TQ Kapten! - Qash Irdina

TQ Kapten! - Qash Irdina

14,612 91 10

TAJUK: TQ KAPTEN!PENULIS: QASH IRDINAHARGA : RM 24.00 (SM), RM 27.00 (SS)ISBN NO : 978-967-2185-15-4 BLURB:Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands.Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya', mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya' berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla."Kerja nombor satu. Awak nombor dua."- Kapten Dihya'Amboi, padu betul ayat dia!"Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu."- MikaylaAyat orang tak nak kalah.Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya' angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!"Don't you dare challenge me, Dihya'. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern." - Mikayla"Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga."- Kapten Dihya'Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya' tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa itu akhirnya?…

Mencari Jalan Pulang - Farah Adibah

Mencari Jalan Pulang - Farah Adibah

255 0 10

TAJUK: MENCARI JALAN PULANGPENULIS: FARAH ADIBAHHARGA : RM 25.00 (SM), RM 28.00 (SS)ISBN NO : 978-967-2185-14-7BLURB:Hana Suziela... Dia dibesarkan dengan kemewahan, namun serba-serbi kekurangan; kurang sifat kasih sayang dan asas hubungan sesama insan. Arah tujunya penuh dosa dan noda, paksinya dibelenggu dengan hawa nafsu. Kebahagiaan yang dicari tidak pernah abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan kewujudannya di atas muka bumi. Namun dia tetap beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di sekelilingnya."Zie... kau selalu cakap dengan aku, untuk apa kita hidup atas dunia ni kalau tak ada tujuan... Kau ikutlah aku, Zie..." - Mia.Takdir juga telah mempertemukan dia dengan Uzai tatkala dia sedang lemas dalam putus asa dan kekecewaan. Kemunculan lelaki itu telah memberikan seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya hakikat hidup yang sebenar."Kenapa dalam dunia ni ada kesusahan? Kalau Tuhan sayangkan manusia, Dia takkan biarkan kita ditimpa musibah, kan?" - Suzie"Allah turunkan musibah tu sebagai satu bentuk ujian, untuk test siapa antara kita ni yang paling setia bergantung kepada Dia apabila ditimpa kesusahan." - Uzai"Awak tak rasa kejam ke Tuhan buat macam tu? Dia buat kita rasa susah semata-mata untuk uji kesetiaan kita." - SuzieAkhirnya, kebahagiaan yang hakiki telah pun dijumpai, dan dia bertekad tidak mahu berpaling lagi. Namun begitu, pelangi yang disangka dapat bertahan lama, habis lenyap pergi. Saat bahagia yang dinanti, dia diberi ujian sehinggakan kepercayaan yang dipegang tergugat dek kecewa hati."Kau tahu sebab apa aku jadi macam ni? Tahu sebab apa??? Sebab Tuhan tu tak pernah adil!!! Dia tak pernah adil!!! Dia kejam! Kejammmm!!!" - SuzieKisah ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan antara dua jiwa, malah yang utama kisah ini tentang pertemuan seorang hamba dengan Tuhannya, kisah tentang manusia yang lemas dalam tipu daya dunia, dan kisah tentang hati yang ingin pulang kepada Penciptanya.…

Mencintaimu Selamanya - Azieana

Mencintaimu Selamanya - Azieana

975 23 11

TAJUK: MENCINTAIMU SELAMANYAPENULIS: AZIEANAHARGA : RM 27.00 (SM), RM 30.00 (SS)ISBN NO : 978-967-2185-13-0BLURB:Kedatangan Aira ke Kuala Lumpur demi mengelakkan dirinya menjadi mangsa Lajis. Sekali gus mencari siapa sebenar ibu bapanya. Namun bukan itu yang berlaku apabila tiba-tiba dia didesak oleh Amar."Kau tahu tak yang kau ni masih ada hutang dengan aku!" - Amar"Hutang? Hutang apa pulak ni? Saya ni kenal encik pun tidak, apa yang saya hutang?" - Aira."Apa kata kau tak payah bayar." -Amar."Hai, tiba-tiba baik hati pulak! Dah tersampuk jin tanah ke?"- Aira."Memang tak payah bayar tapi kau kena terima syarat aku!" - Amar.Apa syarat Amar? Aira kena kahwin dengan dia.Perkahwinan antara mereka berlangsung biarpun tanpa kerelaan Datin Noraidah yang sudah mempunyai calon menantu menggantikan Tasya yang telah memutuskan pertunangannya dengan Amar. Namun Amar tetap mahukan Aira dan mengaku yang dia sukakan Aira.Datin Noraidah yang tidak berpuas hati melihat kebahagiaan Amar dan Aira sentiasa mencari peluang untuk merosakkan kebahagiaan itu sehingga terjadinya satu tragedi."Kau betul-betul nak aku lepaskan kau?"-Amar."Ya, serius. Saya betul-betul minta dilepaskan. Kalau Encik Amar seorang lelaki yang betul-betul berhemah, encik akan tunaikan permintaan ni kecuali..." - Aira."Kecuali apa?" - Amar."Kecuali encik seorang lelaki pengecut!" - Aira .Apakah Amar sanggup menunaikan permintaan itu atau tetap berkeras mahu perkahwinan mereka diteruskan? Bagaimana pula impian Aira untuk bertemu dengan ibu bapa kandungnya? Tercapaikah hasrat itu atau terus terkubur tanpa nisan? Dan apa pula reaksi Amar apabila Tasya muncul semula menagih cinta?…

