Bab 56


Vote & Comment

"HELLO kakak ipar kesayangan Arya! Buat apa tu? Sihat ke?" Panggilan daripada Arya di corong telefon membuat Dhia tergelak. Comel je Arya ni.

Dhia mengusap perutnya. "Sihat je Arya. Arya sihat? Aryan sihat tak? Mama dengan papa sihat? Maaflah akak sibuk sikit sampai lupa nak tanya khabar"

"Sihat je semua. Arya ni bertambah-tambah sihat asyik duduk rumah makan je kerja mama suap. Hehehe. Ini Arya nak tanya kenapa abang nak jumpa kami semua malam ni?"

Soalan itu membuatkan Dhia terdiam. Jumpa? Dia tak diberitahu apa-apa pun tentang perihal ini.

Adakah dia tidak penting lagi dalam hidup suaminya sehingga perkara ini pun tidak diberitahu?

"Akak?" Suara Arya mengejutkan Dhia yang termenung seketika itu.

"Err akak tak tahu lah kenapa. Abang awak tak ada cakap apa-apa pun. Pukul berapa nak jumpa tu eh? Dekat mana?" Soal Dhia ingin tahu.

"Malam ni pukul 9 dekat rumah" Jawab Arya. Dhia mengangguk faham.

"Okay jumpa dekat sana nanti"















"KENAPA Aidan nak jumpa kami? Nampak tergesa-gesa betul" Soal Datin Mariam bersuara melihat wajah anak sulungnya itu yang agak tergesa.

"Dhia mana? Dah lama papa tak nampak Dhia? Sihat ke dia?" Soal bapa Aidan pula, Dato Ismail apabila melihat menantunya tiada di sini.

Aidan mengeleng kepalanya. "Dia tak dapat datang. Tak sihat. Sekarang ni Aidan nak bagitahu satu benda penting dekat mama, papa dan yang lain"

Arya dan Aryan berpandangan sesama sendiri. Mana mungkin Dhia tidak sihat sedangkan pagi tadi baru sahaja dia menelefon tentang keadaan Dhia.

Datin Mariam mengerutkan keningnya. "Bagitahu apa tu Aidan?"

Suasana diam seketika sebelum

"Aidan nak kahwin"

"Aidan kan dah kahwin dengan Dhia?" Potong Datin Mariam laju sebelum sempat Aidan menghabiskan ayatnya. Tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh anaknya itu.

Aidan mengeleng kepalanya sambil tersenyum.

"Aidan nak kahwin lagi sekali dengan Alisa" Satu penyataan membuatkan seisi ahli keluarga itu terkejut.

PRANG!

Bunyi kaca pecah di hadapan pintu itu membuatkan mereka semua memandang ke arah pintu yang sudah sedikit terbuka itu.

Aryan cepat-cepat bergerak ke pintu untuk melihat apa yang berlaku.

"Ya Allah Kak Dhia!" Jeritnya terkejut.















HOSPITAL seperti sudah menjadi rumah keduanya. Bau sahaja ubatan sudah membuatkan dirinya lemah.

Lemah.

Tersangat lemah di hadapan semua orang.

Dhia mencelikkan matanya melihat suasana bilik rawatan yang gelap. Nafas ditarik lalu dihembus.

Badannya disandarkan pada bantal yang ditegakkan. Lampu kecil yang disediakan menghasilkan sedikit cahaya dalam bilik tersebut.

Kakinya dilunjukan ke bawah untuk bergerak ke tandas. Tapak kakinya terasa sejuk ya teramat apabila memijak lantai. Dengan perlahan-lahan Dhia bergerak ke tandas dengan bantuan memegang katil.

"Auch" Dirinya yang hampir terjatuh akibat hilang tempat memegang diselamatkan oleh satu tangan yang memeluk pinggangnya.

"Lain kali cuba panggil aku kalau nak pergi mana-mana. Jangan buat orang cemas boleh tak?" Soalan dari suara yang sangat dikenalinya itu membuatkan jantungnya berdetak laju.

Sudah lama dia rindukan saat ini. Saat apabila suaminya risau akan dirinya.

Mungkin dia risau.

Mungkin tidak.

