Bab 10
Bangunan tinggi itu dipandang beberapa kali sebelum dia mengeluh perlahan. Tak pernah-pernah lagi klien yang dijaga olehnya meluah rasa tidak puas hati dengan hasil kerjanya. Kalau ada pun cuma diluahkan melalui mesej kerana perkara kecil saja yang dihadapinya. Tapi ini kalau dah sampai kena pergi jumpa tuan badan maksudnya-
Memang betul-betul teruk lah rancangan dia kali ini.
"Argh" Beg silangnya dibetulkan kembali di bahu. Telefonnya dikeluarkan sebelum menghantar mesej kepada Kak Sarah memberitahu bahawa dia sudah sampai ke syarikat kliennya itu.
"Alpha's Holding. Wu menarik nya nama syarikat ni" Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bahagian utama sebelum melangkah ke arah kaunter penyambut tetamu.
"Saya ada temu janji dengan Mrs. Sarah Natasha" Ujarnya lalu mendapat anggukan daripada pekerja bahagian tersebut.
"Sekejap ye" Dhia hanya menangguk sambil matanya memandang sekitar dalam syarikat itu. Cantik. Tersusun. Mesti tuan syarikat ni seorang yang sangat-sangat cerewet. Tengoklah pekerja dia pun cantik.
Kerdil pula rasanya kita ni.
"Okay, cik boleh naik lif yang berada di sebelah kanan dan naik ke tingkat 25. Kak Sarah tunggu cik di sana" Senyuman nipis diukirkan lalu Dhia terus bergerak menuju ke tingkat 25.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati eh?" Ujarnya bertanya kepada diri sendiri soalan itu.
"DHIA!" Dhia terus memandang kepada tuan empunya badan yang memanggilnya. Siapa lagi jikalau bukan Kak Sarah. Dia sorang sahaja mengenali Dhia.
"Jom, boss akak nak jumpa Dhia" Pergelangan tangan Dhia dipegang lalu menarik Dhia menuju ke arah pintu bos miliknya itu.
"Er akak, boss akak tu garang tak? Cuak pulak saya nak jumpa dia" Badan Dhia usaha dikata mula seram sejuk. Ditambah pula dengan penghawa dingin yang mencengkam badannya. Bulu roma sudah naik.
"Jangan risau, dia tak pernah makan manusia lagi" Kak Sarah cuba menghiburkan Dhia yang sudah kelihatan cuak itu. Habislah kau Dhia, akak tak nak tanggung apa-apa. Dah surrender awal-awal. Malas nak dengar pekikan boss Aidan dia itu.
Pintu milik Aidan diketuk oleh Kak Sarah sebelum Aidan memberi izin kepada Kak Sarah untuk masuk.
"Dhia tunggu kejap. Akak jumpa boss akak dulu nanti akak keluar Dhia masuk pulak"
"Okay kak" Sementara menunggu Kak Sarah keluar kembali dari bilik bossnya itu, Dhia membetulkan baju miliknya. Tudungnya dikemaskan agar tiada gelembung.
Kekemasan diri melambangkan kewibaan seseorang.
"Dhia" Kak Sarah keluar dari bilik tersebut sebelum menyuruh Dhia masuk ke dalam bilik bossnya itu.
"Goodluck!" Kak Sarah mengenyit mata memberi sokongan kepada Dhia. Macam nak pergi temuduga rasa dia.
PINTU bilik dibuka lalu Dhia memberi salam kepada lelaki yang sedang duduk sambil kusyuk melakukan kerjanya itu.
"Waalaikumsalam, duduk"
Suara ini! Suara lelaki yang kedekut dengannya haritu!
Matanya laju memandang muka lelaki yang sedang senyum sinis memandangnya.
"Look who is here? " Aidan memberikan senyuman sinis lalu matanya memandang Dhia yang sedang berjalan dan menarik kerusi di hadapannya.
"Remember me? " Dhia mula menunjukkan muka geram pada lelaki di hadapannya ini.
Kenapa banyak-banyak klien, Aidan ini jugak menjadi kliennya? Patutlah nama yang terpapar di pintu nya tadi nama Aidan. Tapi dia tak sangka pulak Aidan kedekut ini!
"Tak, tak ingat" Nafi Dhia. Ah kalau ingat pun memang dia akan buat-buat tak ingat. Tak mahu dia ingat lelaki di hadapan dia ini. Menjatuhkan maruah dia sahaja.
