Bab 31


Vote & Comment

"MA..." Dhia mencelah memanggil Datin Mariam iaitu ibu mertuanya. Datin Mariam terhenti dari memotong sayur-sayuran. Kepalanya diangkat memandang Dhia yang berada di hadapan meja itu.

Datin Mariam senyum. "Dhia, Aidan mana?"

Pasangan suami isteri itu bersetuju untuk tinggal di rumah keluarga Aidan sementara menunggu rumah baharu mereka siap sepenuhnya untuk pindah masuk. Anggaran yang Aidan jangkakan adalah minggu depan mereka boleh pindah masuk.

"Dekat atas, ada kerja kot nampak sibuk je tu" Balas Dhia. Betul lah tadi dia nak turun ke bawah, dia lihat Aidan main telefon mesti dia tengah sibuk.

Balas mesej awek lain ke kan?

"Aidan memang gitu. Dia jenis workaholic. Ada je masa terlapang dia mesti buat kerja. Sebijik ikut perangai bapaknya yang kaki kerja" Kutuk Datin Mariam. Berkongsi tentang sifat anak sulungnya itu.

"Oooh patutlah" Gumamnya sendirian.

"Patutlah apa?" Soal Datin Mariam. Matanya tidak lepas memandang Dhia yang seperti sedang berbicara sendirian.

"Hehehe tak ada apa-apa. Mama nak masak apa ni? Nak Dhia tolong?" Dhia cepat mengubah topik. Takut kantoi mengutuk suami sendiri.

Datin Mariam sambung kembali potong sayur. "Mama ingat nak masak sambal ayam. Lauk kegemaran Aidan"

"Lepastu sayur-sayur ni nak buat apa?"

"Ingat nak masak lemak sayur campur udang je. Dhia makan kan?" Sayur yang siap dipotong itu dibawa masuk ke mangkuk lalu dibasuh.

Datin Mariam berlalu mengambil kuali lalu diletakkan di atas dapur kemudian diletak minyak.

"Makan je. Dhia makan semua benda. Tolak batu dengan kayu je" Balas Dhia sengih. Dhia turut mengikut Datin Mariam ke dapur.

"Tolong goreng ayam tu kejap" Arah Datin Mariam. Dhia mengangguk lalu ayam yang sudah siap digaul dengan kunyit dimasukkan satu persatu dalam kuali yang panas.

"Kalau Dhia nak tahu, Aidan ni bab makan cerewet sikit" Ujar Datin Mariam. Perkara sebegini harus dikongsi dengan menantunya itu supaya urusan menantunya dipermudahkan. Mudah untuk ikat perut anaknya itu.

"Cerewet macam mana tu mama?" Mata Dhia memandang ke arah Datin Mariam yang sedang memotong bawang putih.

"Hm, Aidan ni sejenis manusia yang tak makan sayur. Dari kecil lagi. Payah nak tengok dia makan sayur warna hijau. Selain warna hijau dia makan macam lobak merah ke. Haaa itu dia makan. Lagi satu..." Datin Mariam mengupas bawang merah lalu dihiris nipis-nipis.

"Taugeh. Dia anti sangat dengan taugeh. Memang tak boleh bawak berkawan sungguh Aidan dengan taugeh. Kalau makan nasi kerabu ke apa dia akan alih taugeh tu satu persatu letak kat tepi sampai lah tak ada baru dia makan"

Dhia geleng kepala apabila mendengar tabiat Aidan yang anti dengan taugeh.

Taugeh sedap apa?

Kan?

"Haaa dah cepat-cepat. Jap lagi papa balik bising dia tengok lauk tak siap lagi. Lepastu karang Aryan melalak bising cakap lapar, lapar. Dia tu bukan boleh kira perangai. Karang keluar perangai budak lima tahun dia, penat nak melayan" Ujar Datin Mariam lalu mempercepatkan tugasan memasaknya.










SEMINGGU sudah berlalu dan seperti yang dirancangkan, Aidan dan Dhia sudah berpindah masuk ke rumah baharu mereka. Semasa mereka berada di rumah keluarga Aidan pun, mereka tidur berasingan. Dhia di atas katil dan Aidan tidur di kerusi yang berada dalam bilik tersebut.

"Maaf kalau kecik je rumah ni. Ini yang aku mampu" Ujar Aidan. Matanya memandang ke arah luar rumah yang masih sedang diubah suai. Sengaja dia pindah masuk ke rumah baharu ini lebih awal supaya privasi mereka suami isteri lebih terjaga. Keluarganya tidak patut tahu tentang apa yang terjadi sebelum ini.

