Bab 50


Vote & Comment

"AKU dah jumpa siapa yang hantar gambar tu dekat kau" Ujarnya sejurus panggilannya diangkat oleh Aidan.

Aidan mengalihkan pandangannya ke arah Dhia yang sedang kusyuk menonton televisyen itu. Terus dia bangun berlalu keluar ke arah belakang rumahnya yang kosong dan hanya dihiasi dengan rumput palsu.

"Sambung" Balasnya setelah memastikan isterinya tidak berada di kawasan sekitarnya.

"Nama yang berdaftar atas nombor itu ialah sepupu kau sendiri, Alisa"

"Alisa?" Terkejut dia apabila nama Alisa meniti di bibir Mike.

"Ya Alisa. Aku dah check details semua memang nombor telefon itu pemilik dia ialah Alisa, sepupu kau. So, anything?" Soal Mike di corong telefon itu. Aidan sudah bercekak pinggang sebelah tangannya apabila memikirkan hal tersebut. Tangan kirinya naik pula mengusap dagunya dan kemudian hidungnya.

"Macam biasa, cari apa dia nak dari aku. Payment macam biasa nanti bagitahu harga aku bayar" Kepalanya memandang belakang apabila terdengar bunyi hentakan kaki Dhia mendekat ke arahnya.

"Beres. Nanti anything update aku roro kau balik. Cau"

"Okay" Aidan menamatkam panggilan sebelum sempat Dhia sampai ke arahnya.

Dhia mendekati Aidan lalu menghulurkan secawan air kopi kepada suaminya. Aidan tarik satu senyuman buat Dhia lalu mengambil cawan tersebut. Tangan Dhia ditarik dan menyebabkan Dhia terdorong mengikut Aidan berdiri di tengah-tengan ruangan belakang rumahnya.

Melihat Aidan duduk di situ juga menyebabkan Dhia turut ingin duduk tapi cepat saja dihalang oleh Aidan.

"Kejap" Aidan bingkas bangun berlalu ke dalam rumah lalu kembali ke belakang rumah membawa satu tikar kecil dan dibentangkan pada Dhia.

"Dah boleh duduk, baru tak kotor" Ujarnya. Dhia sudah sembunyi senyum apabila diperlakukan sebegitu oleh suaminya.

"Senyum, senyum cium kang" Ugut Aidan melihat isterinya tidak henti senyum daripada tadi. Dahlah senyuman dia itu manis mana mungkin dia tidak cair.

"Abang telefon siapa tadi?"

"Kawan, Mike. Ada benda nak bincang"

"Mike yang sado sado sikit tu eh, pastu kulit dia yang tanned tanned manis tu ke? Yang masa kita kahwin haritu dia pakai baju melayu warna biru muda ke?"

"Ye sayang betul lah tu. Amboi tahu je warna dia pakai" Aidan sudah mula ingin cemburu melihat Dhia menyebut nama Mike. Pakaian Mike masa hari majlis mereka bersanding pun masih Dhia ingat.

Benci!

Dhia sudah tertawa. "Bukanlah tak ingat pun tapi haritu Jasmin ada cerita pasal seorang lelaki ni masa majlis kahwin kita haritu. Katanya kawan dia masa kat situ sebut nama Mike itu yang Jasmin kemain bercerita. Crush baru dia"

Aidan sudah tergeleng kepala.

"Single lagi tu. Spesis Aryan cuma tak teruk macam Aryan" Ujar Aidan kembali lalu kedua-dua diam menghayati suasana malam berunggas bungi cengkerik.

"Aku perasan kau sekarang kuat makan lah. Tengok sekarang kau masih makan. Makan benda-benda tak sihat pulak tu. Dulu asal lepas isyak je jarang tengok kau makan. Kau okay ke tak ni?" Suara Aidan memecahkan bunyi alam yang sedang mereka hayati.

Dhia sudah terdiam. Air liur ditelan. Oh bukan masanya.

