Bab 30


Vote & Comment

"KAU okey kan Dhia?" Bahu Dhia dipegang oleh Jasmin apabila tukang MUA yang ditempah olehnya siap menata rias muka Dhia.

Akhirnya Dhia telah memilih kata putus untuk menerima Aidan sebagai suaminya. Walaupun hatinya masih ragu-ragu tapi dikuatkan juga untuk menerima Aidan kerana baginya inilah yang terbaik buatnya.

Senyuman nipis diukir oleh bibir Dhia yang dioles pemerah bibir. Mukanya semakin naik seri setelah siap ditata rias oleh MUA.

"Doakan aku okey? Aku cuma tawakal je Jas" Matanya merenung ke arah jendela di dalam biliknya. Dhia meletakkan kepalanya di bahu Jasmin. Jasmin memeluk erat bahu Dhia.

"Aku tahu kau kuat Dhia. Aku yakin ini yang terbaik untuk kau" Balas Jasmin perlahan. Cuba mengurangkan debaran di hati Dhia.

"Hmmm"

"Kau tak ada buat niat untuk lari ala ala Cinderella atau terjun tingkap macam Rapunzel kan?" Usik Jasmin melihat Dhia yang masih bersandar kepala di bahunya.

Dhia angkat kepala kemudian matanya memandang muka Jasmin.

"Sempat lari lagi ke?" Ketawa dihasilkan di hujung bicaranya.

Jasmin geleng kepala. Mula dah perangai senget Dhia.

Jasmin naik bersila di atas katil Dhia. Kedua-dua tangan Dhia diambil lalu dipegang. Dhia pandang pelik tapi tidak ditarik tangannya yang terukir inai berwarna putih.

"Apa-apa pun yang jadi kau sentiasa ada aku okey? Aku tetap akan selalu ada dengan kau walaupun kau dah kahwin. Tau!" Janji Jasmin bersungguh-sungguh. Dhia tersenyum hingga nampak barisan gigi putihnya yang teratur.

Dhia perlahan-lahan mengetatkan pegangan Jasmi. "Walau apa pun terjadi?"

"Walau apa pun terjadi. Sampai kita mati"

Dhia menarik badan Jasmin untuk masuk ke dalam pelukannya. Jasmin mengelus belakang badan Dhia perlahan.

Dia sayang dengan Dhia kerana Dhia merupakan penguat semangatnya ketika dia jatuh dan bangun. Dhia jugalah yang ada ketika semua rakan sekolah nya menghilangkan diri apabila tamat sahaja tingkatan 5.

"Hm kawan aku dah kahwin. Aku je lah yang jadi anak dara tua" Usik Jasmin balik.

"Kau kan partner in crime aku. Mana boleh kahwin!" Dhia balas usikan Jasmin tersebut.

"Marahlah mak aku tu siapa nak pakai baju kahwin design dia kalau bukan aku. Dia dah mengidam nak tengok aku pakai baju kahwin yang dia buat khas. Katanya asyik buat untuk anak orang lain bila lah boleh merasa buat umtuk anak sendiri" Bebel Jasmin sebelum mencubit lengan Dhia sikit.

Pintu bilik diketuk menganggu bicara mereka. Kedua-dua mereka memandang ke arah pintu yang sedang dibuka.

"Dah boleh turun. Keluarga Aidan dah sampai. Cepat" Ujar Rafael lalu menutup pintu bilik itu tersebut semula.

"Jom! Kau boleh buat hadap semua ini. Percayalah cakap aku!" Ujar Jasmin ceria lalu menarik tangan Dhia untuk berdiri. Bunga yang berada di meja solek Dhia diambil lalu diletakkan di atas tangan Dhia.







"AKU terima nikahnya Dhia Andara Binti Razif dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai"

Dengan lafas taklik itu maka Dhia sah sudah menjadi isteri kepada usahawan muda berjaya iaitu Aidan Firash Bin Ismail, CEO Alpha's Holding. Status yang disandang sebelum ini oleh Dhia akhirnya sudah bertukar kepada isteri Aidan.

