Bab 32
Vote & Comment
"SO how's marriage? Everything is good?" Soal Jasmin. Matanya memandang ke arah pengantin baharu di hadapannya ini.
"Macam itu je lah. Okay je semua" Balas Dhia. Tangannya diangkat untuk memanggil pelayan mengambil pesanan mereka.
"Okay yang macam mana? Yang dah ehem-ehem ke" Usik Jasmin. Keningnya dijongketkan sambil bibirnya menarik senyuman hingga menampakkan giginya.
"Kepala hotak kau! Kalau aku lempang kau ke bulan kau pergi nanti kan" Geram sungguh Dhia dengan Jasmin ini. Ada saja perangai dia yang boleh buat Dhia sakit hati.
"Garang betul lah pengantin baharu ni. Aku gurau je" Ujar Jasmin. Gurau sikit pun nak marah. Malas lah nak kawan macam ni.
"Yelah, macam tu je lah tak ada dera-dera pun macam dalam drama bersiri tu. Cuma aku dengan dia tak banyak cakap. Cakap benda penting dan bila perlu je" Jujur Dhia. Telefon miliknya yang berbunyi ditatap sekilas.
Aidan memberi izin kepadanya untuk keluar bertemu Jasmin.
"Kadang-kadang kan aku terfikir jugak sampai bila aku dengan Aidan akan jadi macam ni" Ujar Dhia tiba-tiba. Jasmin memandang muka Dhia yang redup itu.
"Maksud kau?" Soal Jasmin tidak faham dengan ayat Dhia.
Dhia tarik nafas.
"Kau faham kan aku kahwin dengan dia pun atas dasar kebertanggungjawaban Aidan dekat aku" Jasmin angguk faham walaupun dia tak faham kenapa kena sebut
Kebertanggungjawaban.
Sebut tanggungjawab je sudahlah Dhia.
"Aku macam terfikir sampai bila hubungan ini akan berkekalan. Aku takut kalau pengakhiran cerita aku dengan Aidan adalah sebagaimana permulaan perkahwinan kitorang" Luah Dhia yang terpendam dalam hatinya. Sudah lama dia terfikir tapi dipendamkan saja.
"Aku nak tanya kau, kau ada tak perasaan sayang dekat Aidan?"
Soalan dari Jasmin membuatkan Dhia buntu.
Sayang akan Aidan?
Buntu!
"Aku tak tahu Jas. Hati aku bercelaru. Kadang aku okay kalau kami berpisah tapi kadang aku rasa sedih bila teringat benda tu. Aku cuma takut kalau perasaan sedih tu wujud sebab aku takut akan perpisahan"
"Kalau aku cakap kau suka kan dia sejak sebelum kau berkahwin dengan dia kau percaya tak?" Soal Jasmin. Air yang baru sampai dihiraukan Jasmin.
Dhia kerut kening.
"Tak faham"
"Aku rasa kau dah sayangkan Aidan cuma hati kau masih tak kuat nak terima semua tu sebab kau masih trauma dengan kisah lama kau dengan Fakhrul" Ujar Jasmin. Sudah berapa tahun dia kawan dengan Dhia, masak sangat dengan perangai Dhia yang satu ini.
Dia kalau sayang seseorang, sayang betul-betul tapi bila dia dah benci, dia akan hidupkan rasa takut dan trauma dia.
"Jadi apa patut aku buat?"
"Usaha untuk timbulkan rasa cinta kau pada Aidan dan cinta Aidan pada kau. Aku jamin lepastu kau akan temui cinta sejati" Seperti ahli magis dalam Cinderella begitulah juga Jasmin yang menjadi doktor cinta buat Dhia walaupun hakikatnya Jasmin single.
"ALPHA's Holding perlukan pewaris secepat mungkin." Menusuk jantung ke hati Dhia apabila Dato' Ismail menyuarakan hati tuanya semasa mereka tengah malam bersama di rumah keluarga Aidan.
