Bab 25


Vote & Comment

"DOKTOR cakap esok Dhia dah boleh balik tau" Ujar Puan Natasya sambil melipat baju miliknya lalu diletakkan dalam beg pakaian tersebut.

Dhia tersenyum suka. Akhirnya dia bebas!

"Tapi setiap minggu Dhia kena datang untuk check up kepala tu. Takut ada apa-apa effect ke." Sambung Puan Natasya lagi. Matanya merenung muka anak bongsunya yang sedang tersenyum suka.

"Amboi kemain suka eh. Lain kali buat lagi hal. Boleh duduk lama-lama sikit dengan sini" Sakat Puan Natasya. Syukur kerana anaknya baik-baik saja.

Oh, dia teringat sesuatu.

"Dhia dengan Aidan tu memang tak ada apa-apa ke? Betul ke kawan je ni?" Soal Puan Natasya tiba-tiba. Dhia mengangguk.

"Tak. Memang tak. Dhia selesa kawan je dengan dia. Lagipun dia tu orang berada mana nak dengan Dhia yang biashe-biashe je" Ujarnya lalu tergelak perlahan.

Biashe-biashe. Haih pengaruh tiktok betul.

"Yelah kalau itu yang Dhia fikir. Tapi, Dhia nak tahu tak siapa yang bayarkan rawatan Dhia selama Dhia dekat sini?" Getah yang berada di tangan Dhia diambil lalu diikatkan. Risau tengok anaknya yang terkial-kial mengikat rambut.

"Siapa?" Laju tangannya memegang lengan ibunya lalu dipeluk. Kepalanya disandarkam pada bahu ibunya.

Puan Natasya mengusap perlahan kepala anaknya. Menyalurkan kasih sayang yang tidak terhingga. Sedegil-degil Dhia, tidak pernah sekali Dhia berkurang ajar dengan dia mahupun suaminya.

"Aidan. Dia yang bayarkan semua" Balasnya tenang. Sebab itulah dia pelik bila Dhia kata dia tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Aidan.

Dahlah ward VIP. Harganya sudah pasti mencecah ribuan ringgit. Lama pulak itu anak dia tinggal di sini.

"Ai-aidan?" Soalnya. Mula berteka-teki dengan dirinya sendiri.

Kenapa Aidan yang bayarkan?

Kenapa Aidan tiba-tiba bersikap pelik dengannya?

Kenapa?











DAN disebabkan itu, Dhia mengambil keputusan untuk menelefon Aidan.

"Macam kacau je dia. Dahlah tengah malam" Telefon diletakkan di atas dadanya. Tangannya digaru.

"Hm cuba je lah alih-alih dia tak angkat" Telefon dibuka lalu dicari nama Aidan.

"Eh aku rasa aku tulis betul nama dia. Kenapa tak ada nama dia dalam contact ni?" Kening yang tidak gatal digaru.

Pening!

Ditekan lagi sekali nama Aidan yang disimpannya.

Encik Aidan Garang.

No result

Dhia tercengang. Kena cari manual lah macam ni?

Ditatal satu persatu nombor yang disimpannya satu persatu.

Tangannya yang sedang mentatal telefon tersebut terhenti.

Aidan hensem

Erk!

Siapa yang simpan nama Aidan begini? Rasanya dia tak simpan nombor Aidan dengan nama begini.

Diusap dagunya berkali-kali. Mencernakan otak yang sedang berjalan.

Matanya yang terpejam terbukak.

Mesti kerja Aidan. Siapa lagi yang boleh tukar nama Aidan sesuka hati kalau bukan tuan empunya nombor itu sendiri.

"Haih" Keluhan keluar di mulutnya.

Dia naik pelik. Bagaimana Aidan boleh membuka telefonnya? Sedangkan telefon tersebut ada password?

Dhia tersengih. Padanlah mesti dia buat kat Danish.

Danish kan boleh bukak telefon dia. Dhia geleng perlahan sebelum jantungnya berdegup kencang.