Acara pembatalan sembahyang lah yang paling mendebarkan Dhia Andara. Sumpah hatinya rasa nak tercabut bila matanya bersabung dengan mata Aidan yang sedang berjalan ke arahnya.

Huaaaaa malu!

"Bak tangan tu" Bisik Aidan perlahan yang hanya didengari oleh Dhia seorang sahaja.

Dhia jeling perlahan ke arah mata-mata serta kamera yang sedang merakamnya. Dhia tersengih. Ya Allah malunya!

"Kena bagi ke?" Bisik Dhia balik. Aidan jegil mata.

Degil. Orang suruh bagi tangan bagi je lah.

Dhia telan air liur melihat mata Aidan yang bakal tercabut itu akibat menjegil ke arahnya. Dengan kuasa dua kali sepuluh bahagi lima puluh, Dhia perlahan-lahan menghulurkan tangannya ke arah Aidan yang masih merenungnya.

"Lambat!" Terus tangan Dhia direntap lembut oleh Aidan.

"Uish kot ye pun sabar! Malam masih panjang" Pecah suara nakal dikalangan para tetamu yang sedang menyaksikan ucara pembatalan air sembahyang.

Jantung Dhia pula usah dikata. Bagai hendak meletup sahaja apabila tangannya menyentuh tangan kasar Aidan.

Sebutir cincin emas yang bertakhatkan dua batu permata kecil yang cantik disarungkan ke jari manis Dhia.

Sumpah cincin ini cantik sangat. Kalau tiba-tiba Alpha's Holding muflis boleh gadai untuk buat modal belanja syarikat.

Hahahaha.

"Lepastu kena buat apa?" Soal Dhia blur. Aidan geleng kepala.

Budak ini kan lah...

Aidan hulur tangan. "Salam"

"Wajib ke?"

"Wajib sayang" Balas Aidan lalu terhasil lah siulan-siualan nakal oleh tetamu yang hadir.

Dhia mula malu apabila siulan-siulan tersebut semakin kuat ditambah dengan ayat sayang dari Aidan dengan muka seriusnya.

Dhia cepat-cepat menurunkan kepalanya untuk mencium tangan Aidan sebelum kepalanya terasa di tahan oleh Aidan.

Dagu Dhia dipegang lembuat oleh Aidan sebelum ditarik olehnya. Kemudian Aidan tunduk perlahan-lahan mencium dahi isterinya.

CUP!

Ciuman di dahi Dhia oleh Aidan membuatkan Dhia ingin jatuh pengsan bergolek sekarang. Matanya dipejamkan saat bibir Aidan masih tidak lepas dari dahi Dhia.

Dhia perlahan-lahan membuka matanya lalu memandang Aidan yang jongket sebelah keningnya ditambah senyuman sengetnya.

Masih terasa hangatnya bibir Aidan di dahinya sebentar tadi.

Oh perasaan apakah ini?










"AKU tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran kau Aidan. Tapi amaran keras dari abang iparmu yang hensem, jaga adik aku baik-baik" Walaupun nampak bersahaja tetapi terselit ketegasan dalam bicaranya.

Aidan angguk. Matanya memandang ke arah Dhia yang masih menyarungkan baju sepersalinan sedondon berwarna krim cair dalam majlis resepsinya. Nampak Dhia sedang seronok berbual dengan ahli keluarganya.

Majlis resepsi mereka diadakan selepas majlis akad nikah mereka selesai di masjid. Kemudian di malam hari majlis resepsi diadakan di sebuah hotel mewah yang dihadiri oleh pelbagai darjat.

"Dia nampak je periang, tapi hati dia...no one knows" Ujar Rafael tiba-tiba. Aidan pusing kepala ke arah Rafael yang sedang duduk di sebelahnya sambil matanya turut memandang Dhia.

