Bab 45


Vote & Comment

"MORNING" Tangan Dhia ditarik lalu membuatkan Dhia terdorong masuk ke dalam pelukannya. Pipi Dhia sudah memerah. Malu. Usai solat subuh tadi cepat sahaja dia melarikan diri menyiapkan sarapan dan membuat apa sahaja yang mengelakkan dia berjumpa dengan Aidan.

"Morning abang" Balasnya. Pelukan terus dileraikan. Kerusi meja makan ditarik kemudian sarapan pagi iaitu nasi lemak disenduk buat suaminya.

"Cukup?" Soal Dhia ketika mengisi nasi di dalam pinggan Aidan.

"Ya cukup" Balas Aidan sambil matanya kusyuk memandang Dhia. Dhia yang sudah tidak keruan itu cepat-cpeat duduk lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Look at you, blushing gila. Mind to tell me why?" Aidan menjongket keningnya beberapa kali.

Ah, mamat ni dah tahu buat-buat tanya pula.

"Tak ada lah, panas kot" Tangannya naik mengipas diri sendiri. Aidan ketawa perlahan sebelum digelengkan kepalanya.

"Ke teringat semalam?" Air liur dikerongkong Dhia cuba ditelan. Argh! Janganlah ungkit!

"Janganlah abang, benda dah lepas biarkan je lah lepas" Ujar Dhia menutup topik semalam. Pipinya semakin memerah apabila diusik sebegitu. Terus diambil nasi lalu disua ke dalam mulutnya.

"Ha, kenapa abang tak bagitau abang balik semalam? Kalau tak boleh saya sediakan makanan buat abang" Laju sahaja Dhia mencari idea untuk menukar topik sebentar. Kalau dilayan Aidan risau kena dukung lagi.

"Aku dah mesej kau semalam. Kau je tak check. By the way, semalam aku dapat makanan lagi sedap dari kau masak"

"Yeke, apa dia?" Soal Dhia lurus.

"Yup, it's you. Sekarang dah jadi favorite food aku" Usik Aidan lagi. Dhia menarik nafas dalam-dalam sebelum nasi lemak tadi dihabiskan. Malu lah dia macam ni kalau kena usik hari-hari!

Aidan dah jadi kaki gatal guys! Patutlah adik-beradik si Aidan ni kata kalau Aidan dah sayang kemain sayang dia.

"Malam ni boleh dapat lagi tak? Kempunan pulak tiba-tiba"

"Aidan!"















"AIDAN, wait!" Kakinya laju bergerak bagi menyamai langkah Aidan yang meninggalkannya di belakang. Dekat sahaja dia dengan Aidan terus ditarik baju Aidan agar turut berhenti.

"Enough Alisa! Kau nak apa lagi? Aku sibuk kau tahu tak? Banyak lagi kerja dekat pejabat yang aku kena urus dari nak layan perangai kau ni" Ujar Aidan kasar. Tangan Alisa yang memegang bajunya ditepis olehnya. Kedua-dua tangannya disilangkan sambil matanya mencerun tajam memandang Alisa yang masih tercungap-cungap mencari nafas itu.

"I nak you Aidan" Mudah sekali jawapannya. Aidan mengeleng kepala sambil ketawa. Lawak apa sekarang ni? 

"Are you crazy? Listen here Alisa, kita cuma sepupu dan tak akan lebih dari tu. Aku dah berkahwin dan isteri aku jauh lebih baik dari kau. Apa yang susah sangat kau nak faham eh?" Kasar sekali suaranya. Makin lama makin meluat dia dengan perangai Alisa ini. Entah bila Alisa ini pulang pun dia tak tahu.

"You dah lupa ke dulu you pernah cakap yang you nak kahwin dengan I, Aidan? I sanggup lepaskan lelaki lain sebab janji you dekat I tahu? But tup tup you kahwin dengan perempuan ntah mana yang tak tahu asal usul dia" Balas Alisa sambil matanya turut memandang Aidan.

