Bab 62
"DHIA..." Terpancul satu nama meniti di bibirnya apabila melihat wanita yang sedang berada di atas katil miliknya. Isterinya.
Ya isterinya.
Suara yang dia kenal. Suara yang pernah menjadi igauan dan mimpi sedih buat dirinya. Tunak mata Dhia beralih memandang ke arah Aidan yang berdiri di hadapan pintu tandas tersebut.
"Aidan!" Naik satu oktaf nada suaranya menyebut nama tersebut. Satu nama yang paling dielak oleh dirinya.
Lantas Dhia berdiri dan mengambil semula Hayder yang sedang lena baring di atas katil tersebut.
"Uwerk" Bunyi tangisan dari Hayder mengalih perhatian mereka berdua. Terkejut barangkali Hayder apabila ibunya mengangkat dirinya yang baru sahaja kembali lena.
Mata Aidan yang dari tadi memandang Dhia kini memandang anak yang di dalam pelukan Dhia.
Tangan Dhia cepat-cepat mendodoi Hayder agar untuk berhenti nangis dan tidur semula. Kiri kanan goyangan tangannya bergerak sebelum suara Hayder perlahan-lahan hilang dek lena kembali dibuai mimpi.
Aidan hanya mampu melihat adegan tersebut. Berdiri kaget. Diam.
Ingin sahaja dia pergi mendekati kedua-dua figura di hadapan ini.
Ingin sahaja dia mengambil Hayder daripada pelukan Dhia.
Ingin sahaja dia menarik Dhia untuk berada dalam pelukannya lalu mencium dahi isterinya itu.
Tapi Aidan sedar, jika kakinya melangkah satu ke hadapan pasti Dhia akan mengundur ke belakang satu langkah.
Mata Dhia yang tadi tertumpu pada anaknya kini naik memandang lelaki di hadapannya ini. Hatinya usah kata, berdegup kencang apabila melihat Aidan yang separa bogel dengan sekadar tuala di pinggangnya. Rambutnya yang masih basah menitik di pandang. Jambang halus mula tumbuh di sekitar dagu sehingga rahangnya. Badannya yang kini semakin tegap. Semuanya di pandang oleh Dhia tidak berkelip.
Miliknya dahulu.
Sedar dirinya dipandang Aidan cepat-cepat pergi ke almari mengambil sehelai T-shirt hitam lalu disarung olehnya.
Dhia diam, kakinya kaku. Tidak tahu ingin buat apa. Semuanya berlalu dengan pantas.
"Dhia..." Panggil Datin Mariam sebaik sahaja dia membuka pintu. Dia terlupa. Datin Mariam subgguh terlupa anak sulungnya tidak pergi bekerja di luar kawasan seperti yang diberitahunya kepada Dhia tempoh hari.
Mata Dhia dan Aidan memandang Datin Mariam yang berdiri di hadapan pintu bilik tersebut. Di belakang Datin Mariam ada Arya dan Aryan yang tersenyum-senyum melihat mereka.
"Dhia, mama minta maaf. Mama lupa nak bagitahu kamu. Aidan tak jadi pergi outstation. Dia cancel outstation dia. Ya Allah. Mama lupa sangat nak bagi tahu kamu. Mama minta maaf sangat-sangat Dhia" Sungguh-sunguh Datin Mariam memohon maaf daripada Dhia. Dirinya diselubungi rasa serba salah.
Dia pun baru tahu pada hari ini Aidan tidak jadi pergi bekerja di luar kawasan. Keseronokan dirinya yang ingin menyediakan persediaan menjemput Dhia dan Hayder datang ke rumahnya membuatkan dia terlupa untuk memberi tahu perkara ini kepada Dhia.
Dhia menarik nafas perlahan-lahan. Matanya memandang ibu mertuanya lalu tersenyum nipis sambil mengeleng kepalanya. "Tak apalah mama. Tak apa. Dhia okay je" Ucapnya ikhlas. Ibu mertuanya tidak bersalah. Kenapa dia harus marah?
Datin Mariam yang melihat Dhia masih memeluk Hayder segera mendekatinya. Faham. Dia faham situasi Dhia sekarang.
"Tak apalah, mama faham. Kalau macam tu meh sini Hayder tu mama letak dalam bilik mama. Mama minta Kak Esah temankan Hayder tidur sementara kita pergi makan" Perlahan-lahan lengan Dhia ditarik untuk keluar dari bilik tersebut. Aidan dari tadi hanya menjadi pemerhati. Aryan yang perasan suasana tegang tersebut bergerak mendekati abangnya.