"Maksud kau?" Soal Aidan pelik.

Rafael tarik nafas.

"Dia entahlah, adik aku ni periang, kelakar, peramah tapi dia ni suka memendam rasa. Dia tak suka bagitahu orang apa yang dia rasa masa tu. Dia suka pendam sampai satu masa baru dia lepaskan semua. Jangan terkejut kalau waktu tu kau tengok dia menangis orang macam gila" Luah Rafael jujur. Aidan mengangguk faham.

At least he know something about Dhia.

"Aku tak tahu apa niat kau tapi kau tak berniat nak lepaskan dia bukan?"

"Orang bodoh je buat macam tu Rafael. Aku memang tak percaya cinta ni tapi aku tak bodoh lagi untuk lepaskan Dhia. Kau jangan risau paling-paling tahun depan dapat anak buah" Gurau Aidan lalu kembali memandang Dhia yang jauh bersama keluarganya.

Rafael tarik senyum.

Anak buah?

Sounds good.










"'MA, Aidan nak bawak Dhia naik bilik. Penat dah dia tu" Matanya dituju ke arah Dhia yang sedang elok terlentok di bahu Arya. Datin Mariam memandang sekilas ke arah Dhia yang sudah nyenyak terlentok.

"Ha bawak, bawak. Kesian dia" Gesa Datin Mariam melihat Dhia yang kelihatan penat itu. Aidan segera duduk di sebelah Dhia lalu jarinya menolak lengan Dhia beberapa kali untuk mengejutkannya.

Melihat Dhia yang masih tidak bergerak itu membuatkan Aidan kekok. Haih tidur mati ke budak ni?

"Angkat je lah dia Aidan, bawak masuk bilik. Tak yah kejut dia" Suruh Datin Mariam melihat Aidan yang sedang berfikir bagaimana mahu mengejut Dhia.

Aidan garu kening yang tidak gatal.

Nak angkat ke tidak?

Angkat sajalah.

Lalu Aidan menyauk pinggang Dhia lalu diangkat badan Dhia perlahan-lahan. Dirapatkan kendongannya ke arah badannya.

"Aidan naik dulu. Selama malam mama, Arya jaga mama" Ujar Aidan kemudian meninggalkan Arya dan Datin Mariam untuk masuk ke bilik hotel yang ditempah.

"Ma, kan Arya dah cakap. Dorang mesti kahwin punya" Bahu kiri Datin Mariam disenggol Arya. Terdengar kekekan suara Arya yang puas hati melihat abangnya akhirnya berkahwin.

"Alhamdulillah. Lega hati mama dah" Jujur Datin Mariam. Sememangnya memikirkan Aidan yang masih tidak mahu berkahwin ini merungsingkan perasaan hati tuanya.

"Kiranya bet Arya dengan mama macam mana? Mama kena belanja Arya makan. Dah janji kan"

"Ish kamu ni. Yelah-yelah nanti dah selesai semua kita makan dekat tempat kamu nak tu" Balas Datin Mariam lalu dicebikkan bibirnya.

Arya menyeringai suka apahila Datin Mariam mencubit pehanya.











DHIA perlahan-lahan membuka matanya apabila terdengar suara azan yang sedang berkemundang di masjid yang mungkin berada di sekitarnya.

Matanya memandang ke arah sekeliling bilik tersebut sebelum Dhia cepat-cepat memandang ke arah baju di badannya sebelum menarik nafas lega.

"Nasib baik" Gumamnya. Selimut yang menyelimuti badannya ditolak ke tepi sebelum kakinya bergerek menuju ke arah tandas sebelum Dhia terhenti di pertengahan jalan.

Dhia mengecilkan matanya sebelum kepalanya ditelengkan.

"Aidan?"

Dhia tidak jadi ke tandas sebaliknya berjalan ke arah Aidan yang sedang berbaring di kerusi panjang yang disediakan dalam bilik hotel tersebut. Bajunya juga masih tidak ditukar. Masih dengan baju melayu resepsi malam tadi.