Mungkin sebab terpaksa.

Dhia menolak tangan Aidan daripada terus memeluk pinggangnya. Satu senyuman terukir di bibirnya.

"Tak apa. Saya boleh buat sendiri" Dhia memegang dinding lalu bergerak memasuki tandas.

Aidan hanya memandang Dhia yang bergerak memasuki tandas tanpa bantuannya.

"Maafkan aku Dhia"














"KENAPA abang masih ada dekat sini? Tak balik ke? Esok kan nak kerja" Soal Dhia apabila melihat Aidan yang duduk di kerusi yang disediakan dalam bilik tersebut. Matanya juga tidak memandang ke arah Aidan sebaliknya melayan drama di telefonnya.

"Isteri aku masuk hospital tak akan aku nak berfoya-foya pergi kerja" Perlinya kembali. Dhia mengangguk faham.

"Kau dengar ke apa aku cakap dekat rumah mama tadi?" Suasana yang sepi dipecahkan oleh Aidan.

"Dengar" Satu perkataan dibalas olehnya. Satu perkataan yang beribu makna.

Sakit.

Kecewa.

Hina.

Dan berbagai lagi.

"Aku dah decide Dhia. Aku akan kahwin dengan Alisa hujung bulan depan. Aku harap kau faham dan boleh terima" Ujar Aidan dengan tenang tapi tidak bagi Dhia. Drama yang sedang bersiaran itu langsung tidak menarik perhatiannya. Dadanya terasa sakit mendengar ayat yang seakan mudah dilontarkan oleh Aidan.

TAP.

Satu air mata jatuh daripada matanya.

"Mudah kan abang cakap? After what I've done to you, mudah sekali abang memilih orang lain kan?" Soal Dhia masih mengawal intonasinya sebaik mungkin.

"Kau tak faham apa-"

"Apa yang saya tak faham?! Bagitahu saya? Saya yang berusaha tapi orang lain dengan mudah dapat nama! Am I not deserve your love abang? Abang ingat saya ni patung ke tak ada perasaan langsung sampai mampu buat saya macam ni?! Tiap-tiap hari abang!" Terhenti dirinya bercakap. Matanya naik memandang wajah Aidan yang memandangnya. Mata mereka berdua bersambung.

Yang dahulunya bersambung dengan penuh perasaan cinta tapi sekarang kedua-duanya dengan perasaan yang tidak sama.

"Tiap-tiap hari, saya tunggu abang balik. Tiap-tiap hari saya tunggu abang kembali pada saya. Tiap-tiap saat saya minta pada Tuhan supaya buka hati abang untuk dengar penjelasan saya tapi langsung sikit pun abang tak terfikir tak terdetik untuk terima semua ni dan abang bertindak menjadi seorang yang bodoh untuk tetap dengan ego! I'm your wife abang! Bukan Alisa yang abang tiba-tiba sanjung tu!" Jeritnya meluah perasaan yang terpendam dalam hatinya selama ni.

"Kau tak berada kat tempat aku-"

"Pernah abang cuba fikir tempat saya macam mana? Diabaikan oleh suami sendiri? Dipatahkan oleh janji yang pernah dicipta oleh suaminya sendiri? Abang, saya bertahan selama ni sebab janji abang pada saya. Saya tahu abang bukan seorang mungkir pada janji tapi saya rasa kalini setia saya pada seorang suami tu macam sia-sia bila suami saya bertindak untuk berkahwin dengan perempuan yang pada dahulunya tidak disukai olehnya" Potong Dhia sebelum sempat Aidan menghabiskan bicaranya lagi.

Dhia mengelap air mata yang turun ke pipinya. Air mata yang penuh dengan kekecewaan.

"Abang nak kahwin dengan Alisa kan? Baik saya bagi" Ujarnya dengan tanpa penuh rela.

"Kau kena ada masa hari perkahwinan aku nanti" Balas Aidan membuatkan Dhia tergelak perlahan.

"Baik saya terima" Jawabnya kecewa. Hatinya penuh rasa tercalar apabila Aidan seakan-akan langsung tidak tersentuh dengannya.

