Bab 51



Vote & Comment

"BAGITAHU aku dengan berapa jantan kau dah tidur!" Jerkahnya membuatkan Dhia kecut perut.

"Sa...saya tak faham" Gelengnya. Fikirannya tidak dapat berfikir apa yang terjadi sekarang. Dia bangun tidur dan tiba-tiba Aidan memarahinya. Dia tak faham langsung.

"Tak faham ke pura-pura tak faham! Bagitahu aku Dhia berapa jantan dah tidur dengan kau atas katil ni!" Marahnya lagi. Bantal yang jatuh diatas lantai diambil oleh Aidan lalu dibalang mengenai tepat di dinding katil belakang Dhia.

Dhia sudah ternaik bahunya apabila hampir sahaja bantal tersebut terkena mukanya. Mulutnya sudah mengucap panjang. Terus perutnya dipegang lalu diusap meminta kesabaran.

"Maaf abang tapi saya betul-betul tak faham. Saya baru bangun tidur lepastu abang tiba-tiba marah saya. Apa yang jadi sebenarnya?" Soalnya walaupun dengan nada kecut perut. Matanya cuba memandang muka Aidan tapi cepat sahaja dia tunduk apabila muka Aidan seakan ingin membahamnya sahaja.

"Kau tanya aku apa yang jadi? Eh kau sedar tak kau baru je lepas tidur dengan bekas kekasih kesayangan kau?!" Jerkahnya. Dhia sudah geleng kepala tanda tidak percaya. Matanya yang dari tadi cuba menahan air mata daripada mengalir terus jatuh menitis ke bumi. Badannya mengigil.

"Apa yang kau geleng?!" Soal Aidan. Terus dia mendekatkan dirinya pada Dhia lalu dicengkam pipi Dhia dan didongakkan Dhia memandang mukanya.

"Sa...sakit abang" Dhia menarik lengan Aidan daripada terus mencengkam kuat pipinya tapi tidak berjaya kerana kekuatan Aidan lebih kuat daripadanya.

"Kau fikir kau punya sakit je? Habis hati aku sakit tengok lelaki tu keluar dari bilik ni tak sakit ke Dhia?! Hati aku ni lagi sakit kau tahu tak tengok perempuan yang aku percaya tipu aku sebodoh-bodohnya! Memang sial lah kau ni" Terus Aidan melepaskan cengkaman daripada pipi Dhia. Selimut yang menutup badan Dhia ditarik lalu dicampak ke bawah.

Dhia sudah mengeleng kepalanya. Ini semua fitnah! Dia langsung tidak tahu apa yang terjadi!

Dhia perlahan-lahan bangkit dari katil lalu menuju ke arah Aidan yang sedang berdiri menghadap dinding dengan kedua-dua belah tangannya ditemap pada dinding tersebut.

"Abang" Panggil Dhia. Tangannya cuba memeluk Aidan tapi pantas sahaja ditepis oleh Aidan.

"Jangan sentuh aku dengan tangan yang kau pernah pegang badan lelaki lain" Balasnya kasar. Dhia sudah terkedu apabila Aidan menolaknya sebegitu rupa.

"Saya tak buat apa-apa abang. Saya sumpah dengan nama..."

"Jangan kau berani bersaksikan nama Allah kalau kau sendiri yang merelakan semua tu Dhia Andara. Baik kau jujur dengan aku Dhia. Apa yang kau buat dengan jantan tu dalam bilik tidur kita?" Keras sekali suaranya. Tiada lagi Aidan yang cair dan bermanja dengan isterinya. Di hadapan Dhia sekarang ialah Aidan yang beku.

"Saya langsung tak ada buat apa-apa abang. Percayalah. Saya sendiri tak tahu apa yang terjadi sekarang. Tolonglah percayakan saya abang" Rayunya teresak-esak. Badannya melorot jatuh menghadap Aidan. Badannya disujud menghadap Aidan tapi cepat sahaja Aidan menariknya bangun lalu ditolak Dhia ke atas katil.

"Kau nak cakap apa kali ni Dhia? Disebabkan sekeping gambar aku buat macam ni? Aku nampak depan mata aku sendiri Dhia! Aku nampak depan mata aku sendiri bekas kekasih kau keluar dari bilik tidur ni sambil tengah pakai tali pinggang. Apa kali ni kau nak tipu aku Dhia?! Mata tak akan tipu tuan dia sendiri Dhia Andara!" Jerkahnya pada Dhia. Dhia sudah geleng kepalanya. Masih tidak percaya dengan kata-kata suaminya itu.

