Bab 28
Vote & Comment
"DHIA, kita dah sampai" Brek tangam ditarik ke atas. Kepalanya dipusingkan ke kiri lalu matanya memandang Dhia yang sedang myenyak tidur.
"Dhia" Panggil Aidan lagi. Dhia mengerakkan badannya apabila terdengar sayup-sayup suara Aidan yang mengejutkannya tidur.
Matanya memandang ke arah rumah yang berada di kirinya itu. Dhia kerut kening sebelum memandang Aidan yang masih setia memandangnya.
"Kenapa balik rumah Jasmin? Kenapa tak hantar balik rumah saya?" Soal Dhia perlahan. Suaranya jelas serak akibat menangis hampir seharian.
Aidan melipatkan baju lengannya naik ke siku. Tangan kanannya diletakkan di atas steering kereta. Badannya dipusingkan ke arah kiri memandang Dhia yang masih menunggu jawapannya.
"Its better for you to stay here first. Aku tak nak kau balik rumah keluarga kau dengan keadaan kau yang macam ni. Nanti dorang cakap apa? Lagi-lagi tengok kau balik dengan aku. Nanti dorang fikir macam-macam. Duduk sini dulu nanti bila kau dah tenang, suruh Jasmin hantar balik" Ujar Aidan tenang.
Kening Dhia bertaut. "Tapi keluarga saya tak pelik ke sebab malam tadi saya tak ba..."
"No need to be worry Dhia. Just focus on yourself. Aku dah bagitahu abang kau yang kau tinggal dengan Jasmin" Potong Aidan sebelum Dhia menghabiskan ayatnya.
Dhia angguk faham. Dirinya tersangat penat. Pintu keretanya dibuka lalu dengan menggunakan kekuatan kakinya yang berjalan terhincut-hincut, Dhia berjaya berdiri di hadapan pagar rumah Jasmin. Loceng ditekan beberapa kali sebelum pintu rumah terbuka.
Jasmin terkejut bukan kepalang sebab Dhia tak beritahu pun yang dia nak datang harini. Kebiasannya Dhia akan beritahu dulu kalau ingin singgah. Selipar disarungkan lalu kakinya melangkah membuka pagar tersebut.
Tanpa sempat bersedia, Jasmin dipeluk erat Dhia. Jasmin agak terkejut tapi membiarkan sahaja sebelum bahunya terasa basah.
Kemudian, Jasmin menolak badan Dhia. Matanya memandang mata sembap Dhia. Terkejut!
Apa yang terjadi pada sahabatnya?
"Dhia...kau okay ke?" Soal Jasmin risau. Matanya memandang ke arah Dhia sebelum ke arah Aidan untuk meminta penjelasan.
"Aku masuk dulu Jasmin. Nak tidur" Dhia tidak membalas soalan Jasmin sebaliknya menolak tangan Jasmin yang memegang bahunya. Lantas meninggalkan Jasmin yang masih terkebil-kebil bingung dengan apa yang terjadi.
"Encik Aidan? Dhia kenapa? Kenapa dia menangis?" Soal Jasmin bertubi-tubi. Manakan dia tidak risau kalau Dhia dihantar pulang oleh Aidan dengan pakaian yang lain.
Setahunya, pakaian yang dipakai malamnya tadi adalah salah satu rekaan ibunya tetapi tadi Dhia hanya memakai baju panjang berwarna hitam dan berseluar palazo berwarna krim cair.
Aidan yang sedang bersandar pada kereta Audi R8 nya menarik nafas sebelum menghelanya dengan kasar.
"Dhia..."
TIGA hari berlalu dan Dhia masih tidak mahu keluar dari biliknya di rumah Jasmin. Sudah puas dipujuk Jasmin tetapi semua tidak berjaya.
Diajak Dhia untuk berbincang tetapi tidak dilayan.
Dipancing dengan makanan kegemaran Dhia tetapi langsung tidak di makan olehnya.
