Bab 61
LANGKAH kakinya bergerak menuju ke tempat kerjanya. Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru cair lalu dipadankan dengan outer cardigan berwarna biru gelap. Tudungnya pula berwarna krim cair serta seluar slek berwarna hitam dan tidak dilupakan loafer rendah. Dhia bergerak langkah menuju ke tempat kerjanya.
Ya, seperti yang dijanjikan dahulu oleh majikannya di mana setelah setahun menjaga perniagaan agensi pelancongan di Switzerland, anak kepada majikannya telah mengambil alih dan kini dia kembali ke tempat lamanya.
"Ah rindunya bau office ni" gumam Dhia di dalam hati. Tangan kananya menolak pintu masuk pejabat tersebut. Bunyi loceng apabila pintu ditolak menarik perhatian kakitangan pejabat tersebut. Terus beberapa mata menatap Dhia yang berdiri tersenyum seperti kerang busuk.
"Dhia?" soal Aisya. Matanya dikecilkan untuk memastikan dia tidak salah orang. Dhia Andara ke yang sedang berdiri di hadapan pintu itu?
Dhia tersenyum lalu terus bergerak laju menuju ke Aisya. Barangnya diletakkan ke bawah lalu terus memeluk Aisya sebelum sempat Aisya memberi reaksi. Lama sedikit, tangan Aisya naik membalas pelukan Dhia.
Orangnya masih sama, dia Dhia Andara.
"Ya Allah rinduya Aisya kat Dhia. Ingatkan Dhia dah berhenti terus dah" ucapnya sebaik sahaja pelukan dileraikan. Dhia tergelak perlahan menepuk peha Aisya.
"Tak la, saya pun baru je pulang 3 minggu lepas, setelkan urusan kat rumah baru masuk kerja. Boss pun kata okay, saya apa lagi okay la" balas Dhia. Tangannya naik melambai ke arah pekerja-pekerja lain yang memerhatikan adegan mereka berdua sebentar tadi. Ada yang dia kenal dan ada juga tidak, mungkin pekerja baru ataupun pelajar yang sedang menjalankan internship di syarikat ini.
Aisya mengangguk faham. Dia berdiri lalu menepuk-nepuk tangannya memberi isyarat kepada pekerja lain untuk memberi perhatian kepadanya. "Pengumuman, pengumuman. Aisya nak habaq sikit ni" lalu ditarik Dhia rapat dengannya.
"Aisya perkenalkan Dhia Andara, pekerja lama syarikat ini. Sebelum ni dia dihantar ke Switzerland untuk jaga company dekat sana dan harini dia kembali semula ke sini. Ada yang mungkin kenal ada yang tak. Pada pekerja baru kalau nak dapat tips boleh tanya Dhia. Dia anak kesayangan boss. Hihi" kata Aisya kepada semua pekerja di situ. Dhia tergelak perlahan lalu digelengkan kepalanya. Ada-ada sajalah Aisya ni. Celoteh betul mulutnya.
"Jom Aisya hantar Dhia kat tempat Dhia, kosong seat tu since Dhia tiada. Boss memang takk bagi siapa-siapa pun kat situ. Special katanya" ucap Aisya lagi lalu ingin membantu Dhia mengangkat barangnya sebelum tangannya terhenti memandang satu bekas kedap sejuk dan beg peralatan breastfeeding.
Aisya memandang Dhia yang masih tersenyum pada pekerja lain, "Dhia dah ada baby ke?" soal Aisya terkejut. Dhia yang mendengar soalan tersebut terus memandang Aisya lalu angguk perlahan. "Dah nak masuk 6 bulan dah"
Bekas kedap sejuk dan beg peralatan breastfeeding diambil daripada tangan Aisya. Serba salah pula dia kepada Aisya tidak memberi tahu apa-apa pasal dirinya di sana. Itu yang terkejut si Aisya ini.
Badan Aisya disenggol oleh Dhia, "Jom kita duduk kat tempat Dhia, lepastu Dhia cerita". Ajak Dhia lalu menarik tangan Aisya untuk kembali ke meja lamanya.
Aisya ada misi. Ya, misi untuk korek rahsia Dhia dari awal sehingga sekarang!
Kepochi si Aisya dah kembali!
Mama Mariam MIL
- Assalamualaikum Dhia, mama nak tanya. Dhia free ke hujung minggu ni?
