Bab 2

S U N S H I N E
you're my sunshine, my only sunshine

_______________

"Dhia" Dhia terus memusingkan badan mencari si pemanggil itu. Dia terus tersenyum lebar lalu terus berlari mendapatkan si pemanggil itu.
"W-wow!" Dhia tersenyum lalu membalas senyuman lelaki itu.

"Awak pun wow!" dikerling lelaki itu dari atas ke bawah. Semakin bergaya, semakin sado. Bukan sado yang buat orang takut itu, tapi sado yang bergaya. Ceh!

"Sayang, I miss you!" lantas ingin memeluk Dhia tapi Dhia terus mengelak. "No, Fakhrul" dia terus menghalang. Jujur dulu dia masih jahil tentang halal haram tapi kini dia berubah.

"Okay, tak apa. Janganlah buat muka macam tu sayang. Hodoh" Dhia terus menjeling kepadanya. Sampai-samapi terus cakap kita hodoh. Teruknya dia ni!

"Amboi, jelingan awak seksi buat hati I berdebar-debar. Rasa nak ngap awak sekarang pun ada" Dhia menampar perlahan bahunya. Makin naik lemak pula Fakhrul. Suka perli-perli orang! Merajuk kan baru tahu.

"Hahaha, aduh saya gurau je. Kenapa makin garang sangat. Tiga tahun pergi ni ubahkan diri awak jadi garang macam mak singa ke apa?" Dhia dan Fakhrul mengambil keputusan untuk berehat sebentar di sebuah kafe di kawasan pelepasam Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

"Mana ada– ish awak ni, dahla nak merajuk. Suka hati je kutuk saya macam-macam" Dhia terus memuncungkan mulutnya seperti itik. Geram betul dengan lelaki di hadapannya.

Fakhrul terus mengeluarkan Iphone X nya lalu snap! gambar Dhia yang tengah memuncungkan mulutnya itu.

"Ish, Fakhrul delete balik gambar tu. Buruk lah! Cepat delete balik!" Dhia berura-ura untuk merampas telefon kepunyaan Fakhrul tetapi lelaki itu lebih bijak dengan meletakkannya di bawah peha lelaki tersebut.

"Tak nak! Gambar ni saya nak simpan sampai lah kita ada anak sepuluh baru saya delete. Eh, tak nak lah! Saya nak cuci gambar tu lepas tu buat frame. Boleh jadi kenangan. Kan sayang?" senyuman lebar dihadiahkan buat gadis di hadapannya. Marah-marah pun comel. Rasa nak dicubit pipi perempuan tersebut seperti yang pernah dilakukannya dulu. Tetapi sekarang, gadis tersebut sudah berubah.

Berubah ke arah kebaikan. Manis sekali memakai tudung. Lawa. Buat hatinya seperti hendak meletup melihat gadis di hadapannya.

"Ish, gedik lah dia ni. Tak apa nanti saya delete jugak dari phone awak" Fakhrul menongkatkan dagunya sambil memandang Dhia yang asyik membebel. Tak penat ke sayang membebel?

"Ha termenung apa tu? Fikir awek kat UK ke?" Dhia mula menyakat lelaki di hadapannya. Dia tahu, lelaki tersebut takkan berani menduakannya. Empat tahun bersama. Hanya setahun sahaja bergelar pasangan yang sentiasa berjumpa, tiga tahun lagi hubungan jarak jauh.

Tapi, itu tidak mengalang mereka untuk terus menyemai perasaan cinta. Setiap hari pasti ada mesej mahupun video call dari lelaki tersebut. Dan Fakhrul baru sahaja melamarnya untuk dijadikan isteri. Takkan lah nak fikir perempuan lain. Kan?

"Mana ada, tengah fikir masa depan saya, awak dan bakal anak-anak kita" Pelayan yang datang untuk menghidangkan air tidak menghalang Fakhrul untuk terus menatap Dhia yang sudah mula malu-malu kucing itu.

"Amboi, jauhnya fikir" hampir sahaja Dhia tergagap untuk membalas kata-kata Fakhrul. Suka sangat buat Dhia terdiam kerana kata-katanya yang amat mencairkan hatinya.

"Hahaha bukan selalu. Karang kalau saya fikir lagi jauh awak marah. Ni kira fikir dekatlah ni"

"Ish dia ni. Otak kuning" Fakhrul tergelak mendengar penyataan dari gadis itu. Cakap macam tu pun comel. Oh dia sudah angau kan Dhia.

Telefon Fakhrul berbunyi menandakan ada panggilan masuk dari seseorang. Fakhrul terus menatap telefon miliknya lalu memandang Dhia untuk meminta keluar dari kafe ini sekejap untuk menjawab panggilan tersebut. Dhia menangguk lalu Fakhrul terus keluar dari kafe tersebut.

Beg sandang jenama adidas yang ditingalkan oleh Fakhrul menarik perhatiannya. Agak-agak Fakhrul marah tak? Dhia mengalihkan mata ke luar tingkap jernih dan melihat Fakhrul yang masih dalam panggilan.

Dhia terus membuka zip beg tersebut dan melihat kertas-kertas milik lelaki tersebut dan laptop jenama apple. Gambar polaroid yang ditampal di permukaan laptop tersebut menarik perhatian Dhia untuk melihat dengan lebih jelas gambar itu.

Tidak percaya. Itulah yang boleh diungkapkan olehnya sekarang. Dia terus mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar laptop tersebut atau lebih tepat gambar Fakhrul bersama seorang gadis yang munkin berdarah kacukan berserta kapsyen IU.

Dia terus menyimpan semula laptop tersebut dan meletakkan beg tersebut ke tempat asalnya. Tak nak Fakhrul tahu bahawa Dhia sudah ceroboh begnya.

Telefonnya dibuka dan dia terus menekan gallery dan menatap gambar yang baru sahaja diambil.

Takkanlah Fakhrul curang dengannya sedangkan Fakhrul sudah melamarnya beberapa bulan lepas?

Dia terus tersenyum apabila Fakhrul menghadiahkan senyuman padanya dan menangkat tangannya bahawa sekejap lagi dia akan datang.

Senyumannya itu tidak mampu menutup perasaan resah gelora di hatinya.

Aargh! Ini semua mimpi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top