Chinta Airis - Eefa Azwany

Chinta Airis - Eefa Azwany

172 0 10

TAJUK: CHINTA AIRISPENULIS: EEFA AZWANYHARGA : RM 27.00 (SM), RM 30.00 (SS)ISBN NO : 978-967-2185-12-3BLURB:Chinta Airis... Dia tidak dapat menerima perceraian antara Khalil dengan Melissa. Dia kecewa. Dia bukan sekadar kehilangan ibunya, malah abangnya juga. Oleh itu perkahwinan kali kedua Khalil dengan Marina juga tidak direstuinya. Baginya, Marinalah penyebab keruntuhan rumah tangga kedua ibu bapanya. Namun bagi Khalil ada satu rahsia yang tidak mampu dia ungkapkan kepada Airis.Luaran nampak keras sedangkan dalaman Airis rapuh. Dia terus berlagak tabah tetapi sesekali dia rebah juga apabila kerinduan terhadap ibu dan abangnya bertandang. Kehadiran Dani, kawan baiknya yang sentiasa ada sedikit sebanyak telah menceriakan hidup Airis.10 tahun terpisah, takdir telah menemukan dia kembali dengan ibu dan abangnya. Namun kebahagiaan yang dikecap tidak bertahan lama. Khalil telah mengeluarkan arahan agar dia menjauhi Melissa.Kemunculan Reeza sebagai calon suami membuatkan Airis semakin memprotes aturan papanya."I jatuh cinta saat pertama kali I tengok gambar you. Entah, I pun tak tahu nak cakap macam mana, tapi itulah yang I rasa. Jantung I rasa macam tak stabil tiba-tiba. Berdegup kuat sangat..." - ReezaDan kehadiran Fareez, teman sepermainannya benar-benar membuatkan dadanya bergetar kuat. Rasa apakah itu? Dia keliru."Kalau saya cakap yang saya dah jatuh hati pada awak, agak-agak apa reaksi awak?" - FareezLain pula bagi Dani, Reeza dan Fareez dianggap lawan dalam diam."Aku cintakan kau. Dah lama aku ada perasaan ni, tapi aku takut nak beritahu. Aku takut kau tolak dan jauhkan diri daripada aku kalau kau tahu perasaan aku ni." - DaniSatu per satu masalah menimpa membuatkan hidup Airis semakin huru-hara. Dan bagaimanakah dia menguruskan hatinya apabila ketiga-tiga jejaka mula meluahkan perasaan cinta? Dan siapakah yang berjaya merebut hati Chinta Airis? Apakah rahsia di sebalik perceraian kedua ibu bapanya?…