Dhia tersedak apabila Aidan tiba-tiba berbicara begitu.

Rumah kecik dia cakap?!

Rumah tiga tingkat luas macam ni dia cakap kecik? Sah memang sah Aidan ini gila. 

Ini muat satu kampung masuk ke dalam rumah mereka. Satu keluarga satu bilik. Bila masuk waktu makan buat rewang pun masih luas lagi.

"Terlebih luas sangat ini awak." Perli Dhia balik.

Aidan angkat bahu. Mula lah tu perangai berlagak dia muncul.

"Well, dah itu kenyataan" Dhia memutarkan matanya. Sikap yang ini memang dia kenal sangat. Sikap sombong tambah berlagaknya.

"Pilihlah nak bilik mana? Nak sebilik dengan aku pun, aku tak kisah. Tapi takut nanti kau kena ngap pulak" Aidan berlalu meninggalkan Dhia sendirian di tingkat bawah. Laju Dhia berlari-lari anak mengikut langkah besar Aidan untuk turut naik ke tingkat dua.

Dasar gajah.

"Itu bilik awak?" Tangan Dhia ditujukan ke arah bilik yang berada di hujung penjuru itu. Kepalanya didonggak kan memandang Aidan yang mengangguk itu.

"Haah itu bilik aku atau master room. Bilik lain ada kosong lagi"

"Okay kalau macam tu saya pilih bilik sebelah awak lah" Pilih Dhia lalu pintu di sebelah bilik Aidan dibuka.

Dhia mengangguk. Puas hati dengan bilik tersebut. Cantik! Luas!

"Sukahati kau lah. Dah aku nak masuk bilik. Kat dapur ada barang basah. Aku dah siap beli semua. Kalau kau nak masak, masaklah. Tapi masak untuk kau sorang je. Aku dah kenyang" Aidan berundur meninggalkan Dhia yang sedang berbaring dalam biliknya.

"Entah siapa nak masak untuk dia. Huh!" Dhia berdiri lalu menutup pintu dan mengunci pintu tersebut.










"KAU makan apa tu?" Ternaik bahu Dhia apabila disergah Aidan sebegitu. Turun naik nafas Dhia akibat terkejut. Cawan yang berisi air diambil lalu diteguk.

Aidan memandang mangkuk di hadapan Dhia.

Maggi rupanya.

"That's not good for you health, Dhia" Ujar Aidan mendatar. Kerusi di hadapan Dhia ditarik lalu diduduk olehnya. Matanya tidak lekang memandang maggi yang hampir separuh itu.

"Sukahati sayalah perut saya" Balas Dhia. Garfu dicapai lalu maggi kembali disuap pada mulutnya.

"Melawan"

"Biarlah" Balas Dhia dengan mulutnya yang penuh.

UHUK!

Tersedak Dhia apabila tekaknya terasa pedih tiba-tiba. Cepat-cepat Dhia mencapai air sejuk lalu diteguk laju.

Aidan jongket kening. Badannya disandarkan pada kerusi tersebut. Hanya menjadi pemerhati sahaja.

"Balasan melawan cakap suami" Perli Aidan sinis.

"Tuhan bayar cash" Perli Aidan lagi apabila Dhia hanya diam tidak melawan.

"Yelah saya tahu. Dosa melawan cakap suami. Tahu tu tahu. Sekarang ni awak nak apa? Nak maggi jugak ke? Tadi kata tak nak makan."

"Aku tak makan Maggi, Dhia. Tak elok untuk kesihatan" Ujarnya dengan nada yang tenang. Kedua-dua tangannya disilangkan. Memerhati Dhia yang memandangnya.

"Dah tu kenapa awak beli Maggi kalau awak tak makan?" Soal Dhia. Sebenarnya tadi dia ingin masak lauk lain tapi apabila dia buka rak dapur dia melihat satu bungkus maggi kari.

Jadi apa lagi, terus saja dia masak maggi kari tumis. Sedap, cepat. Lagipun tadi Aidan kata tak nak makan jadi dia masak untuk dia seorang sahaja.

"Sebab aku tahu aku bela raksasa kuat makan. Jadi, aku belilah maggi" Mudah sekali Aidan membalas.

Tersedak Dhia apabila Aidan kata dia raksasa. Masuk menusuk ke dalam lara hatinya.

