Bab 21

"Aidan!" Nyaring wanita itu menjerit nama Aidan apabila melihat adegan yang baginya sangat menyakitkan hati dan matanya.

Dhia terus sedar dari hampir terkena jampi ciptaan Aidan. Argh, hampir.

"Say pergi depan dulu Encik Aidan." Ujar Dhia cuba meneutralkan suasana kekok. Kakinya laju memecah ke hadapan sebelum hujung bajunya ditarik semula oleh Aidan.

"Stay" Ringkas dan mendalam suara Aidan menyuruh Dhia untuk tidak bergerak dan berdiri di sebelahnya. Dhia yang sedar dia tak mampu melawan Aidan hanya kembali semula berdiri di sebelah Aidan.

"Apa yang awak buat ni Aidan?" Kasar wanita itu memarahi Aidan. Tapi Aidan tetap Aidan. Buat muka tidak kisah.

Wanita tersebut laju melangkah kaki berdiri di hadapan Aidan yang kekal muka tenang.

"Aku buat apa? We do nothing wrong. Just couple things" Balasnya senada. Tidak menunjukkan minat untuk melayan kerenah wanita yang menjengkelnya atau lebih mudah dikenali dengan nama

Alisa.

"Couple things awak cakap? Sejak bila awak bercinta dengan dia ni? Dan setahu saya ini majlis ini hanya family related sahaja yang datang. Dan perempuan ini bukan ahli keluarga kita!" Tangan kanannya menunjuk-nunjuk kasar ke arah Dhia yang hanya berdiri di sebelah Aidan. Dhia pula tidak menunjukkan sebarang takut akan suara lampir Alisa yang menjerit meminta perhatian.

Aidan mendengus kasar.

Rimas.

"Untuk pengetahuan kau Alisa, yes she do. Dia bakal isteri aku. So what? Salah ke aku bawak bakal isteri aku untuk jumpa ahli keluarga aku? Kau tak payah sibuk nak ambik tahu hal orang lain. Jom sayang, kita pergi depan. Biarkan perempuan ni menjerit macam orang gila" Aidan menarik hujung baju Dhia untuk mengikutnya pergi ke hadapan.

Dhia senyum sinis kepada Alisa.

I win, you lose Alisa.









"HAI kakak cantik. Kakak ni girlfriend abang Aidan ke?" Dhia lantas memusingkan kepalanya ke arah kanak lelaki yang berada di sebelahnya.

Tak beri salam terus tanya buah hati Aidan ke? Huhu nasiblah kau Dhia.

"Hai hensem. Bukanlah kakak ni kawan abang Aidan je. Mama adik hensem mana?" Dhia yang melihat kanak kecil itu berusaha menaiki kerusi terus membantunya untuk duduk di sebelahnya.

"Hehehe terima kasih kakak cantik. Mama Danish ada dekat dalam. Yeke kakak bukan girlfriend abang Aidan? Sebab mama cakap tadi yang kakak girlfriend abang Aidan." Seronok suara kanak tersebut menceritakan tentang perihal yang diberitahu oleh ibunya.

Dhia tertelan air liur. Mampus nak dijawab apa pula?

"Danish ke nama adik hensem ni? Nama kakak, kakak Dhia. Danish dah makan ke?" Soal Dhia menukar topik yang keluar dari mulut anak kecil itu.

"Dah makan dah dengan mama tadi makan ayam goreng. Nama Danish ialah Muhammad Riyad Danish. Umur Danish 5 tahun." Petah kanak kecil itu berkata walaupun tidak disoal oleh Dhia.

"Oh Danish kenapa datang sini? Nanti mama Danish cari Danish macam mana?" Soal Dhia sambil meliar mencari ibu kepada Danish ini. Rasanya dia cam muka ibu Danish sebab terserempak dengannya tadi.

"Danish datang sebab Danish nak tanya betul ke kakak ni girlfriend abang Aidan?" Soal Danish mengulang soalan sama sebentar tadi.

"Taklah bukan." Dhia mengeleng perlahan. Budak-budak pun dah join kelab membawang.