"Tapi saya langsung tak ingat apa-apa" Itu sahaja ayat yang mampu keluar dari bibirnya. Hanya mampu menangis dan menangis. Dia tidak tahu ingin cakap apa. Otaknya masih cuba menghadam semua ini.

"Memang kau tak ingat apa-apa sebab kau dah bersedap dengan jantan lain!" Marahnya lagi. Hatinya sungguh sakit dia melihat Dhia menangis tapi kalini dia tak dapat memaafkan apa yang dia lihat sebentar tadi. Hatinya terlalu sakit melihat isteri kesayangannya berhubungan dengan lelaki lain dalam bilik tidur mereka!

Nasib sahaja dia terdetik hendak balik waktu tengah hari semasa lunch break kalau tidak, mungkin perkara lain boleh berlaku.

"Abang langsung tak percayakan saya sedangkan saya percayakan abang seratus peratus"

"Jangan kau samakan kepercayaan aku terhadap kau bila benda macam ni terjadi depan mata aku Dhia. Don't ever. Kalau kau nampak macam mana aku nampak pun kau langsung tak akan percayakan aku" Sinisnya membidas ayat Dhia.

Dhia sudah terkaku. Hatinya sudah kecewa dengan Aidan. Langsung tidak dipercayainya. Dia hanya mampu diam. Kepalanya sudah bertambah sakit memikirkan masalah ini.

"Bangun" Arah Aidan tiba-tiba. Dhia mendongak kepalanya memandang Aidan yang hanya beku memandangnya. Dhia mengeleng tanda tidak mahu. Terus tanpa apa-apa bicara terus Aidan menarik tangan Dhia masuk ke dalam tandas.

"Sa-sakit abang! Sumpah saya sayangkan abang seorang sahaja! Sumpah! Saya langsung tak buat semua tu abang! Saya percaya itu semua bukan saya yang buat. Lepaskan saya abang! Sakit!" Rintihnya meminta untuk dilepaskan tetapi Aidan tetap dengan pendiriannya mengheret Dhia masuk ke dalam tandas.

Diheret Dhia sehingga ke bawah pancuran air lalu dibuka pancuran tersebut menyebabkan badannya dan badan Dhia habis lencun akibat dibasahi air seperit air hujan.

Dhia sudah memeluk kedua-dua lututnya akibat kesejukan. Kadangkala tangannya cuba mencapai tangan Aidan meminta belas ihsan tapi langsung ditepis oleh Aidan. Bibirnya sudah terketap mengigil kesejukan.

"Se-sejuk abang...tolonglah percayakan saya abang" Tangannya berjaya mengapai tangan Aidan lalu digenggam dan dicium tangan itu berkali-kali meminta simpati daripada suaminya itu. Aidan hanya diam memandang wajah Dhia yang pucat dan sudah membiru akibat kesejukan itu. Ingin sahaja dia mengalah tapi egonya kalini tidak dapat dikawal. Egonya sudah menguasai dirinya.

Terus Aidan menarik tangannya daripada terus dicium dan dipeluk Dhia.

"Lupakan apa yang terjadi Dhia. Anggap sahaja kita tidak pernah berjumpa. Depan mata aku Dhia! Mata tak akan pernah menipu tuan dia sendiri. Terima kasih sebab sedarkan aku dari mimpi indah ciptaan kau Dhia. Kau dengar sini baik-baik, Dhia Andara Binti Razif aku ceraikan..."















SEMINGGU sudah berlalu dan seminggu juga Dhia boleh diibaratkan sebagai patung yang tidak bernyawa di rumah agam ini. Dia masih tidak boleh mempercayai kejadian seminggu lepas terjadi dalam hidupnya. Pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataan.

Kepalanya menghadap televisyen yang hitam dan memantulkan wajahnya balik. Rumah yang dahulunya penuh dengan gelak tawa pasangan itu kini suram seperti dirinya. Manakan tidak, Aidan langsung tidak ingin berbicara dengannya setelah hampir menceraikan.

"Kau dengar sini baik-baik. Dhia Andara Binti Razif aku ceraikan..."

"Jangan!" Jeritnya sekuat mungkin. Dengan kekuatam yang ada dia cuba bangun lalu terus pipi  kiri Aidan menjadi sasarannya kali ini. Tempat yang dahulunya menjadi tempat ciuman setiap kali mereka ingin tidur dan pergi kerja kini bertukar lain. Aidan terus memegang pipinya apabila ditampar oleh isterinya.

"Jangan! Saya merayu dekat abang jangan. Walau apa pun yang terjadi jangan ceraikan saya. Please..."

Dhia cuba berbincang tetapi Aidan langsung tidak melayannya. Sudah berbagai cara dia cuba tapi mudah saja ditolak oleh Aidan.