Mr. & Mrs. Liar - Fazlyn Ridz

Mr. & Mrs. Liar - Fazlyn Ridz

952 6 11

TAJUK: MR. & MRS. LIARPENULIS: FAZLYN RIDZISBN NO: 978-967-2185-09-3HARGA: RM 27.00(SM), RM30.00(SS)Oleh sebab cintanya kepada Hani terkandas kerana Kamil, Putra menyepi sekian lama tanpa didampingi wanita. Sehinggalah dia bertemu dengan Tania, adik angkat a.k.a. sepupu kepada Kamil yang pernah menjadi racun dalam hubungan cintanya dahulu. Lalu dia mendapatkan gadis itu dengan tipu daya.Anehnya, kerap kali lelaki menipu wanita untuk mengecewakan. Ironinya Putra menggunakan penipuan untuk mengikat Tania kepadanya. Watak lelaki jahat terus dimainkan untuk melihat sejauh mana tipu daya Tania kepadanya pula. Walaupun tahu Tania berpura-pura, dia nekad mahu memiliki gadis itu biarpun tanpa restu bapanya. Ada sebabnya!"Bukan you yang jahat. I yang jahat selama ni." - Tania"Give me the knife, baby. I tak marah. I tak sengaja, sayang." - PutraTania pernah melalui kisah hitam menderita penyakit PTSD. Sakit yang turut didorong oleh didikan Puan Sri Karmila, ibu Kamil. Memori bapa kandung membunuh ibu kandungnya bukan mudah untuk dipadamkan. Tetapi menjalani hidup bersama Putra, hidup Tania berubah. Dia bahagia!'I'm going to take shower. If you play with my underwear again, you aren't getting any of my pancakes for breakfast. I'm serious, Putra. It wasn't funny! '- Tania"Manalah I tahu. Itu tak macam seluar dalam pun. Selalunya seluar dalam you... err. Apa namanya tu?" - PutraHidup sebagai suami isteri telah menggembirakan Tania. Tetapi ada yang belum selesai. Hani muncul dalam hidup Putra bersama Daniel. Daniel, anak kandung Hani membuka rahsia besar tentang Kamil dan Putra. Apakah rahsia itu?Rentetan kisah lalu orang lain, mereka berempat yang mengutip hasilnya. Duka! Sengketa demi sengketa membuatkan mereka terpaksa berpaut kuat antara satu sama lain agar tidak terpisah.Mr. & Mrs. Liar... mereka tenggelam di celahan tipu daya. Bersama-sama mereka berusaha melepasi ranjaunya!…

Takrut & Stesen Terakhir - Maria Kajiwa

Takrut & Stesen Terakhir - Maria Kajiwa

282 0 11

TAJUK: TAKRUT & STESEN TERAKHIRPENULIS: MARIA KAJIWAISBN NO: 978-967-2185-11-6HARGA: RM 28.00(SM), RM31.00(SS)Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri.Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak."Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?" - Wafiq"Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?" - HamidApakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut?KAPSYEN:Tangkal pemusnah ribuan nyawaTAJUK: STESEN TERAKHIRBLURB:Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta.Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang."Air yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun lalu hal ini tak berlaku." - Pak Ismail.Pak Ismail dan anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen kereta api tersebut?KAPSYEN:Mereka tidak pernah pergi…

Kembalikan Merah Cintaku - Tulip Ungu

Kembalikan Merah Cintaku - Tulip Ungu

1,737 30 11

TAJUK: KEMBALIKAN MERAH CINTAKUPENULIS: TULIP UNGUISBN NO: 978-967-2185-08-6HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:Demi lari daripada kerakusan abang kandung sendiri dan marahnya kepada bekaskekasihnya Harraz, Ava membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan Haydar; lelakiyang pada pemerhatian awalnya merupakan lelaki stok baik yang naif."You tahu tak yang you ni jenis yang limited edition. Tak ramai yang macam you. Susah nakambil kesempatan dengan perempuan macam I. Kiranya you ni spesies lelaki baik." - Ava"Baik? Lepas kahwin nanti saya tunjukkan bagaimana 'baik'nya saya." - HaydarTetapi semakin lama mengenali Haydar, Haydar tidaklah sesuci yang dia sangka. Lelakiyang dia sangka baik itu, ada juga 'bahaya'nya."You ni kurang hormon testosteron ke, tiba-tiba saja layan I macam ni. Seingat I, masa kalipertama jumpa, tak adalah perangai you macam ni, gentleman aje." - Ava"Nak test hormon saya?" - HaydarPerkahwinan tanpa paksaan, hari demi hari Ava semakin lemas dalam lautan cinta Haydar.Kedua-duanya saling menyimpan rindu, cinta dan sayang dalam hati masing-masing."Kotor betul otak lelaki ni." - Ava"Awak jadi Anastasia Steele, saya jadi Cristian Grey."Haydar kembali menyemarakkan merahnya cinta Ava namun kasih sayang mereka diujiapabila masa silam Haydar bersama Daisy kembali menghantui. Daisy yang nekad untukmendapatkan kembali Haydar telah merencana rancangan untuk memastikan Haydarkembali kepadanya."Andy nak jumpa papa?" - Daisy"Papa? Kan mummy kata papa dah tak ada, dah meninggal." - AndrianDan Ava pula menjadi buruan Khairy, abang kandungnya dan juga Harraz, bekaskekasihnya. Pelbagai cara digunakan Khairy dan Harraz untuk menjatuhkan Haydar,seterusnya mendapatkan Ava."Lepas ni aku boleh fokus nak dapatkan Ava pulak." - Haydar"Apa kata kita share?" - KhairyNamun bisakah cinta Ava dan Haydar berdiri kukuh? Mampukah Haydar menjadi lelaki yangmengembalikan merahnya cinta Ava?…

