Bab 46
Vote & Comment
"KAMU tu dah berapa bulan kahwin takkan tak berisi lagi kot" Suara-suara makcik mula bersuara di meja makan itu. Inilah padahnya kalau duduk satu meja dengan makcik-makcik tak ada insurans. Habis semua hendak ditanya.
Dhia mengangkat kepalanya lalu membalas satu senyuman buat mereka.
Arya dan Aryan hanya menjadi pemerhati sahaja. Tiada niat ingin masuk campur. Tapi cukuplah renungan tajam Aryan yang tidak menyukai dengan makcik yang bersuara tersebut. Arya pula memandang lalu diangkat bahunya tanda tidak tahu apa masalah makcik tersebut.
"Belum ada rezeki lagi makcik. InshaAllah satu hari nanti" Balas Dhia tenang walaupun hatinya sudah terasa disiat apabila dipersoal sebegitu. Matanya mula memandang sekeliling mencari kelibat Aidan. Waktu-waktu sebegini pula suaminya hilang.
"Tu anak maksu tu dah kat atas pelamin dah kamu ni dah nak dekat setahun kahwin, takkan tak ada rancang untuk ada anak. Kamu kena ingat suami kamu tu bukan orang biasa. Dia perlukan pewaris untuk teruskan empayar syarikat yang dibina ayah mertua kamu tu" Kasar sekali ayat dari makcik di hadapannya ini. Dia tidak tahu lah makcik ini dari belah siapa tapi yang penting memang menyakitkan hati.
Andai dia tahu kalau begini nasibnya memang dia tak akan hadir ke majlis perkahwinan sepupu Aidan. Baik duduk rumah sambil makan maggi lagi sedap.
"Ke kamu mandul sebenarnya"
"Maktok!" Belum sempat Dhia bersuara ada seorang yang sudah memecahkan masuk perbualan tersebut. Terus Dhia mengangkat kepalanya memandang ke arah pemilik suara tersebut.
Aidan...
Lega hatinya apabila Aidan sampai tepat pada waktunya. Kerusi di sebelah Dhia ditarik lalu Aidan duduk di sebelahnya. Tangan Dhia diambil lalu digenggam.
"Betul apa maktok cakap. Dah kalau tak mengandung mesti mandul. Itulah maktok cakap lain kali cari yang kita tahu latar belakang dia. Susah susah sangat itu Alisa kan ada" Senyum sekali maktok apabila nama Alisa disebut olehnya.
Dhia terus melepaskan tangannya dari genggaman Aidan lalu kerusi ditolak.
"Saya nak pergi tandas kejap" Pinta Dhia. Aidan mengangguk membenarkan.
"Maktok, tiada siapa yang dekat dunia ni menolak rezeki untuk dapat anak. Kami berdua pun masih dalam perkenalan dan kami pun tak menolak rezeki kalau isteri saya ditakdirkan mengandung. Maktok tak ada hak untuk cakap macam tu dekat isteri saya sebab saya pun tak pernah cakap macam tu dekat dia. Orang lain boleh bersabar tunggu bertahun-tahun untuk dapat anak takkan maktok tak boleh faham? Kalau maktok teringin sangat nak dapat cucu baru tu suruh suami maktok kahwin baru. Dapat anak baru, maktok boleh jaga" Lantang sekali Aidan bersuara. Terus terdiam maktok apabila dibalas sebegitu. Ahli keluarga yang turut berada di situ hanya berdiam diri sahaja dari tadi. Tahu kalau mereka masuk campur pasti Aidan akan mengamuk.
Dia terlupa agaknya Aidan memang lantang sedikit jika berkait dengan orang yang dia sayang.
"Semoga yang dekat atas pelamin tu pun tak kena soal macam mana maktok soal dekat isteri saya tadi. Pergi dulu." Terus beg tangan Dhia diambil lalu Aidan meninggalkan meja makan tersebut.
Aryan dan Aryan tarik senyuman sinis kepada maktok mereka.