"Sabar abang, lama-lama nanti mesti Kak Dhia okay. Abang jangan mengalah. Aryan tahu dari mata Kak Dhia tu dia masih sayangkan abang" Aryan memberi kata-kata semangat buat Aidan untuk tidak mengalah. Tangannya naik menepuk bahu Aidan lalu bergerak sambil menutup pintu semula keluar untuk kembali ke meja makan.
Aidan diam. Matanya tertutup kejap. Kepalanya tunduk.
"Ya Allah, kau kembalikan isteri aku, Dhia Andara Binti Razif kembali ke pangkuan aku. Aku rindu dia Ya Allah. Aku janji, aku akan jaga isteri dan anak aku dengan baik. Kau lembutkan hati isteri aku Ya Allah, pada-Mu sahaja aku mohon"
RINTIK hujan yang tadi hanya renyai kini semakin lebat ditambah dengan guruh yang seperti saling berlawan antara mereka. Dhia mengeluh seketika. Suasana sejuk dingin mula dirasai pada dirinya yang sedang duduk di pondok villa milik Dato' Ismail dan Datin Mariam.
"Macam mana aku nak balik ni?" Gumamnya perlahanya. Bertanya soalan kepada dirinya sendiri. Jam pula telah menunjukkan jap 11:00 malam. Dia mahu pulang.
Huaaaa macam mana ini.
Ruang kosong di sebelahnya diduduki oleh seseorang. "Dhia menung apa?" Soal Dato' Ismail sebaik sahaja dia menghenyak punggungnya ke atas pondok tersebut.
"Oh, Dhia tengah fikir nak balik macam mana. Hujan lebat pula tiba-tiba ni. Risau nak balik waktu-waktu begini" Balasnya. Dahlah hari makin malam. Kalau dulu dia seorang, tak apa lah. Dhia tak kisah. Tapi kini keadaan telah menjadi lain. Dhia harus memikir keadaan anaknya juga.
Dato' Ismail hanya mengangguk faham.
"Dhia nak minta tolong abang Rafael ambik tapi rasanya abang tak ada kat rumah harini kalau tak silap Dhia" Sambungnya lagi.
"Tak payah la balik Dhia, tidur sini. Hari pun dah lewat. Bahaya balik malam-malam dengan Hayder sekali" Cadang Dato' Ismail. Dia pun risau jika apa-apa terjadi pada anak menantu dan cucunya jika mereka berdua pulang juga pada waktu malam sebegini.
Erk! Apa nak jawab ini? Kalau tidur sini nak tidur mana? Baju pula nak pakai baju siapa?
Aduh!
Dhia hanya diam. Tidak tahu ingin membalas apa.
"Dhia? Macam mana?" Soal Dato' Ismail apabila menantunya tidak memberi sebarang jawapan. Dato' Ismail memandang Dhia yang tunduk daripada tadi.
"Dhia tidur sini la ya? Dhia nak tidur dengan Arya pun boleh, bilik Arya tu pun luas setakat Dhia dengan Hayder apalah sangat" Celah Datin Mariam yang kini duduk sebelah kiri Dhia. Sedari tadi, Datin Mariam hanya melihat dari jauh komunikasi antara bapa mertua dan menantu. Tidak mahu ingin masuk campur. Risau jika tersalah kata.
"Lagipun Hayder dah tidur lena tu. Mama kesian dan risau juga kalau kamu balik berdua dengan Hayder waktu-waktu macam ni. Tidur sini eh?" Tangan Dhia diambil lalu diletakkan di atas pehanya. Perlahan-lahan tangan wanita tua berumur 50-an itu mengusap tangan Dhia. Lagaknya seperti sedang memujuk anak perempuan menantu ini untuk tidur di sini buat hari ini.
"Tapi mama, Dhia tak bawak baju-"
"Ada, ada. Aidan ada simpan baju Dhia kat sini" Terus dipotong oleh Datin Mariam. Tahu saja soalan itu akan terpacul keluar dari bibir Dhia.
Dhia kaget seketika. "Baju Dhia ada kat sini?" Soalnya untuk memastikan jawapan tersebut dia tak salah dengar.
"Ada Dhia. Masa kamu tak ada kat sini, Aidan selalu balik ke rumah ni dan bawa beberapa helai baju kamu. Dia kata kalau satu hari nanti Dhia datang balik, baju Dhia ada kat sini" Datin Mariam menjelaskan perkara tersebut.
