Bab 36
VOTE & COMMENT
"HAMBOI! Senyum kemain orang tu nampak! Kemaruk cinta ke tu" Kerusi di sebelahnya ditarik.
Mula dah si buaya ni...
"Jangan kacau aku Aryan" Aidan menepis tangan Aryan yang cuba mengambil telefon di tangannya.
"Tengok porn ke jantan?" Jujur sekali Aryan bertanya. Tidak masuk simpang kiri atau kanan.
"Kalau aku tumbuk kau, jangan tanya kenapa" Telefonnya disimpan lalu tangannya terus menumbuk perut Aryan.
BUK!
Aryan mengemam mulutnya dari menjerit kesakitan.
"Aku dah cakap kan Aryan. Bodoh tu simpan sikit bagi dekat anak kau" Ujar Aidan tenang. Dilihat wajah Aryan yang sedang menahan sakit akibat ditumbuk.
"Dah kau tak payah nak acah sakit. Aku tumbuk sikit je tu" Bahu Aryan ditepuk oleh Aidan. Aryan menarik nafas sedalam mungkin sebelum bersandar pada kerusi tersebut.
"Sakit sial"
"Memang layak untuk kau" ZAP! Menusuk ke dalam perutnya lagi.
Sampai hati abangnya buat begini.
"Tak apa lah abang, sampai hati kau. Aku cuma nak tahu kenapa kau senyum-senyum je" Pasrah sekali bunyi Aryan.
"Tak payah sibuk lah jantan" Balasnya balik. Bunyi notifikasi dari telefon Aidan menarik perhatian Aryan. Matanya menjeling ke arah telefon tersebut.
"Kak Dhia macam mana? Okey ke dia? Abang ada dera dia ke"
"Okay je Aryan" Aidan membaca mesej tersebut sebelum tolak kerusi lalu meninggalkan Aryan keseorangan di kafe tersebut.
"Tunggu aku!" Terus Aryan mengikut Aidan yang sedang bergerak ke arah pejabatnya.
Pintu bilik pejabat CEO dibuka sebelum Aidan memandang ke arah sejambak bunga di atas meja kerjanya.
Aryan yang tercungap-cungap mengikuti langkah abangnya terkejut apabila melihat sejambak bunga itu.
"Wah, secret admire!" Aryan bergerak cuba mengambil bunga tersebut sebelum dihalang oleh Aidan.
Cepat-cepat Aidan mengambil bunga tersebut sebelum kad yang berada di situ ditarik.
24 white roses just for you
-Your wife-
"Wah, kak Dhia jadi awek bunga lah. Biasa lelaki bagi bunga dekat perempuan tapi ni terbalik pulak. Comelnya Kak Dhia! Mesti dia mengorat abang kan! Awwwww rawr!" Tidak sedar yang Aryan sudah pun membaca kad tersebut.
"Eh budak ni, jangan sibuk lah. Dah pergi-pergi jangan sibuk" Aidan menolak Aryan keluar dari pejabatnya.
"Abang jangan lupa Ahad ni, mama ada buat makan-makan dengan doa selamat. Jangan lupa balik rumah mama pulak!" Aryan mengingatkan Aidan tentang majlis yang bakal berlangsung pada Ahad ini. Abang dia ini bukan boleh percaya sangat. Nanti buat-buat lupa.
"Ye aku tahu. Dah pergi siapkan kerja kau tu. Jangan sampai aku potong gaji kau!"
"Macam orang tua bercinta" Sakat Aryan lagi sebelum pintu tersebut dihempas tutup.
Aidan bergerak mengambil kembali bunga ros berwarna putih tersebut sebelum tangannya menarik telefon lalu satu mesej dihantar pada Dhia.
Tidak lama kemudian Dhia membalas mesej tersebut yang menyuruh Aidan untuk mencari makna 24 bunga ros berwarna putih.
Sebaik sahaja keluar carian yang diinginkan nya Aidan menarik senyuman kecil.
"Comel" Putusnya sebelum bunga tersebut diletakkan di tepi. Nanti lah balik karang dia tanam. Boleh buat kebun bunga ros.
AHAD menjelma. Meriah sekali rumah Dato' Ismail dan Datin Mariam apabila berlangsungnya doa selamat atas pernikahan anak sulungnya selepas beberapa bulan bernikah dan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan itu yang ke 30 tahun.
Dhia tidak menang tangan membantu apa yang patut walaupun ditegah oleh ibu mertuanya. Kata Datin Mariam, "Biar bibik saja yang buat".
Tapi bukan namanya Dhia lah kalau sifat degilnya itu tidak hilang.
"Dhia..." Dhia mengalihkan pandangannya ke arah pemanggil suara tersebut.