Mata Dhia tidak lepas memerhati Aidan yang sedang nyenyak dibuai mimpi itu.

"Done checking me out?" Dhia terus tegak badan apabila Aidan tiba-tiba bersuara.

Mampos! Kantoi usyar anak teruna orang!

"Ma-mana ada, saya nak kejut awak solat subuh. Itu pun kalau awak solatlah. Kalau tak saya solat sendiri je" Ujar Dhia bersahaja sebelum badannya dipaling berura-ura meninggalkan Aidan yang masih terbaring sambil memandangnya itu.

PAP!

Lengan Dhia dipegang oleh Aidan. Terus Dhia terhenti dari bergerak. Statik di tempatnya itu.

"Apa kau ingat aku tak solat ke Dhia" Ujar Aidan dengan suara garaunya. Dhia meneguk air liur apabila merasakan haba panas dari badan Aidan. Confirm! Aidan sekarang tengah berdiri di belakangnya.

"Bi-bila masa sa-saya cakap macam tu. Dahlah saya nak solat" Tangannya ditarik dari pegang Aidan tapi tidak lepas malah Aidan pegang erat lengannya.

"Lepas kan saya Aidan. Saya nak solat" Suruh Dhia. Badannya mula berpeluh apabila cengkaman Aidan kuat.

"No." Penuh autoriti Aidan bersuara.

Mata Dhia mula terpejam. Badannya mula menggigil.

Tolong,

Tolong lah memori itu,

Janganlah ingat,

Dia tak mahu ingat.

"Tangan kau lembut lah perempuan. Mesti yang lain pun lagi lembutkan"

Dhia pejam mata sekuatnya. Menghalau perasaan dan memori itu pergi.

Pergi! Jangan kembali!

"Tolong saya jangan buat macam ni dekat saya. Sa-saya takut" Air mata Dhia mula mengalir di pipinya. Terus Aidan melepaskan cengkaman nya.

Niatnya hanya mahu balas dendam sahaja tapi tidaklah sampai ingin membuat Dhia menangis.

"Cepatlah ambik wudhuk. Kita solat sama-sama" Ujar Aidan lalu Dhia terus masuk ke dalam bilik air.

Aidan duduk di birai katil. Matanya mula terpejam sebelum terbuka semula apabila mendengar tangisan Dhia yang pecah di bilik air itu.

"Aih"











"DHIA" Panggil Aidan melihat Dhia yang sudah berdiri dan sedang menanggalkan telekung apabila mereka berdua selesai solat subuh bersama.

Solat sebagai suami isteri.

Hm sedap je dengar.

Dhia yang sedang berusaha untuk menanggalkan tali telekung itu memandang Aidan lalu mengangkat keningnya tanda 'kenapa?'

"Duduk jap, sini" Aidan menepuk sejadah milik Dhia. Badannya dipusingkan untuk menghadap wajah Dhia yang seri tanpa sebarang make up dimukanya.

Dhia kembali duduk di sejadahnya. Matanya merenung memandang sejadah yang dihiasi dengan gambar Mekah. Takut ingin memandang wajah Aidan sebenarnya.

"Kenapa kau menangis tadi?" Soal Aidan terus. Dhia menarik nafas.

Dhia hanya mengelengkan kepala. "Tak ada apa-apalah"

"Serius?"

"Ye betul" Jawab Dhia sekadar berbasa-basi.

Kemudian tanpa apa-apa, Aidan terus mencengkam lembut bahu Dhia.

Dhia terkejut tapi tidak memberi sebarang riak apa-apa tapi nafasnya tiba-tiba menjadi tidak seirama.

Tangan Dhia diambil lalu digenggam kuat.

Dhia cuba menahan rasa dalam diri. Matanya dipejam sekuat mungkin.

"Open your eyes, Dhia" Arah Aidan. Matanya tajam memandang mata Dhia yang sedang terpejam.