Ingatnya lagi pada tahun lepas selepas beberapa minggu Dhia meninggalkan Aidan dan mereka semua, Aidan akan balik ke villa ini setiap minggu serta membawa beberapa kelengkapan pakaian Dhia cukup dari atas sampai ke bawah. Apabila disoal, Aidan hanya membalas, jika satu hari nanti Dhia kembali, baju isterinya sudah lengkap di sini.
Termakbul doa Aidan. Akhirnya isterinya kembali dan baju yang dibawa dulu boleh digunakan pada hari ini.
Dhia sedikit tersentuh. Mengangguk faham.
"Oh kalau macam tu, okay mama. Dhia tidur kat sini untuk hari ini"
TOMBOL pintu dipulas ke kiri lalu dengan perlahan ditarik ditutup semula perlahan-lahan. Suara kecil Hayder yang sedang babbling sendirian itu ditutup olehnya.
Bising betul la anak Dhia Andara ini.
Dhia kemudian mengerakkan kakinya bergerak ke arah tangga untuk turun tangga. Niatnya ingin ke dapur ingin mengambil air sambil melayan anaknya yang terjaga pada jam tiga pagi ini.
Ya, tak salah baca.
Tiga pagi.
Dhia mengambil baby chair lalu diletakkan Hayder ke dalam kerusi tersebut. Sebaik sahaja Dhia meletakkan anaknya terus dia mencubit pipi gebu Hayder.
Geram!
Hayder terkekek-kekek ketawa apabila diagah begitu oleh ibunya.
"Hayder tunggu kejap. Mommy nak ambik air, haushhh" Ujarnya walaupun dia tahu anaknya tak faham pun dengan apa yang diperkatakan olehnya.
"Mana pulak cawan dekat rumah ni?" Soalnya sendirian. Matanya meliar mencari cawan yang boleh dijumpai di dapur itu. Andai kata cawan yang dijumpa berbentuk itik pun dia sanggup. Tekaknya begitu haus sekarang ini.
Seluruh kabinet-kabinet dibahagian bawah dibuka untuk mencari segelas cawan. Tapi hasilnya menghampakan.
Tiada!
"Rumah ni tak minum air guna cawan ke?" Soalnya lagi sendirian. Sebelah tangannya dipinggang manakala sebelahnya lagi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Tangannya kini mula membuka kabinet bahagian atas sehinggalah di bahagian satu kabinet mempunyai cawan yang pelbagai bentuk.
"Lah sini rupanya kau" Ujarnya lagi sendirian. Tangannya diangkat ingin mengambil cawan tersebut tetapi kalini masalah lain pula timbul.
Tidak sampai!
Dhia mengeluh kasar. Apa susah betul lah rumah ni nak guna cawan pun letak tinggi-tinggi betul!
Tangan Dhia sekali lagi cuba mencapai cawan tersebut. Tangannya menguis-nguis tangkai cawan yang paling dekatnya. Dengan perlahan-lahan cawan tersebut bergerak sedikit demi sedikit sebelum sampai ke hadapan. Dhia menjongket sekali lagi lalu menguis jarinya lagi untuk menarik cawan tersebut sehinggalah cawan tersebut terjatuh keluar dari kabinet.
"Dapat!" Tangan itu sempat menangkap cawan itu dari terjatuh ke lantai.
Cawan tersebut kemudian dihulur pada Dhia.
"Aidan..." Ujarnya perlahan yang Dhia yakin hanya mampu didengari olehnya.
"Ya sayang?" Balas Aidan. Suara rendah itu membuatkan bulu roma Dhia meremang halus.
Tangannya masih menghulur cawan tersebut kepada Dhia.
Jantung Dhia berdegup kencang. Kenapa waktu begini ya dia harus terserempak dengan Aidan di dapur. Dahlah semua orang tengah tidur pada waktu begini.
Dhia berdehem lalu mengambil cawan tersebut dari tangan Aidan sebelum cepat-cepat mengisi air dari Coway lalu diteguk selaju mungkin.
Hatinya telau memberi isyarat untuk dia dan Hayder berangkat segera daripada kawasan ini.
"Dhia..." Panggil Aidan lagi sekali. Dhia pejam matanya sebentar. Cawan dibilas diletakkan di tepi sinki. Dhia pusing lalu bergerak melintasi Aidan ingin mengambil Hayder yang menjadi saksi dan penonton adegan mereka berdua.
Dengan pantas, Aidan memaut tangannya pada lengan Dhia. Menghalang Dhia untuk pergi.
"Please sayang, just let me talk with you for a while" Dengan harapan Aidan meminta. Tangannya yang dipaut erat pada lengan Dhia tidak mahu melepaskan pegangan tersebut. Matanya memandang belakang Dhia yang tidak bertudung itu.
