Bab 20
"So, macam mana semalam? Okay? Macam mana kena interview dengan bakal mak mertua? Ada cun ka tarak cun?" Soal Jasmin setelah melihat Dhia yang duduk di sofa hadapannya itu.
Dhia meletakkan cawan di atas meja. Ibu jari diangkat tanda okay.
"Uish, tak lama lagi kawan aku dapat mak mertua orang kaya. Bolehlah tumpang sekaki" Sakat Jasmin lagi apabila melihat muka Dhia yang senyum kambing itu. Seronok sangat lah tu.
"Kau jangan nak macam-maca eh Jas. Aku cuma teman Aidan je. Tak lebih dari tu. Karang ada yang kena simbah air milo dengan aku kan" Balas Dhia yang cuba menutup rasa malunya itu apabila disakat oleh Jasmin.
"Eleh macamlah aku tak tau kau tu macam mana. Hari ni cakap lain esok lusa cakap lain. Tau tau nanti dapat kad kahwin." Jasmin gelak besar melihat Dhia yang mula membuat muka cemberutnya itu.
"Jasmin!" Lantas bantal kecil yang dipeluknya dibaling ke arah Jasmin yang berada baring di sofa hadapannya.
Jasmin pantas menangkap bantal tersebut lalu meletakkan di kepalanya. "Lemah, slebew"
"Huh, malas aku layan kau. Tapi kan aku lupa nak bagitahu kau, tadi adik Aidan ada mesej aku" Ujarnya sambil menghirup air milo.
"Adik Aidan? Yang lelaki tu ke?"
"Tak ni adik dia lagi satu, Arya. Dia ajak jumpa esok katanya ada benda nak ditanya" Balasnya lagi.
Diam. Pelik.
Tumpuannya kini beralih arah pada Jasmin yang diam tidak membalas jawapannya itu.
"Lah tidur pulak. Lemah betul" Sia-sia sajalah dia cakap tadi. Buat membazir air liur saja.
"HAI Kak Dhia. Lama ke tunggu? Sorry ada hal tadi" Kerusi dihadapan Dhia ditarik lalu didudukinya. Rasa bersalah pula buat Dhia menunggunya. Dahlah dia lewat setengah jam.
"Tak adalah. Akak pun baru sampai, Arya. Order lah dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Habis cair dah makeup tu" Gurau Dhia. Dia pun sebenarnya baru saja sampai dalam 10 minit yang lepas.
"Ah okey. Jap nak order. Akak tak nak apa-apa ke?" Soal Arya melihat Dhia yang hanya ada segelas air saja.
"Tak, tak nak akak dah kenyang. Sebelum datang sini tadi akak dah makan dah" Balasnya lalu mendapat anggukan daripada Arya.
Arya menyelak rambutnya kebelakang sebelum ditarik getah yang sentiasa berada di tangannya. Panas ui walaupun dah jam menunjukkan pukul 3 petang. Arya hanya menyengih apabila Dhia memandangnya. Malu lah orang cantik pandang kita. Auto rasa cantik! Ahaks!
"Kenapa Arya nak jumpa akak? Ada hal penting ke?" Soal Dhia selepas melihat Arya selesai mengikat rambutnya itu ke ikatan bun.
"Penting tu tak adalah penting mana tapi macam penting jugak. Akak kan haritu tolong uruskan holiday syarikat Papa kan? Arya nak tanya, ada tak pakej cuti ke Korea? Sebab Arya dengan kawan kelas Arya plan nak pergi Korea dalam 2 bulan lagi. Ada ke?" Soalnya.
Dia dan rakan-rakannya sudah berbincang dari awal mereka masuk ke Universiti lagi untuk pergi ke Korea. Tengok lah dah berapa tahun barulah termakbul impian yang satu itu. Memang dasar plan awal memang tak akan jadi betul.
Dhia tersenyum nipis. Haihlah, pasal ini ke. Ingat apalah tadi.