"Itulah dah tak ada kerja cari kerja jadi wartawan kampung tak berbayar pulak. Kan dah mendapat" Ujar Aryan yang naik muak dengan perangai makcik saudara jauhnya itu.
DHIA memandang cermin di hadapannya. Mukanya yang sedikit pucat ditacap sedikit dengan pemerah bibir. Dhia tersenyum puas apabila merasakan dirinya sudah nampak baik.
"Ke kamu mandul sebenarnya?"
Soalan tersebut terngiang kembali di kepalanya. Dhia mengeluh perlahan.
Dia dengan Aidan pun baru sahaja merasakan kehidupan suami isteri sebenar selepas beberapa bulan. Haih, bencinya.
"Kesian, itulah kalau tak dapat bagi anak dekat Aidan kau bagi je laki kau dekat aku" Suara wanita yang berada di sebelahnya membuatkan Dhia memutarkan matanya. Siapa lagi kalau bukan Alisa, sepupu Aidan.
"Tak payah sibuk hal orang lah Alisa" Balas Dhia geram. Meluat betul dengan nama Alisa ini. Ada sahaja dia di mana-mana sekarang ini.
"Eh mestilah aku kena sibuk..."Alisa mendekatkan dirinya dengan Dhia lalu dipandang wajah Dhia dalam.
"Sebab aku ni kan bakal menggantikan tempat kau"
PANG!
Satu tamparan diberikan buat Alisa. Sudah lama dia geram dengan Alisa. Dari haritu lagi tangannya ingin sahaja menampar gadis yang tinggi darinya tapi ditahan sebab ramai orang. Tapi kalini memandangkan cuma mereka berdua sahaja di dalam tandas memang peluang besar buat Dhia umtuk melepaskan dendam yang terpendam.
"Kau jaga sikit mulut kau eh? Aku dah lama tak tampar orang tau! Kau orang pertama dapat penampar aku lepas beberapa tahun tau. Kau tak payah sibuk nak campur urusan rumah tangga aku dengan Aidan. Orang kalau dah tak nak dekat kau, tak payah sibuk nak rampas sangat. Kau ni cuma watak ketiga sekarang ni tau jadi watak kau ni tak akan bertahan lama dalam cerita ni. Sedar sikit diri kau tu dekat mana je pada Aidan" Kalini dia memang betul-betul marah dengan Alisa.
Nafasnya turun naik sambil matanya tajam ke arah Alisa yang terdiam akibat ditampar olehnya.
"Aku bagi amaran dekat kau Alisa, jangan sesekali kacau rumah tangga aku sebab kau tak layak nak berdamping dengan Aidan. Kalau kau rasa aku ini lemah macam dalam watak novel atau drama kau silap Alisa. Silap besar!" Terus Dhia melanggar bahu Alisa kasar sehingga membuatkan Alisa mengaduh. Pintu tandas tersebut dibuka lalu ditutup kasar olehnya.
Kakinya cepat-cepat ingin bergerak kembali ke arah meja makan sebelum lengannya ditarik oleh suaminya.
"Abang!" Terkejut Dhia apabila ditarik sebegitu. Nasib baik Aidan yang tarik kalau lelaki lain yang tarik? Habislah kena langgar dengan Aidan.
Aidan hanya diam dan malahan menariknya keluar dari dewan tersebut dan membawanya ke arah kereta mereka.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Balik" Balas Aidan.
Dhia mengerutkan dahinya. Pelik?
"Tapi abang, nanti orang cakap apa pulak. Kita masuk balik eh abang?" Pujuk Dhia. Tangan Aidan yang berada di lengannya dipegang. Memujuk Aidan.
"Aku tak nak makcik kat situ cakap buruk pasal kau lagi. Sakit hati aku dengar inikan pula kau yang menghadap. Dah jom balik sebelum aku makan kau" Ujar Aidan lalu pintu penumpang dibuka dan ditolak Dhia masuk ke dalam kereta tersebut.
Dhia sembunyi senyum apabila Aidan berkata sebegitu. Hatinya lega apabila Aidan memahaminya kali ini.
