Bab 4

"Uish serentak! Memang dah plan sama-sama ke apa?"

Aryan, adik bongsu lelaki kepada Aidan. Sikapnya yang gila-gila dan sangat peramah sangatlah digemari oleh pekerja di situ. Mewarisi sikap ibunya yang sangat ramah dan sentiasa positif. Jauh berbeza daripada abangnya yang hanya reti bengis sahaja. Ntah-ntah kalau disuruh senyum pun ditanya balik apa maksud senyum itu.

"Adik pernah dengar tak pekerja atasan dibuang kerja dari tingkat 30?" ujar papanya yang masih beriak serius. Tiada tanda mahu bersuka ria dengan lawak anaknya itu.

"Hmm tak. Alaaa okaylah okaylah salah. Fine! Nak jumpa adik dengan abang buat apa? Adik busy sikit harini. Kalau boleh tak nak diganggu" akhirnya Aryan berjaya men'serius'kan dirinya selepas mendapat pandangan tajam dari dua beranak itu.

"Busy apanya duk main game jeee" perli Dato' Ismail lalu mendapat sengihan daripada anak bongsunya itu. Kantoi pulak.

Bukan dia tidak tahu ye. Dia sentiasa memerhatikan anaknya seorang itu. CCTV di dalam bilik anak-anaknya itu sentiasa dipasang untuk mengawasi mereka berdua. Jelas perbezaaan Aidan dan Aryan melakukan kerja.

Aidan semenangnya mempunyai ciri-ciri bakal CEO yang akan menggantikan tempatnya suatu hari nanti.

"Okay macam ni. Papa plan nanti nak buat staycation dengan semua staff termasuk kita sekali. Kiranya macam rewards atas usaha mereka semua yang telah berjaya menjadikan Alpha's Holding maju dan juga terkenal. Adrian dengan Aryan okay tak dengan rancangan ni?" Soal Dato' Ismail kepada mereka berdua.

Alpha's Holding nama yang semakin meningkat dan mendapat tempat di hati para pelabur. Manakan tidak kalau belakangan ini banyak projek jutaan ringgit masuk ke dalam syarikat ini. Sememangnya seperti durian runtuh!

"Haaaa Aryan sangat-sangat okay dan setuju! Dah lama gila kita semua tak lepak ramai-ramai. Cun pa! Adik sangat-sangat support dengan rancangan papa. Yes, dah lama tak tengok udara luar. Jangan risau papa, kalau abang tak setuju, adik sentiasa di belakang papa" tanda thumbs up diangkat tanda menyokong dengan cadangan ayahnya itu. Kemudian, jelingan diberi kepada Aidan.

Kau tak setuju, aku pula yang lontar kau keluar dari tingkat 30 ini. Huh!

"Aidan pula macam mana? Okay? Setuju tak?"

"Setuju je pa, okay jugak. Memang kita dah lamaaaaa tak tengok udara luar" terus tersengih Aryan apabila suara Aidan seperti memerli dirinya.

Semua orang yang kenal Aidan memang gerun dengan sikap Aidan yang menakutkan itu tetapi bukan Aryan. Lagi Aidan tak suka lagilah dia buat.

Heh, ini Aryan lah. Takut pada wanita je.

Takut terjatuh cinta. Ahaks!



AIDAN melangkah pulang ke bilik pejabatnya setelah selesai makan tengah hari bersama adiknya. Nasib baik tidak bosan. Adiknya suka menceriakan suasananya yang ada ketika dilanda kebosanan bekerja. Tipulah dia tak sayang adiknya walaupun kadang rasa nak lempang saja adiknya itu.

Tombol pintu dibuka dan wow! Terkejut.

Perempuan dengan kain ketat sendat berwarna merah terang tambah singkat hingga ke peha. Rambut berwarna merah gelap. Gincu berwarna gelap. Apa perempuan ni buat dekat sini? Langau ni buat apa kat sini? Semak tahu tak?

Aidan yang mulanya mahu memulakan kerjanya selepas makan tengah hari dengan tenang terus hilang melihat langau di hadapannya.

"Kak Sarah!" terkejut Kak Sarah yang sedang duduk sambil makan keropok twistie secara senyap-senyap. Terus dicapai botol air mineral dan diteguk sebelum bangun dan masuk ke dalam bilik bossnya itu.

"Ya, Boss ?" Aidan terus menghalakan telunjuk jarinya ke arah perempuan yang sedang duduk bersilang kaki sambil melihat kukunya itu. Huh, tak gentar langsung dengan Aidan.

"Kenapa perempuan ni ada dalam bilik saya?!" Matanya tajan memandang perempuan yang sedang duduk di hadapan meja kerjanya tanpa menghiraukan susuk Aidan yang sekarang ini boleh dikatakan telah bertukar kepada raksasa yang bakal meletup.

Kak Sarah mula menghalakan pandangan ke arah perempuan yang ditunjuk Aidan. Masalah betul lah perempuan ni.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum berkata. "Maafkan saya boss, tapi perempuan–"

"Allysa please bukan perempuan–"

"Diam lah!" Jerkah Aidan lalu terus terdiam perempuan itu. Padan muka kau kena marah. Kutuk Sarah dalam hati. Geram tahu tak. Dahla tadi dia main redah sahaja bilik ini. Adab tak ada langsung!

"Just sambung Kak" pinta Aidan lalu duduk di meja kerjanya. Matanya memandang Allysa dengan pandang jelek. Jelas di mata coklat gelapnya perasaan rimas dan tidak suka akan kehadiran Allysa.

Kak Sarah terus memandang Allysa dan menghadiahkan senyuman sinis. Nak sangat main-main dengan aku. Habis tercalar maruahnya tadi kena marah dengan Allysa.

