Bab 53

Vote & Comment

HUJAN yang turun membasahi bumi seakan-akan faham dengan perasaan Dhia. Pintu gelangsar di kawasan belakang rumahnya dibuka lalu kakinya melangkah keluar tanpa sedar membiarkan badannya dibasahi hujan selebat-lebatnya. Air matanya juga turut mengalir mengikuti hujan yang turun.

Tsk.

Kepalanya didongakkan memandang langit dengan mata yang terpejam. Menghayati suasana hujan serta dingin yang menaikkan bulu romanya.

Sedang matanya terpejam menghayati hujan jatuh ke mukanya ada sekaki payung yang terbuka menghalang hujan daripada jatuh ke mukanya. Dhia yang sedang menghayati air hujan itu membuka matanya taktala hanya bunyi hujan sahaja yang didengar dan bukan air hujan yang jatuh ke mukanya.

"What're you doing? Imun dalam badan tu dah kebal sangat ke sampai nak mandi hujan?" Soalan yang keluar meniti di bibirnya mendapat satu senyuman daripada Dhia taktala melihat wajah Aidan yang beku.

Masih caring rupanya.

"Lambat balik. Alisa macam mana okay ke dia?" Soalan berbalas soalan. Dhia menundukkan kepalanya apabila nama Alisa keluar daripada mulutnya. Aidan mengeratkan genggamannya pada payung yang menjadi teduhan suami isteri itu.

"Okay. Kau tu yang tak okay. Gila ke mandi hujan" Balas Aidan geram. Dhia tertawa apabila Aidan melabelkan dirinya sebagai gila.

Ya memang dia gila.

Gila akan Aidan.

"Kau tak nak masuk ke? Hujan makin lebat" Ajak Aidan melihat Dhia yang masih kusyuk berdiri di atas rumput yang basah akibat hujan. Nanti kalau demam tidak ke menyusahkan dia?

Dhia mengeleng tidak mahu.

"Kalau abang nak masuk, masuk lah dulu. Nanti saya masuk" Ujar Dhia. Aidan hanya mengangguk faham. Bersama-sama berdiri menjadi pemegang payung buat Dhia yang diam menunduk.

Kedua-duanya diam menghayati hujan sehinggalah Dhia sendiri bersuara.

"Untuk berapa lama kita akan terus macam ni?" Persoalan itu membuatkan Aidan memandang Dhia yang turut memandangnya meminta sebuah jawapan.

"Am I not deserve your love, abang? Apa lagi yang saya kena buat sampai abang percayakan saya?" Bertalu-talu soalan keluar daripada Dhia membuatkan Aidan tersentak.

"Sampai kau mengaku kesalahan kau mungkin?" Jawab Aidan mudah membuatkan Dhia mengangguk faham. Bibirnya mengukir satu senyuman pahit.

Tidak, dia tak akan menangis di hadapan suaminya. Dia kuat. Dia bukan watak lemah seperti heroin lain.

"Abang tahu tak betapa kecewanya hati saya bila saya nampak abang keluar dengan Alisa sambil gelak ketawa. Did you know how break my heart when I see you with someone else? Sakit abang. Sakit sangat. Lebih sakit daripada tuduhan fitnah abang pada saya" Luah Dhia mengingati semula adegan yang terjadi sebentar tadi. Hatinya hancur berkeping-keping melihat kemesraan Aidan dan Alisa. Isteri mana yang tidak kecewa, beritahunya. Dia ingin berjumpa meminta tips untuk tidak kecewa.

"Macam tu jugak lah aku bila tengok Fakhrul keluar dari bilik tidur kita yang sepatutnya menjadi kamar istimewa untuk kita berdua yang sah dan halal dalam Islam. Kau nak tahu betapa jijiknya aku bila teringatkan balik kau tidur dengan jantan lain tak? Jijik aku sampai aku tak pernah tidur langsung atas katil tu sampai harini. Aku sanggup tidur atas lantai dari tidur bekas maksiat orang" Ujar Aidan sambil membalas pandangan dengan Dhia yang memandangnya. Satu senyuman sinis naik apabila dia selesai mengungkapkan ayat tersebut yang semestinya merobek hati isterinya itu.

Melihat muka Aidan yang seakan-akan jijiknya membuatkan Dhia tersenyum. Aidan agak kaget apabila melihat Dhia tidak menangis malah memberi senyuman yang mampu membuatkan hatinya berdetak laju.

"Andai kata itu semua hanyalah fitnah semata-mata abang nak buat apa?"

"Mata tak akan tipu tuan dia sendiri Dhia Andara"

"Tapi abang hanya melihat bukan menyiasat apa yang terjadi. Ya mata mungkin tak akan mampu tipu tuan dia sendiri tapi abang kena ingat, abang tak tengok apa yang terjadi pada permulaan. Abang hanya tengok pada pengakhirnyanya sahaja dan terus membuat andaian serta hukuman sendiri. Andai kata semua yang abang nampak tu tak betul macam mana?" Mereka berbalas pandangan. Dhia menunggu jawapan daripada suaminya itu namun hampa apabila Aidan hanya diam. Dhia mengangguk.

