Bab 29

Vote & Comment

"ASSALAMUALAIKUM" Dhia segera menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumah. Jasmin yang berada di belakangnya dibiarkan begitu sahaja.

"Waalaikumsalam" Jawab pemanggil beramai-ramai yang berada di dalam rumah tersebut.

Mata Dhia terpaku pada tiga orang tetamu yang sangat dikenalinya.

Dato Ismail,

Datin Mariam,

dan

Arya.

"Ha, balik pun kamu. Dah tiga hari duduk rumah Jasmin. Ada apa dekat sana? Meh-meh duduk sini. Kita ada tetamu" Panggil Puan Natasya. Sofa kosong yang berada di sebelahnya ditepuk memanggil Dhia agar duduk di sebelahnya.

Dhia perlahan-lahan duduk di sebelah Puan Natasya. Matanya tidak lekang memandang ke arah Datin Mariam dan Arya yang tersenyum itu. Tidak dilupakan juga ke arah Dato Ismail yang sedang turut memandangnya.

"Kamu kenal kan mereka ni? Katanya keluarga boyfriend kamu" Ujar Puan Natasya suka. Tangannya memeluk bahu Dhia yang masih terdiam memandang mereka.

Kemudian mata Dhia beralih ke arah Jasmin yang sedang berdiri tegak di pintu itu. Jasmin angkat bahu tanda tidak tahu.

"Dhia, kamu dengar tak ni?" Panggil Puan Natasya menyedarkan Dhia yang terdiam dari tadi. Dhia angguk.

"Jadi macam mana Puan Natasya, setuju ke dengan pinangan kami? Besar hajat kami ni nak menantukan Dhia" Celah Datin Mariam yang berada di hadapannya.

"Saya tak ada masalah Datin, tanyalah anak perempuan kami" Bahu Dhia disenggol Puan Natasya.

"Aaa, haaa apa dia aunty?" Soal Dhia yang baru sedar dari lamunannya.

Arya sudah tersenyum-senyum melihat Dhia yang menung itu.

Angau rindukan abang dia ke?

"Aunty tanya, kamu terima tak pinangan Aidan untuk kamu? Aidan yang sungguh-sungguh suruh aunty dengan uncle pinang kamu cepat-cepat tau. Katanya risau kalau kamu kena caras dengan lelaki lain" Kata Datin Mariam dengan nada seronok. Masih teringat lagi saat Aidan menyuruhnya untuk menghantar pinangannya buag Dhia dua hari lepas.

Dhia menarik nafas sedalamnya. Tangannya mengelus sesama sendiri. Tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan.

"Boleh beri saya masa? Sekurang-kurangnya seminggu? Saya perlukan masa untuk fikir" Ujar Dhia. Dihembuskan nafas lega apabila berjaya mengeluarkan ayat yang terbaik yang mampu diberikan buat masa sekarang.

Datin Mariam mengangguk. Tangannya membuka tas tangannya sebelum dibawa keluar satu bekas kecil berwarna merah dari tas tangannya.

"Ini cincin dari pihak Aidan. Aidan yang beli sendiri. Kalau Dhia setuju Dhia pakai okey lepastu bagitahu saja Aidan. Aunty tak ada hak untuk paksa Dhia" Bekas yang berisi cincin itu dihulurkan kepada Dhia.

Dengan teragak-agak Dhia ambil lalu dipegangnya.

Dhia memberi senyuman buat tiga tetamu yang sedang asyik memandang mereka.

Tidak tahu ingin cakap apa. Hatinya bercelaru.

Tuhan, tolonglah permudahkan urusanku.









"KENAPA tak angkat telefon aku" Bahu Dhia terangkat apabila suara tersebut memecahkan suasana yang tenang di taman rekreasi itu.

Bangku di sebelahnya diduduki oleh lelaki tersebut. Dhia menjarakkan sedikit kedudukan antara dia dan lelaki tersebut.

"Aku tak suka cakap benda sama berulang kali Dhia. Kenapa kau tak angkat telefon aku?" Ujar lelaki tersebut. Dhia memutarkan matanya ke atas. Rimas dengan lelaki tersebut.

"Telefon saya, sukahati saya lah nak angkat ke tidak. Lagi-lagi orang macam awak memang malas saya nak angkat" Balas Dhia sinis. Matanya menjeling sekilas lelaki di sebelahnya sebelum matanya memandang ke arah tasik yang berada di hadapannya.