"Ada Arya. Pakej tu memang tengah panas sekarang. Tapi bukan akak lah yang uruskan. Kawan akak. Kalau Arya nak nanti akak bagi kat Arya okey?" Ujarnya. Arya angguk suka. Argh akhirnya plan itu akan tercapai! Tak sabar nak jumpa artis korea lepastu nak pakai hanbok lepastu nak ambik gambar kat Seoul.
Seronoknya!
"Erm...Arya nak tanya tapi akak jangan marah eh?" Soal Arya. Tujuan dia datang untuk berjumpa Dhia memanglah untuk bertanya tentang pakej percutian itu tapi hajat yang kalini lagi besar sikit. Hajat dah lama pendam. Jadi alang berjumpa kita tanya lah terus.
Dhia mengerut dahi. "Apa dia Arya?"
"Akak dengan abang Aidan ada apa-apa ke?" Tersedak Dhia apabila timbul soalan tersebut dari mulut Arya. Kenapa soalan ini boleh timbul pula!
"Tak adalah Arya. Abang Arya tu cuma customer untuk syarikat akak. Tak lebih dari tu pun. Kenapa Arya tanya ni?" Argh dia mula naik segan apabila Arya mula senyum yang nampak seram! Janganlah dia tanya benda lain.
"Tak adalah kalau tak ada tak apa. Tapi esok lusa mungkin ada apa-apa" Ujarnya bersahaja. Seronok Arya melihat Dhia yang mula malu itu. Pipinya yang sedia putih mula memerah akibat malu.
Dhia sudah naik malu. Ayat itu sama dengan ayat Jasmin. Kenapa dua ni suka kacau aku!
Dhia berdehem beberapa kali. Cuba mencari dan menyusun ayat supaya tak nampak kegelabahan seorang Dhia.
"Sangat lah tiba-tiba Arya. Akak dengan abang Arya memang tak ada apa-apa lah dan tak akan ada apa-apa macam Arya cakap tu" Ujarnya melawan kesimpulan yang dibuat oleh Arya.
Panas pulak tiba-tiba.
"Kalau akak nak tahu kan, abang Aidan tak pernah bawak mana-mana perempuan jumpa Mama. You're the first Kak Dhia" Dhia mengangkat mukanya yang tunduk akibat malu tadi.
Dia orang pertama? Biar betik? Nak tercekik kali kedua lah macam ni.
"Seriously? Akak tengok dia tu sempurna dari atas ke bawah. He got everything. Apa yang perempuan nak semua ada pada dia. Tak akan lah tak ada yang berkenan dekat dia kot?" Pelik bin Ajaib kalau tak ada perempuan yang suka Aidan yang sememangnya sempurna di matanya.
Ehem! Tak suka tapi itu fakta.
"Tipulah kalau tak ada perempuan yang berkenan dekat dia. Sampai ada yang jadi perigi cari timba. Dua tahun lepas ada seorang perempuan ni datang meminang abang Aidan. Tapi sian kena reject cenggitu je sebab abang Aidan cakap dia tak ada masa nak kenal dengan perempuan tu" Cerita Arya yang menjadi saksi Aidan menolak pinangan perempuan tersebut secara laju.
"Lepastu... apa kena mengena dengan akak pulak?"
"Adalah kena mengena dia. Bayangkan seumur hidup dia tak pernah bawak mana-mana perempuan jumpa mama. Tiba-tiba haritu dia bagitahu dekat mama yang dia nak kenalkan someone dekat mama. Tup-tup its you Kak Dhia"
"Mungkin kebetulan kot Arya" Ujar Dhia cuba menamatkan topik hangat tersebut. Dia sekarang sudah naik malu ini. Dahlah jadi orang pertama. Argh rasa macam kena pinang dengan teruna yang betul-betul teruna!
Arya mengelengkan kepalanya tanda tidak.
