Bab 37

Vote & Comment


TAK kisah lah kalau orang cakap dia kuat merajuk ke apa tapi dia memang betul-betul terasa dengan suaminya itu. Hampir seminggu juga hubungan mereka renggang selepas kejadian di rumah Datin Mariam. Masing-masing membuat hal sendiri. Aidan dengan hal dia dan Dhia dengal hal nya.

Dhia meletakkan lauk di atas meja. Siap! Walaupun dia terasa tapi tanggungjawabnya terhadap Aidan masih dipenuhi.

Matanya memandang ke arah lauk-pauk yang disediakan sebelum berura-ura ingin masuk ke biliknya.

TOK! TOK! TOK!

Pintu rumah diketuk membuatkan Dhia mengalihkan pandangan ke arah pintu tersebut.

Pelik? Takkan lah Aidan ketuk pintu kalau dia sendiri ada kunci rumah ini.

Dhia mula tidak sedap hati. Kakinya bergerak mengambil pasu di ruang tamu itu sebagai pertahanan jika apa-apa terjadi. Kemudian, Dhia bergerak ke arah pintu sebelum memulas tombol pintu itu perlahan-lahan.

KLAK!

Pintu tersebut ditolak sebelum Dhia sempat menarik. Terus Dhia mengangkat tangan yang memegang pasu itu untuk dibaling ke arah manusi tersebut.

"Dhia, jangan!" Aidan cepat menangkap pergelangan tangan Dhia. Nasib baik sahaja pasu itu tidak sampai ke kepalanya kalau tidak mesti berdarah.

Pasu itu terus diambil Aidan lalu diletakkan di tepi. Dhia terngadah. Mulutnya mengucap. Terus terduduk Dhia dihadapan Aidan.

"Kak Dhia okey?" Dhia mengalih pandangan ke arah lelaki di sebelah suaminya itu. Aryan.

"Aryan, ya Allah akak minta maaf sangat-sangat. Akak terkejut. Ingat pencuri tadi" Dhia masih terkejut.

"Kau boleh balik Aryan, thanks" Arah Aidan. Aryan mengangguk lalu menepuk bahu Aidan meminta diri untuk beredar.

"Balik dulu Kak Dhia, jaga diri" Ucap Aryan. Kini tinggalah sepasang suami isteri di hadapan pintu itu. Dhia menunduk. Aidan hela nafas lalu mencangkung memandang isterinya yang tunduk itu.

Jarinya menolak dagu Dhia untuk memandangnya. Kini, mata mereka berdua tertancap. "Kau okey?"

Dhia angguk lalu geleng tapi dia angguk kembali.

"Mana satu ni, okey ke tak?" Soal Aidan.

"Macam okey macam tak. Saya terkejut" Luah Dhia. Aidan berdiri lalu menghulurkan tangan kanannya ke arah Dhia.

"Masuk dulu, come I help you" Ajak Aidan. Dhia menghulurkan tangannya lalu Aidan menarik membantu Dhia untuk berdiri. Pasu yang berada di lantai turut diangkat.

"Duduk" Arah Aidan kemudian menolak Dhia untuk duduk di sofa panjang. Dhia masih dalam keadaan separab terkejut.

"Aku minta maaf okey sebab buat kau terkejut. Aku tak sihat hari ni jadi Aryan hantar aku balik. Kunci rumah dalam kereta. Kereta tinggal dekat pejabat. Aku naik dengan Aryan" Jujur Aidan. Dhia mengangguk faham.

"Abang tak sihat?" Soal Dhia setelah keadaan kembali pulih.

"Gastrik. Aku tak makan dari pagi tadi" Balasnya mudah. Dhia kerut kening. Kenapa dia macam ambil mudah sangat ni?

"Abang tak boleh macam tu. Dah tahu ada gastrik jangan cari penyakit. Boleh bawak mati tahu tak? Abang nak saya jadi janda muda ke? Lepastu..."

CUP!

Terbuntang matanya apabila Aidan tiba-tiba sahaja mencium pipinya.

