Bab 35
VOTE & COMMENT
"Comelnya Encik Suami hantar pergi kerja!" Dhia tersipu malu apabila rakan sekerjanya menyakatnya.
Malu sangat! Argh tapi dia suka!
Setelah dua hari cuti akibat demam akhirnya harini Dhia kembali masuk bekerja dan lagi seronoknya, Aidan aka suaminya menghantarnya pergi kerja kerana kereta miliknya tersadai di tempat kerja.
"Hensem betul suami kamu tu Dhia, kalau akak tak kahwin lagi memang dah lama akak try dia" Sakat jiran sekerjanya. Dhia hanya tergelak.
"Amboi Aisyah, suami kamu nak letak mana?" Sahut Kak Devi kemudian.
"Suami tu nombor satu, yang ni nak buat anak ikan." Aisyah ketawa sambil melayan gurauan Kak Devi. Dhia yang duduk ditengah hanya memberi gelengan kepala.
"Eh, akak lupa nak bagi sesuatu" Aisyah menepuk dahinya lalu menarik laci miliknya. Sebuah kotak diserahkan kepada Dhia.
"Ni, barang awak. JNT hantar semalam. Akak simpan kan sebab semalam awak tak datangkan" Aisyah menyerahkan kotak tersebut ke tangan Dhia.
Dhia menilik barang tersebut lalu tersenyum manis. "Terima kasih akak. Nanti saya belanja teh o ais"
"YES, Dhia?" Aidan memandang Dhia yang berada di hadapan pintu bilik kerjanya. Dhia hanya tersenyum manis.
"Boleh ke saya masuk?"
"Kau dah masuk pun bilik kerja aku Dhia" Erk! Dhi menggosok belakang lehernya. Malu pula.
"Maksud saya, nak masuk nak duduk depan kerusi meja awak tu" Dhia menjuih bibirnya menunjuk ke hadapan kerusi meja kerja Aidan yang kosong itu.
"Just come in" Dhia berjalan sambil kedua-dua tangannya berada di belakang. Kerusi di hadapan Aidan didudukinya.
Dhia hanya memandang wajah Aidan yang tekun menyiapkan kerjanya. Perlahan-lahan Dhia memanjangkan lehernya melihat komputer Aidan yang penuh dengan kerja.
"Ye Dhia, kau nak apa? Nak penampar ke?" Bicara Aidan walaupun matanya masih memandang ke arah komputer tersebut.
"Awak sibuk ke?"
"Tak adalah sibuk sangat Dhia, tengah tengok fail penting je. Kenapa tu?" Balas Aidan ringkas.
Kenapa macam menyindir je ayat dia ni?
"Saya ada hadiah untuk awak. Tapi kalau awak sibuk tak apalah lain kali je" Sayu suara Dhia. Aidan paling mukanya memandang muka Dhia yang sedang tunduk itu.
Aidan menarik nafas lalu melepaskannya. Badannya disandarkan pada kerusi lembut miliknya.
"Untuk kau, aku tak sibuk. Jangan merajuk, hodoh muka tu" Aidan menyilangkan kedua-dua tangannya memandang Dhia yang sedang menunduk itu.
"Erm, saya sebenarnya nak bagi awak sesuatu"
"Apa dia tu?" Berteka-teki Aidan memikirkan apa yang ingin diberi oleh Dhia.
Dhia mengeluarkan sesuatu dari belakangnya lalu diletakkan di atas meja. Aidan menelengkan mukanya memandang kotak yang sederhana kecil di atas meja tersebut.
Kemudian tangannya mengambil kotak tersebut lalu dibelek.
"Kereta mainan?" Soal Aidan. Kenapa tiber sangat si Dhia ni?
"Tengok lah betul-betul." Suruh Dhia. Aidan mendekatkan kotak tersebut di hadapan mukanya.
Okay, sekarang dia nampak. Lima kereta kecil yang sama dengan semua koleksi keretanya.
Dhia memandang dengan penuh perasaan teruja sekali. Haraplah Aidan suka. Penat dia fikir bagaimana nak mengorat Aidan yang beku ini.
"Koleksi kereta ni semua kereta aku yang dekat garaj tu ke?" Dhia mengangguk lalu tersenyum suka.
