Bab 48
Vote & Comment
MEJA yang dihias dengan lilin serta taburan bunga dilihat puas hati oleh Dhia Andara. Tersenyum lebar dia melihat hasil hiasan mejanya. Bangga dengan dirinya sendiri.
Matanya mengerling pada jam di telefonnya.
7:50 malam.
Makanya tak lama lagi Aidan akan pulang dan dia akan membawa Aidan makan berdua di meja ini kemudian dia akan memberitahu tentang kehamilannya yang kini sudah mencecah tiga minggu.
Dhia menarik kerusi di meja makan lalu disusun-susun hiasan yang berada di meja itu kemas walaupun sudah disusun sebentar tadi. Makanan yang sudah siap dimasak diletakkan di atas meja.
9:30 malam.
Dhia mula mengeluh buat sekian kalinya. Aidan pulang lewat kah malam ini? Tapi tidak pula dia diberitahu tentang perkara tersebut.
Telefon dicapai lalu nama Aidan dicari untuk membuat panggilan.
Panggilan berdering tetapi diangkat. Tiga kali mencuba tetapi ketiga-tiganya tidak angkat. Sibuk sangat kah suaminya harini? Dhia berura-ura ingin membuat panggilan lagi sekali tetapi tidak jadi apabila bunyi kereta memasuki perkarangan rumah mereka.
Ngauman bunyi kereta garang siapa lagi kalau bukan milik suaminya itu. Terus Dhia bangkit dan membetulkan pakaiannya lalu pintu dihampiri dan dibuka untuk menjemput Aidan masuk.
Dhia angkat tangan Aidan lalu disalam dam dicium tangan suaminya itu. Matanya naik memandang Aidan dengan tersenyum indah sebelum senyuman itu kembali pudar perlahan-lahan apabila reaksi yang diberikan oleh Aidan hanyalah beku.
Dhia cuba berfikir positif. Mungkin suaminya sibuk hari ini.
"Jom makan, saya ada masakkan lauk kegemaran abang" Ajak Dhia lalu menarik tangan Aidan untuk mengikutinya. Aidan diam dan hanya turut mengikuti Dhia ke meja makan tersebut sebelum matanya dihiasi dengan hiasan makan malam yang romantis.
"Kau buat apa ni?" Beku sekali soalannya itu. Tidak bernada langsung. Dhia memandang muka Aidan.
"Hias meja? Makan sama-sama?" Dhia bersoal kembali dengan Aidan.
Aidan hanya diam memandang tajam mata Dhia sebelum kakinya bergerak ke arah meja makan tersebut lalu ditiup lilin yang terbakar di atas meja itu.
"Jangan nak bakar rumah aku Dhia. Tak payah nak mengada-ngada sangat nak buat candle light dinner sangat. Aku bukan remaja yang berumur 25 tahun untuk makan malam macam ni" Balas Aidan dengan nada yang sedikir kasar. Tipulah andai kata Dhia tidak terasa tapi cuba disorokkan perasaan itu. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan.
Dhia hanya tersenyum nipis sebelum bersuara.
"Bukan selalu kan buat macam ni? Lagipun tak salahkan saya nak bermanja dengan abang. Abang kan suami saya" Tangan Aidan digapai lalu diusap perlahan. Aidan yang melihat perlakuan Dhia terus menepis tangan Dhia dari memegang tangannya.
Dhia sudah tersentap tetapi ditahan sahaja.
"Bukan dengan aku kau nak buat macam ni. Buat dengan ex kesayangan kau. Boleh bermanja macam-macam kau nak buat sampai kena dukung pun aku tak kisah!" Balas Aidan marah. Dinding yang memisahkan ruang makan dan dapur ditumbuk Aidan lalu terus meninggalkan Dhia terkebil-kebil di situ.
Air matanya yang cuba ditahan sebentar tadi jatuh menitis satu persatu.
TAP
TAP
Apa salahnya kali ini? Dhia mengelap sisa air matanya lalu kerusi ditarik lalu dihempaskan badannya ke kerusi tersebut.
