Bab 22

Vote & Comment

"Uit, siap-siap macam ni nak pergi mana?" Kepalanya terjujul melihat Dhia yang sedang bersiap-siap memakai pakaian sukan. Berseluar track dan baju lengan pendek yang dikenakan inner hitam di dalamnya.

"Aku nak pergi bersenam. Dah gemuk. Lemak kat tepi dah banyak" Balas Dhia mudah. Tudung shawl berwarna hitam diambil lalu diletakkan di atas kepala sebelum dililit mudah.

Siap!

Kaki Rafael masuk ke dalam bilik tidur Dhia lalu duduk bersila di atas katilnya. Dhia menjeling. Adalah tu yang tak puas hati.

"Kau nak bersenam? Kau tu nak angkat punggung ambik remote pun pemalas ada hati pulak nak pergi bersenam. Buang tebiat ke kau?" Ujar Rafael yang melihat Dhia masih berada di hadapan meja solek.

Dhia mengeluh kasar. Kan dah cakap. Abang dia yang seorang ini memang kaki dengki dengan dia.

"Kalau aku baling make up kat kau apa pun tak dapat bang. Sukahati aku lah nak pergi bersenam pun. Dah adik kau tergerak hati nak berubah apa salahnya. Dengki cakap!" Dhia menjelir lidah sebelum kepalanya dipaling semula ke hadapan cermin.

"Aku nak ikut" Pelawa dirinya sendiri untuk mengikut Dhia pergi bersenam.

"No!"

"Apasal pulak tak boleh? Aku teman kau bukan aku nak pergi ngorat awek lain pun" Rafael tidak puas hati apabila Dhia tidak membenarkannya untuk mengikut dia.

"Sebab tak boleh. Jadi, tak boleh" Ringkas Dhia membalas.

"Ke kau nak pergi dating sebenarnya?" Kening Rafael dijongket berkali-kali. Yelah sejak bila budak ini tak bagi dia untuk ikut bersama. Biasanya bagi sahaja.

Dhia meneguk air liur. Kantoi pulak. Maaf dia bukan nak pergi dating eh tapi malam tadi Aidan mesejnya untuk turut menemaninya pergi ke taman permainan bersama Danish.

Jadi dia pun okay saja sebab bukan buat apa-apa pun hari ini malahan dia rindu nak berjumpa budak yang banyak mulut itu.

"Kan? Kau nak pergi dating kan? Dengan siapa? Dah jumpa pengganti ke?" Usik Rafael lagi melihat pipi Dhia yang mula bertukar ke warna merah jambu dihadapan cermin itu. Kantoi dah!

Kah ini Rafael lah!

"Ish, sibuk je kau. Dahlah aku nak pergi dulu. Tataaa" Dhia mengambil telefon dan dompetnya lalu laju kakinya meninggalkan Rafael sendirian dalam bilik tidurnya itu.










"KAKAK cantik!" Ayat itu dilaungkan beberapa kali oleh Danish apabila melihat kelibat Dhia yang sedang duduk di sebuah bangku sambil bermain telefon.

Dhia terus memalingkan badannya ke arah Danish yang sedang berlari-lari anak ke arahnya.

"Danish, watch out! Nanti jatuh" Terdengar pula suara sayup-sayup Aidan yang meminta Danish untuk berhati-hati melihatnya berlari ke arah Dhia.

"Huh, penat! Kakak cantik ada air tak? Nak sikit!" Danish yang sampai ke arah Dhia itu terus duduk bersila di tanah yang dihiasi rumput hijau.

"Eh Danish, kotor. Meh duduk kat bangku ni" Dhia menepuk ruangan di sebelahnya sebelum mengangkat Danish lalu meletakkan dia di sebelahnya. Botol air miliknya dihulur kepada Danish yang masih mengambil nafas kepenatan.

"Lah Danish, abang kan dah beli air tadi. Tak payahlah minta air orang" Bebel Aidan melihat Danish yang sedang meneguk air milik Dhia.

Dhia mengeleng perlahan. "Tak apalah. Kesian tengok dia penat"

Rambut Danish diusap perlahan.

"Sorry ajak kau pergi taman. Danish ni ha beria-ria suruh kakak cantik ikut. Aku nak pergi dengan dia je mulanya. Dah siap buat ayat cantik rasa bersalah lah pulak aku. Sorry" Ujar Aidan perlahan sambil matanya memandang ke arah Danish dan Dhia.

"Tak apalah Aidan. Saya okay je" Dhia tersenyum nipis. Aidan mengangguk faham.

"Abang Aidan, Danish nak main buaian!" Jeritnya sambil menunjuk-nunjuk ke arah buaian yang kosong itu. Kanak-kanak lain semuanya sedang bermain permainan lain.

Aidan mengangguk membenarkan Danish untuk bermain di buaian itu.

Danish melompat turun dari bangku yang didudukinya dan memegang tangan Dhia. "Jom akak! Teman Danish main. Akak jadi princess Danish jadi prince!"

Dhia gelak perlahan lalu turut berdiri mengikutinya bermain sekali.

"Saya teman Danish dulu Aidan. Awak duduk lah sini" Aidan mengangguk perlahan. Dia bersandar badannya pada bangku tersebut. Sesekali matanya melirik ke arah Dhia dan Danish yang seronok sakan bermain permainan lain.

"Comel" Ujarnya perlahan.










