Bab 47
Vote & Comment
"ASSALAMUALAIKUM! Ada orang ke tak? Kami datang nak beraya" Jerit pemanggil di luar rumah itu. Pasangan suami isteri yang sedang bersarapan itu memandang sesama sendiri.
"Siapa tu?" Soal Aidan pelik. Dhia angkat bahu tanda tidak tahu. Kacau betul hujung minggu yang tenang ini.
Dhia menolak kerusinya sebelum berlalu ke sinki untuk membasuh tangan.
"Abang makan lah dulu, saya nak pergi tengok jap. Nanti kemas okey?" Sempat Dhia mencium pipi Aidan sekilas sebelum berlari pergi ke depan.
Aidan sudah sembunyi senyum. Tempat ciuman isterinya tadi diusap.
"Abang ku yang terchenta di manakah kamu..." Mendayu-dayu dia memanggil abangnya. Nampak sahaja kelibat abangnya yang sedang makan itu terus dia datang memeluk bahu abangnya.
"Ya Allah abangku, sudah lama kita tidak bersua muka" Tipunya lagi lalu ditarik kerusi sebelah Aidan. Cawan Aidan diambil lalu dihabiskan air milik Aidan.
Aidan sudah menarik nafas sedalam-dalamnya. Tuhan, berikanlah dia kesabaran untuk tidak menghalau adik tak ada akalnya ini.
"Ya Allah abang sedapnya lauk. Nak sikit" Terus Aryan cuba mencapai lauk yang berada di dalam pinggan Aidan sebelum tangannya ditampar oleh abangnya itu.
"Kau ni pagi-pagi dah datang rumah orang kenapa? Tak ada rumah dah ke. Sibuk betul datang ke sini" Soal Aidan dengan penuh kesabaran. Aryan sudah mencebirkan bibirnya sambil mengusap tangannya yang sebentar tadi ditampar oleh Aidan.
"Adik nak datang rumah abang sendiri pun tak boleh ke? Kau dah tak sudi tengok muka adik kau yang hensem ni ke?"
"Hari-hari aku tengok muka kau dekat pejabat. Cubalah kalau sehari tu hilang dari pandangan aku kejap" Aidan bangun berlalu ke sinki untuk membasuh pinggan dan tangannya.
"Eleh cakap je lah tak sudi"
"Memang pun" Terus Aidan meninggalkan Aryan yang terkebil-kebil di situ.
Oh, kena tolak dengan abangnya.
"Hai abang Aidan!" Terjerit suka sekali Danish apabila melihat kelibat Aidan datang ke arahnya. Berlari Danish mendekati Aidan lalu terus diangkat kanak-kanak kecil tu. Dhia sudah tersenyum melihat kemesraan antara Danish dan Aidan yang sememangnya rapat.
"Siapa bawak Danish datang sini? Danish tak cakap pun dekat abang yang Danish nak datang harini"
"Abang Yan bawakkan Danish. Abang Yan cakap Kak Dhia dengan Abang Aidan nak bagi Danish kawan. Sebab tu Danish datang harini nak tengok kawan Danish" Seronok sekali Danish bersuara. Aidan sudah menepuk dahinya apabila mendengar cerita pendek Danish.
"Aryan Firash!"
"Yo, kenapa? Tak yah ah marah-marah aku saja je gurau dengan budak ni. Kan Danish kan? Kan abang Yan cakap tadi abang gurau je"
"Mana ada! Abang Yan cakap tadi betul-betul tak tipu pun. Abang Aidan...mana kawan Danish? Danish nak kawan" Danish sudah tersebek mahu menangis apabila melihat muka Aryan yang sedang seperti mengetawakannya apabila berjaya menipunya.
"Err Danish kena tanya Kak Dhia. Ha tanya Kak Dhia" Terus Aidan menolak Danish pergi ke arah Dhia yang terkejut itu.
"Kak Dhia...mana kawan Danish?" Matanya sudah bertakung air mata. Tunggu masa saja ingin jatuh menitis.
Eh, eh lepas tangan pulak suami kita ini?
Dhia terus mengangkat meletakkan Danish di pangkunya itu lalu dipeluk kanak kecil itu.
