Bab 38
Vote & Comment
"DAH tak ada orang lain ke sampai ajak saya teman tengok kereta?" Tangannya disilangkan sambil memandang ke arah dewan yang sesak dengan manusia dan kereta. Kemudian, sengaja didenguskan nafasnya kuat agar manusia di sebelahnya dapat merasai api kemarahannya.
"Ada. Aku boleh je ajak Aryan tapi rasanya tak salah nak bawak bini sendiri pergi majlis macam ni" Balas Aidan ringkas. Tangannya mengambil minuman yang disediakan di hadapan lalu disuakan pada mulutnya. Matanya kusyuk memandang ke arah lelaki di pentas yang sibuk menerangkan tentang ciri-ciri yang ada pada kenderaan baru tersebut.
Dhia hembus nafas. Bosan. Semua sebab Aidan kalau tidak, memang tak ingin lah dia nak jejak kaki cantik dia ke majlis sebegini. Bukan minat dia. Baik dia duduk rumah, makan sambil layan filem baru.
"Abang memang tak ada hobi lain ke selain tengok kereta?" Soal Dhia. Kadang dia kerap tengok Aidan selalu melihat kereta lagi-lagi kereta baharu di telefonnya mahupun di televisyen. Pelik betul umat manusia kaya. Lain macam hobi mereka.
"Tengok kereta, kumpul kereta is one of my hobby, Sunshine"
"Apa lagi selain itu?" Teringin juga Dhia ingin tahu hobi apa yang dimaksudkan Aidan.
Aidan mendekatkan bibirnya dengan telinga Dhia lalu membisikkan sesuatu.
"Messed up with you. Kau macam itik bila kau tengah marah. Suka muncungkan bibir kau tu. Also, hm make a baby? Tapi yang tu tak boleh lagi sebab kau tak nak" Suaranya yang mendalam menyentakkan rasa debaran dalam diri Dhia.
Dhia terus mengecilkan matanya. Abang Aidan tengah ejek kita ke ni?!
Matanya memandang ke arah Aidan yang fokus ke arah hadapan. Geram! Tengok lah nanti dia balas.
"Aku nak pergi jumpa kawan aku jap. Kau tunggu sini jangan pergi mana-mana" Arah Aidan. Dhia angguk faham. Matanya tidak lekang memandang manusia yang berjalan di sekelilinya itu.
Matanya kusyuk memandang ke arah kereta yang diperagakan di atas pentas. Tanpa sedar, kakinya sudah sampai dekat dengan kereta model keluaran baharu jenama terkenal itu.
Tangannya diletakkan di atas pintu kereta lalu ditarik bergerak ke arah ruangan pemandu. Matanya diliarkan memandang ke arah aksesori di bahagian dalaman kereta tersebut.
Cantik! Itu yang mampu diucapkan dalam hatinya. Sangat ringkas tetapi gaya mewah dan eksklusif masih dapat dikekalkan. Sesuai dengan tagline mereka yang mementingkan elegan untuk si pengguna.
Tipulah kalau Dhia tidak tertarik dengan kereta ini. Dari segi warna, reka bentuk, aksesori, kulit kerusi penumpang dan pemandu sangat menarik hatinya. Terus tertawan. Tidak sangka yang hobi suaminya tiba-tiba sahaja boleh melompat ke dirinya. Tiba-tiba sahaja dia jatuh minat dengan kereta ini. Sangat cantik!
"Hm, tapi tu lah harga dia pun boleh tahan yahudi. Kalau beli pun confirm 20 tahun berhutang" Gumamnya sendirian. Dhia tarik senyuman. Tidak mengapalah, Myvi nya itu pun sudah buat dia pening kepala inikan pula mahu tambah lagi satu. Pokai terus duitnya nanti.
"Dhia?" Panggil seseorang. Dhia yang sedang kusyuk melihat kereta tersebut terus memusing mencari tuan pemanggil suara itu.