"Tapi saya takut kalau andai satu hari nanti anak yang saya kandung hidup tanpa seorang bapa"















DHIA mula mengeluh sebaik sahaja wajah Alisa terpancul di kornea matanya. Arya sudah memutarkan matanya apabila melihat Alisa di dalam bilik rawatan tempat kakak iparnya dimasukkan.

"Arya keluar dulu. Rasa macam duduk dalam neraka bila dia ni masuk" Ujarnya lalu berlalu meninggalkan Alisa dan Dhia dalam bilik tersebut.

Alisa bergerak berdiri di sebelah katil. Matanya turun memandang wajah Dhia sebelum satu senyuman sinis dihasilkan.

"Hai bakal madu, sihat ke? Dengar cerita pengsan lepas dengar suami cakap nak kahwin lagi satu"

Dhia tergelak perlahan. Kepalanya digelengkan. Agak kelakar baginya bertemu dengan Alisa sebagai bakal madu.

"Bukan pengsan sebab suami nak kahwin lagi satu tapi pengsan sebab bakal madu tak setanding dengan wife pertama" Balas Dhia kembali. Alisa yang senyum sinis bertukar mukanya menjadi kelat.

"Aku akan makesure lepas ni Aidan ceraikan kau. So, kau tak perlu nak pengsan sebab tengok madu kau"

"Alhamdulillah baguslah tu. Tapi kan Alisa kau tak rasa malu ke jadi bini kedua CEO Alpha's Holding? Yelah yang selalu dibawa bersama isteri pertama. Kau tak rasa macam jadi perempuan simpanan ke selama ni? Ke kau okay kalau digelar perampas?"

Bertalu-talu soalan yang dilemparkan Dhia membuatkan Alisa terkedu. Wajahnya sudah memasam habis. Niat di hati ingin menyakitkan perasaan Dhia hilang sebaik sahaja Dhia mampu melawan dirinya.

"Lepas Aidan ceraikan kau aku akan jadi isteri pertama dia. Dan kau cuma akan jadi bekas isteri dia"

"Aku okay je sekurangnya nanti bila staf dia nampak isteri baru dia mesti dorang cakap bekas isteri CEO Alpha's Holding lagi better daripada isteri baru dia" Balas Dhia lagi sambil tersenyum habis. Alisa sudah masam mencuka habis.

"Kau jaga eh Dhia. Aku akan pastikan hidup kau tak tenang selagi Aidan tak lepaskan kau!" Marahnya geram apabila tidak mampu membuat Dhia kalah. Terus pintu keluar menjadi tujuannya meninggalkan Dhia sendirian dalam bilik tersebut.

Dhia memandang Alisa sehingga hilang disebalik pintu. Sebaik sahaja itu, wajah yang tersenyum manis kini bertukar menjadi muram.

Dirinya memandang ke arah telefon yang memaparkan gambar perkahwinan Aidan dan Dhia sebagai wallpaper telefon miliknya.

Air mata yang daripada tadi cuba ditahan jatuh satu persatu.

TSK

TSK

Tidak dia menyangka janji yang diberi olehnya dahulu daripada suami kini hanyalah sebuah harapan palsu. Harapan yang setiap isteri inginkan.

Dirinya kembali berbaring ke atas tilam hospital. Badannya dipusingkan ke arah jendela yang terbuka. Langsir yang terbuka berkibar-kibar apabila angin memasuki biliknya.

Tangannya naik mengusap perutnya. Sedar tidak sedar anak yang dikandungnya kini sudah mencecah tiga bulan.

Jika pasangan lain pasti sudah bahagia melihat tumbesaran bayi ini tapi tidak bagi Dhia dan anaknya.

"Maafkan mama sayang, baba tak ready lagi nak jumpa sayang. Once baba dah ready kita jumpa dia okay? Tapi mula-mula kita kena hidup berdua dulu dekat tempat jauh daripada semu orang. Cuma mama dengan sayang je ada. Sayang jadi anak yang baik tau! Jangan nakal-nakal. Dengar cakap mama nanti mama upah gula-gula bila dah besar okay? Promise tau"
















"KAU masih nak teruskan ke semua ni? Tak kesian kat Dhia ke?" Soalan itu menyentak tangkai hati Aidan yang asyik memandang air di hadapannya.