Rindunya dia akan figura ini. Dari belakang saja pun dah cukup cantik, manis. Rambut hitamnya yang panjang disanggul longgar. Baunya yang manis seperti bau gula-gula kapas sungguh membangkitkan lagi rasa rindu Aidan pada isterinya.
Dhia yang sedang memandang ke arah Hayder hanya mampu terdiam. Otaknya ingin menolak permintaan Aidan tapi hatinya memberontak supaya memberi Aidan peluang untuk bercakap dengannya.
"10 minutes" Putus Dhia memberi jawapan kepada permintaan Aidan.
Sepuluh minit cukup lah kan?
Aidan tersenyum. Syukur kali ini isterinya memberi peluang. Sepuluh minit pun cukup untuk dia asalkan isterinya tidak lari meninggalkan dirinya lagi.
"Err your hand, please?" Terus Aidan melepaskan tangan yang sedang berpaut pada lengan Dhia.
Dhia menarik kerusi di sebelah baby chair anaknya.
"Your 10 minutes start now" Ujarnya sebaik sahaja dirinya duduk di kerusi tersebut. Aidan mengangguk faham. Dua cawan yang berisi air kosong dibawa lalu satu diletakkan di hadapan isterinya dan satu lagi buat dirinya.
"I'm sorry, sayang. Abang minta maaf" Enam patah perkataan yang penuh diselubungi rasa penyesalan terhadap isterinya akhirnya dikeluarkan lagi sekali diberi buatnya.
Dhia hanya mampu mengemam bibirnya. Nafas dihela perlahan. Tiada jawapan diberi. Tangannya naik menguis rambut anaknya yang semakin panjang.
Dulu, ayat itu lah yang dia paling ingin sekali dengar daripada mulut lelaki di hadapannya.
Ayat yang paling bermakna
Ayat yang mampu memadam segala api kemarahan
Ayat yang mampu menutup luka pada hatinya
Ayat yang mampu menghentikan tangisannya.
Tapi, itu dahulu bukan sekarang. Dia dah tinggalkan masa lalu pada masa lalu dan yang berada di hadapan suaminya ini bukannlah Dhia Andara yang dahulu.
"Ba..ba..ba" Bising Hayder berceloteh bahasa pelat bayi. Membuka suasana yang sunyi menunggu balasan daripada sang isteri.
Dhia mengeluh sekali lagi. "There's nothing left to talk about Aidan. Kita seharusnya dah bawa haluan masing-masing. Saya dengan hidup saya dengan Hayder dan awak..." Jedanya sebentar sebelum menyambung ayatnya. Pahit untuk disambung. Air liur diteguk sekali.
"Dan awak boleh teruskan hubungan awak dengan Alisa. Our marriage .... it was just a mistake to you, right? After all we should not meet pun patutnya" Sambungnya lagi untuk menghabiskan ayat yang tergantung.
Aidan pula kali ini diam. Perit untuk diterima kenyataan yang dilontarkan oleh isteirnya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Matanya naik memandang Dhia seketika sebelum beralih memandang ke arah anak lelakinya ini.
"Tapi sayang, is there no chance for me to fix all of this thing? Abang tahu semua tu sayang. Setiap satu. Abang tahu abang silap. Abang tahu abang tak patut pun buat macam dekat sayang. Abang salah. Tolong sayang...bagi abang peluang untuk betulkan semula..." Pintanya mendayu. Biarlah jika Dhia nampak dia lelaki yang lemah. Dia perlukan isteri dan anaknya untuk hidup.
Tiada langsung dalam hatinya terdetik untuk berpisah.
"Entahlah Aidan, one year ago I wish that you talk to me like this. But its one year ago...now saya dah tak rasa apa-apa...dah lama. Apa yang awak cakap dekat saya sekarang langsung tiada bagi apa-apa kesan pada saya" Ujarnya. Tampak tenang tapi hatinya berdegup kencang taktala ingin mengeluarkan bait-bait ayat tersebut.
Aidan hanya mampu mengangguk faham. Dia tidak mahu memaksa. Matanya masih ralit memandang Hayder yang berada di sebelah isterinya.
"Tapi we still can be good co-parenting kan? Kalau Dhia sudi, izinkan abang untuk jaga Hayder juga? Hayder anak abang. Anak yang abang tak sempat jadi ayah dari awal. Izinkan abang untuk pegang, peluk dan bermain bersama dia, sayang. Abang nak dia membesar dan tahu dia ada seorang ayah. Tolong sayang?" Pintanya kalini. Permintaan yang dia teringin sangat ingin buat apabila pertama kali melihat Hayder di rumah ibu dan ayah mertuanya hari itu.
