Bab 26
Vote & Comment
Aidan Hensem
- teman aku jadi partner untuk majlis makan malam nanti
Mesej daripada Aidan dipandang sedalamnya.
Aidan ajak dia jadi pasangan dia untuk majlis makan malam.
Pipi Dhia mula memerah. Argh, perasaan apakah ini tak suka, tak suka!
Okay kawal gedik tu Dhia.
You
- awak tak ada orang lain ke?
Aidan Hensem
- tak ada. Kak Sarah dah start cuti bersalin
You
- kalau saya tak nak?
Aidan Hensem
- I just accept yes for the answer only
- So, I guess the answer is yes?
- Okay, hari Ahad minggu depan. Aku ambik kau dekat rumah
Dhia terkedu. Lebih kepada terkejut sebenarnya. Keningnya dikerutkan. Aik mamat ni? Tak cakap apa-apa lagi.
"Jangan kerut kening sangat Cik Dhia. Nanti cepat kedut muka" Sakat jiran sekerjanya. Dhia mengalihkan pandangan dari telefonnya ke arah rakan sekerja yang berada di meja sebelahnya.
Dhia memaniskan senyumannya.
"Ish, tak baik tau" Balas Dhia kemudian memasamkan muka, pura-pura merajuk.
"Siapa mesej tu? Boyfriend ke?" Soal lagi rakannya itu.
Dhia mencebikkan bibir. "Ish Kak Devi ni, mana ada boyfriend. Kawan saja ni"
"Ya lah itu. Kalau kawan takkan merah pipi tu" Usik Kak Devi lagi. Dhia kemam bibir. Kantoi pulak.
Matanya kembali ke arah mesej Aidan. Aidan tahu ke rumah keluarganya di mana?
Dhia menjilat bibirnya yang kering. Jarinya menekan-nekan menulis mesej pada Aidan.
You
- awak tahu ke rumah saya kat mana?
- saya tinggal dekat rumah parents saya
Aidan Hensem
- tak
- share location
Dhia putar matanya ke atas. Dah agak.
You
📍Lokasi
Tanda dua kali berwarna biru dihadiahkan buat Dhia. Cis, dia seen je. Bukan nak ucap terima kasih pun sebab teman dia.
Dhia terus meletakkan telefonnya ke tepi. Menyampah!
HARI Ahad seperti yang dijanjikan Dhia menurut permintaan Aidan untuk menemaninya pada majlis makan malam syarikat sekerjasama dengannya.
"Mak saya tanya apa dekat awak tadi" Soal Dhia apabila kereta Audi R8 Aidan mula meninggalkan perkarangan rumah Dhia.
Hm haritu Mercedes hari ini Audi. Esok apa pula kereta mamat ni.
Aidan memandangnya sekilas atas bawah.
"Nothing. Mak kau cuma tanya nak pergi mana? Lepastu dia suruh jaga anak perempuan dia baik-baik" Balasnya sekilas. Dipandang Dhia lagi sekali apabila keretanya berhenti di lampu isyarat.
"Yang awak pandang saya kenapa? Cungkil biji mata tu baru tahu" Ugut Dhia. Seriau dia apabila Aidan kerap memandangnya.
"Salah ke aku nak pandang kau? Aku tengok baju kau je. Lawa" Balas Aidan.
Ye, sememangnya tidak dinafikan Dhia nampak menarik pada malam ini. Walaupun hanya memakai dress yang hanya ditambah manik untuk menaikkan seri baju itu tetap menarik ditambah daya tarikannya membuatkan Aidan tertarik.
Eh apa panjang sangat ayat ni? Okay kita ringkaskan.
Aidan tertarik dengan Dhia malam ni.
Dah habis cerita.
Aidan kembali mendinginkan mukanya. Matanya menjeling Dhia tajam.
Nak pandang pun tak boleh. Huh!
Pipi Dhia mula memanas. Argh, dah mula dah otot pipi dia nak bergerak.
Dipandang sekilas tepi Aidan. Walaupun dari tepi tetap menampakkan wajah Aidan yang ada jawline yang tajam serta jambang nya yang dipotong nipis dan dikemas rapi. Dari tepi pun dah hensem kalau dari depan?
Boleh pengsan.
"Macam biasa Dhia. Stay beside me. Jangan buat hal pelik-pelik" Amaran dikeluarkan oleh Aidan apabila keretanya sampai ke hotel di mana majlis makan malam itu diadakan. Risau kalau apa-apa yang terjadi pada Dhia.
"Okay" Balas Dhia pendek. Matanya hanya memandang ke arah hotel yang nampak sangat gah dan mewah.