Terus terdengar hilai tawa oleh Aidan. Dhia memandang tajam muka lelaki di hadapannya ini. Cis, boleh pula dia gelak!
"Tak akan tak ingat. Kau masih hutnag aku 15 ringgit. Hutang tetap hutang. Jangan sampai naik bunga nanti" Aidan berpeluk tubuh memandang Dhia yang mukanya mula kemerahan.
"Encik Aidan, boleh kita teruskan dengan tujuan kita hari ini? Saya ada banyak kerja yang nak dilakukan. Please don't waste my time"
Serius! Dhia rasa nak hempuk kepala dia ke atas meja kayu mahal ini. Biar berdarah lepastu lupa ingatan. Dia nak lupa ingatan dia pasal Aidan.
"Eh boleh tak ada masalah. Aku pun tak ada masa nak layan perempuan macam kau ni" Ujar Aidan bersahaja. Dhia tercengang mendengar kata-kata Aidan.
The hell?
Siapa yang kacau siapa sekarang ini?
Dhia menarik nafas dalam-dalam supaya kekuatan dapat dihasilkan dalam diri ini. Walaupun pejabat Aidan luas masih terasa sesak bila berdua-dua dengan Aidan. Tak cukup oksigen!
"Okay saya teruskan ye. Boleh saya tahu apa masalah dengan perancangan yang saya lakukan untuk ke Pulau Langkawi?" Dhia mengeluarkan iPad miliknya lalu membuka aplikasi Notes untuk menulis bahagian mana yang tidak kena dengan pelan rancangan dia pada kali ini. Senang tak payah susah membawa buku yang berat.
"Kau tanya aku apa masalah dengan rancangan kau ni?" Dhia hanya memandang muka Aidan dengan muka polosnya. Tidak memberi sebarang reaksi tentang soalan yang diutarakan oleh Aidan.
"Haah macam mana saya nak betulkan kalau saya tak tahu" Jawabnya bersahaja yang mengundang rasa geram dalam diri Aidan.
Kertas perancangan ke Pulau Langkawi ditolak ke arah Dhia.
"Kau tengok baik-baik mana waktu untuk staff aku berehat? Semua penuh dengan aktiviti dari pagi sampai ke petang! Aku nak bawak dorang pergi berehat release stress bukan bawak dorang pergi tempat yang memenatkan dorang" Luah Aidan sambil menyandarkan dirinya pada kerusi kerjanya. Pen ditangan diletakkan ke atas meja. Matanya tajam memandang Dhia yang hanya memandangnya dari tadi.
"Kalau macam tu baik tak payah pergi bercuti. Suruh je semua staff encik tidur kat rumah masing-masing. Nak rehat sangat kan? Duit pun tak payah keluar. Jimat duit Encik Aidan" Balas Dhia bersahaja. Bibirnya ternaik sedikit. Sinis.
Betul apa. Kalau setakat nak pergi Pulau Langkawi cuma untuk berehat baik tak payah pergi. Duduk je kat rumah masing-masing. Tidur. Apa punya boss lah Aidan ini.
Rahang Aidan mula bergerak-gerak menandakan dia geram dengan gadis bertudung di hadapannya ini. Harap saja badan kecil tapi mulut memang tak ada pelindungan insurans langsung. Tidak pernah lagi ada orang berani melawan apa yang disuruh oleh Aidan kecuali adiknya.
Ini kali pertama. Memang mencabar kesabaran Aidan!
Aidan bangun lalu kakinya bergerak menuju kerusi yang diduduki oleh Dhia. Tangan kasarnya menarik kerusi Dhia berpusing ke arahnya.
"Arh!" Terkejut Dhia apabila kerusinya dipusingkan ke arah Aidan. Dhia memandang Aidan lalu lantas cuba untuk bangun dari kerusinya tetapi Aidan lebih pantas menarik kembali Dhia untuk duduk semula di kerusi tersebut. Kedua-dua tangan Aidan diletakkan di kiri dan kanan kerusi untuk menghalang Dhia dari bangun kembali. Bau minyak wangi Sauvage dari Dior kuat melekat di hidung Dhia.
Mata Dhia tertutup menghayati bau minyak wangi Aidan yang mengkhayalkan dirinya itu. Hampir terjatuh dalam Aidan.