Tangannya naik melekap ke perutnya.
"Maaf sayang, mommy ternangis pulak. Maaf jugak sebab mommy tak dapat nak bagitau tentang kewujudan kamu dalam perut mommy. Mommy rasa bukan masanya sekarang tapi kamu jangan risau, satu hari nanti mommy akam bagitahu. Mesti kamu laparkan? Jom mommy suapkan kamu" Gumamnya sendirian. Sudu dan garfu diambil lalu makanan yang tersedia di atas meja disuakan ke dalam mulutnya.
Makanlah untuk menenangkan hati yang kecewa.
USAI sahaja makan, pintu bilik tidur mereka dibuka dan hanya dihiasi lampu tidur di tepi katil itu sahaja. Dhia berjalan ke arah katil mereka sebelum matanya memandang Aidan yang sedang nyenyak tidur.
"Macam mana abang boleh tidur lepas buat saya macam ni?" Dhia hanya berbicara seorang diri. Tahu soalannya tidak akan berbalas. Langkahnya kini dipusing ke arah bilik baju untuk menukar pakaiannya sebentar tadi.
Kemudian, peti pertolongan cemas diambil lalu turut dibawanya bersama ke katil. Dhia duduk di birai katil sambil matanya tidak berkelip memandang wajah Aidan yang nyenyak tidur.
Cemburu dia melihat Aidan yang tenang tidur. Seakan-akan tidak terusik dengan perkara yang terjadi sebentar tadi.
Benarkan salah dia kali ini? Jika salah dia tolonglah beritahunya. Sekurangnya dia boleh menjelaskan perkara tersebut.
Dhia terus mengelap birai matanya yang sudab bertakung air. Tidak ingin mengalirkan air matanya di hadapan Aidan walaupun suaminya itu sudah tidur.
Dhia kuat!
Nafas ditarik sedalam-dalam mungkin.
Tangan Aidan yang menumbuk dinding sebentar tadi diambil lalu dibelek. Satu hal tentang Aidan yang dia tahu selepas mereka berdua tidur sebilik ialah Aidan seorang yang tidur mati. Tidak sedar dengan perkara sekeliling kecuali bunyi jam atau dikejutkan.
Dhia membuka peti pertolongan cemas lalu antisepktik diambil dan ditekapkan pada luka yang berada di jarinya itu.
Tidak menyangka pula kesannya sekuat itu sehingga berdarah. Ingatkan lebam saja. Selesai sahaja disapu ubat tersebut, Dhia perlahan-laham membalut tangan Aidan menggunakan pembalut gulung sekemas mungkin dan perlahan-lahan supaya suaminya itu tidak terjaga.
Peti pertolongan cemas dikemas semula lalu dibawa masuk ke tempatnya semula kemudian Dhia lantas membaringkan dirinya di sebelah Aidan. Matanya asyik memandang wajah Aidan yang tenang itu sebelum satu keluhan dikeluarkan.
"Semalam malam daddy-to-be"
Matanya dicelikkan apabila telinganya mendengari azan subuh yang diazakan oleh imam di masjid berdekatan kawasan perumahannya.
Aidan mengesat matanya menggunakan tangannya sebelum terasa sesuatu yang kasar ditangannya. Terus Aidan memandang tangannya yang berbalut pembalut gulung itu. Tidak perlu berteka-teki dia sendiri sudah tahu siapa yang membalut tangannya itu kalau bukan isterinya.
Dirinya bangkit dari katil lalu mengambil tuala untuk mandi. Kemudian, usai mandi badannya yang hanya berbalut tuala di pinggang mendekati Dhia yang masih nyenyak tidur.
Ingin sekali dia mengejutkan isterinya tetapi egonya menghalang semuanya. Hatinya terbakar dek cemburu melihat gambar yang baru diperolehinya semalam. Suami mana yang tidak marah jika melihat bekas kekasih isteri mendukung isterinya!