"Itu bukan kebetulan akak. Arya tahu setiap perangai abang-abang Arya macam mana. Aidan sangat tegas dengan pendiriannya. Dia tak akan buat sesuatu tanpa sebab. Dia tak akan buat sesuatu yang boleh memalukan diri dia dan keluarga dia. Sebab tu dia tak pernah bercinta. Bagi dia cinta itu satu perkara bala dalam hidup dia. And because of that statement, hidup dia hanya untuk kerja dan keluarga. Kadang-kadang sampai Arya ingat abang Aidan tu gay sebab tak pernah langsung nampak dia ada perempuan dalam hidup dia selain mama dan Arya" Ujarnya panjang lebar menerangkan situasi yang berlaku.
"Tapi Arya..." Belum sempat Dhia menghabiskan ayat pantas dipintas oleh Arya.
"Akak percaya tak kalau Arya cakap yang abang Aidan suka dekat akak?" Ujarnya sambil menjongketkan dahinya berkali-kali.
Dhia mengeleng. Tak mungkin.
"Tak apa kalau akak tak percaya sekarang tapi kalau satu hari nanti akak dengan abang Aidan ada apa-apa memang habislah Arya tuntut hadiah" Ujarnya lalu tergelak. Ini Arya okay! Dia sendiri dah jadi penyiasat awal-awal.
"By the way, akak hari Ahad nanti mama buat kenduri kesyukuran. Mama ajak datang sekali. Rindu katanya. Jadi, datang tau!" Arya hampir lupa pesanan Datin Mariam sewaktu dia seronok untuk berjumpa dengan Dhia. Bakal akak ipar kot!
"InshaAllah. Kalau akak free akak datang" Tidak berjanji risau kalau dia ada hal yang harus dibuat pada hari itu. Tapi rasanya macam mahu buat buat ada hal pula lepas cerita Arya tadi. Menebal malu dia.
"Alaaaa akak datanglah. Nanti kalau Alisa datang kacau abang Aidan macam mana?" Ugutnya. Dia nak juga Dhia hadir pada majlis tersebut.
"Alisa?" Soalnya sambil cuba memikirkan di nama dia pernah ternampak nama tersebut.
"Sepupu Arya. Dia suka mengedik dengan abang Aidan. Akak datang tau. Nanti tak adalah abang Aidan kena ngorat dengan Alisa" Ujarnya memujuk Dhia datang. Matanya dikelipkan beberapa kali supaya Dhia termakan dengan pujukan tersebut.
Dhia mengangguk. Okay dia dah ingat si setan jadian itu.
"InshaAllah Arya" Tidak sampai pula hati menolak bila Arya buat muka seperti itu. Kalau abangnya atau kakaknya yang buat begitu mungkin dah lama kena lempang.
"EH Kak Dhia dah sampai. Jemput masuk. Ingat akak tak jadi datang hari ini" Jemput Aryan apabila melihat Dhia muncul di depan pintu rumah mereka.
"Akak tak sampai hati pulak nak tolak pelawaan Arya. Dengan muka comel dia tu. Rasa nak cubit-cubit pipi dia" Gurau Dhia. Aryan mengeleng perlahan.
"Arya memang gitu akak. Dia akan gunakan muka dia yang macam tu kalau nak mintak sesuatu dari kitorang. Eh akak masuk lah kat dapur tu ada mama dengan Arya. Tengah susun makanan. Abang kat atas tengah bersiap. Kejap lagi majlis nak mula dah" Ujar Aryan lalu menunjukkan arah dapur rumah mereka.
"Kak Dhia! Lawanya akak harini." Jelas suara Arya menyebut nama Dhia apabila melihat Dhia muncul di dapur. Maka dengan itu, kesemua mata-mata yang berada di dapur terus memandang ke arah Dhia.
Datin Mariam tersenyum. "Meh sini. Minum air dulu. Mesti jauhkan rumah aunty dengan rumah kamu"
Tangan dihulur pada Datin Mariam lalu disalam sebagai tanda hormat.