"AKU nak pergi tandas kejap. Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Faham?" Soal Aidan. Matanya mencari tunak mata Dhia. Dhia mengangguk faham. Dia nak pergi mana saja? Bukan dia kenal orang dekat sini pun.
"Good. Lepas aku pergi tandas kita balik" Kerusinya ditolak ke belakang lalu meninggalkan Dhia keseorangan di situ.
Mata Dhia memandang ke arah Aidan yang sesekali berhenti apabila ada yang menegurnya di pertengahan jalan. Dihantar pandangannya ke arah Aidan sehingga bayang Aidan hilang dari kornea matanya.
"Cik, air" Pelayan tersebut meletakkan gelas yang berisi air di atas meja. Pelayan tersebut turut memberikan senyuman manis pada Dhia. Dhia membalas senyuman ke arah pelayan tersebut.
"Terima kasih"
Tahu-tahu saja dia perlukan air kosong. Dah puas minum air manis tekaknya harus diisi air kosong agar tak melekat rasa manis ditekaknya.
Terus gelas tersebut dicapai lalu diminum oleh Dhia.
Hm, rasa air kosong.
Dhia mula mengambil telefon di dalam begnya lalu ditatal telefon tersebut. Tiktok dibuka lalu tangannya menatal satu persatu video tersebut.
Dhia pegang kepalanya tiba-tiba. Kepalanya terasa mencucuk-cucuk.
Badannya panas. Dhia simpan telefon miliknya. Kepalanya meliar mencari Aidan. Lama pula Aidan pergi tandas.
"Argh, kenapa sakit pula kepala aku ni" Tangan kirinya memegang meja manakala tangan kanannya memegang kepalanya yang semakin mencucuk.
Tangannya menyeluk beg tangannya. Mencari-cari telefonnya.
Badannya yang panas mula terasa meremang. Peluh mula terbit dimukanya. Cepat-cepat Dhia membuka telefon tersebut lalu mencari nama Aidan. Nak telefon Aidan suruh Aidan cepat sikit projek dalam tandasnya itu.
"Aduh!" Tidak sempat dia menelefon Aidan telefonnya terjatuh. Bahunya terasa dilanggar oleh seseorang. Terus Dhia memalingkan mukanya ke arah lelaki yang melanggarnya.
"Maaf cik, tak sengaja" Cepat-cepat lelaki tersebut melarikan diri. Dhia mengeleng.
Kepalanya kembali memalingkan ke arah meja. Telefonnya dicari. Matanya melilau ke arah bawah meja untuk mencari telefonnya yang terjatuh.
"Situ" Gumamya apabila matanya nampak telefonnya yang terjatuh.
Dhia menunduk cuba mencapai telefon tersebut. Argh tak sampai!
Kepalanya semakin kuat rasa mencucuk itu. Dhia bersandar seketika. Matanya meliar jika Aidan sudah sampai.
Tiada bayang Aidan. Dhia pejam mata.
Okay Dhia. Awak boleh buat!
Tekadnya dalam hati.
Dhia berdiri dari kerusi tersebut lalu menunduk mengambil telefon yang berada di bawah dan ditengah meja tersebut. Tangannya dihulurkan sehingga berjaya memegang telefon tersebut.
"Aww!" Dhia terduduk. Kepalanya dipegang. Kuat sangat rasa sakitnya.
"Hai Cik Dhia" Itulah suara terakhir yang didengari sebelum Dhia pengsan ke dalam dakapan seseorang.
AIDAN kembali ke meja makannya setelah hampir setengah jam. Semuanya gara-gara dia terjumpa ahli koporat yang lain. Ada yang menegurnya. Ada yang mengajak nya berborak.
Tergendala projeknya ingin pergi ke tandas untuk membuang air besar.
"Dhia?" Matanya meliar memusingkan badannya mencari Dhia yang hilang di meja itu. Tadi Dhia ada disini. Sekarang tak ada.
Jantung Aidan berdegup kencang! Terus diramas buku limanya. Kakinya bergerak mencari-cari Dhia.
Aidan berjalan laju mencari Dhia yang mungkin pergi ke tempat lain. Semua tempat yang mungkin Dhia boleh pergi dituju.
Tandas?
Tak ada.
Luar hotel?
Tak ada.
Keretanya?
Tak ada.
Aidan mula cemas. Mana Dhia pergi? Tadi elok je Dhia di situ. Aidan kembali ke mejanya. Takut-takut Dhia ada kembali di situ.
"Mana dia ni pergi" Air liur ditelan kesat. Jantung dia sudah berdegup laju dari tadi. Risau kalau ada apa-apa jadi padanya.
Tangannya mengeluarkan telefonnya. Ditelefon Dhia.
