Bab 55

 

Vote & Comment
Terima kasih atas sokongan anda semua i lap you muah muah <3




Seperti yang dijanjikan...

"DHIA ANDARA!" Jerit Aidan sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah mereka. Dhia yang sedang menyiapkan makanan malam buat Aidan terus teralih fokusnya kepada jeritan Aidan yang memanggil namanya.

"Dhia!" Panggil Aidan lagi. Dhia cepat-cepat mengelap tangannya yang basah dengan tisu dapur lalu menuju ke arah ruang makan.

"Ye kanapa? Abang okay ke?" Soal Dhia lembut walaupun hatinya ketakutkan melihat muka Aidan yang sudah bengis itu.

Aidan memandang tajam wajah Dhia yang nampak lembut dan ayu walaupun tidak mengenakan sebarang makeup pada mukanya. Dadanya turun naik memandang wajah Dhia. Perasaan dalam dirinya bercampur baur.

"Tak okay Dhia. Sumpah aku tak okay bila kawan baik kau bagitahu yang kau mengandung!" Marah Aidan pada Dhia. Mata Dhia ternaik memandang Aidan taktala perkataan mengandung keluar daripada mulut lelaki tersebut.

"Kenapa diam? Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau mengandung Dhia! Sampai bila kau nak simpan rahsia yang kau mengandung?!" Terus menerus diri Dhia dihempap ayat-ayat yang menyiat hatinya. Dhia hanya mampu terdiam sahaja. Matanya sudah berkaca habis apabila melihat wajah Aidan yang memerah akibat marah itu.

Tangannya mengepal sesama sendiri. Cuba mencari kekuatan buat dirinya.

"Aku paling tak suka orang diam bila aku tanya Dhia, aku tak..."

"Kalau saya bagitahu saya mengandung, abang akan maafkan saya ke? Abang akan kembali pada saya ke? Abang akan tinggalkan Alisa ke?" Dhia memotong percakapan Aidan sebelum sempat Aidan menghabiskan ayat tersebut. Air matanya yang cuba ditahan sebaik mungkin akhirnya jatuh menitis di pipi mulusnya.

Aidan terdiam. Hatinya terusik melihat wajah Dhia yang penuh mengharap agar dirinya kembali pada Dhia.

"Abang lupa ke yang abang cakap kalau saya mengandung abang tak akan mengaku ini anak abang? Abang lupa ke?!" Tangannya yang berada di sisinya naik menumbuk dada Aidan sekuat hati yabg mungkin. Melepaskan rasa kecewa dalam dirinya. Air matanya terus berjuraian seakan-akan tidak mahu berhenti.

"Saya mengaku saya mengandung abang! Sumpah wallahi anak yang saya kandung ini anak abang. Suami saya sendiri! Aidan Firash bin Ismail. Bukan anak orang lain!" Sambungnya lagi. Badannya perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai. Kedua-dua tangannya ditahan pada lantai menjadi kekuatan buat dirinya agar tidak terus jatuh.

Aidan terus diam tidak mampu membalas apa-apa. Matanya melorot jatuh memandang Dhia yang terduduk di lantai dengan kepalanya ditunduk ke arah lantai.

"Aku tak boleh terima Dhia" Ujarnya ringkas sebelum berlalu meninggalkan Dhia sendirian di situ. Tidak mempercayai Dhia.

Bahunya terhinjut menahan dirinya agar tidak terus menangis.

"Mana janji abang yang dulu, yang tak akan tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi. Yang tak akan menduakan saya. Mana janji tu!" Jeritnya sendirian. Sudah pasti Aidan tidak akan dapat mendengar. Biarlah dia jerit sepuas hatinya. Biarlah sekurangnya hatinya boleh dicuba untuk kembali pulih dengan menampal gam gajah. Itu pun kalau masih ada gam gajah.

"Kau jangan risau Dhia. Aku seorang yang berpegang pada janji. Letak kepercayaan kau pada aku. Aku tak akan duakan kau dalam apa pun."

