Bab 19

"Terima kasih kepada para tetamu kehormat sekalian. Baiklah tanpa membuang masa, saya menjemput Dato' Ismail untuk menyampaikan ucapan sekali gus membuat pelantikan ke atas anaknya, Aidan Firash Bin Ismail sebagai pengganti Dato' Ismail menjadi CEO baru syarikat Alpha's Holding. Dipersilakan" Tepukan gemuruh diberikan para penonton. Dhia menongkat dagu. Bosan.

Matanya meliar-meliar memandang sekeliling dewan yang serba mewah ini. Sesekali mata Dhia melirik ke arah Aidan yang duduk di kerusi paling hadapam bersama ahli keluarganya dan rakan koporat yang bersama-sama dalam memajukan syarikat tersebut.

"Grrr...lapar" Ujarnya perlahan. Kak Sarah yang perasan akan perubahan Dhia yang memandang perutnya tergelak perlahan. Haih, comelnya awek bos dia.

Kak Sarah mengusap tangan Dhia. "Lapar ke Dhia? Sabarlah. Anak akak pun lapar" Dhia menangguk lalu tergelak perlahan.

"Dengan perletakan jawatan saya ini jadi sudah semestinya Alpha's Holding memerlukan seorang pemimpin baru yang berkaliber, berkeyakinan dan berkarisma untuk terus menaikkan lagi nama syarikat ini di persada antarabangsa. Dengan usaha yang saya lihat sepanjang dia berada di bawah pemerhatian saya, jadi sudah pasti dan yakin yang pemimpin seterusnya ini mampu untuk mencapai misi dan visi syarikat ini. Oleh itu tanpa membuang masa, saya melantik Aidan Firash Bin Ismail sebagai pemegang jawatan CEO baru bagi syarikat Alpha's Holding. Dipersilakan anaknda sulung saya" Sejurus itu kesemua tetamu di dewan tersebut berdiri lalu memberikan tepukan gemuruh buat Aidan.

Dhia memandang Aidan yang sedang berjalan ke arah pentas tersebut. Jelas di sini menampakkan yang kata-kata Dato' Ismail itu benar. Aidan kelihatan nampak yakin dengan senyuman tersebut. Badannya yang tegap menampakkan Aidan seorang yang tegas dan berpendirian teguh serta tidak dinafikan nampak

Kacak!

Dhia tersenyum bangga melihat Aidan yang sedang berdiri di atas pentas tersebut.










"Dhia" Panggil Kak Sarah yang berada di sebelahnya. Dhia memalingkan kepalanya.

"Ye kak?" Tisu diambil lalu dilap pada mulutnya. Alhamdulillah kenyang juga dia akhirnya. Puas hati. Makanan di sini semua sedap. Nanti boleh ajak Jasmin makan sini.

"Akak nak kena balik dulu ni. Dhia okay je kan sorang-sorang? Kalau akak balik lambat nanti hubby kesayangan akak cari akak." Dhia tergelak kecil. Alahai comelnya. Dia pun nak juga.

"Boleh je kak. Saya dah besar dah bukan budak kecil lagi" Balasnya. Kak Sarah mengangguk lalu meminta diri untuk beredar. Maka tinggallah Dhia seorang diri di meja tersebut.

"Aih perut dah kenyang hati banyak senang mata pun dah kuyu..." Gumamnya perlahan. Dilihat sekeliling, rata-rata kesemua yang berada di dewan sebentar tadi sudah beransur-ansur pulang. Yang tinggal pun dia lihat sekarang ini hanyalah sekumpulan lelaki di belakang sana yang kemungkinan kawan Aidan sebab tadi dia nampak Aidan duduk bersembang dengan mereka, rakan koporat syarikat ini dan keluarga Aidan.

"Huh aku ni dah tak wujud ke. Bapak bosan ni Ya Allah" Gumamnya lagi. Nak makan perutnya sudah buncit seperti mahu meletop.

Jadi terpaksalah dia duduk seorang di sini sambil bermain telefon sementara tunggu Aidan yang nampaknya sudah hilang.

"Dhia..." Kerusi di sebelahnya ditarik. Dhia memutarkan bola matanya. Akhirnya baru nampak batang hidung Aidan. Ingat dia hampir kena tipu tadi bila Aidan menghilangkan diri.

"Dah habis ke Encik Aidan? Saya dah mengantuk ni. Jom balik" Pinta Dhia. Aidan mengangkat jarinya lalu mengerakkan ke arah kiri dan kanan.

"No, no, no belum habis lagi. Jom ikut aku jumpa keluarga aku. Mak aku nak jumpa kau" Dhia yang sedang minum air tersedak. Tisu ditarik lalu dilap pada mulutnya.

Dia cakap apa tadi? Dia salah dengarkan? Kan?

"Encik Aidan cakap apa tadi. Saya kurang dengarlah." Pintanya lagi sekali. Tolonglah yang dia cuma salah dengar.

"Aku cakap ikut aku jumpa family aku. Jom" Aidan menolak kerusinya ke belakang sebelum memandang Dhia yang sedang duduk dengan matanya membulat.

"Cepatlah Dhia Andara. Kau nak balik awal ke tak? Aku okay je kalau kau nak duduk sini sampai pagi esok" Perli Aidan. Dhia tersedar lalu terus berdiri.