Ah sudah!

Kalau Aidan boleh buka telefon ini maksudnya...

Terus jari panjang runcingnya mencari aplikasi gallery sebelum dibuka. Jantungnya berdebar-debar.

"Mak aih jantan ni" Laju tangannya menutup matanya.

Gambar Aidan swafoto tak berbaju oi!

Walaupun swafoto itu hanya ada gambar kepalanya sahaja tapi nampak juga bahagian bahunya yang tidak pakai apa-apa.

Jelas menunjukkan bahunya yang tegap dan lehernya yang nampak

Maskulin!

Tapi dalam gambar ini Aidan nampak menarik sangat sebab pertama kali Dhia melihat Aidan senyum.

Kacak!

Seksi!

Dhia meneguk air liur. Terus ditutup gallery tersebut. Tak boleh lama-lama. Dhia ini bukan boleh tahan iman dia.

Kembali ke tujuan asal. Dhia terus menekan nombor Aidan lalu ditekap ke telinganya.

"Hello?" Terdengar suara garau Aidan yang menjawab panggilan tersebut. Dhia tiba-tiba terbayang gambar Aidan tadi. Terus digeleng kepalanya sebelum dimatikan panggilan tersebut.

"Tak boleh, tak boleh" Digeleng kepalanya berkali-kali.

Dhia menarik nafas dalam dalam sebelum nama Aidan kembali ditekan lalu dilekapkan ke telinganya.

You can do it!

"Hello?" Ujar Aidan di sebelah sana.

"Hai Aidan. Maaf kacau awak tengah malam ni" Matanya memandang jam yang tergantung dalam bilik tersebut.

1 pagi. Pasti Aidan tengah tidur.

"Nevermind Dhia. Aku pun baru nak tidur. Kau nak apa telefon? Okay ke?" Soal Aidan lagi.

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab bayarkan rawatan saya dekat sini. Susah-susah saja. Hehehehe" Ujarnya sambil tersengih. Telefon yang dilekapkan di telinganya dikepitkan pada bahunya.

Bantal yang menjadi tempat bersandarnya diambil lalu dikutil-kutil.

"Tak apa Dhia. Bukan selalu belanja bakal isteri sendiri" Balas Aidan tenang. Tidak seperti sedang bergurau.

Dhia kerut kening. "Bakal isteri?"

Biar betul Aidan ni?

"Aku gurau je Dhia. Anggap je tu tanda maaf aku sebab buat kau kemalangan." Aidan menyambung ayatnya setelah Dhia hanya diam sepi.

"Kan saya dah kata tak apa. Menyusahkan awak saja. Bersalah lah bukan salah awak pun" Ujar Dhia. Dahlah dia diselamatkan Aidan. Lepastu Aidan belanja dia lagi.

"Its okey Dhia Andara." Balas Aidan pendek.

Jantung Dhia berdegup kencang kembali. Aidan panggil nama penuhnya. Orang lain panggil okey tapi Aidan panggil nampak

Seksi?

Argh sudahlah kau ni Dhia! Kemaruk!

Dhia hanya sepi. Tidak tahu nak balas apa. Kedua-duanya diam.

"Kau betul ke rasa bersalah?" Soal Aidan tiba-tiba.

Dhia mengangguk. Eh budak ni bukan Aidan boleh nampak pun.

"Tak adalah bersalah sangat. Sikit je" Tangannya membuat tanda sedikit sahaja. Macam biasa, Dhia ni Aidan bukan ada depan mata dia pun.

"Okey nanti kalau aku perlukan bantuan kau aku bagitau kau. Anggap itu bayaran balik nanti." Ujar Aidan lagi.

"Okey" Balas Dhia. Kembali sepi sebelum terdengar suara Aidan menguap.

"Eh saya end call dululah sian awak nak tidur. Selamat malam Ai-Aidan" Ujar Dhia tergagap sebelum laju tangannya memicit punat tamatkan panggilan.