"Tch" Desisnya geram. Terus langkah dipusingkan ke bilik pakaian untuk menukar pakaian dan menunaikan solat sendirian. Buat kali pertamanya sejak perkahwinan mereka, Aidan mendirikan solat sendirian tanpa mengejutkan Dhia walaupun Dhia tidak datang bulan.
"ALLAH! Dah pukul berapa ni?!" Tersedar dia dari alam mimpi itupun akibat terdengar bunyi jam locengnya berdering. Kemudian terus saja Dhia menyelak selimutnya sebelum kakinya laju melangkah ke arah tandas untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat. Tiada masa ingin berfikir tentang masalah yang terjadi pada hari ini. Lebih baik dia meluahkan semuanya pada yang Esa.
"Amin amin ya rabbal alamin" Dhia mengaminkan doa ringkasnya pada subuh hari ini. Kakinya dilunjurkan ke depan. Tidak tahulah mengapa tapi penat saja solat tadi. Ditambah pula dengan pening kepala yang sering terjadi pada waktu pagi ini menyebabkan badannya terasa lesu.
Dia tahu bukan tidak tahu yang Aidan tidak mengejutnya subuh dan dia terasa. Sangat terasa. Seteruk-teruk hubungan mereka pun bukan ini yang Dhia nak sehingga solat berasingan.
Dhia bangkit setelah hampir 10 minit melunjur kakinya di atas sejadah. Telekung dibuka dan digantung kemudian katil didekati dan dikemas apa yang patut sebelum membawa dirinya ke bawah untuk menyediakan sarapan. Tidak nampak pula kelibat Aidan mungkin Aidan berada di bawah ataupun di bilik pejabatnya.
"ABANG, makanlah dulu" Panggil Dhia apabila melihat Aidan tergesa-gesa turun dari tangga sambil membetulkan bajunya.
"Aku dah lambat, kau makanlah sorang" Balas Aidan. Dhia mengerling jam yang tergantung di ruang tamu itu. Baru sahaja pukul 7. Biasa suaminya itu pukul 8 baru bergerak ke tempat kerja.
"Saya dah penat masak, sekurangnya jamah lah air ke apa" Dhia berjalan mendekati Aidan lalu tali leher suaminya itu dibetulkan. Aidan terkejut apabila Dhia memperlakukan sebegitu. Hatinya cepat sahaja berdegup kencang apabila menghadap dengan isterinya ini.
"Aku tak suruh pun kau masak, dah ketepi aku nak pergi kerja" Ujarnya lalu menolak Dhia ketepi sedikit yang telah menghalang laluannya tetapi cepat sahaja Dhia memeluk belakang badan Aidan.
"Dhia, lepaskan aku"
"No! Until you tell me why!"
"Kau nak aku bagitahu apa?" Aidan menolan tangan Dhia yang memeluk badannya lalu dipusing menghadap Dhia yang sedang memandangnya. Matanya sudah bertakung air mata.
"Kenapa abang macam ni? Saya buat apa sampai abang tiba-tiba macam ni? Kalau saya ada salah bagitau saya! Sekurangnya saya boleh jelaskan" Desak Dhia dengan keadaan marah. Dia cuba untuk tidak meninggikan suara apabila berhadapan suaminya. Ingin menyelesaikan secara baik.
"Kau tanya aku kenapa aku macam ni Dhia? Ask yourself! Kau pergi mana semalam?" Hati Aidan sudah membara ingin marah. Dirinya merasa tercabar apabila melihat Dhia yang sudah menangis itu.
"Saya pergi kerja"
"Tch, kau tipu aku Dhia. Aku tanya kau lagi sekali kau...pergi...mana semalam!"
"Saya tak pergi mana-mana. Pergi kerja balik singgah klinik itu sahaja!" Tangannya sudah mengenggam sesama sendiri membuat penumbuk. Cuba melepaskan rasa marah disitu. Dia tersangat geram.
