Bab 24
Vote & Comment
"Assalamualaikum" Pintu bilik dibuka. Mata Dhia, Rafael dan Puan Natasya menyorot ke arah pintu yang sedang dibuka. Terlihat Aidan yang memakai pakaian kasual.
"Waalaikumsalam ha Aidan, masuklah" Pelawa Rafael menjemput Aidan masuk ke dalam bilik tersebut.
Rafael dan Aidan berjabat tangan sebelum dia menunduk hormat ke arah Puan Natasya, ibu Dhia. Puan Natasya membalas senyuman manis.
"Makcik tak sempat nak ucap terima kasih sebab tolong Dhia. Kalau Aidan tak ada tak tahulah apa jadi" Ucap Puan Natasya. Bersyukur kerana Aidan berada di tempat kejadian semasa Dhia kemalangan.
Tangannya naik menyuap bubur ayam ke mulut Dhia.
"Dhia ni dia memang degil sikit Aidan. Kadang-kadang sampai pening makcik dengan pakcik nak melayan dia. Tapi itulah anak bongsu ni manja dia lain macam sikit"
Aidan tersenyum nipis. Patutlah degil.
Anak bongsu.
"Mama!" Jerit Dhia perlahan di sebelahnya.
"Ish kamu ni" Bahu Dhia ditampar.
"Aduh, duh maaa sakit" Terus laju tangannya mengusap bahunya. Dahlah lebam lepastu kena tampar dengan mamanya. Pastu double sakit!
"Balasan untuk budak degil macam kamu. Lain kali orang nasihat tu dengar. Jangan nak melawan kan dah mendapat. Nah kamu ambik bubur ni makan sendiri!" Bubur ayam yang dipegang oleh Puan Natasya diletakkan di hadapan mejanya.
Dhia tercengang. Aik?
"Alaaaa nak mama suapkan" Dhia mula merengek. Tangannya mula naik disilangkan. Ditolak bubur ayam itu semula ke Puan Natasya.
"Eh kamu ni kepala je sakit tangan tu elok lagi. Jangan nak mengada-ngada. Bakal menantu mak tengok ni" Ujar Puan Natasya lalu memandang Aidan yang hanya berdiri memandang drama antara Dhia dan Puan Natasya.
Aidan senyum kelat.
"Mama! Ya Allah penat Dhia nak kata yang Aidan cuma kawan Dhia je. Tak habis-habis lagi duk kata bakal menantu lah apalah" Bebel Dhia. Tangannya menarik bubur ayam lalu disuap kasar ke mulutnya.
Tanda mogok.
Baik makan sendiri. Nyampah!
"Kata-kata mak itu kan satu doa Dhia Andara" Sakat Rafael yang hanya diam dari tadi. Matanya dijeling sekilas ke arah Aidan yang masih tidak menunjukkan apa-apa riak.
"Abang!" Jerit Dhia. Bencinya bila anak lelaki dan ibu kombo. Pasti teruk kena sakat!
Rafael gelak besar. Padan muka kau.
"Aidan duduk lah sini dulu. Makcik dengan Rafael nak keluar dulu. Nak pergi makan dengan ayah si Dhia ni"
"Ayah?" Soal Aidan.
"Haah ayahnya ajak teman makan. Tapi makcik suruh tunggu kejap sebab nak bagi Dhia makan dulu nak teman dia sekali. Ini dah ada kamu bolehlah teman Dhia kejap" Ujar Puan Natasya. Matanya naik memandang ke arah Dhia yang menunduk sambil memakan bubur ayam yang dimasaknya.
Merajuk lettew. Tahu sangat dengan perangai anak bongsunya.
"Nanti karang mama dah balik, mama suruh ayah belanja Dhia okey? Mama pergi dulu. Assalamualaikum" Tangannya naik mengelus tudung sarung yang dipakai Dhia.
"Hm okey mama. Hati-hati" Tangan milik Puan Natasya dipegang lalu disalam olehnya.
Gurau merajuk manja sahaja dengan mamanya.
"Aku gerak dulu Aidan. Jagakan Dhia" Pinta Rafael.
Aidan angguk.
Kedua-dua pasangan itu hanya memandang pemergian Puan Natasya dan Rafael dari bilik tersebut.
Kini, tinggalah mereka berdua.
Aidan mula melangkah ke arah kerusi yang disediakan di sebelah katil pesakit tersebut. Bau wangian daripada Aidan mula makin menusuk dalam hidung Dhia. Tidak terlalu kuat tapi cukup menyenangkan.
Haih, minyak apalah Aidan pakai ini.
Boleh jatuh cinta lama-lama macam ni.
Suasana yang sepi menghiasi bilik rawatan tersebut. Dhia diam sambil menyuapkan dirinya bubur ayam. Sesekali tangannya naik meraba kepalanya yang dibalut akibat kesan kecederaan. Nasib baik lah boleh pakai tudung masa Aidan datang tadi.