"Selamat malam Dhia Andara. Sweet dream" Balas Aidan. Dia tahu Dhia matikan panggilan sebelum sempat dia membalas. Senyum senget dihasilkan oleh bibirnya.

Badan Aidan direbahkan ke atas katil.

"Mimpi lena lah kau malam ni Aidan!"










"JASMIN!" Jerit Dhia yang sedang menunggunya dalam kereta.

Timgkap pintu kereta diturunkan ke bawah.

"Cepatlah senah! Dah lambat oi appointment aku" Jeritnya lagi. Tidak puas hati, bunyi hon ditekan beberapa kali.

Pintu rumah Jasmin masih tidak terbuka. Dhia mengeluh kasar. Sah budak ni masih tidur lagi.

Ini kalau letak bom pun tak akan sedar macam ni. Haih!

Dhia yang baru sahaja berura-ura ingin membuka pintu keretanya tidak jadi apabila terdengar bunyi pintu rumah Jasmin terbukak.

Terlihat muka Jasmin yang sedang termengah-mengah seperti sedang mengejar sesuatu.

"Satlah Dhia! Aku nak cari kasut. Kau ni tak reti sabarlah!" Jerit Jasmin dari dalam rumah.

Dhia ketawa sebelum menekan hon keretanya lagi. Terkocoh-kocoh Jasmin menutup pintu sebelum berlari anak ke arah kereta Dhia yang sedang terletak elok di luar rumahnya.

Pintu kereta sebelah penumpang dibuka sebelum ditutup kasar.

"Oi kau jangan eh kereta mahal" Tegur Dhia apabila Jasmin sudah selamat duduk dalam keretanya. Jasmin menghela nafas dengan kuat.

"Ah setakat kereta murah macam ni aku boleh beli sepuluh lah Dhia" Sombong Jasmin membalasnya. Cermin pandang belakang ditolak ke arahnya. Beg bimbitnya dibuka sebelum tangannya meraba-raba mencari sesuatu.

"Jangan gerak lagi, aku nak pakai lipstick. Tengok sebab kau duk hon dari tadi habis lipstick tak sempat pakai" Ujar Jasmin geram sebelum memakai gincu ke arah bibirnya.

Bibirnya dikemam beberapa kali sebelum Jasmin tersenyum puas. Cantik!

"Okay dah boleh gerak" Jasmin memandang muka Dhia yang hanya melihatnya dari tadi. Senyum manis sehingga menampakkan giginya yang memakai pendakap giginya diberikan kepada Dhia.

"Kau yang nak jumpa doktor tu ke atau aku yang nak jumpa? Aku rasa aku yang kena jumpa. Yang kau melebih-lebih kenapa?" Soal Dhia sebelum handbrake ditolak ke bawah. Pedal minyak ditekan sebelum kereta Dhia meninggalkan perkarangan rumah Jasmin.

"Kau yang nak jumpa tapi aku kenalah pakai lawa-lawa mana tahu melekat hati dekat doktor yang rawat kau tu. Kau jugak beruntung dapat kawan yang ada suami doktor" Ujar Jasmin seronok. Dia sudah membayangkan wajah doktor yang merawat Jasmin ini pasti hensem terok!

Argh mak suka!

"Tapi Jasmin, doktor yang rawat aku tu perempuan" Balas Dhia kembali.

Jasmin tercengang. Kepalanya diteleng melihat Dhia yang sedang memandu dengan tenang itu. "Tapi kau cakap..."

"Sebab kalau aku tak cakap macam tu kau tak nak teman aku" Potong Dhia sebelum Jasmin sempat menghabiskan ayatnya. Dia sudah tahu apa yang ingin dikatakan Jasmin.

"Tak apa, tak apa. Kau tengok esok lusa aku akan pastikan kereta kesayangan kau ni terbakar aku buat" Ugut Jasmin.

Kecewa!

Peluang dia nak usha doktor hensem ranap begitu sahaja.