Sudah dua bulan sejak perkahwinan mereka berlalu dan semuanya berjalan dengan baik walaupun boleh dibilang berapa patah mereka berdua cakap. Kedua-duanya sibuk membuat hal sendiri.
Suasana makam malam itu terus sepi tanpa suara menimbulkan rasa sesak dalam hati Dhia. Perlahan-lahan Dhia memandang Aidan yang sedang makan dengan tenang itu.
Mamat ni memang sentiasa tenang ke?
"InshaAllah pa, cuma Aidan tengah sibuk uruskan syarikat sekarang" Balas Aidan mewakili Dhia. Lega hati Dhia apabila Aidan membalas soalan dari bapa mertuanya itu.
"Syarikat tu tak akan tumbang kalau kamu cuti dua tiga hari bawak bini kamu pergi honeymoon"
DAN terima kasih buat bapa mertua Dhia atas desakan untuk Aidan membawa Dhia pergi bercuti.
Akhirnya mereka memilih untuk bercuti dan meluangkan masa bersama ke Sabah. Kata Aidan, pergi jauh-jauh kena cuti lama-lama jadi Sabah juga sudah memadai.
Dhia turutkan sahaja walaupun Sabah juga adalah sebahagian dari tempat yang selalu Dhia kerap ulang-alik pergi hantar rombongan bercuti.
"Pulau Mabul?" Soal Dhia apabila pasangan itu tiba di jeti Pulau Mabul selepas menaiki bot laju selama 45 minit. Nasib lah tak bawak Aryan kalau tak nak kena layan budak muntah tu pulak.
Aidan yang memakai pakaian kasual itu dipandang sekilas. Kaca mata yang berada di puncak hidung Aidan dicabut.
"Yup Pulau Mabul. Aku tengok macam interesting je tempat ni so why not?" Balas Aidan sambil mengangkat kedua-dua bahunya.
Kisahnya Dhia cadang untuk pergi ke tempat lain sekitar Sabah tapi Aidan kata dia dah pilih tempat jadi nak tak nak terpaksalah Dhia ikut kehendak Aidan. Nanti melawan cakap derhaka tersedak Maggi lagi kan.
"Dah jom" Aidan menarik beg roda Dhia dan juga miliknya masuk ke kawasan pendaftaran sebelum mereka berdua dibawa masuk ke sebuah resort di atas air.
"Subhanallah, cantiknya!" Terpegun Dhia melihat air laut yang membiru hijau. Sangat cantik melihat keindahan Tuhan.
"Kau jangan terjun pulak, tak larat aku nak selamatkan kau" Bicara Aidan tiba-tiba. Terus mood Dhia hancur. Memang kaki spoil mood betul mamat tu.
Dhia memusingkan badannya yang berdiri di luar jendela yang menghadap lautan luas itu ke arah Aidan yang sedang berbaring dengan topi di mukanya.
Perlahan-lahan Dhia melipatkan satu kakinya naik ke atas. Topi yang berada di muka Aidan diangkat.
"Jangan kacau Dhia, aku nak tidur" Ujar Aidan datar. Matanya terpejam tapi bebola matanya bergerak-gerak apabila merasakan sinaran cahaya masuk dalam bilik tersebut.
"Tak seronok lah awak ni. Kata nak bercuti honeymoon lah apalah..." Tidak sempat Dhia menghabiskan ayatnya, spontan Aidan menolak badan Dhia berbaring di sebelahnya.
Terkejut bukan kepalang Dhia apabila Aidan menolak badannya baring dan lagi terkejut dia apabila Aidan sedang berada di atasnya.
"Eh, awak ni kenapa?"
"I told you ya Dhia, don't disturb me" Garau suara Aidan. Mendalam suaranya seperti sedang memarahmi pekerjanya. Mata Aidan seperti helang memandang Dhia yang merupakan pemangsanya.
Dhia teguk air liur.
Habislah bapak singa dah marah.
Cengakaman di tangan Dhia sengaja dikuatkan Aidan. Dhia teguk air liur lagi.
