Bab 7

Pintu kereta penumpang berjenama Honda Civic Type-R dibuka lalu ditutup dengan kasar. Lelaki yang duduk di bahagian pemandu terus menjeling tajan ke arah Dhia."Eh kau ni, agak agak lah nak hempas pun ni kereta aku bukan kereta kau! Kalau rosak siapa nak ganti? Kau? Kau pun duit tak ada" dijeling Dhia yang berada di sebelahnya. Tangan disilangkan tanda protes marah akan adiknya itu.

Makanan petang yang dibeli oleh Dhia diletakkan di belakang manakala pisang goreng cheese kepunyaan Rafael dihulurkan kepada abangnya itu.

"Kau ambik ni- eeeee disebabkan pisang goreng cheese kau ni laaa aku dapat malu kau tau tak?!" Dijeling Rafael dengan perasaan marah sehingga Rafael mampu mendengar dengusan nafas milik adiknya. Uish, marah betul adik kita seorang ni!

Pisang goreng cheese yang dihulurkan itu di ambil lalu dibuka dan ngap! satu pisang goreng cheese selamat mendarat di mulutnya.

Aahhh! Memang pisang goreng cheese di gerai ini memang tiada siapa boleh lawan! Cheese dia mencair apabila masuk ke dalam mulut. Sedap benar!

Dhia yang berada di sebelahnya hanya menjeling dengan perasaan marah. Bekas yang berisi makanan yang menjadi punca kemarahan Dhia itu dihulurkan kepada Dhia

"Nak?"

"Tak nak! Lain kali kau beli sendiri makanan ni. Bodoh punya jantan dengan aku pun kau nak berkira" terus Dhia memandang ke arah hadapan. Kereta Mercedes berwarna hitam matte di seberang jalan tersebut terus diperhati dengan perasaa jelek.

"Kereta mahal tapi lima belas ringgit dengan aku pun nak berkira. Tak gentleman langsung mamat Aidan ni" ujar Dhia dalam hati.





"BERAPA totalnya kak?" Soal Dhia sambil menjeling mamat di sebelahnya. Huh! Muka hensem tapi sayang sombong lepastu pekak pulak tu.

Penjual tersebut terus mengeluarkan kalkulator di hadapannya lalu mengira harga keseluruhan makanan yang dibeli oleh pelanggam wanita di hadapannya. "Semuanya 15 ringgit sahaja" Senyuman manis diberikan pada Dhia yang berada di hadapannya. Mestilah, senyuman manis akan menarik lebih ramai pelanggam datang ke gerai kita tau! Tips!

Dhia mengganguk lalu terus membuka dompet miliknya. Dibelek-belek dompet tersebut. Alamak, duit cash dalam dompetnya tidak cukup! Dhia terus memandang penjual tersebut lalu menyengih seperti kerang busuk. "Alamak kak, tak cukup 5 ringgitlah"

Mata Dhia terus tertancap pada kereta milik abangnya. Nak pergi dekat kereta abangnya jauh pulak di nun seberang jalan sana. Lagipun kereta yang lalu lalang pun agak banyak. Ini kalau pergi memang alamatnya tak payah beli teruslah. Lagi-lagi dengan mamat sebelah ni. Seriau!

Matanya kembali menatap penjual tersebut. "Akak ada bank? Saya transfer online boleh?"ujar Dhia sambil tergelak malu. Belum sempat penjual tersebut membalas lelaki di sebelah Dhia sudah bersuara.

"Kau ni kan, nak kata bodoh, tak adalah bodoh sangat. Tengok rupa macam budak pandai. Apalah bengap sangat kau ni. Tak akan lah akak ni nak beronline banking dengan kau pulak haih. Lain kali dah tahu nak pergi gerai macam ni sediakan cash. Lembap" Aidan terus mengeluarkan dompet lalu duit bernilai RM 50 dihulurkan kepada penjual tersebut.

"Saya bayar untuk orang sebelah sekali. Baki akak ambik je. Saya sedekah" Senyuman nipis diberikan buat penjual tersebut. Teragak-agak penjual tersebut mahu mengambil sebab nilai besar. Harga makanan milik kedua-dua pelanggan di hadapannya pun belum cecah RM 50.

"Takpe kak ambik je. Anggap rezeki" Duit tersebut terus dihulur lalu penjual tersebut mengambilnya

"Terima kasih Aidan. Terima kasih cik"

Alhamdulillah rezeki! Lepaslah dia nak buat beli bahan lain untuk esok.

"Erm, terima kasih Encik. Susah-susah sahaja belanja saya" Dhia dengan segan silu mengucapkan terima kasih kepada lelaki di sebelahnya itu. Ingat kejam sangat baik rupanya dia ni.

Aidan dihadapannya senyum sinis pada gadis kecil molek dihadapannya. Ini kalau dapat peluk ni memang bawah ketiak lah dia simpan!

Argh mengarut lah kau ni Aidan!

"Siapa kata aku nak belanja kau? Kau dah berhutang dengan aku. Pastikan kalau kita berjumpa semula, aku nak balik 15 ringgit aku atau-" Aidan sengaja mendekatkan diri pada gadis dihadapannya lalu dia terus berbisik kepada gadis tersebut.