"Aku tak pernah cakap macam tu langsung dekat kau. Kalau aku cakap pun mesti bukan dekat kau tapi dekat bini aku. Stop all of this fucking nonsense Alisa. Kita tak ada apa-apa langsung selama ni. Boleh tak kau faham?" Pinta Aidan. Hidupnya sekarang sudah mula bahagia bersama Dhia.

Terus Aidan meninggalkan Alisa yang berdiri terkebil-kebil di belakang. Alisa menghentak lantai geram. "I akan make sure perempuan tu akan dapat lebih dari sebelum ni!"

Terus kaki Aidan berhenti. Dipusing kembali menghadap Alisa yang sudah sinis memandangnya.

Perlahan-lahan Aidan bergerak ke arah Alisa sebelum tangannya naik mencengkam rambut Alisa yang terurai bebas.

"Ark!" Tertarik kepalanya ke atas akibat diperlakukan sebegitu oleh Aidan.

"Aku tahu apa kau buat selama ni Alisa. Aku tahu siapa dalang yang buat semua ni. Its you, Alisa. Ya, kau. Semat dalam otak kau tu, jauhkan diri kau daripada aku dan isteri aku. Sekali lagi kau sentuh isteri aku dengan jari kotor kau, aku akan pastikan hidup kau ke dalam penjara. Tak kisah kau perempuan ke tidak. Kau patut bersyukur aku tak nak buat report polis sebab kau masih sebahagian keluarga aku. Dan tolong fikir mak dengan ayah kau sebelum buat perkara yang boleh memalukan mereka" Bisik Aidan dengan nada tegas. Kemudian, rambut Alisa dilepaskan dari cengkamannya.

Matanya tajam memandang muka Alisa yang sudah memerah akibat kesakitan daripada rambutnya tadi.

"Ingat Alisa" Amaran sekali lagi diberikan buat Alisa sebelum Aidan bergerak meninggalkan Alisa sendirian di situ.

Alisa hanya memandang Aidan yang meninggalkan dengan dengusan kasar. Rambutnya yang ditarik dibetulkan olehnya.

"Aku tak takut langsung dengan kau Aidan. Sikit pun tak" Gumamnya sebelum beg tangannya dibetulkan lalu turut meninggalkan kawasan tersebut. Tahulah dia nak buat apa.















"KITA nak pergi mana ni abang?" Matanya memandang jalan raya sebelum dialihkan pandangan tersebut ke arah Aidan yang sedang tenang memandu itu. Dari tepi pun dah nampak hensem.

Dhia sudah angau!

"Somewhere. Tidur lah dulu. Nanti aku dah sampai aku kejut kau" Arah Aidan sesekali menjeling ke arah Dhia yang sedang bersandar di kerusi penumpang itu. Dhia sembunyi senyum sebelum tudung shawlnya ditarik menutup mukanya.

Malu!

Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu membuatkan Dhia terlena.

"Sunshine" Aidan mengejutkan Dhia yang terlena itu. Tangannya naik mencucuk pipi Dhia berkali-kali sehinggalah isterinya itu merasakan dirinya diganggu.

Mata Dhia terbuka sebelum perkara pertama sekali dilihat olehnya ialah Aidan yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Kita dah sampai" Ujar Aidan tanpa disoal Dhia. Dhia memandang sekeliling kawasan tersebut.

"Pantai?"

"Haah, jom" Ajak Aidan lalu keluar dari kereta tersebut. Dhia cepat-cepat turut keluar dari kereta apabila melihat Aidan yang meninggalkannya seorang diri.

Aidan memegang tangan Dhia lalu ditarik tangan wanita tersebut untuk mengikutnya. Dhia pula hanya mengikut pergerakan Aidan.

"Kenapa kita pergi pantai?"

"Adalah"

"Abang demam ke?"

"Tak lah kenapa?"

"Sebab tiba-tiba abang ajak pergi pantai. Biasa hari minggu macam ni waktu macam ni abang dah terperap dalam bilik kerja siapkan kerja abang" Perli Dhia lalu mendapat jelingan daripada Aidan.