"Haih runsing lah hati aku gini Dhia. Kau dah tiga hari tak makan. Nanti kau sakit macam mana?" Ujar Jasmin yang berada di lur pintu bilik Dhia. Diketuk pintu Dhia lagi dengan harapan Dhia membuka pintu tersebut.
Dia jatuh kasihan pada sahabatnya.
Jasmin dah tahu semuanya. Aidan telah menceritakan apa yang terjadi.
"Dhia, mehlah makan. Aku ada masak bubur kegemaran kau. Kau suka kan bubur ayam aku ni? Panas-panas lagi ni Dhia" Leret suaranya memanggil Dhia. Masih mencuba memujuk Dhia supaya makan.
Jasmin tidak kisah kalau Dhia ingin berkurung selama mana dia mahu tetapi dia risau sebab Dhia tiga hari tak menjamah apa-apa makanan.
Bukan dia tak ada kunci pendua, dia ada tapi dia takut andai Dhia melarikan diri kerana rimas dengan dirinya.
"Dhia...kau tak sayang aku ke?" Jasmin cuba memujuknya dengan menggunakan ayat tersebut. Puas memikirkan cara bagaimana ingin memujuknya.
Tiga hari Dhia berkurung, tiga hari jugalah dia tidak bekerja. Menjaga dan menunggu Dhia untuk membuka pintu biliknya.
"Aku tak mau Jas!" Jerit Dhia dari dalam biliknya. Suaranya jelas tidak jelas kerana serak suaranya yang masih tidak sembuh.
Jasmin menghela nafas.
"Makan lah sikit" Pujuk Jasmin lagi. Pintu biliknya diketuk lagi oleh Jasmin.
"Aku cakap aku tak nak, aku tak nak lah Jas! Jangan kacau aku! Biarkan aku macam ni sampai mati! Orang macam aku ni dah tak layak hidup!" Jerit Dhia sekuat hatinya. Melontarkan amarahnya semampu yang mungkin.
Jasmin menundukkan kepalanya. Matanya cuba menahan tangisan yang sedang bertakung pada matanya.
Dia rindu Dhia yang periang.
Peramah.
Kelakar.
Sentiasa positif dengan dirinya.
Jasmin dongak kepala sebelum dulang yang berisi makanan diletakkan di hadapan pintu bilik Dhia.
"Dhia, aku letak makanan kat luar bilik kau. Kau ambik makan eh? Lepastu kau letak je kat luar balik. Dhia...aku tak kisah kalau kau nak berkurung tapi ingat diri tu Dhia. Jangan seksa diri tu. Ramai lagi sayang kau. Aku Dhia!" Ujar Jasmin terhenti. Air mata yang ditahan sedaya upaya akhirnya jatuh menitis.
"Aku masih perlukan kau Dhia. Kau sahabat dunia akhirat aku. Tolong Dhia, jangan seksa diri kau macam ni. Siapa nak tolong aku pilih baju aku pergi date. Siapa nak teman aku makan kat cafe mahal-mahal. Tolong Dhia...jangan macam ni Dhia. Kau makan eh?" Air matanya yang menitis di pipinya dilap laju-laju.
"Argh!" Bunyi kaca pecah ditambah jeritan kuat dari bilik Dhia menaikkan perasaan risau Jasmin. Jasmin risau andai apa-apa yang buruk terjadi pada Dhia.
Dengan pantas, Jasmin turun dari tangga lalu mencapai telefonnya yang berada di dapur. Lantas, tangannya menekan nombor seseorang.
"Assalamualaikum, Encik Aidan. Ini saya Jasmin. Tolong saya, Dhia..."
"DIA kat mana?" Soal Aidan mengah. Sebaik saja Aidan menerima panggilan daripada Jasmin mengenai Dhia terus dia pecut meninggalkan pejabatnya datang ke rumah Jasmin.
"Ada kat atas. Tolong pujuk dia Encik Aidan. Dia dah tiga hari tak makan" Suaranya luluh memberitahu keadaan Dhia yang hanya berkurung itu.
Aidan menyebak rambutnya kebelakang sebelum bergerak naik ke tingkat dua, di mana keberadaan Dhia sekarang.