Berdering. Aidan terdengar bunyi deringan itu. Matanya meliar mencari-cari bunyi telefon tersebut.
Aidan tunduk.
Telefon Dhia!
Terus laju tanganya mencapai telefon tersebut. Jelas sekarang Aidan sememangnya risau. Apa jadi pada Dhia? Kenapa telefonnya ada disini?
Jadi mana Dhia pergi!
Mesejnya ringkas di hantar pada kawan baiknya untuk datang segera ke hotel tersebut.
Terus mukanya memerah. Amarahnya dicampur rasa takutnya terhadap Dhia meningkat 200 kali ganda.
"Fikir Aidan, come on" Matanya dipejam sebelum dicelik semula. Halkumnya bergerak-gerak.
Pengawal!
Kakinya terus laju melangkah ke arah pengawal keselamatan yang sedang berdiri tegak di luar hotel itu.
"Aku nak tengok cctv" Ringkas tapi penuh autoriti arahannya.
Pengawal keselamatan tersebut kerut kening. Dia ni siapa datang-datang nak tengok cctv?
"Tak boleh Encik. Hanya orang tertentu sahaja boleh masuk ke bilik cctv" Kedua-dua tangannya diangkat. Aidan meramas rambutnya.
Terus tangannya mencekak ke arah pengawal keselamatan tersebut.
"Aku tak kisahlah! Aku nak tengok cctv tu jugak. Dhia hilang kau tahu tak!" Dihentak pengawal keselamatan tersebut ke arah dinding. Suaranya yang kuat menarik beberapa mata memandangnya.
Argh dia tak kisah! Yang penting sekarang ni keselamatan Dhia!
"Tak boleh Encik. Arahan dari management hotel ini tidak membenarkan sesiapa untuk memecah masuk ke bilik cctv" Suaranya takut-takut apabila melihat mata Aidan mula merah. Urat-urat di tangannya jelas terbentuk.
"Argh, sekarang ni ada nyawa yang lagi penting kau tahu tak!" Jerkah Aidan ke arah pegawai keselamatan tersebut.
Tangannya naik ingin menumbuk pengawal keselamatan yang membuat muka simpati itu.
"Aidan, lepas!" Mike yang nampak Aidan seperti yang sedang meletup itu terus berlari ke arahnya. Dengan pantas Mike menarik tangan sahabatnya dari terus ingin menumbuk pengawal keselamatan tersebut.
Terlepas pegangannya terhadap pengawal keselamatan itu.
"Sabar boleh tak?!" Marah Mike apabila melihat muka Aidan yang sedang panas itu. Mike memandang ke arah pengawal keselamatan yang jatuh terduduk itu.
"Saya nak jumpa management hotel ni" Pinta Mike secara baik. Kalau marah sekalipun tak ada guna.
"Ma-mari" Pengawal keselamatan itu berdiri lalu menunjukkan jalan ke arah bahagian pengurusan hotel.
"Terima kasih. Awak dah boleh pergi" Arah Mike. Matanya sekilas memandang Aidan yang sudah serabai itu. Kotnya entah kemana. Dua butang baju di bahagian atasnya terbukak. Haih.
"Saya nak tengok cctv hotel ini boleh? Di bahagian ruangan majlis makan malam ini" Pinta Mike. Perempuan yang sedang berdiri di hadapannya terkedu.
"Maafkan saya Encik. Tapi orang luar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran pihak atasan" Ujar wanita tersebut perlahan. Takut sebenarnya.
Dahlah baru masuk harini lepastu dah minta nak tengok cctv.
Aidan pandang tajam ke arah perempuan tersebut. Laju kakinya berdiri di hadapan perempuan tersebut.
"Ada orang hilang kau tahu tak?! Nyawa orang lagi penting kau tahu tak sekarang ni" Jerkah Aidan kuat. Wanita tersebut terkejut apabila dijerkah Aidan.
Matanya mula bertakung air mata. Bibirnya tersebek.
Tinggal tunggu masa sahaja dan air matanya akan menitis.
"Menangis jelah kerja kau ni!" Terus Aidan menolak barang yang berada di bahagian pengurusan tersebut.
"Aidan, stop!" Halang Mike apabila melihat Aidan yang semakin hilang arah.
"Maafkan saya, kenapa ni?" Tegur lelaki tua yang menarik nafas kepenatan itu. Gila tak penat apabila dia terdengar bunyi-bunyi orang yang mengatakan CEO baru Alpha's Holding memarahi pekerjanya. Terus cepat dia mencari Aidan. Pasti ada yang tak kena!
"Tan Sri, saya minta izin nak tengok cctv boleh ke?" Pinta Mike. Matanya memandang ke arah Aidan yang sedang berdiri kusut.
