Bab 52
Vote & Comment
"Surat apa ni boss?" Soalnya sebaik sahaja dia duduk di kerusi hadapan pejabat majikannya. Sebaik sahaja dia masuk kerja setelah lama mengambil emergency leave satu surat berada di atas mejanya dan terus dibawa berjumpa dengan ketua majikannya ini.
Majikannya sudah memberi satu senyuman buat Dhia. "Tawaran untuk pergi ke Switzerland selama setahun bagi mengawal perniagaan kita di sana"
Dhia mengerutkan keningnya. Tidak faham dengan apa yang majikannya cuba sampaikan.
"Macam ni, saya akan membuka satu cawangan perniagaan ini di Switzerland dalam beberapa bulan lagi. Jadi, saya perlukan seseorang yang boleh menjadi ketua di sana buat sementara waktu. Mungkin dalam setahun macam tu sementara menunggu anak saya habis belajar. Lepas anak saya habis belajar dia akan ambil alih perniagaan di Switzerland" Jelasnya setelah melihat Dhia yang tidak jelas dengan tawarannya.
"Tapi kenapa saya?"
"Sebab awak seorang pekerja yang bagus. Awak tengoklah dah berapa banyak promosi dan sales yang awak dah buat. Jadi saya rasa kalau awak di hantar ke sana mungkin lebih ramai rakyat Malaysia tertarik untuk pergi ke sana dan rakyat Switzerland datang ke Malaysia since awak pandai dalam menarik hati mereka" Pujian yang diberi oleh majikannya membuatkan Dhia sudah tersenyum bangga. Lega dia mendengar majikannya memujinya.
"So, macam mana? Awak nak ke?"
Dhia mengemam bibirnya. Satu nafas ditarik lalu dihembus.
"Saya dah ada suami. Tapi tak apa saya akan bincang dengan suami saya dulu. Kalau dia bagi saya okay je lagipun Switzerland tempat yang menarik untuk luaskan perniagaan boss. Saya pun sebenarnya teringin nak pergi" Jawabnya jujur. Hatinya ingin sahaja pergi tapi difikirkan dia masih isteri orang jadi dia harus berbincang dahulu.
"Tak apa ambil masa awak. Nanti kalau awak rasa nak berpindah ke sana, bagitahu saja saya" Ujar majikannya itu. Dia yakin Dhia mampu memberikan komited penuh dengan kerjanya.
"Baik, terima kasih boss"
KAKINYA bergerak santai berjalan di kawasan pusat membeli belah. Saja dia berjalan hari ini, ingin menangkan rasa hati yang tidak tenteram, sedih yang menyebelungi dirinya.
Kadang hatinya terfikir besar sangat kah salahnya sehingga Aidan membuatnya begini? Sedangkan Aidan sendiri tidak mahu mendengar penjelasannya padahal janjinya dahulu lain.
Dhia berjalan memasuki sebuah kedai minyak wangi. Bau wangian yang menusuk ke rongga hidungnya membuatkan dia tertarik untuk memasuki kedai tersebut. Nafsu perempuan yang satu ini memang susah hendak dibendung lagi-lagi saat dia tengah mengandung. Ada sahaja ingin dibeli.
Dhia memasuki ke arah tempat minyak wangi lelaki. Dia berjalan mencuba setiap bau tersebut sehinggalah dia tertarik dengan satu minyak wangi yang sungguh penuh dengan bau mewah. Bau yang dia rasakan jika suaminya pakai mesti dia tak akan lepas dari hendak memeluk Aidan. Bau yang mampu mengegarkan imannya.
Tanpa membuang masa Dhia terus meminta pekerja di kedai tersebut untuk membungkus minyak wangi tersebut dengan pembalut lalu kemudian terus dibayar.
Dhia ingin memberi minyak wangi tersebut buat suaminya. Harapnya Aidan terima nanti. Tak sabar Dhia ingin bau minyak wangi tersebut pada Aidan. Pasti mampu membuatkan Dhia dan bayinya ini cair.
