Bab 59

SATU TAHUN KEMUDIAN

Dirinya menghela nafas sebaik sahaja kakinya mencecah ke atas tanah tumpah darahnya dilahirkan.

Pulangnya dia kembali ke sini demi menyelesaikan masalah yang sudah lama dibiarkan. Perkara yang sepatutnya sudah lama dilepaskan akan dilepaskan olehnya.

Matanya bergerak-gerak mencari sang wajah jejaka yang dikatakan sudah menunggunya empat jam.

Siapa saja yang suka propa kalau bukan abangnya, Rafael.

Rolling eyes!

"Mana?" Sebaik sahaja panggilan tersebut dijawab soalan itu terus terpacul di bibirnya. Badannya dipusingkan mencari keberadaan Rafael. Sebaik sahaja dijumpai terus panggilan tersebut ditamatkan. Kakinya terus bergerak mendapatkan Rafael yang sedang tersenyum kepadanya.

"Anak buah uncle!" Terus bayi yang berada dalam dukungan Dhia diambil olehnya tanpa sempat dia bersalaman mahupun beramah mesra dengan adiknya itu.

Dhia hanya memasamkan mukanya.

Dasar abang tak bertauliah.

"Untung lah nak, balik-balik terus ada fans sian mommy balik-balik kena abai macam ni" Ujarnya sedikit merajuk. Mulutnya sengaja dimuncungkan ke hadaoan. Rafael yang sedang mengagah anak kecil itu hanya tersenyum menyampah.

Merajuk pula sudah mak orang ini?

"Ah sudahlah kau nak merajuk pulak. Dah ambik Hayder ni, aku tolak barang kau." Terus bayi itu diserahkan kembali kepada Dhia.

Hayder, penguat semangat Dhia selama ini atau nama penuhnya Muhammad Daiyan Hayder Bin Aidan Firash. Anak sahnya bersama Aidan. Hidupnya kini hanya untuk dirinya sahaja dan Daiyan. Tiada yang lain.

"Jom jumpa nenek dengan atuk mesti dorang tak sabar nak jumpa Hayder!" Tangan anak kecil itu diangkat-angkat. Terus tertawa Hayder apabila diperlakukan sebegitu oleh ibunya.















"COMELNYA wei anak kau. Tengok dalam gambar je dah comel depan-depan MashaAllah memang ikut genetik kau betul muka dia" Ujar Jasmin semangat. Manakan tidak sudah setahun dia hanya mampu melihat wajah Daiyan daripada telefon. Harini dia mampu melihat secara depan-depan. Macam-macam dia beli untuk Daiyan. Mainan itu usah dikata, memang tujuh keturunan pun belum tentu habis.

"Anak aku kot mestilah ikut muka aku tak akan ikut muka kau pulak" Balas Dhia kembali. Jasmin hanya ketawa besar.

"Kelakar ek kau sekarang?"

"Lah? Baru tahu ke?" Seloroh Dhia membuatkan Jasmin menjelingnya. Dah jadi mak orang pun perangai tetap tak berubah.

Dhia ralit mengusap wajah anaknya itu. Jasmin diam. Hatinya ingin bertanyakan soalan tapi tidak mampu diluah pada bibirnya.

"Kau tak nak bawak Hayder jumpa ayah dia ke?" Akhirnya berjaya juga dia melontarkan soalan tersebut.

Dhia kelu. Ayah?

"Dia ada ayah ke? Setahu aku ayah dia dah lama mati" Jawabnya sedikit kasar. Jasmin terkejut apabila Dhia mampu membalas sebegitu.

"Dhia...kau tak boleh nafikan anak ni anak kau dengan Aidan. Pengakhirannya Hayder tetap darah daging Aidan. Satu hari mesti Aidan akan dapat tahu jugak"

Dhia hanya tarik nafasnya. Dia tahu. Hayder juga adalah milik Aidan. Tapi bukan kah Aidan dulu tidak mengaku ini anak dia?