"Malas layan awak" Kerusi Dhia ditolak ke belakang kemudian Dhia berlalu membasuh mangkuk dan cawannya.

"By the way, esok aku kerja."

"Jadi?" Dhia lap tangannya yang basah menggunakan tisu dapur. Kakinya melangkah kembali ke arah meja makan.

"Kau masuk kerja bila?"

"Minggu depan. Bos kasi cuti seminggu" Balas Dhia. Matanya memandang ke arah telefon Aidan yang berbunyi masuk mesej itu.

Aidan cepat-cepat pusingkan telefonnya.

"Okay baguslah. Esok ada orang datang hantar barang. Tolong tengok-tengokkan. Ni aku nak keluar jap. Jaga diri. Kunci pintu" Aidan berlalu meninggalkan Dhia yang berdiri di hadapannya.

Dhia malas ambik tahu. Terus badannya dipusingkan untuk masuk ke bilik. Tidur lagi bagus.









"HAI Puan Dhia" Dhia keluar dari rumahnya mengikut salah seorang pekerja yang dihantar Aidan ke kawasan tempat meletakkan kereta rumah tersebut.

Satu persatu kereta mewah masuk ke dalam rumah tersebut dan diparkir kan elok dan tersusun.

"Banyak nya kereta ni? Kereta siapa semua ni?" Dhia tercengang apabila melihat lima buah kereta mewah yang tersusun cantik di hadapannya.

"Kereta Tuan Aidan. Tuan Aidan suka beli kereta buat koleksi." Dhia mengangguk. Terkejut tapi dah nama orang kaya. Apa je tak mampu kan?

"Awak ni siapa pula?" Soal Dhia tuju pada lelaki yang berpakaian sut kemas berwarna hitam.

"Saya bodyguard Tuan Aidan. Nama saya Nathan. Yang dekat sana pula nama dia Adam. Kami berdua bodyguard Tuan Aidan." Ujar Nathan. Mata Dhia memandang ke arah Adam yang sedang berdiri di hujung sana. Dhia mengangkat tangan sebagai tanda perkenalan.

"Tuan Aidan cakap, kalau Puan Dhia perlukan apa-apa panggil saja kami berdua. Mulai harini kami juga akan jaga Puan Dhia" Sambung Nathan lagi.

"Ouh okey. Tapi kan Nathan tak payah lah panggil saya Puan Dhia panggil saja Dhia. Saya tak selesa" Naik segan Dhia apabila Nathan memanggilnya Puan Dhia. Rasa pelik.

"Eh tak boleh Puan! Ini arahan Tuan Aidan sendiri" Nathan menolak permintaan Dhia untuk memanggilnya menggunakan namanya sahaja. Karang nanti dia yang kena dengan tuannya.

Bukan boleh kira tegas Aidan macam mana.

"Tak apalah kalau macam tu. Ada apa-apa lagi ke yang Tuan Aidan awak tu suruh hantar atau pesanan dia lagi?"

Nathan geleng kepala.

"Dah tak ada apa-apa. Puan Dhia perlukan apa-apa ke?" Dhia geleng laju-laju.

"Baik kalau macam tu kami pergi dulu. Ini kunci kesemua kereta Tuan Aidan." Nathan menyerahkan kunci kereta milik Aidan kepada Dhia.

Menggigil Dhia nak pegang kunci kereta mahal.

Mata Dhia menghantar Nathan dan Adam keluar dari perkarangan rumahnya. Matanya kembali dipusingkan ke arah kereta-kereta tersebut.

"Dasar anak orang kaya" Gumamnya. Badannya bergerak ke arah salah satu kereta yang berada di kawasan parkir itu.

"Hai lah myvi. Apa-apa pun awak tetap kesayangan saya. Kereta mahal semua ni tak mampu melawan awak yang boleh terbang. Nanti kita hantar kedai kasi cun-cun lepastu kita kasi bunyi kereta awak mengaum letup-letup macam audi suami saya itu ye?" Dhia mengusap kereta myvinya dengan penuh sayang.









DHIA berjalan mengeliling kawasan ruang di rumah itu. Tak ada apa sebenarnya yang ingin dibuat. Nak bersihkan rumah pun sudah dibersihkan tadi. Masak pun dah siap. Tapi tak tahu lah kalau kena untuk tekak Aidan.

Seminggu menjadi isteri kepada Aidan, Dhia merasakan yang Aidan ini sebenarnya tidaklah seteruk yang Dhia sangkakan. Aidan melayan nya dengan baik walaupun kadang perangai riak dan sombongnya itu selalu muncul.