Sedang dia berjalan, matanya terhenti pada satu pasangan yang sedang berbual di sebuah kafe. Diperhati sefokus mungkin agar itu adalah salah pandangnya tapi rasanya dia tidak silap bukan?
Beg kertas yang berisi botol minyak wangi milik Aidan hampir jatuh dari pegangannya tapi cepat sahaja dia menangkap.
Pedih, hatinya pedih. Mata tidak akan menipu tuannya.
Wajah ceria Aidan bersama seorang gadis yang dikenalinya cukup merobek hatinya. Manakan tidak, gadis tersebut ialah Alisa! Berseronok tertawa Aidan bersama Alisa tapi bukan dengannya.
Dhia tidak lemah, bukan gadis yang lemah seperti dalam novel yang lain.
Terus sahaja hatinya berkobar-kobar ingin membaling kotak tersebut di kepala Aidan tapi disabarkan dirinya.
Kakinya tenang sahaja melangkah bergerak memasuki kafe yang menempatkan Aidan dan Alisa sehingga dia berdiri di hadapan meja mereka. Dhia memandang muka Aidan lalu kemudian mukanya dialihkan memandang Alisa yang sedang memandangnya atas bawah.
Dhia tarik satu senyuman herot.
"Someone new huh?" Soalnya tanpa sebarang riak walaupun hatinya sudah terlalu kecewa. Andai sahaja Alisa tidak ada pasti dia sudah menangis tapi dia sedar dia tidak boleh kalah dengan Alisa jadi dia cuba tahan sebaik mungkin dari menjatuhkan air matanya di hadapan perempuan perampas ini.
"Not your problem" Jawab Aidan dengan pandangan maut buat isteri di hadapan mereka. Dhia kembali memandang Aidan lalu dibalas pandangan itu dengan muka riak tenang.
"Bakal madu saya kan? Mestilah saya kena ambik tahu" Jawapannya membuatkan Aidan terdiam seribu kata.
"Balik Dhia, jangan timbulkan sebarang masalah dekat sini" Pinta Aidan. Tangan Dhia sudah mengenggam sesama sendiri dengan penuh emosi geram.
"Tak dengar ke orang suruh balik pergi lah balik" Celah Alisa apabila melihat pasangan itu saling bertautan mata. Geram dia melihat Dhia tiba-tiba muncul. Baru sahaja dia ingin melonjak gembira apabila Aidan mengajaknya makan tengah hari bersama.
"Kau diam. Dasar perampas" Ujar Dhia keras membuatkan Alisa terdiam mulutnya. Mukanya habis cemberut masam apabila dilabel perampas oleh Dhia.
"Kau tak layak cakap macam tu dekat Alisa kalau kau sendiri pun macam dia Dhia" Ujar Aidan membutkan Dhia sudah tertawa sinis. Oh Tuhan janganlah dia menangis.
"Semoga berbahagia hasil merampas suami orang" Ujarnya satu persatu sambil memandang muka Alisa yang semakin menunduk apabila Dhia semakin mendekatkan dirinya pada Alisa. Terus Dhia memusingkan langkahnya keluar dari kafe dengan penuh perasaan.
"Kejap!" Jerit Alisa lalu cuba mengejar langkah Dhia yang meninggalkan mereka berdua.
"Dhia wait!" Alisa cuba mengejar langkah Dhia yang sudah bergerak ke arah parkir kereta.
Sebaik sahaja tangan Dhia dapat dicapai terus Dhia menarik tangan Alisa lalu memandang muka Alisa dengan penuh geram. Kalau tadi rasa ingin hempuk muka Aidan sekarang dia rasa ingin hempuk muka Alisa. Pergilah sambung berasmara dana dengan suaminya!
"Kau nak apa perempuan?!" Ujarnya kasar lalu menyilangkan kedua-dua tangannya. Matanya galak memerhati Alisa yang turut memandangnya.
