Bab 3
"Dah berapa kali saya cakap, kalau nak kerja buat betul! Susah sangat ke nak buat! Kerja kau ni ramai lagi orang kat luar nak tau! Tapi aku ambik kau. Sebab apa? Sebab aku nampak potensi kau. Tapi, apa kau balas kat aku? Dengan lukisan sampah ni?" dia terus mencampakkan lukisan pekerjanya ke lantai. Suaranya yang bingit itu menarik perhatian pekerja-pekerja di luar pejabatnya. Tapi ada dia kisah?
"Kak, asal dengan boss kita tu?" soal salah satu pekerja kepada PA bossnya. Sarah atau lebih dikenali Kak Sarah.
"Ntah, akak pun tak tahu. Tadi datang pun muka bengis memanjang je. Seram akak dibuatnya. Ni kalau ditekingnya akak mahu terberanak akak kat sini" terus tergelak Aliya yang mendengar kata Kak Sarah itu. Hei, waktu epik macam ni pun sempat buat lawak Kak Sarah ni.
"Dia period kot" ujar Aliya lalu memandang semula Bossnya yang sedang memarahi pekerja bawahannya.
"Ish kau ni– dah pergi sambung kerja. Kan tak pasal-pasal dengan akak sekali dia marah. Terus berhenti kerja akak macam ni" maka sesi membawang antara dua sahabat itu terus berhenti.
"Muka hensem tapi perangai mengalahkan bapak singa. Nasib baik masyuk banyak kerja kat sini. Kalau tak dah lama aku berhenti" ujar Aliya lagi lalu menyambung kerjanya semula.
"Ma-maafkan saya boss. Saya betul-betul tak sengaja. Saya janji saya akan betulkan semula pelan lukisan ni" dia terus mengutip semula kertas-kertas yang berterabur lalu memasukkan semula ke dalam file. Terketar-ketar kakinya nak kutip semula kertas ni. Dia yang lelaki pun seram dengan majikan di hadapannya. Kalau tak pergi ke tandas sebelum jumpa majikannya itu tadi mahu terkucil dia dengar jerkahan bossnya seorang ini. Sangat mengerunkan!
"Hmm, baguslah tu. Aku tahu petang ni aku nak lukisan tu. Petang ni faham? Sebab esok aku nak check balik. Kalau tak kau boleh hantar notis berhenti kerja. You may get out now!"
"Baik, terima kasih Encik Aidan" kakinya laju melangkah keluar dari bilik majikannya itu. Tombol pintu pejabat dipusing terus menonong keluar dari bilik boss besar itu. Semua mata mula terarah kepadanya kerana ingin tahu apa yang jadi. Lelaki tersebut hanya menunjukkan mimik muka geram dan kakinya dihentak beberapa kali sebelum dan terus duduk di tempat meja kerjanya.
Telefon jenama Apple diambil lalu ditekan-tekan dengan perasaan marah.
Kelab Aidan Boss Bengis
Kak Sarah
- Apa jadi nyah!
Aliya
-Haah wei apa jadi sampai satu deparment ni bergegar dengar suara abang kau tu?
You
-Abang kau bukan abang aku . Eyy tak hingin aku anggap dia jadi abang aku.
-Bengis macam bapak singa. Bapak singa pun lagi baik
-Tak, aku salah buat pelan je lepastu terus dia nak mengamuk
Amir
-Laaa patutlah
-Salah kau lah tak dengar apa dia cakap
Aliya
-Ntah! Kau dah tahu dia pantang staff dia kerja tak siap, salah buat.
- Kau buat gak. So, salah kau lah
You
-Yelah semua salah aku
-Balik tunggu aku. Takut ada hantu
Itulah satu group whatsapp yang dicipta oleh para pekerja di bahagian tersebut. Segala apa yang terjadi di bahagian tersebut akan diupdate terutama sekali ketika bossnya sorang itu mencipta masalah. Khas untuk bossnya!
AIDAN, lelaki berumur 28 tahun. Boss besar dalam bahagian arkitek. Sikapnya yang suka memarahi pekerjanya membuatkan ramai orang takut akannya. Bukan dia tidak tahu selalu sahaja orang bercakap tentang dia. Tetapi dia hanya membuat muka bengis sahaja.
Aidan merenggangkan badannya akibat duduk terlalu lama di pejabat itu. Dipandang sekilas jam yang berada di dinding bilik pejabat tersebut. 12:00 tengah hari. Dia terus menutup laptop miliknya. Ditanggalkan blazer dan digantungkan di atas kerusi. Telefon bimbit dan dompet diambil lalu terus keluar dari bilik pejabatnya. Dia berhenti seketika.