"Tch"

"Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Soalnya. Setahunya, dia tak ada beritahu sesiapa tentang keberadaanya sekarang.

"I trace you" Balasnya ringkas.

"Ha?"

"Tak payah tahu" Balasnya lagi.

"Look, I'm doing this for your good sake. Susah ke kau nak terima lamaran aku?" Balas lelaki tersebut atau dikenali dengan nama Aidan.

"Encik Aidan..."

"Aidan, Dhia"

"Aidan, terima kasih dengan lamaran awak. Saya sangat hargainya. Tetapi saya tak perlukannya. Saya lebih rela hidup menjadi andartu sehingga mati" Tegas Dhia membalas. Malas mahu melayan lelaki di sebelahnya.

"Aku buat ni semua demi keselamatan kau Dhia"

"Keselamatan apanya Aidan? Saya ni tak pernah buat musuh dengan mana-mana orang" Balas Dhia lagi. Naik pelik dia apabila Aidan kata semua dilakukan demi keselamatannya.

Aidan hembus nafas kasar.

"Kau dah masuk dalam hidup aku Dhia. Once you get in my life, you cant get out. Get it? Nyawa kau sekarang adalah benda terpenting bagi aku. Ada orang yang cuba nak hancurkan hidup kau. Takkan itu pun kau tak boleh nak faham?" Luah Aidan dengan nada kasar. Geram dengan sikap Dhia yang tidak ambil kisah.

"Then, we should not together! Lebih baik kita menjauhkan sesama sendiri. Sekurangnya orang yang 'jahat' itu tak akan ganggu saya dan awak tak payah susahkan diri awak untuk kahwin dengan saya!" Kepalanya dipalingkan memandang Aidan yang memandang ke arah tasik itu.

"Kau tak tahu Dhia. Selagi kau tak mati selagi itu kau akan diganggu" Ujar Aidan menjelaskan situasi yang terjadi sekarang. Cuba memahamkan Dhia yang masih tidak faham.

"Tapi kenapa?" Rintihan keluar dari mulut Dhia. Dia sudah penat diuji.

"Sebab kau adalah perempuan yang rapat dengan aku. Erti kata lain, we looks like couple and some people hate it. Aku rasa kau tahu yang aku tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan kan?" Mata Aidan memandang muka Dhia yang sedang asyik memandangnya kembali.

Dhia angguk.

"Thats the best answer I can give you right now. Aku sendiri pun masih bercelaru dengan apa yang jadi" Halkum Aidan bergerak-gerak. Tangannya mengenggam penumbuk.

Dhia diam sebelum akhirnya membuka mulut.

"Kita tak akan boleh survive dalam perkahwinan ini Aidan!" Balas Dhia sungguh-sungguh.

"Then, do something so we can survive! Prove it that marriage without fall in love also can survive!"










"ADIKKU" Panggil Rafael di luar bilik sebelum orang yang berada di dalam membenarkannya Rafael untuk masuk.

"Untuk kali ke sepuluh, suram betul bilik kau dik. Macam tak ada cahaya nurani" Rafael berjalan memasuki bilik Dhia sebelum langsir tebal yang menahan cahaya matahari dari masuk ke bilik Dhia ditolak ke tepi.

Dengan tersebut, bilik Dhia mula disirami dengan cahaya matahari.

Matanya mula terpejam apabila terkena silauan matahari itu.

"Silau lah bang. Kau tutup balik" Arah Dhia yang sedang berbaring di atas katil sambil laptop diletakkan di atas pahanya. Melayan drama di neftlix.

"Tak nak!" Laptop Dhia ditarik lalu ditutup olehnya begitu sahaja. Dhia mula membuat muka rajuknya. Kaca mata miliknya ditanggalkan.

"Ada je masalah kau dengki dengan aku. Ha kenapa kau masuk bilik. Kacau je aku nak layan drama korea aku" Dhia memberikan ruang kepada Rafael untuk duduk di sebelahnya.

"Aku dah tahu semuanya Dhia" Ujar Rafael tiba-tiba serius. Keningnya kananya dinaikkan.

Dhia membuat muka. "Kau tahu apa?"

"Everything. Aku tahu apa jadi dekat kau malam tu" Ujar Rafael bersahaja. Tidak ada rasa marah kepada Dhia.