"Kawan Danish tak sampai lagi. Dia...dia dekat luar negara. Danish janganlah menangis okey? Danish kan dah jadi abang. Tak bolehlah menangis. Nanti adik Danish tengok abang dia menangis mesti dia nangis jugak" Pujuk Dhia sambil matanya sudah menjeling Aryan yang menahan ketawa itu.
"Sorry doh. Aku main-main je tadi tak sangka lak dia fikir betul-betul" Ujar Aryan setelah Aidan menjelingnya dengan penuh perasaan.
"Main-main kepala acik kau" Sambut Aidan yang sedang menahan geram itu. Kecik besar kecik besar saja dia lihat adiknya ini. Dengan buat muka tidak bersalahnya lagi.
"Hm okey Kak Dhia tapi promises nanti bila kawan Danish dah sampai Kak Dhia bagitau Danish tau"
"Akak promises" Dhia menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Danish. Terus Danish mengautkan jari kelingkingnya dengan jadi Dhia.
"Danish, jom! Tadi kata nak pergi taman nak main playground. Jom! Kak Dhia dengan Abang Aidan ada kerja kena buat" Aryan bangun menarik tangan Danish untuk mengikutnya.
"Kerja apa?" Soal Aidan pelik. Dia baru sahaja nak bermain dengan budak ini.
"Kerja nak bawak kawan Danish balik sini. Lagi sembilan bulan dia datang. Dah jom Danish" Suka sekali Aryan berkata. Aidan sudah mula bukak langkah ingin mengejar Aryan yang sememangnya sudah lama ingin kena penumbuk dia.
"Aryan Firash!"
KAKINYA dimainkan sesama sendiri manakala tangannya sudah mengutil bantal di sofa tersebut. Otaknya sudah merencanakan sesuatu.
"Dapat ke tak eh hm" Gumamnya sendirian. Telefon yang memaparkan video dari tiktok itu amat menarik perhatiannya. Hatinya sudah geram melihat video tersebut. Ingin saja dia melonjak keriangan kalau Aidan bersetuju dengannya.
Pintu rumaj dibuka membuatkan Dhia bangun memandang Aidan yang baru pulang dari masjid selepas selesai solat isyak.
Dhia diam tapi matanya galak memandang ke arah Aidan yang berpakaian baju melayu warna hitam dan berkain pelikat bersama kopiah di kepalanya.
Hensemnya suami aku!
"Sayang?" Panggil Aidan sambil memetik tangannya di hadapan muka Dhia.
"Ha? Apa dia?"
"Menung apa? Pandang aku macam nak makan orang je" Ujarnya lalu menarik Dhia untuk kembali duduk di sebelahnya.
Dhia diam memikirkan idea. Terus tangan Aidan diambil lalu digenggam. Aidan sudah mengerutkan keningnya. Kenapa budak ini?
"Kau okey ke?" Dhia angguk. Kepalanya disandarkan pada dada Aidan. Telinganya didengdangkan dengan irama jantung Aidan yang berentak tenang itu.
"Are you okay Sunshine? Kau kenapa?" Aidan naik pelik melihat sikap Dhia yang berubah tiba-tiba itu. Dah kenapa peluk orang ni?
"Erm saya teringin ni?" Dhia menghulurkan telefonnya kepada Aidan. Aidan ambil telefon tersebut lalu video itu dimainkan.
"Kau nak pergi funfair?" Dhia angguk.
"Haah"
"Bahaya lah funfair tu. Kau tak tahu ke ada kes orang jatuh pastu mati? Nanti kalau kita naik pastu jatuh macam mana?" Ujar Aidan. Menghalang Dhia untuk pergi.
"Itu sebab dah ajal dorang. Jom lah abang..." Tangan Aidan diambil lalu digoyang-goyang memujuk Aidan.
Aidan geleng kepala.
"Tak payah lah sayang"
"Abang dah tak sayang saya kan sebenarnya? Sebab tu abang tak nak teman saya kan? Abang dah ada perempuan lain kan?" Dhia mula ingin marah Aidan apabila Aidan menolak permintaanya.
