Bab 44
Vote & Comment
AKHIRNYA selesai juga urusannya dengan kliennya pada hari ini. Nasib baik klien yang ini tidak cerewat. Eh senang cerita semua klien dia tak pernah cerewet lah bila berbincang dengan dia.
Oh kecuali seorang.
Aidan Firash aka suaminya.
Keluar sahaja dari cafe starbuck kakinya laju sahaja berjalan sambil memegang secawan frappucino latte dengan telefon dimain bersama.
"Auch!" Terus Dhia terhenti apabila merasakan dirinya terlanggar seseorang. Habis telefonnya dan kopinya jatuh menempa bumi.
"Allah, maaf awak saya tak perasan" Dhia terus tunduk mengambil telefonnya semula. Begnya ditarik lalu menarik tisu yang disimpan dalam itu.
Biasalah beg perempuan kan beg doraemon.
Matanyaa diangkat memandang muka perempuan di hadapannya ini sebelum bibirnya yang mengucap banyak kali berhenti.
"Alisa..." Perlahan saja suaranya tapi cukup membuatkan Alisa turut memandangnya.
Muka Alisa terus berkerut tapi cepat sahaja dijeling wanita itu.
"Kau ni memang tak habis-habis nak menyusahkan aku kan? Satu-satu!" Getusnya geram. Terus diambil tisu ditangan Dhia lalu dilap pada bajunya yang terkena air kopi milik Dhia.
"Kau tengok baju aku ni? Dah kotor! Aku ni dahlah ada hal lepastu kau kotorkan baju aku lagi. Memang masalah lah kau ni" Marahnya lagi tidak berhenti. Dhia hanya diam sahaja tetapi dalam hatinya sudah memyumpah seranah gadis bernama Alisa ini.
Ini yang dinamakan
Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang. Ini mesti dari kecik dah menyusahkan orang. Elok mampos je lah orang macam ini.
"Berapa baju tu. Aku boleh bayar" Terus diambil dompetnya dan dikeluarkan beberapa not 50 lalu ditarik tangan Alisa dan diletakkan not tersebut di atas tangan perempuan itu.
"I dont need your money."
"Habis kau nak apa?"
Alisa terdiam sebelum perlahan-lahan bibirnya terukir satn senyuman sinis.
"Let's talk. Aku tak pernah berborak dengan isteri Aidan" Perkataan isteri sengaja ditekan dalam olehnya. Matanya memandang atas bawah Dhia sebelum senyuman sinis tadi bertukar ke menyampah.
"Okay"
" I bet mesti kau tertanya mana aku pergi selama ni kan? Aku ada modeling dekat luar negara untuk enam bulan" Ujarnya walaupun Dhia tidak bertanya soalan itu.
"Oh okay" Balas Dhia.
"So how's marriage? Okay?" Soal Alisa lagi. Dhia hanya mengangguk sahaja.
"Good. Suami aku baik sangat dengan aku. Tak sia-sia aku kahwin dengan dia" Sengaja Dhia menambah minyak ke atas api yang sedang panas itu.
"Are you sure?"
"Yes" Yakin sekali jawapannya.
"Bukan dia kahwin dengan kau sebab nak tutup aib kau kena rogol ke?" Soal Alisa dengan nada sinis.
Dhia terkedu. Jantungnya terus berdebar. Bibirnya dikemam. Macam mana Alisa boleh tahu? Sedangkan masalah itu hanya empat orang sahaja tahu.
"Itu bukan hak kau untuk tahu Alisa" Balasnya dengan nada yang sedikit geram.
"Well mestilah hak aku untuk tahu. Sebab aku yang rancang. Oops!" Sengaja sekali ayatnya. Seolah-olah terkejut rancangannya dibongkar olehnya sendiri. Tangannya diletakkan di bibirnya.
Dhia terus angkat kepalanya yang tunduk memandang tajam muka Alisa yang penuh berlagak itu.
Jadi, yang rancang selama ini adalah perempuan di hadapanya ini?!
"Kau macam tak tahu je. Suami kau tak bagitahu kau ke? Oh perlu ke aku bagitau aku jugak yang upah orang untuk langgar kau. Sepatutnya kau mampus tapi liat pulak nyawa kau ni. Hahaha" Ujarnya sambil tergelak. Dhia sudah memandang muka Alisa dengan tidak percaya.
Aidan tahu tapi tak bagitahu dia langsung?
Tapi kenapa?
Dhia mengelengkan kepalanya tanda tidak percaya.
Terus Dhia bangun lalu mencapai begnya untuk pergi dari situ tetapi lengannya ditarik semula oleh Alisa untuk duduk kembali ke kerusi tersebut.
