Bab 58


Vote & Comment

"ABANG?" Matanya memandang ke arah Aidan yang sedang duduk sambil menghadap kolam ikan peliharaan ibu bapanya.

Aidan angkat kepala seketika sebelum ditundukkan kembali ke arah kolam tersebut. Aryan mengeluh lalu bergerak duduk di sebelah abangnya.

"Sampai bila?" Pertanyaan daripada Aidan membuatkan Aryan terkedu. Satu bulan. Ya, satu bulan sudah berlalu sejak dari majlis perkahwinan tidak jadi antara Aidan dan Alisa. Ini bermakna sudah satu bulan Dhia masih tidak dapat dijumpai.

"Mungkin Kak Dhia perlukan masa. Bukan senang dia nak terima semua ni. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang orang yang paling dia sayang kahwin dengan perempuan lain" Aryan memberi pandangannya. Aidan hanya tersenyum nipis.

"Dia sepatutnya ada masa hari tu. Kalau dia ada mesti semua ni tak jadi. Mesti Dhia dengan aku dah bahagia. Aku kecewa bila dia larikan diri macam tu je"

Aryan hanya mampu mengeleng kepalanya. "Kau tak boleh salahkan dia bang, tak semua perempuan mampu nak tengok suami dia berkahwin lagi sekali. Mungkin dia buat semua ni pun ada sebab. Apa yang aku boleh cakap sekarang kau kena bersabar dan bagi dia masa. Mungkin bila dia dah bersedia nak jumpa kau dia akan balik? Kita doa yang baik-baik je semoga Kak Dhia selamat dekat mana pun dia berada"

"Dhia dengan baby"

Aryan mengerut keningnya. Apa abang dia cakap? Baby?

Aidan memandang wajah Aryan sekilas. Muka tidak fahamnya. "Kak Dhia mengandung"

"Allah" Berita ini agak mengejutkannya. Betul lah telahannya. Dia sangka keadaan Dhia yang semakin naik disebabkan stress atau faktor makanan tapi rupanya mengandung.

"Doakan dia dengan baby selamat."

"Amin, amin"















"TOLONG bagitahu aku Dhia kat mana Jasmin. Aku merayu dekat kau" Aidan jatuh melutut di hadapan Jasmin yang cuba mengendahkannya itu.

Terus terkejut Jasmin apabila Aidan sanggup melutut di hadapannya di depan ramai orang. Rata-rata semua pekerja di situ dan orang yang lalu lalang di situ sudah memandang. Ada yang sedang merakam dan ada yang sedang berbisik antara satu sama lain.

"Aidan bangun. Malu lah orang tengok" Jasmin menolak-menolak bahu Aidan agar bangun daripada situ. Pipinya sudah membahang panas apabila suami sahabat baiknya sanggup melakukan perkara sedemikian.

Aidan mengeleng. "Aku tak akan bangun selagi kau tak bagitahu mana Dhia" Ujarnya. Kepalanya ditundukkan.

Jasmin sudah mengeluh panjang. Terus lengan Aidan ditarik. "Bangun Aidan. Kau bangun sekarang sebelum aku panggil pengawal. Cepat!"

Aidan terus menepis tangan Jasmin yang sedang menarik-nariknya untuk bangun.

"Aku sengsara Jasmin. Aku menyesal sangat-sangat apa aku buat tapi tolong aku Jasmin bagitahu aku kat mana Dhia sekarang. Aku nak minta maaf dekat dia" Rayunya lavi. Jasmin akhirnya mengalah lalu sama-sama melutut dengan Aidan.

"Kau bangun sekarang. Kita bincang elok-elok. Malu sikit orang tengok kau macam ni" Ujarnya sebaik-baik bahasa mungkin. Aidan mengangkat mukanya memandang Jasmin dengan muka yang garang.

Perlahan-lahan Aidan bangun dengan bantuan Jasmin. Aidan memusingkan kepalanya melihaf ramai orang yang sedang memandangnya.

Malu?

Tidak, dia tidak malu.

Kedua-dua mereka berlalu bergerak ke arah sebuah kafe yang berada berhampiran kawasan mereka.

"First of all aku minta maaf Aidan, aku sendiri tak tahu dia pergi mana"

"Dia kan sahabat kau Jasmin" Aidan sudah kecewa lagi.