"Then explain ini apa?!" Terus Aidan menunjukkan sekeping gambar Fakhrul mendukung Dhia. Dhia sudah terngaga apabila gambar itu berada di telefon milik Aidan.
"Mana abang dapat gambar ni?" Soal Dhia.
"Thats not an answer Dhia Andara. Bagitahu aku ini apa? Oh sedaplah kau kena dukung dengan bekas kekasih kau belakang aku kan?! Ntah-ntah sebelum ni banyak lagi korang berdua bersama?" Jerkah Aidan kasar. Dhia sudah membuat muka tidak menyangka dengan kata-kata nista yang diucap oleh Aidan.
Kepalanya sudah digeleng-geleng tanda tidak percaya. Air mata yang berjuraian di pipinya itu sudah tidak diendahkan. Hatinya terusik sangat.
"Hanya sebab sekeping gambar abang tuduh saya macam-macam?" Ujarnya seolah-olah masih tidak percaya dengan kata-kata nista yang dilempar oleh suaminya itu.
"Jangan nak pusing Dhia. Jujur dengan aku, kau kalau masih sayang dia bagitahu aku! Aku boleh lepaskan kau"
"Abang!" Suaranya sudah naik seoktaf apabila Aidan berkata sebegitu rupa. Dhia perlahan-lahan mendekatkan dirinya pada Aidan sebelum satu tumbukan kecil diberikan khas buat dada bidang Aidan.
"Disebabkan satu gambar yang abang sendiri tak tahu mana asal-usul dia abang sanggup tuduh saya macam-macam. Abang tak ada tanya pun apa yang terjadi sebelum gambar tu diambil. Abang tak ada tanya apa-apa pun dekat saya tentang gambar tu dan abang senang-senang terus buat spekulasi yang saya sedang bermesra dengan Fakhrul. Sampai hati abang" Ucap Dhia dengan tersedu-sedu. Badannya sudah mengigil akibat menahan air mata daripada terus mengalir.
Aidan pula hanya diam tidak berkata apa-apa. Masih dengan egonya.
"Abang tahu tak saya masa tu nak pengsan dan Fakhrul tiba-tiba datang terus halang saya daripada jatuh. Andai kata Fakhrul tak ada dekat situ saya mungkin dah jatuh dan tak mampu selamatkan..." Terhenti kata-katanya dari menyambung ayat tersebut. Tidak bukan masanya dia ingin memberitahu tentang kehamilannya pada Aidan.
"Selamatkan apa?" Soal Aidan. Dhia mengeleng kepalanya sahaja.
"Abang langsung tak ada nak tanya saya dulu. Abang terus tuduh saya semberono. Hati saya ni! Hati saya ni cuma untuk abang saja! Tak ada nama Fakhrul dah! Sejak akad dilafazkan oleh abang hati saya milik sepenuhnya nama Aidan Firash bin Ismail bukan Fakhrul" Matanya naik memandang Aidan yang terkedu memandangnya. Dhia mengeleng kepalanya lagi.
Tangan Aidan diambil lalu disalam dan dicium dua ulas bibirnya.
"Tak apalah saya faham abang tak akan percaya saya. Abang tak percaya isteri abang sendiri sebab tu abang lebih percayakan orang luar kan? Tak apa saya faham sangat" Tangannya naik menepuk dada Aidan lalu mengemaskan tali lehernya. Air mata yang masih mengalir dikesat kasar olehnya.
"Pergilah, pergilah kerja. Jangan risau pasal saya. Saya okey dan masih hidup" Ujarnya tersenyum nipis walaupun rupanya sudah tidak seperti lagak seorang manusia normal lagi. Langkahnya dipusingkan meninggalkan Aidan yang terkebil-kebil di situ.
Dia sudah letih.
Terluka dan menangis tapi ku terima.
"Ya Allah, apa aku dah buat ni" Gumamnya sendirian. Tidak tahu apa yang terjadi kali ini. Terus beg bimbitnya diambil lalu meninggalkan rumah tersebut.
Tak sedih pun chill je ') JAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top