Bab 34


VOTE & COMMENT

"Tak balik lagi ke Dhia?" Soal Kak Devi melihat Dhia yang masih duduk di hadapan komputernya. Matanya melirik ke arah jam tangan yang menunjukkan sekarang jam pukul 5:30 petang.

Dhia mendongakkan kepala memandang ke arah Kak Devi sebelum satu senyuman diberikan buatnya.

"Belum lagi kak. Ada kerja lagi sikit ni ha nak siapkan" Ujar Dhia. Kak Devi mengangguk faham.

"Akak balik dulu okey? Jangan lama-lama sangat. Tengok kat luar tu macam nak hujan dah" Dhia pusing kepala memandang ke arah luar yang gelap. Memang tunggu masa nak hujan saja ni.

"Okey akak. Hati-hati" Balas Dhia sebelum menyambung menyiapkan kerjanya.

Siap! Dhia bersandar pada kerusinya. Lega bila kerjanya sudah siap. Bolehlah dia bersenang-senang esok. Matanya memandang ke arah luar yang sudah hujan.

"Baik aku balik" Gumamnya lalu komputer ditutup dan telefon serta dompetnya disimpan di dalam beg tangannya kemudian Dhia meninggalkan pejabatnya.

Kunci kereta myvi dimasukkan ke dalam lubang lalu dipulas.

Tidak hidup.

Dhia mencuba lagi. Kunci tersebut dipulas beberapa kali sebelum Dhia mengalah.

Sah! Sah kereta dia buat hal!

"Aku baru servis kau bulan lepas myvi. Kenapa kau rosak time time gini pulak!" Marah Dhia. Tangannya memukul perlahan stereng kereta miliknya.

Petir yang berlawanan sesama sendiri tiba-tiba menyentakkan perasaan takut dalam dirinya. Sudahlah dia seorang di situ sahaja.

Telefon ditarik lalu nombor Aidan dicari sebelum tangannya terhenti.

"Hm nak telefon pun tak guna. Dia bukan ada dekat sini pun" Keluhan dikeluarkan. Lupa yang Aidan pergi outstation untuk beberapa hari di Perlis.

"Takkan nak telefon abang aku pulak. Kalau telefon mesti nanti dia bebel suruh tukar kereta baru lepastu mengadu kat mama. Nak telefon Jasmin pula hm mesti Jasmin tak dapat tolong. Kereta dia pun rosak jugak" Bebelnya seorang diri.

Matanya dipejam cuba memikirkan cara untuk pulang ke rumah sebelum dicelikkan semula.

Grab!

Tangannya cepat membuka aplikasi tersebut lalu dia menempah kereta untuk membawanya pulang.

Kunci kereta myvi dicabut lalu dipasang stering lock.

"Kau duduk sini okey? Esok aku bawak kau pergi servis" Dhia menutup pintu keretanya sebelum berlari meredah hujan yang lebat ke arah stesen menunggu teksi

"Naik grab lah harini"










PINTU rumahnya ditolak ke lalu suis lampu ditekan. Maka terang benderanglah rumahnya. Pintu tersebut kemudian ditutup. Lega akhirnya sampai juga rumah walaupun lewat jam 7 malam.

"Kenapa balik lambat?" Terhinjut bahu Dhia apabila terdengar suara seseorang yang cukup dikenalinya. Perlahan-lahan kepalanya didongakkan memandang ke arah Aidan yang sedang memandangnya sambil menjongketkan kening kanannya.

"Awak dah balik? Awalnya? Kata lima hari. Ini baru hari ketiga" Soalan berbalas soalan. Aidan tidak membalas sebaliknya memandang ke arah baju Dhia yang lencun.

"Mana kereta kau? Ini apasal basah kuyup?" Dhia memandang bajunya yang lencun akibat meredah hujan ke arah lokasi menunggu grabnya.

"Kereta saya rosak tak boleh nak hidup. Lepastu saya order grab tapi saya terletak lokasi pickup jauh dari tempat kereta saya parkir. So, terpaksa lah redah hujan." Aidan hanya diam menilik Dhia atas bawah.

"Kalau saya tahu awak dah balik tak payah saya susah-susah order grab. Saya suruh awak ambik je" Dhia mencebik bibirnya yang sudah mengigil sejuk. Ditambah pula dengan penghawa dingin dirumah ini yang sejuk.

Terasa sejuknya sampai ke tulang.

"Dah pergi naik, mandi" Arah Aidan lalu menolak bahu Dhia untuk naik ke atas.