Walaupun dihalang oleh Dhia, dia tetap ingin memegang dan bermain dengan anaknya. Namun semua cubaan itu tidak pernah dapat kerana Dhia sentiasa bersama dengan Hayder.
Air mata Dhia yang dari tadi ditahan sedaya upaya akhirnya jatuh menitik menyembah bumi apabila bait tersebit dilontarkan oleh Aidan. Dia tak boleh apabila melihatkan anaknya.
Dhia menarik sedikit lengan bajunya lalu mengelap air matanya. Nafasnya cuba dikawal daripada terus tersedu-sedu dan terus menangis.
Aidan hanya diam memerhati isterinya itu. Kalaulah hubungan mereka baik, sudah pasti perkara pertama sekali dia ingin lakukan ialah memeluk dan memujuk isterinya dari terus menangis. Sakit hatinya apabila melihat Dhia menangis sebegini.
"Saya minta maaf kalau awak rasa saya menghalang awak daripada jumpa Hayder. Saya takut kalau saya bagi peluang tu, awak akan ambil kesempatan untuk ambik Hayder dari saya buat selama-lamanya. Hayder adalah jiwa saya. Dia adalah penguat saya" Ucapnya tersedu-sedu.
Suasana malam yang sunyi dengan keadaan cuaca yang masih hujan di luar berserta lampu yang hanya terbuka di bahagian dapur menambahkan lagi suasana keadaan sedih.
"No sayang! Abang tak pernah sedikit pun terlintas dan berniat nak putuskan hubungan sayang dengan anak kita. At the end he's our son, sayang. Hayder adalah bukti cinta kita berdua sayang. Kelahiran Hayder bukan satu kesilapan. Kejammya abang kalau pisahkan Hayder dari maknya sendiri. Abang cuma nak jadi ayah kepada Hayder yang sebenar-benarnya sayang" Balasnya sungguh-sungguh. Menafikan.
Sumpah! Tidak pernah langsung dirinya terlintas untuk merampas anak kandungnya daripada ibunya sendiri. Lihatlah saja bagaimana hubungan ibu dan anak ini begitu sungguh rapat. Dia bukan watak novel yang merampas anak untuk pujuk ibunya kembali ke pangkuan keluarga.
Suasana kembali sunyi seketika. Dhia pun sudah berhenti menangis. "After all, dia anak awak Aidan. Saya tak akan biarkan anak saya hidup tanpa seorang figura ayah dalam pembesaran dia" Ujarnya. Dia teringat akan nasihat ayahnya agar memberi Aidan peluang untuk mengenali anaknya.
Mungkin ini takdir.
Mungkin ini masa yang terbaik.
Dhia mencuit pipi anaknya supaya memandang ke arahnya. "Hayder sayang, depan ini babah Hayder. Nama penuh Hayder, Muhammad Hayder Daiyan Bin Aidan Firash. Ingatkan? He's your babah, Hayder" Tanganya menunjuk ke arah Aidan yang berada di hadapannya.
Hayder melantun-lantun kecil, tangan comelnya bergerak aktif turut mengikuti tangan maknya yang sedang tunjuk ke arah Aidan.
Sekali lagi mata Aidan dan Dhia saling bertaut. Dhia tersenyum kecil. Tanganya kemudian mengambil Hayder dari baby chair lalu diangkat dan dihulur pada Aidan.
Mata Aidan berkaca-kaca. Tangannya naik menerima Hayder. "Ba..ba..ba" Spontan Hayder berceloteh pelat.
"Ye sayang, babah" Ujar Dhia menahan dirinya daripada menangis. Manakan tidak, adegan yang dia tidak disangka terjadi akhirnya terjadi di hadapannya.
Aidan masih tunduk menilik muka anaknya secara dekat. Buat pertama kalinya sejak pertama kali dia dihalang oleh Dhia, akhirnya dia mampu memegang dan menilik anaknya secara dekat.
Air mata mula jatuh membasahi pipi Aidan. Tangan kecil Hayder memegang pipi Aidan seolah-olah ingin mengelap air mata Aidan yang basah pada pipinya.
"Muhammad Hayder Daiyan Bin Aidan Firash...anak babah" Ucapnya tersedu-sedu lalu mencium pipi kiri dan kanan anaknya. Tangan sasa itu kemudian naik mengusap kepala kecil anak tersebut lalu diambil tangan kecil yang dari tadi bermain di pipinya lalu dicium.
Terima kasih Ya Allah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top