- Kalau free mai la rumah, mama rindu si kecik tu.
- Aidan tak ada hujung minggu ni, dia outstation, jangan risau. Boleh eh?
Pesanan Whatsapp daripada ibu mertuanya dibaca dalam hati. Otaknya berfikir-fikir ingin memberi jawapan apa yang sesuai untuk ibu mertuanya.
"Haih kalau cakap tak nak nanti kesian pula kat mama" Gumamnya sendirian. Jarinya kemudian mengetik papan kekunci pada telefon bimbitnya.
Dhia
- Waalaikumsalam mama, InshaAllah Dhia free je
Tulisnya sebelum butang hantar ditekan. Lega apabila pesanan daripada Datin Mariam dihantar. Dhia sebenarnya tiada masalah langsung untuk berjumpa ibu dan bapa mertuanya. Cuma yang menjadi isu buat dirinya adalah suaminya, ayah kepada anaknya. Aidan Firash. Sedaya upaya dia mengelak untuk berjumpa. Walaupun sudah setahun lebih memori itu terjadi namum hatinya masih berparut. Pakai bio-oil pun belum tentu parut tersebut boleh hilang.
Mama Mariam (MIL)
- Alhamdulillah, terima kasih Dhia menantu kesayangan mama. Jumpa hujung minggu ini!
Balasan daripada Datin Mariam dibaca melalui notifikasi yang muncul di skrin utama telefon bimbitnya. Bibirnya naik sedikit tersenyum. Alhamdulillah, ibu dan bapa mertuanya masih menerima dirinya walaupun dia memilih melarikan diri daripada anaknya.
HUJUNG minggu sudah tiba, seperti yang dijanjikan oleh Dhia, dirinya kini berdiri di hadapan rumah villa milik Dato' Ismail dan Datin Mariam. Sebelah tangannya pula mendukung Hayder yang turut memeluk erat lehernya sehingga tudungnya yang tadi terbentuk kini sudah senget sedikit.
Tidak lama kemudian, muka seronok Datin Mariam disusuli Dato' Ismail yang berada di belakangnya datang menghampiri kepada Dhia dan Hayder.
"Assalamualaikum menantu mama dan cucu nenek!" Ucap salam diberi oleh Datin Mariam. Tangannya lekas memeluk menantunya. Pipi Dhia kiri dan kanan dicium sebelum Dhia naik menghulurkan salam kepadanya.
Datin Mariam kemudian mendepa dan menghulur kedua-dua tangan sedikit untuk mengambil Hayder daripada pelukan Dhia. Melihat tangan yang dibuka oleh Datin Mariam, Hayder lekas tersenyum riang dan turut angkat tangan meminta untuk didukung.
"Amboi tak takut langsung ye dengan orang" Ujar Dato' Ismail yang turut bersama dengan isterinya menjemput Dhia. Dhia gelak perlahan lalu mengeleng kepalanya. Anaknya ini cuma takut dengan Rafael saja. Tiap kali nampak abangnya itu, pasti si Hayder menangis tak tentu hala.
Sah abangnya Rafael ada buat sesuatu yang Hayder tidak suka. Itu yang Hayder jadi begitu pada Rafael.
Tangan kanan dihulur untuk turut salam Dato' Ismail. Dato' Ismail membalas salam tersebut lalu kepala Dhia diusap lembut.
"Dah, dah jom masuk nak dekat maghrib dah ni, jap lagi kita dah boleh makan, kan Hayder!" Agah Datin Mariam mengajak Dhia masuk ke dalam rumah villanya. Dato' Ismail mengangguk lalu mengambil beg Dhia yang berisi beberapa botol susu milik Hayder serta barang-barang kelengkapan Hayder yang lain tanpa disuruh.
Hati Dhia tersentuh. Ya Allah baiknya keluarga ini. Dirinya bersyukur sangat.
"Terima kasih pa" Ucap Dhia lalu Dato' Ismail hanya tersenyum. "Untuk Dhia semua boleh"
SEBUT saja nama makanan pasti semua ada di atas meja ini. Rambang mata Dhia melihat kepelbagaian jenis masakan yang sedang berada di hadapannya. Ini nak jemput seorang makan atau satu kampung makan?