"Kau sendiri cakap jangan sibuk nak ambik tahu masalah kawan baik kau sendiri. And thats what I'm doing right now. Memang aku hantar dia ke KLIA tapi aku sendiri tak tahu dia pergi ke mana lepas tu" Ujar Jasmin awal-awal. Masih dia ingat bila mana Aidan mengarahkannya untuk tidak mencampuri urusan Dhia dan Aidan.

Maka, itu yang sedang dia lakukan.

"Aku tak ada niat nak buat dia macam tu Jas. Niat aku cuma satu. Nak balas dendam atas perbuatan Alisa dekat Dhia itu je"

"Tapi itu bukan caranya Aidan. Banyak lagi cara lain. Bukan dengan sakitkan hati Dhia. Dia dah banyak sengsara kau tahu tak? Isteri mana je tak kecewa tengok suami dia berfoya-foya dengan perempuan lain" Marah Jasmin tapi dengan nada yang masih dikawal. Tidak mahu orang lain mendengar perbalahan mereka.

Aidan hanya diam mendengar Jasmin memarahinya. Kepalanya ditongkatkan di atas kedua-dua tangannya. Menyesal? Ya dia menyesal tapi dia puas melihat Alisa sengsara.

Rambutnya yang sudah semakin panjang dibiarkan begitu sahaja. Tidak diikat dan dibiarkan lepas. Nampak sedikit kusut. Sesuai lah dengan keadaan dirinya sekarang.

"Kau tak ada contact dia langsung ke?" Aidan masih cuba mengharap namun kecewanya kembali apabila Jasmin hanya mengeleng kepalanya.

"Masa kau buat Dhia macam tu kau tak fikir langsung ke perasaan dia Aidan?" Soal Jasmin. Dia marah dengan apa yang berlaku. Geram, kecewa semuanya bercampur.

Apabila melihat keadaan Aidan sebentar tadi memang amat mengejutkannya. Tidak menyangka pemergian Dhia boleh membuatkan seorang lelaki yang penuh dengan ego dahuluny dan popular dalam kerjaya perniagaan jatuh begitu sahaja. Tengoklah keadaan Aidan sekarang.

Bukan Aidan yang dahulu dikenalinya.

"Aku fikir"

"Dah tu kenapa buat macam tu lagi kalau dah fikir?"

"Aku fikir Jas tapi aku egokan diri aku bila aku dapat tangkap dia dengan lelaki lain dalam bilik tidur aku dengan dia. Suami mana yang tak kecewa Jasmin" Jasmin tersenyum sinis. Gelengan diberi buat Aidan.

"Kau ada bagi dia peluang untuk jelaskan apa yang berlaku tak? Tak ada kan? Dan kau senang terus tuduh melulu dia tanpa bukti yang kukuh langsung. Sekarang siapa yang sengsara? Dia ke kau? Kau jugak kan?" Terus-teruskan tikaman pisau berbalik pada Aidan. Aidan hanya diam.

Ya dia sengsara.

Sedar akan kesilapannya.

"Aku menyesal Jasmin. Aku sanggup kena pukul dengan Dhia sampai dia maafkan aku balik Jasmin. Aku dah sedar aku memang tak boleh hidup tanpa Dhia, Jasmin" Jasmin hanya mampu tersenyum sinis sambil mengeleng kepalanya beberapa kali.

Tipikal lelaki. Dah salah sanggup nak terima apa saja kesalahan yang bakal diberikan padanya.

"Jangan jadi bodoh Aidan. Kau menyesal sekarang pun dah tak ada guna Aidan. Kalau aku marah kau pun dah tak ada guna jugak. Semuanya dah berlaku dah pun. Apa aku boleh cakap ialah kau kena bangun and teruskan hidup macam biasa. Anggap ini satu balasan buat kau atas apa kau buat pada isteri kau. Aku percaya Dhia boleh jaga diri dia walau dekat mana dia berada. Biarkan dia dulu buat sementara waktu. Biar emosi dia pulih kembali" Hanya itu nasihat yang dia mampu beri buat suami kepada sahabatnya ini. Dia sendiri tak tahu mana Dhia pergi.

Biarlah Dhia pergi untuk menenangkan perasaan dirinya.

"Terima kasih Jasmin sebab jaga Dhia masa aku kecewakan dia dulu" Kedua-duanya diam. Tidak tahu untuk bicara apa.