Dear Husband-To-Be - Lynn Safiya

Dear Husband-To-Be - Lynn Safiya

1,481 6 11

TAJUK: DEAR HUSBAND-TO-BEPENULIS: LYNN SAFIYAISBN NO: 978-967-2185-09-3HARGA: RM 27.00(SM), RM30.00(SS)Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya.Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan?Kahwin dengan Aidan? Memang taklah! Aidan itu abangnya. Takkan bisa dia melihat Aidan daripada kaca mata selain seorang adik. Dia geli, dia jijik mahu menganggap Aidan sebagai suaminya. Namun, janji tetap janji. Deja tidak sanggup menghampakan harapan papa yang telah banyak berbudi kepada dirinya.Atas sebab cemburu, ada yang dengki pada tuah Deja, terutamanya hubungan rapatnya dengan abang-abang angkatnya sendiri. Yang rapat mahu dijauhkan, dan yang mesra mahu direnggangkan. Rina takkan senang selagi hubungan Deja dengan Irfan tidak dipecahbelahkan.Sikap Deja yang terlalu berdendam pada keluarga sedarah sendiri juga, akhirnya membuat Aidan lelah. Hubungan mereka sekeluarga yang dulunya amat rapat, kini berantakan.Satu demi satu, Deja ditimpa ujian yang maha hebat. Mampukah Deja bahagia bersuamikan Aidan, abang angkatnya sendiri? Bisakah hubungan yang sudah punah disatukan kembali? Mengapa Rina terlalu cemburu akan Deja? Apa motifnya mahu merampas kebahagiaan Deja?…

Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin

Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin

9,154 209 10

TAJUK: TUKANG MASAK CIK MAFIAPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-2185-07-9HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:"Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!" - Orked AdeliaPertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan.Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu.Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah."Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami." - Orked Adelia"Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?"- Syed HaidarRumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya.Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya?"Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia." - Syed Haidar…

Kahwin Paksa Ke ? - Yumi Hyra

Kahwin Paksa Ke ? - Yumi Hyra

9,116 152 11

TAJUK: KAHWIN PAKSA KE ?PENULIS: YUMI HYRAISBN NO: 978-967-2185-06-2HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever AfterItu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan denganjalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak.Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian!Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapanmata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyoa.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi sukapula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya."Nak pergi mana?" - Ariq"Pergi ke hati awak." - DianBagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnyamenghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi... kalau sudah berjodoh memangtakkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkanmereka bersatu juga akhirnya."Saya kena bagi early disclaimer dekat awak sebab bila awak berkahwin dengan saya, sayaakan paksa awak sampai awak jatuh cinta ..." - DianJalan cerita kahwin paksa versi Dian yang kononnya sudah tamat bermula semula. Dia mulamerancang untuk menawan hati si apek poyo sampai jatuh cinta. Namun, tanpa sedar adahati yang terluka dan cemburu. Baru sahaja mereka mahu merasai 'happily ever after',datang pula pelbagai dugaan dan cabaran."Awak sebenarnya kesian dekat saya kan? Sebab saya ni yang macam terhegeh-hegehsangat dekat awak sedangkan awak sebenarnya tak ada perasaan pun dekat saya." - Dian"Kenapalah you selalu lupa yang I memang sayangkan you, cintakan you?" - AriqMasihkah ada peluang untuk Dian menjadikan kahwin paksanya dengan Ariq sebagai kahwinpaksa yang luar biasa? Atau formula yang sebenarnya ialah Ariq + Dian = Memang KahwinPaksa…

Mungkinkah Dia - Theya Nur

Mungkinkah Dia - Theya Nur

711 17 10

TAJUK: MUNGKINKAH DIAPENULIS: THEYA NURISBN NO: 978-967-0907-79-6HARGA: RM 26.00(SM), RM29.00(SS)BLURB:Penangguhan majlis pernikahan yang dipinta oleh tunangnya telah mengikat Haziq Asyraf dengan Nur Ayla Khalish. Perjanjian antara Puan Suria dan Datin Suhaila telah menguatkan sebab untuk menyatukan kedua-duanya.Demi menghormati perjanjian yang telah dibuat oleh ibunya, Ayla menerima takdir yang ditentukan walaupun dia terpaksa bernikah dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali. Fikirnya segalanya akan baik-baik sahaja. Namun di awal perkahwinannya, Ayla dihidangkan dengan kebenaran yang memeritkan. Kecuaiannya telah merantai kakinya dalam mahligai tanpa cinta itu.Terkesan dengan kesabaran Ayla melayannya, perlahan-lahan hati Haziq terbuka untuk menerima gadis itu. Namun, kerana ada dendam yang perlu dilunaskan, Haziq memilih untuk mengabaikan perasaan cinta yang baru berputik. Hidup Ayla diperkotak-katikkan tanpa belas ihsan. Ketabahan Ayla benar-benar teruji apabila Haziq memilih untuk menikahi Farah.Kejadian demi kejadian yang berlaku, hati Ayla parah. Dia memutuskan untuk pergi. Sungguh, dia menyesali pernikahannya dengan Haziq.Luka hati Ayla terlalu dalam sehingga Haziq sendiri mati akal mahu mengubatinya. Dia tahu segala yang berlaku itu salahnya. Silapnya kerana terlalu menurut perasaan dendam. Sudah terlambatkah Haziq untuk mendapatkan sebuah kemaafan daripada Ayla? Mahukah Ayla menerima Haziq semula setelah apa yang berlaku? Mungkinkah rasa dendam dapat dihapuskan dengan perasaan cinta yang masih mekar dalam jiwa?…