"Aryan? Arya? Kenapa?" Pili air ditutup lalu kain bersih digunakan untuk lap tangannya yang basah. Matanya memandang ke arah adik beradik yang tersenyum ke arahnya.
"Akak sibuk buat apa tu? Orang lain semua tengah tunggu akak. Abang Aidan asyik tanya mana bini kesayangan dia je" Dhia hanya menarik senyuman nipis.
Iyelah tu Aidan cari dia, padahal dia sendiri sudi nak turun ke dapur sebab sakit hati tengok Aidan elok bermesra dengan seorang wanita yang boleh tahan cantiknya.
"Tak sibuk pun. Cuci pinggan je" Balas Dhia lalu mengambil tiga cawan lalu diletakkan di hadapan Arya, Aryan dan satu buatnya.
"Nah minum, milo ais" Jag yang berisi air milo ais dituang ke dalam cawan mereka bertiga. Arya senyum suka. Milo ais! Kegemarannya!
"Kenapa akak tak pergi duduk depan? Akak kan sepatutnya duduk sebelah Abang Aidan" Bersuara Aryan. Dia pun sakit mata tengok perempuan itu menggeletis dengan abangnya.
"Akak seganlah" Balasnya.
"Segan buat apanya kak? Akak bukan buat salah pun. Dah-dah pergi depan sebelum Aryan dengan Arya heret akak" Arah Aryan dengan nada sengaja ditegaskan.
"Amboi? Berani ke nak heret akak?"
"Berani!" Bersatu suara adik beradik tersebut. Dhia mengalah. Kakinya berat saja melangkah ke arah ruang tamu yang meriah dengan bunyi manusia berborak.
Dhia bukan introvert cuma dia malas tengok perangai perempuan gatal tu.
Dia cemburu!
Tapi
Dia tak tahu apa perasaan dia pada Aidan.
Yang penting,
Dhia cemburu!
"Dhia, meh sini" Ceria sekali Datin Mariam memanggil menantunya untuk turut bersama duduk dengan mereka semua.
Dhia melangkah ke arah sofa sebelah Datin Mariam yang kosong.
Tiba-tiba satu tangan kasar memegang hujung jarinya. Dhia pusing kepala lalu memandang Aidan yang sedang memegang jarinya itu. Tidak menunggu respon Dhia, Aidan menarik Dhia untuk duduk di sebelahnya.
Sekilas Dhia memandang ke arah Aidan yang tenang menyandarkan badan serta tangan kanannya elok di letakkan di atas bahu Dhia.
Dhia diam tidak memberi reaksi.
"Ini lah menantu sulung saya, Dhia namanya" Ujar Datin Mariam memperkenalkan Dhia di hadapan rakan-rakannya.
"Cantiklah menantu awak, Mariam. Haritu dekat majlis dapat tengok dari jauh je. Itu pun nampak cantik. Depan-depan lagi cantik. Sopan je tengok" Bicara rakan ibu mertuanya. Dhia hanya tunduk senyum.
"Nasib baik anak you jumpa dia dulu. Kalau tak, I dah cepat-cepat suruh anak lelaki I pergi try Dhia" Sahut lagi seorang rakan Datin Mariam. Tiba-tiba sahaja rasa aura seram sejuk bila Dhia memandang sekilas Aidan yang sedang diam memandang ke arah rakan ibu mertuanya itu.
"Kan, cantik sangat nak padan dengan anak awak yang Arash tu" Tiba-tiba Dhia dapat merasakan bahunya seakan erat dipeluk Aidan.
Fuh, menggeletar tubuh ni bila rapat-rapat macam ni dengan Aidan.
"Eh, mana boleh. Ini isteri saya. Tak boleh nak padan dengan anak aunty tu. Kalau nak kenalah cari orang lain" Segaris senyuman dihasilkan oleh Aidan. Semakin kuat lagi rasanya bahu Dhia dipeluk. Jari jemari Aidan mencengkam kuat bahu Dhia.
"Aunty gurau saja. Tak adanya aunty nak culik bini kamu" Risau sekali suara rakan Datin Mariam apabila Aidan mula bersuara.
"Kuat betul peluk bini kamu Aidan, lepas geram ke tu" Sakat seorang lagi rakan mereka. Aidan hanya mengeleng kepala sahaja.
"Dah berisi ke belum tu?" Tiba-tiba satu suara menyambung perbualan yang senyap itu. Dhia terus angkat kepala memandang ke arah gadis yang tadi sibuk melekat dengan suaminya.
Gadis tersebut hanya senyum sinis pada Dhia.