"Jasmin..." Panggil Aidan. Jasmin memandang wajah Aidan yang pucat itu.

"Kalau kau dapat contact dia, tolong cakap kat dia supaya anak yang dia kandung tu berbin atau berbintikan dengan nama aku. Itu je aku minta dari kau"

"Aku tak faham" Ujar Jasmin pelik. Aidan mengeluh seketika.

"Aku pernah cakap kat dia yang aku tak nak mengaku anak dia kandung tu anak aku dulu sebab dia tidur dengan lelaki lain" Jasmin mengucap panjang. Ya Allah, apa lagi kau bagi pada Dhia.

Deritanya hidup dia.

Jasmin hanya diam memandang wajah Aidan yang mula menangis itu. Diam seribu bahasa. Dirinya kelu. Tidak tahu ingin cakap apa.

"A...aku menyesal cakap macam tu dekat dia Ya Allah."














TIGA BULAN SEJAK PEMERGIAN DHIA

Hidupnya kini hanya pergi kerja dan pulang ke rumah ibu bapanya. Aidan tidak sanggup menjejakkan kaki ke istana bahagia Dhia dan dirinya. Tiap kali kakinya melangkah masuk ke rumah tersebut, bau wangian Dhia menusuk ke hidungnya. Tidak termasuk bayang-bayang imaginasi Dhia yang sedang tersenyum ceria memandangnya.

Bagaimana dengan kucing peliharaanya?

Kucingnya kini dibawa bersama duduk di rumah keluarga Aidan. Itulah nyawa yang ditinggalkan oleh Dhia untuk dijaga oleh Aidan dengan kasih sayang yang secukupnya.

"Where have you been Dhia?"

"Untuk berapa lama kita akan terus begini?"

"Kau tak rindu aku ke Dhia?"

"Kalau kau tanya aku, aku rindu kau sangat-sangat Dhia"

"Anak kita macam mana? Sihat ke? Aku harap baby kita sihat dan tak susahkan kau"

"Assalamualaikum" Aidan yang sedang termenung di meja makan itu mengangkat mukanya apabila dirinya diberi salam.

"Waalaikumsalam" Ucapnya lalu melihat gerangan yang menyapanya sebentar tadi.

Matanya sedikit terkejut lalu kerusi yang sedang didudukinya ditolak dan dia berdiri menghadap lelaki yang sedang memandangnya.

"Fakhrul" Ayat pertama yang keluar daripada mulutnya apabila Fakhrul menyapanya sebentar tadi.

"Kau tak nak bagi aku duduk ke? Penat berdiri ni" Seloroh Fakhrul. Aidan cepat-cepat tersedar lalu menjemput Fakhrul untuk duduk berhadapan dengannya.

Matanya sesekali memandang bayi yang sedang didukung oleh Fakhrul. Fakhrul yang melihat itu hanya menarik senyum.

"Say hi to uncle Aidan. Hi uncle Aidan!" Fakhrul mengoyang-goyangkan tangan bayi tersebut. Aidan hanya mampu tersenyum. Otaknya tiba-tiba membayangkan keadaan Dhia yang sedang mengandungkan anak mereka berdua.

"Anak aku"

"Oh..." Hanya itu yang mampu dibalas olehnya.

"Aku nak cakap sikit pasal kes haritu. Waktu kau dapat tangkap aku dengan Dhia" Pinta Fakhrul. Aidan mengeleng kepalanya.

"Tak yah lah cakap pasal tu"

"Ini kaitan dengan Alisa jugak" Satu penyataan yang membuatkan Aidan tergamam. Kepalanya diangkat. Keningnya terjongket sedikit.

Fakhrul menarik nafas sebelum menghela nafasnya. Tangannya mengusap badan anaknya yang aktif cuba melepaskan diri dari pegangannya.

"Aku minta maaf sebab dah berkomplot dengan Alisa dalam hal ini. Tapi sejujurnya aku memang tak ada niat langsung nak kacau hubungan kau dengan Dhia sebab aku sedar sejauh mana pun aku kejar Dhia, dia akan tetap setiap pada kau Aidan. Tapi tu lah kalau bukan sebab terpaksa aku tak akan buat semua ni" Ujarnya. Aidan hanya diam. Masih menunggu Fakhrul untuk meneruskan jalan ceritanya.