Polaroid - Jen NJ

Polaroid - Jen NJ

352 3 10

TAJUK: POLAROIDPENULIS: JEN NJISBN NO: 978-967-0907-78-9HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS)BLURB:Tiara gadis yang agresif tentang apa yang dia tidak suka dan selalu melakukan apa saja mengikut kehendak hati sendiri. Kehadiran Tania menggugatnya. Gadis itu mempunyai raut wajah yang seiras dengannya. Kecemerlangan Tiara dalam pelajaran juga dirampas oleh Tania. Sejak itu, dia sangat membenci Tania dan suka menyakitkan hati gadis itu. Lelaki yang bernama Zafril yang merupakan pensyarah mereka juga turut terpalit sama dengan perasaan benci Tiara. Hanya satu sebab; Zafril merupakan abang Tania.Zafril mengenali Tiara sebagai seorang perempuan yang sosial. Dia tidak pernah kisah akan kehadiran gadis itu. Sehinggalah, dia betul-betul berhadapan dengan Tiara untuk menyampaikan amanah Tania. Tanpa Zafril sedar, itu adalah pertemuan terakhir mereka sehinggalah Tiara muncul di depannya dengan sesuatu yang tidak diduga. Sejak itu, semuanya menjadi lain."Ara... manusia memang boleh berubah. Tapi jangan berubah kerana saya dan Nia. Kami bukan sesiapa pun pada awak. Kenangan yang saya ada dengan arwah Nia, takkan pernah sama dengan apa yang pernah ada dalam kisah kita untuk dijadikan kenangan. Awak takkan dapat gantikan tempat dia." - ZafrilKehilangan Tania dan Zafril selepas satu kejadian membuatkan Tiara seperti tidak keruan. Hatinya memberontak dengan perasaan sendiri. Sepayah apa pun dia cuba membuang rasa, perasaan itu terus mengejar. Sehingga dia sendiri tidak sedar bahawa dia mencintai lelaki yang pernah dia benci. Kemunculan seorang wanita yang diperkenalkan sebagai teman wanita Zafril membuatkan hidup Tiara huru-hara. Dia nekad. Apa pun, Zafril perlu menjadi miliknya. Persoalannya, apakah Zafril juga mempunyai rasa yang sama sepertinya?"Kalau abang cakap Ara tak lawa maksudnya abang cakap Nia pun macam tu. Dan abang pun ada iras dengan kita orang juga. Entah-entah Ara yang jadi jodoh abang. Bukan Kak Felly." - Tiara…

Calon Untuk Pengantin - Azieana

Calon Untuk Pengantin - Azieana

2,303 24 10

TAJUK: CALON UNTUK PENGANTINPENULIS: AZIEANAISBN NO: 978-967-0907-77-2HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS)BLURB:IDHAM yang kecewa dan marah dengan keputusan Atikah untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka membuatkan Idham mengambil keputusan untuk membatalkan ikatan pertunangan. Dia nekad akan meneruskan majlis perkahwinannya biarpun tidak diketahui siapakah bakal calon pengantinnya nanti.Desakan Datin Suhani untuk menerima gadis pilihannya telah membuatkan Idham memilih NURUL sebagai calon pengantinnya. Malah, Idham sanggup bertemu dengan orang tua Nurul untuk menyampai hajatnya itu.Persetujuan orang tuanya membuatkan Nurul tiada pilihan walaupun dia tahu dia akan mempertaruhkan masa depannya. Nurul reda dengan takdirnya, namun majlis perkahwinan mereka dikejutkan dengan kemunculan Atikah. Malah lebih mengejutkan apabila Atikah tetap merayu Idham untuk kembali kepadanya. Bagaimanapun Idham bertegas menolak Atikah walaupun dia tidak yakin bahawa hubungannya dengan Nurul akan berjaya.Di awal perkahwinan, hubungan Idham dan Nurul hambar. Namun, lama-kelamaan hati Idham makin tertawan. Bagi Nurul pula, dia tidak kisah bagaimana layanan Idham kerana dia percaya Idham mengahwininya kerana lelaki itu mahu menjunjung egonya.Atikah tetap muncul dan cuba mendapatkan Idham semula menyebabkan hubungan Idham dan Nurul sering ada pasang surutnya. Ditambah pula kewujudan Kasyaf yang menjadi senjata untuk Atikah memporak-perandakan rumah tangga Idham dan Nurul."Sayang, abang nak ingatkan sayang yang abang dengan Atikah dah tak ada sebarang hubungan lagi. Hubungan kami dah putus. Dia bukan tunang abang lagi bila abang dah kahwin dengan sayang." -Idham.Bolehkah Idham dan Nurul melayari hidup bahagia mereka tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang mahukan kehidupan mereka musnah? Siapakah musuh sebenar Idham?…

