ataukah Ajib yang mula tertarik semula dengan penampilan baru Zara yang lebih bergaya.Masa berlalu. Siapa dia untuk menidakkan kata hati. Saat cinta mekar berbunga, hubungan barunya diduga. Zara kecewa lagi. Dengan semangat yang lebih kuat dia mengundur diri. Bagaimanapun, tiga kuntum mawar merah masih terus menemani. Zara teringin bertemu dengan sang Kumbang Jingga yang mencuri hati. Namun, siapakah dia? Zara tak pernah tahu siapa gerangannya si dia di sebalik nama serangga si Kumbang Jingga.…