Dhia angkat kening sebaik sahaja menjumpai orang yang memanggilnya tadi .
"Fakhrul?"
"Hai Dhia! Dah lama kita tak jumpa. Awak buat apa kat sini?" Soalnya dengan nada ceria. Matanya tidak lekang memandang Dhia dari atas ke bawah sehingga tembus rasanya.
Dhia yang rasa tidak selesa itu segera pura-pura batuk.
"Saja teman suami saya tengok kereta. Awak buat apa kat sini?" Balas Dhia sekadar cukup berbasa basi. Nanti kalau tidak dibalas orang ingat Dhia ini manusia sombong.
"Oh, saya sekarang kerja kat company kereta ni. Alhamdulillah, sejak habis belajar haritu saya dapat tawaran untuk kerja kat sini sebab dulu intern pun company yang sama cuma dekat luar negara. Datang sini untuk uruskan majlis ni. Tak sangka boleh jumpa awak, Dhia"
"Baguslah untuk awak. Girlfriend awak pula macam mana? Sihat ke dia dengan bayi awak?" Soalnya. Dalam dirinya sudah rasa tidak selesa apabila diperhatikan oleh Fakhrul sedemikian rupa.
Fakhrul senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. "Alhamdulillah, kedua-dua mereka baik saja. Tak lama lagi bersalinlah dia. Lepas dia bersalin, kami akan bernikah"
Dhia diam. Tidak tahu ingin borak apa lagi dengan Fakhrul. Matanya cuba memandang sekeliling jika ada kelibat Aidan. Tapi hampa, hilang sudah mamat itu.
"Dhia, saya sejujurnya nak minta maaf sepanjang perkenalan kita. Saya tahu, sayalah yang paling bersalah dalam hubungan kita. Saya minta maaf sangat-sangat Dhia. Saya pun dah dapat balasan dari Dia" Kesal Aidan. Jujur kesal dia memperlakukan perempuan sebaik Dhia Andara.
"It's okey Fakhrul. Saya dah lama maafkan awak. Setiap orang sentiasa melakukan kesalahan. Tiada yang sempurna dalam dunia ni, Fakhrul. Cuma kita ini yang kena sentiasa sedar dan kembali bertaubat"
"Masih ada lagi ke cinta saya buat awak?" Soalan maut dari Fakhrul membuatkan Dhia terus angkat kepala memandang mata Fakhrul yang masih meminta sebuah harapan daripanya yang sudah lama terkubur. Matanya tajam memandang ke arah Fakhrul. Berkerut keningnya.
"Sunshine..." Rangkulan di pinggang Dhia membuatkan api yang membara dalam dirinya kembali dipadamkan. Daripada memandang tajam ke arah Fakhrul, matanya memandang Aidan yang sedang memandang ke arahnya dan Fakhrul.
"What happen? Your face look so mad." Soal Aidan meminta jawapan. Dipandang mereka berdua berkali-kali.
"Abang, ini Fakhrul. Abang ingatkan yang kita jumpa dekat Langkawi haritu" Dhia cepat-cepat menukar topik yang disoal Aidan.
Aidan menghulurkan salam lalu dibalas oleh Fakhrul.
"Aidan, suami Dhia Andara" Sengaja ditekankan perkataan suami biar Fakhrul lebih sakit hati.
Fakhrul angguk kepala faham.
"Haritu isteri aku ada kasi kad jemputan dekat kau datang ke majlis kami berdua. Kenapa kau tak datang?" Soal Aidan dengan nada mengejek.
Dhia Andara bini aku bukan bini kau. Bwek!
"Haaah ye ada haritu tapi waktu korang kahwin tu aku sibuk uruskan hal dengan awek aku. Eh, aku gerak dululah ada banyak benda kena uruskan lagi. Goodluck on your marriage. Pergi dulu" Cepat-cepat Fakhrul meninggalkan pasangan suami isteri itu.
Lantas, Dhia terus cepat menolak rangkulan Aidan tetapi sengaja semakin diketatkan oleh suaminya itu.
