Bab 9
"DHIA!" Matanya terus mengalihkan pandangan kepada gerangan yang memanggil namanya itu. Kaca mata yang menghalang dari cahaya komputer masuk ke dalam kornea matanya dibuka lalu diletakkan di tepi. Badannya mula bersandar pada kerusi kerja tersebut.
"Nah" Satu kertas kerja diberikan kepada Dhia.
"Apa ni kak?" Kertas tersebut diambil daripada tangan Aisyah lalu dibaca. Oh, ada orang nak kita aturkan perancangan aktiviti pergi Langkawi.
Selepas saja tamat daripada pengajian di universitinya, Dhia terus mendapat tawaran menjadi salah seorang pekerja agensi pelancongan yang besar di Malaysia. Orang lain sibuk jadi kerani dekat pejabat, anak dato' tapi Dhia tak berminat. Dia suka jadi lebih unik dari orang lain. Lagipun dapatlah dia ikut sekali pergi bercuti sambil bekerja.
"Itu, boss suruh kau uruskan klien ni. Dia kata kau paling layak uruskan sebab yang ni ramai join lepastu kalau kau uruskan pelancongan ni betul betul nanti dia kasi up bonus kau nanti" Terus bersinar mata Dhia mendengar perkataan bonus itu. Sukanyaaa duit lebih!
"Boleh, boleh nanti saya settlekan" Dhia terus mengatur rancangan ke Langkawi sebelum rancangan tersebut dihantar buat pertama kali kepada klien mereka. Menarik pula kalini sebab yang mengikuti pelancongan ni melibatkan hampir 50 orang.
Patutlah boss suruh buat betul-betul. Ni mesti orang dari syarikat yang bawa staff dia pergi bercuti.
PINTU kafe dibuka lalu matanya meliar mencari seorang perempuan yang memakai tudung berwarna hitam. Lah, ramai pula orang yang pakai tudung hitam ni.
Oh yang tu kot.
"Miss Sarah Natasha?" Dia terus mengangguk apabila namanya itu disebut. Dhia terus menarik kerusi di hadapannya lalu beg kerjanya itu diletakkan di sebelah kerusinya itu.
"Dhia eh" Dhia mengangguk.
"Maafkan saya, jem teruk dekat simpang jalan tadi. Ada kemalangan" Sarah hanya menangguk tanda tidak mengapa sebab dia pun baru sahaja sampai.
"Miss Sarah dah order ke? Kalau belum kita order sekalilah"
"Belum, boleh je. Tak payah lah panggil Miss sangat dah kahwin pun panggil Kak Sarah je" Dhia tergelak kecil lalu mengangguk faham. Baru dia perasan Kak Sarah di hadapannya ini memakai cincin. Kahwin dah rupanya. Badannya yang kecil membuatkan dia keliharan seperti masih budak yang baru sahaja graduan dari universiti.
"Okay lah akak, kita proceed je lah dengan tujuan kita ni. Saya dah susun atur aktiviti yang kita boleh buat dekat Langkawi ni. Tapi saya kasi akak tengok dulu lah. Kalau akak nak tambah ke atau akak rasa macam tak sesuai ke ada yang kurang ke akak boleh je cakap. Sebab ni first draft untuk aktiviti ke Langkawi. Jadi, tiada masalah kalau akak nak tukar" Kertas rancangan aktiviti ke Langkawi itu diserahkan kepada Kak Sarah.
Tersenyum nipis Kak Sarah melihat rancangan yang diatur oleh gadis di hadapanny itu. Teratur walaupun katanya first draft.
"Okay sangat dah ni yang penting ada pergi kedai coklat. Tapi, akak kena bagi dekat boss akak dulu takut dia rasa tak kena ke apa. Sebab dia yang keluarkan duit akak ikut je"
"Boleh je kak tak ada masalah pun. Akak ambik je dulu kertas tu lagipun saya dah buat copy lagi satu dah" Kak Sarah mengangguk perlahan lalu kertasnya diletak ke tepi.
"Sementara akak belum habis shift kerja ni. Akak lepak dengan Dhia lah. Boleh ke? Jangan risau akak tak culik Dhia pun. Ke Dhia sibuk? Akak malas nak masuk office nanti mesti kerja bertambah. Alang-alang keluar ni kita keluar sampai habis kerja lah. Boleh lah eh, tunaikan ibu mengandung ni" Dhia gelak mendengar ayat yang dikeluarkan oleh ibu mengandung ni.
"Boleh je kak, tak ada masalah lagipun saya pun tengah bosan ni"
"Ah mantap" Air yang dipesan sampai lalu mereka berdua berborak seperti satu pasangan rakan yang baik.
"HOW boss? Okay tak?" Kak Sarah memandang muka Aidan penuh harapan. Aidan mengangguk beberapa kali meneliti kertas yang penuh dengan aktiviti yang bakal dilaksanakan di Pulau Langkawi itu.