Janji ini yang Dhia mahukan. Janji ini yang memberinya sebuah harapan untuk terus percayakan Aidan walau apa pun terjadi.















BADANNYA tegap mendada bergerak ke hadapan tanpa menghiraukan pandangan pekerjanya yang takut akan dengannya. Lif terbuka lalu punat G aras bawah ditekan. Waktu rehatnya sudah bermula dan isi rehatnya akan bersama Alisa.

Heh.

Aidan bergerak mendekati ke arah kereta miliknya sebelum kolar lehernya ditarik.

DUSH!

Satu tumbukan melayang ke pipinya tanpa sempat dia mengelak. Terkejut bukan kepalang apabila dirinya tiba-tiba sahaja mendapat hadiah istimewa itu.

"Sampai bila kau nak mengelak dengan aku Aidan!" Jerkah lelaki tersebut sebaik sahaja tumbukan itu dilayangkan. Tangannya mengepal kegeraman.

Aidan mengusap pipinya yang terkena tumbukan daripada lelaki tersebut. Pedih. Tunak matanya memandang ke arah lelaki yang berhoodie hitam dan berseluar jeans berwarna biru gelap.

Satu sengihan terhasil di bibirnya.

Hero sudah datang ke?

"Kau nak apa Fakhrul? Bini aku kau dah dapat sekarang kau nak apa lagi? Nak mengaku yang anak dia mengandung sekarang tu anak kau ke?" Sinis sekali Aidan membalas. Fakhrul mengerut dahinya.

Lelaki ini gilakah?

"Kau pura-pura bodoh atau memang bodoh dari azali? Itu anak kau bodoh! Aku tolong dia masa dia hampir pengsan depan klinik tu kau tau tak? Dan sekarang kau nak cakap anak tu anak aku? Eh Aidan aku dah anak bini lah. Tolonglah guna otak kau sikit"

"Lepastu kau nak aku cakap yang kau ni lelaki berbudi pekerti ke? Bagus lah tu sebab tolong scandal" Berlagak sekali bicara Aidan. Fakhrul sudah geram melihat wajah Aidan yang tidak penuh perasaan itu.

"Aku cuma nak jelaskan apa yang berlaku masa hari itu. Tu je Aidan. Tolonglah bagi aku peluang untuk jelaskan lepastu aku janji aku tak akan kacau kau dengan Dhia" Rayu Fakhrul. Dia sudah tidak tahan melihat Dhia menderita kerananya. Dia sedar yang cinta Dhia buat dirinya sudah lama terkubur dan sekarang Dhia buat Aidan.

"Aku tak nak dengar satu benda pun daripada mulut kau. Semua yang kau cakap tu tipu semuanya" Aidan masih tegak dengan pendiriannya. Fakhrul sudah menarik nafas dalam-dalam.

"Apa yang kau nak tu tak sama macam apa yang terjadi Aidan. Bagi aku peluang untuk jelaskan semuanya" Rayunya lagi.

Aidan memandang sinis wajah Fakhrul kemudian tangannya terus menarik baju Fakhrul membuatkan lelaki di hadapan Aidan ini terangkat sedikit menerima daya kekuatan angkatan Aidan.

"Ark"

"Kau tak payah tipu aku Fakhrul. Kau tak perlu nak jelaskan semuanya. Kau dengan Dhia sama-sama penipu. Aku tak akan percaya korang berdua langsung" Ujarnya satu persatu lalu melepaskan tangannya dari cengkaman di baju Fakhrul.

Aidan mendekatkan dirinya dengan Fakhrul lalu bahu Fakhrul diusap-usap olehnya sekaan-akan membersihkan habuk.

"Kau nak Dhia? Aku boleh bagi kalau kau nak dia tapi tunggu lepas dia beranak. Kau boleh ambik dia dengan anak yang dia kandung sekali" Ujar Aidan tanpa perasaan membuatkan Fakhrul tergeleng-geleng kepalanya.