"Cantik kan? Kalau awak tengok betul-betul semua koleksi kereta kecil tu sebijik saya order dengan nombor platnya sekali saya ikut macam kereta awak. Lagi menariknya kalau awak tengok dekat-dekat dalam setiap kereta tu ada satu pasangan suami isteri dalam tu" Ujar Dhia memberi penjelasan tentang koleksi kereta yang ditempahnya. Sepatutnya dia beri hadiah tersebut semalam tetapi baru hari ini masuk kerja jadi sekarang lah baru bagi.
"Suami isteri?"
"Yup, suami isteri. Yang dekat pemandu tu awak dan yang dekat sebelah tu saya." Aidan memandang kembali ke arah kereta tersebut. Betul lah ada dua orang dalam kereta tersebut. Sorang lelaki dan sorang perempuan.
"Tapi dekat kereta McLaren ni ada tiga orang lah? Siapa lagi sorang tu? Madu kau ke?" Dhia yang tersengih senyum itu terus membuntangkan matanya.
"Serius lah! Mana ada! Saya tempah dua orang setiap kereta tu bukan tiga! Bak sini bagi saya tengok" Dhia merampas kotak tersebut dari tangan Aidan lalu ditilik ke arah kereta ketiga dari lima kereta tersebut.
Tidak puas hati, Dhia membuka kotak tersebut lalu menarik kereta McLaren itu. Diperhatikan betul-betul ke arah kereta tersebut.
"Awak tipu! Ish, nak cuak saya tadi tau" Dhia menarik nafas lega. Nasib baik dua orang kalau tiga memang dia campak kereta tu dalam tong sampah.
"Aku gurau je lah Dhia" Aidan bangun lalu mengambil kembali kereta tersebut dari tangan Dhia. Kotak kereta tersebut diambil lalu dimasukkan kembali kereta kecil McLaren ke dalam kotak tersebut.
"Awak suka tak barang tu"
"Tak" Ringkas Aidan balas. Dhia kerut kening.
"Kenapa?"
"Kereta Myvi bini aku tak ada kat situ" Balasnya pendek.
Dhia menepuk dahinya. Suami aku ni dah kenapa sibuk sangat dengan Myvi aku?
"Ya Allah Aidan! Kalau saya letak kereta myvi saya dah jadi berat sebelah awak tahu? Macam langit dengan bumi. Dah elok semua kereta macam gempak gempak sampai myvi macam nak kena hentak."
"Why not. Myvi tu pun dekat garaj aku. Jadi secara automatiknya dia akan jadi kereta mahal"
"Saya serius ni. Awak suka tak? Kalau tak suka, pulang balik dekat saya. Saya boleh bagi dekat skandal saya" Dhia mula sakit hati dengan Aidan. Tak suka cakap tak suka!
"Dah bagi mana boleh ambik balik, Dhia"
"Ish sudahlah! Bye! Saya nak merajuk nak tidur! Saya malas nak masak sarapan esok" Dhia tolak kerusi lalu terus keluar dari bilik tersebut. Dhia menghentak kakinya seperti seorang kanak-kanak yang sedang marah. Pintu bilik tersebut dibuka lalu dihempas.
Aidan hanya memandang pemergian isterinya. Kotak kereta tersebut diambil lalu dikeluarkan satu persatu mini kereta nya itu.
Aidan mengambil satu rak kayu kecil dan diletakkan di atas meja sebelah kanannya itu. Kemudian, kereta tersebut diambil lalu disusun sekemas mungkin seperti keberadaan kereta di garaj rumah mereka.
"Semua benda yang kau bagi aku suka Dhia" Gumam Aidan lalu kembali menghadap kerjanya itu.
"THANKS for the present. Here is your upah" Dhia menarik kertas tersebut lalu dibuka penutup saji itu. Beberapa sandwich beserta air nescafe menarik perhatiannya. Dhia menarik kerusi dapur lalu mengambil satu sandwich dan disuapkan ke dalam mulutnya.
Dhia tersenyum gembira. Tak sia-sia dia menyuruh Jasmin dan Arya mencari orang yang boleh membuat koleksi kereta milik Aidan.
Telefon miliknya diambil lalu nama Aidan dicari.
You
- mesti awak tercair dengan saya kan
Tidak beberapa lama kemudian, satu mesej dari Aidan menarik perhatian Dhia. Cepat-cepat Dhia menekan mesej tersebut.