"Saya...saya bosan sebab itu saya makan" Cepat-cepat Dhia cuba menutup pertanyaan Aidan. Akdan sudah memandangnya tidak percaya.

"Ke kau..."

"Eh tengok atas banyaknya bintang malam ni" Cepat-cepat Dhia memotong ayat Aidan lalu mendongakkan kepalanya memandang atas langit yang dihiasi bintang yang banyak.

"Terangnya malam ni"

"Tapi yang sebelah aku lagi terang" Dhia sudah terkebil-kebil menerima pickup line dari Aidan.

"Mengada" Pipinya sudah berona merah apabila Aidan asyik memandangnya. Hatinya sudah berdegup kencang. Perutnya sudah penuh rama-rama yang menghasilkan rasa indah.

"Kau kalau ada kebun kau nak buat apa?" Soalan yang tiba-tiba lalu daripada Aidan membuatkan Dhia mengerut keningnya.

"Kalau saya ada kebun saya nak buat apa? Hm, mungkin saya tanam mawar merah lepastu bunga yang cantik-cantik tapi saya rasa saya tak nak ada kebun kot sebab saya malas nak jaga kebun. Tak rajin nak kena siram air hari-hari lepastu nak kena bagi baja. Tak larat. Kenapa abang tiba-tiba tanya? Abang nak bina kebun ke kat sini?" Soalnya kembali pelik. Tiba-tiba saja suaminya ini.

Aidan memeluk bahu Dhia lalu pipi Dhia dicium sekilas. Dhia sudah kemam bibirnya akibat malu.

Oh, cium anak orang boleh? Bila kena cium tahu malu?

"Hm if we have our own garden, I would put our tulip's together" Bicara Aidan membuatkan Dhia sudah mengemam mulutnya. Perutnya sudah melonjak ingin memuntahkan pelangi.

Tulips - to lips

ARGH! Kata tak reti sweet ini apa nyah?

"Eh dengar tak baby panggil? Meow meow. Ha dengar tak? Kejap saya nak tengok baby jap. Abang duduk lah sini sensorang saya nak bawak baby tidur dengan saya malam ni" Cepat-cepat Dhia bangun lalu meninggalkan Aidan keseorangan di situ. Aidan sudah tersenyum sahaja melihat gelagat isterinya.















"HA kau nak apa jumpa aku ni? Busy ah harini" Kerusi di hadapan Jasmin ditarik dan terus diduduk olehnya. Tangannya diangkat untuk mengambil pesanan sebelum Jasmin menarik tangannya kembali.

"Aku dah order air untuk kau."

"Siapa kata aku nak order air? Aku nak pesan makanan lah" Balas Dhia lalu tangannya diangkat kembali untuk memanggil pelayan.

"Ha kau nak apa jumpa aku. Mesej tak boleh ke? Call ke?" Soal Dhia setelah selesai pesanan dibuatnya. Jasmin sudah memasamkan mukanya.

"Oh sekarang sejak ada suami dah tak nak jumpa aku. Faham, faham. Aku ni siapa je lah. Insan yang kecil dihatimu Dhia tapi besar dihatiku" Bermadah pula Jasmin kalini. Tangannya ditekapkan di dadanya mewakili hatinya. Dhia sudah memutar matanya ke atas. Over betul lah hakak Jasmin ni.

"Aku main-main je lah Jas. Janganlah sedih sangat" Pujuk Dhia walaupun tak ikhlas.

"Tak adalah Dhia, kalau kita calling calling tak syok sebab aku nak kena tengok reaction muka kau baru seronok!"

"Apa ceritanya?"

"Aku jumpa crush hati aku! Argh, semalam dia datang butik mama aku. Ya Allah hensem gila mamat tu!"

"Crush kau yang mana satu ni?" Makanan yang baru sahaja sampai disuapkan ke dalam mulutnya. Cepat sungguh sampai kalau dah namanya makanan segera.

"Alaaaa kau ni yang aku cerita aku jumpa dekat majlis kahwin kau haritu" Ujar Jasmin bersungguh-sungguh.