"BAGI saya cendol special dua. Kau nak apa Dhia?" Soal Aidan ketika sedang membuat pesanan. Mata Aidan melorot ke arah Dhia yang sedang mengemaskan rambut Danish yang peluh lebat.

Dhia mendonggakkan kepalanya. "Macam awak je lah"

"Okay. Cendol special bagi tiga. Itu saja" Selesai membuat pesanan. Suasana yang redup di bawah pokok itu menghasilkan angin sepoi-sepoi bahasa.

"Kak Dhia, cendol dekat sini sedaaaap sangat. Danish dengan Abang Aidan selalu makan kat sini bila balik dari taman. Rasa dia fuh!" Ibu jari kanan diangkat menunjukkan cendol di sini sememangnya sedap dan diperakui oleh Danish.

"Ye Danish. Akak tak pernah lagi makan cendol kat sini sebab akak tak suka cendol"

"Kau tak suka cendol ke Dhia? Kalau aku tau aku bawak kau makan kat tempat lain" Balas Aidan memotong perbualan antara Dhia dan Danish.

Rasa bersalah pula Aidan sebab tidak bertanya pada Dhia sama ada dia minum cendol atau tidak.

"Saya dulu minat minum cendol tapi ada satu haritu saya pergi satu tempat lebih kurang macam ni lah, order cendol sekali cendol tu rasa sabun. Sejak dari haritu memang dah tak minum cendol dah" Ujar Dhia perlahan. Tidak mahu bagi tuan kedai di sini terasa dengan ceritanya.

Aidan mengeleng. "Kau ni cepat sangat judge. Tak semua kedai macam tu"

"Ye saya tahu tapi saya cuma takut je nak minum. Nanti karang jadi macam haritu lagi" Balas Dhia. Bibirnya dicebikkan.

Cendol yang ditunggu akhirnya sampai. "Kak Dhia rasalaah mesti Kak Dhia akan ingat sampai bila-bila" Ujar Danish gembira.

Sudu diambil lalu dicedok cendol tersebut.

"Tengok Danish makan Kak Dhia! Sluuurpp! Sedaaaapp!" Danish beria-ria menunjuk yang cendol di sini sedap. Tengok lah dia hirup cendol itu macam mana. Sampai berbunyi-bunyi.

"Danish mulut comot" Aidan mengambil tisu di atas meja lalu mengelap mulut Danish yang berada di hadapannya itu. Dhia hanya memerhati.

"Hehehe terima kasih Abang Aidan. Kak Dhia cepatlah makan" Gesa Danish. Dhia mengangguk lalu menghirup cendol tersebut.

Matanya memejam lalu terbukak terkejut. "Sedap!"

"Tak ada rasa sabun!"

"Aaaa manisnya"

Pujinya berkali-kali. Seronok Dhia apabila perasaan takutnya akan cendol berperisa sabun hilang.

"Kan Danish dah cakap. Nanti boleh beli lagi" Danish mengangkat tangannya seronok. Dihirup berkali cendol tersebut sehingga habis.

Aidan menggeleng perlahan sambil menyembunyikan senyumannya apabila melihat telatah Dhia dan Danish.

Dah macam ibu dan anak. Dan dia ialah ayah.

Eh-

Mengarut.

Aidan mengeleng kepalanya berkali-kali. Dhia naik pelik melihatnya.

"Awak okay ke?" Tegur Dhia. Aidan mengangguk.

"Aku okay je cepatlah makan. Dah nak maghrib. Nanti mak kau marah pulak ingat aku culik anak dia"

"Okay!" Balas Dhia gembira. Mana tak gembira apabila menikmata cendol yang sedap itu.










"HATI-hati rentas jalan tu. Kereta banyak. Danish meh abang dukung. Come" Badan Danish yang kecil diangkat lalu dipeluk erat. Topi di kepala Danish dibetulkan. Sambil itu mulutnya menegur Dhia untuk berhati-hati.

Kereta mereka berdua di letakkan di bertentangan jalan raya tersebut. Jadi, mereka terpaksa merentas jalan raya yang agak sibuk.

"Saya tahu" Balas Dhia. Matanya melihat kiri dan kanan.

Sibuk pulak kereta ni. Pergi mana ntah.

Telefon yang dipegangnya berdering. Matanya tertancap pada telefon tersebut.

Mama

"Assalamualaikum mama? Ye nak apa?" Dhia mengangkat panggilan telefon tersebut. Tidak jadi untuk merentas jalan raya bersama Aidan dan Danish yang kini sudah berjaya merentas jalan raya tersebut.

"Okey ma. Dhia nak balik dah ni. Lagi setengah jam Dhia sampai" Balas Dhia.

"Okay ma. Baik. Assalamualaikum" Telefon ditutup apabila panggilan ditamatkan.

Matanya memandang Danish yang sedang didukung oleh Aidan. Kelihatan seperti mereka berdua sedang menunggu Dhia untuk merentas jalan.

Dhia kembali melihat kiri dan kanan untuk merentas jalan raya tersebut.

Okay tak ada kereta.

Kakinya melangkah merentas jalan raya tersebut sebelum...

BAM!

Bunyi kereta berdentum.

Jantung Aidan berhenti berdetak. Badannya perlahan-lahan memusingkan ke belakang.

Matanya terbuntang.

"Dhia!"

"Kakak cantik!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top