"Jemput makan Dhia, bukan mama yang masak pun. Bibik yang masak semua ini. Mama cuma tolong-tolong mana yang perlu saja" Terus Datin Mariam berkata apabila melihat muka Dhia yang seakan terkejut melihat makanan yang banyak di hadapannya.
Aryan yang melihat ibunya berkata sebegitu terus mencelah "Eleh, mama lepas dapat tahu Kak Dhia nak datang, terus dia suruh si bibik buat list semua makanan favorite Kak Dhia, mama sampai call Aunty Natasha la nak tahu Kak Dhia suka makan apa, ni kerusi baby chair ni baru beli ni kalau Kak Dhia nak tahu lah" Tanpa simpang mana-mana terus lurus tepat dan padat jawapan Aryan.
"Ye kak, ini baru sikit. Kejap lagi kita pergi ruang tamu pulak, bersusun mainan baru mama dengan ayah beli sebab nak sambut Hayder ini. Sikit lagi Arya ingat rumah ni dah buat pusat jagaan kanak-kanak" Sambung pula Arya yang duduk di sebelah kananya. Dhia hanya mampu tertawa melihat luahan hati daripada dua beradik itu. Jujur hatinya sangat tersentuh apabila kedua-duanya melayannya seperti dahulu.
Tidak berubah malah Dhia rasa semakin bertambah layanan istimewa dterima.
"Ala bukan selalu rumah kita ada kanak-kanak. Ini pula cucu pertama mama, mestilah mama nak layan dan bagi kasih sayang secukupnya. Dulu dahlah tak dapat tengok masa Hayder lahir-" Sedar dirinya terlantas kata. Cepat-cepat tangan naik menutup mulutnya.
Suasana sunyi seketika. Dhia menelan air liurnya. Aryan dan Arya pula diam memandang sesama sendiri. Dato' Ismail naik menjungkit keningnya. Hanya bunyi mulut Hayder sahaja yang berbunyi pada ketika itu.
"Ma...Dhia minta maaf-"
"Eh tak tak, mama yang salah cakap. Mama tak patut cakap macam tu. Mama tak sengaja. Maafkan mama ye Dhia?" Tangan Datin Mariam terus pantas memeluk Dhia yang masih terkedu itu. Perlahan-lahan tangan Dhia naik membalas pelukan tersebut.
"Uwerk" Bunyi tangisan Hayder mula mengisi kekosongan bunyi tersebut. Dhia meleraikan pelukan antara dirinya dan Datin Mariam lalu membuka tangannya ingin mengambil Hayder daripada Datin Mariam yang dari tadi memegangnya.
"Kesian mama. Hayder dahlah berat, gemuk pula tu" Ujarnya sambil tangannya menepuk punggung Hayder. Melihat tangisan yang masih tak berhenti itu membuatkan Dhia naik matanya melihat jam yang tergantung di dinding.
"Oh patutlah dah pukul lapan malam" Sambungnya lagi. Dhia menolak kerusi tersebut kebelakang. Semua yang berada di meja makan tersebut hanya memandang Dhia apabila melihat dirinya berdiri dan masih nenepuk perlahan punggung Hayder
"Kamu nak ke mana Dhia? Balik ke?" Soal Datin Mariam. Terbit kerisauan pada Datin Mariam. Risau jika menantunya terasa atau merajuk atas ketelanjuran kata-katanya sebentar tadi.
Dhia menggeleng perlahan. "Tak pun mama. Pukul lapan ni biasanya waktu Hayder tidur. Memang dia kalau menangis maksudnya dia dah mengantuk nak tidurlah tu. Baby kan tidur kena lama" Balasnya kepada soalan Datin Mariam. Keempat-empat anak beranak itu hanya mengangguk faham.
"Mama boleh pegangkan Hayder kejap? Dhia nak panaskan breast milk kejap. Boleh ke Dhia nak pinjam air panas sikit nak rendam susu?" Datin Mariam mengangguk laju lalu mengambil semula Hayder yang masih tidak berhenti nangis itu.
"Ambil Dhia. Buat macam rumah sendiri. Ini pun rumah Dhia. Kak Esah! Tolong Dhia kejap!" Arah Dato' Ismail. Kak Esah yang mendengar namanya dipanggil laju bergerak ke arah Dhia yang sedang mengeluarkan susu dari 'cooler box' yang dibawanya dari rumah. Semua susunya sudah berada di dalam botol susu jadi mudah buatnya. Tidak perlu pindahkan dari pek bag susu ke dalam botol. Yang ini hanya perlu rendam dalam air panas kemudian boleh beri terus kepada anaknya itu.
