Bab 60
BUAIAN yang sentiasa menjadi tempatnya meluahkan perasaan kini mendapat tempatnya. Kakinya menolak sedikit supaya buaian itu dapat bergerak.
Dhia termenung.
"Dhia?" Cepat Dhia memusingkan kepalanya memandang ke arah Puan Natasya yang sedang berdiri dekat dengannya.
Dhia tersenyum nipis. Dhia bergerak duduk di tepi buaian itu. Memberi ruang kepada Puan Natasya agar dapat duduk bersama.
Puan Natasya tersenyum suka melihat perwatakan Dhia yang semula jadi itu.
"Menung jauh nampak sampai mama panggil banyak kali pun tak dengar. Fikir apa tu?" Soal Puan Natasya. Dhia hanya mengeleng kepalanya.
"Tak lah mana ada fikir apa-apa" Dhia menyangkal kenyataan Puan Natasya. Ibunya mengukir satu senyuman. Melihat mata anak perempuannya sahaja sudah cukup menggambarkan masalah yang sedang wujud dalam diri anaknya.
"Mama tahu apa kamu fikir. Kamu fikir pasal Aidan bukan?"
Dhia mengeleng kepalanya. Ah! Memang itu pun masalah utama dia sekarang. Lelaki yang pernah didambakan dahulu.
"Buang masa Dhia fikir pasal Aidan. Dia dah tak ada kaitan dengan Dhia lagi"
"Kamu boleh cakap begitu tapi kamu lupa anak kamu tu masih darah daging Aidan. Kamu kena fikir juga pasal tu. Kamu tak boleh perasaan kamu seorang sahaja. Hayder perlukan kasih seorang bapa" Lembut sekali Puan Natasya menasihati anak perempuannya ini.
"Dhia boleh jadi ayah pada Hayder. Dhia juga boleh jadi mak kepada Hayder. Hayder tak perlukan ayah yang lain mama. Kami berdua sahaja dah boleh bahagia" Balas Dhia. Tegas saja suaranya.
"Tak sama sayang" Tangan Puan Natasya naik mengusap bahu anaknya. Cuba melembutkan hati keras Dhia.
Kemudian, Puan Natasya mengambil tangan Dhia lalu diletakkan di telapak tangannya. "Beri peluang lagi sekali buat Aidan. Dia dah berubah Dhia. Aidan dah lebih matang daripada sebelum ni"
"Tapi ma, hati Dhia sakit bila pandang muka dia. Kejam ke Dhia kalau Dhia masih tak boleh maafkan dia?" Lirih sekali suaranya. Mengingat kembali adegan yang menghancurkan kepercayaanya terhadap suaminya.
Puan Natasya mengangguk faham. "Mama faham apa kamu rasa. Mama faham. Tapi manusia sentiasa berubah Dhia. Apa kata kamu tutup kisah lama kamu dengan Aidan dan buka buku baru kamu bersama dia dan Hayder. Kebahagian Hayder terletak pada keputusan kamu. Mungkin sekarang Hayder tak tahu apa-apa tapi masa akan datang? Kamu tak fikir? Bila dia masuk sekolah nanti mesti dia akan lihat kawan-kawan dia bersama ayah. Tapi Hayder macam mana nanti?"
Dhia terdiam. Dia tak pernah terfikir soal itu. Apa dia fikir hanya dia sahaja boleh bahagiakan Hayder.
"Mama masuk dahulu. Dah tengah malam ni. Jangan masuk lewat sangat. Tak elok untuk kamu"
AWAL pagi lagi wajah lelaki kacak ini sudah berada di hadapan pintu utama kediaman keluarga Razif. Dengan jambangan bunga ros berwarna putih di tangan tanda kemaaafan yang tulus dan ikhlas. Jika wanita lain di luar sana melihat sudah pasti akan cair tapi tidak bagi Dhia. Sebaik sahaja bunga tersebut diambil dengan sebuah senyuman manis terus saja di bawa ke dapur lalu di buang di hadapan jejaka tersebut.
Aidan hanya tersenyum. Manis.