Kerjanya pula sudah seminggu dia tidak masuk. Dirinya sudah terlalu penat dan dia yakin kalau dia pergi kerja sekali pun dia tidak mungkin akan fokus dengan kerjanya dan lebih baik dia mengambil cuti untuk merehatkan dirinya.

Dari duduk menghadap televisyen kini dia berbaring di atas sofa ruang tamu tersebut. Matanya memandang siling sambil tangannya naik mengusap perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk walaupun kecil. Inilah satu-satunya penguat semangatnya untuk terus berbaik dengan Aidan.

"Baby doakan mommy okay? Semoga mommy kuat nak baiki hubungan mommy dengan daddy tau. Mommy sayang baby sangat-sangat." Gumamnya sendirian. Tidak lama kemudian matanya mula tertutup lalu terlena di atas sofa tersebut.

Aidan menolak pintu rumah tersebut lalu terus laju ingin naik ke biliknya sebelum dia terhenti apabila melihat isterinya terlena di atas sofa ruang tamu. Terus kakinya digerakkan menghadap isterinya.

Matanya galak memerhati Dhia yang terlena. Hatinya meronta ingin sahaja dia memeluk wanita kesayangannya ini tapi dia ego, terlalu ego. Masih marah dengan apa yang terjadi.

"Kau memang buat aku gila Dhia" Terus Aidan berlalu naik ke atas.

Ego makes me dumb. Bagus Aidan!














"KAU masih tak dapat tahu ke apa sebab Alisa buat macam ni?" Soal Aidan dicorong telefon bersama Mike.

"Nope. Susah sikit nak korek rahsia dia bila dekat luar negara but aku pasti mesti ada sebab dia buat macam ni. Aku rasa kau kena berhati-hati dengan Alisa especially Dhia. Aku takut kalau dia buat benda pelik dekat Dhia since Dhia ni target dia lemah" Pesan Mike buat Aidan. Aidan sudah mengeluh. Kepalanya pusing memikirkan masalah yang satu ini.

"Pasal Fakhrul?"

"Ex- Dhia tu ke? Aku dapat tahu yang isteri dia dah bersalin anak lelaki. Dia bekerja dekat sebuah syarikat kereta. Itu je maklumat aku dapat sekarang ni" Maklumnya. Aidan mengangguk faham walaupun Mike tidak nampak.

"Aku nak kau ikut dia mana dia pergi. Aku syak dia ada something yang cuba nak kacau hubungan aku dengan Dhia. Dah ada bini pun masih obses nak kacau bini aku" Ujarnya geram. Mike hanya mengangguk faham lalu kemudian terus meletakkan telefonnya.

Kemudian, Aidan keluar dari biliknya lalu menapak ke dapur. Tudung saji yang berada di meja makan itu menarik perhatiannya. Terus tangannya mencapai mengangkat tudung saji.

Aidan menarik nafas lalu dihembus perlahan. Perutnya yang tadi sudah kekenyangan kini berkocak kelaparan apabila lauk yang dimasak oleh isterinya ini adalah lauk kegemarannya semua.

"Abang?" Panggil Dhia apabila melihat suaminya hanya memandang lauk yang dimasak olehnya. Satu senyuman terukir di bibir pucatnya.

"Nak makan?" Pelawa Dhia. Aidan cepat-cepat geleng kepalanya. Lihat saja muka Dhia terus rasa marahnya kembali melonjak naik.

"Tak apa aku tak makan dengan orang yang curang dengan aku" Jawabnya sinis lalu terus ingin beredar dari situ tetapi tidak berjaya apabila Dhia cepat sahaja mencapai tangan Aidan.

"Duduklah, saya tak makan dengan abang." Pelawanya walaupun hatinya sudah dihiris dengan kesakitan yang teramat. Dhia mencapai pinggan lalu dicedok nasi buat Aidan.

"Makan okey? Kalau rasa tak nak makan abang buang je semua lauk tu dalam tong sampah. Saya naik atas dulu" Dhia lantas meninggalkan Aidan yang sudah terdiam di situ. Aidan memejamkan mata saat Dhia lalu di sebelahnya dengan meninggalkan bau wangi kegemarannya.

Rindu tapi ego.
















Ya tahu tak cukup sedih chill chill je okay? Btw doakan saya diberi idea melimpah ruah HAHAHAHAHAH lepastu ajak kawan kawan baca okay walaupun cerita ni makin lama makin kelaut HAHAHAHAH




Next chap :

"Tinggalkan Aidan"

"Itu arahan ke permintaan?"

"Arahan"

"Maaf tapi aku tak terima arahan dari perempuan perampas"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top