"Tapi aku buat ni semua untuk dia jugak Mike" Balasnya. Mike mengeleng kepalanya.

"Memang kau buat ni semua untuk dia tapi tak akan ada cara lain kot. Kahwin dengan Alisa bukan cara dia. Ada banyak lagi cara kau nak buktikan kesalahan Alisa tu. Aku dengar cerita sampai Dhia masuk hospital dengar khabar kau nak kahwin lagi. Tu baru dengar khabar belum terjadi lagi" Mike memberi pandangannya. Dia tahu apa yang terjadi sekarang antara mereka bertiga. Tapi dia sendiri rasa kali ini mahu menyalahkan Aidan.

"Aku cuma nak balas apa yang dia dah buat dekat Dhia itu je Mike. Bukan sikit apa dia dah buat dekat wife aku"

"Bukan dengan cara ni Aidan"

"Habis tu macam mana?"

Mike terdiam. Otaknya tidak dapat berfikir dengan baik.

"Tch. Kau sendiri tahu kesan dia pada Dhia bukan?" Soal Mike kembali. Kot kot tersedar sahabatnya ini untuk ubah fikiran dari mengahwini Alisa.

"Aku akan pujuk dia lepas masalah ni selesai. Lepas Alisa mengaku semua kesalahan dia. Aku rasa Dhia faham"

"Kalau aku jadi Dhia, aku tak akan faham" Ujarnya lagi. Selagi dia mampu memberi nasihat dia akan mencuba yang terbaik.

Aidan memandang wajah Mike. Satu keluhan keluar daripada bibirnya. Runsing. Nak berhenti tapi perjalanan sudah sejauh ini. Sikit lagi dan semua akan terbongkar.

"Kau dah korek semua pasal dia dari luar negara kan?" Cepat-cepat Aidan mengubah topik. Mike menghela nafasnya lalu mengangguk. Satu fail yang dibawa bersama diserahkan pada Aidan.

Aidan ambil lalu menyelak helaian kertas yang ada dalam fail tersebut. Gambar-gambar serta bukti lain yang mampu menjatuhkan Alisa dalam sekelip mata.

"Ini semua maklumat yang aku dapat masa dia modeling dekat luar negara. Aku ada simpan dalam pendrive juga kalau kau nak. Gunakan dengan elok. Ingat lepas semua masalah ni selesai kau bincang baik-baik dengan Dhia. Aku rasa dia dah makan hati sangat dengan kau" Terus menerus Mike menyelitkan nasihat buat sahabatnya. Mudah-mudahan urusan dia dapat diselesaikan.

"Thanks"

"Dhia macam mana? Dia dah sihat ke?"

Aidan mengangguk. "Macam tu lah tak banyak kata. Setuju je bila aku nak kahwin dengan Alisa. Dia pun setuju nak ada masa aku kahwin dengan Alisa. Maybe dia masih rasa bersalah pasal kejadian hari tu."

"Oh pasal hari itu aku dapat maklumat baru. Pasal Fakhrul"

"Kenapa?" Aidan menjongketkan keningnya. Berita baru maklumat baru apa pula kali ini?

Mike menyedut minumannya sedikit. "Aku dapat tahu Fakhrul ada jumpa Alisa dua minggu lepas. Tapi sebab apa aku tak tahu"

"Alisa dengan Fakhrul?" Gumamnya lalu teringat kembali episod di mana dia ditumbuk Fakhrul.

"Aku cuba untuk jelaskan apa yang terjadi tapi kau memilih untuk tetap dengan ego kau Aidan. Alisa bukan perempuan yang baik macam kau sangkakan Aidan. Dia adalah manusia bertopengkan iblis. Dia jahat Aidan"

Sekarang baru dia terfikir. Bagaimana Fakhrul boleh kenal Alisa. Tak akan sebab Alisa seorang model dia boleh cakap sebegitu tentang Alisa.

Aidan menggosok lehernya. Pening. Runsing!

Cepatlah selesai.
















Kan dah cakap Aidan baik sebenarnya. Tibeh bye. Lepas ni kita pindah Switzerland!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top