Tan Sri Razali, pemilik hotel ini.
"Aidan, kamu okey ke?" Bahu Aidan dipegang oleh lelaki tua tersebut.
Mana mungkin dia tak kenal Aidan. Terkenal dengan sikapnya yang sama seperti bapanya. Tegas. Antara CEO termuda di Malaysia. Malahan Alpha's Holding juga antara pemegang saham bagi cawangan hotel mereka.
"Partner saya hilang Tan Sri di majlis makan malam tadi. Jadi saya minta izin nak tengok cctv. Tapi pihak pengurusan hotel Tan Sri tak bagi. Saya cuma nak tahu dia pergi mana" Jelas suara Aidan yang seakan kecewa. Luruh sahaja suaranya.
"Kenapa kamu tak bagi dia tengok? Kamu tahu tak dia pemegang saham terbanyak untuk hotel ni? Dah sekarang bawa dia pergi ke bilik cctv. Saya akan menyusul. Saya minta maaf ye Aidan. Mungkin mereka tak kenal kamu" Ujar Tan Sri baik. Mata Tan Sri Razali memandang tajam ke arah wanita tersebut.
Aidan mengangguk lalu mengikut wanita yang dimarahinya tadi ke arah bilik cctv.
"Maafkan saya Encik Aidan. Masuk lah ada orang yang menjaga cctv di dalam itu. Boleh minta pada dia Encik nak tengok apa" Ujar wanita tersebut.
Aidan membiarkan wanita tersebut berdiri. Tidak diendahkan maaf dari wanita tersebut. Amarahnya terhadap wanita dan pengawal tersebut masih ada. Kalau mereka berdua bekerja di bawahnya sudah pasti dibuang kerja.
"Pukul 9:30 malam, tempat majlis makan malam hotel ini tadi" Arah Aidan. Lelaki yang mengawal bilik CCTV mengangguk lalu dibuka rakaman CCTV yang dipinta Aidan.
Matanya dipenuhi rakaman CCTV yang berada dalam Dewan Anastasia, tempat majlis makan malam tadi berlangsung. Matanya tajam memerhati satu persatu rakaman CCTV tersebut.
Tangan Aidan tunjuk ke arah rakaman CCTV yang menampakkan Dhia yang duduk di situ.
"CCTV yang nombor 1" Arah Mike. Lelaki tersebut mengangguk. Ditekan CCTV 1.
Terpancar CCTV 1 yang merakam dewan anastasia di bahagian barat. Mike menarik kerusi lalu memberikan ke arah Aidan.
"Duduk cari nafas dulu" Suruh Mike.
"Lajukan sikit" Pinta Aidan. Rakaman tersebut dilajukan satu kali ganda.
"Stop!" Suruh Aidan. Rakaman tersebut diberhentikan.
"Tepi sikit" Aidan menyuruh lelaki tersebut ketepi. Tetikus dicapai lalu dikebelakangkan sedikit video tersebut.
"Tu ada seorang lelaki angkat Dhia" Mata Aidan dan Mike memandang video di mana Dhia jatuh pengsan lalu diangkat oleh seseorang lelaki yang memakai topeng muka.
"Aku nak kau tengok lelaki ni pergi mana. Tunjuk balik CCTV semua" Arah Aidan. Tetikus dipulangkan balik ke arah lelaki tersebut.
"Itu" Tunjuk Mike. Aidan memandang ke arah yang ditunjukkan Mike. Dhia sedang dikendong oleh lelaki bertopeng tersebut membawanya menaiki lif.
"Itu Encik" Lelaki yang mengawal CCTV tersebut menunjuk ke arah lelaki bertopeng yang keluar dari lif tingkat 10.
"Teruskan" Aidan memandang tajam lelaki bertopeng tersebut. Buku limanya digenggam. Berani dia!
"Bilik 107, tingkat 10" Kata lelaki yang mengawal CCTV tersebut apabila nampak Dhia dibawa masuk ke sebuah bilik.
"Fuck!" Terus Aidan pusingkan badannya ke arah wanita yang hanya berdiri setia memandang mereka dari tadi.
"Aku nak kunci pendua bilik 107, tingkat 10. Sekarang atau aku buat kau hilang kerja" Ugut Aidan. Terus wanita tersebut mengangguk lalu berlari mendapatkan kunci pendua bilik tersebut.
"Aku tunggu 5 minit depan bilik tu!" Jerit Aidan kepada wanita yang sedang berlari untuk mendapatkan kunci.
"Jom Mike, aku dah lama tak tumbuk orang" Suara Aidan geram.
"Ye, ye jom"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top