Semua sebab Dhia tipu. Semalam kata doktor yang rawat dia tu lelaki hensem. Tengok dia tipu!

"Tak kisah" Balas Dhia balik. Keretanya berhenti apabila lampu isyarat bertukar ke warna merah.

"Malas lah lepas ni nak teman kau. Ajak Aidan lain kali" Ujar Jasmin lagi. Tangannya menukar radio kereta tersebut ke Era Fm.

"Kenapa aku nak kena ajak dia pula?" Soal Dhia pelik. Dah kenapa tiba-tiba nama Aidan naik.

"Dia kan boyfriend kau. Biarlah dia teman kau" Balas Jasmin sebelum Dhia menekan brek mengejut.

"Ish kau ni elok-elok lah bawak kereta tu. Tak sayang kereta ke?!" Dahi Jasmin diusapnya. Nasib dia memakai tali keledar. Kalau tidak? Pasti dia dah melekat macam cicak dekat cermin kereta Dhia ini.

Dhia terkejut beruk. Lantas tangannya mencabut tali keledar sebelum pintu pemandu dibukak.

"Duduk sini jap, aku terlanggar kereta orang depan ni" Ujar Dhia kepada Jasmin.

Jasmin terus memandang ke hadapan.

Oh mak ai! Melekat keretanya dengan kereta Dhia.

Habislah Dhia mesti kau yang kena sebab kau langgar belakang kereta dia.

"Cik, cik okay?" Dhia mengetuk cermin tingkap pemandu tersebut. Mengajak pemandu tersebut untuk berbincang.

"Hei, kau tak nampak ke kereta kat depan ni? Buta dah ke? Lain kali tak reti bawak jangan bawak!" Jerkah perempuan tersebut kasar. Tangannya menolak bahu Dhia kasar sebelum kakinya melangkah ke arah bahagian belakang kereta.

Bunyi tumit yang terhasil dari kasut tinggi milik perempuan tersebut menampakkan lagi keadaan perempuan itu yang sememangnya sedang marah.

"Kau tengok ni apa kau dah buat? Habis rosak! Urgh" Kakinya dihentak kuat.

"Kau Dhia kan?" Tangan runcingnya menunjuk ke arah Dhia yang masih memandang ke arah kereta perempuan tersebut.

"Alisa!" Gumam Dhia perlahan. Patutlah suara bingit ini seperti pernah didengari. Alisa rupanya.

Alisa menyilangkan tangannya. Dengan penuh berlagak Alisa memandang ke arah kereta Dhia.

"Huh kereta myvi murah" Sombong Alisa bercakap. Dhia kerut kening. Diam. Tidak melayan kata Alisa.

"Kau yang berhenti mengejut dulu Alisa. Kau expect apa? Salah kau lah siapa suruh kau berhenti mengejut" Jawab Dhia. Memang betul lah Alisa yang berhenti mengejut jadi dia pun turut berhenti mengejutlah. Jadi salah siapa?

Salahkan Alisa wahai readers.

"Siapa suruh kau bawak laju-laju? Aku berhenti mengejut sebab ada kucing lari tiba-tiba. Kau yang salah. Siapa suruh kau bawak laju-laju" Balas Alisa marah. Kukunya ditiup.

Dhia naik geram. "Okay memang salah aku. Bagitahu aku berapa aku nak kena bayar untuk kereta mahal kau ni" Perkataan mahal ditekan dalam. Heh setakat Mini Cooper murah dia boleh bayarlah.

Ini Dhia okay?

"Lima ribu. Kau ada duit?" Sombong Alisa berkata. Dhia teguk air liur.

"Kau jangan nak macam-macam eh Alisa. Setakat kemek sikit takkan lah sampai lima ribu" Ujar Dhia yakin. Dah kereta dia tu kemek sikit je kot. Melampau lah mintak lima ribu.