"Ke situ pulak dia. Aku tak nak pergi sebab aku sayang kau. Nanti apa-apa jadi dekat kau macam mana? Tak bahaya ke?" Aidan masih cuba memujuk Dhia yang sudah cemberut masam itu.
"Tipu, tipu! Abang dah tak sayang saya sebenarnya kan?! Sebab tu abang tak nak teman saya!" Dhia bangkit mahu meninggalkan Aidan sebelum lengan Dhia dicapai laju oleh Aidan dan membuatkan Dhia terjatuh kembali ke atas sofa tersebut.
"Degil kan? Jangan degil boleh tak? Cuba dengar cakap suami kau ni? Aku cakap bersebab bukan saja-saja"
"KITA nak main apa lepas ni abang?" Ayam gunting ditangannya dicucuk lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Kemudian satu lagi ayam gunting dihulurkan ke arah Aidan yang sedang memerhati orang ramai di funfair itu.
"Kita masuk rumah hantu nak?" Ajak Aidan lalu cepat-cepat Dhia geleng. Gila ke apa nak main rumah hantu tengah malam-malam macam ni? Elok-elok jumpa hantu manusia nanti balik hantu lain yang mengikut.
Kepalanya meliar memandang sekeliling sebelum tertancap pada satu permainan di situ.
"Abang, abang saya nak main tu!" Dhia menunjuk-nunjuk ke arah sebuah permainan dengan hiasan berbentuk kapal terbang atau seperti jet.
"Dhia, itu permainan budak-budak" Ujar Aidan dengan nada berlagaknya. Berlagak-berlagak pun anak patung besar yang diperolehinya tadi hasil bermain menangkap itik mainan masih dipeluk diketiaknya.
Tengok siapa yang semangat nak pergi funfair sekarang?
Dhia sudah bercekak pinggang sambil mukanya geram memandang Aidan yang sudah sinis kepadanya.
"Pegang kejap" Dhia hulurkan bekas plastik makanan tadi ke arah Aidan.
Kemudian, Dhia menjengketkan kakinya untuk menyamai paras ketinggiannya dengan Aidan lalu topi yang berada di kepala Aidan diangkat lalu diterbalikan topi itu ke arah belakang.
Aidan diam sambil matanya galak memandang kecantikan isterinya. Angau sudah ini hero.
CUP!
Satu ciuman cepat-cepat diberi oleh Dhia dipipi Aidan lalu Dhia lantas meninggalkan Aidan dan bergerak ke arah permainan yang ingin dimain olehnya tadi.
Dengan cara itu sahaja mesti Aidan akan benarkan dia untuk main.
"Are you sure you want play this Sunshine? Tengok yang main semua budak-budak je" Bisik Aidan memberi pandangannya. Dhia masih mengangguk dan berkeras dengan permintaannya. Dia kini sudah beratur menunggu giliran untuk masuk.
"Cepat naik" Arah pekerja di situ. Dhia angguk lalu bergerak masuk ke arah permainan tersebut yang dipanggil super jet.
"Kena ada lagi sorang miss. Satu tempat dua orang duduk" Ujar pekerja tersebut.
Dhia pusing kepalanya mencari kelibat Aidan yang sedang memegang barangnya. Terus Dhia panggil Aidan untuk turut mengikutnya.
Pada mulanya Aidan mengeleng tanda tidak mahu tapi selepas mendapat pandangan tajam dari Dhia terus Aidan malas-malas mengikutnya masuk ke arah permainan tersebut.
"Sunshine. Aku ni CEO tau. Ini kalau staf aku nampak atau orang yang kenal aku nampak memang malu aku" Bisik Aidan dengan geram sekali. Tangannya naik mencubit pipi Dhia yang sudah tersenyum itu.
"Sekali-sekala apa salahnya abang. Bukan selalu nak tengok Ketua Eksekutif Operasi Alpha's Holding turun padang main games macam ni" Gurau Dhia lagi.
Aidan geleng kepala. Akur sahaja dengan permintaan isterinya ini. Kadang naik pelik jugak dengan budak ini sejak belakangan ini.
Kejap mood okay, kejap tak okay.