"Bising, macam mama dah kau ni"

Cop! Sekarang ni dia dengan Aidan tengah bergaduh kan? Kenapa Aidan buat macam tak tahu je? Ke dia dah lupa dia haritu buat Dhia terasa?

"Dahlah saya masih terasa dengan abang tahu. Jangan nak macam-macam. Jom pergi makan nanti gastrik abang bertambah teruk" Cepat-cepat sahaja Dhia bangun meninggalkan Aidan yang tengah duduk itu.

Aidan tarik senyum. Masih teringat perbualannya dengan Aryan semasa perjalanan pulang tadi.

"Itulah kau bang, buat lagi Kak Dhia merajuk. Tengok kan dah dapat penyakit" Aryan memandang sekilas ke arah Aidan yang sedang meringkuk menahan sakit di perut.

"Bising lah kau ni. Kau apa tahu? Kau tak kahwin lagi kau tak tahulah" Dalam sakit itu sempat Aidan membidas ayat Aryan.

Keluhan dilepaskan Aryan.

"Kalau aku tak kahwin pun, aku tak boleh bagi nasihat ke? At least aku ni dah banyak pengalaman cinta. Kak Dhia tu dah usaha macam-macam dah tapi kau boleh pulak marah dia sebab benda macam tu."

"Salah dia"

"Bukan salah dia. Itu hak dia. Dia isteri kau. Tak ada salah pun kalau dia nak marah bila ada perempuan lain cuba nak rapat dengan suami sendiri. Kalau aku jadi Kak Dhia pun aku buat macam tu" Bidas Aryan kembali. Rasa macam dia pulak yang dah berkahwin sampai mampu nak tegur abang dia.

Aidan pejam mata. "Macam mana kau tahu ni?"

"Mama cerita dekat aku semalam. Lagipun masa tu aku dengan Arya yang suruh Kak Dhia pergi depan duduk dengan kau. Meluat aku tengok Arissa tu menempel dengan kau. Itu baru Arissa nasib bukan Alisa. Kalau Alisa tu rasanya dah ke bulan Kak Dhia terajang dia"

"Yelah salah aku, kau je betul" Aidan mula mengalah. Aryan ini kalau buka mulut dah boleh dah satu geng dengan ibu dan isteri dia itu.

"Kau ni ego sangat. Hati kata sayang tapi mulut kata benci. Kak Dhia tu sungguh-sungguh nak dapatkan peluang tapi kau macam perempuan malu malu taik kucing nak bagi hati kau kat dia"

"Perempuan semua sama. Dah dapat lepastu dia blah" Aryan ketap gigi. Sakit-sakit pun masih nak melawan. Adoi!

"Kau nak cakap Arya dengan mama sama ke?"

"Dorang lain"

"Kak Dhia pun lain"

"Macam mana kau tahu kak ipar kau lain? Entah-entah dorang sama je macam perempuan kat luar sana"

"Aku tahulah. Tengok dia layan kau pun aku dah tahu. Walaupun dia kahwin dengan kau sebab terpaksa tapi kalau betul lah dia tak suka kau kenapa dia sanggup nak mengorat kau, hantar bunga dekat kau? Bukan ke itu namanya dia seorang isteri yang nak dapatkan kasih sayang kat suami dia?" Balas Aryan. Kening dijongketkan. Heh, apa abang dia ingat dia lemah? Ini Aryan lah. Aryan Firash Ismail. Lelaki terhangat di Malaysia.

Aidan terdiam. Mula berfikir sejenak.

"Hm, yelah"

"Apa kata kau pulak usaha sama-sama dengan dia. Mana tahu timbul balik rasa cinta kau yang dah terkubur tu. Pokok tak akan bergoyang sebelah tangan"

"Cinta tak bertepuk sebelah tangan, Aryan" Aidan membetulkan kesilapan tatabahasa adiknya itu.