Tudungnya dibetulkan dan bajunya dikemaskan. Aih, gabranya! Tiba-tiba sahaja ni. Kalau dia tahu kena jumpa keluarga si mamat ni dah lama dia cancel. Menyesal tak baca mesej Aidan betul-betul. Huaaaaa

Mama, nak balik!

Perlahan-lahan kakinya bergerak mengikuti Aidan yang berjalan di hadapannya. Matanya hanya memandang bawah. Takutnya tadi dia sempat lihat keluarga Aidan dan kesemuanya nampak menakutkan.

Buk!

"Aduh Encik Aidan, sakitlah yang Encik Aidan berhenti mengejut ni kenapa! Kan dah benjol kepala saya. Ish" Tangannya mengusap-usap kepalanya yang terhantuk pada belakang badan Aidan.

"Mama, ni Dhia yang Aidan cakap haritu" Aidan tidak membalas percakapan Dhia.

Oh, dah sampai meja keluarga Aidan ke. Jadi...

Mesti mereka dengar yang dia marah Aidan tadikan? Ommo. Malu.

Dhia perlahan-lahan bergerak ke sebelah Aidan sebelum mengangkat kepalanya memandang keluarga Aidan yang semua matanya sedang memandang ke arah Dhia.

"Assalamualaikum Datin, Dato'. Hai Aryan, err hai awak" Ucapnya. Dia kenal Aryan tapi dia tak kenal gadis di sebelah Aryan yang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam. Aidan ini ke Dhia? Cantiknya Dhia. Meh sini duduk sebelah aunty. Banyak benda aunty nak tanya. Tak payah panggil Datin sangatlah. Panggil aunty dengan uncle je. Meh duduk sini." Panggil ibu bersemangat.

Mana tidaknya Aidan pagi tadi memberitahu bahawa dia ingin memperkenalkan seseorang kepada keluarga mereka. Memang giranglah ibu Aidan sebab dia ingat anaknya itu hanya sibuk bekerja sampai tiada masa untuk cari pasangan. Umur dah 28 ibu mana saja tidak risau akan anaknya. Nanti dia sudah tua siapa yamg mahu menjaga makan, pakaian anaknya itu kalau bukan isteri? Kan?

Datin Mariam menarik lengan Dhia agar duduk di sebelahnya. Aidan menarik kerusi lalu duduk di hadapannya.

"Cantik pula awek kau. Alisa kau nak letak mana?" Ujar gadis yang duduk di sebelah Aryan tersebut. Terkekeh-kekeh Aryan gelak. Dato' Ismail pula hanya mengeleng perlahan melihat anak berduanya itu mengacau Aidan. Matanya pula melorot memandang isterinya yang sedang seronok berborak dengan perempuan yang dibawa Aidan sebentar tadi.

Manis, lembut orangnya.

Setuju sangat kalau nak jadi menantu. Eh?

"Kau nak kena pijak dengan aku ke Arya?" Balas Aidan. Mukanya mencuka. Boleh tak jangan sebut nama perempuan itu. Nasiblah perempuan tersebut tidak datang harini. Katanya ada kerja model di luar negara.

Bagus pergi je tak payah balik terus pun tidak mengapa.

"Setuju pula Kak Dhia nak datang. Aku ingat dia malas nak layan kau" Soal Arya. Disenggol bahu Aryan yang sedang kusyuk main telefon.

"Haah setuju pulak dia" Ujarnya setuju dengan Arya. Oh ya, Arya ialah adik bongsu dalam keluarga ini. Jadi keluarga ini sebenarnya ada tiga adik-beradik. Aidan, Aryan dan yang terakhir si bongsu Arya.

"Aku ugut dia cakap kalau dia tak pergi aku culik dia bawak pergi Thailand pastu jual dia" Perli Aidan balik. Arya dan Aryan memandang sesama sendiri sebelum mencebik. Dah masak sangat dengan perangai abangnya yang suka perli-perli orang.

"Maleh aku layan kau, baik aku layan mama dengan Kak Dhia. Ada geng" Balas Arya sebelum dia menarik kerusi merapatkan jaraknya dengan Dhia dan Datin Mariam.

"Nampaknya mama dengan Arya dah jumpa geng baru. Suka betul dorang borak dengan Dhia. Awal lah bang. Cucuk jarum" Ujarnya yang melihat mereka bertiga sedang berseronok bergelak sakan. Aidan menjeling Aryan. Siku kepala kan baru tahu.

"Kau diam. Aku potong gaji kau nanti baru tahu" Aryan mencebik. Mentang-mentang dah jawatan tinggi nak potong gaji adik kesayangan dia pula. Bagitahu mama kan baru tahu.

Aidan memandang ke arah mereka bertiga di hadapan. Senyum nipis dihasilkan dibibirnya. Lega apabila ibu dan adiknya, Arya selesa dengan Dhia.

Tidak, dia patut lega apabila melihat Dhia yang tenang melayan Arya dan ibunya itu. Kecoh kemain. Dato' Ismail awal lagi sudah cabut lari tinggalkan mereka dan duduk bersembang dengan rakan koporatnya.

Dhia memandang ke arah Aidan yang duduk di hadapannya.

Aidan menjongketkan keningnya beberapa kali sebelum Dhia cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top