Bab 8

Dhia duduk di buaian yang disediakan di belakang rumahnya. Kakinya digerakkan supaya buaian itu turut bergerak. Ibunya sengaja meletakkan buaian daripada meletakkan bangku kerana ujar ibunya semasa Dhia kecil acap kali Dhia mengajak ibunya untuk bermain buaian di taman permainan tetapi tidak dilayan oleh kerana kedua orang tuanya kerana terlalu sibuk dengan duniawi sehinggakan tiada masa untuk melayan permintaan puteri bongsu mereka.

Akibat merasa bersalah, kedua ibu bapanya telah menyediakan sebuah buaian khas untuk Dhia. Simple tetapi cantik. Jadi, setiap kali Dhia mempunyai masalah dia pasti akan duduk di buaian ini sambil merenung pokok bunga yang ditanam oleh ibunya itu. Ada Ros, Orked, Lily dan pelbagai lagi cuma bunga tahi ayam saja tiada.

Fakhrul? Usai makan tengah hari tadi, dia telah meminta untuk pulang kerana mempunyai beberapa hal mustahak untuk diselesaikan.

Bukan Dhia tak tahu yang Fakhrul takut jika Dhia ternampak mesej kekasih hati United Kingdomnya itu. Sebab itu lah Fakhrul hendak pulang secepat mungkin. Nak tutup bukti katakan.

Sekarang ini perasaan Dhia seperti kosong. Jujur dia merasakan penantian dia selama 4 tahun ini hanyalah sebuah penantian yang sia-sia. Betul lah orang cakap hubungan jarak jauh ini sememangnya mencabar.

Tapi, ini Dhialah. Si gadis tidak makan saman.

Ya, dia ingin menguji Fakhrul sejauh mana lelaki itu boleh menipu dan mencuba untuk menutup bukti.

"Dhia? Boleh papa cakap dengan Dhia sekejap?" Terus mata Dhia memandang ayahnya, Encik Razif yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya.

"Boleh je pa. Kejap" Dhia bangun lalu menarik kerusi plastik yang berada di hujung dinding belakang rumah milik mereka. Kerusi tersebut dibuka lalu diberikan kepada Encik Razif untuk turut duduk di hadapannya.

Encik Razif tersenyum dengan perlakuan anak bongsunya itu. Sangat sopan dan sangat menghormatinya dan isterinya walaupun kadang-kadang apabila sampai tahap nakal dia yang mampu membuatkan darah isterinya itu mengelegak.

"Ha, sekarang baru boleh lepak. Papa nak cakap apa?" Kakinya mengerakkan buaian itu perlahan-lahan sekadar hanya untuk membuat buaian itu bergerak sedikit.

"Kamu betul-betul masih nak teruskan ke dengan rancangan kamu tadi? Yang pasal kahwin itu?" Kaki Dhia yang bergerak perlahan itu terus terhenti. Tangannya yang tadi berada di atas pehanya itu mula mengusap sesama sendiri. Mencari kekuatan yang masih ada.

"Haah papa. Sebab Dhia risau kalau satu hari nanti Fakhrul ada orang lain. Jadi, Dhia rasa baik kami teruskan hubungan kami ke perkahwinan. Halal pun halal papa. Tak adalah risau sangat pasal dosa. Heheheh" ujar Dhia sekadar hanya untuk menjawab persoalan ayahnya itu. Mata Encik Razif merenung tajam ke arah anaknya itu.

Bukan dia tak sedar yang mata anaknya itu memandang ke arah tempat lain. Dia sangat kenal dengan perangai Dhia di mana jika dia mempunyai masalah atau sedang berbohong dia akan memandang ke tempat lain daripada memandang matanya itu. Encik Razif mengeluh perlahan. Dia pasti anaknya itu ada masalah.

"Dhia, lelaki ni kan kalau dia sayang dia tak akan tinggalkan orang yang dia sayang walau apa masalah pun terjadi Dhia. Papa ni lelaki jadi papa dah faham sangat dengan perangai lelaki macam mana. Memang mulut lelaki kata lain tapi hati mereka pun kata lain. Kalau mulut lelaki tu kata dia benci Dhia sebenarnya dia tak benci Dhia pun. Dia cuma sedang melawan dengan hatinya sendiri untuk menafikan perasaan hatinya itu. Dan macam tu juga lah sebaliknya. Tetapi, bukan lah semua

Papa tak tipu tapi instinct seorang wanita itu memang betul-betul boleh terjadi. Dhia nak tahu sesuatu tak?" Mata Encik Razif masih memandang mata Dhia. Cuba mencari punca masalah yang ada dalam fikiran puteri kesayangannya itu. Dhia mengangguk perlahan tanda ingin mengetahui apa yang ingin diberitahu oleh ayahnya itu.