"Kau macam mana, dah okay ke?" Soal Aidan. Memecahkan suasana sepi antara mereka berdua.
"Macam ni je lah. Macam yang awak nampak" Balas Dhia perlahan. Matanya memandang ke arau luar tingkap bilik tersebut.
"Ouh. Hm...aku minta maaf sebabkan aku, kau kemalangan" Ujar Aidan. Tangannya mengusap pehanya. Mata coklatnya memandang Dhia yang melihat hanya memandang ke arah tingkap tersebut.
Dhia memandang Aidan lalu memberikan senyuman nipis. "Tak ada apalah Aidan. Saya okay je. Silap saya jugak sebab tak tengok kiri dengan kanan betul-betul"
"Betul ni kau okay?" Soal Aidan lagi.
Dhia mengangguk. "Haah okay"
Aidan mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu diletakkan di hadapan Dhia.
Dhia terjerit suka. "Argh telefon saya! Macam mana dekat awak?"
Terus telefon tersebut diambil lalu dibuka. Fuh nasib dia tak bukak apa-apa.
"Aku terbawak balik semalam. Semalam Jasmin telefon aku yang jawabkan" Ujar Aidan senada. Tangannya mula bersilang dan bersandar pada kerusi tersebut.
Matanya kini hanya tertumpu kepada Dhia yang sedang kusyuk bermain telefon.
Heh, bukan ada apa yang menarik pun. Dia dah tengok semalam. Games pun tak ada.
"Ye? Dia nak apa" Tanya Dhia. Matanya hanya melihat telefon tersebut. Membuka whatsapp dan instagram kemudian ke Tiktok.
"Tak ada apa. Dia tanya mana kau. Aku cakap kau kat hospital lepastu dia kata okey nanti dia telefon Rafael" Balas Aidan.
"Oooh, okey" Balasnya kembali. Dia lebih kusyuk melayan telefon tersebut berbanding melayan Aidan.
Sian Aidan kena palau.
"Oh ye, macam mana abang saya kenal awak?" Telefon diletakkan di tepi lalu dipandang muka Aidan yang hanya melihatnya dari tadi.
Matanya tertancap mata Aidan. Kadar denyutan nanti meningkat laju.
Cepat Dhia mengalihkan pandangan tersebut ke arah dinding di belakang Aidan.
"Abang kau telefon kau semalam. Aku angkat lepastu aku bagitau yang kau masuk hospital then dia jumpa aku kat hospital lepastu aku bagitaulah apa jadi. Dan tamat" Ujar Aidan. Dhia mengangguk faham.
"Ooh, tapi kan saya rasa masa saya kemalangan semalam bukan salah saya" Dhia tiba-tiba menbangkitkan hal semalam. Aidan menarik kerusi yang didudukinya untuk lebih dengan Dhia.
"Kenapa kau cakap macam tu?" Soal Aidan. Dahinya mula mengerut.
"Yelah saya dah tengok kiri dan kanan sebelum melintas. Memang tak ada kereta langsung. Tapi bila saya melintas je kereta tu laju semacam memang nak langgar saya" Ujar Dhia perlahan. Tangannya mula menggigil mengingatkan hal semalam.
Mata Aidan jatuh ke tangan Dhia yang sedang mengusap sesama sendiri. Mungkin cuba menenangkan dirinya sendiri.
Srett!
Aidan menolak kerusinya ke belakang.
"Kau makan lah dulu. Habiskan. Aku nak keluar jap. Nanti petang karang mak aku dengan Arya datang melawat kau" Tegang suara Aidan tiba-tiba.
"Danish?" Dhia rindukan si kecil itu. Si kecil yang banyak bertanya dan banyak berceloteh.
"Nanti aku bawak dia. Aku keluar dulu. Ada hal" Kaki Aidan terus melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Dah kenapa dengan mamat tu. Tiba-tiba je" Dhia mengangkat bahu sebelum membuka neftlix di telefonnya.
"Baik layan movie dari layan dia" Gumam Dhia perlahan.
"NASIB baiklah kamu tak teruk Dhia. Risau aunty semalam bila tengok Aidan balik badan dia penuh dengan darah" Ujar Datin Mariam. Seperti yang dikatakan Aidan, Datin Mariam, Arya dan Aryan datang melawatnya petang ini.
"Dah macam pembunuh siri lah mama kata" Sambung Arya pula.
Dhia menarik senyum.
"Akak tak apa-apa kan?" Soal Aryan pula.
Dhia mengangguk. "Tak ada apa yang teruk pun cuma bahagian kepala je agak teruk. Lepastu bahu kanan akak lebam. Doktor cakap sebab akak jatuh lepastu."