Genggamannya dieratkan lagi.

Terus tegak badan Dhia apabila cengkaman Aidan di lengannya semakin erat.

"Lauk mewah malam ni!"

Tak nak ingat!

Cengkaman Aidan di lengannya sama dengan cengkaman ketika hari tersebut.

Dhia cuba menarik lengannya dari genggaman Aidan kuat. Tapi tak lepas!

Nafas Dhia mula tidak teratur. Perasaan dalam dirinya bercampur baur.

Fikirannya semakin tidak jelas.

"Tolong...lepaskan saya" Rayy Dhia. Suaranya lirih sekali. Nadanya terlalu menyerah.

Dengan itu, Aidan terus melepaskan cengkamannya.

"You're trauma" Simpul Aidan. Terus didekatkan dirinya pada Dhia.

"You're not okey, Dhia"

"Aku minta maaf. Jangan menangis Dhia" Pujuk Aidan apabila Dhia mula menangis.

"Saya takut" Ujar Dhia dengan tersedu-sedan.

"Saya takut, kalau lelaki tu datang balik. Saya takut Aidan. Saya tak tahu apa-apa. Kenapa saya jadi mangsa?" Luah Dhia. Air mata yang mengalir di pipinya dibiarkan begitu sahaja. Hidung dan pipinya mula kemerahan kerana tangisannya semakin kuat.

"Jangan risau Dhia. Pegang janji aku. No one will hurts you. Aku akan pastikan kau selamat. Dah jangan menangis. Aku minta maaf. Aku cuma nak tahu kenapa kau menangis tadi, itu je" Teragak-agak Aidan menggosok kepala Dhia yang masih bertelekung itu.

Dhia hanya mampu diam dan masih tersedu-sedu menarik nafasnya. Dibiarkan sahaja Aidan yang menggosok kepalanya.

Takut tapi dia tahu dia harus lawan traumanya.

"Saya trauma dengan sentuhan. Lagi-lagi lelaki. Kalau Rafael atau ayah datang peluk atau kacau-kacau geletek ke saya jadi takut sangat. Saya cuba tahan dari menangis depan mereka. Saya tak nak mereka tahu saya trauma dengan apa yang terjadi." Luah Dhia apabila merasakan dirinya semakin baik.

"Then don't. Sekurangnya aku dah tahu kau trauma. Kau kena jumpa pakar. Sekurangnya mereka boleh bantu kau" Cadang Aidan. Matanya turut memandang sejadah milik Dhia yang berwarna merah jambu cair dan dihiasi gambar Mekah itu.

Dhia mengelengkan kepalanya. "Saya tak nak"

"Kenapa kau tak nak?"

"Sebab saya rasa tak perlu. Saya tahu saya cuma terlalu ikut perasaan saya sampai terbawak-bawak hingga sekarang. Saya terlalu berfikiran jauh sedangkan lelaki tu dah tak ganggu saya" Ujarnya.

Ye, dia cuma terlalu mengikut perasaanya.

"Okey aku tak nak paksa kau. Tapi kau kena hadap trauma kau Dhia. Kau tak boleh hidup dalam trauma kau sampai bila-bila" Balas Aidan dengan tegas.

"Saya tahu dan saya sedang cuba"

"Macam mana kau cuba hadap trauma kau?" Soal Aidan tiba-tiba. Sekadar menguji 'cuba' yang dikatakan sedang dipratikkan oleh Dhia.

Dhia terkedu. Betul ke dia sedang cuba? Sedangkan Aidan yang sudah sah menjadi suaminya pun dia masih takut.

"Kau tak mencuba pun Dhia. Malah kau lari dari trauma kau. Macam mana kau kata kau cuba atasi trauma kau sedangkan kau sendiri masih lari daripadanya?"

Dhia semakin menunduk apabila Aidan seperti sedang memarahinya.