"Bagi saya okay je tapi"
"Tapi apa boss? Ada yang tak kena ke. Kalau ada boss bagitau saja dekat saya nanti saya suruh Dhia betulkan balik" Kak Sarah mula ingin menyumpah-nyumpah Aidan. Punyalah elok dia rasa perjalanan tu ada pula yang tak kena dekat hati dia. Nasib boss!
"Dhia? Siapa?" Kertas perancangan Pulau Langkawi di tolak ke tepi. Matanya mula kembali fokus pada Kak Sarah yang nampak seperti geram dengannya. Ha buatlah muka macam tu karang buang kerja kan.
"Yang aturkan perancangan kita ni lah boss. Nama dia Dhia. Perempuan. Cantik baru umur 25 tahun. Tapi tengok dari hasil kerjanya teratur dah" Puji Kak Sarah mewakili Dhia. Baru kenal tapi Kak Sarah dah menganggap Dhia seperti adiknya kerana sikap sopan Dhia. Cakap lembut saja.
"Ini akak kata teratur? Cuba akak tengok jadual yang dia bagi. Tak ada masa break langsung! Akak ingat staff kita semua robot ke pergi bercuti tu? Saya nak bawak dorang release stress ini asyik penuh dengan jalan je penatlah kita semua nanti. Kak Sarah tu pulak mengandung karang apa-apa jadi tak cukup rehat saya pulak nak kena menjawab dengan laki akak. Lain kali fikirlah dulu kita semua ni cukup rehat ke tak. Mampat pulak dengan jadual. Tengok ni pergi kedai menjual coklat je 2 jam. Buat apa 2 jam tu?" Aidan mula menyuarakan pendapat dia yang membuatkan Kak Sarah mula memaki hamun dalam diri.
"Lah kisah pulak kau dengan staff kau. Time kau marah tak ada pulak. Urgh" Gumam Kak Sarah tapi suara halusnya itudapat didengari Aidan walaupun tidak jelas.
"Apa dia kak? Tak dengar? Akak kutuk saya ke?" Terbatuk Kak Sarah. Kantoi pulak.
"Mana ada boss. Saya tengah selawat supaya baby kuat dalam perut saya" Tipunya. Tipu pun tipulah karang jujur tak pasal ada yang kena buang kerja harini. Satu pun tak dapat nanti.
"Back to our topic. Saya tak berapa setuju dengan beberapa perkara. Ada yang kena betulkan. Saya nak akak betulkan balik" Kertas perancangan Pulau Langkawi itu ditolak semula ke Kak Sarah. Kak Sarah memandang kertas tersebut. Rasa dia nak saja bangun lalu cekik-cekik Aidan. Nanti dia betulkan ada masalah lagi dia lagi yang kena. Ada yang tak cukup 9 bulan anak dia nanti kan.
Kak Sarah menarik nafas lalu menandang Aidan yang tajam memandangnya. "Er boss"
"Ya kak?"
"Apa kata boss saja jumpa dengan Dhia. Saya takut kalau apa yang boss nak nanti tak kena dengan boss. Sekurangnya bila boss jumpa dia, boss boleh cakap apa yang boss tak puas hati nanti dia boleh terus betulkan. Senang jugak boss nanti. Tak payah nak check banyak kali dengan saya" ujarnya panjang lebar. Debaran dalam hati kian terasa andai Aidan memarahinya. Yelah, dia hanya pembantu Aidan tapi dia pula bagi pendapat pada Aidan.
Aidan membuka butang di kiri dan kanan bajunya lalu dilipat sehingga paras siku.
"Okay"
"Aturkan jadual saya dengan dia by this week" sambungnya lagi lalu telefonnya di ambil sebelum dilihat notifikasi yang terpapar. Tiada yang menarik. Sekadar Allysa yang masih mencuba meraih perhatiannya dan adiknya yang mengacau dia. Tak penting dan telefon kembali diletak ke tepi.
"Betul ke boss" Kak Sarah memandang tidak percaya. Jarang Aidan nak jumpa dengan orang yang sebenarnya tak penting pun bagi dia untuk berjumpa. Sekadar jumpa dia sahaja dah memadai.
"Ye kak, banyak benda yang saya tak puas hati dengan perancangan dia. Lagipun kesian pulak dekat akak nak jumpa dia selalu" Matanya mengerling Kak Sarah sebelum kerusi kerjanya ditarik rapat dan memandang komputer riba dihadapannya. Menyambung kembali kerja yang tergendala.
"Baik boss. Nanti saya aturkan semula. Saya pergi dulu. Terima kasih" Buku, pen dan kertas kerja diambil lalu dia berlalu pergi.
Kak Sarah (Client)
-Assalamualaikum Dhia, maaf kacau Dhia tapi boss akak nak jumpa Dhia.
You
- Ha?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top