Bab 39
Vote & Comment
"I lose my mind when it comes to you, I take times with the one I choose, and I don't want a smile if ain't from you" Bibirnya bergerak-gerak menyanyikan lagu boyfriend daripada Ariana Grande dan Social House. Badannya dipusing-pusing sambil melompat-lompat turun tangga ke ruang dapur.
"I know we be so complicated, loving you sometimes drive me crazy, cause..." sambungnya lagi. Moodnya baik sangat hari ini. Tenang sungguh pagi Ahadnya.
Matanya menangkap kelibat Aidan yang sedang berehat menonton televisyen di ruang tamu itu. Kakinya yang sepatutnya bergerak ke dapur menukar arah bergerak ke ruang tamu.
"Kata nak pergi jogging kat taman. Ini kenapa tak pergi?" Soalnya. Setahunya semalam Aidan cakap padanya yang dia ingin pergi jogging di taman kawasan perumahannya. Sebab itulah harini dia terlajak tidur sampai 11 pagi.
"Hujan pagi tadi" Jawab Aidan. Matanya kusyuk melayan filem di televisen itu. Tidak langsung memandang ke arah Dhia yang sedang memandangnya.
"Yeke? Tak dengar pun bunyi hujan"
"Kau tidur mati lah tu" Balasnya mudah. Dhia mencebik bibirnya.
"Tapi saya tak masak sarapan lagi. Abang tak lapar ke?" Yelah, ingatkan lepas subuh tadi nak terlelap sekejap saja sekali pukul 11 pagi baru terjaga. Jadi, tak sempatlah nak masak. Ditambah lagi biasanya kalau Aidan keluar, dia akan singgah makan di luar. Lagilah syok tidurnya pagi ini.
"Tak apa nanti aku nak keluar, aku makan lah" Senang sekali Aidan menjawab. Dhia hempas badannya bersandar pada kerusi di sebelah Aidan. Matanya turut memandang ke arah televisyen menonton filem yang dipilih oleh Aidan.
Matanya memandang televisyen lalu memandang kembali ke arah Aidan. "Nak ikut"
"Tak payahlah"
"Ala nak ikut. Sian saya tak makan lagi. Bolehlah? Abang tak kesian ke kat isteri abang yang cantik lagi comel ini kelaparan" Matanya dikerdipkan beberapa kali mengharapkan Aidan cair dengan tricknya. Dia pun sebenarnya malas nak masak jadi bila Aidan kata makan di luar, dia tertarik.
Hehehe, bukan selalu jadi isteri pemalas.
Aidan mengeluh.
"Yelah, pergilah bersiap. Kau tu kalau bersiap 10 hari 10 malam pun tak siap-siap. Aku bagi kau 30 minit. Cepat siap. Lambat tinggal" Pasrah Aidan mengalah dengan isterinya. Kepalanya dipusingkan ke arah kanan memandang Dhia yang sedang menarik senyum itu.
"Tak payah senyum. Cepat pergi bersiap" Arah Aidan. Senyum senyum. Ingat comel ke?!
"Kita naik kereta apa? Kita naik kereta Audi R8 tu eh? Ngaum ngaum!" Pinta Dhia. Kepalanya sudah terbayang bunyi ngauman kereta Aidan yang itu. Dahlah warna hitamnya yang menarik ditambah bunyi kereta yang sangat memuaskan. Sukanya dia!
"Naik kereta kau, kereta aku simpan. Dah pergi siap cepat" Loyar buruk Aidan kali ini. Dhia putar mata ke atas. Mula dah tu perangai Aidan yang ini.
"SEDAPNYA orang belanja makan!" Ujar Dhia dengan nada sungguh seronok. Tidak sia-sia dia mengikut Aidan pergi mencari makanan. Ingatkan makan di tepi jalan saja sekali dibawanya makan Absolute Thai. Rasa bersyukur betul pula tiba-tiba kahwin dengan Aidan.
Aidan menyuap makanan ke dalam mulutnya tanpa banyak kata. Hanya Dhia sahaja dari tadi berceloteh. Memang dasar anak burung murai si Dhia ini.
Matanya yang sedang kusyuk memandang makanan naik memandang Dhia apabila bunyi pinggan dan mulut Dhia berhenti cakap. Matanya memandang Dhia yang sedang memandang ke arah luar restoran tersebut.
Lalu Aidan turut memusingkan kepaa memandang ke arah tempat Dhia turut memandangnya.
"Saya nak main ice skate" Pinta Dhia tiba-tiba.
Aidan mengeluh perlahan. "Malas, lepas makan kita balik"
"Tapi saya teringin nak main. Bolehlah abang" Cuba Dhia lagi memujuk Aidan.