"Percaya cakap aku Aidan. Once the truth have reveal kau akan menyesal dengan apa yang kau cakap dan apa yang kau buat pada Dhia, Aidan. Aku akan buktikan pada kau yang Dhia langsung tak bersalah dan tak tahu apa-apa langsung pasal semua ni" Jaminan diberi oleh Fakhrul.

"Aku cuba untuk jelaskan apa yang terjadi tapi kau memilih untuk tetap dengan ego kau Aidan. Alisa bukan perempuan yang baik macam kau sangkakan Aidan. Dia adalah manusia bertopengkan iblis. Dia jahat Aidan" Sambungnya lagi tanpa sembunyi.

Aidan tenang memandang Fakhrul yang agak pendek daripadanya.

"Habis dah cakap? Kalau kau dah habis boleh pergi. Aku nak keluar makan dengan Alisa. Tapi kalau kau nak aku panggil security jemput kau pun boleh"Balas Aidan dan perkataan Alisa ditekan olehnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan berura-ura ingin menelefon pengawal keselamatan.

Fakhrul mengeleng kepalanya masih tidak percaya. Terus dipusingkan badannya meninggalkan Aidan sendirian di ruang kawasan parkir itu.

"Aku tahu apa Alisa buat. Sikit saja lagi dan semua akan terbongkar"















"SAMPAI bila kau nak simpan rahsia yang kau tengah bergaduh dengan suami kau Dhia? Kalau aku tak nampak laki kau sibuk menggatal dengan betina tu aku tak tahu sikit pun yang kau ada masalah dengan suami kau" Soal Jasmin kecewa. Runsing hatinya melihat wajah tenang yang tersimpan seribu satu masalah. Betapa kecewanya dia apabila Dhia lebih rela menyimpan masalahnya sendirian.

"Aku boleh handle masalah tu sendiri Jas. Kau tak perlu risau eh?" Pujuk Dhia memberi janji buat Jasmin agar tidak memarahinya. Jasmin mengeleng kepalanya.

"Aku kawan baik kau Dhia. Kalau kau ada masalah bagitau aku Dhia. Tak payah simpan rahsia. Sekurangnya beban kau terasa kurang. Aku tak paksa kau bagitau masalah kau tapi aku tak nak kau tertekan fikir masalah ni sendiri. Kesian dekat anak kau nanti" Luahnya. Masakan dia boleh bahagia melihat kawan baiknya sedih. Hatinya juga turut kecewa melihat sikap Aidan yang tidak mengambil tahu tentan Dhia.

Dhia menarik satu senyumab kelat buat Jasmin. Makanan yang sampai disuapkan ke dalam mulutnya. Tidak tahu ingin cakap apa pada Jasmin.

"Aku rasa aku nak lari dari masalah ni semua kalau boleh. Bukan aku tak cuba untuk selesaikan masalah ni tapi Aidan sendiri memilih untuk melarikan diri. Bila aku ajak dia berbincang ada je cara dia mengelak" Beritahu Dhia. Matanya naik memandang ke arah luar kafe yang sesak dengan jalan raya yang sibuk.

Jasmin memandang muka pucat Dhia sebelum mengeluh.

"Kau kalau nak lari kau nak pergi mana?"

"Switzerland. Tenang je negara tu. Aku dengar cerita kat sana seronok. Lagi satu aku dapat tawaran daripada bos aku untuk pindah ke sana dalam setahun untuk jaga cawangan baru mereka" Tangan Dhia naik mengusap perutnya yang sudah sedikit membuncit. Suka dia melihat perutnya yang semakin nampak bentuk tanda akan ada manusia yang bernyawa hadir di situ.

Jasmin diam sebelum membuka bicara. Nafas ditarik sedalam mungkin. "Kalau itu yang terbaik untuk kau, pergilah Dhia. Bertahan di sini pun kalau tak menghadirkan tanda yang baik tak ada gunanya juga. Aku bukan jahat nak pisahkan kau dengan suami kau tapi aku tak nak tengok kau terseksa sendirian menghadap semua ni. Kau tahukan kalau kau sedih aku pun sedih jugak"

Dhia mengangguk. "Satu hari nanti Switzerland akan jadi tempat anak aku lahir"

Itu janjinya pada dirinya sendiri. Buat sekarang dia akan cuba memperbaiki apa yang dia mampu. Jika dia tidak diperlukan, dia sendiri akan undur diri. Merelakan semuanya.















