Bab 1
"Selamat pagi mama, ayah!" Dhia terus mencium pipi mamanya dan dijeling oleh ayahnya. Kemudian, dia terus berlari anak terus memeluk ayahnya yang sedang membaca surat khabar.
"Mmuah–!" ayahnya terus tersenyum selepas mendapat ciuman dari anak bongsunya itu. Surat khabar yang dibaca tadi terus diletakkan di atas meja dan menanggalkan kaca matanya.
"Amboi! Pagi-pagi kemain riangnya. Hyper sangat ni kenapa?" Dhia terus menarik kerusi lalu duduk di hadapan ayahnya. Dhi hanya mampu tersengih mendengar pertanyaan ayahnya itu.
"Lah, nak riang pun salah ke. Okay lah kalau macam tu. Lepas ni Dhia nangis je hari-hari biar mama dengan ayah tertekan tengok Dhia" guraunya itu mendapat pandangan tajam daripada ayahnya itu. Gurau je hehehe.
"Apa kamu fikir lawak ke?" Dhia masih lagi tersengih seperti kerang busuk.
"Eh ayah ni pun. Sudahla dikacau anaknya itu. Biarlah dia nak bergembira ke berjimba ke asalkan dia bahagia. Kita pun bahagia" kata mamanya lalu duduk di sebelah ayahnya.
"Haih awak ni, saya saja je nak kenakan dia. Awak ni jeolous eh, tengok saya dengan anak kesayangan awak ni berkasih sayang. Nak saya buat macam tu ke dekat awak? Kalau nak kita boleh buat tapi dalam bilik lah. Mana tau Dhia dapat ad–" mulut Encik Razif terus ditekup oleh isterinya, Puan Natasya. Geram sungguh dia ni.
"Mulut ni kan, kalau tak ke situ tak bolehkan. Mengalahkan orang muda.Gatal sungguh–!" teko berisi kopi diambil dan terus dituang ke dalam cawan suaminya. Dhia terus tergelak melihat ibu bapanya berdrama.
"Ha yang kamu ni gelak- gelak kenapa?" Dhia terus terdiam daripada gelak. Walaupun begitu, gelaknya tidak dapat ditahan lalu dia terus menghamburkan gelaknya kembali. Ayahnya kalau tak perli perangai mamanya memang tak sah! Ada ke ayahnya pergi ikut mimik rupa mamanya yang sedang membebel itu.
Melihat Dhia yang tergelak seperti itu terus Puan Natasya mengalihkan muka ke arah suaminya. Terjegil matanya taktala melihat perangai suaminya yang tidah semengah itu.
"Abang–!" terus dicubit lengan suaminya itu. Apa lagi, bertambah gelak lah Dhia melihat ibu bapanya yang tak ubah seperti pasangan baru kahwin. Sweet bebenor!
"Adeh, adeh sakit awak! Janganlah marah. Saya gurau je. Itupun nak merajuk" tercebik Puan Natasya mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya itu.
"Dah, dah mama ayah. Jom makan, nanti ada yang sampai tengah hari sarapan nanti" Dhia terus meletakkan mihun goreng ke atas pinggan Puan Natasya dan Encik Razid.
"Lebih sikit Dhia, mama kamu buat mihun goreng sedap" Dhia tersenyum lalu meletakkan mihun goreng ke dalam pinggan Encik Razid.
"Nak pujuk ah tu" muncung Puang Natasya. Encik Razid tertawa kecil. Tidak sah kalau sehari tak kacau isteri kesayangannya. Marah pun comel. Tua-tua makin lawa dan mengancam dia tengok. Rawr
"Mana ada"
"Eleh"
"Dah lah, saya nak makan. Abang ni kan–" dia terus menyumbatkan mihun goreng ke dalam mulutnya. Dhia pula tersenyum. Haih, kalau lah abang ada mesti seronok. Dia cuma ada dua beradik saja. Dia dan abangnya.
Ah, jangan risau abang hanya sibuk sebab itu tiada masa untuk bersama mereka. Abangnya awal-awal pagi sudah keluar pergi taman permainan untuk berjogging. Kata abangnya, badan sihat baru ramai awek nak try.
Kepala ikan dia! Awek seorang pun tak terjaga nak tambah awek lain konon. Huh!
"Dhia" Dhia terus memandang muka ayahnya.
"Ya?"
"Ni kamu ni, pakai lawa-lawa nak pergi mana?" tanya mamanya mewakili Encik Razid. Dhia tersengih lalu menghabiskan air di dalam cawannya. Soalan Puan Natasya hanya dibiarkan sepi tidak berjawab.
"Mama tanya, kamu nak pergi mana?" tanya Puan Natasya lagi sekali. Lebih tegas dari sebelum ini. Dhia bangun lalu duduk di belakang Puan Natasya dan Encik Razid. Dia membongkok kan diri sebelum menjawab soalan mamanya.
"Nak jemput Fakhrul dekat airport" dibisikkan jawapannya itu ditelinga Puan Natasya dan Encik Razid.
"Aik? Dah balik ke si Fakhrul tu?" Dhia tersenyum lalu menjawab soalan si ayahnya.
"Aah, dia balik Malaysia. Katanya dia dapat cuti. Dalam seminggu rasanya. Lepastu dia balik UK." pasangan itu mengangguk lalu menyambung makan semula.
"Oh, nanti suruh si Fakhrul tu datang sini. Ayah nak cakap pasal kamu berdua" Dhia terus tersenyum lebar apabila topik itu dibangkitkan.
"Betul ke ni Ayah? Mama?" Encik Razid menangguk lalu Dhia terus memeluk mereka berdua.
"Thanks ma, ayah. I love you so much–!"
"Found you when your heart was broke
I filled your cup until it overflowed
Took it so far to keep you close
I was afraid to leave you on your own
I said I'd catch you if you fall
And if they laugh, then fuck 'em all
And then I got you off your knees
Put you right back on your feet
Just so you can take advantage of me
Tell me how's it feel sittin' up there
Feeling so high but too far away to hold me
You know I'm the one who put you up there
Name in the sky
Does it ever get lonely?
Thinking you could live without me
Thinking you could live without me"
Lagu Without Me yang diputarkan oleh radio meniti di bibir Dhia. Kata si DJ itu atas permintaan gadis yang hatinya hancur berlebur berderai apabila mendapat tahu kekasihnya curang dengan dia. Tapi, yang Dhia tak puas hatinya kenapa gadis itu kena mencarut. Rileks sudahlah.
Tengok Dhia, santai sahaja.
Bunyi telefon Dhia berdering lantas Dhia terus mencari telefonnya lalu tersenyum melihat nama pemanggil telefon.
Fakhrul .
Tanpa membuang masa dia terus menangkat panggilan tersebut.
"Hello sayang!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top