Selang beberapa minit kemudian, susu yang suam panas itu diletakkan di atas meja makan. Tangannya naik semula mengambil Hayder yang masih menangis daripada dukungan Datin Mariam.
Kemudian, botol susu tersebut disua pada mulut Hayder. Dengan pantas, Hayder terus menghisap botol susu tersebut. Hilang esakan Hayder daripada tadi. Sambil itu, Dhia menepuk perlahan-lahan punggung Hayder dan digoyang sedikit badannya kiri dan kanan seperti buaian yang sedang bergerak. Tidak lama kemudian mata Hayder tertutup perlahan-lahan, puting botol susu yang dihisap dari tadi oleh Hayder terlepas daripada mulutnya.
Datin Mariam terkedu. Dato' Ismail hanya tersenyum nipis. Tidak sampai 15 minit masa yang diperlukan untuk menidurkan Hayder si gemuk itu.
"Dia tak hisap puting ke Dhia?" Soal Datin Mariam melihat Hayder lena. Dhia mengeleng saja. "Tak ma, daripada baby lagi dia tak nak puting. Buaian pun dia tak nak. Hayder ni memang sangat-sangat menyenangkan ma. Memang tak banyak ragam" Balas Dhia. Ya, Hayder memang anak yang menyenangkan dirinya. Hayder seperti anak yang faham dengan keadaan dirinya sebagai 'ibu tunggal' semasa di Switzerland.
Datin Mariam hanya mengangguk faham. Melihat tangan Dhia yang kadang kala menarik semula Hayder yang semakin jatuh membuatkaan dirinya kasihan.
"Letak Hayder dalam bilik, Dhia. Nanti mama suruh bibik tengok-tengokkan. Kesian Dhia tak makan lagi" Ujar Dato' Ismail memberi pandangan. Dhia hanya mengerut. Bilik?
Melihat Dhia mengerut dahinya. Datin Mariam seolah faham dengan tanda tanya yang timbul dalam diri Dhia. "Ya, bilik kamu dengan Aidan. Letak je dalam bilik tu"
Dhia mengemam bibirnya. Adeh, bilik mereka ye? Segan pula hendak masuknya walaupun tuannya tiada.
Namun tiada tolakan daripada Dhia. Dhia mengangguk faham. Kakinya perlahan-lahan naik mendaki tangga sambil mendukung Hayder yang lena terlelap.
Sesampai sahaja di hadapan pintu, Dhia terus memusingkan tombol pintu tersebut lalu membuka pintu bilik Aidan. Kakinya terus bergerak laju ke arah katil.
Tidak langsung memikirkan apa-apa, tujuannya hanya ingin meletakkan Hayder di atas katil. Dhia menarik duvet katil tersebut lalu meletakkan Hayder perlahan-lahan ke atas katil. Usai sahaja misi meletakkan Hayder ke atas katil tanpa terjaga berhasil, terus tangannya naik menepuk kembali punggung Hayder memastikan Hayder lena.
Senyap seketika suasana tersebut sebelum dipecahkan dengan bunyi tombol pintu dari tandas.
Mata Dhia laju memandang pintu tandas tersebut. Berkira-kira siapa yang berada dalam tandas itu.
"Dhia..."
"Aidan!"
Assalamualaikum semua.
Pertama sekali, saya tidak tahu jika masih ada pembaca cerita ini ataupun tidak. Saya tahu saya lambat, ikut garis masa dan perancangan saya cerita ini patutnya dah habis lama tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan bukan?
Saya face banyak upside down dalam hidup saya. Setiap tahun saya plan untuk update tapi tiap kali itu mesti tiada masa. Cerita ini seingat saya, saya karang masa saya zaman STPM sekarang saya dah nak habis Degree dah pun. Saya tak tahu jika saya sempat habiskan atau tak but my plan adalah untuk siapkan. First novel wattpad saya, jadi memang besar harapan saya untuk habiskan.
Saya tak tahu macam saya kata masih ada penyokong atau tidak tapi terima kasih! Maafkan saya!!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top