Tangannya naik mengetuk pintu bilik tersebut. Jasmin yang sedang berdiri di belakang Aidan mengigit bibirnya. Mohonlah Dhia membuka pintu biliknya.
"Kan aku dah cakap Jasmin, tak payah kacau aku. Biarkan aku kat sini sampai mati" Balas Dhia dari dalam. Aidan geleng kepala.
"Ada kunci pendua bilik ni?" Soal Aidan. Jasmin angguk ada.
"Ambikkan. Aku nak" Jasmin angguk faham sebelum turun mengambil kunci tersebut.
"Dhia Andara..." Leret suaranya memanggil Dhia.
Dhia yang sedang melutut di bawah katil itu mengangkat kepalanya. Matanya mula dipejamkan apabila suara Aidan mula menyentuh gegendang telinganya.
"Hai Cik Dhia"
Suara itu mula memasuki telinganya. Memori yang merosakkan dirinya mula terjah ke dalam mindanya. Bagaikan kaset yang sedang berputar, kejadian tersebut mula berputar di kepalanya.
Dhia geleng.
Jangan kacau aku.
Tangannya menutup telinga. Meminta supaya memori itu berhenti dari berada di fikirannya.
"Dhia, bukak pintu sebelum aku masuk" Ugut Aidan lagi. Tangannya naik mengetuk pintu tersebut. Jasmin hulur kunci pada Aidan lalu diambil oleh Aidan.
"Saya takut kalau kita bukak pintu Dhia lari Encik Aidan. Dhia tu lain sikit. Saya risau kalau Dhia bertindak diluar kawalan" Ujar Jasmin mengeluarkan pendapatnya apabila melihat Aidan yang berura-ura ingin memasukkan kunci pendua ke dalam lubang kunci tersebut.
"Jangan kacau aku! Pergi! Pergi!" Jerit Dhia dari dalam. Kaki Dhia menyepak angin sekuat hatinya. Tangannya menutup telinga. Matanya dipejamkan. Menghalau seperti lelaki yang merosakkan dirinya berada di hadapannya. Kepalanya digeleng kuat.
"Dengar tak tu? Aku rasa baik kita bukak pintu sebelum jadi benda lagi teruk. Dia tak akan boleh lari. Kaki dia masih sakit. Kau jangan risau" Balas Aidan senada sebelum terus memasukkan kunci ke dalam lubang kunci sebelum pintu bilik dipulas. Bilik Dhia terbuka luas.
Jasmin yang berada di belakang Aidan terjengket-jengket melihat bilik Dhia yang
Berterabur!
Semua barangnya bersepah.
Jasmin menutup mulutnya apabila matanya berjaya menangkap Dhia yang sedang duduk di tepi bawah katil itu.
Langkahnya mula perlahan-lahan didekatkan pada Dhia sebelum laju dia menangkap Dhia yang masih menutup mata dan telinganya. Dipeluk Dhia seeratnya walaupun ditolak kasar oleh Dhia. Tenaganya dinaikkan lagi memeluk Dhia yang masih menolaknya kuat.
Telinga Dhia dilafazkan ayat-ayat suci oleh Jasmin.
"Dhia, ini aku Jasmin" Bisik Jasmin ditelinga Dhia. Diulang ayat itu beberapa kali sehingga Dhia perlahan-lahan berhenti dari memberontak. Kepala Dhia diusap perlahan. Diusap seperti bayi.
Dhia yang mendengar suara Jasmin yang sedang berbisik di telingnya terus diangkat mukanya lalu memandang Jasmin yang sedang senyum ke arahnya.
"Jas..." Panggil Dhia sebelum Jasmin menolak Dhia ke arah pelukannya. Diusap belakang badan Dhia.
"Dhia..." Panggil Dhia selepas puas memeluk Dhia. Badan Dhia ditolak perlahan-lahan dari bahunya.
Mata Jasmin memandang sekilas Aidan yang sedang berdiri berdiri sambil menyaksikan mereka berdua sebelum dipandang kembali ke arah Dhia.