Dhia tersengih lantas cepat-cepat dipeluk lengan sasa Aidan. Ampun pak!

Matanya memandang sekeliling sebelum tertancap pada satu khema yang dihiasi dengan pelbagai dekorasi romantik.

"Happy birthday Sunshine" Bisik Aidan romantis ditelinga Dhia. Dhia mengerutkan keningnya sebelum matanya turut naik memandang mata Aidan yang sedang memandangnya.

"Harini bukan birthday sayalah abang. Esok baru birthday saya" Ujarnya geram. Aidan ini buat-buat lupa ke atau tersalah tengok tarikh?

"Aku tahu tapi kalau sambut esok tak surprises lah sebab kau dah tahu. Lagipun esok hari isnin aku takut tak sempat nak sambut sebab isnin kan aku selalu sibuk. Jadi aku sambutlah harini" Ujarnya lagi sebelum tangan Dhia ditarik untuk duduk di kawasan khemah yang disediakan.

Dhia tersenyum suka sambil matanya masih kusyuk memandang ke arah dekorasi yang dihias cantik itu. Dahlah pemandangan pantai yang cantik dikala matahari sudah ingin terbenam lepastu ditambah dengan dekorasi indah dan yang terakhir bersama jejaka hensem. Ah! Indahnya sambutan hari jadi tahun ni.

"Abang buat ke semua ni?"

"Tak. Aku mana reti hias-hias macam ni. Jadi aku upah orang je" Jawab Aidan mudah.

Aidan masuk ke dalam khemah tersebut sebelum dibawa keluar sebuah kek dan sebuah kotak hadiah lalu diletakkan di atas tikar. Pemetik api turut dikeluarkan olehnya lalu dibakar lilin yang sudah sedia ada siap di atas kek itu yang mempunyai nombor '25'

"Make a wish" Suruh Aidan. Dhia mengangguk lalu matanya dipejamkan membuat hajat.

Semoga hubungan halal ini akan terus berkekalan hingga ke syurga dan dilimpahi dengan kasih sayang.

Kemudian ditiup lilin tersebut.

"Thank you abang" Ucap Dhia ikhlas.

"Sebab?"

"Sebab sambut hari jadi saya macam ni. Saya suka sangat!"

"Eleh yelah tu. Nah ni hadiah aku tapi tak tahu lah kalau kau suka ke tak?" Sebuah kotak dihulurkan pada Dhia. Dhia tersenyum suka lantas diambil hadiah tersebut.

"Saya bukak eh?"

"Hm, bukaklah" Balasnya membenarkan Dhia membuka hadiah pemberiannya.

"Meow" Mata anak kucing itu terkebil-kebil memandang Dhia yang terpegun melihat hadiah pemberian suaminya itu. Dhia tersenyum suka lalu diangkat anak kucing tersebut.

"Awww abang ni comellah bagi kucing dekat saya" Kucing yang berwarna kelabu itu diangkat lalu dipeluk kemudian dicium.

"Aku tahu kau bosan dekat rumah sebab aku selalu balik lambat lepastu kadang-kadang outstation. Jadi, aku bagilah kawan dekat kau. Harap kau suka" Dhia tersenyum suka melihat Aidan yang tenang memandangnya. Kadang-kadang tangan Aidan mengelus kucing kecil tersebut.

"Saya namakan awak senah" Ujar Dhia suka lalu dipeluk kuat-kuat anak kucing tersebut.

"Buruknya nama kucing tu. Elok sikit tak ada ke?" Komen Aidan jujur. Ada ke nama nak letak Senah.

"Saya gurau je lah abang. Saya nak namakan awak baby sebab awak ni kelabu lepastu macam bayi. Comelnya awak ni" Dipandang kucing itu lagi lalu dipeluk kuat. Aidan mencebir bibirnya.

"Dah dapat kucing terus lupakan suami. Hm" Ujar Aidan cemburu. Dhia tersenyum sumbing lalu diletakkan kucing tersebut di pehanya.