"Abang Aidan baik tau kakak cantik. Dia selalu datang rumah Danish, main playground dengan Danish. Lepastu nanti dia bawak Danish pergi makan cendol dekat tepi jalan. Akak-akak" Tangan Dhia dipegang lalu digoyangkan oleh Danish. Meminta perhatian Dhia yang nampak seperti termenung.

"Ye Danish kenapa?" Dhia mengusap rambut Danish yang lembut.

"Nanti jom lah ikut abang Aidan dengan Danish pergi playground. Boleh main sama-sama. Mesti seronok. Tak adalah abang Aidan bosan tengok Danish main je" Suka kanak tersebut mengajak Dhia mengikut mereka berdua sekali.

"Boleh! Tapi Danish kena tanya abang Aidan dulu tau"

Danish mengangguk suka. "Okey kakak cantik. Nanti Danish suruh abang Aidan ajak kakak cantik ikut. Nanti boleh jadi macam keluarga bahagia!" Kanak-kanak tersebut menjerit suka. Sudah terbayang di kepalanya mereka bertiga menjadi keluarga baharu.

Dhia menelan air liur. Keluarga bahagia kau kata dik? Akak rasa keluarga neraka.

"Tadi kan kakak dengar mama dengan papa Danish panggil Danish abang. Kenapa?" Dhia menukar topik. Tidak mahu bersuara tentang hal itu lagi.

"Haa mama dengan papa panggil Danish abang sebab Danish nanti jadi big brother! Tak lama lagi Danish ada adik. Jadi Danish kenalah jadi abang! Jaga adik elok-elok. Baru jadi abang superhero!" Balas Danish suka.

Dhia tersenyum nipis. Haih comelnya Danish ni.

"Yeke. Wah nanti Danish jadi abang besar lah kan? Nanti dah ada adik jaga adik elok-elok okay? Nah" Lolipop yang sentiasa berada di dalam beg tangannya dihulur pada Danish.

Danish menjerit suka. Terus diambil lolipop itu dari tangan Dhia.

"Cakap apa Danish..." Tanya Aidan yang menarik kerusi lalu duduk di sebelah Danish. Danish di tengah manakala kiri dan kananya diduduki oleh Dhia dan lelaki tersebut.

"Terima kasih Kak Dhia! Mama! Abang dapat gula-gula. Kakak cantik bagi" Danish terjun dari kerusi tersebut lalu berlari sambil menyebut nama mamanya dan kakak cantik.

"Dah makan?" Soal Aidan sebaik sahaja Danish hilang daripada pandangan matanya. Matanya pula kini memandang Dhia yang tersenyum manis.

"Dah, sedap sangat. Siapa yang masak?"

"Aku" Dhia membuat muka toya. Ingat kita nak percaya lah tu.

"Mama dengan bibik yang masak" Jawapan betul diberi oleh Aidan. Dhia mengangguk.

Kekok.

Tiada apa yang nak dicakap.

"Hamboi! Sweetnya pasangan dua sejoli ini. Duduk jangan bergerak. Mak long nak interview" Suasana sunyi yang dicipta oleh mereka berdua kembali pecah apabila makcik yang dikenali oleh Mak long duduk di hadapan mereka berdua.

"Mak long...kan Aidan dah cakap kawan" Aidan mula menggosok lehernya yang mula berpeluh. Adeh dia lupa yang mak long nya ini boleh tahan kuat membawang juga. Sibuk ambik tahu hal orang lain. Samalah dengan anak buahnya si Alisa itu.

"Kawan apanya Aidan. Kalau dah baju pun sedondon colour biru macam baru balik dari kenduri kahwin" Kerusi di sebelah mak long nya kini diduduki oleh makcik lain.

Dhia terus memandang Aidan yang tenang di sebelahnya. Okey Dhia baru perasan yang Aidan juga turut mengenakan baju yang sedondon dengan warnanya itu.

"Entah. Mama kamu kata kamu dengan dia ini macam gini ha!" Jari kiri dan kanan dirapatkan.

"Betul tu Kinah! Mengaku je lah kamu dengan dia ada apa-apa?" Jawab makcik yang berada di sebelah mak long. Menyokong pernyataan mak long.