"DHIA..." Pintu bilik Dhia diketuk oleh Aidan. Lama betul manusia nama Dhia ni mandi. Nak ajak makan. Alang-alang dia ada order pizza. Kesian pula kalau nak suruh Dhia masak. Aidan pun masih ada perasaan kasihan pada orang walaupun hakikatnya dia ialah manusia yang bertopengkan singa jadian.

Diketuk lagi sekali apabila tiada panggilan dijawab oleh Dhia.

"Dhia, aku kira sampai tiga. Kalau tak jawab aku masuk" Ugut Aidan pula.

"1...

2...

3..." Kiraan sampai tiga sudah berakhir tapi Dhia tetap tidak membalas. Aidan pelik. Tidur ke budak ni? Kalau tidur mesti dia terjaga.

Aidan pulas tombol pintu Dhia sebelum menolak pintu tersebut agar terbuka. Matanya kini dihiasi dengan Dhia yang sedang terbaring dengan keadaan kaki terjuntai.

"Tidur ke budak ni?" Perlahan-lahan Aidan masuk ke dalam bilik Dhia sebelum punggungnya dijatuhkan di atas katil tersebut.

Jarinya mencucuk bahu Dhia agar Dhia bangun tetapi tiada tindak balas yang dihasil oleh Dhia.

Aidan yang tidak sedap hatinya terus meletakkan tangannya di atas dahi Dhia.

"Panasnya Dhia! Kau demam ni!" Telapak tangannya menyentuh pipi Dhia yang panas. Kemudian matanya memandang ke arah baju Dhia yang masih memakai baju nya yang basah tadi.

"Dhia? Kau pengsan ke!"










"HUARGH" Dhia mencelikkan mata apabila biliknya terasa sejuk. Terkebil-kebil Dhia memandang ke arah siling bilik tersebut. Badannya dipusingkan ke arah kanan.

"MAK HANTU!" Jerit Dhia sebelum kakinya menghasilkan reaksi dengan menolak 'hantu' tersebut jatuh ke atas lantai. Kuat bunyi jatuh tersebut.

"Aduh! Sakit!" Erangan sakit daripada suara tersebut menyentak hati Dhia. Cepat-cepat Dhia bergerak ke arah tepi katil lalu memandang ke arah bawah.

"Eh Aidan!" Dhia tekup mulut apabila dia tersedar yang hantu dikatakan olehnya sebentar tadi adalah suaminya sendiri.

Aidan bangun lalu merebahkan badannya di sebelah Dhia. Dhia mengesot badannya ke tepi.

"Aku punyalah baik dengan kau tapi kau balas macam ni dekat aku Dhia." Aidan menggosok belakang badannya yang sakit akibat terhentak ke atas lantai yang keras itu.

Dhia hanya terkebil-kebil memandang ke arah Aidan. Apa yang baik?

Aidan menjeling sekilas ke arah Dhia yang hanya pegun di situ. "Aih, kau pengsan tadi. Kau tak ingat ke?"

Dhia geleng perlahan.

"Kau pengsan sebab hujan kot. Aku panggil kau tadi tapi tak berjawab. Bukak je pintu tengok kau dah pengsan atas katil. Aku lah yang tolong bukak tudung kau, baju kau..." Tidak sempat Aidan menghabiskan ayatnya, Dhia sudah terlebih dahulu membaling bantal kecil ke arah Aidan.

"Sakitlah Dhia. Kau ni sakit-sakit pun ganas. Ingat kalau sakit, elok sikitlah perangai tu" Bantal kecil yang dibaling oleh Dhia diambil lalu diletakkan di tepi.

Aidan memandang ke arah Dhia yang hanya diam dari tadi. Jarang Dhia nak diam. Biasanya ada saja mulut yang nak melawan Aidan.

"Kenapa pipi kau merah? Kau malu ke?" Soal Aidan tidak berdolak dalih. Dhia kemam bibir lalu angguk. Jujur saja lah nak buat macam mana.

"Jangan risau Dhia, aku tak buat apa-apa pun. Aku suami kau tak ada masalah pun. Dah baring lah. Aku ada buat bubur untuk kau" Aidan menarik lengan Dhia untuk berbaring semula ke atas katil.

"Tidur. Nanti dah siap aku bawak naik atas"










"LAMA betul dia ni ambik bubur. Ambik bubur ke buat bubur?" Gumam Dhia sendirian. Perutnya sudah lapar. Rasanya lama juga dia pengsan sebab tadi dia balik kerja pukul 7 malam dan sekarang jam menunjukkan 10 pagi. Hmmm.

Dhia bingkas bangun meninggalkan katil. Dengan kekuatan yang ada, Dhia turun ke dapur untuk melihat keberadaan Aidan.