"Dulu sebelum Rafael lahir, papa dengan mama kerap sangat bergaduh. Kitorang sampai pening tak ada apa apa masalah tiba-tiba boleh gaduh. Perkara kecik pun boleh gaduh. Sampai suatu hari tu mama Dhia cakap kat papa yang dia rasa macam ada benda yang kacau rumah tangga papa dengan mama. Masa tu papa tak percaya sebab papa rasa itu cuma alasan yang dibuat-buat oleh mama kamu untuk lari dari papa.

Bayangkan Dhia waktu tu macam-macam terjadi dalam rumah tangga kami sampai ada sampai satu tahap tu papa hampir ceraikan mama sebab papa dah tak tahan dengan mama. Sedangkan mama kamu tak buat masalah pun. Masa waktu tu mama cuma termarah papa sebab mama penat asyik gaduh je dengan papa. Nasib baik lah mama sempat tahan papa dari lafaz talak dekat mama. Kalau tidak, harini kamu tak wujud tau!" Pipi Dhia dicubit perlahan. Terus menyeringai Dhia kerana terkejut dicubit oleh Encik Razif. Aww, dah lama tak bonding macam ini.

"Okay, lepastu satu hari tu papa tinggal sorang-sorang kat rumah sebab mama pergi kerja. Papa masa tu kurang sihat demam semacam je then masa papa turun ke dapur papa perasan macam ada satu lembaga hitam dekat dapur. Time tu memang mengucap lah papa. Terus tekak yang rasa haus tadi dah tak rasa dah. Tapi, papa diam kan je dari bagitau mama kamu sebab papa rasa maybe papa salah pandang kot.

Tapi, benda tu asyik berulang kali terjadi. Dekat seluruh rumah papa asyik nampak dia je. Kalau time azan, papa tak tipu Dhia ni. Bulu roma papa akan menegak dan badan papa akan rasa sejuk semacam. Papa memang tak tahan dah hari-hari kena kacau. Papa terus ambil keputusan bagitahu mama. Mama muka dia nampak tenang sangat bila papa bagitahu pasal benda tu. Dia cakap dia memang dah rasa dah ada benda tak kena dekat rumah ni lagi lagi bila kami asyik bergaduh je. Jadi, setiap kali dia keluar rumah mama akan singgah berjumpa ustaz untuk mencari penyelesaian masalah tu.

Ustaz tu cakap dengan mama yang ada orang dengki tengok hubungan mama dengan papa. Jadi, orang tu dia hantar lah sihir kat papa dengan mama supaya bergaduh lalu bercerai. Sihir pemisah katanya. Dan bila papa dapat tahu, papa terus setuju dengan mama untuk pergi merawat diri. Dua hingga lima kali merawat dengan ustaz tu akhirnya sihir tu berjaya dibuang oleh ustaz" ujar Encik Razif panjang lebar menceritakan sebuah kisah antara dia dengan isterinya yang menjadi rahsia untuk anak-anaknya. Tetapi, dia merasakan dengan masalah Dhia ini jadi baiklah dia berkongsi rahsia tersebut.

Mata Dhia membuntang terkejut mendengar kisah Encik Razif itu. Selama ini dia ingat rumah tangga ibu bapanya bahagia saja sebab kelihatan langsung tiada masalah. Setakat gaduh kecil itu biasalah.

"Lepastu, papa dengan mama tahu ke siapa buat?" Encik Razif mengeleng tanda tidak tahu.

"Ustaz tu cakap dia sendiri tak tahu siapa yang hantar jadi urusan tu biarlah Tuhan dan dia yang selesaikan" Dhia mengangguk tanda faham akan bicara Encik Razif itu.

"Jadi, dekat sini Dhia nampakkan pentingnya instinct perempuan. Selalunya perasaan dorang ini jarang salah sebab perempuan kan selalu betul" Dhia tergelak perlahan. Itu kalau didengar maknya itu mahu membebel satu minggu.

"Tak adalah, papa cuma nak pesan jangan terlampau sangat baik dengan orang sampai kena pijak. Orang yang kita percayakan sangat-sangat ini belum tentu orang tu baik dengan kita Dhia. Cuba ikut instincts Dhia. Mana tahu kalini dia betul. Papa tahu kamu ada masalah sekarang ni tapi papa tak nak masuk campur sebab Dhia dah besar dah. Dah nak kahwin dah tak lama lagi kan. So, apa saja keputusan Dhia-

Papa tetap akan sokong okay? Sebab papa tahu keputusan Dhia adalah keputusan yang terbaik untuk papa dengan mama" ujar Encik Razif. Dhia terus memeluk ayahnya. Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh jua. Mata Dhia mula mengalirkan air mata.

Dia tidaklah sekuat yang disangka tapi dia mencuba yang terbaik. Encik Razif mengusap belakang badan anaknya itu dengan harapan agar kekuatan nya dapat disalurkan kepada Dhia.

"Dah jangan nangis. Tak comel dah Dhia. Dah macam siput dah muka Dhia" Encik Razif cuba membuat lawak supaya anaknya itu berhenti menangis. Ternyata taktik itu menjadi.




