Bab 49
Vote & Comment
"AKU nak kau cari siapa yang hantar gambar ni" Aidan menghulurkan telefon miliknya ke arah Mike yang duduk di hadapannya.
Mike mengambil telefon tersebut lalu dilihat gambar tersebut dan dipulangkan semula kepada Aidan.
"Boleh je, tapi kenapa?"
"Adalah, aku tengah serabut ni" Luahnya. Rambutnya sudah kusut masai, bajunya sudah terbukak dia butang teratas. Sah Aidan memang ada masalah. Jarang sekali Aidan macam ini.
"Kau gaduh dengan bini kau ke?" Sibuk Mike ingin mengambil tahu. Pen yang berada di atas meja Aidan diambil lalu diconteng muka Aryan pada kertas kosong.
Bulatan titik, bulatan titik, belon bertali kecil dan bulatan besar, bulatan besar, otot kiri dan kanannya dilukis seragam, tarik kiri tarik kanan turun ke bawah, poket kecil dilukis biar di tengah kemudian dilukis rambut Aryan yang iras-iras artis hero malaya kemudian sengaja di tambah reben hello kitty di atas kepala tersebut.
"Hahahaha comel" Gumamnya sendirian. Aidan sudah terteleng kepalanya melihat gambar yang dilukis oleh sahabat baiknya.
"Kau buat apa?"
"Lukis gambar"
"Gambar siapa?"
"Aryan"
"Kau suka adik aku ke Mike?" Soal Aidan dengan terkejut. Biar betul Mike dah ubah cita rasanya?
"Tak lah. Tak hingin aku dengan adik kau yang otak tak center tu. Lagipun aku dah berkenan dengan sorang awek ni tapi nantilah aku try. Busy ah sekarang banyak kerja. Ha berbalik pada soalan aku, kau gaduh dengan bini kau ke ni?"
"Haah" Balasnya sepatah.
"Sebab gambar tadi ke?" Soalnya lagi. Aidan mengangguk benar.
"Kau nak tahu satu benda tak? Hakim kan kalau nak tentukan kesalahan seseorang pun perlukan bukti yang kukuh. Even sekeping gambar pun tak mampu nak sabitkan orang tu bersalah. Yang kau ni tak akan sebab sekeping gambar kau dah terus tuduh melulu dekat bini kau" Ujar Mike memberi pendapatnya sambil asyik melukis muka Aryan di atas kertas tersebut. Dia tahulah dia kan penyiasat persendirian. Nak cari maklumat pun perlukan bukti yang kukuh dan asli.
"Macam mana kau tahu aku tuduh melulu bini aku? Aku tak bagitahu kau pun lagi?" Soal Aidan kembali. Digeleng kepalanya apabila Mike senang saja mengetahui masalah yang dihadapainya sekarang.
"Well I've known you for a long time Aidan. 15 tahun tu bukan sekejap tau. Aku tahu dengan sikap ego kau macam mana, cemburu kau macam mana. Kau tak payah sorok daripada aku Aidan. Tengok muka kau macam cicak berak kapur pun aku dah tahu kau tengah ada masalah"
Aidan menarik nafas sedalam mungkin sebelum dihembuskan kembali.
"Aku bukan apa Mike, aku takut kalau Dhia curang dengan aku macam mana Anisah pernah buat dekat aku dulu" Jujurnya dari hati. Itulah yang sentiasa merunsingkan hatinya.
Mike menarik satu senyuman sinis buat Aidan. Kelakar sungguh baginya melihat Aidan yang serabut.
"Aku nak tanya kau satu soalan. Kau sayang Dhia tak?"
"Sayang" Jawabnya yakin sekali. Mike mengangguk.
"Kalau kau sayang kau sepatutnya letak kepercayaan kau pada dia sebanyak yang mungkin. Hidup berkahwin ni bukan setakat lepaskan nafsu je Aidan. Tapi hidup berkahwin ini adalah untuk sentiasa melengkapkan sesuatu yang kurang dalam pasangan masing-masing. Macam tu lah jugak kau dengan Dhia. Tak sewajarnya kau cakap kau sayang dia tapi kau langsung tak percaya dengan dia. Seolah-olah ucapan sayang kau tu setakat di bibir bukan di hati kau. Aku tahu kau dengan Anisah dah berjumpa dan berbaik takkan kau tak boleh move on dari apa yang terjadi kot" Panjang lebar Mike bersuara.
Kali ini sudah rasa seperti dari penyiasat persendirian bertukar ke pakar kaunseling rumah tangga.
Aidan sudah terdiam apabila diulas panjang lebar oleh Mike. Dirinya mula tersedar dengan kesilapannya kali ini.
"Macam mana kau tahu aku dengan Anisah dah berbaik...ooo okay tak payah bagitahu aku dah tahu siapa bagitahu kau"
"Siapa?"