"Look at me" Pendek tetapi tegas suaranya menyuruh Dhia memandang matanya. Dhia hanya menunduk dan tidak memandangnya. Tak berani.
Mama tolong!
Tangan kasar Aidan memegang dagu Dhia lalu menolak dagunya untuk memandang ke arahnya. Arh apa ini haram!
"Janganlah sentuh-sentuh saya Encik. Haram!"
"Okay kalau macam tu halalkan lah" Balas Aidan bersahaja. Bibirnya ternaik sedikit apabila mengungkapkan ayat itu. Halalkan eh?
Mata Dhia memandang tepat ke arah mata coklat kegelapan milik Aidan.
"Ulang balik apa kau cakap tadi? Yang pasal suruh semua staff aku cuti kat rumah tu? Hm?" Sumpah! Sesak nafas Dhia apabila berdekatan dengan lelaki di hadapannya ini. Kalau dia ada penyakit jantung mungkin sudah pengsan rasanya.
"Sa-saya cakap benda betul lah Encik. Kalau pergi sana setakat nak rehat dalam hotel saja baik tak payah pergi. Dekat Pulau Langkawi tu banyak tempat seronok. Rugi kalau tak spend time betul-betul dekat sana" Dhia masih tetap dengan pendiriannya. Walaupun pelanggan nombor satu tetapi dia harus bagi pandangan yang terbaik. Baru servis lima bintang!
"Tak pernah ada lagi tau orang yang berani bangkang dengan apa yang aku cakap. Tapi kau, kau orang pertama yang berani lawan cakap aku" Aidan mendekatkan dirinya pada Dhia. Jarak mereka berdua sekarang hanya tinggal sejengkal. Kalau Dhia bergerak kemungkinan besar mereka boleh bersentuhan.
"Lepastu Encik nak saya buat apa? Saya kena bentang karpet merah ke raikan kehebatan saya berani menjawab soalan Encik?" Tangan Aidan mula mengenggam penumbuk. Gadis di hadapannya ini memang betul-betul rare! Menguji kesabaran dia sungguh. Kalau lelaki tadi mungkin sudah kena satu penumbuk darinya. Sudahlah dia ini boleh tahan panas baran kalau dikacau moodnya.
Aidan menarik nafas dalam-dalam sebelum berdiri tegak di hadapan Dhia. Nasib perempuan.
"Baik, kalau kau masih stick dengan pendirian aku terima tapi dengan beberapa syarat" Ujar Aidan mengalah dengan pendirian gadis yang bernama Dhia. Jatuh maruah dia kali ini kalau pekerja bahawan dia dapat tahu yang dia mengalah dengan mulut seorang perempuan yang bernama Dhia.
"Apa syarat dia?" Soal Dhia dengan matanya tertumpu pada Aidan yang berdiri tegak di hadapannya.
"Eh, Encik ni jangan rapat-rapat dengan saya! Saya suci lagi tau!" Ujar Dhia lantang apabila Aidan kembali menundukkan dirinya pada Dhia. Mata mereka berdua berada dalam aras yang sama.
"First, aku nak kau kurangkan masa dekat kedai coklat tu semua. Aku tak kisah aku tetap nak kau kurangkan masa. Bazir masa sejam dekat situ. Second, kau pandai-pandai susun balik jadual tu bagi ada masa untuk semua pekerja aku termasuk aku buat apa yang mereka suka. Maksud aku dekat sini adalah me time. Kau fahamkan?" Panjang Aidan memberi beberapa arahan kepada Dhia. Dhia menangguk tanda faham.
"Itu saja ke?" Soal Dhia apabila melihat Aidan hanya diam tetapi kedudukan mereka masih sama seperti tadi. Mata bertembung mata. Dhia lawan Aidan.
"Dan yang terakhir" Aidan memandang mata Dhia sedalam-dalamya. Jantung Dhia usah dicakap berdebar apabila dipandang sebegitu. Fakhrul pandangnya sebegitu pun tidak menghasilkan rasa debaran padanya seperti ini.
Aidan perlahan-lahan mendekatkan diri pada Dhia sebelum membisikkan sesuatu pada telinganya.
Dhia terkejut lalu menolak badan kekar Aidan. "'Mana boleh! Saya cuma tolong rancangkan sahaja lepastu akan ada orang yang uruskan Encik dan semua pekerja Encik dekat sana!" Dhia berdiri memandang Aidan yang lebih tinggi daripadanya. Adanya dia suruh kita ikut pergi Pulau Langkawi itu.