"Kau nak main, mainlah. Aku nak balik lepas ni. Pandai-pandai lah kau" Balas Aidan dengan nada sedikit kasar. Geram kadang kala dengan Dhia ini. Tadi kata nak ikut makan saja kan?
Dhia menunduk kepalanya. Diam seribu bahasa sebelum matanya naik menatap Aidan yang kembali sambung makan dengan tenang.
"Its okay. Abang baliklah, saya boleh main sensorang. Balik saya boleh naik grab. Tak memyusahkan sesiapa pun"
"Jangan degil Dhia" Garang sekali suaranya. Cuba menakutkan Dhia.
Dhia diam. Tangannya yang memegang sudu dan garfu kembali meletakkan peralatan kutleri tersebut di atas pinggan.
Aidan tidak melayan Dhia sebaliknya sambung makan makanan tersebut.
Melihat Aidan yang tidak melayannya membuatkan Dhia mengalah. Fahamlah dia akan layanan itu. Malas nak layan isteri dia.
Sudu dan garfu diambil kembali lalu nasi disuap ke dalam mulut. Sambung makan.
Seusai pembayaran di restoren tersebut, Dhia berhenti daripada berjalan dan matanya kusyuk orang yang sedang bermain ice skate. Teringin sekali dia nak main. Dari haritu lagi.
Sedari kelibat Dhia tidak berada di sebelahnya membuatkan Aidan terus memusingkan kepalanya mencari kelibat Dhia. Nampak saja kelibat Dhia yang sedang memandang orang bermain ice skate terus dilajukan langkah kembali ke arah Dhia.
"Kenapa berhenti?" Soal Aidan. Lebih kepada pura-pura tidak tahu. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kepalanya ditundukkan sedikit bagi menyamai ketinggian Dhia yang hanya 158cm. Bukan dia tak nampak mata Dhia bersinar-sinar memandang kawasan ice skate itu.
Dhia mengeleng. "Tak ada apa-apalah. Jom kita balik" Terus Dhia berjalan laju meninggalkan Aidan sendirian di situ.
Lengan kiri Dhia terus dipegang oleh Aidan membuatkan pergerakan Dhia terhenti. Kemudian lengan tersebut ditarik mengikuti Aidan yang sedang bergerak mendekati kawasan ice skate itu.
"Pakai kasut ni" Kasut khas yang disediakan buat bermain ice skate dihulurkan kepada Dhia. Terkebil-kebil Dhia memandang kasut tersebut. Keningnya dijongketkan. Tidak faham.
Aidan jeling Dhia lalu menarik lengan Dhia untuk duduk di kawasan tersebut. Kemudian tanpa apa-apa, kaki Dhia diangkat dan kasut yang dipakai sekarang oleh Dhia dicabut lalu dipasang kasut ice skate ke kakinya.
"Muat tak? Ke longgar?" Soal Aidan sambil memegang kasut yang dipakai Dhia. Tangannya menekan kasut tersebut, menarik bagi memastikan Dhia muat dan selesa.
"Err muat. Ngam-ngam" Jawab Dhia dengan gemuruh. Aidan angguk. Tidak bersuara langsung kali ini.
"Abang kata nak balik, kenapa kita main ice skate pulak?"
"Nanti kalau tak pergi ada orang tu merajuk sampai muncung bibirnya macam itik nanti" Perli Aidan. Dhia tersengih. Tidak menyangka Aidan akan melayan permintaanya.
"Sengih-sengih je kerja kau. Tak ada ucap terima kasih pun"
"Hehe, terima kasih abangku sayang" Jawab Dhia dengan penuh manja sekali yang pastinya dibuat-buat.
Tiba giliran mereka untuk bermain, Aidan dan Dhia masuk ke gelanggang ice skate dengna berhati-hati. Aidan kelihatan nampak senang saja bergerak-gerak di atas ais yang licin itu tapi tidak bagi Dhia.
Perlahan-lahan geraknya.
Aidan yang berada di sebelah Dhia hanya memerhati saja Dhia yang memegang tepi gelanggang itu untuk bertahan.
"Kau ni reti main ke tak?"
"Tak"
"Dah tu kenapa nak main kalau tak reti main?" Soal Aidan kembali. Tangan kanannya kadangkala bersiap sedia di belakang Dhia untuk memeluknya takut andai terjatuh ke belakang.
"Sebab saya teringin nak main" Balas Dhia dengan mudah. Aidan mengelengkan kepalanya.