"So aku rasa kau dah tahu kot kena buat apa?" Tanya Alisa dengan sinis. Dhia sudah memusingkan matanya.
"Maaf aku bodoh lah harini. Kena buat apa ye?" Soal Dhia pura-pura tidak faham. Suaranya memang kalau dengar dah tahu yang dia malas ingin melayan Alisa.
"Kau dah kalah Dhia. Aidan tak akan kembali pada kau. Sekarang kerja kau senang je, cerai dengan Aidan dan bagi dia pada aku"
"Itu arahan ke permintaan?"
"Arahan"
"Maaf tapi aku tak terima arahan dari perempuan perampas dan penyondol macam kau. Maybe kau tak tahu kot yang aku ni gemini girl. Refuse to lose. Remember that" Balasnya sinis sambil memandang wajah Alisa tajam.
Alisa yang sudah mendongkol geram itu terus ingin menolak Dhia tapi tidak berjaya apabila dirinya sendiri terjatuh akibat terkehel di bahagian kaki ketika cuba menolak Dhia.
"Auch!" Alisa mengaduh kesakitan apabila merasakan buku lalinya memerah teruk apabila diperiksa. Dhia yang pada mulanya malas ingin melayan perangai Alisa mula kesian apabila melihat Alisa yang asyik mengusap kakinya itu.
Terus dia membongkok ingin menolong Alisa sebelum bunyi hon kereta mengalihkan pandangan mereka berdua.
PIN!
Aidan yang berada di seberang jalan itu terus berlari menolak Alisa daripada dilanggar kereta tersebut. Nasib sahaja dia sempat kalau tidak pasti Alisa sudah dilanggar kereta tersebut kerana berada di tengah jalan.
"Kau buat apa Dhia!" Tanpa apa-apa nama Dhia terus menjadi sasaran Aidan. Dhia sudah terdiam apabila Aidan menaikkan suaranya di hadapan orang ramai yang sedang memerhatikan mereka.
"Tak cukup nak sakitkan hati aku kau nak matikan Alisa ke?!" Marah Aidan bertalu-talu. Dhia diam tidak berkata. Matanya sudah berkaca habis. Ditambah lagi dengan perasaan malu apabila dimarahi sebegitu di hadapan orang ramai membuatkan terus air matanya jatuh.
"Tapi saya tak tolak dia pun" Jawabnya dengan tergagap-gagap. Tangannya naik memegang perutnya. Aidan tunduk mengikut tangan Dhia yang memegang perutnya.
"Aidan...sakit" Terus Aidan kalihkan pandangannya ke arah Alisa yang asyik mengusap kakinya. Aidan mencangkung melihat Alisa.
Di belakang itu ada seseorang yang sedang menahan tangisan daripada terus merembes banyak. Mulutnya ditekup dengan tangan agar suara tangisannya tidak didengari oleh orang ramai. Matanya sesekali memandang orang ramai yang turut memandangnya dengan penuh simpati.
"Bawak dia pergi hospital kejap lagi aku on the way" Arahnya pada salah seorang pekerjanya yang sampai apabila Aidan mengarahkannya datang.
Pekerja tersebut mengangguk lalu memapah Alisa bangun dan naik ke kereta. Alisa sempat memegang tangan Aidan tapi cepat sahaja Aidan menarik.
"Kejap lagi aku datang, pergi dulu" Pujuk Aidan apabila melihat muka Alisa yang memandangnya supaya turut mengikutinya. Sebaik sahaja kereta tersebut meninggalkan Aidan dengan Dhia terus mata Aidan memandang Dhia dengan penuh perasaan marah.
Terus tangan Dhia dicapai lalu ditarik.
"Kereta kat mana?" Soalnya beku. Dhia yang masih cuba menghentikan tangisan itu hanya menunjuk ke arah tempat parkir keretanya.