"Kita tak habis borak lagi Dhia. Duduk lah dulu" Dhia menarik nafas sedalam mungkin lalu kerusi tersembut diduduki olehnya semula.
"Kau nak apa Alisa. Jangan ganggu masa aku boleh tak?" Soalnya dengan penuh bengang. Hatinya bertambah-tambah sakit melihat muka perempuan ini. Ingin sahaja ditampar tetapi ditahan kerana orang ramai.
"Senang. Aku nak Aidan" Bibirnya tersenyum lebar apabila nama Aidan meniti di bibirnya.
"Tak boleh" Terus bibirnya yang tersenyum lebar itu bertukar kepada bentuk bibir geram. Matanya tajam memandang Dhia yang sedang mengangkat kening ke arahnya.
"Aidan tak layak untuk perempuan macam kau. Perempuan macam kau ni dah kena tebuk. Bekas orang. Ada ke lelaki nak bekas orang macam kau? Ntah-ntah kau dengan Aidan tak bersama lagi sebab dia malu dengan isteri dia ni bekas orang" Ayat yang keluar di bibir Alisa ini memang menyakitkan hati ke?
Geram sahaja Dhia dibuatnya.
Dhia menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang muka Alisa sambil tersenyum.
"Cik Alisa, kalau betul lah dia kahwin dengan aku pun sebab nak tutup aib aku kenapa ye? Eh aku lupa nak bagitahu cik Alisa, pertemuan kami hanya dua ke tiga kali sahaja tapi tak sangka suami aku tu sanggup nak kahwin dengan aku demi nak tutup aib aku. Padahal dia boleh je suruh orang lain tak pun buat benda lain tapi dia pilih untuk kahwin dengan aku. Oh how lucky I am?" Dhia kini membidas ayat Alisa satu persatu. Hei, apa perempuan ini ingat Dhia ini lemah ke? Lupakan je lah.
"Kalau betul lah dia layak dengan cik Alisa pun, cik Alisa ini suci lagi ke? Tengok dari gaya pun macam oops!"
"Kau jangan macam-macam eh"
"Macam-macam apa tu? Macam ni ke?" Telefon diambil lalu dihulurkan sekeping gambar Alisa yang sedang duduk di peha seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu. Mata Alisa sudah terbukak luas apabila gambar itu dimiliki oleh Dhia.
"Mana kau dapat gambar ni? Kau delete sekarang!" Telefon Dhia cuba dirampas tetapi tidak berjaya apabila Dhia kembali menyimpan telefon miliknya.
Mana dia dapat gambar itu? Korang lupa ke dia ni kaki tiktok ditambah kaki membawang? Tersebar luas gossip ini di Malaysia tapi si Alisa ini sahaja tidak tahu.
"Macam ni lah Cik Alisa. Kalau betul lah Aidan suka dengan kau, dah lama dia cari dan kahwin dengan kau bukan dengan aku. Jadi kau nampak kan yang dia sebenarnya tak berminat pun dengan kau. Jadi aku rasa kau dah boleh berundur kot nak rampas suami aku. Aku bagi peringatan untuk jangan sesekali hancurkan perkahwinan kami atau kau aku belasah" Penumbuk sengaja dihulur ke muka Alisa.
Terus Alisa mengalihkan mukanya ke belakang akibat takut ditumbuk oleh Dhia tetapi nampak gayanya kini menunjukkan dia yang lemah kerana Dhia hanya ingin menunjuk penumbuknya bukan ingin menumbuknya.
"See, tunjuk sikit pun kau dah takut belum aku bagi lebih lagi. So, tak payah kacau. Aku dengan Aidan kesayangan kau pun dah bahagia. Faham? Bye!" Terus beg ditarik lalu meninggalkan Alisa terdiam di situ.
Hatinya sudah panas! Sampai hati suaminya sorok perkara ini daripada dia.
Alisa yang berada di situ pula sudah panas punggung.
Dia kena lakukan apa sahaja demi Aidan. Terus telefonnya dicari dan laju sahaja tangannya menaip-naip sesuatu.
You
-Aku nak perempuan tu mampus!
Tangannya naik mengusap baju tidur yang dipakainya ini.
Betul ke apa aku buat ni?
Selepas kejadian dia berjumpa dengan Alisa, Dhia terasa tercabar apabila Alisa mengatakan yang Aidan tidak mahu bersama dengannya kerana dia sudah tidak suci lagi. Jadi tujuannya membeli baju ini adalah untuk menjadikan Aidan jadi miliknya secara sah.