Apa yang dia kagum dengan Aidan, jika Aidan tidak bekerja atau berada di rumah mereka pasti akan solat bersama. Seperti yang dijanjikan Aidan, setiap kali lepas solat mereka akan bersalaman. Dan yang menariknya, Dhia sudah boleh menerima untuk menyalam Aidan. Walaupun kadang-kadang rasa kekok itu ada tapi Dhia tetap cuba menolak perasaan kekok itu.

Dhia menolak pintu bilik Aidan. Kepalanya dipusing ke arah kiri dan kanan melihat rekaan bilik utama rumah ini.

Besar sungguh!

Dua kali ganda lagi luas dari biliknya.

Kalau biliknya itu pun sudah luas cuba bayangkan betapa luasnya bilik Aidan ini.

Kakinya berjalan memasuki bilik tersebut. Warna dinding yang berwarna hitam itu menunjukkan bilik ini sangat maskulin. Sesuai sangatlah dengan jejaka nama Aidan itu.

Tangannya gatal menolak bilik yang berada dalam bilik tidur Aidan.

"Wah! Bilik aku pun tak ada macam ni" Terkejut Dhia apabila melihat bilik kecil dalam bilik ini merupakan bilik Aidan menyimpan semua bajunya dan jam serta perhiasan lain.

Semuanya tersusun dan kemas rapi.

"Buat apa dalam bilik tu?" Sergah Aidan. Terkejut Dhia apabila terkantoi masuk ke bilik Aidan. Badannya dipusing menghadap Aidan yang sedang bercekak pinggang memandangnya.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok bilik awak" Ujar Dhia dengan tenang. Walaupun dalam hati sudah gelabah takut kena marah.

Aidan malas melayan Dhia. Kakinya melangkah ke arah Dhia yang masih berpura-pura melihat bilik tersebut. Kotnya dibuka lalu diletakkan di atas bahu Dhia.

Jam tangan dibuka lalu tangan Dhia diambil. Dhia pula terkebil-kebil melihat Aidan yang tiba-tiba sahaja buat begitu.

"Simpankan jam tu dekat almari jam" Arah Aidan. Cepat-cepat Dhia mengangguk lalu laci jam ditarik dan diletakkan jam mahal Aidan berhati-hati.

Tak mampu nyah nak ganti dengan baharu kalau rosak.

Butang baju dibuka satu persatu. Cepat-cepat Dhia tutup mata apabila Aidan sedang mencabut baju dari badannya.

"Kau dah kenapa? Aku pakai singletlah" Pelik Aidan melihat Dhia yang terkejung sambil menutup matanya itu.

Perlahan-lahan Dhia membuka mata. Pipinya mula memerah akibat malu ditegur Aidan sebegitu.

Dhia memerhati sahaja Aidan yang sedang mencabut bajunya itu. Terserlah otot-otot di bahu kiri dan kanan Aidan serta lengannya walaupun Aidan memakai singlet. Singlet tu pun tutup bahagian dadanya dan belakangnya sahaja. Bahagian tulang klavikelnya pun masih boleh nampak. Rawr betul abang Aidan.

Kadang bila bertembung mata dengan Aidan, cepat-cepat Dhia alihkan matanya ke arah dinding tak pun ke tempat lain.

Teringat pula gambar swafoto Aidan hari itu.

Seksi! Grrr.

Dah mula dah Dhia ni.

"Aku nak mandi jap. Lepastu solat sama-sama. Kau ada masak ke?" Dhia angguk laju-laju. Kakinya digeselkan sesama sendiri. Kepalanya tunduk melihat jari-jari kakinya.

"Okay nanti kita makan sama-sama. Nah basuh baju ni. Kot tu kau gantung lepastu letak dekat bilik dobi. Nanti hujung minggu ada orang ambik basuhkan kot tu" Dhia angguk lagi.

"Dhia..." Aidan pantang apabila orang hanya mengangguk sahaja. Angguk angguk tapi tak faham.

"Ye faham. Saya turun dulu nanti dah siap panggil lah saya. Saya nak susun makanan jap" Dhia terus berdesup keluar dari bilik Aidan.

Berdegup laju jantungnya apabila dekat dengan Aidan.

Risau kalau Dhia sendiri serah diri kat Aidan. Baru seminggu dah boleh gila tengok Aidan dekat dengan macam tu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top