"Degil sungguh kan. Dah tahu tak reti main, nak jugak main"
"Sebab tu kena belajar dulu baru reti main. Macam abang jugak, abang belajar dulu main ice skate baru reti main. Kalau tak abang macam saya jugak. Mana ada orang lahir terus pandai main ice skating" Lawan Dhia. Kan dah cakap, Dhia seorang saja berani melawan Aidan yang ego ini.
"Melawan je kerja" Dhia hanya membuat tidak dengar. Dia terus berjalan meninggalkan Aidan di belakang. Perasaanya penuh suka apabila pergerakannya semakin laju walaupun masih memegang tepi gelanggang itu.
Ah! Dhia memang seorang yang cepat belajar.
Sedang dia suka bergerak di tepi gelanggang itu tiba-tiba saja tangannya terlepas dari pegangan tepi gelanggang lalu terjatuh. Aidan yang berada di belakangnya segera datang kepada Dhia.
"Aduh" Digosok bahagian bawah kakinya yang sakit kerana terjatuh.
"Macam mana boleh jatuh?" Aidan menghulurkan tangannya kepada Dhia. Terus tangan Aidan dipegang lalu Aidan menarik membantu Dhia untuk berdiri. Tiba-tiba badannya tidak kembali stabil dan mula kembali ingin jatuh.
Nasib menyebelahinya apabila Aidan cepat saja memeluk belakang Dhia. Terus badan Dhia dipeluk erat. Mata Dhia memandang ke arah wajah Aidan yang membeku itu.
"Itulah dosa melawan suami. Allah bayar cash" Perli Aidan lagi. Ayatnya sama sewaktu dia makan maggi.
"Ini nak main lagi tak?" Dhia cepat-cepat angguk ingin bermain lagi. Aidan melepaskan pelukannya lalu tangan kanan Dhia diambil lalu dipegang.
"Pegang tangan aku, aku tarik kau. Jangan lepas pulak nanti jatuh" Arah Aidan. Dhia mengangguk mengerti.
Kemudian, Aidan bergerak ke arah kawasan yang lebih tengah di gelanggang itu sambil tangannya memegang erat tangan Dhia. Begitu juga Dhia, langsung tidak melepaskan tangan Aidan seperti dengan arahan yang diberikan Aidan.
Dhia tersenyum bahagia apabila dapat bermain ice skate walaupun ditarik oleh Aidan. Matanya memandang Aidan yang berada di sebelahnya. Dhia tersenyum sambil memandang wajah Aidan.
Suara hingar-bingar hasil daripada bunyi orang yang sedang bercakap itu pun tidak mampu mengalahkan bunyi romantis pasangan Dhia dan Aidan itu.
"Nanti saya nak main lagi, saya dah reti main" Ujar Dhia apabila masa mereka bermain ice skate tamat.
"Main pun tak mahir lagi" Jawab Aidan lalu dia mencabut kasut khas di kaki Dhia. Matanya tertancap memandang buku lali Dhia yang memerah itu.
"Lebam ni Dhia" Kesan merah itu ditunjukkan pada Dhia. Tangannya perlahan-lahan menyentuh kawasan tersebut. Dhia mendesis perlahan apabila Aidan menekan sedikit kuat di kawasan lebam itu.
"Sakit tak?" Soal Aidan dengan nada yang masih biasa.
"Sikit" Jawab Dhia. Aidan diam. Kasut tersebut diambil lalu dipulangkan semula di kaunter pendaftaran tempat pemberian kasut sebentar tadi.
"Tak payah pakai kasut kau tu, nanti makin melecet" Arah Aidan apabila Dhia ingin kembali menyarungkan kasutnya.
Dhia mengerutkan kening. "Dah tu macam mana saya nak jalan"
"Aku dukung kau. Cepat naik" Terus Aidan memusingkan badannya. Menyuruh Dhia naik ke belakangnya. Membuat piggy back.
Dhia tersentak sebelum tangannya diletakkan di leher Aidan lalu dipeluk erat leher tersebut.
"Kasut kau tu pegang. Kau bukan puteri pun aku kena pegang" Ujar Aidan lagi. Kemudian, Aidan berdiri mengangkat Dhia dibelakangnya. Kaki Dhia dipegang untuk menstabilkan Dhia dari terjatuh.
Mata-mata manusia yang sedang memandang mereka berdua itu dihiraukan Aidan.
"Cepat sikit saya malu" Bisik Dhia ditelinga Aidan. Lantas, Dhia menyembamkan mukanya di belakang Aidan. Menyorok mukanya apabila ramai orang melihatnya didukung sebegitu.
"Lagi malu jatuh tersembam kat gelanggang tadi"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top