"Le-lepaskan saya Aidan" Perlahan-lahan Dhia meminta Aidan melepaskannya. Serta merta Aidan melepaskan cengkaman tangannya dari lengan Dhia.
Sedar akan ketelanjurannya.
"Dah aku nak tidur. Malam karang kita keluar makan" Aidan merebahkan badannya dan berpaling membelakangkan Dhia yang masih keras itu. Jantungnya usah disebut, bagai hendak tercabut.
Tidak lama kemudian, Dhia mula dapat menenangkan badannya. Matanya yang dari tadi memandang siling resort tersebut perlahan-lahan kuyu sebelum turut hanyut tidur di sebelah Aidan.
Aidan pusing badannya memandang Dhia yang sedang nyenyak tidur itu. Sebenarnya dia bukan tidur pun dia hanya mahu merehatkan badannya yang penat.
Aidan menongkat tangannya sambil matanya tidak lepas memandang Dhia yang sedang tidur persis bayi itu. Tangannya kemudian diangkat mengusap pipi Dhia perlahan-lahan.
Dipeluk badan Dhia sebelum Aidan bangkit bangun meninggalkan Dhia yang sedang enak diulit mimpi.
HARI pertama mereka berdua di Pulau Mabul dimulakan dengan aktiviti snorkeling.
"Dekat sini, awak semua akan dapat lihat batu karang yang berwarna-warni dan juga ikan yang hidup di sekitarnya. Saya mohon agar puan dan tuan tidak menyentuh batu karang atau cuba-cuba untuk mengangkat batu karang itu tersebut" Ujar lelaki yang bakal menjaga mereka pada hari ini.
"Look! Fish!" Jerit Dhia suka apabila dapat melihat ikan yang berenang itu. Airnya yang sungguh jernih sememangnya membolehkan mereka untuk melihat batu karang dan ikan-ikan kecik yang berada di kawasan tersebut.
"Saya ada kat sini, kalau ada apa-apa boleh panggil saya" Aidan dan Dhia mengangguk lalu lelaki tersebut meminta izin untuk beredar dan meninggalkan pasangan suami isteri tersebut.
"Tengok Aidan, ada ikan yang macam dalam cerita Finding Nemo tu! Cantiknya! SubhanaAllah" Mulut Dhia tak henti-henti dari bersuara walaupun Aidan hanya mengangguk dan tidak melayannya.
"Dah jom" Aidan menarik tangan Dhia untuk mengikutinya pergi ke kawasan yang lebih banyak batu karang itu.
Kemudian, Aidan merampas goggles yang berada di tangan Dhia lalu dipakai kan kepada Dhia.
Mata Dhia hanya terkebil-kebil apabila melihat Aidan yang memperlakukan dirinya sebegitu.
"Benda ni untuk dipakai bukan untuk dipegang lepastu bising macam mak-mak" Bebel Aidan sebelum merendahkan badannya lalu menyelam di kawasan itu sambil melihat batu karang yang berwarna-warni.
Dhia yang masih berdiri statik itu hanya mampu melihat belakang badan Aidan dengan mata yang masih terkebil-kebil.
"Cepat Dhia!" Jerit Aidan yang sudah hampir jauh meninggalkan Dhia itu. Dhia angguk sebelum turut mengikuti Aidan berenang di kawasan sekitar itu.
Pasangan suami isteri itu bagai sedang bercinta apabila Aidan tidak langsung melepaskan tangan kiri Dhia.
Dhia pula sedang berseronok menunjuk-nunjuk ke arah batu karang yang berwarna-warni. Kadang apabila ada ikan yang lalu dihadapannya, Dhia akan menarik tangan Aidan yang memegang tangannya agar turut memandang ke arah ikan tersebut.
Bagai sedang dilamun cinta itulah ungkapan yang boleh diberikan buat Aidan dan juga Dhia.
KEESOKAN harinya sepatutnya mereka melakukan aktiviti kayak kemudian akan pergi membeli hadiah atau barang kenang-kenangan tetapi disebabkan hujan lebat yang turun di Pulau Mabul menyebabkan mereka berdua terpaksa terperap dalam bilik.