"Encik Aidan datang" Ujarnya lalu dimuncungkan mulutnya ke arah Aidan yang berdiri di belakang Dhia.
Dengan perlahan-lahan Dhia memusingkan badannya ke arah Aidan.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Just both of us. Tapi kau kena makan dulu, bersihkan diri kau dulu. Aku rasa baju yang kau pakai sekarang ni baju yang aku hantar kau balik. Am I right?" Ujar Aidan lalu menjongketkan keningnya meminta jawapan daripada Dhia.
Dhia menggigit bibirnya sebelum mengangguk.
Dia bukan tak nak mandi tapi mentalnya terlalu letih sehingga kerjanya untuk tiga hari hanya minum air kosong dan tidur sahaja.
"Makan kemudian mandi. Aku tunggu kau kat bawah. Jasmin, tolong Dhia" Arah Aidan dengan nada yang agak keras lalu kakinya bergerak keluar dari bilik Dhia.
"Huh, bau masam. Jom mandi lepastu makan okey? Aku suapkan kau!" Ujar Jasmin gembira. Cuba menceriakan suasana yang agak keras dicipta oleh Aidan sebentar tadi.
"Mandikan aku. Aku rindu kau Jasmin" Ujar Dhia perlahan. Jujur dia rindu Jasmin tapi hatinya keras untuk membuka pintu tersebut. Jasmin angguk laju-laju sebelum dipeluk kembali Dhia.
"Aku pun rindu kau Dhia. Sangat-sangat. Sehari aku tak bercakap dengan kau rasa macam setahun" Jasmin melepaskan pelukan mereka sebelum Jasmin berdiri lalu hulur tangan ke arah Dhia yang masih duduk itu.
"Aku minta maaf sebab marah kau tadi. Mesti kau stres kan dapat kawan macam aku"
"Tak. Jangan cakap macam tu kalau aku sendiri tak cakap macam tu. Aku tak suka. Teruk manapun kau, kau tetap kawan baik aku. Aku ikhlas kawan dengan kau" Balas Jasmin. Dhia angguk sebelum tangannya menyambut huluran Jasmin.
"Nanti tolong aku kemas bilik sekali"
"Boleh, apa saja demi kau Dhia"
"AKU dah buat keputusan" Ujar Aidan memecahkan suasana sebaik sahaja Dhia turun dari biiknya. Matanya memandang ke arah Dhia yang sudah berpakaian lebih kemas dan terurus. Mata Dhia dipandang, terpancar riak pucatnya walaupun ditutup dengan pemerah bibir.
"Awak dah buat keputusan apa?" Soal Dhia naik pelik. Kedua-dua tangannya diusap sesama sendiri cuba untuk menghilangkan rasa debar di hati.
Aidan menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Kita kahwin" Satu nafas Aidan melafazkan ayat tersebut. Kepalanya ditundukkan.
Dhia yang matanya terpejam terus terbuka memandang Aidan yang sedang menundukkan kepalanya.
"Tapi kenapa?" Soal Dhia resah. Jantungnya usah dibilang, berdegup kencang apabila Aidan mengajaknya berkahwin.
Tiada angin tiada ribut tiba-tiba ajak kahwin.
Gila. Sah memang Aidan gila.
"Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang terjadi dekat kau pada malam tu. Anggap sebagai ini cara aku nak minta maaf dekat kau" Balas Aidan keras.
Dhia mengelengkan kepalanya. Matanya memandang ke lain apabila Aidan memandang matanya untuk meminta jawapan.
"Maaf tapi saya tak nak" Dhia menolak pelawaan Aidan. Hatinya keras untuk menerima Aidan.
"Remember Dhia, I just accept yes for the answer." Ujar Aidan lagi. Mata coklatnya cuba mencari tunak mata Dhia.
"Kalau awak setakat kahwin dengan saya hanya anggap sebagai itu cara balasan minta maaf, terima kasih Aidan tapi saya tak perlukannya. Perkahwinan ini bukan satu perkara yang awak boleh bawak main. Cuba awak bayangkan, kalau kita bercerai..." Dhia terhenti dari meneruskan katanya. Aidan kerut kening, kenapa Dhia berhenti?