Melihat suasana pekerjanya yang masih belum bekerja membuatkan dirinya geram. Dah pukul 12:00 tengah hari asal semua tak nak pergi rehat?
"Kamu semua ni ingat kerja tak rehat-rehat saya naikkan gaji kamu ke? Kalau kerja setakat datang mengutuk, mengosip sana-sini. Hell no–" semua pekerja yang sedang menghadap komputer terus memandangnya.
"Sekarang ni dah pukul 12:00 tengah hari. Korang semua boleh pergi rehat but be punctual. Pastikan ada di pejabat sebelum pukul 2. Faham! Dah pergi rehat. Nanti orang cakap saya ni kejam pulak" lalu semua pekerja terus mengemas meja masing-masing dan keluar dari bahagian arkitek itu. Otak pandai tapi pandai lagi mengutuk.
Kak Sarah yang sedang menyusun kertas-kertas jadual Aidan terus didatangi oleh Aidan. "Kak–" Kak Sarah terus memandang mata Aidan.
"Nanti kalau ada orang cari saya cakap saya ada kat bilik papa saya. Kalau orang tu urgent sangat suruh dia call saya. Kalau tak suruh dia balik. Kalau dia tak nak balik juga panggil pengawal halau dia balik" Kak Sarah mengangguk mengerti maksud Aidan.
"Kak, lagi lagi perempuan rambut merah tu. Kalau dia datang halau dia. Saya tak nak jumpa dia" Kak Sarah menangguk lalu meminta diri untuk mengisi perut. Sian baby lapar eh– jom mummy pergi makan!
Aidan terus memasuki lif dan punat tingkat 30 ditekan. Berkarisma itulah dia sekarang. Walaupun dia garang seperti orang lain kata tetapi itu tidak menghalang kekacakannya. Setiap hari ada saja perempuan yang cuba mendekatinya walaupun dia dikenali sebagai bapak singa.
Kaya, berduit siapa je yang tak nak kan?
PINTU bilik CEO diketuk dan setelah mendapat kebenaran dia terus masuk ke dalam bilik tersebut.
"Pa–" Aidan terus masuk dan duduk di kerusi kulit hadapan ayahnya. "Yes, Aidan. Ha, baguslah along kat sini. Adik kamu mana?" Aidan hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dato' Ismail hanya mengeleng dengan sikap anak keduanya itu. Perangai tak semengah! Tak sama macam abangnya.
"Hello everybody !" pintu bilik tersebut terus dibuka tanpa salam. Aidan dan Dato' Ismail tidak terkejut kerana sudah biasa dengan perkara itu. Biasalah anak lelaki yang terakhir. Manjanya tahap kelapan. Lagi-lagi kalau dengan maknya. Ada saja tukang yang menyebelahi anak itu.
Terus duduk si bongsu lelaki itu di sebelah abangnya dan dipeluk bahu abangnya. Aidan hanya memandang adiknya sekilas sebelum memandang semula ke hadapan.
"Alaa baby baby Aidan. Lapar ke? Muka garang garang kenapa. Shianlah dia" diusap dagu abangnya yang mungkin baru sahaja dicukur. Wuuu, so cekci lah like me!
Aidan terus sahaja memandang tajam muka adiknya. Kalau bukan adiknya dah lama dia campak dari tingkat 30 ini. Biar keluar sekali otak dia. Manakan tidak nya, dari dagu sampai ke tangan kekarnya diusap oleh adiknya. Dia tak mahu buat perkata terkutuk yang haram di sisi Tuhan dengan adiknya itu. Dia masih lurus!
Tangan milik adiknya ditepis kasar. "Tak lawak lah babi" adiknya tersengih lalu memandang ke arah ayahnya. "Eh papa, lama sudah kita tidak berjumpa" dia masih cuba bergurau tapi mendapat jelingan tajam dari ayahnya.
"Auch sakitnya hati adik. Auch!"
"Kau boleh diam tak gila?"
"Tak"
"Nak makan penumbuk aku ke?" Aidan memandang adiknya itu dan menunjuk penumbuk lalu terus dipandang ke hadapan. "Alaa sorrylah, adik bosan je. Nak happy happykan papa dengan along"
"Banyaklah happy kau" serentak Dato' Ismail dan Aidan berkata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top