Aidan Hensem
-Tak
-Tapi terima kasih untuk hadiah tu
You
-Sabar
- Lepas ni awak mesti akan terngiang-ngiang kat saya
Aidan Hensem
-Try. Love to see it
"MACAM mana? Jadi tak?" Soal Jasmin sejurus Dhia sampai ke arah meja tersebut.
"Entah, malas dah aku. Abang Arya ni sombong sangatlah" Keluh Dhia. Arya yang duduk di sebelah Jasmin menjongketkan keningnya.
"Arya dah cakap. Abang tu memang sombong sikit. Slow-slow lah kak mesti abang cair punya tu. Dia bukan tak ada hati, cuma hati dia dah tertutup untuk mana-mana perempuan"
"Akak tak faham tang tu. Kenapa tertutup benar hati dia untuk perempuan?" Jus epal yang elok berada di atas mejanya itu diminum.
"Abang dulu heartbroken. Jiwang banyak lepas first love dia tinggalkan dia untuk lelaki lain. Sejak dari hari itu tak pernah dah nampak dia layan mana-mana perempuan. Akak je special case sampai abang Aidan yang sombong tu pun tiba-tiba boleh nak bercakap dengan akak"
"Dah tu akak nak kena buat apa? Takkan akak nak kena cari first love Aidan lepastu suruh dia datang mintak maaf dekat Aidan pulak?"
"Ngoratlah dia kak, senang je. Sekali abang cair, Arya boleh jamin akak lepas ni kena potong kaki sebab abang Aidan jadi sweet gila" Ujar Arya bersungguh-sungguh. Jasmin angguk setuju.
Dhia menghela nafasnya. Ini yang payah. Dah cuba macam-macam pun tak jalan lagi.
"Cuba try tips ni pulak" Jasmin menghulurkan telefon bimbitnya pada Dhia.
"Kau yakin?"
"Belum cuba belum tahu" Sama-sama suara Arya dan Jasmin bersuara.
Bersepakat ke mereka berdua ini?
"APA lagi Dhia?" Soal Aidan sejurus kelibat si perempuan pendek itu memasuki bilik tidurnya.
Dhia diam tapi tangannya laju melonggarkan tali leher Aidan yang masih elok tergantung di lehernya. Aidan hanya diam memandang wajah isterinya itu.
"Are you okay?" Aidan memegang tangan Dhia yang sedang cuba melonggarkan tali lehernya. Dhia hanya membalas dengan anggukan sahaja.
"Siap!" Dada Aidan ditepuk oleh Dhia. Tali leher yang siap dicabut digulungkan pada tangannya. Dhia hanya memberi senyuman kepada Aidan.
"Abang..." Dhia bersuara tapi perlahan. Tidak tahu kalau Aidan dengar atau tidak.
"Apa dia Dhia?"
"Abang" Panggil Dhia lagi sekali. Aidan hanya memandang wajah Dhia yang sedang memerah itu. Didekatkan wajahnya dengan wajah Dhia.
"Kau panggil aku abang?" Soal Aidan.
"Awak tak suka ke?" Berbalas kembali soalan dari Dhia. Aidan geleng kepala.
"Bukan tak suka. Tapi kenapa?"
"Cara memikat hati suami yang seterusnya, menggunakan gelaran hormat pada si suami seperti abang, walid, atau apa sahaja yang sesuai. Menurut Jasmin, pakar perubatan cinta, panggilan yang sesuai akan menambahkan rasa sayang antara suami dan isteri. Jadi...mulai hari ini, saya Dhia Andara Binti Razif akan panggil suami saya, Aidan Firash Bin Ismail, abang" Sungguh-sungguh Dhia bercakap. Aidan hanya menarik satu senyuman.
"Awak suka! Saya berjaya buat awak tergoda dengan saya" Terloncat-loncat Dhia apabila melihat satu senyuman dari bibir Aidan. Sukanya perasaan ini!
"Nope, cuma satu usaha yang bagus Dhia. Cuba panggil lagi"
"Abang sayang" Leret-leret Dhia panggil. Aidan masih tersenyum.
"Okay, aku nak mandi dulu. Nak ikut sekali ke?" Aidan bergerak mengambil tuala miliknya. Jantungnya rasa sesuatu tapi argh! Abaikan saja!
Dhia terus memasamkan mukanya. Geram betul dengan Aidan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top