"Aku hantar kau balik lepastu aku nak keluar kejap. Nak jumpa Mike dekat gym" Beritahu Aidan walaupun Dhia tidak meminta.
"Saya nak ikut"
"Tak boleh"
"Alaa bolehlah. Boleh saya usya abang-abang dekat gym tu. Mesti badan dorang macam abang kan. Wuuu seronoknya dapat cuci mata" Usik Dhia membuatkan Aidan kegeraman.
Terus pipi Dhia yang sedikit tembam itu ditarik oleh Aidan.
"Jangan mengada Sunshine. Kau buat aku rasa nak makan kau lagi malam ni. Dahlah pipi tu makin menaik" Balas Aidan sambil dijeling sekilas isterinya itu.
Dhia terus memegang pipinya. Betul ke dah tembam.
"Dah tak payah nak raba-raba pipi tu. Duduk diam. dekat rumah nanti. Jangan buat benda pelik-pelik pulak"
"Nanti belikan saya MCD" Pinta Dhia lalu dikerlip-kerlipkan matanya memandang Aidan. Sudah terbayang burger itu masuk ke perutnya. Lepastu dengan kentang gorengnya. Sedapnya!
Aidan membuat tidak tahu. Muka Dhia tidak dipandang.
"Jangan buat muka macam tu Dhia, tak comel" Ujar Aidan sambil menahan rasa dari tidak memandang Dhia.
"Cuba lah pandang muka saya" Dhia sengaja mendekatkan mukanya dengan Aidan.
"Duduk diam-diam sayang. Nanti karang kereta ni kemana, kau kemana" Suruh Aidan geram. Suaranya ditahan.
"Alaa cubalah pandang" Aidan menjeling sekilas memandang Dhia lalu dihembus nafasnya. Kalah betul dia dengan Dhia kalau Dhia selalu buat muka macam tu. Comel sangat! Bini siapa ni?
"Yeye balik karang aku beli. Dah duduk diam-diam. Aku tengah bawak kereta ni"
SUASANA malam yang dihiasi dengan bulan penuh terang itu membuatkan hati Dhia tenang. Matanya kusyuk memandang bulan sambil tangannya mengusap baby.
Ruang belakang di rumahnya yang hanya dihiasi dengan rumput palsu dijadikan sebagai tempat Dhia duduk sambil menghadap bulan.
Matanya saja memandang bulan tapi hatinya sudah jauh merewang ke tempat lain.
"Baby rasa mommy layak tak untuk daddy?" Soalnya pada kucing kelabu yang sedang baring dengan matanya tertutup akibat dibelai oleh tuannya.
"Baby rasa layak je, kenapa mommy tanya macam tu?"
"Sebab mommy rasa daddy tu terlalu hebat untuk mommy yang biasa-biasa je" Balas Dhia sendiri sebelum dirinya tersedar sesuatu.
Sejak bila kucing pandai cakap bahasa manusia?
Terus ditolehkan kepalanya ke arah kiri apabila merasakan seseorang sedang menjalarkan tangannya memeluk pinggang Dhia.
"Abang, kalau saya ada sakit jantung mahu mati saya terkejut kucing boleh cakap bahasa manusia tau" Dhia mengeleng kepalanya. Nasib baik lah dia tak ada penyakit jantung.
Aidan hanya diam sambil turut merenung ke arah Dhia yang sedang kusyuk memandang ke arah bulan.
"You like the moon?" Soal Aidan. Dhia mengangguk.
"Yup, bulan cantik. Kenapa? Abang tak suka ke?" Dhia turut mengalihkan mukanya memandang Aidan yang sedang melayan perasaan memandang Dhia.
"Suka tapi aku lagi suka matahari" Jawab Aidan dengan nada yang mampu membuatkan hati Dhia berdetak laju.
Dhia meneguk air liur. Waktu-waktu begini lah rasa rama-rama dalam perut.
"Kenapa abang suka matahari? Sedangkan matahari tu kan panas" Soal Dhia kembali.