Cinta Mamat Sandwich - Arsya Aisya

Cinta Mamat Sandwich - Arsya Aisya

719 14 10

TAJUK: CINTA MAMAT SANDWICHPENULIS: ARSYA AISYAISBN NO: 978-967-0907-76-5HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS)BLURB:Adif Arman lelaki yang tidak mempercayai cinta memilih kehidupan yang sederhana. Tiada yang istimewa dalam hidupnya sehinggalah hadir seorang gadis cantik, seksi dan menggoda. Tanpa sebarang isyarat gadis itu mula menghuru-harakan hidupnya.Setiap tingkah Adhia Adamia menyakitkan mata dan hatinya. Tapi lebih menyakitkan apabila melihat si gadis bersama jejaka lain. Kerana berpegang pada kriteria calon pilihan bukanlah si seksi, maka sedayanya dia menolak. Namun kisah mereka seperti magnet. Makin ditolak menjauh, semakin mendekat.Bagai janji sudah terpateri di lohmahfuz, kerana ingin melindungi Adhia, Adif memutuskan untuk menikahi gadis itu. Perhubungan jika dilandaskan ego pasti perjalanannya sukar. Cemburu membelenggu. Kasih yang hadir cuba diketepikan. Hingga akhirnya mereka diuji lagi.Kehadiran Azril membuka lompong pada perhubungan mereka. Menghadirkan rasa curiga dalam hati Adif.Bagi seorang isteri, Adhia tidak mengharapkan kata cinta daripada seorang suami, tapi hanyalah sebuah kepercayaan. Namun mahal harga untuk sebuah kepercayaan itu.Saat kata hinaan dilemparkan, dia mahu teguh di sisi suaminya tapi hatinya bukanlah seteguh gunung Uhud. Walaupun dia mencuba, masih terasa sakit. Akhirnya dia memutuskan untuk mengundur diri.Bagaimanakah akhirnya hubungan mereka? Mampukah Adif membina kepercayaan atas kesetiaan Adhia? Masihkah ego menjadi benteng kasih yang sudah mekar?…

Mama Ekspres - Cici Aida

Mama Ekspres - Cici Aida

1,996 13 10

TAJUK: MAMA EKSPRESPENULIS: CICI AIDAISBN NO: 978-967-0907-75-8HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)BLURB:Duda pemalu, mudah melatah; dialah Dini Al-Farid. Ada pula anak bijak dan petah seperti Dafi Wirdad, baginya hidup sudah cukup sempurna. Akan tetapi, apabila si anak tiba-tiba buat permintaan mengejut..."Carikan mama untuk Dafi. Nanti papa ada kawan gaduh-gaduh bila Dafi pergi tuisyen." - DafiPermintaan si anak buat hati Dini jadi kecut. Bila makin diam, makin merayu pula si anak. Dapat pula kawan baik seperti Ryzal yang suka menyakat."Kau dah sunat ke belum?" - RyzalApa lagi, terjegil besar mata Dini untuk soalan tak masuk akal begitu. Bercakap senang, tapi agak susah pada Dini bila mahu mencari siapa yang layak menjadi pengganti. Sebaliknya mudah pada Sharifah Al-Zaherah, apabila calon menantu sudah dipilih. Nak menunggu Dini mencari, memang dia tak akan merasa dapat cucu ramai."Kalau tak cukup seksi, umi boleh carikan yang lebih seksi dari tu. Yang pakai bikini saja pun umi boleh dapatkan."- SharifahTerbuntang lagi mata Dini dengar. Tambahan pula, bila calon isteri pilihan umi muda dan cantik."Eh, tak boleh!... Kiki muda lagi, saya ni dah tua, duda pula tu... Lagipun saya ni ada penyakit sawan malam-malam. Tak selera Kiki nak dekat dengan saya nanti."- DiniNak mengelak kena kahwin, itu sajalah alasan Dini. Ingatkan mudah, tetapi makin susah apabila Dini sudah terjatuh hati pada orang lain. Dan atas keinginan hati, memandai-mandai saja dia buat keputusan sendiri pergi meminang anak dara orang."Apa royaltinya kalau saya kahwin dengan awak?"- FelisyMemang luruh jantung Dini bila dengar soalan begitu. Masalahnya, Felisy teman wanita adiknya sendiri. Manalah dia tahu!"Abang sepatutnya lebih tahu siapa yang perlukan Felisy!"- KhalishSanggup ke Dini digelar perampas? Antara Kiki dan Felisy, siapakah yang patut dipilih? Kasih dan kekasih, dua-dua penting pada Dini. Demi sebuah keikhlasan, pasti kebahagiaan mengiringi.…