"Ke merancang?" Bertalu-talu soalan dari gadis itu dilemparkan pada pasangan tersebut. Belum sempat Aidan membuka mulut, Dhia terlebih dahulu bersuara.
"Kami tak pernah merancang. Rezeki anak tu kan daripada Allah. Lagipun kami baru je tiga bulan berkahwin. Banyak lagi benda masih kena belajar. Kan abang kan?" Dhia memandang ke arah Aidan yang sedang merenungnya.
"Haah" Sokong Aidan. Bahu Dhia yang dipeluk Aidan terasa diusap perlahan oleh Aidan.
Dhia sinis memandang ke arah perempuan itu. Saling berbalas pandangan tajam.
"Ha lupa nak perkenalkan pula. Ini anak perempuan I, Arissa, adiknya si Arash. Baru balik dari belajar kat Sabah" Dhia mengangguk. Patutlah mulut macam tu. Ikut perangai mak dia rupanya.
Dhia pandang atas bawah perempuan tersebut. Tiba-tiba mulutnya ringan sahaja ingin bertengkar.
"Cantik nama Arissa. Single ke taken?" Soal Dhia.
"Masih tak berpunya. Dulu tunggu orang ni tapi tahu-tahu dah kahwin dengan perempuan lain" Balas Arissa seakan-akan memerli seseorang. Dhia cebik bibir. Tahu sangat siapa 'orang' yang dimaksudkannya.
"Oh, kalau macam tu kenalah cari orang lain. Kenalah move on. Tak baik kacau hubungan suami isteri yang halal. Nanti kena kifarah balik. Kan abang kan?" Dhia menarik tangan kanan Aidan yang sedang berada di atas bahunya lalu dipegang dan ditautkan jari-jemari mereka berdua.
Dhia sekilas memandang Arissa yang hanya tajam memandang ke arah tautan tangan mereka berdua.
Aidan mengangguk. "Betul tu"
Dhia memandang ke arah Arissa dengan penuh sinis. Kau ingat aku lemah macam novel lain?
"Abang, sayang tiba-tiba mengantuklah. Jom kita tidur. Kot-kot kalau sayang rajin, sayang nak mengorat abang lepastu boleh kita usaha cari rezeki dapat anak. Barulah orang lain terdiam tengok nanti" Perli Dhia dalam. Puas hatinya melihat Arissa yang terdiam tertunduk itu.
Dhia bangun lalu menarik tangan Aidan untuk turut mengikutinya naik ke atas.
"Mama, aunty-aunty. Dhia naik atas dulu ye? Terima kasih sebab datang. Nanti inshaAllah lepas ni majlis akikah cucu sulung pula. Hahahaha" Dhia terus tarik tangan Aidan. Bagai kerbau dicucuk hidung, Aidan terdiam dan mengikut sahaja isterinya itu.
"AH, puasnya hati saya tengok muka dia!" Dhia mencampakkan diri ke atas katil kemudian bergolek-golek.
Teringat lagi muka cemberut gadis bernama Arissa itu bila kena balas dengan Dhia. Baru betul buku bertemu ruas. Apa dia ingat gadis sopan macam dia lemah sangat ke? Baru kena sikit terus terdiam.
"Aku tak suka kau cakap macam tu" Ujar Aidan memecahkan suasana diam seketika. Dhia mengerutkan keningnya.
"Kenapa? Salah ke?"
"Tak salah tapi aku tak suka. Ayat kau tu boleh memalukan mama kau tahu?" Balas Aidan tegas. Jam dan telefon bimbit diletakkan di atas meja tidur.
"Saya tak ada burukkan nama mama pun. Bahagian mana yang salah?" Soal Dhia. Salah ke dia sekarang ni? Angin lah dia sekarang ni.
"Your language Dhia Andara. Mana hormat kau terhadap orang tua? Kalau kau tak suka perempuan tu sekali pun kau tak patut cakap macam tu depan kawan mama" Aidan merenung ke arah Dhia yang sedang memandangnya.
"Salah ke saya nak pertahankan hak saya? Dia cakap saya macam tu seakan-akan nak cakap saya mandul! Dia merendah-rendahkan saya. Dia suka abang tahu tak? Abang sedar tak?" Tegang suara Dhia tapi tidak tinggi untuk melawan suaminya. Masih hormat akan Aidan.
"Kau je yang fikir macam tu. Aku tak fikir apa-apa pun. Sebab tu aku tak suka perempuan. Emosi sangat. Contohnya macam kau" Tidak bertapis sekali ayat Aidan. Dhia terdiam cuba menghadam bait-bait ayat dari mulut Aidan.
"Abang nak cakap saya ni menyusahkan abang ke?"