"Tak adalah jauh mana pun. 45 minit je dari sana. Harini pun tak jem. Itu yang laju" Gelak Dhia. Air yang dihulur oleh Datin Mariam disua pada mulutnya.
Segar tekaknya yang dari tadi kering akibat ketakutkan nak jumpa keluarga ini.
"Ingat akak tak datang lagi baru nak merajuk" Celah Arya yang duduk di atas kerusi di hadapannya itu bersebelahan Datin Mariam.
"Akak tak sampai hati nak tolak. Lagipun akak tak buat apa-apa harini jadi apa salahnya datang tolong mana yang patut" Ujar Dhia.
"Aidan tahu ke kamu nak datang ni?" Tanya Datin Mariam. Dhia menggeleng
"Tak"
"Ma...majlis dah nak mula dah tu. Orang masjid dah sampai" Ujar pemanggil yang berada di belakang Dhia. Lebih jelas lagi betul-betul berada di belakangnya.
"Ha jomlah. Mari" Ajak Datin Mariam.
Dhia mengangguk lalu memusingkan badannya ke belakang.
Buk!
Dhia membulatkan mata. Mak, nak kata dinding tak macam dinding sebab rasa panas. Dhia menelan air liur sebelum memusingkan badannya perlahan-lahan.
"Aduh. Yang kau pijak kaki aku dah kenapa" Marah lelaki di hadapannya itu. Terus kakinya dialihkan dari kaki lelaki tersebut.
"Maaf tak sengaja" Ucap maaf dari Dhia. Argh kabutnya Dhia Andara hari ini!
"Dhia!" Panggil lelaki di hadapannya tersebut. Terkejut.
"Eh Encik Aidan" Dhia terus kebelakang lalu berdiri di sebelah Arya. Takut.
Datin Mariam dan Arya pula sudah tersenyum-senyum. Nampak dah mata Aidan pandang ke mana. Siapa lagi kalau bukan Dhia. Tak pandang dah dua perempuan keutamaanya.
"Aunty pergi depan dulu lah ye. Jangan lama-lama. Tak manis" Pinta Datin Mariam lalu laju meninggalkan mereka.
"Err haa dengar tu mama panggil. Ye mama jap, Arya datang!" Cepat-cepat Arya turun dari kerusinya lalu meninggalkan Dhia dan Aidan di dapur.
Kini tinggal mereka berdua sahaja di dapur.
"Kau dengar mak aku panggil Arya ke?" Aidan memecahkan suasana hening antara mereka berdua. Dhia mengeleng. Tak mampu nak cakap.
"Macam mana kau tahu harini ada majlis kat rumah aku? Aku tak jemput kau pun" Aidan mendekatkan dirinya pada Dhia perlahan-lahan. Dhia yang sedar akan tindak tanduk Aidan terus melangkah kebelakang.
"Ar-arya jemput. Saya datang sebab Arya" Tergagap-gagap Dhia membalasnya itu. Kakinya masih berundur ke belakang.
Undur, undur dan undur
"Argh!" Jerit Dhia apabila dia merasakan kakinya terpijak air di lantai sebelum tergelincir apabila badannya tidak dapat mengimbangkan diri.
Dhia menutup mata. Eh tak sakit pun? Lantai ni pakai katil kat rumah ke?
Dhia membuka mata perlahan-lahan sebelum muka kacak Aidan jelas menghiasa matanya itu.
Dekat.
"Aku selamatkan kau lagi Dhia." Suara husky Aidan dan mata coklat Aidan yang merenung tajam menilik muka wajah Dhia membuatkan Dhia hampir terbuai ditambah lagi dengan minyak wangi yang sangat membuatkan Dhia seolah-olah berada di alam lain.
Maskulin.
Sesuai dengan wataknya.
"Aidan!" Jerit wanita yang memasuki dapur tersebut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top