"Dah bolehlah lepas saya. Fakhrul dah pergi dah pun. Terima kasih atas lakonan abang yang tak seberapa tu" Ujar Dhia. Tangannya menolak-nolak tangan Aidan yang sedang elok merangkul erat pinggangnya. Dahlah tangannya besar macam batu! Berat pulak tu. Peluk kemain kuat.
Risau kalau Aidan Firash bertukar jadi Zul Ariffin. Tak memasal kena dukung. Ah ghisau!
"Siapa cakap aku berlakon depan Fakhrul? Aku memang nak peluk pun pinggang kau ni sebab menghilang je kerja. Kau tu dahlah kecik mac budak-budak. Kalau kena culik macam mana? Tak pasal-pasal aku kena buat report seorang kanak-kanak hilang." Perli Aidan lalu menarik pinggang Dhia untuk rapat dengannya. Dhia hanya cebik bibir. Malas nak bertekak dengan Aidan. Mesti kalah.
"Cantik kan kereta ni?" Soal Dhia lalu mendonggakkan kepalanya memandang Aidan. Rahangnya tu pun dahla tajam.
Aidan mengangguk. "Sesuai untuk perempuan sebab kalau tengok design ni pun more to woman punya kereta. Lagipun, ciri-ciri keselamatan kereta ni lebih ditingkatkam berbanding kereta mereka sebelum ini. Sesuai lah untuk perempuan yang bawak kereta macam lumba haram"
"Kau nak?" Soal Aidan. Dipandang Dhia yang kelihatan amat tertarik dengan kereta tersebut. Rangkulan dilepaskan tetapi Aidan menyatukan jari jemari mereka. Dhia pula hanya membiarkan sahaja. Bebaslah sikit dari kena peluk. Dan dia pun hanya menganggap sikap protektif Aidan muncul.
Dhia tarik senyuman di bibir nya yang berwarna merah delima.
"Nak tapi harga dia mahal sangat"
"Aku boleh belikan kalau kau nak" Pelawa Aidan. Dhia geleng laju-laju.
"Tak nak lah, nanti siapa nak bawak kereta myvi saya tu kalau awak beli kereta ni untuk saya"
"Jual je lah, apa susah. Kau sendiri cakap kereta kau selalu rosak" Dhia geleng kepala tanda tidak mahu. Dia masih sayang kereta dia walaupun selalu buat hal.
"Tak boleh. Itu kereta pertama saya pakai gaji saya sendiri tahu. Abang tak apalah anak orang kaya. Hilang sebijik pun tak akan sedar" Jawabnya. Aidan hanya memerhati sahaja Dhia yang dari tadi tidak lepas memandang ke arah kereta tersebut.
"Hm yelah sukahati kau lah. Kalau kau dah puas tengok jom kita balik" Aidan menarik tangan Dhia untuk turut mengikutnya keluar dari majlis itu.
"Kita singgah makan eh? Saya lapar lah" Dhia tarik lengan Aidan supaya Aidan memandangnya. Apabila Aidan memandangnya sengaja Dhia membuat mimik muka kesian. Haraplah Aidan simpati terhadapnya.
"Ish, yelah yelah. Banyak songeh betul kau ni" Tangan yang memegang jari jemari Dhia dilepaskan lalu disauk kepala Dhia dan dirapatkan kepala Dhia dengan dadanya. Dhia pula terkejut apabila diperlakukan sedemikian. Rapat serapatnya antara Dhia dengan Aidan.
"Busuk lah ketiak!" Gerutu Dhia padahal cuba menghilangkan rasa debaran di hati.
Dia ingat senang ke nak elok kan tudung ni. Dahlah harini boleh tahan tudung dia buat hal dengan dia. Kalau senget memang siaplah dia sengetkan kepala Aidan.
"Ketiak ni jugak nanti kau tak boleh lepas. Dah jangan bising. Ikut"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top