Lakaran Hati - Izma Qahiera

Lakaran Hati - Izma Qahiera

230 10 10

TAJUK: LAKARAN HATIPENULIS: IZMA QAHIERAISBN NO: 978-967-0907-74-1HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS)BLURB:"Ada ke tak?" - Izan"Ada apa?" - Dina"Boyfriend. Ada tak?" - Izan"Tak ada. Jangan risau. Kalau ada yang cuba tackle saya, encik orang pertama yang akan saya beritahu." - DinaIzan tak terkesan langsung dengan gurauan itu. Dia bukan nak menggatal. Tapi itu memang soalan wajib untuk setiap pekerja baharu di tempatnya. Semuanya demi kelancaran kerja-kerja yang bakal dibuat nanti. Tapi..."Kau okey tak ni?" - Izan"Temankan saya balik kampung. Boleh tak Abang Izan?" - DinaDina terpaksa. Namun Izan menganggap itu satu kebetulan yang amat menggembirakan hatinya. Namun ketika ingin meluahkan rasa..."Dina janji ya. Tolong jaga anak-anak akak." - Fida"Kak Fida cakap apa ni?" - Dina"Akak nak pulangkan Abang Nazri pada Dina. Terima kasih sebab bagi akak peluang untuk bersama dengan dia." - FidaHajat Izan tidak kesampaian. Hasrat murninya hanya mampu disimpan kemas dalam jiwa. Hanya lakaran-lakaran hati yang dia ada untuk mengubat kerinduan yang tidak bertepi. Mungkinkah bahagia yang dia impikan hanya mampu dilakar?…

Mazrik's Signorina - Aiza Qriselda (AQ)

Mazrik's Signorina - Aiza Qriselda (AQ)

209 12 11

TAJUK: MAZRIK'S SIGNORINAPENULIS: AIZA QRISELDA (AQ)ISBN NO: 978-967-0907-73-4HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)BLURB:Kata Mazrik, dia ada lima orang adik. Kata Tia, sebab Mazrik tua lima tahun daripadanya, macam tidak beradab pula jika dia terus panggil lelaki itu dengan nama. Jadi mereka declare, MAZRIK adalah 'abang' dan TIA CLARISSA adalah 'adik'.Baik Mazrik mahupun Tia, masing-masing mengetahui yang mereka telah dimiliki. Mazrik, milik tunangannya sejak tiga tahun lalu manakala Tia, setia kepada Am yang sekejap ada sekejap tiada."Kak Suria sihat, abang?" - Tia"Am bagi birthday present apa pada adik?" - MazrikKarakter Mazrik yang cool dan matang menyebabkan Tia selesa jadi diri sendiri tanpa perlu kontrol ayu. Di matanya, Mazrik bukan Am yang dia perlu berkelakuan sempurna. Mazrik adalah abangnya yang sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan setiap adik-adiknya."Kalaulah kita berjumpa lebih awal..." - Mazrik"Abang bila nak kahwin dengan Kak Suria? Jangan lupa jemput tau!" - TiaSaat ada hati yang berubah, ada jiwa yang rasa terperangkap. Satu pihak cuba meluahkan, satu pihak berkeras menafikan. Bagi Tia, Suria terlalu baik untuk dikhianati dan dilukai. Jadi apabila Mazrik meletakkan syarat, dia sedaya upaya memenuhinya, asalkan pernikahan Mazrik dan Suria diteruskan. Ditegarkan hati menerima ketentuan Ilahi, namun mengapa mesti lelaki yang bernama Mazrik Hakimuddin muncul saat jari manisnya tersarung cincin milik Amir Hamzah?"Tia." - Mazrik"Adiklah!" - Tia"Tia." - Mazrik"Rissa then." - Tia"Tia." - Mazrik"Orang lain semua panggil Rissa tahu tak?" - Tia"Abang bukan orang lain, abang adalah abang. So, kalau nak abang maafkan Tia, T-I-A, Tia. Titik kekal." - Mazrik"Uffftttt! Abang memang gila!"- TiaMazrik nekad. Kali ini, dia takkan mengalah. Tia Clarissa bukan lagi adiknya. Sebaliknya Tia Clarissa adalah Tia, gadis dalam hatinya.…