Dhia naik tangan mengusap perlahan bahu Aidan. Turun naik mengusap bahu Aidan menghantar satu harapan supaya Aidan membuka mata dan berfikir secara waras.

"Abang tak perlu risau sebab saya sentiasa maafkan abang. Semoga Allah berikan kesedaran buat abang untuk berfikir secara waras sementara saya masih bertahan untuk abang" Ujar Dhia lalu meninggalkan Aidan yang masih memegang payungnya.












TELEFON yang berdering meminta untuk dijawab terus ditekan punat hijau lalu ditekapkan pada telinganya.

"Hello Kak Sarah, kenapa telefon?" Soal Dhia sejurus panggilan tersebut diangkat olehnya. Dhia mengerut keningnya sebentar sebelum kerja yang sedang dilakukannya terhenti sebentar bagi menghadam berita yang disampaikan Kak Sarah.

"Akak... cuba cakap slow slow. Tarik nafas, hembus. Okay cuba cakap apa yang terjadi" Dhia meminta Kak Sarah untuk mengulang kembali berita tadi. Memang dia kurang faham apabila Kak Sarah bercakap seperti ribut. Laju bebenor perginya.

"Okay okay saya datang. Akak tolong tengokkan ulat beluncas tu jangan mengedik sangat dengan suami saya. Kejap segera saya on the way" Panggilan terus ditamatkan olehnya. Beg tangan dicapai lalu terus dia pergi ke arah Kak Devi menyampaikan pesanan ingin keluar sebentar.

Ada ulat beluncas yang harus dibunuh olehnya hari ini.















"DHIA, Ya Allah cepat-cepat" Panggil Kak Sarah apabila kelibat Dhia muncul di pejabat Alpha's Holding.

Dhia terus bergegas mendekati Kak Sarah lalu memegang kejap lengan Kak Sarah.

"Perempuan tu mana?" Matanya meliar mencari kelibat perempuan yang sudah lama menjadi mangsa pertama mendapat penumbuk istimewanya hari ini.

"Masih ada dekat dalam. Tadi akak tengok tak ada buat apa-apa lagi. Tapi akak risaulah, bos harini nampak tak sihat sangat lepastu perempuan tu kemain terhegeh-hegeh masuk dalam bilik pejabat bila bos benarkan dia masuk. Lekas, pergi halau si gedik tu sebelum jadi apa-apa" Tercungap-cungap Kak Sarah bercerita. Kemudian ditolak Dhia dihadapan pintu bilik CEO Alpha's Holding.

"Hwaiting!" Semangat diberi buat Dhia. Dhia mengangguk semangat.

Tombol pintu dipulas lalu ditolak. Dhia terus melangkah tenang masuk ke dalam bilik pejabat tersebut lalu kembali menutup pintu.

"Abang okay?" Soalnya prihatin dan bergerak mendekati ke arah Aidan yang meletakkan kepalanya di atas meja kerja. Beg tangannya turut diletakkan di atas meja lalu tangannya naik melekap di dahi Aidan.

"Panasnya! Abang demam ni" Ujarnya terkejut. Dhia sudah tidak senang hati melihat badan Aidan yang panas itu. Mesti sebab mandi hujan semalam.

"Uhuk" Dhia terus mengalihkan mukanya memandang tetamu tak diundang yang sedang menonton adegan mesra sepasang suami isteri itu.

"Eh, ada kau dekat sini. Ingat tunggul tadi. Kenapa ye?" Sarkastik Dhia bersuara membuatkan Alisa sentap.

"Kau tu yang aku patut tanya kenapa datang sini?" Balas Alisa lalu menyilangkan kedua-dua tangannya. Matanya naik turun memandang ke arah Dhia tanda tidak puas hati dengan kehadiran Dhia kemaru.

Dhia tersenyum lebar sambil memandang muka Alisa tidak percaya.

"Salah ke aku datang nak tengok keadaan suami aku yang sah? Aku rasa tak salah kot sebab dah halal kan. Lainlah kau, ulat beluncas yang terkena sumpahan tak jadi rama-rama cantik lepastu menyendeng dekat suami orang guna modal badan kau yang kalau nak banding dengan aku rasanya...." Dhia pandang atas bawah badan Alisa yang terbuka sana sini.

"Aku lagi elok kot. Kering macam kau ni tak sedap lepastu dah kena hinggap dengan banyak lalat oops!" Sambung Dhia lagi yang semestinya membuatkan wajah Alisa merah padam menahan amarah akibat diherdik sebegitu.

Dhia kembali mengambil sebuah gelas berisi air kosong lalu diambil panadol yang sentiasa dibawanya kemana-mana.

Dua biji panadol disuakan pada Aidan. Aidan yang tidak larat itu hanya mengambil lalu menelan ubat tersebut bersama-sama air yang dihulur padanya.