"Alolololo suami saya cemburu lah" Dhia merapatkan dirinya dengan Aidan lalu dipeluk sang suami itu. Aidan sembunyi semyum apabila diperlakukan sebegitu.

"Terima kasih abang. Dhia sayang Aidan banyak-banyak" Dicium sekilas pipi Aidan.

Amboi Dhia dah tak malu ye dengan Aidan sekarang?

"Yelah, sama-sama. Dah letak kucing tu tepi. Jom ikut aku jalan-jalan kat tepi pantai" Arah Aidan lalu terus berdiri. Dhia mengangguk lalu kucing tersebut diletakkan semula dalam sangkar. Patutlah hadiah Aidan kemain besar rupanya diletak sangkar itu dalam kotak. Lepastu Dhia ingat hadiah ini kena cakar rupanya Aidan tebuk kotak ini nak bagi udara buat kucing itu. Alahai. Bijak sungguh lah suami kamu ini Dhia.

"Awak duduk sini diam-diam okey baby. Mommy nak pergi date dengan daddy kejap" Dhia bercakap dengan kucing tersebut.

Mereka berdua berjalan menyelusuri tepi pantai yang semakin gelap itu. Malam sudah pum menjelma.

Tangan mereka berdua disatukan lalu Dhia sengaja mengoyangkan tangan mereka berdua.

"Terima kasih abang"

"Berapa banyak terima kasih kau nak cakap ni?" Usik Aidan melihat Dhia yang sudah cemberut masam itu.

Aidan menghentikan perjalanan mereka lalu kakinya bergerak berdiri di hadapan Dhia.

"Dulu pun kita macam ni masa dekat Pulau Mabul" Ujar Dhia teringat percutian mereka di Sabah beberapa bulan lepas.

"Masa tu abang cabar saya untuk try pikat hati abang. Abang cakap kalau saya dapat buat abang jatuh cinta dengan saya, abang tak akan lepaskan saya"

"Ye? Aku cakap macam tu ke dulu?" Usik Aidan lagi. Melihat Dhia yang sudah masam itu ditarik sedikit pipi Dhia.

"Aku gurau je lah Sunshine. Aku tak pernah lupakan janji aku dulu"

"Jadi sekarang saya dah dapat ke hati abang?" Soal Dhia sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

Aidan hanya tersenyum lalu tangannya naik memeluk pinggang Dhia lalu dirapatkan badan mereka berdua. Tangan kanannya naik mengelus pipi Dhia.

Dhia sudah memerah pipinya apabila diperlakukan sedemikian rupa.

"Peluk leher aku Dhia" Arah Aidan. Dhia hanya menurut. Tangannya naik memeluk leher Dhia.

"Dulu aku pernah buat macam ni ke kat kau Dhia?" Soal Aidan. Dhia hanya mengeleng kepalanya.

"Tak pernah"

Aidan naik mencium dahi Dhia lalu dipandang mata Dhia kembali.

"Pernah aku tiba-tiba cium kau masa awal-awal kita kahwin dulu?" Soalnya lagi.

"Tak pernah" Jujur jawapan Dhia.

"I guess you already got an answer" Ujar Aidan kembali. Dhia tersenyum mengangguk. Ya, dia sudah mendapat jawapan yang diinginkannya.

Tuhan sudah pun memakbulkan permintaanya.

"I swear would never let you go Dhia. Ingat walau apa pun terjadi pertahankan hubungan ni sebab aku kalau dah bagi kepercayaan dekat seseorang maknanya aku dah percayakan dia seratus peratus." Aidan melabuhkan kepalanya di bahu Dhia.

"Sayang kau" Ucap Aidan ikhlas. Ya benar kawan-kawan, Aidan kita sudah mabuk cinta sama isterinya.

Dhia tersenyum suka lalu dipeluk rapat leher Aidan.

"Jangan kuat sangat tercekik aku"















Cukuplah tu saya pun tak pernah dapat macam ni lagi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top