"Kunci kereta" Pinta Aidan. Dhia cepat-cepat mengeluarkan kunci kereta miliknya lalu diserahkan pada Aidan.
Pintu penumpang kereta myvi terus dibuka lalu Aidan menolak Dhia masuk ke dalam kereta kemudian terus Aidan masuk ke dalam kereta tersebut. Enjin kereta dipasang lalu penghawa dingin terus dibuka.
Kedua-duanya diam. Dhia masih cuba menahan tangisannya dari terus mengalir.
"Kenapa kau buat Alisa macam tu Dhia"
"Saya tak buat apa-apa pun. Dia terjatuh sendiri dan saya cuba tolong dia. Itu je" Jawabnya dengan tersedu-sedu.
Aidan memusingkan badannya ke arah Dhia lalu bahu Dhia dipegang. Dhia terus memandang Aidan sebaik sahaja pegangan di bahunya itu agak menyakitkan.
"Sakit" Itu sahaja yang mampu diucapkan olehnya.
"Jangan tipu aku Dhia, aku nampak depan mata aku sendiri. Kau buat apa?! Kalau kau tak suka dia sekalipun kau tak patut tolak dia macam tu. Boleh mati dia tahu tak tadi kalau aku tak selamatkan dia!"
"Saya tak buat apa-apa! Saya cakap saya tak buat, saya tak buatlah! Janganlah tuduh saya macam-macam! Kalau abang tak percaya tengoklah cctv!" Jerit Dhia lalu memukul tangan Aidan agar melepaskan cengkaman dari bahunya.
"Aku langsung tak percayakan kau Dhia. Sikit pun. Kalau kau mengandung sekali pun aku tak percaya kau mengandung anak aku" Mata Dhia yang memerah itu terus naik memandang tepat pada mata Aidan. Lidahnya kelu dari berkata apa-apa setelah Aidan berkata begitu. Sampai macam itu kaj sekali Aidan bencinya?
Mana janji Aidan selama ini?
Dhia mengukir satu senyuman di bibirnya walaupun perit sebenarnya. Air mata cuba ditakung agar tidak terus mengalir.
"Kalau abang rasa dia penting dalam hidup abang, pergilah. Abang patut tengok keadaan dia. Takut kalau tulang kaki dia patah sebab saya tolak kuat sangat tadi" Ujarnya menahan rasa daripada terus menangis. Hatinya berharap agar Aidan tidak pergi dan terus duduk bersamanya. Tapi dia tahu, perkara itu tidak akan terjadi.
Aidan memandangnya dengan penuh tajam sebelum satu nafas ditarik dan dihembus.
Jangan pergi.
Saya perlukan abang.
Tolong, jangan pergi.
"Kita bincang dekat rumah" Jawabnya perlahan lalu keluar meninggalkan Dhia keseorangan di dalam kereta tersebut.
Sebaik sahaja Aidan keluar, air matanya terus menjurai jatuh tanpa berhenti. Hatinya bagai ditusuk dengab belati tajam. Dijerit sekuat mungkin melepaskan rasa yang cuba ditahan selama ini.
"AAAAAARGH! "
DHIA memakirkan kereta di hadapan rumah sebaik sahaja laluannya dihalang dengan sebuah kereta lain. Melihat seseorang yang amat dikenali sedang menyilang tangan sambil duduk di hadapan kereta membuatkan rasa amarah dalam dirinya meningkat mendadak. Terus Dhia mencabut tali keledar dan pantas keluar bertemu dengannya.
"Dhia" Panggilnya sejurus wajah Dhia mendekat ke arahnya.
Tanpa apa-apa Dhia terus melayangkan satu penampar di pipi lelaki tersebut.
"Kau nak apa lagi Fakhrul?! Tak cukup musnahkan hidup aku sekarang kau nak apa?" Jerkahnya sebaik sahaja dia menampar pipi Fakhrul. Hatinya panas sahaja melihat muka tidak malu Fakhrul yang menjejakkan kaki ke rumahnya.