"Ya Allah mak long, mak ngah. Tak ada apa-apalah. Aidan dengan Dhia cuma kawan saja. Mama tu je lebih-lebih" Suaranya cuba dikekalkan sehabis baik agar tidak keluar suara petirnya.

"Eleh yelah tu. Mama kamu dah seronok sangat nak dapat menantu. Cepat-cepatlah pinang si dia. Cantik pun cantik. Manis sedondon sangatlah aih nak buat bini. Nanti anak mesti muka macam artis!" Sakat Mak Ngah. Pipi Dhia mula memerah malu.

"Eh malu pulak dia. Dhia kami gurau ja. Jangan ambik hati nah" Ujar Mak Long supaya Dhia tidak mengambil hati gurauan mereka berdua. Bukan apa Mak Long dan Mak Ngah dah jatuh chenta dengan gadis di sebelah Aidan ini. Manis sangat rupanya!

"Tak adalah. Saya okay je" Balas Dhia. Aidan menjeling sekilas Dhia yang berada di sebelahnya.

"Doa yang baik-baik saja lah mak long, mak ngah. Kalau ada jodoh tak kemana" Selamba Aidan menjawab. Dhia tercekik.

Acik you doa baik-baik!

"Iyolah. Dahlah duduk dengan korang ni berbulu mata nengoknya. Dah jom Kinah kita pergi suruh si Mariam kahwin kan mereka berdua cepat-cepat." Tangan Mak Long ditarik oleh Mak Ngah. Mengajak untuk dia beredar meninggalkan mereka berdua kembali.

"Ish kau ni tak sempat aku nak mengusyar anak dara cantik ni" Akhirnya Mak Long mengalah juga selepas ditarik beberapa kali oleh Mak Ngah. Dhia mengeleng perlahan.

"Kau jangan ambik hati pula. Mak Long memang macam tu. Suka menyakat. Tapi menyakat secara kasar lah" Ujar Aidan setelah melihat kedua orang tua itu beredar dari meja yang diduduki oleh mereka.

Dhia senyum. "Tak apalah Encik Aidan..."

"Aidan, Dhia. Sekarang aku dah tak ada related business dengan kau. Panggil saja Aidan" Suruh Aidan. Sekarang dah tak kerja sama-sama jadi kenapa nak panggil Encik-Encik. Huh!

"Oh o-okey En- Aidan. Saya tak ambik hati pun. Biasalah orang tua kan memang suka macam tu." Tergagap-gagap Dhia memanggil nama Aidan tanpa gelaran Encik. Dah terbiasa jadi kekok pula.

"Okay juga kalau aku pinang kau. Dah alang-alang semua nak aku cari bini. Kau je lah jadi" Dhia pantas mengeleng. Oh tidak.

Kahwin dengan Aidan?

Memang malapetaka lah jawabnya melayan awan mendung di atas kepalanya itu.

"Kenapa geleng? Tak nak? Aku hensem apa? Ada rupa. Kaya. Memang cukup sifat. Jarang orang reject aku." Bangga Aidan menyatakan perihal itu. Dah memang aku hensem kenapa korang sakit hati pulak?

"Hensem. Ada rupa. Kaya. Tapi kalau perangai macam nauzubillah memang tak guna lah juga" Ujar Dhia perlahan. Ayat yang terakhir diperlahankan sebaik mungkin agar tidak didengari oleh Aidan.

"Ha apa dia?"

"Tak ada apa-apa"

Jauh di sebelah sana, Alisa memerhatikan dengan penuh perasaan sakit hati ditambah perasaan dendam terhadap perempuan yang duduk di sebelah Aidan.

"Sepatutnya yang duduk kat sebelah Aidan tu aku bukan kau bodoh!" Matanya dipincingkan memerhati gelagat pasangan kekasih itu.

"Buat masa sekarang, berbahagia lah korang tapi aku jamin nanti memang tidak! Aidan tak patut dengan kau"

Terima kasih untuk vote tapi kalau comment kan best jugak🥺

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top