"Nasib baik aku sayang kau. Kalau tak memang dah lama kena humban dengan aku"
"Humban lah, humban ke hati abang. Boleh saya duduk situ selama-lamanya" Ujar Dhia lalu mata mereka bersambung seketika sebelum bunyi mesin permainan itu bergerak.
"Are you ready abang?" Soal Dhia seronok lalu memegang pemegang keselamatan di hadapannya.
"Ye sayang" Mengeluh dia kalini. Mana Aidan Firash yang ego itu?
"Let's go!"
BWEK!
Dhia masih tertawa sambil tangannya tidak henti mengusap belakang badan Aidan.
"Gelak pula kau? Ini semua sebab kau tau" Terus Aidan mencapai air mineral dan diteguk beberapa kali sebelum botol tersebut dimasukkan ke dalam tong sampah.
"Eh apa salah saya pula? Saya tak tahu pun abang tak boleh naik benda pusing-pusing macam ni. Kalau saya tahu saya tak ajak abang" Ujar Dhia. Masih mahu menegakkan pendiriannya. Dia betul dan Aidan salah!
Aidan menjelingnya tajam. Kepalanya masih tunduk ke bawah. Perutnya seperti ingin mengeluarkan makanan yang baru sahaja dimakannya tadi.
BWEK!
Terus Aidan memuntahkan sisa makanannya tadi lagi. Dhia yang mulanya ketawa tadi mula jatuh kesian dengan Aidan. Entah bagaimana air matanya mula bertakung apabila melihat Aidan yang tunduk menahan muntah itu.
"Saya minta maaf" Perlahan sekali suaranya. Air matanya yang jatuh cepat-cepat dihapus olehnya. Tangannya yang mengusap belakang badan Aidan tadi kini mengusap air matanya yang menitis.
"Lah nangis pulak" Ujar Aidan. Tangannya naik mengusap tudung Dhia.
"Kalau saya tak paksa abang mesti abang tak muntah macam ni" Tersedu-sedu dia bersuara. Makin kuat pula rasa bersalah dia apabila melihat Aidan tenang mengusap kepalanya itu.
Aidan mengeleng kepalanya lalu ditarik Dhia masuk ke dalam pelukannya. "Tak apa sayang. Aku tak marah kau pun. Aku okay je lah. Dah jangan nangis, tak cantik"
"Kita balik jom? Saya nak sapu ubat dekat kepala abang" Ajak Dhia sambil matanya memandang muka Aidan yang sudah pucat itu.
"Tak nak main dah ke? Nanti jangan menangis pula tak dapat pergi macam tadi" Sakat Aidan. Kemain budak ini melalak di rumah tadi sebab nak pergi ke funfair. Akhirnya terpaksa juga Aidan mengalah mengikut cakap Dhia.
Dhia geleng kepalanya. "Tak nangis dah janji."
"Okay-okay. Jom balik"
"DHIA" Panggil Kak Devi apabila melihat Dhia yang sudah terlentok di atas meja itu.
"Dhia" Panggilnya lagi. Kini Kak Devi sudah memegang bahu Dhia untuk menyedarkan Dhia.
"Ha apa dia Kak Devi? Sorry terlelap pulak" Jawab Dhia sambil menggosok matanya. Badannya disandar ke arah kerusi.
"Kamu okay ke? Nampak macam kamu tak sihat sahaja harini" Tanya Kak Devi prihatin. Risau juga dia melihat Dhia yang semacam sahaja hari ini.
Dhia mengeleng kepalanya. "Pening sikit lah Kak Devi lepastu rasa nak muntah saja"
"Pergi klinik lah macam tu lepastu ambik off day hari ni" Cadangnya. Satu papan panadol dihulurkan pada Dhia. Dhia tersenyum lantas mengambil panadol tersebut lalu ditelan dua biji.
"Nanti bos marah lah Kak Devi. Saya malas nak dengar dia bebel. Sakit telinga saya mendengarnya" Luahnya. Bos mereka itu kalau memekak boleh tahan cair tahi telinga selepas itu.
"Tak apa pergi saja lah. Dari kamu duduk sini sakit kepala macam ni. Ada baik kamu pergi klinik jumpa doktor. Pasal bos kamu jangan risau serahkan pada Kak Devi" Pujuk Kak Devi lagi. Dhia mengangguk.