"Biar dia tahu sendiri pun aku tetap tak akan bagi dia jaga Hayder. Anak aku tak perlukan seorang ayah macam dia. Dah Jasmin kalau kau nak cakap lagi pasal Aidan, aku naik bilik dulu nak tidur" Ucapnya lalu berura-ura untuk berdiri sebelum lengannya ditarik semula oleh Jasmin.

"Aku minta maaf okay? Janganlah marah dekat kawan kau ni" Cepat-cepat Jasmin memujuk Dhia sebelum marah dia bertambah melarat. Dhia menjelingnya lalu tempat tadi diambil semula.

"Nasib kau kawan baik aku tau kalau tak aku merajuk" Dhia memuncungkan bibirnya. Jasmin hanya tersenyum.

Ego.

"Aku dengar cerita kau tengah panas panas bercinta dengan sorang mamat ni. Cerita lah wei macam mana boleh jumpa semua" Dhia laju menukar topik lain. Perihal tadi tidak mahu dibincangkan langsjng olehnya.

Jasmin yang sudah tersenyum itu semakin besar senyumannya apabila ditanya sebegitu oleh Dhia.

"Alaa malu lah wei" Pipinya sudah memerah bak tomato. Panas pulak malam ni tiba-tiba.

Bunyi rengekan Hayder mematikan perbualan yang baru sahaja semakin panas. Dhia terus bangkit bergerak mendapatkan anaknya yang sedang tidur di ruang tamu itu.

Jasmin hanya memandang ke arah Dhia yang sedang sibuk memujuk anak sulungnya itu. Hatinya terusik.

Siapa sangka sahabatnya kini sudah menjadi seorang ibu.















"MAMA!" Panggil Dhia dari tingkat atas.

Senyap.

Tidak mendapat sambutan.

Dhia bergerak turun daripada tingkat atas bergerak ke arah ruang tamunya.

Sepi.

Kosong.

"Mana semua orang?" Gumamnya. Badannya berpusing mencari jikalau kelibat ibu bapanya mahupun abangnya muncul di matanya.

Mendengar suara-suara di dapur membuatkan Dhia mengambil keputusan untuk bergerak ke arah dapur.

Dirinya berjalan santai ke arah dapur.

Tengok! Kan dah cakap mereka semua di dapur.

Dorang ni kalau dah makan lupa betul anak dia lagi seorang!

"Mama ni makan tak ajak pun" Dhia mencelah memasuki perbualan ahli keluarga tersebut.

Puan Natasya mengangkat wajahnya memandang Dhia yang sedang muram masam itu.

Puan Natasya berpandangan sesama Encik Razif. Mata mereka kemudian naik memandang lelaki yang sedang duduk di hadapan mereka.

"Errr, Dhia..."

"Sayang?" Terus kepalanya berpusing menghadap Dhia yang sedang berdiri di belakangnya.

Dhia kaku.

Kelu.

Dia berdiri tegak.

Bukan masa ini. Bukan sekarang.

Matanya bertentangan dengan lelaki yang cuba dielak selama ini. Kedua-duanya diam. Menghantar pandangan sesama sendiri. Mulut saling diam tapi hati berdetak laju.

"Dhia is that you? Syukurlah I miss you so much" Ujar Aidan. Dirinya melonjak gembira apabila wajah Dhia yang dirinduinya kini berada di depan matanya.

Wanita yang paling dirinduinya kini berada di hadapan matanya dengan keadaan yang baik.

Ya Allah, terima kasih kerana mendengar permintaan ku ini.

Aidan perlahan-lahan berdiri bergerak mendekati Dhia sebelum Dhia mengeleng kepalanya beberapa kali lalu berundur naik masuk ke biliknya.

Bagai kaca jatuh ke lantai. Begitulah hancur hatinya apabila Dhia langsung tidak melayannya malah melarikan diri daripada berjumpa dengannya.

Dirinya menunduk ke lantai.

Sakit tapi tidak berdarah.

Encik Razif memandang wajah isterinya yang turut bersimpati dengan masalah yang sedang menimpa anak dan menantunya ini.

"Aidan, makan dulu. Bagi Dhia masa"

"Biar mama cakap dengan dia jap" Cadang Puan Natasa sebelum mendapat gelengan daripada Aidan.