"Bosannya!" Luah Aidan. Matanya memandang ke arah luar jendela yang gelap dan hujan selebatnya.
Dhia pula melentok di atas kepala katil. Tak tahu nak buat apa.
Katil di sebelahnya diduduki oleh Aidan. Ya lupa nak cakap Dhia dan Aidan berkongsi katil dengan meletakkan bantal peluk di tengah-tengah. Itu pun sebab Dhia yang minta. Katanya takut kena kacau dengan Aidan.
Dhia yang duduk di atas katil itu memandang ke arah Aidan yang sedang meniarap bosan itu. Kecewa betul Aidan ye kawan-kawan.
"Awak kan suka kerja, tak ada kerja ke nak buat?" Soal Dhia yang pelik melihat Aidan yang hanya meniarap itu. Biasanya kalau ada masa lapang mamat ni akan buat kerja.
"Sebab tak ada lah aku bosan, Dhia. Papa tak bagi aku buat kerja satu pun. Dia kata cuti luangkan masa betul-betul. Buat anak banyak-banyak" Dhia angguk faham sebelum matanya terbukak.
Bantal kecil di atas katil itu diambil lalu dihempuk lembut ke atas badan Aidan.
"Awak jangan tak senonoh sangat eh" Dhia jeling Aidan yang masih meniarap itu.
Kedua-duanya kembali senyap melayan perasaan sendiri sebelum Dhia celik matanya. Beg tangannya diambil sebelum tangannya mengeledah beg tersebut sebelum mengeluarkan satu kotak yang berisi kad.
"Jom main!" Jerit Dhia suka. Dhia cucuk lengan Aidan beberapa kali. Aidan mengangkat kepalanya lalu memandang Dhia yang sedang tersenyum sambil menunjukkan kotak tersebut ke arah Aidan.
"Aku tak main judi, Dhia" Kepalanya ditiarapkan balik. Digeleng kepalanya.
Sejak bilalah budak ni pandai main kad.
"Judi awak cakap? Awak ingat saya ni jahat sangat ke nak main judi, ini kad permainan lah. Saya beli kat shoppee haritu tau" Dhia menjeling Aidan yang masih tidak mahu melayannya.
"Jom lah main" Dhia mengajak Aidan sekali lagi.
"Malas macam budak-budak"
"Alaaa jom lah sekali je" Pujuk Dhia sekali lagi. Terdengar helaan nafas Aidan sebelum Aidan bangkit menghadap Dhia yang sedang bersila itu.
Layan kan je lah Dhia tu Aidan...
"Ha cepat, kad apa ni?" Aidan merampas kotak yang berada di tangan Dhia lalu dibelek.
Keningnya dikerutkan. Kad apa ini? Tak pernah nampak pun?
"Kad ni nama dia our moments card. Dalam ni ada soalan-soalan yang boleh kita tanya dekat partner kita macam tu" Kotak kad itu kembali dirampas Dhia lalu dibuka. Kad-kad yang banyak itu diletakkan dihadapam mereka berdua. Aidan hanya menjadi pemerhati Dhia saja.
"Kenapa kau beli kad ni?" Dhia yang sedang menyusun kad itu terhenti. Matanya memandang Aidan yang menunggu jawapan dari mulutnya.
"Dulu ingat nak main kad ni dengan ex tapi tak sempat buat dah kena curang. Tak apalah, saya main kad ni dengan awak jelah. Alang-alang lupa nak keluarkan dari beg. Bukan haram pun, awak suami saya jugak" Balas Dhia tanpa potong.
Aidan mengangguk faham.
"Dah siap! Kad ni awak ambik satu lepastu bacakan soalan tu dan saya akan jawab lepastu turn saya pula. Kad ni ada beberapa level yang kita kena jawab. Kiranya dari senang ke susah dan begitulah sehingga abang Aidan mampus" Terkekek Dhia apabila Aidan menjengil matanya apabila Dhia menyakatnya.