"Okay akak. Thanks"
"DHIA" Terus Dhia mengangkat kepala memandang lelaki yang memanggilnya sebentar tadi. Terhenti langkahnya apabila memandang lelaki yang berada di hadapannya.
Dhia mengerutkan keningnya. Macam mana dia boleh ada dekat sini?
"Fakhrul?"
"Hai Dhia, buat apa datang sini?" Soal Fakhrul kepadanya. Dhia membuat reaksi pelik. Sekarang depan klinik jadi...
"Tengah nak meniaga depan klinik kenapa ye?" Jawabnya sambil lewa. Soalan apa lah yang dia dapat sebentar tadi. Dahlah kepalanya terasa mencucuk-mencucuk kuat sebentar tadi.
Fakhrul tertawa sebelum digeleng kepalanya berkali-kali.
"Kelakar lah awak ni. Saya serius ni. Awak tak sihat ke?"
"Orang kalau dah pergi klinik mestilah tak sihat Fakhrul. Dah ketepi" Terus Dhia menolak Fakhrul ketepi tetapi tidak berjaya apabila sakit kepalanya yang menyerangnya tiba-tiba membuatkan dia hampir terjatuh tetapi cepat sahaja ditangkap oleh Fakhrul.
"Awak okay tak ni Dhia?" Tangannya naik memeluk Dhia yang hampir terjatuh itu.
Dhua memegang kepalanya lalu mencuba untuk melepaskan diri dari pertolongan Fakhrul.
"Lepaskan saya Fakhrul nanti kalau orang nampak macam mana?" Ujar Dhia lagi. Satu tanganya cuba melepaskan tangan Fakhrul yang berada di bahunya manakala satu lagi memegang kepalanya yang semakin kuat rasa sakitnya.
"Tak payah fikir pasal tu. Fikir pasal kau ni. Sakit macam ni. Dah cepat masuk klinik jumpa doktor" Balas Fakhrul sambil memapah Dhia masuk ke klinik tersebut.
Di seberang jalan tersebut kelihatan seseorang berpakaian hitam sedang merakam adegan tersebut. Video tersebut kemudian dihantar kepada seseorang sebelum cepat sahaja lelaki itu beredar dari kawasan tersebut.
Unknown
📹 Video
- Tengok bini kesayangan kau sedang bermesra dengan lelaki lain
"KALI terakhir puan datang bulan bila?"
"Dah lama juga dalam dua bulan lepas tapi period saya memang tak teratur sikit. Mesti lari dari tarikh sepatutnya" Ujar Dhia lagi.
"Puan tak ada cuba buat pregnancy test ke sebelum ni?" Soal doktor tersebut lalu mendapat gelengan dari Dhia.
"Okay, mengikut urine test yang puan buat sebentar tadi menunjukkan puan disahkan mengandung" Ujar doktor tersebut. Dhia terdiam sebentar sebelum perlahan-lahan bibirnya naik mengukir satu senyuman lebar.
"Saya mengandung?" Soalnya lagi meminta kepastian. Tidak percaya dengan berita yang baru disampaikan oleh sebentar tadi.
"Ye puan mengandung. Gejala seperti sakit kepala yang teruk dan mual-mual yang puan alami merupakan antara simptom yang sering terjadi kepada ibu mengandung bagi semester pertama. Tahniah puan!" Jawab doktor tersebut dengan nada gembira. Dia sudah biasa melihat reaksi para bakal ibu bapa apabila diberitahu tentang kewujudan anak di dalam rahim isteri mereka.
Terus Dhia melekapkan tangannya di perut.
Dhia & Aidan junior is here :)
"Alhamdulillah doktor. Tapi berapa minggu dah ye?" Soal Dhia dengan nada gembira bercampur pelbagai perasaan.
Dia tak mandul seperti yang orang katakan.
"Untuk tahu berapa minggu, kita kena buat pemeriksaan ke atas puan lah ye. Boleh ke?" Laju-laju Dhia mengangguk.
Ya Allah, tak sabar nak bagitahu suaminya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top