"Mike ke namanya?" Jasmin sudah tersenyum manis apabila Dhia berjaya mengingati nama lelaki idamannya.

"Haah betul lah tu. Kau tahu tadi dia datang butik mama aku tempah baju dengan seorang perempuan ni"

"Girlfriend dia lah tu kan?" Usik Dhia. Terus Jasmin memukul tangan Dhia yang berada di atas meja.

"Jangan eh tu adik dia. Dia teman adik dia tempah baju untuk convo adiknya. Ya Allah sumpah hensem gila masa dia datang semalam. Dengan baju dia pastu nampak pulak biceps dia fuh! Memang cair doh. Pastu-pastu dia siap borak pulak dengan bakal mak mertua dia. Pergh! Memang idola buat suami nyah!" Ujar Jasmin bersungguh-sungguh siap muka yang teringat dekat Mike sekali.

"Bakal mak mertua dia? Siapa?"

"Mak aku lah ngok!" Geram betul Jasmin. Itu pun tak boleh fikir ke. Ada mak siapa lagi dalam butik tu kalau bukan mak Jasmin?

Dhia sudah ketawa besar melihat muka Jasmin yang geram itu.

Doktor Cinta Jasmin dah fall in love ke ni?

"Gila bayang eh kau sekarang. Laki aku cakap dia single lagi tu. Spesis Aryan." Jelasnya mengikut apa yang diberitahu oleh Aidan beberapa hari yang lepas.

"Spesis Aryan tak Aryan aku tetap dah jatuh cinta dengan mamat tu. Kau tolong lah mintak kan nombor mamat tu dekat Aidan eh? Eh? Please..." Pujuknya dengan matanya dibuat-buat comel supaya Dhia cair dengannya.

Dhia sudah menjelingnya.

"Tengoklah dulu kalau aku rajin" Putus Dhia setelah melihat muka Jasmin yang berubah comel itu. Nanti tolak merajuk setahun tak memasal penat nak memujuk pulak gadis di hadapannya ini.

"Kau memang bff forever ever and ever lah. Terima kasih Dhia. Sayang kau"

"Iyelah" Balasnya.

"Triple Cheese Grilled Chicken?" Kedua-dua sahabat baik itu mengangkat muka apabila pelayan itu menyebut nama makanan tersebut di hadapan meja mereka.

"Er, salah rasanya saya tak ada order" Kata Jasmin menolak makanan yang diberi oleh pelayan tersebut.

"Memang kau tak order nyah. Aku yang order. Terima kasih" Ucap Dhia lalu mengambil makanan tersebut dan diletakkan di atas meja.

"Dhia..." Terdiam Jasmin daripada berkata-kata. Terkejut dengan Dhia ye gais.

"Apa?" Soal Dhia lalu menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya. Matanya sudah sepet akibat memasukkan burger yang besar itu ke dalam mulutnya.

"Kau baru makan hot and spicy chicken grilled with add-on extra cheese tau. Tak kenyang lagi ke?" Terkejut dia melihat Dhia yang tenang makan itu. Depannya ini Dhia ke atau lembaga hantu?

"Aku makan untuk dua orang lah Jasmin. Biasalah" Ujarnya tenang. Air dihirup lalu kentang goreng dimasukkan ke dalam mulutnya.

Jasmin terdiam sebelum mulutnya terbuka luas. Dhia tak salah cakap kan tadi?

"Kau...kau mengandung?!" Soal Jasmin teruja. Dhia mengangguk kepalanya. Malas hendak bersuara baik makan lagi bagus.

"OMG bestie saya mengandung! Argh! Aku nak jadi aunty dah!" Teruja sekali Jasmin. Mukanya usah dikata macam dia pula yang mengandung. Seronok sangat! Kawan dari kecil yang kita tengok akhirnya dah mengandung!

"Aidan dah tahu belum?" Dhia yang ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya lagi terhenti. Makanan tersebut diletakkan ke atas pingannya.