"Sebelum kes tu berlaku, Alisa ada terjumpa dengan aku. Aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh tahu yang aku ni ex Dhia. Masa dia jumpa aku tu dia memang terus cakap dia nak aku tolong dia hancurkan hubungan korang berdua tapi awal-awal aku cakap aku tak nak sebab aku dah bahagia dengan life aku sekarang tapi dia ugut aku"

"Ugut?" Aidan memotong bicara Fakhrul. Fakhrul mengangguk beberapa kali.

"Yes, ugut. Dia cakap kalau aku tak nak bantu dia, dia akan pastikan anak dengan bini aku tak akan selamat. So nak tak nak aku terpaksa lakukan semua yang dia suruh termasuk gambar yang aku dukung Dhia masuk ke klinik tu"

Aidan hanya mampu menggengam tangannya. Melepaskan geramnya yang terpendam buat Alisa.

"Kau sepatutnya bagitahu aku awal-awal Fakhrul. Kalau kau bagitau aku, mesti semua ni tak akan terjadi"

"Ye memang aku salah. Aku dah cuba banyak cara nak cakap dengan kau tapi kau sendiri mengelak daripada jumpa aku Aidan. Lagi satu aku terpaksa menghilangkan diri buat beberapa bulan sebab aku kena kejar dengan orang-orang Alisa yang cuba nak kacau isteri dengan anak aku. Keselamatan dorang keutamaan aku jadi nak tak nak aku kena larikan diri pergi ke tempat yang selamat. Lepas aku dapat tahu Alisa dah kena tangkap aku kembali ke sini balik dan cuba cari kau dengan Dhia untuk beritahu hal sebenar tapi tak sangka yang Dhia dah larikan diri. Aku minta maaf sangat-sangat Aidan. Kalau bukan sebab aku mesti kau dengan Dhia dah bahagia" Ujarnya seikhlas hati. Lega hatinya selepas dapat memberitahu apa yang terbuku selama ini.

Aidan diam. Dirinya tergamam. Dia hanya menyalahkan Dhia atas semuanya tanpa usul periksa bahawa punca semua ini berlaku adalah daripada dirinya sendiri.

Bungkam.

"A...aku tak tahu nak cakap apa. Tapi terima kasih sebab dah jelaskan semuanya. Sekurangnya kau dah bersihkan nama Dhia dan buat aku terus rasa bersalah pada diri sendiri"

"Aku buat semua ni pun atas permintaan dia sendiri. Aku dah janji dengan dia akan selesaikan semua ni dan tak akan muncul di hadapannya lagi lepas ni. Bila dah selesai lega sangat hati aku sekarang Aidan. Kau jangan risau Aidan, aku yakin Dhia akan kembali pada kau" Fakhrul memberi kata-kata semangat buat Aidan.

Aidan hanya mampu tersenyum.















LIMA BULAN SEJAK PEMERGIAN DHIA

LIMA bulan bukan jangka masa yang singkat. Tanpa sedar sudah lima bulan isterinya menghilangkan diri tanpa khabar. Berapa banyak penyiasat diupahnya untuk mencari Dhia namun hampa apabila semua pulang tanpa dapat menjejaki keadaan Dhia.

"Mesti anak kita dah lahirkan Dhia? Apalah nama yang sayang letak dekat dia. Jangan letak nama pelik-pelik sudahlah sayang. Abang tak kisah kalau sayang nak letak nama apa janji maknanya sedap" Ujarnya sendirian.

Gila?

Ya dia sudah gila merindukan Dhia.

Aidan bangkit daripada katil lalu bergerak ke almari yang menempatkan pakaian Dhia. Harini dia pulang le rumah mereka berdua. Melepaskan rindunya buat isterinya setelah sekian hampir enam bulan duduk di rumah keluarganya.

Almari pakain Dhia dibuka. Matanya naik memandang beberapa pakaian Dhia yang masih tergantung di situ. Satu pakaian semasa bulan madu mereka di Pulau Mabul diambil lalu dibawa ke atas katil.

Aidan duduk kembali di atas katil sambil mengusap pakaian tersebut. Rindunya pada sang pemilik pakaian ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Abang dah jatuh cinta dekat sayang masa pertama kali kita jumpa dekat gerai pisang goreng tu sayang. Masa first time abang nampak sayang abang rasa geram je tengok budak siapa lah ni yang bebel sebab pisang goreng cheese dia kena rembat. Tapi abang ego. Abang tak percaya yang abang boleh jatuh cinta dekat budak macam sayang. Sebab tu abang cabar sayang untuk buat abang jatuh cinta pada sayang tapi without you know yang benda macam tu buat abang lagi sayang dan cinta pada sayang. Kelakar kan?" Aidan masih berbicara sendirian.