"Jangan mama. Jangan paksa dia. Biar dia turun sendiri ke bawah. Aidan akan tunggu Dhia turun bawah" Balas Aidan lalu mendapat anggukan daripada Puan Natasya.

"Kau sabar sikit Aidan. Biasalah perempuan. Marah sekejap je merajuk lebih tu. Nanti jap lagi hati dia dah cool mesti dia turun" Pujuk Rafael pula.

Aidan hanya menarik senyuman pahit.















DHIA turun dari tingkat atas perlahan-lahan. Matanya meliar memastikan tiada orang di bawah.

"Waktu aku tengah lapar jugak kau datang" Gumamnya. Sebaik sahaja kakinya mencecah lantai tingkat bawah, Dhia terus pantas bergerak ke ruang dapur untuk mencari makanan.

Penutup saji dibuka lalu bibirnya mengukir senyuman gembira taktala masih ada sarapan yang ditinggalkan oleh Puan Natasya.

Lantas Dhia terus mencapai pinggan serta cawan lalu duduk di meja makan. Makanan yang tersedia di situ dicedok lalu diletakkan ke atas pinggannya.

Dengan lafaz bismillah, satu suapan masuk ke mulutnya.

"Dhia..." Suara yang sangat dikenalinya itu terus mematikan perasaan laparnya yang bertandang sejak tadi. Terus sudu diletak kembali ke atas pinggan. Matanya tunduk memandang ke arah pinggangnya yang berisi makanan itu.

"Dhia, look at me" Arah empunya suara itu. Dhia hanya masih setia menunduk. Tidak mahu mendengar permintaan empunya suara itu.

"So, this is how you treat your husband after one year?" Ujar empunya suara itu. Dhia diam.

Dia benci akan suara itu. Suara yang melemahkan perasaan dalam dirinya. Dia benci. Benci yang teramat.

"Suami saya dah lama mati" Balasnya kembali. Sinis. Aidan yang mendengar itu terus mati senyumannya.

"Dhia..."

"Dia dah lama mati dalam hidup saya sejak kali terakhir saya tinggalkan Malaysia. Awak yang berada di hadapan saya ini bukan suami saya. Awak orang luar. Orang asing" Balasnya memotong percakapan Aidan.

Aidan tersenyum manis. Pahit tapi itulah yang terpaksa dia hadap demi mendapatkan kembali hati isterinya.

Apalah sangat nak dibandingkan dengan apa yang pernah dibuatnya dulu.

Aidan bergerak berdiri di sebelah Dhia yang masih setia menunduk itu. Aidan duduk di atas meja sambil Dhia duduk di atas kerusi. Mata Aida turun memandang Dhia yang diam itu.

Tangannya ingin sekali mengusap kepala Dhia namun otaknya menghalang. Rasional. Dia tidak mahu memaksa Dhia.

"Sayang cakap lah macam mana pun tak akan menghalang abang untuk terus setia tunggu sayang kembali dekat abang" Ujar Aidan cuba meyakinkan Dhia.

Abang? Sayang?

Dhia ketawa perlahan. Terus kepalanya kini diangkat untuk memandang Aidan yang berada di sebelahnya.

Matanya tajam memandang Aidan yang sedang turut memandangnya. Kerusi ditolak. Dhia terus berdiri tapi tidak melepaskan pandangannya daripada suaminya itu.

Kedua-duanya kini saling bertentangan mata. Yang seorang pandangan penuh cinta yang lagi seorang pandangan penuh kebencian.

"Then, teruskan berharap sampai mati. Dhia yang dulu bukan Dhia yang sekarang. Dhia yang lama dah mati sejak suami dia layan dia macam sampah!" Kasar sekali ayatnya. Matanya memandang Aidan dengan penuh kegeraman.

Tapi Aidan tetap tenang sambil tersenyum kepadanya.

"Balik Aidan kita dah tak ada apa-apa" Ujarnya perlahan lalu meninggalkan Aidan sendirian di dapur itu.

Nak makan pun orang kacau. Menyampah!

"Garang betul dia sekarang"















Okaylah sikit tau. Maaf lambat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top