"Dhia dengar dulu apa saya nak cakap" Rayu Fakhrul tapi Dhia hanya mengeleng kepalanya.
"Cukup Fakhrul. Kau pergi balik jaga bini kau lagi bagus. Tak payah nak kacau aku dah. Hidup aku lagi haru lepas apa kau dah buat kat aku" Ujarnya geram. Matanya tajam memandang wajah Fakhrul dengan bibirnya diketap geram.
"Saya nak minta maaf tapi saya buat semua ni sebab terpaksa"
Dhia meletuskan ketawanya sambil kepalanya mengeleng-geleng seperti satu maaf yang diberi oleh Fakhrul hanyalah lawak baginya.
"Maaf? Kau rasa dengan ucapan maaf kau ni boleh betulkan semua ke Fakhrul? Aku ni, aku ni baru nak elok dari trauma kena rogol dengan jantan lain and kau tiba-tiba muncul buat balik masalah sama! Memang semua jantan spesis macam kau ni layak mampus lah!" Marahnya. Suaranya habis ditinggikan.
Dhia terus memusingkan badannya ingin masuk semula ke dalam kereta sebelum namanya diseru oleh Fakhrul.
"Tapi aku tak buat apa-apa pun dekat kau Dhia. Tak mungkin aku buat benda terkutuk dengan kau. Sebab kau wanita yang paling aku sayang" Jujurnya. Sumpah! Dia tidak ada buat benda terkutuk langsung dengan Dhia. Niatnya hanya disebabkan terpaksa sahaja.
Dhia pusing badan menghadap ke arah Fakhrul lalu perlahan-lahan bergerak sehingga jarak mereka rapat.
"Cukup dengan kata-kata manis kau Fakhrul. Aku langsung tak percaya walau sedikit pun. Aku benci kau Fakhrul. Sampai mati aku tak akan maafkan kau" Ujarnya dengan ton suara yang mendalam sehingga membuatkan Fakhrul kecut perut melihat perubahan Dhia.
"Maafkan aku Dhia. Tolong maafkan aku. Hidup aku tak tenteram langsung lepas semua tu terjadi" Fakhrul melutut di hadapan Dhia namun Dhia hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi. Hatinya sudah membenci dengan manusia yang bernama Fakhrul.
"Maaf kau tak akan mampu mengubah semua nya kembali seperti sedia kala Fakhrul. Kau melutut sekali pun menangis keluar air mata darah pun tak akan buat suami aku maafkan aku, Fakhrul." Ujarnya dengan matanya yang sudah berkaca. Dia harus kuat di hadapan orang lain. Dia tidak mahu orang nampak dia lemah.
"Aku sanggup buat apa saja Dhia asalkan kau maafkan aku" Fakhrul mendongak memandang Dhia yang sedang menahan air matanya dari menangis. Rasa bersalahnya semakin menimbun apabila melihat orang yang disayanginya tersakiti akibat silapnya.
"Sanggup buat apa saja?" Soal Dhia lalu Fakhrul laju mengangguk.
"Kau jumpa dengan suami aku jelaskan apa yang terjadi sebenarnya. Itu pun kalau dia nak jumpa kau lah dan lepastu pergi jauh dari hidup aku. Aku tak nak jumpa kau langsung walaupun bayang-bayang kau." Ujarnya lalu terus meninggalkan Fakhrul sendirian. Minta maaf padanya, jelas perkara sebenar padanya pun tidak guna kalau suaminya tidak percayakannya.
Hon ditekan berkali-kali meminta Fakhrul pergi dari kawasan perumahannya.
"Aku minta maaf Dhia tapi aku dipaksa" Gumamnya sendirian lalu matanya memandang ke arah kereta milik Dhia. Melihat Dhia yang hanya memandangnya tajam membuatkan dirinya sedar bahawa cinta Dhia buat Fakhrul sudah mati.
"Aku akan buat apa kau nak Dhia. Aku janji"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top