"Bila akak boleh discharge?"
"Hm, akak tak pasti lah tapi tadi doktor kata tunggu sampai bahagian kepala akak okay baru boleh keluar. Akak pun dah bosan hari-hari bau ubat je" Ujarnya sambil ketawa.
"Nah, buah. Makan banyak-banyak baru cepat sembuh" Buah yang telah dibersihkan dan dipotong diberikan kepada Dhia.
"Nak satu!" Laju tangan Aryan mengambil buah yang dipotong itu.
Pap!
"Awww, mama ni sejak ada anak angkat baru dah berani pukul Aryan" Bibirnya tercebek-cebek. Tangannya mengusap lengannya yang dipukul Datin Mariam.
Huaaaa mama dah tak sayang kita!
"Dasar Aryan kuat cembeng" Telinganya dihiasi dengan bisikan syaitan daripada suara halus Arya.
"Meh sini jap" Tangan Arya diambil lalu didekatkan dirinya pada telinga Arya.
"Kau jangan sampai aku bagitahu yang kaulah pecahkan tupperware mama haritu" Bisik Aryan di telinga Arya. Mata Arya terbuntang.
"Kau better jangan" Balas Arya dengan nada yang sedikit keras seakan memberi amaran. Arya mengecilkan matanya tanda beri amaran pada abang keduanya itu. Mampus dia kalau Datin Mariam tahu dia lah dalang yang merosakkan bekas makanan kesayangan Datin Mariam.
"Cakap aku hensem dulu" Pinta Aryan dengan nada bangga. Aryan melibaskan rambutnya yang sudah dipotong gaya ala-ala korea itu.
"Aryan macam ba alif ba ya" Perli Arya. Tak akan dia sesekali mengeluarkan perkataan Aryan hensem walaupun diugut sebegitu.
Kepala Arya dipeluk Aryan. "Dasar adik tak guna. Nah bau ketiak aku!"
Dipeluk kepala Arya rapat ke ketiaknya dengan kasar.
"Busuklah Aryan! Kau dahlah tak mandi dari semalam! Arrgh mama tengok Aryan!" Jerit Arya kuat. Walaupun hanya bau wangian Aryan sahaja tapi macam dia cakap tadi, dia tak akan tunduk sesekali pada Aryan.
"Mama tak nak ambik tahu. Nah Dhia makan" Disua lagi buah tersebut kepada Dhia. Malas nak melayan kerenah anak-anaknya itu.
Tak ubah macam budak sekolah tadika.
"Aryan!" Ditolak lengan Aryan dari memeluk kepalanya.
"Kak Arya, Abang Aryan stop! Abang dengan Kakak macam budak-budak" Jerit Danish yang sedang didukung Aidan di hadapan pintu bilik rawatan itu.
Terus terhenti Aryan dan Arya yang sedang bergusti sesama sendiri. Laju Arya menarik lengan Aryan yang berada di bahunya.
BUK!
Ditumbuk lengan sasa Aryan.
"Sakit anak anjing"
"Eh orang cakap sudah-sudahlah tu! Ya Allah budak-budak ni" Lantas Datin Mariam berdiri lalu memulas telinga anak-anaknya.
"Awww! Sakit mama!" Aryan dan Arya memegang tangan Datin Mariam. Meminta untuk dilepaskan.
"Balasan. Degil!" Pulasan telinga padu diberi Datin Mariam dilepaskan olehnya.
Sepi. Arya dan Aryan menjeling sesama sendiri.
"Ha gaduh lah lagi gaduh. Mama smackdown korang berdua nanti" Marah Datin Mariam. Kerusi kembali mendapat tempatnya.
"Danish jom. Tak payah layan akak dengan abang gila tu" Kaki Aidan diaturkan ke arah katil yang menempatkan Dhia.
"Kakak cantik!" Tangan dihulur kepada Dhia. Meminta Dhia mengambil dirinya daripada Aidan.
"No! Tak tengok kepala kakak cantik tu berbalut. Duduk kat nenek" Tegas Aidan melarang Danish dari meminta Dhia mengambilnya.
"Duduk kat nenek. Meh" Ujar Datin Mariam. Pehanya ditepuk. Menyuruh Aidan meletakkan Danish di pehanya.
"Aidan keluar dulu. Ada hal. Nanti mama balik dulu dengan Danish" Dhia terkedu. Tak cakap apa-apa terus keluar.
Tadi pun sama. Tiba-tiba saja dia ni.
"Tak nak tengok Dhia dulu ke?" Soal Datin Mariam.
"Esok lusa pun boleh" Balas Aidan tidak bernada. Tangan Datin Mariam diambil lalu disalam.
Tidak langsung memandang muka Dhia.
Keruh.
Korang ni cubalah vote lepastu comment. Saya ni peramah tahu😔 dahlah bye muah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top