Dhia mengeleng kepalanya perlahan-lahan.

"Belum" Monyok mukanya. Jasmin sudah sengetkan kepalanya apabila melihat muka Dhia yang tunduk monyok itu.

"Kenapa ni? Kau gaduh dengan Aidan ke?"

"Tak ada lah, aku tak bagitau dia lagi je. Nak buat suprise nanti" Cepat-cepat Dhia sembunyi masalah yang dihadapinya. Hampir sahaja dia beritahu masalah yang cuba disorokkan daripada Jasmin.

Jasmin kembali senyum.

"Girl ke boy?" Soal Jasmin perlahan. Dhia sudah kerut keningnya.

"Acik you. Baru sebulan lebih. Celah mananya nak tengok jantina baby" Kepala Jasmin ditunjal olehnya. Budak ini kalau lembap memang selembapnya.

"Manalah aku tau, aku tak kahwin lagi. Nanti dah kahwin dengan abe Mike aku tahulah"















BUNYI loceng membuatkan Dhia cepat-cepat bergerak ke arah langsir untuk melihat gerangan yang menekan loceng tersebut.

Hendak kata abang pos laju mahupun abang penghantar makanan pun tidak sebab setahunya dia tidak ada membuat apa-apa pesanan. Dhia berlalu mengambil tudung lalu disarungkan ke kepalanya.

"Fakhrul?" Terkejut Dhia apabila wajah Fakhrul muncul di hadapan pagar rumahnya.

Fakhrul menanggalkan kaca mata hitamnya lalu tersenyum manis pada Dhia.

"Hai Dhia" Sapanya. Dhia sudah terdiam. Otaknya sudah berfikir bagaimana Fakhrul tahu rumahnya di sini?

"Kenapa awak datang sini? Macam mana awak tahu alamat rumah saya? Saya tak pernah bagitahu alamat rumah saya pun dekat awak rasanya" Soalnya. Hatinya sudah tidak sedap hati apabila melihat wajah Fakhrul di hadapan matanya.

"Saja datang. Baby macam mana? Sihat ke?"

"Sihat. Saya tak main-main Fakhrul. Kalau awak tak ada apa-apa boleh balik. Suami saya tak ada" Tegasnya. Dalam hatinya sudah berdoa semoga tidak ada apa-apa yang terjadi.

"Chill Dhia. Wife saya nak jumpa awak. Dia ada dalam kereta tu. Saya tak nak bagi dia keluar sebab panas nanti kesian pula dekat dia. Awak tak nak jemput kami masuk ke?" Balas Fakhrul tenang. Dhia menoleh ke arah kereta milik Fakhrul. Ingin melihat isteri Fakhrul tapi sayang tidak nampak kerana tinted kereta yang gelap.

Dengan ragu-ragu Dhia membuka pagar rumahnya membenarkan Fakhrul bersama isterinya masuk.

"Masuklah ajak wife awak masuk. Kesian dia sorang-sorang dalam kereta" Pelawanya walaupun dalam hatinya sudah seram sejuk.

"Terima kasih Dhia tapi maaf wife saya dekat rumah tengah berpantang"

"Ha?..." Terus mulutnya ditekap oleh Fakhrul dengan sehelai kain yang dicampur dengan ubat yang membuatkan Dhia terus pengsan dan jatuh ke dalam pelukan Fakhrul.

"Maafkan saya Dhia tapi saya terpaksa" Sejurus itu, Fakhrul mengendong Dhia masuk ke dalam rumah tersebut.














MATANYA dicelikkan apabila suasana dingin membuatkan dirinya terasa sejuk. Matanya yang cuba mencari selimut untuk menutup badannya terhenti apabila terpandang wajah seseorang yang amat dikenali berdiri cerun memandang tajam ke arahnya.

"Abang..." Panggilnya takut apabila melihat wajah Aidan yang tajam memandangnya.

"Bagitahu aku dengan berapa jantan kau dah tidur!"




bye jumpa next year hahahahha

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top