Kakinya berjalan santai ke arah dapur sebelum cepat-cepat berlari dan menyembunyikan diri di belakang dinding dapur. Terkebil-kebil matanya. Matanya pandang apa tadi? Ke dia salah pandang?

Kepalanya terjengul kembali melihat Aidan yang sedang kusyuk berada di ruang memasak.

Aidan masak itu tiada masalah tapi kenapa dia masak tak pakai baju? Tapi pakai apron?

Makcik kantin mana yang ajar dia masak macam tu?

Seksi sangat! Abe tomyam!

Jantung Dhia berdegup kencang melihat belakang Aidan yang sangat sempurna di matanya. Kelihatan jelas lekuk-lekuk di bahagian belakangnya dengan bahunya yang tegap.

Dhia bersandar di belakang dinding dapur itu. Air liur diteguk. Mencari nafas selepas melihat keindahan halal ciptaan Tuhan.

Kepalanya kembali memandang ke arah Aidan yang sedang memasukkan daun sup ke dalam bubur tersebut. Patutlah lambat memasak rupanya sambil tengok pakcik google!

Bagus!

Satu markah untuk effort Aidan!

Dhia kembali bersandar pada dinding. Menarik betul Aidan dari belakang dengan pakai apron bunga-bunga yang selalu dipakainya itu. Nampak comel tapi maskulin!

Argh! Rasa nak ngap! Nyum nyum!

Dhia panjangkan lehernya balik untuk melihat Aidan. Matanya meliar mencari kelibat Aidan.

Eh? Dah tak ada pula? Tadi elok tengah memasak.

"Macam ada orang tu tengah mencari sesuatu. What are you searching, Sunshine?" Jelas suara Aidan di telinga kiri Dhia. Dhia pandang ke arah tepi dinding tersebut.

Jelas mukanya dekat sekali dengan muka Aidan yang sedang angkat kening kanan sambil mengherotkan bibirnya.

Dhia cepat-cepat berdiri di belakang dinding. Jantungnya usah dikata, berdegup kencang. Macam nak terkeluar dah jantung ini!

Kantoi usya suami sendiri.

Aidan melangkah bergerak berdiri di hadapan Dhia.

Matanya yang tertutup mula dibuka perlahan-lahan. Kepalanya diangkat memandang muka Aidan yang masih sinis itu lalu matanya perlahan-lahan melorot jatuh memandang lekuk-lekuk enam roti milik Aidan. Terlalu sempurna. Tidak berkelip mata Dhia memandang Aidan yang tidak memakai baju itu.

"Mata pandang mana Dhia?" Soal Aidan dengan nada gemersik sekali. Cepat-cepat Dia angkat kepala menandang Aidan.

"Baju awak mana? Kenapa tak pakai baju? Ingat seksi ke haa" Marah Dhia tiba-tiba. Matanya mengelak dari memandang ke arah mata Aidan.

Aidan meletakkan kedua-dua belah tangannya di sebelah kiri dan kanan Dhia.

Bibirnya terkunci saat Aidan meletakkan tangannya di kiri dan kanannya. Matanya melirik ke arah tangan Aidan.

"Kalau aku tak seksi, kenapa ada orang tu pandang aku tak berkelip, hm..." Bicara Aidan satu persatu.

Dhia hanya diam. Terkedu.

Tapi itu tidak bertahan lama apabila dia mula cemas apabila Aidan sengaja mendekatkan mukanya ke arah Dhia.

"Ish, lepaslah. Saya lapar" Pura-pura Dhia marah Aidan. Cuak sebenarnya tengok Singa Jadian bertukar ke Kucing Jadian.

Mata Dhia memandang ke arah tempat lain. Asalkan bukan bertentangan mata dengan encik suaminya.

"Lesson number two, kau kena biasakan diri untuk pandang muka aku bila aku pandang kau. Now look at me, Sunshine" Arah Aidan dengan suaranya yang sungguh menyeksa hati Dhia.

Dhia memandang ke arah Aidan apabila disuruh. Kedua-dua mata mereka bersambung. Bagaikan dunia tiba-tiba terhenti. Masa terhenti.

Aidan memandang penuh ke arah mata Dhia begitu juga Dhia. Perlahan-lahan Aidan mendekatkan mukanya ke arah muka Dhia sebelum tanganya menarik membetulkan baju di bahu Dhia yang terjatuh menampakkan bahu kanannya.

"Dah aku dah siap masak, jom makan" Aidan menarik mukanya sebelum meninggalkan Dhia yang keseorangan di situ.

"Kenapa dengan aku ni?" Gumam Dhia. Bagaikan magis apabila Dhia langsung tidak menolan Aidan malahan rasa takutnya terhadap lelaki hilang tiba-tiba.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top