Dhia pandang tajam mata Aidan, membalas pandangan Aidan yang nampak gerun.
Dhia menarik nafasnya dalam-dalam. "Kalau kita bercerai, awak tak akan ada masalah sebab masih ramai yang nak kan awak tapi saya!" Jarinya ditunjukkan pada dirinya sendiri.
"Saya akan jadi janda dan pada masa tu masyarakat akan pandang serong kepada saya. Masyarakat akan anggap punca saya bercerai dengan awak sebab saya tak reti jaga suami saya sendiri sedangkan kita berkahwin atas sebab rasa bersalah awak pada saya. Bukan sebab cinta atau sayang. Sebab itu perkahwinan bukan perkara yang boleh dibawa main! Kalau setakat berkahwin lepastu bercerai maaf tapi saya tak nak. Saya lebih rela hidup macam ni" Ujar Dhia panjang lebar. Menjelaskan situasinya. Kesan dan akibat yang bakal terjadi.
Aidan herot bibir. Dagunya diusap. Tangan kekarnya mengambil cawan yang berisi air kopi buatan Jasmin lalu diminum. Matanya tidak lepas dari memandang Dhia yang sedang turun naik nafasnya.
"Okay, kalau kau tak nak kahwin dengan aku tak apa. Tapi bagitahu aku siapa yang nak perempuan rosak macam kau" Sinis sekali Aidan balas.
Dhia lantas bangun lalu jarinya tunjuk ke arah luar rumah.
"Keluar. Keluar Encik Aidan, begitu sekali Encik Aidan memandang saya. Memang saya sedar saya dah tak suci macam perempuan lain tapi Encik Aidan tu suci sangat ke? Masih teruna lagi ke? Kalau perempuan saja kena jaga kesucian diri dia maka adakah adil dunia dengan berat sebelah kepada kaum lelaki?" Balas Dhia kecewa. Air matanya mula bertakung di birai mata.
Kecewa sekali apabila Aidan menganggapnya sedimikian rupa. Amarahnya pula semakin membuak-buak.
Aidan terkejut apabila Dhia berani membalas dengan sedemikian rupa. Tidak menyangka yang Dhia mampu membalas sebegitu. Aidan anggap Dhia akan jadi lemah lalu menerimanya tetapi sebaliknya yang terjadi.
Dikawal riak mukanya yang terkejut. Aidan bangkit dari kerusi lalu matanya memandang Dhia yang hanya separas bahunya.
Mata Dhia dan Aidan saling berbalas.
Dhia dengan muka kecewanya tetapi tenang seperti tidak takut dengan Aidan dan
Aidan dengan muka bengisnya.
"Ingat Dhia, tiada siapa berani lawan aku"
"Dan saya akan jadi orang pertama melawan Encik Aidan"
Gelaran Encik digunakan oleh Dhia kepada Aidan. Dia sudah sedar tarafnya dengan Aidan hanyalah setakat klien dan majikan.
Aidan senyum sinis. Diangkat kakinya berjalan ke luar rumah sebelum terhenti lalu memusingkan badannya ke arah Dhia yang masih statik berdiri merenungnya.
"Jangan lupa balik rumah Dhia, tak lama lagi mama kau akan dapat menantu kayangan syurga" Balas Aidan lalu tergelak dan kembali bergerak keluar dari rumah Jasmin.
Perlahan-lahan Dhia gerak ke pintu rumahnya memandang kereta Audi R8 Aidan yang mengaum lalu meninggalkan perkarangan rumah Jasmin.
"Jas!" Panggil Dhia kuat. Terkocoh-kocoh Jasmin berlari mencari Dhia sambil menbawa cawan yang diisi dengan air milo dan tangan kanannya sedang memegang biskut kering jenama Hup Seng.
"Kenapa Dhia? Apa jadi?" Soal Jasmin kemudian memandang muka Dhia yang masih memandang luar. Jasmin turut memandang luar. Tak ada apa-apa.
"Siap cepat, hantar aku balik rumah keluarga aku"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top