"Kau kena tahu, aku tak nak isteri aku lemah. Sebab orang yang berdiri di sebelah aku kena kuat sebab mereka semua sentiasa diperhatikan dan menunggu masa untuk dijatuhkan. Kalau orang tahu kau trauma macam ni, tak ke kau mudah untuk dijatuhkan?" Aidan bertalu menegur Dhia. Semakin tunduk kepala Dhia mendengar bebelan Aidan.

"Tapi awak janji, saya akan selamat"

"Aku bukan sentiasa dengan kau Dhia. Adakalanya kau kena bergerak sendiri. Faham?"

Dhia angguk.

"Speak. Aku tak suka orang sekadar mengangguk sahaja macam burung belatuk" Perli Aidan. Terus tersentap Dhia masuk menusuk ke dalam hatinya.

"Faham"

"Good. Jadi, macam mana kau nak hadap trauma kau?"

"Saya kena cuba menghadapinya dengan berani untuk sentuh awak" Ujar Dhia dengan penuh tanpa perasaan atau blur.

Terus dahi Dhia ditunjal perlahan oleh Aidan. Dhia mencebik bibir. Ini dah kenapa tunjal anak orang. Dahi sendiri tak ada ke nak tunjal?

"Blur. Tapi tak apa, aku boleh tolong kau perlahan-lahan untuk atasi trauma kau" Aidan senyum sinis apabila selesai sahaja bicaranya.

Dhia angkat kepala. "Macam mana?"

Jantung Dhia mula tidak sedap hati apabila memandang raut wajah Aidan yang sedang sinis itu.

"Pertama sekali, kau kena biasakan diri untuk salam aku" Aidan menghulurkan tangan kanananya. Dhia menjuih bibirnya.

"Cepat, salam. Lenguh tangan aku" Aidan hulurkan tangan kanannya lagi. Perlahan-lahan Dhia ambil lalu disalam jua tangan kanan Aidan.

"Okay, biasakan diri nanti lama-lama kau okay lah tu. Nanti dah biasa baru aku bagi langkah kedua. Dah lah aku nak sambung tidur. Mengantuk" Aidan bangkit bangun dari duduk di sejadahnya. Songkok di kepalanya dicabut lalu diletakkan di atas kepala Dhia.

Memasam muka Dhia apabila Aidan menekan songkok itu agar muat di kepalanya. Tapi sayang, kepala Dhia yang kecil itu menyebabkan songkok Aidan turun sehingga bahagian matanya.

Terdengar suara gelakan halus dari Aidan sebelum Aidan merebahkan badannya ke atas katil empuk itu.

"Sampai bila kita duduk sini?" Soal Dhia lalu mencabut songkok dan telekungnya. Maka terurai lah rambut Dhia yang beralun itu jatuh sehingga pinggangnya.

Aidan memerhatikan wajah Dhia yang bebas tanpa makeup dengan rambutnya yang dibebas terurai.

Cantik!

Matanya tidak lepas memandang Dhia yang sedang bergerak melipat telekung dan sejadah kemudian digantung di tempat yang disediakan. Matanya tidak berkelip langsung!

Ini ke yang dinamakan indahnya ciptaan Tuhan?

"Aidan?" Panggil Dhia. Terus Aidan tersedar dari bayangan Dhia tadi.

"Ha kenapa?" Aidan pura-pura tutup mata sambil tangan kirinya diletakkan di atas kepala.

"Bila kita balik?" Soal Dhia. Telefon di meja sebelah katil diambil lalu dibuka.

Instagram ditekan lalu penuh keluar rakan yang berkongsi gambar perkahwinannya. Dhia melihat stories mereka yang turut hadir ke majlis perkahwinannya. Ditekan like stories tersebut dan ada yang dibalasnya.

"Petang sikit. Aku nak tidur kejap. Kalau kau nak makan kau telefon je nombor kat telefon hotel tu. Nanti dia bawak naik makanan. Tak payah turun. Dah jangan kacau. Aku nak tidur"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top