"Tadi masa boss pergi lunch, Cik Allysa datang jumpa saya tanya mana boss. Saya cuma cakap apa yang boss suruh sampaikan pada saya. Dia langsung tak percaya dan cakap saya ni penipu. Habis satu deparment ni dengar suara Cik Allysa tengking saya. Lepastu dia terus jeling saya dan buka pintu bilik boss. Saya dah cuba halang dengan panggil pengawal. Tapi dia cakap kalau saya panggil pengawal dia tak teragak-agak pecat saya" suara di hujung ayatnya cuba disendukan biar Aidan dapat rasa kesedihannya.

Pura-pura sedih tak salahkan?

"What the hell Allysa? Are you crazy? Urgh– Kak Sarah thanks. You may out now" ujar Aidan dengan nada kesal dihujung ayatnya.

Kak Sarah  yang berura-ura hendak keluar dipanggil semula oleh Aidan. "Sorry sebab susahkan Kak Sarah. Mesti baby dalam perut Kak Sarah terkejut berukkan?" Kak Sarah terus tersengih sinis. Dah dapat cam dah apa boss dia mahu buat.

"Hmm tak apa tapi tu lah, terkejut jugaklah babyyyy dalam ni. Nasib tak terberanak je dengar perempuan gila yang baru keluar dari hutan tengking" terus terjegil mata Allysa. Heh, lawak ke?

Aidan terus tergelak perlahan lalu meminta supaya Kak Sarah keluar dan berehat. Kesian pekerjanya seorang ini. Mesti penat jadi Personal Assistant Aidan.

Pandangannya pula dihala pada perempuan di hadapannya. Ini lagi satu masalah. Masalah besar!

"Yes, Allysa. May I know why you come to my office?" suaranya mendatar. Tiada perasaan. Tidak nampak ingin melayan tetamu tak diundang di hadapannya.

Allysa terus bangun lalu berjalan ke arah kerusi yang sedang diduduki oleh Aidan. Jari runcing beserta kuku yang dicat putih dilarikan pada bahu tegap Aidan. Aidan terus menepis tangan perempuan tersebut.

Allysa yang tersentak itu terus berpura-pura masih okay dan terus duduk di peha Aidan. Tanpa teragak-agak terus ditolak Allysa ke hadapan. "Just cakap, kau nak apa datang sini. Kalau setakat datang nak menyemak sila keluar. Aku tak nak ada langau kat sini. Faham?"

Allysa terus menghentak kaki lalu memandang muka tampan Aidan. Kenapalah lelaki di hadapannya tidak sedar yang dia suka akannya.

"Okay fine, urmmm sayang– I just  nak cakap about our pertunangan" Allysa yang masih berdiri kembali duduk di tempat asalnya. Aidan tercengang. Sejak bila dia nak tunang dengan langau di hadapannya ini? Kenapa dia tidak tahu!

"What the hell, oh Allysa. Hahaha please-jangan buat lawak boleh tak. Oh my, sejak bila aku nak kahwin dengan kau?" masih boleh dapat dengar yang gelak Aidan hanya palsu. Tidak mungkin lah dia mahu bertunang dengan perempuan sendat di hadapannya.

"Ish, sayang! Kan haritu you dah janji nak kahwin dengan I" terus disilangkan tangannya. Protes dengan sikap Aidan yang nampak gayanya tidak bersungguh mahu meneruskan hubungan mereka berdua. Tak, salah.

Dia hanya bertepuk sebelah tangan dan dia tahu. Tapi dia takkan sesekali lepaskan Aidan ke tangan orang lain. Aidan hanya miliknya.

"Huh! Sejak bila aku cakap aku nak kahwin dengan kau"

"5 tahun yang lepas sayang. Oh please, jangan buat-buat lupa plus your mum dan tahu pasal hal ni dan dia setuju" dia mula naik angin dengan perangai Aidan ini.

"Oh God! Aku tak ingat langsung dan aku pasti aku tak pernah sebut perkataan keramat. Kalau aku sebut pun aku sebut dekat orang lain. Yang semestinya lebih elok dari kau.

About my mum? I'm very sure mak aku tak tahu langsung dan lagi satu bapak aku pun tak tahu. Kau ni terhegeh-hegeh tahu tak. Eh banyak lagi lelaki nak dekat kau. Tapi bukan aku. Tolonglah Allysa! Sedar. Aku dengan kau ni hanya sepupu sahaja. Aku dan kau takkan bersama

Because I never like or love you! Sekarang tolong keluar sebelum aku panggil pengawal. Lagi malu kau nanti" Allysa mula menunjukkan riak terkejut dan kecewa. Dia mula mengambil beg tangannya dan terus keluar dari pintu pejabat Aidan.

"Thank you and please do not come again" pandangannya di hala ke arah Allysa yang keluar dari pejabat itu.

"Ahh– penat aku!" Aidan mula membuka laptopnya sebelum menyambung kerja yang tertangguh akibat Allysa. Rosak mood tengah harinya ini!

Allysa punca!



STERENG kereta Mini Cooper itu diketuk kuat dan berkali-kali. Melepaskan rasa marah yang terbuku di hatinya. "Aaarh! Bodoh, bodoh punya Aidan!" rambutnya ditarik kasar.

Air matanya yang ditahan mula mengalir ke pipinya yang mulus. "Tsk–" hidungnya yang tersumbat ditarik. Rupanya kini tidak lagi seperti model yang diminati ramai.

"Aidan– kenapa kau buat aku macam ni. Salah ke aku nak dapatkan kau. Besar sangat ke salah aku dekat kau. Tsk!" dalam tangisannya itu terukir satu senyuman sinis.

"Dan aku takkan benarkan sesiapa dapat kau kecuali kau. Sebab kau milik aku"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top