"Memang matahari tu panas indeed sains pun cakap matahari ialah benda yang paling panas tapi bagi aku sains salah" Dhia mengerutkan dahinya. Tak faham?
Matahari kan memang yang paling panas. Habis apa lagi yang panas selain matahari?
"Ha? Dah kalau bukan matahari yang paling panas habis apa yang paling panas dalam dunia?"
"Obviously it's you. Sebab tu aku panggil kau, Sunshine. Because you're the hottest for me"
Oh Tuhan, tolong. Jantung Dhia sudah berdetak laju seperti baru lepas habis marathon melawan Usain Bolt. Ini kalau hiperbola, jantungnya sudah cair akibat melayan pickup line suaminya ini.
Dhia sembunyi senyum. Suka dia dengan Aidan versi ini. Versi kucing jantan tengah mengorat kucing betina.
"Abang salah. Ada benda lagi panas dari saya sebenarnya"
"Apa dia"
"Neraka"
Aidan terus memusingkan matanya. Orang baru nak manja-manja terus kena tepek balik. Terus dilepaskan pelukannya dari pinggang Dhia.
Dhia tergelak apabila Aidan mula mencebik menyampah.
"Nah ambik ni, aku dah belikan kau MCD yang kau nak." Aidan menghulurkan satu beg kertas berlogo McDonald's kepada Dhia. Dhia tersenyum suka lalu beg kertas tersebut diambil dan dibawa keluar kentang goreng.
"Kenapa kau duduk kat luar? Tak sejuk ke? Dengan pakai baju macam ni lagi?"
Dhia mengeleng perlahan. Bajunya pun tak adalah pendek sangat. Set pijama satin berwarna hitam.
"Kau fikir pasal orang tua tadi tu ke?"
"Abang tak baik tau panggil makcik tu orang tua"
"Betullah orang tua. Dah dia memang tua. Tinggal tunggu kubur panggil je tu" Balas Aidan dengan menyampah. Hatinya masih geram dengan maktoknya itu.
"Saya tak kisah pun dia nak cakap apa dekat saya sebenarnya cuma..."
"Cuma apa? Takut kau tak boleh mengandung? Lepastu takut aku cari perempuan lain? Macam tu?" Pintas Aidan sebelum Dhia sempat menghabiskan ayatnya.
Dhia menarik nafas lalu dia mengangguk.
"Come on Dhia. Takkan lah sebab tu aku nak cari perempuan lain. Rezeki tu kan dekat tangan Allah. Lagipun aku okay je kalau kau tak mengandung lagi. At least kita boleh spend masa sama-sama. Banyak lagi benda kita boleh buat sementara tunggu rezeki anak. Lagipun kau tak puas nak bermanja dengan aku lagi kan?" Aidan menjongketkan keningnya meminta jawapan dari Dhia. Dhia mengeleng kepalanya.
Yelah, betul lah cakap suami dia itu. Dia masih belum puas nak bermanja dengan suami dia.
"Kau jangan risau Dhia. Aku seorang yang berpegang pada janji. Letak kepercayaan kau pada aku. Aku tak akan duakan kau dalam apa pun."
"Abang hebat sangat. Semua orang hormat dekat abang. Kadang saya rasa kecil kalau berdiri di sebelah abang" Luah Dhia sambil tangannya menghulur satu kentang buat kucing kelabunya itu.
Baby itu pula pantang dihulur makanan terus digigit masuk ke dalam mulutnya.
Aidan hanya memandang gerak-geri Dhia. Tangannya naik memeluk bahu Dhia.
"Jangan risau Sunshine. Tak semua orang boleh berdiri di sebelah aku dan kalau dia boleh berdiri sebelah aku maksudnya dia jugak hebat. Kau pun hebat Dhia sebab mampu berdiri di sebelah aku walaupun kau pendek" Aidan terus mengusutkan rambut Dhia yang terurai cantik itu.
Dhia terus menghembus nafas geram. Sampai hati abang Aidan usik rambut kita!
"Abang ni!"
Okay cukuplah sweet mereka. Mari kita ke konflik
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top