"Sama je"















"DHIA kerja rumah buat tak?" Aidan mengangguk lalu menghirup teh yang disediakan oleh isterinya itu. Sekejap matanya melirik ke arah Dhia yang membuat mimik muka pada ibu mertuanya itu.

"Kuat tidur tak dia?" Aidan geleng lagi.

"Dia bagi kamu makan tak? Mama tengok menantu mama ni makin kurus je. Dhia, kamu tak bagi laki kamu makan ke?" Puan Natasya memalingkan mukanya memandang ke arah anak bongsunya itu.

"Mama..." Rengek Dhia. Lengan Puan Natasya dirangkul lalu digoyangkan.

"Dhia bagi je makan mama, hari-hari dia masak. Saya je tak sempat makan sebab sibuk" Jawab Aidan. Dijeling sekilas wajah Dhia yang monyok itu.

"Ha kamu jangan apa tu orang cakap diet sangat. Tak elok. Ulam-ulam tu makan banyak-banyak baru bertenaga nak tambah umat manusia" Tidak berlapis Puan Natasya bersuara. Dhia terus sembamkan mukanya di bahu Puan Natasya. Malu!

Aidan hanya geleng kepala. "InshaAllah mama, tak lama lagi"

Setelah lama ketiga-tiga mereka berborak ditambah masuknya Encik Razif akhirnya tinggalah sepasang suami isteri yang duduk membuang pandangan ke arah luar yang gelap itu.

"Abang tak rasa ke dorang dah berharap nak timbang cucu" Keheningan sunyi malam dipecahkan oleh suara Dhia.

"Hm?"

"Tak lah, dorang dari tadi asyik sebut cucu je. Saya rasa macam dorang terlalu berharap pada kita"

"Nak buat macam mana Dhia, kita anak terawal mereka yang kahwin. Semestinya mereka mengharapkan cepatnya cucu sulung mereka keluar"  Balas Aidan. Matanya memandang ke arah Dhia yang berada di sebelahnya dengan jarak yang sedikit jauh.

"Jadi, abang rasa kita kena buat apa?" Soalan pelik muncul dari Dhia. Aidan teleng kepalanya memandang Dhia. Diam.

Dengan perlahan-lahan Aidan menarik kerusi Dhia lalu ditarik rapat ke arahnya. Kemudian tangan kanannya diletakkan di atas kerusi Dhia.

Dhia terkejut tapi didiamkan saja. Tabiat Aidan. Suka letak tangan di kerusi atau bahunya. Rutin kebiasannya juga.

"Kena buat apa? Buat anak lah" Ringkas sekali ayat Aidan tapi mampu membuatkan Dhia terdiam. Dijeling Aidan yang berada rapat seinci di sebelahnya.

Ah! Dhia mula sedar. Soalan apa yang dia tanya tadi?! Mengarutnya!

"Kenapa diam?"

"Sebab saya tak tahu nak cakap apa dengan awak?"

"Tak apa, aku ada benda nak cakap dengan kau"

"Apa dia?" Dhia dongakkan sedikit kepalanua memandang ke arah Aidan. Mamat ni dahlah tinggi, dia ni dahlah pendek. Macam bapak dengan anak pun ada jugak kadang-kadang.

"Aku sebenarnya..." Dhia yang menunggu ayat seterusnya dari Aidan menjongket keningnya.

"Sebenarnya apa?" Soal Dhia apabila ayat tersebut seakan-akan tergantung. Dipandang wajah Aidan meminta jawapan.

"Erm, tak ada apa-apalah. Lupakan je lah. Aku pun lupa nak cakap apa. Eh dahlah, dah malam. Jom tidur. Esok awal pagi dah kena gerak balik" Aidan cepat-cepat tolak kerusi lalu meninggalkan Dhia sendirian di luar.

Dhia angkat bahu. Pelik?

Matanya memandang sekeliling sebelum terhenti di buaian miliknya. Dipandang buaian itu lama-lama sebelum tiba-tiba buaian itu bergerak sendiri.

Terus, Dhia tolak kerusi dan berlari masuk ke dalam rumah.

Hantu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top