"Aryan" Satu patah nama saja yang sememangnya terlintas di kepalanya. Mike sudah tertawa besar.
Betul lah itu.
"Bincang elok-elok dengan dia. Aku tengok Dhia tu baik je tambahan lagi sejak kau kahwin dengan dia kau dah banyak berubah. Rugi kalau kau gaduh dengan dia sebab benda macam ni je"
"Berubah? Maksud kau?" Bicara Mike telah menimbulkan persoalan pada dirinya. Apa yang berubah? Nampak sama saja dia?
"Berubah lah staf kau sekarang kau dah tak adalah nak marah tak tentu pasal dekat dorang semua lepastu dorang kata kau sekarang rajin senyum kat dorang. So, boleh nampak lah effect Dhia dekat kau. Jiwa Dhia yang periang sekarang dah masuk dalam diri kau sikit" Jawabnya lalu mengangkat bahu tanda bersetuju dengan jawapan sendiri.
"Sekarang kau dah tahu kan kau kena buat apa?"
"Buat apa?" Sengaja dia bersoal teki dengan Mike walaupun sudah tahu apa yang ingin dikatakan oleh sahabatnya itu.
"Bodoh! Pujuk bini lah kau lah bodoh" Ujarnya dengan geram. Terus dia menolak kerusinya lalu bangun meninggalkan Aidan dalam pejabatnya sendirian.
"Eh kau nak pergi mana? Aku baru nak ajak kau lunch dengan aku"
"Kejap je. Aku nak kacau adik kau pulak. Ada dendam harus berbalas" Kertas yang baru saja siap dilukis itu turut dibawa bersama. Sah mesti nak pergi bilik pejabat Aryan pula.
Dua-dua sama tingtong. Yang muda macam tu yang tua pun macam itu.
AIDAN perlahan-lahan menghampiri belakang kerusi yang menempatkan Dhua sebelum matanya dihiasi dengan pelbagai makanan segera di atas meja.
"Ada orang datang ke tadi?" Tanpa apa-apa terus soalan pertama itu keluar dari mulutnya. Kerusi di sebelah Dhia diduduk olehnya.
Dhia menjeling sekilas wajah suaminya.
"Tak, kenapa?" Ayam goreng bahagian kepak diambil lalu diletakkan sos di atas ayam tersebut sebelum digigit olehnya.
"Then, banyak-banyak makanan ini untuk siapa?"
"Untuk saya?" Jari telunjuk Dhia menunjuk ke arah dirinya sendiri. Menandakan makanan tersebut adalah untuk dia.
"Banyak ni? Kau serius ke Dhia?" Soal Aidan terkejut. Gila kalau tidak terkejut jika mejanya itu penuh dengan makanan seperti MCD, KFC, Domino's Pizza dan berbagai lagi!
Dhia sudah menghela nafasnya. Mulalah tu.
"Saya serius lah. Kenapa? Bukan saya pakai duit abang pun beli" Perlinya balik. Malas nak mengungkit masalah pagi tadi. Buat sakit hati saja. Baik dia layan makanan lagi bagus. Bayi dia pun kenyang.
"That's not good for your health Dhia"
"Sekali sekala tak salahkan?" Balasnya balik. Masih mahu menang.
"Aku baru nak ajak kau keluar pergi date" Ujarnya perlahan. Tidak tahulah kalau isterinya itu mendengar.
"Pergi date? Buat apa?" Matanya yang fokus menghadap televisen kini beralih ke arah suaminya yang sedang kusyuk memandangnya. Terus diteguk air liur apabila dipandang sebegitu oleh Aidan.
"Pujuk kau. Aku nak mintak maaf pasal pagi tadi. Argh! Aku ni bukan sweet macam laki lain pun pastu bila dah baru nak sweet kau pulak melantak kenyang-kenyang" Luahnya kasar. Habis hancur rancangannya untuk memujuk Dhia.
"Tak apa lah saya dah maafkan abang pun. Salah saya jugak sebab marah abang macam tu. Sepatutnya saya pujuk abang elok-elok. Berbincang elok-elok tapi boleh pula saya terikut emosi abang waktu tu"
"Kau tak marah aku ke?" Aidan kini mengalihkan tempatnya duduk bersebelahan Dhia. Kakinya dinaikkan duduk di atas lutut Dhia yang sedang bersila itu.
Dhia sudah berdehem apabila Aidan sengaja mengeselkan kakinya. Dah mula dah bapak kucing ini buat kerja.