"Aku mulakan dulu ke?" Soal Aidan dengan sombongnya. Kena berlagak beku baru hensem ye.
Dhia angguk laju-laju.
Satu kad diambil oleh Aidan lalu dilihat sekilas.
Mata Aidan bertentang dengan mata Dhia.
"What's your first impression to me?" Soalan tersebut dibaca oleh Aidan. Dhia tersenyum nipis mengingatkan memori pertama kembali mereka terjumpa.
"Hensem tapi kedekut" Tiga perkataan keluar dari mulut Dhia.
"Aku memang hensem tapi kenapa kedekut tu?" Aidan bertanyakan lagi soalan pada Dhia. Dhia pusing matanya ke arah atas.
"Sebab awak 15 ringgit pun nak berkira dengan saya" Ujar Dhia. Kedua-dua tangannya disilangkan.
"Dah turn saya pula" Dhia laju-laju mengambil kad di hadapannya lalu dibaca. Tersengih Dhia membaca soalan tersebut.
"Who am I to you?"
"My wife" Mudah sekali Aidan membalas pertanyaan Dhia. Dijongketkan kedua-dua bahunya. Jantung Dhia berdegup laju apabila Aidan menganggapnya sebagai isteri bukan kawan, bukan orang asing.
Kemudian Aidan menarik lagi satu kad di hadapannya.
"What lesson in love you had learned by your past relationships? Okay this is interesting question" Kad tersebut diletakkan di tepi lalu dipandang Dhia yang sedang menjilat bibirnya.
"Jangan buat macam tu." Cepat-cepat Dhia membatalkan niatnya untuk menjilat bibirnya lagi. Tunak matanya memandang ke arah Aidan yang fokus memandang ke arah nya atau lebih tepat ke arah bibirnya.
Kenapa?
Dhia hanya akur sahaja dengan arahan yang diberikan Aidan.
"Hmm, do not love someone more than your love for Allah sebab dia bukan milik kita. Dia milik Tuhan. Lagi satu yang saya belajar, jangan terlalu beria-ia dengan orang yang tak pernah nak hargai kita sebab nanti diri sendiri yang sakit" Bicara Dhia jujur. Sepanjang hubungan dia dengan bekas kekasihnya inilah yang dia belajar.
Aidan mengangguk mengerti dengan perkara yang disampaikan Dhia.
"Next, saya pulak!"
Kad tersebut diambil lalu diangkat. Dhia senyum hingga menampakkan giginya.
"Opportunity card! You can ask your partner anything question that may you want to ask. One time only"
Kad tersebut ditunjukkan pada Aidan sambil tergedik-gedik badannya menari.
Aidan hanya memandang kosong sahaja muka Dhia bagai tiada perasaan.
Kad seterusnya diambil Dhia bagi menggantikan kad tadi.
"Who's your first love? Describe why you and her/him not together?" Soalan tersebut menyentak hati Aidan. Terkedu Aidan untuk menyusun ayatnya dengan baik.
"We had same stories Dhia. Kau kena curang dengan bekas kekasih kau dan aku pun sama" Pernyataan tersebut membuat Dhia terkejut. Okay, ini benda baru dia belajar daripada Aidan.
"Tell me more" Pinta Dhia.
"Soalan tu tak ada suruh aku ceritakan secara detail. So, tak payah tahu" Ujar Aidan tanpa perasaan.
"Alaaa..." Dhia mula keluar perangai budak-budaknya. Lututnya kini bertemu dengan lutut Aidan.
"Dhia, kau nak teruskan lagi ke tak? Kalau tak aku nak sambung tidur" Ugut Aidan. Dhia cepat-cepat angguk. Masih mahu bermain.
Tak apalah, soalan itu nanti-nanti dia tanya.
"Is there a feeling you miss?" Soal Dhia setelah membaca kad tersebut.
"I missing to be fall in love with someone that call women" Mudah balasan Aidan.