"Kenapa? Kau tak ada duit ke? Mintaklah kat Aidan kesayangan kau tu"

"Tak payah bawak nama dia kat sinilah Alisa. Kau jangan nak macam-macam. Aku tengok kat tiktok haritu orang tu pakai lilin je betulkan kemek." Ujar Dhia lagi. Argh dia tak akan mengalah!

Alisa senyum senget. Manalah Aidan jumpa perempuan macam ni? Kaki tiktok.

"Heh kau ingat kereta aku ni macam kereta cikai myvi kau ke Dhia? Kalau kereta kau ni..."

Alisa menghalakan jari runcingnya yang dihiasi kuku palsu ke arah kereta myvi milik Dhia lalu ditarik.

Sreeeet!

"Oi, apa kau buat ni!" Laju Dhia menarik tangan Alisa dari membuat kerja itu.

Mata Dhia memandang hasil kerja Alisa pada keretanya.

Calar.

Panjang pulak tu.

Alisa senyum sinis. Puas melihat hasil kerjanya.

"Layaklah pakai lilin tu. Murah. Macam tuan dia" Satu persatu perkataan tersebut diluahkan oleh bibir Alisa.

Dhia genggam buku lima. Sabar Dhia! Jangan layan dengan orang yang tak ada otak macam Alisa ni.

"Berapa lima ribu? Aku mampu lah Alisa. Kau sabar jap" Dhia melangkah kakinya ke arah keretanya. Tingkap bahagian penumpang diketuk.

Jasmin turun tingkap. "Hah kau nak apa? Tak habis lagi ke?"

"Ambik cek aku dalam beg tu kejap" Soalan Jasmin diendahkan. Jasmin membuka beg tangan Dhia sebelum buku cek dikeluarkan lalu diserahkan kepada Dhia.

"Kau nak buat apa? Cepat sikit Dhia. Tak payah layan perempuan tu" Nasihat Jasmin. Bukan Jasmin tak lihat muka Dhia yang sedang seperti menahan marah.

"Tengok je lah apa aku nak buat" Buku cek diambil lalu kembali ke arah Alisa yang sedang mengipas dirinya. Panas.

"Berapa tadi? Lima ribu?" Alisa mengangguk dengan penuh berlagak. Heh mampu ke lima ribu tu?

Dhia memutarkan matanya ke atas sebelum buku cek dibuka.

Kertas cek dikoyakkan lalu dibaling ke arah muka Alisa.

"10 ribu. Cukup? Kalau tak cukup bagitau aku. Baki tu ambik aku sedekah untuk kau beli kain kasi tutup sikit badan kau yang tak lawa mana ni" Alisa turun lalu ambil cek tersebut. Matanya melorot ke arah cek tersebut.

"Heh" Alisa tarik senyuman senget.

"By the way, untuk pengetahuan awak Cik Alisa...kereta myvi cikai yang Cik Alisa cakap ni  sekurang-kurangnya boleh terbang dan penyekkan kereta Mini Cooper kesayangan Cik Alisa kalau tuan dia marah. Jadi, jangan nak main-main dengan saya" Ugut Dhia. Matanya tajam memandang Alisa yang masih memberikan senyuman sinis padanya.

Nafasnya turun naik menahan amarah yang semakin tinggi.

Dhia menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum menghelanya dengan perlahan. Matanya kembali tajam memandang muka Alisa.

"Dahlah malas aku nak layan orang macam kau ni baik aku pergi dulu. Assalamualaikum" Dhia terus beredar dari berdiri hadapan Alisa.

Pintu kereta pemandu dibuka lalu ditutup oleh Dhia. Bunyi hon ditekan sebelum kereta myvi milik Dhia berundur meninggalkan Alisa yang masih berdiri di situ.

"Kau patut bersyukur aku tak buat kau mampus Dhia" Gumam Alisa perlahan. Cek ditangannya dikoyak lalu dibuang ke arah longkang dibelakangnya.

"Lebih dari tu aku mampu buat dekat kau Dhia. Kalau aku tak dapat Aidan, aku akan pastikan tiada siapa dapat dia jugak"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top