"Ye"
ZZUP! Terkelu Dhia untuk membalas.
Dhia mengalah. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum dilepaskan kasar. Malas ingin bertekak dengan Aidan yang sememangnya tidak akan mengalah. Lantas, Dhia bangun lalu menarik tuala dan menghempas pintu tandas.
BAM!
"MAMA..." Panggil Dhia yang melangkah dirinya ke dapur. Datin Mariam mengangkat kepala apabila namanya diseru. Segaris senyuman diberikan buat menantunya itu.
"Selamat pagi sayang"
"Selamat pagi mama. Maaf Dhia terlajak tidur lepas subuh tadi tak sempat nak tolong mama buat sarapan" Kesal Dhia. Perang dinginnya dengan Aidan membuatkan masing-masing melakukan hal sendiri cuma solat subuh sahaja sama-sama.
"Tak apalah Dhia, dah nak siap pun. Aidan mana tidur balik ke?" Kelibat anak sulungnya itu dicari. Dhia angkat bahu tanda tidak tahu.
"Dhia pun tak tahu, bangun je tidur tadi tengok Aidan dah tak ada"
"Mama..." Kerusi di dapur ditarik lalu duduk di hadapan Datin Mariam. Matanya redup memandangan ibu mertuanya yang sedang menyusun pinggan itu.
"Ye sayang? Kenapa?"
"Pasal semalam tu, Dhia minta maaf kalau buat mama malu dengan Dhia"
Datin Mariam senyum melihat menantunya yang tunduk bersalah itu. Tangan Dhia diambil lalu diusap.
"Kamu tak ada salah pun. Betul apa yang kamu cakap dan lakukan itu. Kalau mama jadi kamu pun mama akan buat macam tu jugak. Orang yang dia sebut tu suami kita, hak kita. Jadi tak salah pun kita pertahankan hak kita sendiri" Tenang sekali suara Datin Mariam menenangkan Dhia yang tunduk itu.
"Mama tahu?" Terkejut apabila Datin Mariam seakan-akan tahu apa yang terjadi semalam.
"Tengok dari pandangan dia pun mama dah tahu"
"Dhia cuma sakit hati bila tengok dia asyik menempel je dengan suami Dhia. Dhia perempuan, Dhia tahu pandangan dia terhadap Aidan macam mana. Dhia minta maaf ye mama?" Dhia menatap mata ibu mertuanya. Walaupun usia sudah dimamah namun kulitnya tetap nampak cantik seperti berumur 30-an.
"Ye mama maafkan walaupun kamu tak salah. Mama nak kamu terus pertahankan rumah tangga kamu walau apa pun terjadi. Mama tahu Aidan sayangkan kamu walaupun dia tak tunjuk cinta dia. Aidan itu hak kamu, jaga dia baik-baik"
Dhia angguk. Baiklah dia akan terus bertahan!
"Assalamualaikum" Suara Aidan yang memasuki ruang dapur itu membuatkan kedua-dua manusia memandang ke arah Aidan.
"Basah-basah badan kamu ni dari mana? Kat luar tak hujan pun mama tengok?"
"Pergi jogging tadi ma dekat taman. Dah lama tak exercise" Kakinya bergerak ke arah kerusi di sebelah Dhia lalu ditarik dan diduduk olehnya. Dhia tunduk.
"Keluar tak bagitahu. Risau dah Dhia tadi ingat kamu pergi mana lah tadi. Lain kali keluar bagitahu Dhia" Ujar Datin Mariam. Dhia memandang sekilas Aidan yang sedang duduk santai di sebelahnya.
"Ingat nak bagitahu pagi tadi tapi tengok Dhia terlelap tak nak lah kacau. Sedapnya bau, nak makanlah" Dhia cepat-cepat menghulurkan pinggan di hadapan Aidan. Nasi lemak dicedok lalu diletakkan di atas pinggan Aidan. Kemudian gelas diambil lalu diisi air teh yang berada dalam teko.
Dengan tenang sekali Aidan makan tanpa menghiraukan Dhia yang senyap dari tadi. Datin Mariam yang pelik melihat hal itu bersuara.
Dia ni memang tak ada rasa bersalah langsung ke buat orang terasa?
"Dhia? Tak makan ke?" Tanya Datin Mariam prihatin.
"Tak apalah ma, Dhia dah kenyang makan hati berlaukkan hempedu. Dhia naik jap, nak siapkan baju Aidan" Kerusi ditolak lalu meninggalkan Aidan yang tenang makan itu. Datin Mariam terkejut melihat Dhia yang seakan-akan memerli seseorang itu.
Matanya terus tajam memandang Aidan yang sedang elok makan itu.
"Kamu buat apa?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top