"Marah tu marahlah. Tipulah kalau saya tak marah tapi bila difikirkan balik tak ada guna pun kalau saya marah lama-lama. Masalah tetap tak akan selesai. Lagi satu kalau saya nampak gambar lebih kurang macam tu tapi abang dengan perempuan lain, saya mungkin akan jadi macam abang jugak. Emosi sebab kita sayang orang tu sangat-sangat" Jawabnya dari hati yang kecil.
Aidan sudah tenang hatinya melihat wajah Dhia yang tenang. Hatinya sudah bersyukur apabila mendapat seorang isteri yang memahaminya. Satu senyuman naik di bibirnya.
"Aku minta maaf okey? Aku terbawak-bawak marah aku dekat kau. Kau maafkan aku eh?" Kedua-dua tangan Aidan naik memegang bahu Dhia lalu digoncang sedikit.
"Ye takpa saya maafkan abang. Tapi sumpah demi Allah saya tak pernah ada niat untuk menduakan abang dan saya bersumpah juga cuma nama abang dalam hati saya. Maafkan saya kalau gambar tu buat abang kecewa dengan saya" Sayu sekali ayatnya. Hati Aidan semakin terusik apabila mendengar ucapan ikhlas dari Dhia. Terus ditarik Dhia masuk ke dalam pelukannya.
"Kau tak ada salah apa pun sayang. Aku je yang banyak salah dengan kau. Dah jangan nangis, tak cantik dah" Aidan menolak badan Dhia untuk melihat wajah Dhia. Ibu jarinya naik mengusap air mata yang mengalir di pupuk mata isterinya itu.
Pipi Dhia sudah bertukar rona merah apabila diperlakukan sebegitu.
"Abang"
"Ye" Jawab Aidan sambil mengusap rambut Dhia yang lembut. Sesekali mulutnya disuapkan makanan oleh Dhia walaupun dia cuba mengelak tetapi tetap Dhia mencuba untuk memberinya makan makanan segera.
"Saya nak tahu pasal kes saya kena rogol tu"
"Tak kena rogol" Keras sekali suaranya apabila isu ini dibangkitkan. Acap kali dia mengelak apabila Dhia membangkitkan soalan ini.
"Hampir. Saya nak tanya abang dah tahu ke siapa yang buat macam tu dekat saya?" Soal Dhia walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Aidan terdiam. Otaknya sudah merencanakan jawapan yang mampu memuaskan hati Dhia.
"Belum, polis cakap kes tu masih dalam siasatan" Balas Aidan dengan nada sedikit tegang tapi cepat saja dia meredakan perasaan marah nya dengan mengusap kepala Dhia. Haruman Dhia sangat mampu melegakan rasa penat lelahnya, perasaan marahnya dan perasaan negatif. Sabun apalah yang Dhia pakai.
Dhia sudah kemam bibirnya apabila Aidan tidak jujur dengan jawapannya. Kecewa sedikit.
"Oh okey tak apa"
"So, tak jadila keluar date dengan kau malam ni" Soal Aidan yang sedang menjongketkan keningnya.
Dhia pula sudah kerut dahi. "Kenapa pula?"
Jari Aidan memusing-musingkan ke arah makanan yang sudah habis di atas meja tersebut.
"Kau dah makan banyak Dhia jadi aku tak rasa kau akan makan lagi lepas ni sebab kau dah kekenyangan"
"No! Siapa cakap macam tu. Saya masih lapar okey" Ujar Dhia dengan muka cemberut masam. Sampai hati suaminya cancel janji temunya malam ini.
"Are you crazy maam?!" Tidak menyangka Dhia akan bercakap sebegitu. Lapar lagi? Habis yang melantak tadi apa? Hantu dia ke?
"Mana ada saya gila. Saya lapar okey! Dahlah kalau abang tak nak pergi biar saya pergi cari makanan sendiri" Ayok, Dhia sudah merajuk. Aidan sudah mengurut kepalanya. Pening dia dengan sikap Dhia sekarang. Mudah saja berubah emosi dia.
"Okay, okay pergi bersiap. Kita pergi date okay" Pujuk Aidan lalu lantas menghasikan satu senyuman di bibir Dhia.
Terua Dhia mencium sekilas bibir Aidan sebelum bergerak meninggalkan kawasan ruang tamu itu.
Aidan memegang bibirnya yang menjadi tempat ciuman Dhia sebentar tadi sebelum dia tersenyum sendirian. Badannha terus disandarkan pada sofa di ruang tamu itu. Kakinya dihentak-hentak malu.
Malu!
"Abang jangan lupa tolong kemas ruang tamu tu!" Jerit Dhia dari atas. Bukan dia tak nampak Aidan tersenyum sendirian di bawah itu. Dia pun malu apabila mencium bibir Aidan. Itu semua tindakan drastiknya sahaja.
"Baby gatal eh suruh mommy cium daddy awak!"
Lepas ni saya serious! Aye janji aye serious ni last sweet
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top