Kunci Hati Hanim - Jaja Ahmad

Kunci Hati Hanim - Jaja Ahmad

980 29 10

TAJUK: KUNCI HATI HANIMPENULIS: JAJA AHMADISBN NO: 978-967-0907-72-7HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)BLURB:"We're connected not physically, but emotionally." - IzzatHanya kerana bait ayat itu, IZZAT tegar melamar HANIM untuk dijadikan isterinya. Namun bukan semudah itu untuk seorang Hanim menerima lelaki yang baru dikenali."Beri saya peluang Hanim." - Izzat"Peluang apa?" - Hanim"Peluang untuk jaga awak." - Izzat"Macam mana saya nak beri awak peluang sedangkan peluang itu tidak pernah wujud pun?" - Hanim"Hanim..." - IzzatHanim yang kecewa... Hanim yang terluka... bukan hanya dalam kisah cinta, tetapi dalam kisah kehidupannya juga. Pelbagai kisah sedih terpaksa Hanim hadapi, tetapi Izzat tetap menghampiri dan menawarkan diri untuk melindungi."Ya, saya dah jelas tentang status awak. Tapi itu tidak bermakna yang saya sudah lupakan niat saya itu, Hanim. Saya masih nak jadikan awak isteri saya." - Izzat"Tapi kenapa saya?" - Hanim"Tolong jangan tanya kenapa lagi Hanim." - IzzatIzzatlah suami, Izzatlah sahabat. Izzatlah kekasih, Izzat jugalah penasihat. Izzat telah merubah segalanya. Kisah cinta Hanim kembali berwarna. Tetapi mampukah kisah kehidupannya turut berwarna-warni seperti kisah cintanya? Ataukah akan kekal kelam sehingga akhir usia?"Walau apa pun yang terjadi, walau siapa pun saya di mata awak, saya akan tetap di sini, sentiasa menanti awak kembali semula ke dalam dakapan saya." - Izzat…

Cinta Zara - Aein Dhiyauddin

Cinta Zara - Aein Dhiyauddin

2,629 56 10

TAJUK: CINTA ZARAPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-0907-71-0HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS)BLURB:Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga."Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!"- Zara AuliaEnggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara."Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya." - Daniel HadeeBerkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya.Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?…

Impian Kasih - Anis Ashikali

Impian Kasih - Anis Ashikali

625 5 10

TAJUK: IMPIAN KASIHPENULIS: ANIS ASHIKALIISBN NO: 978-967-0907-70-3HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)BLURB:NUR IDDYA MELISSA... Sungai Melaka yang gah menjadi tempat pilihannya untuk membunuh diri. Dia terlalu kecewa dengan cinta. Namun ada yang prihatin akan keselamatannya.UMAR IZDHAM SYAH... Gadis seiras Zooey Deschanel itu menjadikan dia sanggup merentasi gunung bersalji. Sejak pertemuan pertama yang tidak manis itu, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandinya juga tak basah. Sikap dingin dan beku Melissa tidak pernah mematahkan semangatnya."Awak nak apa sebenarnya ni Izdham? Saya rimaslah macam ni." - Melissa"Saya nak awak. Kita kahwin jom?" - IzdhamSaat huluran kasih Izdham Syah ingin bertaut, Melissa menepis sehabis usaha, serik maruah dan keluarganya dihina.Berkali-kali Izdham mencuba. Namun tika hatinya yakin cinta gadis itu miliknya, dia diduga. Sangkanya Melisa berpaling pada memori silam. Tapi sebenarnya dia yang tersalah sangka."Okay, kalau awak tak suruh saya datang... saya baliklah. Jangan lupa, datang majlis saya ya!"Potongan apple caramel membentuk perkataan "Its you, I want!" yang dihiasi dengan bermacam jenis gula, coklat dan kacang di dalam bakul memberi jawapan pada cintanya. Bahagia... namun, ikatan perkahwinan yang dimeterai hampir karam angkara Wan Zamilah. Nyawa isterinya pula menjadi taruhan. Saat dia tersedar daripada kekhilafan, isterinya pula hilang ingatan. Menjadi pesakit Anterograde Amnesia dan Retrograde Amnesia, bukan suatu yang mudah untuk Iddya Melissa mahupun Izdham Syah.Antara realiti dan angan-angan cinta, mampukah mereka bertemu semula di garisan memori demi menggapai bahagia yang hakiki? Rumah tangga yang dibina seindah warna syurga... mampukah dipertahankan sehabis daya, jika jalan cinta mereka penuh onak dan duri?…