Cermin besar di hadapannya dipandang lalu dipusing-pusing untuk melihat pakaian tersebut. Seksinya! Ini bukan baju tidur!
"Ah, macam manalah orang boleh terfikir nak buat baju tidur seseksi ni. Seksa aku nengoknya. Dahlah baik buang je baju ni" Terus Dhia mengambil keputusan untuk menanggalkan baju tersebut.
TAP!
Semua lampu terpadam serentak. Terkejut Dhia apabila tiba-tiba sahaja rumahnya blackout. Ah sudah! Dahlah dia sorang sahaja di rumah ini.
Kakinya bergerak melihat tingkap di biliknya untuk melihat keadaan di luar.
Memang gelap. Sah satu taman perumahan ini blackout.
Tak jadi Dhia ingin menukar bajunya. Alang-alang Aidan tak ada tak mengapalah kot pakai baju seksi macam ni. Dahlah panas jadi okaylah kot.
Kakinya menapak ke tingkat bawah untuk mencari lilin atau lampu bagi menerangkan rumah ini. Telefonnya diambil lalu ingin dibuka sebelum tiba-tiba telefon itu menunjuk bateri yang habis dan terpadam.
"Ah, malam ni jugak lah aku lupa nak cas telefon" Terus dicampak telefon itu di ruang tamu. Dengan keadaan yang gelap, diraba-raba ruang tamu itu untuk mencari lampu.
Tak silap dia, haritu dia ada nampak lampu kat ruang tamu ini. Aidan ada simpan dalam laci. Jadi dia cuba mencari lampu tersebut.
Akhirnya, jumpa!
Dhia merebahkan badannya ke sofa tersebut. Lampu tersebut dibuka lalu diletak. Bolehlah buat hidup suasana gelap itu.
Matanya yang mula hendak terlelap itu terjaga apabila terdengar bunyi kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu tersebut.
Dhia mula terfikir siapakah gerangan tersebut. Takkan lah Aidan, kata esok baru balik?
Dhia bangkit bergerak ke arah pintu tersebut. Pasu bunga yang berada di belakangnya diambil sebagai peralatan pertahanan jika terjadi apa-apa.
"AARGH!" Pasu bunga diangkat sebaik sahaja pingu tersebut terbuka sebelum lengannya ditahan oleh seseorang.
"Dhia..." Panggil Aidan sebaik sahaja pasu bunga itu berjaya diambil oleh Aidan. Terus diletak pasu bunga itu kembali ke tempatnya.
Matanya memandang ke arah pakaian Dhia yang mampu mengoyahkan imannya. Imannya pun bukan boleh ditahan sangat kalau dah selalu kena try macam ni. Ditambah pula dengan perasaan dia yang harini agak kepenatan.
"Saya ingat hantu" Ujar Dhia lalu terus memeluk Aidan yang memandangnya. Aidan mampu meneguk air liur apabila merasakan lekuk badan Dhia yang rapat dengannya.
Tangannya naik memeluk pinggang Dhia lalu diusap atas bawah. Ah, dia dah tak boleh dengan isterinya ini.
"I'm not a ghost, but I can make you scream everynight Sunshine" Ujar Aidan dengan nada yang menahan rasa ditambah menggoda. Terus cepat Dhia menolak badan Aidan.
Lupa pulak dia pakai apa hari ini.
Cepat-cepat Dhia ingin melarikan diri sebelum lengannya ditarik balik oleh sang suami.
"Kau nak pergi mana? Dah pakai macam ni lepastu buat aku macam ni then nak lari? No, tak boleh. Aku tak izinkan. You're mine tonight!" Posesif sekali ayatnya. Menunjukkan itu adalah sebuah arahan dan bukan penyataan. Lantas, laju sahaja dipeluk erat badan Dhia kemudian terus diangkat badan Dhia. Dhia terjerit sedikit apabila didukung tanpa diberitahu. Terus tangannya cepat sahaja naik memeluk leher Aidan daripada terjatuh.
Aidan menutup pintu rumahnya mengguna kakinya kemudian didukung Dhia naik ke bilik tidurnya.
Dhia isterinya jadi tak ada salah kot?
Dhia hanya memeluk erat Aidan. Kepalanya diletakkan diceruk leher Aidan. Menghidu bau badan Aidan. Wanginya walaupun baru pulang dari kerja.
Biarlah, Aidan suami dia. Hak dia juga dan memang rancangannya untuk menggoda Aidan mengguna pakaiakan ini tapi bukan hari ini. Tak sangka pula Aidan balik waktu yang tepat.
Bersama suasana yang panas, akhirnya penyatuan mereka secara sah telah pun berjaya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top