Sabar Aidan. Apa yang dia buat tak seteruk apa yang kau pernah buat pada isteri kau.
"Sayang..." Panggil Aidan. Mengharapkan Dhia membalas panggilan tersebut.
Dhia yang sedang kusyuk menyuap bubur pada Hayder hanya diam. Tidak ingin langsung membalas.
Aidan menarik nafas dalam. Wajah anaknya yang sedang bergelak ketawa dengan isterinya dipandang.
Sampai bila harus begini?
Sudah hampir mencecah dua minggu dia berulang alik dari rumahnya ke sini ingin memujuk isterinya dan melihat anak lelakinya ini. Namum langsung Dhia tidak membenarkan Hayder dekat dengannya apatah lagi bergelak ketawa seperti mereka berdua. Hanya yang dia dapat adalah sekadar memegang tangan kecil tersebut. Itupun sewaktu Dhia berada di dapur membancuh susu Hayder.
"Dhia tak rasa kesian ke dekat abang? Abang pun teringin peluk, pegang, bermain dengan Hayder. Hayder pun anak abang juga kan?" Pintanya dengan penuh hati-hati.
Dhia tarik senyuman sinis. "Masa dulu awak buat dekat saya pernah ke awak kesian dekat saya?"
Sedas. Satu ayat yang meranapkan sebuah harapan.
Aidan menarik nafas sedalam yang mungkin. "Dulu Dhia. Abang dah berubah. Cukuplah apa yang jadi lepas Dhia tinggalkan abang. Abang menyesal"
Ah! Biarlah kalau kali ini orang anggap dia apa pun. Dia sudah penat.
"Ya benda tu dulu tapi awak kena ingat kesan dia sampai sekarang masih melekat cantik dekat hati saya. Baik awak balik je lah. Sampai bila-bila pun keadaan kita tak akan berubah. Elok kita bawa haluan kita masing-masing" Tegas sekali ucapannya.
Aidan pandang wajah Dhia yang turut memandangnya dengan tajam. Satu pasang mata yang penuh kekecewaan dan satu pasang mata yang penuh dengan penyesalan.
Dhia menolak kerusinya ke belakang lalu mengangkat Hayder daripada kerusi bayi. Anak kecil tersebut di bawa ke sinki untuk membasuh mulut dan tangan kemudian meninggalkan Aidan yang hanya memerhatikan mereka berdua di ruang makan tersebut.
"HAYDER tu anak Aidan jugak Dhia. Kamu tak ada hak nak halang dia sampai begitu" Tegas suara bapa Dhi bersuara. Sudah banyak kali dia memerhati anak perempuannya melakukan perkara sebegitu kepada menantunya. Pada mulanya dia enggan mengambil tahu dan menggagap perkara itu boleh diselesaikan secara baik malah makin melarat apabila Dhia terus menerus tidak mengizinkan Aidan untuk berjumpa dengan cucunya itu.
Dhia diam. Nafas dihembus.
"Ayah tahu kan apa Aidan buat selama ni..."
"Ayah tahu tapi kamu tak berhak buat dia macam tu. Dia pun ada hati dan perasaan jugak!"
"Habis perasaan Dhia selama ni? Apa yang Dhia lalui selama ni? Takkan ayah tak tahu apa Aidan buat kat Dhia! Kalau benda ni jadi kat tempat mama pun mama mungkin akan buat macam tu jugak kan! Betulkan mama?" Matanya memandang wajah ibunya yang sedang menepuk anaknya yang sudah terlelap itu.
Puan Natasya naik memandang mereka berdua. Menunggu jawapan yang bakal keluar daripada mulutnya.
"Mama tak nak masuk campur. Mama dah bagi nasihat tapi keputusan kat atas kamu. Mama tak nak menghalang tapi kamu fikir masak-masak demi masa depan kamu dan untuk budak kecik ni. Fikirkan" Jelas Puan Natasya. Kalini dia memang tidak mahu masuk campur. Biar bapa dan anak selesai kan masalah mereka berdua.
Dhia diam. Kepalanya ditundukkan kebawah.