Dirinya kelu.

Hari-harinya tapi Dhia semakin membosankan. Tiada lagi wajah sang penceria dalam dirinya.

Dirinya mengusap pakaian tersebut sehingga sehelai surat jatuh di lantai.

Aidan memandang surat tersebut lalu diambil. Wajahnya termenung memikirkan surat ini.

Surat di mana mereka berdua saling menulis perasaan satu sama lain di Pulau Mabul.

"Open only once you two have parted"

Itulah arahan yang dibaca dalam permainan ketika itu. Lantas Aidan menarik surat tersebut lalu dibuka dan dibaca.

Open only once you thow have parted. Well, kita akan berpisah ke? Actually Dhia tak tahu Dhia nak tulis apa but Dhia benci Aidan!

Aidan ego! Bingai! Berlagak! Sombong!

Hehehe Dhia yakin yang kita tak akan baca surat ni jadi bolehlah Dhia mencarut dekat awak sikit. Tapi walaupun awak ego awak tetap caring dengan saya. Tengok sekarang know know kahwin walaupun awak tak cinta saya pun :(

But saya nak ucap terima kasih dekat awak sebab sanggup terima saya walaupun perangai saya macam ni. Tak semenggah orang cakap. Idk for how long kita akan bersama. Mungkin sekejap? Mungkin selamanya? Allah je tahu semua ni.

Saya tak tahulah walaupun saya geram dengan awak tapi saya rasa saya makin sayangkan awak lah walaupun sikit tapi at least ada progress kan? Hehehe. Awak ni dahlah hensem ada six pack suka tengok badan ketak-ketak awak. ^.^

If one day awak baca surat ni awak kena tahu yang once awak dah jadi suami saya, saya akan terus usaha untuk jatuh cinta dengan awak walaupun saya tak tahu awak sayang saya ke tak.

Semoga hubungan kita akan dikekalkan sehingga hujung hayat kita.

Dhia untuk Aidan.

Peace,
Dhia shantek.

Aidan melipat surat tersebut lalu diletakkan di tepi. Hatinya ingin menangis buat sekian kalinya tapi otaknu menghalang. Mungkin air matanya sudah habis.

She fell first but he fell hardest.

"Aidan untuk Dhia. Please sayang, baliklah"















LAPAN BULAN SEJAK PEMERGIAN DHIA

Datin Mariam memasuki bilik Aidan mengunakan kunci pendua. Gelap. Malap seperti hidup anak sulungnya ini.

Terus Datin Mariam bergerak menarik langsir. Membiarkan cahaya memasuki ke kamar anak sulungnya itu.

"Sayang tutup langsir tu. Abang nak tidur lagilah" Datin Mariam terus memusingkan badannya melihat anaknya yang sedang mamai dengan mata yang menyepet akibat terkena sinaran matahari.

Jujur hatinya luluh melihat anaknya yang semakin hari semakin hilang arah. Tapi apakan daya, dia sendiri tidak mampu melakukan apa-apa. Hanya mampu berdoa mereka berdua dipermudahkan urusan.

"Aidan bangun dah pukul 11 pagi dah ni" Datin Mariam duduk di samping Aidan. Tangannya naik menepuk bahu Aidan yang terdedah itu. Mengejutkan anak sulungnya ini untuk bangun. Kucing yang berada di sebelah Aidan itu diusap. Mengejutkan juga baby untuk bangun.

Kucing dengan tuan tak ada beza. Kerja tidur je setiap masa.

Mata Aidan terpisat-pisat untuk bangun. Celik sahaja matanya bayangan Datin Mariam menyapanya. Aidan terus naik menyandarkan badannya di kepala katil. Datin Mariam hanya diam memandang anaknya itu.

"Dah bangun pergi mandi lepastu sarapan. Mama dah masak lauk favorite kamu" Arah Datin Mariam. Datin Mariam memusingkan badannya berura-ura ingin bangkit daripada katil sebelum namanya dipanggil oleh Aidan.

"Mama..."

"Ye Aidan" Sahutnya. Dia kembali mendapatkan tempat di katil. Matanya turut memandang ke arah Aidan yang muram itu.