"Saya nak gunakan kad peluang" Kad peluang yang dimilik Dhia diletakkan di tengah. Kad peluang hanya ada satu sahaja dan Dhia bertuah kerana memiliki kad tersebut.
"When the last time you fell in love. And why you did'nt fall in love after that?" Dhia tersengih apabila berjaya bertanyakan soalan tersebut. Aidan tak boleh mengelak kerana kad tersebut jika dimiliki mereka berpeluang untuk bertanya apa-apa sahaja.
"2017. Itu kali terakhir aku jatuh cinta pada perempuan. Kali pertama dan kali terakhir sebenarnya aku jatuh cinta dengan perempuan dan selepas itu aku tak pernah sayang atau cinta mana-mana perempuan sebab aku dah tak percayakan cinta"
"Kenapa?" Soal Dhia yang masih tidak puas dengan jawapan yang diberikan Aidan.
"Peluang kau dah habis Dhia. Next question" Cemberut Dhia apabila Aidan tidak melayannya.
Permainan itu diteruskan sehinggalah mereka berdua tiba di peringkat yang terakhir.
"Final Card! Kita dah nak habis! Yeay!" Seronok Dhia apabila mereka berdua berjaya menghabiskan kad itu. Berbagai perkara yang Dhia tahu tentang Aidan dan sebaliknya.
Contohnya, Dhia tahu yang Aidan tahu makanan, minuman dan perkara yang disukai Aidan.
Kad tersebut diambil oleh Dhia lalu diserahkan pada Aidan.
"Bacalah" Dhia memberikan kad tersebut pada Aidan untuk dibaca.
"Each player write a message to the other. Fold and exchange. Open only once you two have parted" Baca Aidan pada kad tersebut.
Cepat-cepat Dhia capai buku kecil yang sentiasa berada dalam begnya lalu dikoyak. Satu kertas dihulur pada Aidan.
"Pen or pencil?" Soal Dhia. Pen dan pensil diangkat supaya boleh dipilih Aidan. Laju Aidan menarik pen di tangan kanan Dhia.
Kedua-dua mereka menulis sesuatu pada kertas tersebut. Selang lima minit kemudian kertas yang ditulis oleh mereka berlipat dan kertas tersebut bertukar sesama sendiri.
"Dah habis dah game!"
AKHIRNYA setelah tiga hari mereka tinggal di Pulau Mabul, pagi esok mereka berdua akan meninggalkan Pulau Mabul dan masing-masing akan menjadi seperti biasa.
Dhia duduk berlunjur menghadap ke arah laut itu.
Bunyi air pantai yang bergerak ke pasir menghasilkan bunyi yang tenang ditambah dengan angin malam yang cukup menaikkan suasana dingin.
"Bahaya duduk sorang-sorang Dhia" Ujar Aidan yang tiba-tiba berada di belakangnya.
"Lama sangat tunggu awak bersiap, jadi saya pergi lah dulu jalan-jalan kat tepi pantai ni" Balas Dhia. Tempat kosong disebelahnya diduduki oleh Aidan.
Bau wangian Aidan menghangatkan lagi keadaan mereka yang hanya diam memandang laut yang disinari cahaya bulan. Bunyi gemersik gitar yang sedang dimainkan oleh kumpulan pelancong di hujung sana menaikkan lagi suasana mereka.
"The moon is beautiful isn't?" Aidan memecahkan suasana sepi antara mereka yang diam memandang laut itu.
Dhia pandang muka Aidan lalu angguk.
"Haah cantik. Dulu pun kita macam ni" Balas Dhia perlahan. Teringat memori mereka berdua semasa berada di Langkawi. Beginilah juga mereka dulu tapi yang ini lebih tenang dan halal.
"Kau fikir apa hari ini?" Aidan perasan Dhia asyik termenung dari selepas aktiviti permainan mereka pagi tadi.
"Hm?" Dhia seolah-olah tidak faham dengan soalan yang diutarakan Aidan.