Kenapa semua orang tak nak sokong dia menghalang Aidan berjumpa Hayder? Sedangkan dulu Aidan yang beria-ia tidak mahu mengaku anak ini anak dia.
Sekarang?
"Assalamualaikum..."
"DAH besar cucu kita kan bang. Tahu-tahu kita dah ada cucu" Ujar Datin Mariam ceria. Tangannya asyik mengusap pipi Hayder yang tembam itu.
Geram!
Dato Ismail hanya tersenyum bahagia. Tidak dapat menggambarkan perasaannya sekarang. Bahagia? Ya sudah semestinya. Dia sudah ingat dia tidak akan dapat berjumpa dengan cucu serta menantunya ini tapi Tuhan mungkin sudah membuka hati Dhia untuk kembali ke bumi Malaysia.
"Kamu sihat ke Dhia?" Dhia yang terkaku diam itu terus mengangkat mukanya taktala dipanggil bapa mertuanya. Satu senyuman nipis diberi.
"Alhamdulillah sihat papa. Mama dengan papa sihat?"
"Sihat Dhia. Kami berdua sihat macam ni sajalah. Sihat orang tua" Celah Datin Mariam. Dhia diam. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan.
Hatinya rasa bersalah apabila melihat wajah ceria kedua orang tuanya yang sedang seronok bermain dengan cucu sulung mereka.
"Dhia minta maaf"
Ucapan maaf itu membuatkan pasangan tua itu memalingkan muka mereka memandang Dhia yang berada di sudut sebelah kepala Hayder. Kedua-dua mereka saling berpandangan. Malah makin diam apabila melihat wajah sugul Dhia.
"Kenapa kamu nak minta maaf kat kami Dhia? Kamu tak buat salah pun lah" Balas Datin Mariam.
"Maaf sebab bawa lari Hayder. Maaf sebab tak dapat bawa Hayder jumpa nenek dan atuk dia. Dhia minta maaf sangat-sangat ma, pa." Tanpa disedari setitis air mata jatuh ke pipinya.
Terus Datin Mariam bergerak memeluk menantunya ini.
"Dhia tak salah. Jangan kamu salahkan diri kamu. Mama dengan papa tak pernah salahkan kamu selama ni. Kami faham kenapa kamu buat macam ni. Cukup salahkan diri kamu" Bisik Datin Mariam di telinga Dhia.
Bertambah laju air mata Dhia mengalir apabila dipeluk dan diperlakukan sebegitu oleh Datin Mariam. Manakan tidak, dulu dia pernah berfikir bahawa emak dan bapa mertuanya akan menyalahkan dia.
"Jangan nangis sayang, mama tak nak tengok anak mama nangis. Lap air mata kamu tu sayang" Datin Mariam menolak kepala Dhia lembut lalu tangannya naik mengusap air mata Dhia daripada jatuh lagi.
Begitu sayang sekali mereka berdua pada Dhia. Dato' Ismail hanya melihat isteri dan menantunya yang saling berpelukan.
"Mama minta maaf kalau Aidan dah buat macam-macam pada Dhia. Mama dah marah dia sebelum ni. Sampak sekarang lah dia menyesal macam ni"
Dhia hanya tersenyum.
"Takpe Dhia tak pernahkan salah mama. Dhia anggap itu salah kami berdua. Mungkin Allah sedang susun jalan yang terbaik untuk kami berdua" Jawabnya tenang. Matanya sesekali memandang Hayder yang nyenyak tidur itu.
"Mama minta maaf kalau soalan ini menyakitkan hati kamu tapi masih ada ke peluang Aidan untuk dapatkan cinta Dhia kembali?" Soal Datin Mariam. Matanya memandang Dhia dengan penuh harapan.
Dhia terkelu. Bibirnya dikemam. Memikirkan jawapan yang terbaik boleh diberi.
"Kalau Allah memang aturkan kami memang jodoh InshaAllah sejauh mana pun Dhia dengan Aidan satu hari nanti pasa kami akan kembali"
Hek :) selamat membaca!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top