"KAK Sarah, kejap lagi masuk bilik saya. Ada benda nak bincang" pinta Aidan sebelum mendapat angukan dari Kak Sarah. Aidan terus masuk ke bilik pejabat miliknya.

Kak Sarah menyambung kerjanya tadi sehingga siap. Laptop ditutup kemudian buku kerja dan pen diambil. Botol air dibuka lalu diteguk sebelum bangun mengetuk bilik bos besarnya itu.

"Come in" tombol pintu bilik tersebut dibuka. Aidan memandang Kak Sarah sebelum meminta pembantu peribadinya itu untuk duduk di kerusi hadapanya itu.

"Macam ni kak, due date akak bila?" Soal Aidan sejurus Kak Sarah duduk di hadapannya itu. Lah ini dah kenapa ditanya bila tarikh jangkaan anak sulungnya lahir? Nak taja bilik untuk hospital ke. Kalau nak taja memang sangat digalakkan laaah.

"Kalau tak silap saya lagi 5 bulan macam tu. Kenapa?" Soalannya itu tidak berbalas tetapi mendapat anggukan dari Aidan.

"Tak macam ni, CEO awak tu plan nak adakan staycation untuk semua staff dia atas usaha korang semua berjaya menjadikan syarikat ini menjadi maju dan terkenal and Dato' Ismail arahkan saya untuk pilih lokasi untuk kita bercuti nanti. Kak Sarah rasa ke mana kita patut pergi? Alang-alang saya nak tunaikan satu permintaan ibu mengandung ini. Jadi, Kak Sarah pilihlah ke mana Kak Sarah teringin nak pergi masa mengandung ni. Jangan jauh-jauh pulak naya saya nak tanggung kos" Muka Kak Sarah bersinar mendengar kata-kata Aidan itu.

Bos di hadapannya ini sudah bertaubat ke? Sangat drastik tiba-tiba memilih untuk mendengar pandangan staf bawahannya. Terkejut.

"Betul ke boss? Saya yang pilih?" Masih tidak percaya dengan kata-kata Aidan itu.

"Ye akak cepatlah pilih"

"Eeer kalau kita pergi Melaka atau Langkawi boleh ke bos?"

"Satu saja kak"

"Alamak, err dua-dua saya teringin bos pilihlah antara dua itu. Saya okay je mana-mana" Ujar Kak Sarah. Argh! Dia teringin nak pergi kedua-dua tempat ini walaupun dia pernah pergi sebelum ini. Vibe ibu mengandung ni lain macam sangat!

Aidan memeluk tubuh. Otaknya pasti sedang merancanakan sesuatu. "Okay, saya pilih Langkawi alang-alang saya tak pernah pergi Langkawi lagi. Boleh ke Kak Sarah?" Kak Sarah laju mengangguk setuju dengan jawapan Aidan.

Yes, burung helang here I come!

"Okay kalau macam tu kira jadilah. Saya plan dalam dua bulan dari sekarang. Saya bagi semua urusan ini dekat Kak Sarah untuk settelkan. Boleh eh? Akak tak payah fikir susah-susah, cari saja agensi pelancongan lepastu deal dengan dorang. Nilai itu saya tak kisah. Just name it. Tapi jangan mahal-mahal pulak. Cari yang okay untuk semua orang. Boleh kak?" Laju Kak Sarah mengangguk. Demi Langkawi boleh saja!

"Okey itu je kak. By the way kak, harini perempuan merah tu ada datang ke?" Kak Sarah mengeleng. Tahu sangat siapa gerangan perempuan merah yang disebut bos Aidan nya itu. Allysa sudah pasti.

"Baguslah kurang sikit bau busuk aku dalam pejabat ini" gumam Aidan perlahan tetapi masih didengari oleh Kak Sarah. Kak Sarah bangun lalu meminta diri untuk menyambung kerjanya.

Kelab Aidan Bos Bengis

You
-Nyaaah semua. Akak ada berita yang confirm buat korang semua suka
- Hint dia kaitan dengan burung helang

Aliya
- Uish apa bendanya kak?
- Bos kasi bonus ke? Fuh kalau bonus confirm seronok

Mikael
-Haah apa dia kak ui?
- Perhati akak dari tadi ni duk senyum senyum lepas keluar dari pejabat
- Apa cer

You
- Haaa tu lah korang tak tahu. Bos kata tadi kat akak
- Syarikat ni nak buat staycation untuk semua staff dia!
- Katanya lagi atas usaha kita semualah dah jadikan syarikat ni maju

Mikael
- Giler! Serious lah akak?
- Seronoknyaaa dah lama tak pergi

Amir
- Pergh masyuk bos sekarang

Aliya
- Lepastu apa kena mengena dengan burung helang?

You
- Haaa ni akak nak bagitau yang kita akan pergi Langkawi!

Aliya
-Argh! Bestnyaaaaa

Mikael
-Baik jugak boss ingat reti tengking je
-Huhuhu

Amir
-Dengan kau je dengan kitorang dia baik
-Hahahahahaha

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top