Mata Dhia terbeliak. Macam mana abangnya ini tahu.

"Aidan. He tolds me everything. Aidan baik Dhia. Dia sendiri ajak aku berjumpa dan bagitahu semuanya apa yang terjadi. Tambah, dia suruh aku jangan salahkan kau. Dia sendiri yang nak bertanggungjawab semuanya. Masa dia jumpa aku tu muka dia memang bersungguh-sungguh nak kahwin dengan kau" Jelas Rafael panjang lebar menceritakan secara ringkas yang boleh tentang perjumpaan dia dengan Aidan malam sebelum keluarga Aidan menghantar pinangan buat adiknya.

"Tapi..."

"Dia mengaku dia salah cakap. Dia tak ada niat pun nak cakap macam tu dekat kau. Dia ingat bila dia cakap macam tu kau akan terima pelawaan dia. Tapi tak sangka pula adik aku balas macam tu. Wow teruk" Potong Rafael sebelum Dhia sempat menghabiskan ayat. Dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh adiknya. Guruan di akhir ayatnya turut diselitkan oleh Rafael untuk hilangkan rasa sedih dalam diri Dhia.

"Mama dengan ayah tahu ke?" Soal Dhia dengan perasaan gusar dalam hatinya. Mesti kalau ibu bapanya tahu, pasti mereka kecewa mempunyai anak yang tidak reti menjaga dirinya sendiri.

Gelengan daripada Rafael membuat Dhia menarik nafas lega.

"Aidan yang minta supaya jangan bagitahu mama dengan ayah. Aku kalau boleh nak bagitahu je tapi Aidan kata lebih baik mereka tak payah tahu sebab risau masalah tu jadi merelet-leret. Aku pun setuju je lah sebab betul jugak" Ujar Rafael. Dhia angguk faham.

Dhia menarik nafas sebelum matanya memandang ke arah jendela yang terbuka akibat langisrnya ditarik oleh Rafael.

"Aku bukan tak nak bang, aku cuma takut kalau perkahwinan tu tak akan mampu bertahan sebab tak ada rasa sayang antara satu sama lain. Berkahwin dengan rasa bersalah akhirnya akan bercerai jugak" Luah Dhia. Meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

"Siapa cakap berkahwin tanpa cinta tak akan bertahan. Cinta lepas kahwin tu lagi seronok tau. Masa tu kau akan kenal antara satu sama lain dengan mendalam. Masa tu buat apa pun halal Dhia. Lagi seronok. Kau saja yang fikir macam tu sedangkan aku tengok orang lain berkahwin tanpa cinta, beranak-pinak jugak dorang" Rafael angkat bahu dan cebik bibir.

Masalahnya betul kan?

"Hmmm" Terkedu Dhia untuk membalas ayat Rafael. Rasa macam berada di mahkamah dan dia berada di dalam kandang dan Rafael ialah pihak lawan.

"Cuba dulu Dhia. Dah kahwin tu usaha untuk kenal satu sama lain. Aku yakin Aidan jugak fikir masak-masak sebelum bertekad nak lamar kau jadi isteri dia" Ujar Rafael lagi. Nasihat nya supaya Dhia sedar dengan situasinya.

Dhia angguk. "Okey abang. Terima kasih"









BEKAS cincin yang berada di dalam laci tidurnya diambil lalu dibuka. Matanya memandang ke arah cincin yang bertakhtakan batu permata tersebut.

Cincin tersebut dikeluarkan sebelum dipusing-pusingkan. Kemudian, cincin tersebut disarung.

Tangannya ditegakkan lalu dipandang berkali-kali.

"Cantik" Gumam Dhia lalu dibelek jarinya lagi yang disarung cincin tersebut.

Dhia menarik cincin tersebut untuk ditanggalkan.

Ergh!

Ergh!

Ergh!

Tak lepas!

"Aduh tak boleh cabut pulak!" Ditarik lagi cincin tersebut dari jari manisnya.

Kuat!

"Aduh tak akan nak bawak pergi jumpa bomba. Sayanglah cincin cantik ni" Gumamnya lagi sebelum diusap cincin tersebut.

"Tanda-tanda aku kena terima ke ni?" Dhia mula berbisik sendirian.

"Ish malas lah nak fikir baik tidur je"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top