"Kau, aku buat makanan!" Terus terdengar hilai tawa Aidan di hadapan gadis tersebut. Terus kakinya melangkah pergi meninggalkan Dhia yang sudah serupa mayat hidup itu.

"Aish shibal punya mamat ni" Kaki dihentak-hentak lalu terus melangkah laju meninggalkan gerai pisang goreng tersebut.

Dia tarik balik kata awal-awalnya tadi!

Semua salah pisang goreng cheese tak guna milik abangnya ini!








"ASSALAMUALAIKUM " laungan salam diberi sebelum pintu rumah tersebut dibuka. Senyuman tipis diberikan kepada wanita tersebut lalu dia menunduk sebagai tanda hormat kepada wanita di hadapannya itu.

"Ah Fakhrul. Waalaikumsalam, jemput  masuk" pintu rumah dibuka seluasnya sebelum  Fakhrul memasuki rumah tersebut.

"Kejap ye Fakhrul. Dhia kat atas tengah bersiap. Makan tengah hari kat sini sekali lah ye? Alang-alang tu boleh jumpa ayah si Dhia ni" ujar Puan Natasya sambil memandang Fakhrul atas bawah.

Hm, he's change a lot.

Makin segak! Patutlah Dhia berkenan sangat dengan Fakhrul. Atas bawah semunya kemas. Perfect!

"Boleh je aunty. Saya tak ada masalah pun. Lagipun haritu Dhia ada bagitahu dekat saya yang Encik Razif pun nak jumpa saya. So, boleh saja" Senyuman manis diukir di bibir wajah Fakhrul walaupun hatinya hanya Tuhan saja tahu betapa debarnya dia sekarang.

Puan Natasya mengganguk. "Kalau begitu Fakhrul duduk dulu dekat sini ye, aunty nak pergi siapkan makanan" kakinya terus bergerak ke ruang dapur.

Mata Fakhrul tertancap pada kaki yang sedang turun dari tangga tersebut. Ah-cantik betul Dhia ni! Memang ciri bakal ibu dan wanita idaman lelaki. Senyuman terus mengukir di bibir Fakhrul sambil memandang Dhia yang sungguh cantik seperti bidadari lagi lagi dengan pakaian baju kurung Pahang yang berwarna biru cair dengan bercorak bunga kecil ditambah tudung bawal berwarna biru sedondon dengan baju kurungnya itu.

She's angel. Perfect angel.

"Hai Fakhrul sayang! Dah lama ke sampai? Sorry baru siap. Cantik tak saya harini?" Fakhrul memandang Dhia tidak berkelip langsung matanya. Terpukau dengan kecantikan Dhia.

"Fakhrul!" Bahu Fakhrul ditampar perlahan oleh Dhia. Terus tersedar Fakhrul daripada melihat keindahan dan kecantikan seorang gadis yang bernama Dhia ini. Untung saja siapa yang memiliknya.

Hiks, aku lah tu.

"Ah ye sayang? Sorry saya tak dengar. Terkejut tengok awak cantik sangat" Matanya masih kekal memandang Dhia yang duduk di sofa hadapannya.

Dhia mengukirkan senyuman nipis "Saya tanya dah lama ke awak sampai? Sorry lah buat awak tertunggu"

"Tak adalah. Baru saja sampai" Dhia mengangguk perlahan. Suasana kembali sepi. Tidak tahu apa yang ingin diucapkan.

"Awak cantik sangat" Dhia terus memandang Fakhrul yang asyik memandangnya dari tadi. Bukan dia tidak perasan akan pandangan Fakhrul itu. Sebab itu dia diam saja.

"Er- biasa je lah. Macam awak tak pernah temgok saya pakai macam ni" Gugup Dhia membalas penyataan yang dilontarkan oleh Fakhrul. Hujung tudungnya dipintal-pintal. Memang perangai Dhia sebegitu. Kalau dia rasa debar atau dalam keadaan yang gugup dia akan memintal tudungnya untuk mengurangkan rasa tersebut.

"Comel tengok awak blushing macam ni. Rasa macam awal-awal kenal awak dulu" Dhia hanya mampu membalas dengan senyuman sahaja.

"Erm awak, saya sebenarnya nak ke tandas dari tadi ni. Nak lepas hajat. Kat mana tandas eh?" Dhia memandang Fakhrul lalu tergelak perlahan. "Kenapa tak bagitahu awal-awal tadi sian dia menahan ye. Patutlah muka macam ayam berak kapur. Awak terus lalu belok kiri. Tandas kat situ je" Ujar Dhia lalu Fakhrul terus bangun dan bergerak menuju ke tandas

"Jangan lupa basuh pulak!" Sengaja Dhia mengusik Fakhrul yang laju berjalan menuju ke tandas.

Ting! Ting! Ting!

Notifikasi dari telefon Fakhrul menarik perhatian Dhia. Kepalanya terus berpusing kiri dan kanan untuk melihat selamat atau tidak.

Okey, line clear!

Telefon diambil sebelum matanya tertancap pada notifikasi yang terpapar di telefon tersebut.

Love
-I miss you

Love
-Bila you nak balik. I rindu nak peluk you. I rindu bau badan you.

Love
-Take care kat sana tau. Jangan nakal-nakal. Jangan menggatal. I tahu you menggatal kat Malaysia sekarang jugak I balik Malaysia.

Love
-I love you Fakhrul

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top