"What the hell are you talking about Dhia?" Soal Alisa setelah lama berdiam memerhati adegan suami isteri di hadapannya. Masih tersentap dengan ayat sinis yang dilemparkan buatnya.

Dhia kini bergerak mendekati Alisa yang berada bertentangan dengannya. Walaupun dia ini pendek tapi amarahnya terhadap Alisa jauh lebih tinggi dari Burj Khalifa.

"What kind a person are you? Perampas? Ke penyondol yang sedang cuba menghancurkan dua orang yang sedang bercinta dengan rancangan kotor?!" Herdiknya dengan kedua-dua tangannya disilangkan. Matanya galak memandang tajam wajah Alisa yang penuh dengam lakonan palsu.

Alisa bentuk satu senyuman sinis di bibirnya. Kakinya langkah satu kehadapan mendekatkan lagi jarak antara dia dengan Dhia.

"Well, Aidan sendiri yang minta pertolongan aku untuk rawat diri dia yang pening fikir pasal isteri murahan dia. So, aku cuba bantu dia apa yang patut je." Tipu Alisa walhal Aidan tidak menyuruhnya langsung dia sendiri yang berani masuk ke pejabat ini melihat muka Aidan yang pucat. Rancangannya hanya satu menggoda Aidan untuk jatuh ke dalam dakapannya.

Dhia tersenyum manis. "So, did I need to believe it? I guess not cause I know my husband more than you. Dia sendiri tak akan jatuhkan standard dia untuk perempuan macam kau. Saing-saing pondan chow kit"

"Tapi kau cemburu kan tengok aku rapat dengan Aidan? Kalau kau lambat sikit je tadi mesti terbakar diri kau" Balas Alisa kembali. Dhia sudah menyenteng baju lengannya yang labuh.

"Yup! I'm little bit jealous but bear in your mind Alisa, you cannot cope with me." Ujar Dhia yang membuatkan Alisa diam seribu kata.

Alisa memejamkan matanya seketika lalu satu nafas ditarik sedalam mungkin.

"Dhia kau tahu tak yang kau dengan Aidan dah berada di hujung jalan. Tinggal tunggu masa je untuk bercerai dengan Aidan"

"Do you care?" Mudah sekali Dhia membalas. Matanya dikecilkan seperti ingin melumat-lumat wajah Alisa itu melalui matanya. Tangannya yang bersilang kini sudah berada di cekak pinggangnya.

Tunggulah sampai dia buka silat nanti. Habis lari bersepai wanita di hadapannya ini.

"Did you need to care? Perlu kau ambik tahu apa yang kami nak buat? Kalau kami nak bercerai sekali pun perlu ke kau kena ambik tahu? Perlu? Kau kisah ke?"

"Of course perhaps maybe I and Aidan can..." Tidak sempat Alisa menghabiskan ayatnya terus dipintas oleh Dhia yang sudah naik geram melihat perangai Alisa yang semakin menjadj-jadi.

"Boleh apa? Boleh bersama? Kau dengar sini baik-baik eh, mungkin lah kau boleh bersama dengan Aidan tapi langkah mayat aku dulu lah kot. Itu pun kalau aku mampos sebelum kau lah kan. Now, anything else? Kalau dah tak ada apa-apa dipersilakan berambus lah sebab saya nak bawa suami kesayangan saya ni balik rumah. Sebab rawatan yang terbaik adalah rawatan daripada seorang isteri kepada suaminya" Ujar Dhia sambil tersenyum manis.

Langkahnya kini bergerak ke arah pintu lalu pintu dibuka seluas-luasnya memberi penghargaan kepada Alisa untuk keluar dari pejabat tersebut.

Alisa mendengus geram lalu beg tangannya diambil dan berlalu keluar dari pejabat tersebut. Dhia menghantar Alisa dengan pandangan penuh tajam. Hatinya sudah banyak menyumpah seranah Alisa yang tidak habis-habis menganggunya.

"Macam mana okay?" Soal Kak Sarah sejurus melihat Alisa yang laju saja meninggalkan kawasan tersebut.

"Dah kena sedas dua dengan saya tapi tak lama esok lusa mesti dia ada balik. Akak boleh panggilkan Aryan tak? Suruh dia datang sini papah Aidan. Saya nak bawak dia balik. Demam panas dah dia tu" Kepalanya dipusing sekilas memandang Aidan yang masih terlentok kepalanya di atas meja.

Kak Sarah mengangguk laju kemudian terus berlalu mendapatkan Aryan yang berada di bahagian department lain.

Dhia kembali bergerak perlahan mendekati Aidan lalu tangannya mencapai rambut Aidan dan diusap perlahan penuh kasih sayang.

"Kalau sakit bagitau saya abang oi bukan bagitau ulat beluncas warna merah tu"










Tahu lambat maafkan saya ihiks! Teruskan kecam hero kita hehehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top