Aidan diam sebelum tersenyum nipis. "Sedar tak sedar dah lapan bulan Dhia tinggalkan Aidan"

Datin Mariam pula terdiam. Terpukul dengan kenyataan Aidan. Otaknya mula berfikir sambil tangannya mengusap-ngusap baby yang semakin layu akibat kepalanya diusap manja.

"Mama tahu tu tapi Aidan kena kuat okay? InshaAllah Allah akan bagi nikmat yang terindah pada orang yang sabar. Aidan jangan putus doa buat Dhia dengan anak kamu ye? Pergilah Dhia sejauh mana pun dia akan balik ke Malaysia juga nanti" Ujar Datin Mariam dengan penuh berhati-hati. Ayat disusun dengan sebaik mungkin.

Aidan diam lalu mengangguk.

"Harini kamu nak pergi mana-mana ke?" Soal Datin Mariam menukar topik. Aidan terus mengangguk.

"Ada. Aidan nak pergi rumah mama dengan ayah Dhia. Nak lepas rindu dekat Dhia" Balas Aidan. Datin Mariam hanya mengangguk.

Sudah menjadi rutin Aidan akan pulang ke rumah keluarga mertuanya setiap hujung minggu atau setiap bulan selama ketiadaan Dhia Andara.

"Mama nak tahu lagi satu benda tak?"

"Apa dia?"

"Harini genap setahun Aidan dengan Dhia menikah"










Nothing much to say but I love you to the moon and back. Please come back soon. Your husband waiting you - Aidan.















"AKU harap kau tak marah adik aku sebab pergi macam tu je" Ujar Rafael. Aidan hanya tersenyum sambil mengeleng kepalanya.

Usai sahaja makan malam bersama keluarga Dhia, Aidan duduk di buaian yang disediakan di laman belakang rumah milik keluarga itu.

"Tak lah. Buat apa aku nak marah? Lagipun bagus lah dia pergi sekurangnya aku sedar betapa pentingnya dia dalam diri aku" Ujarnya pula. Rafael menarik nafas lega. Risau jika Aidan menyimpan dendam dengan adiknya itu.

"Tempat yang kau duduk sekarang ni tempat kegemaran Dhia bila dia ada masalah. Aku selalu tengok kalau dia ada masalah dia akan duduk dekat sini tengah malam sambil tengok bintang. Kadang ada sampai satu hari tu dia terlelap dekat buaian. Bila ditanya kenapa tertidur dekat buaian baru dia bagitahu masalah dia. Rupanya dia gagal sejarah sebab itu dia tertidur dekat luar. Duk fikir jawapan nak cakap macam mana dekat mama dengan ayah" Beritahunya walaupun tidak diminta oleh Aidan.

Aidan tertawa perlahan.

"Kalau satu hari nanti Dhia pulang kau nak buat apa?" Soal Rafael tiba-tiba. Aidan terdiam.

"Aku nak jaga dia macam mana seorang isteri patut dijaga. Aku akan pastikan dia bahagia. Aku tak akan buat lagi macam mana aku buat dekat dia dulu" Yakin sekali Aidan membalas. Rafael mengangguk puas dengan jawapan yang diberi.

"Aku masuk tidur dulu ah esok nak pergi date dengan bakal bini. Chaw" Terus Rafael bangun meninggalkan Aidan keseorangan di situ.

"Kau dah dengarkan dik? Apa lagi? Balik lah cepat. Suami rindu tu" Telefon yang dipegang daripada tadi dilekapkan pada telinga.

"Sabarlah bodoh, kerja aku belum selesai lagi. Dah terima kasih sebab tanya. Aku nak tidur bye" Terus panggilan itu dimatikan oleh Dhia. Rafael terkebil-kebil apabila Dhia terus mematikan panggilan.

"Kau dah dapat apa kau nak lepastu kau buat aku macam ni dik? Dasar adik tak guna" Bebelnya sendirian.















SETAHUN sudah berlalu tapi bagi Aidan keadaan masih sama. Hatinya masih untuk Dhia. Mana mungkin hatinya berubah untuk Dhia.

"Oh Allah, take care of her no matter where she is"















Bab ni banyak cerita pasal Aidan je awak :( saja bagi tengok Aidan menyesal.

Okay lepas ni Dhia kembek. Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top