Okay memanglah sepatutnya dia ikut kerana dia yang uruskan mereka semua tetapi lepas melihat Aidan ini membuatkan dia hendak meminta bantuan pekerja lain untuk mengganti tempatnya. Dia dah tak tahan!
"Pilih ikut kami atau aku beritahu dekat boss kau yang aku batalkan urusan kau dengan aku untuk pergi sana. Ah-ah, pilih elok-elok. Aku cadangkan kau pilih pilihan pertama sebab kalau kau pilih yang kedua aku jamin kau tak akan selamat berdepan dengan boss kau. Aku ni klien terbesar dia tau"Dhia terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Aidan. Dhia mendongkol geram dengan Aidan kerana dia memang tiada pilihan lain selain pilihan pertama.
Kalau dia buat pilihan kedua bukan sahaja kena bebel dengan boss dia yang bossy itu malahan bonus pun tak dapat. Lagi teruk dia akan dibuang kerja. Sudahlah nak dapat kerja pada masa sekarang sukar.
Dhia menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang Aidan yang memandang sinis ke arahnya.
"Fine! Saya pilih yang pertama. Ada apa-apa lagi ke Encik Aidan? Kalau tiada boleh saya pergi? Banyak perkara yang saya kena uruskan" Senyuman manis tapi lebih kepada memerli diberikan kepada Aidan.
"Tak ada. Aku amat puas hati dengan kerja kau. Memang betul-betul sayang pelanggan dari hilang eh. Jumpa kau lagi dan pastikan rancangan kau tip-top. Kau boleh keluar sekarang" Ujar Aidan sinis lalu kembali ke kerusi kerjanya.
"Terima kasih Encik Aidan. Memang saya nak keluar sekarang pun sebab berbahang bilik Encik ni seperti api neraka" Balas Dhia kembali sebelum mengambil Ipad dan beg silangnya lalu digantung pada bahunya. Kakinya laju melangkah keluar ke arah tombol pintu pejabat Aidan.
Klak! Klak!
"Ish apasal tak boleh bukak pulak pintu ni! Tadi masuk boleh je. Apahal keluar tak boleh pulak. Urgh" Gumamnya sambil mencuba berkali-kali membuka pintu tersebut.
"Cik Dhia, salah pusing tu. Tekan dulu punat kunci tu lepastu pusing ke arah kanan" Ujar Aidan apabila melihat Dhia masih berusaha membuka pintu bilik pejabatnya. Hendak dibiarkan nanti ada pula kes pintu rosak hari ini.
"Tahu bilik ni macam api neraka tapi seronokkan? Tak sabar nak buat macam tu lagi dekat Cik Dhia. Jangan lupa Cik Dhia masih ada hutang duit dengan saya" Jelas suara Aidan seakan-akan memerli dirinya balik.
"Diamlah!" Dhia terus menekan punat pintu tersebut lalu memusing tombol pintu tersebut ke arah kanan. Ah, bodoh betul kau Dhia. Nak cepat sangatkan.
"Eh Dhia? Habis dah ke bincang dengan boss? Macam mana okey ke dia? Okay je kan boss Aidan tu? Tak makan orang pun" Soal Kak Sarah apabila melihat Dhia keluar tergesa-gesa dari bilik pejabat Aidan.
Ini dah kenapa Dhia ini peluh semacam. Nak kata bilik boss Aidan panas tak ada lah pula sebab tadi dia masuk sejuk je. Tak akan tiba-tiba tak ada?
"Okaaaaay sangat Kak Sarah. Seronok jumpa klien macam Encik Aidan. Tak sabar nak jumpa dia next time. Saya pergi dulu eh Kak Sarah ada benda nak kena uruskan" Pinta Dhia lalu laju mendapat anggukan Kak Sarah. Perkataan tak sabar itu ditekankan sedalam yang mungkin. Sangat tak sabar!
"Ha ye pergilah, hati-hati"
Dhia mengaturkan kaki ke arah lif lalu punat lif ditekan. Cepatlah, cepatlah dia dah fade up nak tengok bangunan ini.
Ting! Pintu lif dibuka lalu Dhia masuk ke dalam lif tersebut.
"Pekerja baru ke?"
Ah, malaun mana pula yang nak kacau mood dia kali ini!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top