"AKU nak kau stop semua ni Alisa" Arah seseorang yang duduk di hadapannya.

Alisa hanya tayang senyuman sinis. Cermin mata hitam dicabut lalu diletakkan di atas kepalanya. Satu dengusan dikeluarkan oleh Alisa.

"Kau tak boleh nak suruh aku hentikan semua ni Fakhrul. Aku akan dapat apa aku nak selama ni. Jangan nak halang aku" Balas Alisa sombong. Keningnya diangkat.

"Aku akan bagitahu dekat Aidan yang kau lah dalang di sebalik semua ni berlaku Alisa! Aku dah tak sanggup nak bersekongkol dengan kau!" Marah Fakhrul. Dia perlu perbetulkan kembali semua sebelum menjadi lebih melarat.

Jika dia tidak berjumpa dengan Alisa waktu itu pastu semua ini tidak akan terjadi!

Hentakan kasut tingginya berpusing mengelilingi Fakhrul yang penuh dengan amarahnya terhadap dirinya. Tunak matanya turun naik memandang Fakhrul.

"Bagitahu lah kalau kau nak tengok wife kau dengan anak kau mati dekat tangan aku"

"Kau bukan Tuhan yang boleh tentukan hidup dan mati seseorang Alisa! Sedarlah! Sampai bila-bila pun kau tak akan dapat Aidan sebab Aidan dan Dhia diciptakan bersama!"

"Hey! Pandainya kau bercakap? Berani kau nak melawan aku sekarang? Orang bodoh macam kau ni tak akan ada sesiapa percaya lah! Kau tak takut ke kalau anak bini kau mampus?!" Ugut Alisa. Fakhrul tidak langsung kecut perut malah membalas kembali pandangan tajamnya pada Alisa.

"Cukup dengan ugutan kau Alisa. Aku buat semua ni pun sebab terpaksa kau tahu tak?! Kalau tak sebab aku terpedaya dengan ugutan kau aku tak akan buat semua ni! Kau cuma mampu mengugut tapi tak mampu nak melakukan!" Jerkahnya marah.

Ya Fakhrul diugut. Jika bukan diugut keselamatan isteri dan anaknya dia tidak akan mendekati langsung dengan Dhia. Masakan dia tahu alamat rumah Dhia jika bukan Alisa yang beritahu. Mana mungkin dia buat semua ini jika bukan arahan daripada Alisa sendiri.

Alisa yang merancang dan dia terpaksa mengikut!

"Argh! Kau diam! Baik kau diam sebelum nyawa kau tamat! Pergi! Pergi dari sini!" Marah Alisa. Jeritnya sekuat mungkin menghalau Fakhrul dari sini.

Fakhrul mengeleng kepalanya.

"Aku akan bagitahu pada Aidan tentang semua ni Alisa. Aku akan buat kau gila! Aku sanggup mati dari tengok orang yang pernah aku sayang menangis sebab aku Alisa. Aku bodoh sebab jadi pengecut dan terpaksa ikut cakap kau sedangkan kau cuma perempuan lemah yang terhegeh-hegeh nak suami orang! Kau dengan aku jauh berbeza. Aku lebih kuat daripada kau Alisa. Baik kau mengalah sebelum kau sendiri akan kalah ditangan aku" Fakhrul mengugut kembali Alisa. Matanya diperhibola seperti api yang sedang marak membara ingin menamatkan seorang nyawa manusia di hadapannya ini.

Fakhrul berlalu meninggalkan Alisa yang berdiri seorang di situ.

"Aku tak perlukan kau lagi Fakhrul. Aidan sendiri yang akan jilat ludah dia kembali pada aku"















Next bab confirm kita tengok Aidan menyesal k bai

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top