"Aku tanya, kau fikir apa hari ni? Asyik termenung je aku tengok. Biasa kau lah orang yang paling banyak mulut" Soal Aidan tanpa pusing-pusing.
"Oh tak ada apa. Cuma saya fikir, kita akan terus macam ni ke Aidan sampai bila-bila?" Aidan yang sedang berlunjuk dengan kedua-dua tangannya diletakkan di belakang sebagai sokongan badannya memandang sekilas Dhia.
Faham dengan soalan Dhia.
"Tak tahu."
"Saya sebenarnya teringin juga nak jadi macam pasangan dekat luar sana. Bahagia yang betul bahagia. Bukan bahagia yang lakonan semasa-mata. Saya pun nak rasa dicintai juga Aidan. Cinta yang halal" Luah Dhia yang terpendam dalam hatinya sejak pagi tadi.
Dia terlalu berfikir sampai bila hubungan ini akan berkekalan. Hingga hujung nyawa atau sekadar menghiasi pengajaran mereka.
"Perkahwinan ini tak akan menjamin kita akan kekal bersamanya kalau tiada usaha, kepercayaan, hormat, memahami dan cinta terhadap satu sama lain. Banyak perkara yang perlu digarapkan dan diaduk bersama barulah hubungan halal akan kekal hingga ke penghujung nyawa kita" Tenang Aidan membalas.
"Abang saya cakap kalau takut nak bercerai kena usaha untuk dapatkan cinta awak"
"Jadi dapatkan cinta aku" Aidan angkat bahu. Bagai satu cabaran buat Dhia.
"Tak boleh juga Aidan, kalau awak masih tak boleh move on dari kisah lama awak dengan bekas kekasih awak Aidan"
"Cinta tu kan boleh dipupuk" Balas Aidan seperti memberi semangat buat Dhia.
"Tapi Aidan...kisah kita bermula dengan tidak baik" Keluh Dhia. Runsingnya Dhia memikir masalah hubungan mereka.
"One bad chapter doesn't mean our story is over, Sunshine" Ujar Aidan lagi. Gemersik sekali suaranya. Andai siapa saja mendengar juga turut boleh pengsan.
Dhia berpaling pada Aidan. Tunak mata mereka bersambung. Bagai panahan cinta.
"Make me fall in love with you..." Ucap Aidan dengan bersungguh-sungguh.
Terkejut!
Apakah ini?
"Lepastu apa jadi?" Soal Dhia kembali. Habuan yang bakal diperolehi jiga Dhia berjaya mendapat cinta Aidan yang lama hilang dibawa pergi.
"And I wouldn't let you go!" Tegas sekali Aidan menyuarakan cabarannya buat Dhia.
Dhia terdiam sebelum ketawa lalu digeleng beberapa kali.
"Kalaulah sesenang yang macam awak cakapkan" Dhia kembali murung apabila dia fikir tentang usahanya untuk mendapatkan cinta Aidan.
Semestinya sukar dan susah.
Aidan yang diminati ramai,
Nak ke jatuh cinta dekat orang macam aku?
Yang biasa-biasa?
"Apa masalahnya Dhia? Belum cuba belum tentu" Sambung Aidan balik. Kedua-dua keningnya dijongketkan. Sinis Aidan tarik bibir.
Mata mereka berdua sambung sesama sendiri. Ditambah dengan gemersik gitar menjadikan suasana itu romantis sekali. Jika orang lain nampak, pasangan ini sedang hangat bercinta tapi hakikatnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
Dhia mengangguk setelah puas menilik muka Aidan yang seperti sedang memberi semangat buatnya.
"Janji dengan saya, kalau saya berjaya dapatkan cinta awak...awak jangan sesekali lepaskan saya. Hargai saya sebagaimana saya hargai awak nanti"
"Aku janji" Jari kelingking Aidan dihulurkan pada Dhia.
Dhia memandang jari kelingkingnya dan tuan empunya jari kelingkingnya. Dhia angguk lalu menyambung jari tersebut dengan jari nya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top